Aliff Aziz & Mira Filzah Bergandingan Dalam Single ‘Sandar Padaku’

Aliff Aziz kini muncul dengan single terbaru berjudul ‘Sandar Padaku’ yang turut menampilkan pelakon baru berbakat besar Mira Filzah. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer yang disegani iaitu Panji Sakti.

‘Sandar Padaku’ merupakan lagu tema drama bersiri 20 episod Meh, Sandar Pada Aku yang baru sahaja dilancarkan di Tonton dan akan turut disiarkan di TV3 tidak lama lagi. Lirik dan melodinya dihasilkan bersesuaian dengan jalan cerita adaptasi dari novel terlaris karya penulis Aifa Batrisya.Penceritaan lagu ini berkisar tentang kisah cinta di antara dua anak muda yang masing-masing memendam perasaan tetapi malu untuk meluahkannya serta diselubungi sifat ego.Akhirnya mereka akur dengan kata hati dan mula membuka ruang untuk menerima kenyataan.

“Single ini hampir sama dengan kisah percintaan saya dengan isteri saya,Bella. Pada mula-mula kenal kami malu dan susah untuk luahkan perasaan masing-masing tetapi memang dah dikatakan jodoh akhirnya disatukan sebagai suami isteri.Kehidupan saya kini lebih sempurna dan segalanya lebih teratur,” ujar Aliff Aziz.

Menurut Mira Filzah pula,dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.

“Saya sangat teruja dan berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana mana yang mengikuti saya di Instagram tahu saya gemar menyanyi dan ini merupakan titik permulaan bagi sesuatu yang baru. Walaupun baik kata yang saya sampaikan hanya minima, namun saya berharap peminat di luar sana akan terhibur dengan dendangan yang saya sampaikan,” katanya.

‘Sandarkan Padaku’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *