ASTRO Bawakan Saluran ESPN 3D Untuk Sukan Olimpik 2012

Buat pertama kali di Malaysia,pelanggan Astro B.yond HD dapat menikmati liputan Sukan Olimpik 2012 di London dalam bentuk 3D setiap hari dari 28 Julai hingga 13 Ogos di saluran Olimpik 24-jam (ESPN 3D,saluran Astro 838) di Astro.

ESPN STAR Sports adalah penyiar rasmi di Astro untuk Sukan Olimpik 2012 di London. Ini termasuk liputan 24-jam di saluran ESPN (Astro Saluran 812), STAR Sports (Astro Saluran813), ESPN HD (Astro Saluran 832) dan ESPNEWS (Astro Saluran 818). Buat pertama kalinya, peminat sukan boleh menikmati 10 saluran ESPN STAR Sports khas untuk liputan Sukan Olimpik dalam bentuk SD dan HD serta di saluran khas 3D di Astro.Para pelanggan Astro B.yond HD yang melanggani Pakej Sukan Astro akan menikmati lebih 200 jam liputan 3D,termasuk siaran langsung dan laporan-laporan hangat sepanjang musim Olimpik ini. Ini termasuk lah Majlis Perasmian Olimpik pada 28 Julai jam 4 pagi dan Majlis Penutupan Olimpik pada 13 Ogos jam 4 pagi.

Semua pelanggan Astro kini mempunyai pilihan untuk menyaksikan acaran gemilang ini melalui ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) dengan bayaran sekali 50 ringgit,tanpa melanggani pakej Sukan Astro. Dengan ‘SPECIAL TV PASS’ , pelangan Astro boleh mendapat akses secaar komprehensif ke acara ini.

Para pelanggan Astro boleh melanggani Pakej Sukan Astro atau ‘SPECIAL TV PASS’ melalui perkhidmatan Portal Astro (Saluran 200) . Pelanggan Astro turut boleh layari laman www.astro.com.my/shop untuk melanggani Pakej Sukan Astro.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *