Akademi Fantasi Kembali Dengan Format Terbaru

Walaupun pihak Astro pernah mengumumkan untuk menghentikan penerbitan rancangan Akademi Fantasia(AF), selepas ‘berehat seketika’ selama hampir 2 tahun pihak Astro merasakan AF masih lagi relevan untuk diteruskan penerbitan siri rancangan pencarian bakat baru dunia hiburan tersebut.

Selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003, kini Rancangan realiti TV paling popular di negara ini Akademi Fantasia(AF) akan kembali menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

“AF sebenarnya masih relevan dalam membekalkan bakat-bakat baru kepada industri dan ini terbukti daripada sembilan musim terdahulu yang banyak melahirkan artis yang berjaya dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.” Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, bagaimanapun pihaknya telah membuat beberapa perubahan terhadap format program tersebut yang dilihat tidak lagi sesuai dengan situasi masa kini.

“Format terdahulu perlu diubah kerana tidak lagi sesuai dengan kuasa media sosial pada hari ini tambahan pula penonton mahukan sesuatu yang baru daripada AF,” jelasnya.

Program tersebut dijangka bakal bersiaran pada September depan di Astro Ria (104) dan sesi uji bakat bakal diadakan bermula 1 hingga 30 Jun depan.

Khairul ditemui pada majlis sidang media melancarkan program tersebut di The Venue Pavillion di sini pada Khamis.

Pada majlis sama, Khairul turut memperkenalkan logo versi terbaharu dan lagu tema AF yang turut menyaksikan juara AF2 Zahid, Adira & Juara AF6 Stacy sebagai penyanyi lagu tema baru AF. Akim, Hafiz, Mawi & Dina turut hadir pada sidang media tersebut.

Antara pembaharuan format & konsep AF kali ini, selain peserta solo, pasangan duet juga boleh mengambil bahagian. Tambah Khairul, peserta juga boleh menghantar link video nyanyian mereka yang dimuat naik ke laman youtube ke portal rasmi AF dan calon yang berjaya akan dipanggil untuk diuji bakat dilokasi berdekatan.

Uji bakat musim kesepuluh bakal diadakan di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.Peserta mestilah berumur 18 hingga 35 tahun dan ia turut terbuka kepada warga Singapura.

Sementara itu, Khairul berkata, musim ini para peserta dibenarkan berinteraksi dengan peminat menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram bagi membolehkan mereka belajar berinteraksi dengan peminat.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi uji bakat secara talian boleh melayari www.akademifantasia.com.my.

Ura-ura kedengaran Zizan Razak bakal ditampilkan sebagai pengacara AF10 kali ini namun perkara tersebut masih lagi khabar angin yang bertiupan.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh uji bakat AF:
1. Hotel The Zon, Johor Bahru ( 1 & 2 Jun 2013)
2. Hotel vistana, Pulau Pinang (8 & 9 Jun 2013)
3. Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 & 16 Jun 2013)
4. Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah (22 & 23 Jun 2013)
5. Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam (29 & 30 Jun 2013) (19)

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *