Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

โ€œ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ ๐˜ช๐˜ช ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฐโ€, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular <NIGHT DANCER MV> ini yang menjadi viral di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada ratusan juta tontonan di Youtube! imase, artis di sebalik hit viral ini akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia!

imase 1st Asia tour “Shiki” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Gorgeous Entertainment dan ACO Media akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Jun 2024 (Khamis), bermula jam 8:30 malam.

imase, artis Jepun yang mula belajar gitar dan komposisi muzik secara sendiri pada usia 20 tahun. Beliau mendapat populariti melalui video pendek di TikTok, terutamanya lagunya <Have a Nice Day>, yang telah mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di TikTok dan 7.5 juta tontonan di YouTube!

Kebanyakan lagu imase tidak bergantung pada bahasa, tetapi melodi dan lirik yang mudah diingat selepas mendengarnya hanya sekali. Lagunya bukan sahaja menawan hati orang Jepun tetapi juga kepada orang di seluruh dunia yang tidak memahami bahasa Jepun kerana melodi dan susunan membuat irama dan kejelasan muzik yang menyegarkan untuk semua orang.

Peminat di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan imase! Peminat yang membeli tiket PREMIUM VIP akan menikmati kemasukan awal dan berpeluang untuk memenangi sesi foto dengan imase atau menerima poster tandatangan eksklusif oleh imase!

Tiket konsert akan mula dijual dari 25 April 2024 (Khamis), dari jam 11 pagi melalui https://www.ticket2u.com.my/.

Harga Tiket Konsert:

PREMIUM VIP RM 588 | VIP RM 488 | CAT 1 RM 378 |CAT 2 RM 338 | VIP BOX (maksimum 8 orang) RM 4,500 (tidak termasuk yuran pemprosesan)

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila melayari Facebook, Instagram dan Twitter Gorgeous Entertainment & ACO Media.

imase 1st Asia Tour “Shiki” in Kuala Lumpur

Tarikh: 20 Jun 2024 (Khamis)

Masa: 8:30 malam

Tempat: Zepp Kuala Lumpur

#imase #imase_Shiki #imaseinkl #GorgeousEntertainment #ACOMedia

Check Also

Pinkfish Music & Arts Festival 2024

Setelah berbulan-bulan menanti dan berbagai komen membanjiri saluran media sosial Pinkfish, kumpulan artis yang sangat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *