DRAMA TARI PUTERI LINDUNGAN BULAN

Sebanyak tiga (3) program ‘The Malaysia Traditional Arts Showcase 2016’ anjuran Istana Budaya dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MatiC) diadakan secara percuma di MaTiC bermula 19 Ogos yang lalu. Objektif program ini bertujuan memperkenalkan seni budaya tradisional kepada para pelancong dalam dan luar negara di samping dapat menyumbangkan kepada industri pelancongan negara.

Istana Budaya sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah diberikan penghormatan untuk memerajui inisiatif tersebut. ‘The Malaysia Traditional Arts Showcase’ merupakan penganjuran kali pertama di bawah inisiatif Pelan Transformasi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Program yang telah dilaksanakan iaitu teater tradisional Melayu Makyong; Dewa Indera Indera Dewa (19 & 20 Ogos 2016) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM); The Colours of Malaysia (2 & 3 September 2016) mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelancong tempatan juga luar negara berdasarkan jumlah kehadiran penonton di MaTiC sepanjang pementasan.

Penyemarakan seni budaya tradisional diteruskan dengan drama tari bertajuk ‘Puteri Lindungan Bulan’ yang bakal dipentaskan pada 14 dan 15 Oktober 2016, juga di MaTiC. Drama tari yang dibintangi oleh artis tari Istana Budaya ini menampilkan pelbagai jenis tarian tradisional yang sering dipersembahkan di istana antaranya Tarian Asyik, Tarian Terinai, Tarian Layang Mas sambil diiringi alunan muzik tradisional secara langsung. Lokman Ghani yang merupakan pengarah drama tari ini dibantu oleh koreografer Istana Budaya iaitu Mohd Sharil Akla, Roszilawati Rahim, Sharifah Raha Syed Mustapha, Samsuraya Sulaiman dan Rudy De Luna.

image-1

 

Puteri Lindungan Bulan mengisahkan tentang Sultan Sulaiman Shah yang mempunyai dua puteri cantik jelita iaitu Puteri Mariam dan Puteri Zaleha yang berdarah putih. Berita kecantikan kedua-dua puteri ini tersebar ke serata tempat sehinggakan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menghantar rombongan peminangan. Berlaku pelbagai peristiwa sehingga menyebabkan konflik peperangan serta kematian dan kesemua adegan ini dipaparkan melalui lenggok tari tradisional yang pasti memukau para penonton.

Pihak media diharapkan dapat menyokong usaha kesenian ini yang dilihat mempunyai potensi yang tinggi serta memberi impak positif terhadap industri pelancongan dan kebudayaan negara. Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menyaksikan pementasan drama tari ini secara percuma.

Check Also

Shah Sidious berkongsi ilmu gitar pada Gear Nerds Meetup Vol. 2 di Pulau Pinang.

GEAR NERDS MEETUP VOL. 2 SATUKAN KOMUNITI GEARHEADS MALAYSIA

Minat terhadap dunia peralatan muzik atau gear terus berkembang apabila Gear Nerds Meetup Vol. 2 …

T-ARA kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi Summer Again pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

T-ARA KEMBALI TEMUI PEMINAT MENERUSI SUMMER AGAIN

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila T-ARA Fan-Con Malaysia 2026 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *