SO Staff

SIMBIOSIS “LIVE” ESTRANGED DI JOHOR

Menjadi pemuzik, satu hal yang tidak akan putus membunuh adrenalin adalah melakukan persembahan.Menerusi persembahan, sama ada dalam skala besar atau kecil, adalah platform terbaik memperbaiki kredibiliti selain medan menyampaikan karya kepada peminat.

Menyedari hakikat tersebut, Estranged yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang muzik, apatah lagi melakukan persembahan sejak lebih 10 tahun lalu tidak pernah lelah untuk melakukan hal yang sama berulang kali. Bagi mereka, persembahan yang dipamerkan dalam bentuk ‘live’ adalah satu rutin seni yang tidak pernah akan mati dalam jiwa pemuzik seperti mereka.

Jika sebelum ini Rich, Din dan Hanafi berjaya dengan siri jelajah kampus mereka, kali ini sayap mereka terus dilebarkan lagi dengan sebuah konsert jelajah yang akan mendarat di Selatan tanah air.Memilih Johor sebagai lokasi jelajah terkini memetakan muzik mereka, Estranged menyifatkan perjalanan yang dilalui menjelang tahun 2017 adalah satu revolusi muzik dan prinsip kumpulan tersebut yang semakin matang.”Banyak ilmu dan perkara yang kami belajar dan kutip sepanjang lebih 10 tahun menghuni belantika muzik tempatan.”Kami mendaki dengan perlahan, mempercaturkan karya yang sesuai pasaran, memenangi beberapa anugerah, membikin karya yang bersifat peribadi dan komersial serta perlu peka selain bersaing dengan banyak band baharu, namun semuanya dilalui dengan baik.

estranged-live-di-jb

 

“Ya, walaupun berdepan dengan banyak cabaran termasuk dari segi kemurungan pasaran muzik tempatan, namun Estranged belum mengalah. Kami percaya dengan kekuatan karya dan semangat yang tidak pernah putus daripada Estranged dan peminat-peminat, mudah-mudahan kami akan dapat terus terbang tinggi.

“Tempoh lebih sedekad ini juga telah mematangkan Estranged dalam banyak segi dan itu yang akan bakal diperoleh peminat lama serta kelompok peminat baharu kami pada persembahan atau karya-karya akan datang dari Estranged,” ujar Rich menyimpulkan ringkas mengenai jatuh bangun Estranged dan hala tuju mereka selepas ini.

Bakal mengadakan persembahan di salah satu lokasi paling happening di Johor Bahru iaitu Kilang Bateri, kunci temu janji kalian bersama pemilik hit Itu Kamu pada 3 Februari 2017 bermula pukul 8.30 malam.

img_9065

Melabelkan persembahan tersebut dengan jenama Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1. sebanyak 1,500 tiket akan dijual pada harga RM25.Turut serta memanaskan panggung sebelum Estranged mempersembahkan peluru seni hebat mereka ialah Velvet yang akan menawan peminat dengan gemersik vokalnya.Tentu sahaja untaian lagu yang bakal dipersembahkan akan merangkumi hit dari album perdana mereka, In Hating Memory sehingga Sepenuhnya Vol. 1.

Aurora, Itu Kamu atau Hancur Aku akan menjadi halwa telinga peminat yang bakal didendangkan secara live, adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.

Sebenarnya, mereka mempunyai misi besar selepas menawan peminat di Johor pada Februari depan. Malah, negeri tersebut dipilih sebagai lokasi konsert sulung pada tahun 2017 adalah bertepatan untuk menghimpunkan peminat mereka daripada Melaka dan Singapura sekali gus.”Besar harapan kami agar konsert ini mencapai sukses dan menjadi pemula yang baik untuk Estranged melakukan lebih banyak persembahan dalam skala besar pada masa akan datang,” jelas Estranged mengenai konsert yang menerima tajaan daripada Power Root dan Drum Asia.

Tiket-tiket sudah boleh dibeli secara online menerusi www.estrangedtour.om

Filem Aku Bukan SPY

Filem “AKU BUKAN SPY”  merupakan arahan Danial Fikri dan dibintangi Nasha Aziz, Siti Saleha, Keith Foo dan Rosnah Mat Aris, manakala pelakon Indonesia yang membintanginya ialah Hamish Daud, Ray Sahetapy, Shafira Umm dan Pong Harjatmi.

Pihak FIMTAB UNIK SDN BHD  juga akan melancarkan naskah novel AKU BUKAN SPY yang diadaptasi dari filem tersebut dan akan diterbitkan menjelang tayangan filem itu kelak menerusi Penerbitan Fajarpakeer.Filem ini akan ditayangkan di 50 pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Januari 2017 dan turut mendapat kerjasama Capitol Entertainment dari Indoneia sebagai rakan produksi.

Filem “AKU BUKAN SPY” telah pun ditayangkan di Indonesia pada September lalu menggunakan judul “ SPY IN LOVE”  dan kini ditukar kepada judul baru “AKU BUKAN SPY”  untuk tayangan di negara ini kerana ia dianggap lebih komersial dan relevan bersesuaian dengan selera penonton di Malaysia.

SINOPSIS

Filem aksi komedi romantik itu berkisar mengenai seorang jejaka bernama Putra (lakonan Hamish Daud) dan gadis bernama Pevita (lakonan Siti Saleha), merupakan sepasang kekasih kerana bekerja di hotel yang sama. Putra melamar Pevita setelah sekian lama mereka menjalin hubungan. Pevita berasal dari Malaysia. Mereka merancang ingin melangsungkan acara resepsi pernikahannya di sebuah pulau supaya menjadi kenangan manis dan romantis, lalu memilih Pulau Pinang sebagai lokasi perkahwinan mereka.

Namun, hasrat mereka untuk berkahwin mendapat halangan daripada abang Putra, Ray (lakonan Ray Sahetapy) dan ibu Pevita, iaitu Fariza (lakonan Nasha Aziz). Lebih menyulitkan apabila Ray mengetahui identiti sebenarnya Pevita, yang dianggap sebagai seorang ejen rahsia di mana ia telah melakukan aksi penculikan terhadap beberapa tokoh bank dunia.  Ray juga adalah bekas ejen perisik Indonesia. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, pelbagai halangan dihadapi mereka sehinggakan mereka menghadapi cubaan bunuh oleh satu kumpulan  gangster.

 

SKANKIN FESTIVAL 2016

Buat julung kalinya, Cartel Production akan membawakan sebuah konsert berkonsepkan reggae dan ska yang pertama di Malaysia iaitu Skankin Festival 2016!Cartel production, sebuah syarikat produksi baru yang diterajui oleh sekumpulan anak muda berwawasan tinggi menganjurkan Skankin Festival 2016 ini yang bertujuan untuk mempertengahkan muzik bergenre reggae dan ska yang dahulunya dianggap ‘underground’ ke arus perdana.

Selain itu, penganjuran konsert ini juga bertujuan menjadi salah satu platform bagi anak muda dan pemuzik reggae dan ska berkarya dan mengekspresikan muzik perjuangan mereka melalui persembahan pentas.

Konsert ini bakal diadakan di KL Live Centre, Kuala Lumpur pada 24hb Disember 2016 dari jam 3 petang hingga lewat malam, menampilkan 12 buah band reggae dan ska terkenal di Malaysia. 12 band yang terlibat ialah Salam Musik, Gerhana Ska Cinta, Purevibracion, Republic of Brickfield, Plague of Happiness, Sharpshooter, Skudap Skudip, Wakakukz, Johny Comes Lately, Rosewood, Mbex Firdaus and The Souljah, dan Budak Nakal Hujung Simpang.

img_7140

Skankin Festival 2016 yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini juga merupakan langkah pertama bagi Cartel Production sebelum melebarkan lagi sayap mereka dengan menghasilkan album kompilasi reggae dan ska.Selain itu, Skankin Festival 2016 ini juga merupakan konsert pengenalan dan menjadi persediaan bagi konsert jelajah yang dijangkakan bermula pada tahun hadapan di seluruh Malaysia, juga di Singapura dan Indonesia.

Konsert yang dijangkakan berlangsung selama lebih enam jam ini bakal mempersembahkan lebih 50 buah lagu dari kesemua 12 buah band.

img_7142

Tiket-tiket bagi menyaksikan Skankin Festival 2016 ini sudah pun mula dijual dengan harga RM90 bagi 200 tiket early bird dan RM110 bagi tiket biasa serta RM130 bagi tiket VIP. Harga yang cukup berpatutan untuk menikmati lebih 12 buah band selama lebih enam jam!

Tiket-tiket boleh dibeli di Cartel Coffeeshop bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di laman web www.skankinfestival.asia, atau menerusi talian 013-2280788/ 018-2711730. Skankin Festival 2016 ini juga mendapat sokongan Selebriti Online dan Rentak Sejuta sebagai rakan media online.

Konsert Orkestra Side-By-Side

Istana Budaya berbangga mempersembahkan konsert orkestra Side-By-Side yang menampilkan gandingan unggul Orkestra Permata Seni Muzik (PSM) dan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada 29 November 2016 di pentas Panggung Sari, Istana Budaya.Gabungan kedua-dua orkestra ini akan memainkan medley lagu popular Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga karya klasikal barat terkenal seperti Mozart, Brahms, Schubert dan Sibelius.

Selain itu, penonton juga akan diperdengarkan dengan lagu-lagu popular daripada filem antarabangsa seperti ‘The Curse of the Black Pearl’ daripada filem Pirates of the Carribean, ‘The Imperial March (Darth Vader’s Theme)’ daripada Star Wars serta Gladiator dan Jurassic Park.

poster

Seramai 40 ahli OSK dan 40 ahli PSM akan dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi, konduktor OSK yang juga bertindak sebagai pengarah muzik konsert ini.Berasal dari Ipoh, Perak, Mustafa Fuzer Nawi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik klasikal barat dan sebelum bersama OSK, beliau pernah menerajui Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Sarajevo Philharmonic Orchestra Bosnia, Sydney Opera Company Australia dan sering mendapat jemputan untuk mengiringi konsert artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Ahmad Nawab, Wings dan ramai lagi.

 

 

Jadilah King & Queen of the Game dengan Playboy Fragrances yang terbaharu!

Penggodaan hanya dalam haruman. Playboy Fragrances Malaysia membawa anda ke dalam permainan penggodaan dengan rangkaian seksinya yang baru King and Queen of the Game.

Eau de toilette dan deodoran semburan, rangkaian ini khas kepada pemuda yang bakal melonjak menjadi lelaki dewasa, dan juga kepada gadis  yang tidak gentar untuk memulakan langkah pertama untuk mencapai apa yang diidamkan.

“Sama ada anda nakal atau baik, Playboy King and Queen of the Game adalah yang terbaik untuk anda. Harumannya yang kompleks serta menghairahkan adalah sempurna untuk si dia yang mahukan gaya yakin, canggih atau lancang dalam arena sosial” menurut  Carolyn Kong, Pengurus Pemasaran Coty Malaysia Sdn. Bhd dalam ucapannya dalam majlis pelancaran rangkaian tersebut.

Rangkaian King of the Game, khusus untuk lelaki, mengacah deria dengan haruman koktel kelelakian dan keberanian mengharungi cabaran – menggabungkan lemon, buah pelaga, dan lada hitam dengan sedikit kopi hitam, Granny Smith apple dan Jägerbomb. Namun, keberanian itu diimbangi oleh sedikit sentuhan lembut vanilla, cedar dan minyak nilam. Berbeza dengan rangkaian Queen of the Game yang terdiri dari sentuhan bungaan yang anggun. Haruman manis dan lincah gabungan jasmine sambac dan orange blossom diserlahkan oleh passionflower, coffee foam dan coffee absolute.  Di sebalik haruman yang penuh berahi, keenakan sentuhan coklat, tonka bean, cedar dan patchouli mengundang daya penarik.

Gabungan daya penarik haruman ini dilengkap dengan pencapaian cemerlang teknologi deodaran semburan King dan Queen of the Game. Menonjolkan inovasi SkinTouch, wangian ini direka untuk mengekalkan kesegaran dan haruman selama 24 jam sehari. Apabila menyemburkan deodoran ini, manik-manik haruman di dalam kapsul akan dilepaskan ke atas kulit dan diaktifkan sepanjang hari. Apabila seseorang menyentuh atau membelai kulit anda, geseran itu akan meletuskan kapsul dan melepaskan haruman di dalam manik. Dalam kata lain, produk ini akan membuatkan seseorang berbau wangi sepanjang hari, terutama apabila bersentuhan.

Dalam apa juga keadaan, adalah penting untuk sentiasa tenang. Oleh sebab itulah deodoran semburan Playboy SkinTouch memberikan kawalan bauan dan kesegaran selama 24 jam.

Playboy Fragrances mencipta reka bentuk bungkusan yang berani termasuk tudung semburan yang ditempah khas untuk deodoran lelaki, grafik yang meransang dan berupa tinggi, berbentuk anggun. Tudung semburan yang berkilat, berbutang penekan berwarna perak yang menghias bentuk kepala arnab direka untuk memberi kekuatan di hujung jari anda.

Dengan adanya butang Play-Pause on-off, anda boleh simpannya di dalam beg gim atau beg malaman dengan selamat.

Untuk memadankan wangian yang menggoda dan menarik, Playboy Frangrances telah mengubahsuai semua reka bentuk produknya, termasuk King and Queen of the Game.

Di samping memperkenalkan haruman baharunya semasa majlis tersebut, Playboy telah menobatkan pemenang King and Queen Challenge yang berlangsung di pertengahan Oktober. Peraduan itu menggambarkan video menunjukkan situasi seseorang perlu serlah untuk memenangi hati orang yang asing yang menarik. Untuk menyertai peraduan, peserta perlu memaparkan strategi penggodaan dalam bentuk komen atau video di media sosial Playboy Fragrances.

Muhammad Taufiq Firdausi dan Michelle Chua Khit Yeng mendapat tempat tertinggi untuk kreativiti mencuri hati, dan setiap seorang memenangi sebuah iPhone 7, sessi makeover, jemputan eksklusif ke parti Playboy Fragrances Malaysia, dan akan ditonjolkan di dalam Facebook Playboy Fragrances Malaysia.

Untuk Taufiq, raja permainan penggodaan adalah seorang yang yakin dan berani untuk mengambil risiko.

“Saya yakin dengan kata-kata bahawa anda akan terlepas semua peluang yang anda tidak ambil. Jadi, sekiranya ada gadis menarik perhatian saya, saya akan mencari jalan untuk mendekatinya. Jika dia tidak menunjukkan minat yang sama, tidak mengapa. Saya lupakan. Penggodaan umpama permainan, ada masa kalah ada masa menang. Tetapi terlalu takut untuk mencuba – itu langsung tidak seksi.” Kata Taufiq.

Dia menambah Playboy Fragrances sesuai dengan keberaniannya dan meransang keyakinannya untuk memulakan perbualan dengan orang asing yang menarik.

“Ia seperti mempunyai pembantu – saya rasa Playboy Fragrances eau de toilette dan deodaran bersama disisi saya. Saya hanya mahu memastikan bahawa saya berada dalam keadaan yang baik setiap masa dan Playboy Fragrances membantu saya berbuat demikian,” jelas Taufiq.

Chua juga bukan seorang yang bersifat pemalu – jika dia menyukai seseorang lelaki dia tidak kisah untuk memulakan langkah pertama.

“Saya gemuruh mengenai penolakan? Semestinya! Tetapi saya memberitahu diri saya jika seseorang lelaki tidak mampu kendalikan sikap berani saya, saya juga tidak mahu membazir waktu untuknya” dia menegaskan.

“Saya boleh memperbaiki mekap atau pakaian, tetapi amat sukar untuk memastikan berbau wangi sepanjang hari. Namun, dengan Playboy Fragrances, saya tidak lagi risau. Eau de toilette dan wangian deodoran, kedua-duanya anggun dan menggoda, kekal sepanjang hari dan membantu saya kekal yakin dan seksi” menurut Chua.

Permainan penggodaan kini bermula, tekan untuk ‘play’! Dapatkan Playboy King and Queen of the Game di kedai dan farmasi utama di seluruh negara. Harga runcit King of the Game eau de toilette  adalah RM39.90 manakala harga runcit Queen of the Game adalah RM42.90. Kedua-dua deodoran berharga RM18.90 setiap satu.

ALTIMET Tampil Dengan AMBOI

Hanya selepas lima hari melancarkan single dan muzik video berjudul SERU, Altimet membuat kejutan lagu dengan mengumumkan sebuah single yang bakal menyusul dari album berjudul AMBOI.

AMBOI merupakan salah satu lagu yang mempengaruhi jenama Altimet sebagai rapper yang berjaya dalam bidangnya dengan mengekalkan keaslian hip hop lama. Rentak lagu dan susunan lirik yang senang menambat telinga pendengar, penuh kisah tentang realiti kehidupan sebagai rakyat Malaysia masa kini.

altimet_amboi-single-cover3000px

Lagu ini mendapat sentuhan komposisi dan produksi oleh Navigator, lirik pula sudah pasti oleh Altimet, AMBOI banyak menyentuh tentang isu-isu sosial yang sering dibangkitkan bersama gaya lirik yang mudah untuk difahami dan diikuti pula dengan chorus berkonsepkan dikir barat yang popular di pantai timur tanahair.

Muzik video berkonsepkan animasi – kolaj yang pasti akan mencuit hati penonton, ditambah pula penampilan rakan-rakan seperjuangan lain di dalam video ini seperti Joe Flizzow, SonaOne, Ucopppp dan Syuk SYJ. Azwan Ali juga tidak ketinggalan untuk turut serta. Siapa yang tidak tahu gaya “Amboi Amboi Amboi” oleh beliau yang popular suatu masa dahulu.

Muzik video AMBOI diarahkan oleh Sharizal Abd. Halim serta mendapat sentuhan grafik dan animasi oleh Zulhelmi Zainuddin & Azarikh Amran. Produksi pula dikendalikan oleh Fluid.AMBOI yang juga merupakan nama album Altimet telah dilancarkan pada hari yang sama sempena dengan perlancaran single ini.

Bagi pembelian online, AMBOI boleh didapati di iTunes dan Spotify. Saksikan muzik video AMBOI di laman sesawang rasmi Altimet – www.altimet.com.my

Barisan pelakon GOBLIN diterajui pujaan ramai Gong Yoo dan Lee Dong-Wook

Demam drama Korea bakal mencapai tahap tinggi apabila siri baharu yang dinanti-nantikan, Goblin bakal ditayangkan pada Sabtu, 3 Disember pada pukul 7.00 malam. Goblin akan ditayangkan di Oh!K (Saluran Astro 394),  dalam tempoh 24 jam selepas siaran di Korea. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk Gong-Yoo (Train To Busan), Lee Dong Wook (Hotel King), Yoo In Na dan juga Kim Go Eun yang baru-baru ini meraih Anugerah Pelakon Wanita TV Baharu Terbaik pada Anugerah Kesenian Paeksang.

https://www.youtube.com/watch?v=IH4Q0DTj2kk

Siri ini ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh Lee Eung Bok, perancang utama di sebalik drama yang mendapat pujian ramai, Descendants of the Sun. Goblin menjanjikan peminat drama Korea sebuah siri romantik yang berlatar dunia fantasi hari ini.

Jalan ceritanya menjejak Goblin (Gong Yoo), seorang orang tua yang kacak dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencari ‘pengantin goblin’, maka membawanya kepada penjumpaan Euntak (Kim Go Eun), wanita yang dia telah jatuh hati. Kisah cinta mereka, seperti kisah cinta hebat yang lain, penuh dengan ranjau dan duri apabila diketahui Euntak sebenarnya sedang melarikan diri daripada Malaikat Maut bernama Reaper (Lee Dong Wook). Reaper, ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan yang mana beliau pula menaruh hati. Plot cerita memuncak apabila penonton mendapati Goblin dan Reaper berkongsi bilik, menjerumuskan kedua-duanya ke kancah yang begitu rumit, dengan mereka harus bergelut antara perasaan dengan tanggungjawab.

Oh!K juga akan melancarkan laman mikro khusus bagi drama ini (www.ohk-tv.com/Goblin) pada 1 Disember, di mana peminat boleh turut serta dalam kuiz personaliti interaktif bagi mengetahui sama ada mereka bagaikan Goblin atau Reaper, membuat kerangka gambar diri mereka bersama kedua-dua pelakon utama lelaki tersebut dan juga menyertai sistem pengundian hashtag di mana mereka boleh memilih hero kegemaran mereka –#TeamGongYoo atau #TeamLeeDongWook!

https://www.youtube.com/watch?v=gAkkEP54SO4

Saluran Oh!K juga akan menganjurkan kempen tonton dan menang. Mereka yang menonton episode terkini setiap minggu dan mengambil tulis kod siaran yang unik, berpeluang memenangi edisi terhad bantal bersaiz sebenar Gong Yoo dan Lee Dong Wook. Semua penyertaan akan diterima menerusi laman mikro khusus bagi drama Goblin.

Pastikan anda menonton tayangan perdana Goblin di Oh!K (Saluran Astro 394) pada hari Sabtu, 3 Disember pada pukul 7.00 malam, ditayangkan dalam tempoh 24 jam selepas siaran di Korea.  Episod serba baharu akan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad pada masa yang sama.

MBOT Iktiraf Teknologis & Juruteknik Sebagai Profesion Iktisas

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyempurnakan Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia (MBoT) hari ini. Pelancaran ini merupakan salah satu strategi dalam menjulang martabat bidang teknik dan vokasional (TVET) melalui pengiktirafan kepada profesion seperti teknologis, juruteknik dan pekerja berkemahiran (skilled workers).

MBOT ditubuhkan sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional (Professional Technologist) serta Juruteknik Bertauliah (Certified Technician) sebagai profesion iktisas selaras dengan saranan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), yang telah mengenal pasti keperluan penubuhan satu badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf lulusan berkaitan kemahiran dan teknologi.

MBOT lahir atas usaha sama dan permuafakatan antara MOSTI dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kerja Raya dan pelbagai kementerian lain.

17-rsf_7350

Selaras dengan teras strategik ke-2 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara atau DSTIN, iaitu Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), MOSTI telah melaksanakan pelbagai program bagi membangunkan kapasiti sumber manusia berkaitan STI. Malaysia berhasrat untuk menjadi negara maju dan inklusif menjelang tahun 2020. Malaysia memerlukan modal insan yang berpengetahuan, berilmu, beretika dan berakhlak untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Mencapai sasaran tersebut, minat pelajar-pelajar terhadap bidang TVET perlu dipertingkat sebagai satu platform penting bagi meningkatkan tenaga kerja mahir di Malaysia. Peningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang TVET setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.

Program ini dijayakan atas sokongan dan kolaborasi dari Malaysian Technical University Network atau MTUN, yang terdiri daripada empat buah universiti awam tempatan, iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Politeknik, kolej-kolej komuniti, institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), institusi-institusi latihan kemahiran (ILK), badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak industri juga turut menyumbang input dan sumber tenaga dalam penubuhan MBOT ini.Bagi mengekalkan bilangan tenaga kerja TVET semakin bertambah di dalam industri, MBOT juga berperanan memastikan kualiti profesion ini adalah selari dengan perkembangan dinamik industri semasa. Trend semasa teknologi pembuatan kini antara lain melibatkan automation, Internet-of-things dan cyber-physical systems.

36-rsf_7308

Dalam menyokong aspirasi negara untuk menempuh Industri 4.0 ini, MBOT dilihat sebagai berada di platform yang paling sesuai untuk leverage pelbagai bidang teknologi yang berada di bawah pengawalseliaan MBOT bagi memberi nilai tambah kepada pelbagai industri negara.

Akta Teknologis & Juruteknik 2015 dalam Seksyen 19 dan 20 telah ditubuhkan bagi membenarkan setiap Professional Technologists dan Certified Technician yang berdaftar dan telah diluluskan oleh MBOT untuk menggunakan gelaran singkatan Ts. atau P.Tech (bagi Professional Technologists) dan Tc. atau C.Tech (bagi Certified Technician). Ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.

MBOT telah membuka pendaftaran kepada empat kategori, iaitu Teknologis Berijazah, Teknologis Profesional, Juruteknik Berkelayakan dan Juruteknik Bertauliah. Kelayakan program-program pengajian teknologi/ teknikal atau kemahiran serta pedaftaran sebagai ahli MBOT akan ditentukan oleh majlis-majlis akreditasi yang akan ditubuhkan di bawah MBOT. Mana-mana orang yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh MBOT adalah layak berdaftar sebagai ahli.

Pendaftaran keahlian teknologis dan juruteknik yang layak boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.mbot.org.my.

 

Dato’ Siti Nurhaliza appointed as the First-ever Ambassador for vivo V5 in Malaysia

Calling all selfie-lovers! Global smartphone brand vivo Malaysia (vivo) recently launched its latest selfie camera-centric model, vivo V5 to the Malaysian market alongside with Dato’ Siti Nurhaliza as the brand’s very first ambassador.

vivo takes selfie evolution to the next level delivering the highest front camera capabilities, designed for any avid selfie-takers to capture every selfie in clarity with vivid natural colors. The latest flagship vivo V5 encapsulates the epitome of a “perfect selfie” moment as it features a 20MP front camera with soft light and sophisticated photography software that allow users to capture their perfect moment even in the dark.

Coincide with the launch of vivo V5, this is also the brand’s first-ever appointment of an ambassador in Malaysia for its “Perfect Selfie” line-up. Dato’ Siti Nurhaliza, Malaysia’s iconic singer-songwriter with undeniable talent is widely known for her warm and friendly personality, as well as her beautiful selfies and OOTD (Outfit of the Day) shots on her Instagram account with over 3.3 million followers. Aside from being an amazing singer, she is also a successful entrepreneur and serial philanthropist on her own rights, make her the perfect ambassador for the vivo V5.

Xu commented further, “With the ever-growing selfie crowd, the idea of expressing their personalities and capturing moments in their life is an aspiration that most Malaysians can relate to, hence vivo V5 is specially designed for selfie-lovers. It is both functional and ideal for our customers of all ages and now with the 20MP front camera, we hope to be able to bring forth a new standard for a picture-perfect moment with every shot.”

dato-siti-nurhaliza-vivo-v5-with-the-crowd-during-v5-launch

“We are extremely ecstatic to have Malaysia’s national icon and legendary songstress in the music industry, Dato’ Siti Nurhaliza on board with us as the face of the new “Perfect Selfie” V5 model because Dato’ Siti is truly a phenomenon with the art of selfies, garnering a huge following through her day-to-day postings. Her exceptional talent and mesmerizing beauty with humble personality makes her an idol for fans from all walks of life, including the younger generation. We could not be more proud to welcome her to the vivo family,” he added.

Dato’ Siti Nurhaliza also expressed her excitement in being the very first vivo and V5 ambassador, “I’m impressed with the phone’s features, especially the selfie camera with softlight – now I can take more stunning selfie and wefie shots on every occasion, even in the dark and share it with my fans. Hence, when vivo approached me to represent the vivo V5, I felt so honored and excited to be appointed as its first-ever ambassador and to be part of professional vivo team. This also marks my first collaboration with a smartphone brand in Malaysia. Right now, this will be my ultimate camera phone to take perfect selfies, so do check out my Instagram for more!”

Just in time for the year-end festive season, the new campaign featuring Dato’ Siti Nurhaliza will appear in print, digital and out-of-home advertisements.vivo-v5-back

vivo V5, Perfection Redefined with the World’s First 20MP Softlight Camera

Introduced as the “Perfect Selfie” camera phone, vivo V5 is built to capture effortless, natural-looking selfies. Leading the selfie camera phone segment, vivo V5 is equipped with world’s first 20-Megapixel front camera to capture sharp images with enhanced clarity with soft light support for a better low-light photography for that radiant complexion effect and ‘Face Beauty Mode 6.0’ for a flawless and flattering shot in the most natural way, to further improve the selfie capturing experience. Alongside with its standout front camera and feather-light design, the vivo V5 sports a 13-Megapixel rear camera and 5.5-inch full HD (1280×720) display and 2.5D Corning® Gorilla® curved glass for an overall immersive photography experience. With these impressive selfie features, the vivo V5 seamlessly capture shots in clarity with vivid, natural colors.

dato-siti-nurhaliza-vivo-v5-ambassador

In addition, vivo V5 sports a MediaTek MT6750 SoC Octa-Core 1.5GHz 64-bit processor with 4GB of RAM and 32GB of internal storage, expandable up to 128GB with microSD card support. It is set to run on vivo’s Funtouch OS 2.6 based on Android 6.0 Marshmallow and will also house a fingerprint sensor for a lightning-fast unlocking mode in just 0.2 seconds, iconic vivo AK4376 Hi-Fi music function, Smart Split 2.0 making multi-tasking a breeze and Eye Protection Mode that filters out blue light to protect user’s vision.

Malaysians can pre-order the new vivo V5 starting from now until 25 November 2016 that comes with a complimentary gift box* and it will be made available in all vivo authorized dealers and retail stores nationwide by 26 November 2016 onwards. vivo V5 is priced at RM1,299 in Malaysia. Look out for the arrival of V5Plus, following the launch of vivo V5!

*while stock lasts.

AirAsia Kini Terbang Ke Luang Prabang Dari Kuala Lumpur

AirAsia terus menunjukkan komitmen terhadap pasaran Asean dengan penerbangan sulung terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke bandar UNESCO Warisan Dunia Luang Prabang di Laos hari ini, dan seterusnya menjadi syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya mengoperasikan penerbangan terus diantara kedua-dua bandar.

Penerbangan sulung, AK562 mendarat dengan kapasiti yang mengalakan sebanyak 80% peratus muatan penumpang, dan tetamu dalam penerbangan itu termasuk Cik Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengarah, Bahagian Pengeluaran, Pelancongan Malaysia dan Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad serta para media dari Malaysia.

Para penumpang serta tetamu khas yang hadir dalam penerbangan tersebut disambut dengan pancutan air diikuti dengan persembahan tradisional Laos sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang. Dato’ Tai Hing, Duta Malaysia ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Dr. Bouakhong Namavong, Naib Gabenor Luang Prabang mewakili Gabenor Luang Prabang, Puan Khamphao Ernthavanh, Naib Menteri Kementerian Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Encik Ounethouang Kaophanh, Naib Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Republik Demokratik Rakyat Laos dan juga Encik Inthanousorn Sisanonh, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Republik Demokratik Rakyat Laos juga turut hadir untuk menyambut tetamu dari penerbangan sulung AirAsia ini.

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang merupakan laluan intra-Asean ke 70 bagi kumpulan syarikat penerbangan itu yang menghubungkan sepuluh negara-negara Asean, dan juga merupakan laluan keempat syarikat penerbangan itu ke Laos selepas Kuala Lumpur – Vientiane, Bangkok – Vientiane dan Bangkok – Luang Prabang.

photo-1

Majlis sambutan penerbangan sulung dan sidang akhbar diadakan di Hotel Sofitel, Luang Prabang, yang telah memenangi anugerah dan merupakan sebuah hotel warisan kolonial Perancis dan gaya Laos. Di majlis tersebut, syarikat penerbangan AirAsia juga mengumumkan promosi tambang termasuk semua dari RM99* sehala, yang kini boleh ditempah melalui online di www.airasia.com dan juga Aplikasi mudah Alih AirAsia dari sekarang hingga 27 November 2016, bagi tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 April 2017.

Sebuah Bandar Warisan Dunia UNESCO, Luang Prabang adalah salah satu lokasi di Asia Tenggara yang dikenali dengan kuil beratapkan emas (Golden-roofed Wats), sami berpakaian saffron, vila-vila Indo-Cina lama dan sajian masakan Gallic dan keindahan Padang Golf 18 Lubang sepanjang Sungai Mekong. Bekas ibu negeri ini terletak di Utara pusat bandar Laos, kira-kira 300km ke utara Vientiane di kuala Sungai Mekong dan Sungai Khan Nam.

Tetamu boleh menikmati pemandangan menakjubkan mozek ‘Tree of Life’ di Wat Xieng Thong, berenang di kawasan air terjun Kuang Si dan menikmati Khao Soi – hidangan mi sup tempatan popular yang boleh didapati di gerai-gerai makanan di sepanjang jalan di Luang Prabang.

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan fi. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Luang Prabang, Laos (LPQ) No. Penerbangan

Dari

Ke

Berlepas

Tiba

Jadual

AK 562

KUL

LPQ

0645 hrs

0840 hrs

Mon, Wed, Fri, Sun

AK 563

LPQ

KUL

0925 hrs

1330 hrs

Mon, Wed, Fri, Sun

ALADDIN – RELOADED A Musical Comedy

Each year, “Youth-On-Stage” adds cheer to the holiday season with our high-quality year-end productions and showcases the evergrowing talent nurtured by Enfiniti Academy. Following the success of “Seussical Jr” 2013, “Seussical the Broadway Musical” in 2014, “Aladdin – Reloaded A Musical Comedy” was a musical pantomime staged in 2015, suitable for the entire family to watch together.

Based on the legendary stories of Aladdin, Enfiniti Academy created a fun, original and interactive musical that incorporated topical humour, slapstick comedy and popular songs that got the audience laughing, cheering and dancing along. A musical comedy of love, friendship, determination, magic and adventure.Working alongside professionals, it was a great learningexperience for adult and child students alike.

SAMSUNG CSC

The Boh Cameronian Arts Awards 2015 Winners for “Seussical the Musical”, back by popular demand, Enfiniti Academy stages the refreshed, “Aladdin – Reloaded” produced by Enfiniti Vision Media. Aladdin- Reloaded is a holiday season show suitable for the whole family. This December’s pantomime brings your childhood tale of Aladdin to the PJ Live Arts stage as never seen before. Make a date with your favorite characters Aladdin, Abanaza and Genie for an unforgettable show filled with laughs, songs and exciting new twists.

The production, directed by Joanna Bessey, musical direction by Llew Marsh and choreography by J.Redza, the lead cast of “Aladdin – Reloaded” comprise of professional actors like Rashid Salleh (Kopitiam sitcom),Tria Aziz (Singer/actor/comedienne), Peter Davis (MMA Star). Joining them on stage are a cast of extremely talented children and young adults who will warm the hearts of our audiences, both young and old. Last year,those who came to watch gave several standing ovations.Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts (ENACT) was founded by Tiara Jacquelina in 2011, to be an incubator for the next generation of performing artists. Its’ mission is to raise future leaders of Malaysia who are dynamic, energetic, creative, inspiring and passionate, to create a country that is equally rich economically and culturally.

SAMSUNG CSC

Synopsis of Aladdin- Reloaded (A Musical Comedy) :

The wicked wizard Abanaza is seeking the magic lamp that contains the all-powerful Genie, so that he can rule the world, and is just steps away from succeeding! Is all hope lost? No! Help is at hand! A family of wannabe heroes are here to foil Abanaza’s evil scheme! The innocent local lad, Aladdin, his brother, the cheeky Wishee Washee and their fearsome mother, washerwoman Widow Twanky are ready to intervene and save the day! Throw in a magic carpet, a mystical Spirit of the Ring, the Emperor & Empress of China and a beautiful princess and you have all the ingredients for a fantastic tale and great entertainment. Packed with songs, slapstick, silliness, audience participation for the whole family and all the fairytale magic of traditional pantomime!

ALADDIN A3 POSTER (MPH)

“Aladdin – Reloaded” details :

Dates : 2-11 December 2016

Venue : PJ Live Arts, Jaya One

Ticket price : RM43.00, RM63.00, RM73.00 and RM123.00

For ticketing info and purchase visit www.tix.my

For more info visit www.facebook.com/enfinitiacademy www.facebook.com/enfinitiacademyonstage or www.pjlivearts.my

Character Name Cast Name

Aladdin –  Jayson Phuah

Abanaza –  Peter Davis

Widow Twanky – Rashid Salleh

Genie of the Ring – Tria Aziz

Parti Rahsia PRA-ROCKAWAY 2016

The Livescape Group hari ini mengumumkan dua Parti Rahsia Rockaway yang bakal berlangsung sebelum dan Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 November di Extreme Park, Bukit Jalil yang bakal menampilkan barisan legenda muzik seperti Alleycats, Zainal Abidin, Butterfingers bersama kumpulan dari Amrika Syarikat seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, dan The Get Up Kids.

Parti Rahsia Rockaway yang pertama merupakan majlis tertutup yang bakal berlangsung di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 17 November. Pada majlis tersebut, satu persembahan mengejut dari salah satu kumpulan rock legenda Malaysia bakal menghiburkan para tetamu.

Usia festival Rockaway Fest: The Saga Continuest, kumpulan Taking Back Sunday bakal menjadi hos pada parti BBQ yang dijadualkan berlangsung di The Bee, Publika pada 20 November. Pada majlis tertutup tersebut, Taking Back Sunday juga akan mempersembahkan 12 lagu dari album terbaru mereka, Tidal Wave, secara “live” buat julung kalinya. Oh Chentaku dan One Buck Short juga bakal membuat persembahan selain kumpulan rock alternatif popular tersebut.

15003347_1485584304798181_1316432552169329312_o

Para peminat Rockaway dapat membuat sedikit persiapan untuk konsert pada 19 November ini atas kerjasama Hotlink, selaku Rakan Telekomunikasi Rasmi Festival Rockaway. Hotlink telah bekerjasama dengan beberapa kumpulan yang bakal membuat persembahan agar para peminat dapat menyanyi bersama kumpulan pujaan mereka melalui applikasi karaoke Sing! by Smule. Peminat kini dapat berduet dengan artis-artis rock seperti Dato’ Zainal Abidin, Dato’ David Arumugam dari kumpulan Alleycats, Noh Salleh (Hujan), Fuad (Kyoto Protocol), atau Mooky (One Buck Short). Bukat setakat itu sahaja, mereka yang mendendangkan lagu hit Hijau bersama Dato’ Zainal Abidin melalui applikasi Smule bakal dipilih untuk dijemput membuat kemunculan istimewa di dalam seebuah klip video istimewa, bersama artis legenda tersebut beserta artis-artis Rockaway yang lain. Pelanggan Hotlink juga layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian/langganan melalui applikasi kesukaan, termasuk Sing! By Smule.

Tiket-tiket untuk Fasa 1 bagi festival tersebut telah habis dijual. Kini tiket-tiket Fasa 2 telah berada di pasaran dan sedang laris dijual. Ini mungkin kerana festival Rockaway ini juga dapat mengembalikan nostalgia gemilang dengan kemunculan semula Butterfingers, yang bakal membuat persembahan pada ulangtahun ke-20 album terlaris mereka, 1.2 milligrams. Turut bersama mereka ialah kumpulan One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15), bintang legenda Malaysia, Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30), Alleycats dan a persembahan istimewa dari Kyoto Protocol bersama Man Bai yang telah lama tidak beraksi.

Antara lain yang bakal muncul di Festival Rockaway ialah kumpulan seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, The Get Up Kids, LyMe, Oh Chentaku dan banyak lagi.

15110509_1486475748042370_464714943836497987_o

Rockaway The Saga Continues didukung oleh Malaysia Major Events, satu divisyen di bawah Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayan, Malaysia. Turut didukungi oleh DCODE (Rakan Kongsi Rasmi), Hotlink (Telekomunikasi Rasmi), RedBull (Minuman Tenaga Rasmi), RedBox dan GreenBox Karaoke (Rakan Media Rasmi), Intercontinental Kuala Lumpur (Hotel Rasmi), MTV (Rangkaian Muzik Rasmi), BFM 89.9 (Stesen  Radio Rasmi), Sinar FM (Stesen Radio Rasmi) dan Hitz FM (Stesen Radio Bersama).

Untuk maklumat lanjut bagi kedua-dua persembahan rahsia dan cara mendapatkan jemputannya, atau untuk mendapatkan tiket (RM168++) bagi Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 Nov, layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Atau ikuti Instagram Rockaway melalui @RockawayFest.