‘Anugerah Lawak Warna’ Bakal Memartabatkan Yang Terbaik Daripada Komedi Malaysia

Anugerah Lawak Warna yang bakal diadakan pada 16 Ogos 2013 di Istana Budaya bakal memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia. Ia bakal disiarkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Anugerah Lawak Warna merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Di samping itu, satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan Dato’ AC Mizal sebagai pengacara siaran langsung Anugerah Lawak Warna.

“Kami sebulat suara memilih Dato’ AC Mizal kerana merasakan beliau merupakan satu-satunya pengacara yang berupaya untuk mengemudi majlis anugerah yang hebat seperti ini.

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan prestasi cemerlang beliau dalam mengacarakan program-program komedi seperti Maharaja Lawak Mega dan Betul Ke Bohong. Kami percaya peranan beliau sebagai hos akan berjaya mengangkat Anugerah Lawak Warna yang julung kali diadakan ini ke tahap prestij yang diinginkan,” tambah Nizam.

Sebarang perkembangan terkini berkenaan Anugerah Lawak Warna akan diumumkan pada sidang media yang akan datang. Teruskan menonton pelbagai program terbaik di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Check Also

SAKSIKAN INFINIX GT 20 PRO BERAKSI SEBAGAI TELEFON RASMI GAMING UNTUK MAL MY MUSIM 2

Infinix, jenama teknologi yang popular dalam kalangan pengguna muda, menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan Infinix …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *