Anurak Jaidee Dari Thailand Juarai AirAsia Runway Ready Designer Search 2016

Lima belas bakat muda dari rantau Asean mempamerkan rekaan mereka di pusingan akhir pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search yang berlangsung di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016. Pencarian pereka muda inisiatif AirAsia ini telah dilanjutkan ke lima buah negara Asean berikutan kejayaan pada tahun 2015.

Pertandingan ini, yang bertujuan untuk mengenengahkan belia dan membangunkan bakat muda dalam industri fesyen di rantau ini, telah ke Jakarta, Manila, Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok dari Mac hingga Jun 2016 untuk mencari bakat-bakat muda. Melalui ujibakat yang diadakan di setiap bandar, tiga orang pereka muda dipilih untuk mewakili setiap negara.

15 finalis mempamerkan rekaan mereka yang berilhamkan Asean KLFWRTW 2016. Panel hakim bagi pusingan akhir adalah pakar industri fesyen dari lima buah negara Asean, serta Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Andrew Tan, pengasas KLFWRTW; dan Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.

Photo 1

Pemenang Utama dinobatkan gelaran ‘‘AirAsia’s Most Promising Young Designer 2016’ dan memenangi hadiah berupa segmen untuk mempamerkan koleksi penuh pada KLFWRTW 2017; mentor daripada pasukan KLFWRTW; RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan sebuah koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com; 150,000 mata ganjaran AirAsia BIG dan sepasang tiket penerbangan AirAsia.

3 pemenang Utama dari AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 – Lee Bao En, Shazmin dan Ter Mei Ching juga telah mempamerkan koleksi penuh mereka di pentas peragaan KLFWRTW, menandakan kemunculan pertama mereka sebagai pereka pada platform sebesar KL Fashion Week.

AirAsia juga merupakan Preferred Travel Partner bagi KLFWRTW 2016 dan berbangga menerbangkan pereka fesyen antarabangsa dari rangkaian laluan AirAsia yang luas termasuk dari India (P.E.L.L.A), China (Angel Chen), Australia (Betty Tran) dan Korea Selatan (D.GNAK), membuatkan KL Fashion Week RTW 2016 sebagai acara fesyen antarabangsa.

Program kesetiaan AirAsia BIG dan FashionValet adalah penaja AirAsia Runway Ready Designer Search 2016.

Ikut saluran Youtube AirAsia (youtube.com/user/AirAsia) untuk webisodes yang memaparkan perjalanan semua peserta sepanjang pencarian seluruh rantau AirAsia Runway Ready Designer Search 2016, atau ikuti hashtag #AirAsiaRunway di saluran media sosial lain seperti Facebook (www.facebook.com/AirAsia) dan Twitter (www.twitter.com/AirAsia).

Check Also

BONIA Melancarkan Koleksi Jam Tangan Musim Luruh/Sejuk 2024 Bersama Nayeon

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 BONIA di Kuala Lumpur, jenama terkenal ini telah melancarkan Koleksi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *