Anzalna Rancang Kawin Lagi 2 Tahun

Jika kebanyakan selebriti sangat susah mahu bercerita tentang peribadi lebih-lebih lagi menyentuh mengenai kekasih atau pasangannya. Apatahlagi mahu ‘menayangkan’ teman istimewa di khalayak ramai. Tetapi tidak bagi pelakon yang namanya sedang meningkat naik, Anzalna, 24, dilihat lebih terbuka malah boleh dikatakan dia selesa apabila dilihat sering bersama teman lelakinya di majlis-majlia hiburan.

Meskipun si empunya nama penuh Nur Anzalna Mohd Nasir ni pernah dikritik segelintir pihak yang mendakwa dia kerap ‘mengusung’ kekasihnya itu, namun finalis Dewi Remaja 2010 ni tidak ambil pusing tentang pandangan tersebut. Sebaliknya Anzalna menjelaskan jejaka yang sebaya dengannya itu telah diberikan kepercayaan oleh keluarga untuk menemaninya memandangkan dia tidak mempunyai pembantu peribadi.

Semalam MD berkesempatan dengan Anzalna di majlis pelancaran drama bersiri Adam dan Hawa. Dan seperti selalu, dia ditemani kekasihnya, Hanif Zaki. Alang-alang jumpa, MD sempat bertanyakan tentang perkembangan hubungan mereka.

“Hubungan kami okay. Kalau boleh kami nak kahwin secepat yang mungkin. Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama-sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum 26. InsyaAllah kalau jodoh kami dah sampai”, kata Anzalna kepada MD sewaktu ditemui di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak.

Walaupun begitu, Anzalna sebolehnya tidak mahu melalui fasa pertunangan sebaliknya mahu terus melangsungkan perkahwinan.

Jelasnya, mereka sudah berkenalan sejak lima tahun lalu namun baru setahun ini menajlin hubungan sebagai kekasih. Sementara perwatakan Hanif yang disifatkan seorang yang budiman, rajin dan bertanggugjawab antara ciri yang membuatkan gadis ini terpikat pada pemuda berasal dari Kuala Lumpur itu.

Selain membuat dirinya berasa bahagia, kata Anzalna, dengan hanya membayangkan wajah Hanif, mampu membuatnya menjiwai watak emosi atau lebih tepat dia dengan mudah dia dapat mengalirkan airmata.

“Saya sebenarnya susah nak menangis tapi setiap kali kalau dapat watak emosi saya dan dituntut untuk menagis, saya bayangkan dia (Hanif). Misalnya lakonan saya dalam drama Sirun sekarang, saya bayangkan Beto tu adalah Hanif, jadi dengan mudah saya boleh menangis. Pada saya, kalau kita sayangkan seseorang itu dengan membayangkan wajahnya buat saya mudah tersentuh”, tambah Anzalna sambil mengukir senyum.

Dalam pada itu, ditanya bagaiamanakah pasangan ini menyambut raya Aidilfitri nanti,

“Raya ni saya balik Muar. Dia pula kena ke Singapura atas urusan kerja. InsyaAllah raya kedua nanti baru dapat jumpa dan raya bersama”, ujar Anzalna.

*credit mD

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *