Alhamdulillah Berkat Ramadhan..Abby Dan Memey Sudah Berbaik

Sikit masa dulu dunia hiburan tanah air pernah gempar dengan kes penceraian Abby Abadi dan Norman Hakim yang berpunca dari bekas suaminya itu ditangkap khalwat bersama Memey Suhaiza. Siapa yang mengikuti kisah mrereka sejak awal lagi, pasti anda tidak dapat melupakan adegan drama antara Abby dan Norman yang berlaku dihadapan pasaraya Carrefour, Wangsa Maju, kan.

Sejak itu, satu Malaya juga tahu yang Abby jelas sangat tidak senang dengan kehadiran Memey Suhaiza dalam kehidupan keluarganya meskipun kini Memey sudah pun menjadi isteri sah kepada Norman Hakim.


Namun, nampaknya sengketa diantara dua wanita ini sudah berakhir sejak semalam. Buktinya? Melalui Twitter-nya, Abby telah kongsikan dua keping gambar yang menunjukkan mereka kini sudah berbaik dan seperti tiada masalah untuk bersama.

Menurut Memey Suhaiza yang dihubungi Fara Fauzana Hot FM pagi tadi, memang benar mereka berdua telah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby Abadi.Dan gambar Abby Abadi & Memey Suhaiza bertelekung lengkap ini, dirakamkan selepas mereka menunaikan solat Maghrib bersama yang difahamkan solat diimamkan sendiri oleh Norman Hakim.

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *