“Antara Garisan” drama bersiri di Astro Ria bermula 9 Jan 2012

Astro RIA berbesar hati membuka tirai tahun 2012 dengan sebuah drama bersiri yang memberikan kritikan sosial kepada masyarakat berjudul “Antara Garisan” yang bakal menemui para penonton pada setiap Isnin, 9.00 malam bermula 9 Januari 2012 menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Antara Garisan yang akan bersiaran selama 13 episod ini merupakan karya skrip Shahrul Ezad Mohameddin dan diarahkan oleh Bahri Umararif Bajuri dan Ungku Ismail Ungku Aziz. Mengisahkan pelbagai sisi kehidupan seharian manusia,yang baik dipandang mulia dan begitu juga sebaliknya. Antara pelakon-pelakon yang bakal membintangi drama ini seperti Harun Salim Bachik,Qazem Nor,Amar Ashraff,Fazurina,Hasnol Rahmat,Fazlina Ahmad Daud,Jasmin Hamid,Sharifah Shahira,Farid Kamil,Julia Zeigler,Sabrina Ali,Siti Elizad,Jimmy Shanley dan Andrea.

Selamat menonton!

Check Also

SITI KHADIJAH HALIM DAN PARA PELAKON VIU ORIGINAL FROM SAGA WITH LOVE 2 BERTEMU GABENOR SAGA, JEPUN

Musim kedua drama bersiri Viu Original From Saga With Love telah memulakan penggambarannya di Saga, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *