Akhirnya Datuk Hattan Nikahi Semua Bekas Isteri Arianie

Bertempat di Marriott Putrajaya petang semalam  penyanyi popular, Datuk Hattan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin selamat bergelar suami kepada Arianie dengan dua kali lafaz sekitar jam 6.00 petang dalam satu majlis yang di’adakan penuh ringkas.Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.

 

[nggallery id=182]

Check Also

SAKSIKAN INFINIX GT 20 PRO BERAKSI SEBAGAI TELEFON RASMI GAMING UNTUK MAL MY MUSIM 2

Infinix, jenama teknologi yang popular dalam kalangan pengguna muda, menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan Infinix …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *