Astro Ria Lancarkan Program Terbaru, HLive!

DSC_4431

Bagi terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju kandungan utama di Malaysia, pihak Astro dengan berbesar hati menawarkan sebuah lagi pilihan kandungan hiburan berkualiti menerusi program infotainment terbaru, hlive!

Program terbaru ini menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini dari pelbagai sisi melalui platform Tonton, Dengar dan Baca.

Menariknya, rangka strategi pendekatan menyeluruh 360 darjah telah disusun menggunakan kelebihan jentera-jentera promosi yang Astro miliki merangkumi penyiaran secara on air, laman portal, penerbitan digital, acara jelajah atau lapangan radio.

Selain itu program ini juga dapat dinikmati menerusi aplikasi serta perkhidmatan Astro On-The Go agar pengisian hlive! ini dapat dilihat dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing.

Menerusi platform Tonton, Dengar dan Baca, pengisian hlive! diselaraskan merangkumi sumber dan intipati kandungan jenama-jenama hiburan Melayu Astro iaitu Astro Ria, Astro Awani, Era fm, Sinar fm, In Trend, Astro Gempak, MeleTOP, Studio H dan juga Murai.

Untuk memantapkan lagi pengisian yang ditawarkan, hlive! juga turut bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif.

Sementara itu, E! News Express From Hollywood boleh ditonton pada setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran E! Entertainment (712).

Menurut Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh, pihaknya berasa amat teruja untuk berkongsi tentang penawaran terbaru pihak Astro Ria ini.

“Selaku sebuah Saluran Hiburan Melayu Utama, matlamat kami ialah untuk menjadikan program hiburan infortainment hlive! sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang dahagakan liputan berita-berita eksklusif paling terkini dan sensasi mengenai dunia hiburan.

“Ini sejajar dengan matlamat Astro untuk menjadi peneraju kandungan tempatan dan pusat informasi lengkap yang berpengaruh, kami berazam untuk terus menawarkan pengisian terbaik berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan gaya hidup para pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Hlive!

Tambah Khairul lagi, pihaknya jugaย  amat menitikberatkan susunan rangkaian penyampaian kandungan yang telah diseragamkan dengan teliti menerusi platform Tonton, Dengar dan Baca.

“Keseragaman kandungan di kesemua platform ini amat penting bagi memastikan setiap rangkaian liputan berita hiburan dikupas dengan penuh komprehensif dari pelbagai sudut yang berbeza untuk disampaikan kepada para penonton.

“Pengisian yang ditawarkan ini juga akan diperhebatkan lagi dari semasa ke semasa agar kandungan yang ditawarkan seiring dengan peredaran masa dan permintaan kelompok penonton sasaran.

‘Kami juga amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak E! News selaku rakan pengisian untuk kandungan berita antarabangsa serta sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakan penerbitan program ini,” ujarnya.

Terdapat dua buah program menarik yang diperkenalkan menerusi platform Tonton iaitu hlive! dan hlive! Apa Kata Malaysia.

Program hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.

Manakala program hlive! pula akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 1.00 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Para penonton juga mempunyai pilihan untuk menonton kedua-dua buah program ini menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go menerusi peranti tablet, telefon pintar ataupun komputer.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *