SO Staff

TROPICANA Returns With ERATKAN JALINAN Campaign This Year

There is no reason to not balik kampung this Raya season as Tropicana Eratkan Jalinan campaign is back and it is their 4th year running this campaign to unite and strengthen connections with loved ones in order to enable them to share real moments and lasting memories together.

The brand continues its tradition of teaming up with Era FM to offer five air tickets to bring your loved ones, be it family or friends, back from abroad. All you need to do is log on to the website www.tropicana.com.my and send in your submissions online.

And this year the brand is sponsoring close to a whopping 1,000 KTM rides and will go a step further by offering rides to the East Coast on top of the routes to Padang Besar, Ipoh and Johor Bahru from Kuala Lumpur. There are no special conditions to qualify for this campaign. “All you need to do is to redeem your tickets at the KTM counter at KL Sentral Level 2 (Gate 2) on June 12,” said Hemalatha Raghavan, Etika Sdn Bhd Vice President of Marketing and Business Development.

She added that the tickets redemption starts from 10am onwards and the tickets will be given away based on first-come-first-serve basis. However, the redemption is limited to two tickets per person so that more consumers can be reunited and benefited from this program.

Topicana Pack 02

However, this year, instead of focusing on sending family members home, the brand is giving the campaign a new dimension by broadening the idea to not just focus on families but on strengthening and fostering connections with everyone. One way that this is done is by extending the platforms of the campaign further.

Instead of just offering rides via Grab (formerly known as MyTeksi), the brand is tying up with GrabHitch – a new product by Grab that utilizes the concept of “car-pooling”. You can now travel home with someone who’s from your hometown and foster new connections – all in all, to make the ride home that much more enjoyable. Book your trip back home on the Grab app, between June 6 to June 24 and ensure your travelling dates are between June 25 to July 14. Take advantage and travel home with a new friend this Raya for free!

Beyond that, Tropicana wants you to let your loved ones or those that matter to you know you are thinking of them this Ramadhan month. As it’s a time of forgiveness during this period, whether you’d like to ease tension, re-establish an estranged relationship or simply drop someone a note to remind them that you’re thinking of them – Tropicana wants to be the enabler for you to do so. Grab the chance to send your loved ones or the people who you would like to reconnect with a limited edition Eratkan Jalinan pack, which consists of 1.5L Tropicana Twister together with a greeting card. The brand is committing to send out 1,000 packs on behalf of you to your respective recipients. The details and submission portal can be found on Tropicana’s website.

To make it an even more meaningful season, consumers can join EraFM announcer, Adi and the Era cruisers on 26 June at Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras Selangor, to  spend quality time with the children ahead of Hari Raya. In addition to that, the Tropicana team will be collecting donated items from the kind members of the public at Tesco Extra, Shah Alam to give back to the society. This will be a fun and great way to share some of the joy with those who are not as privileged and to strengthen as well as foster relationships with the community.

“Let’s join hands for this Raya together, and we hope that our show of love will make their festive season a little brighter,” said Hemalatha.

“There is no greater gift than the gift of time and reunion with families, friends and loved ones, especially during festivities. At Tropicana, we are always looking for little ways to bring families, friends and loved ones together.”

For more information on all Eratkan Jalinan campaign details, please visit www.tropicana.com.my

 

“War Of Bands – Joe Wings mencari protégé”

Industri hiburan negara suatu masa dahulu meriah dengan kehadiran bermacam kumpulan muzik. Kehadiran pelbagai jenis kumpulan dengan beraneka nuansa muzik yang dimainkan serba sedikit mencorakkan industri hiburan tempatan dan merancakkan penjualan album, video konsert dan bermacam jenis produk muzik yang berkaitan.

Akan tetapi melewati ke era millennium, satu demi satu kumpulan muzik hilang dari persada muzik tempatan. Manakala kewujudan kumpulan baru yang membawakan genre muzik terkini pula tidak banyak yang berdaya tahan dan mampu menongkah arus cabaran dalam industri hiburan Malaysia.

Bertitik tolak daripada ini, JMP Productions dan Tio Studio dengan kerjasama Anggerik Event berbesar hati untuk menganjurkan “War Of Bands – Joe Wings mencari protégé” yang betujuan untuk cuba mengulangi kemeriahan industri hiburan tempatan yang pernah melalui zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

IMG_6427

Pertandingan mengikut konsep ‘Battle Of The Bands’ yang pernah popular satu ketika dahulu. Cuma bezanya kali ini peserta yang layak berpeluang merakamkan karya mereka untuk dimuatkan ke dalam album kompilasi serta mendapat tunjuk ajar dan sokongan dari susuk yang tidak perlu lagi diperkenalkan lagi dalam arena muzik tempatan – Joe Wings.

Selama lebih tiga dasawarsa ‘mengperhambakan’ diri sebagai anak seni, Joe Wings adalah satu figura yang tidak boleh dinafikan impak dan pengaruhnya dalam industri hiburan tempatan amnya dan untuk muzik rock khususnya. Dengan pengalaman selaku pemain gitar utama kumpulan Wings, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit album, pengarah persembahan, pemain gitar undangan dan pernah bergelar pelakon sudah lebih daripada mencukupi untuk melayakkan Joe Wings mencari pelapis berkumpulan agar segala ilmu dan pengalaman beliau sepanjang bergelar artis dan pemuzik dapat diperturunkan dan diwarisi kepada generasi baru.

IMG_6436

‘War Of Bands – Joe Wings mencari protégé’ akan dijalankan secara saringan di tiga lokasi yang ditetapkan iaitu:

Saringan pertama – Johor Bahru, 31 Ogos 2016

Saringan kedua – MAEPS Serdang, 16 September 2016

Saringan ketiga – Ipoh, 1 Oktober 2016

Yuran penyertaan untuk setiap kumpulan adalah sebanyak RM 300.00 dan setiap penyertaan akan mendapat 5 helai t-shirt secara percuma. Had umur penyertaan daripada 15 tahun hingga 35 tahun sahaja. Bagi setiap penyertaan, pihak penganjur akan mendermakan sebanyak RM 30.00 kepada tabung kebajikan Yazit Search. Format pertandingan peringkat saringan memerlukan setiap kumpulan menyampaikan 3 buah lagu samada tempatan, antarabangsa ataupun lagu ciptaan sendiri.

Pertandingan akhir akan diadakan di MAEPS Serdang pada 16 Oktober 2016. Sebanyak 4 buah kumpulan akan dipilih untuk ke pertandingan akhir dan juri pada peringkat akhir nanti ialah saudara Hillary Ang, Yazit Search dan Joe Wings. Pada peringkat akhir, setiap kumpulan diwajibkan membawakan 1 lagu ‘cover’ dari kumpulan Wings yang diolah kembali mengikut citarasa sendiri dan 1 lagu ciptaan sendiri.  Juara akan menerima hadiah wang tunai RM 5,000.00 dan sebanyak 12 kumpulan termasuk yang berjaya ke pusingan terakhir akan dipilih untuk merakamkan lagu dalam satu album kompilasi yang akan diselia dan diterbitkan oleh Joe Wings sendiri.

IMG_6426

Satu kelainan pada pertandingan ini berbanding pertandingan muzik yang lain ialah selain menumpukan kepada kumpulan berbanding penyanyi solo, setiap kumpulan yang bertanding diberi peluang beraksi di atas pentas bertaraf konsert yang dilengkapi dengan sistem bunyi bertaraf antarabangsa yang kebiasaannya hanya digunakan dalam konsert-konsert berskala besar. Ini bertujuan untuk memberikan satu suasana dan dimensi baru kepada setiap kumpulan yang bertanding untuk merasai sendiri pengalaman bermain di atas pentas bersaiz besar yang dilengkapi sistem bunyi bertaraf antarabangsa. Seterusnya dapat memotivasikan setiap kumpulan yang bertanding untuk memberikan persembahan yang terbaik setaraf dengan kemudahan yang diberikan. Untuk kumpulan yang terpilih merakamkan lagu dalam album kompilasi pula, Joe Wings sendiri akan memberi tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang proses rakaman.

Diharapkan dengan penganjuran ‘War Of Bands – Joe Wings mencari protégé’ ini dapat menyemarakkan kembali arena muzik tempatan dan seterusnya dapat melahirkan pelapis-pelapis yang bermutu dalam menghasilkan karya-karya baru dan malar segar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Teh Tarik Place Setapak Central yang sudi menaja tempat dan makanan untuk sidang media ini. Semoga penganjuran acara ini juga dapat membuka mata penaja-penaja yang berpotensi di luar sana untuk melabur dalam melahirkan pelapis-pelapis hiburan tanahair.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang http://www.tioevent.com/jwwob atau lawati Facebook rasmi. http://www.facebook.com/joewingsprotege

“Muzik itu seni, bakat adalah anugerah, protégé adalah penyambung legasi. Mereka berhak dihormati dengan didikan melalui saluran yang betul. Barulah akan menjadi bintang yang bersinar dan berkualiti, bukan bintang bermusim…

Jadi pilihan di tangan anda. Bakat anda adalah karya anda. Bukan orang lain yang tentukan nasib anda…

Berkaryalah dengan cara anda dan kami akan tunjukkan jalan yang sewajarnya!”

-Joe Wings-

HOT CATERING & THE CLUB di BUKIT UTAMA Sediakan Lebih 60 Juadah Terbaik Bulan Ramadan

Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, The Club @ Bukit Utama dengan kerjasama Hot Catering akan menyediakan lebih daripada 60 juadah terbaik khas buat tetamu mereka yang ingin berbuka puasa di sini. Pelbagai juadah masakan disediakan di The Club @ Bukit Utama yang terletak di Persiaran Surian, Bandar Utama bermula daripada pembuka selera sehinggalah pencuci mulut.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin Timb Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Juadah yang disediakan ini bukan sahaja menarik tetapi sungguh menyelerakan kerana ianya disediakan sendiri oleh Chef Warisan Negara yang terkenal dan berpengalaman iaitu Chef Yang Jamil. Pada hari ini, beliau secara rasminya telah di dilantik sebagai Duta Chef Hot Catering.

Buffet Ramadan

Bagi memeteraikan perjanjian tersebut, satu memorandum persefahaman telah diadakan pada hari di antara The Club, Bukit Utama; One Card dan juga Hot Catering. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah The Club @ Bukit Utama, YBhg TanSri Dato’ Teo Chiang Kok; YAM Raja Shuaibah Ibni Almarhum Sultan Idris; Chef Warisan Negara, Chef Yang Jamil dan Pengurus Pemasaran Hot Catering, Encik Khairul Haizal Bin Mansor.

IMG_1351 (2)

Majlis pelancaran pada hari ini lebih meriah dengan persembahan lagu rakyat yang didendangkan khas oleh Tokoh Warisan Kebangsaan, Professor Dato’ Dr. Aripin. Turut memeriahkan suasan majlis adalah barisan artis dan selebriti terkenal tanahair seperti Datuk Suhaimi Mohd Zain dan isteri, Datin Sharifah Mahani Syed Kassim, Mac Rahayu, Tushee, Farhan dan Sahri dari Akademi Fantasia, Amaris @ Amran Ismail dan ramai lagi.

Promosi berbuka puasa ini akan bermula pada hari pertama bulan Ramadan dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam dengan kadar harga yang amat berpatutan. Harga istimewa yang ditawarkan adalah :

  • Harga Promosi : Tempahan pada 16 Mei hingga 31 Mei 2016
    • Pembayaran untuk 9 tempahan akan mendapat 1 percuma dengan harga RM55.00.
    • Setiap tempahan berharga RM55.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak.
  • Harga Asal : Tempahan bermula 1 Jun 2016
    • Setiap tempahan berharga RM69.00 untuk dewasa dan RM39.00 untuk kanak-kanak.
    • Pengguna One Card akan mendapat potongan harga sebanyak 20%.

Sempena bulan yang penuh barakah ini, Hot Catering turut memberi keistimewaan kepada mana-mana syarikat korporat yang ingin menaja sesi berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Chef Yang Jamil dan Khairul Haizal dari Hot Catering
Chef Yang Jamil dan Khairul Haizal dari Hot Catering
  • Promosi istimewa untuk syarikat korporat
    • Harga menarik RM2,500 dikenakan untuk tajaan 50 anak-anak yatim termasuk pengangkutan.

Hot Catering turut berbesar hati untuk menaja 20 pasangan mempelai bertuah menerusi pakej “The Malay Wedding Exclusive”. Penyertaan ini dibuka kepada mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dan sah bagi perkahwinan pertama sahaja. Penyertaan dibuka bermula hari ini sehingga 1 Julai 2016. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotcatering2u.com .

IMG_1792

Selain daripada menyediakan majlis berbuka puasa, pakej perkahwinan istimewa dan makanan yang enak, The Club @ Bukit Utama turut menerima sebarang tempahan seperti pakej mesyuarat, seminar, sidang akhbar, majlis korporat dan juga majlis peribadi.

Untuk membuat tempahan dan pertanyaan sila hubungi Chef Yang Jamil (0111 859 2726), Khairul (013 366 0396), Eddy (013 356 2008), Azhani (017 298 2503), Dhirar (013 639 1071) atau Ain (017 379 0654).

FATIN Dinobat CLEVER GIRL Pertama MALAYSIA

Ahad lalu, 2.1 juta penonton TV3 telah saksikan Fatin Nuraisya atau lebih dikenali sebagai Fatin, Clever Girl dari Kelantan dinobatkan sebagai Clever Girl Pertama Malaysia dalam rancangan Clever Girl Malaysia musim pertama. Rancangan yang telah menerima banyak kecaman itu ternyata lebih bermakna jika dibandingkan dengan tanggapan buruk netizen apabila jumlah penonton (ratings) episod akhir Clever Girl Malaysia mencecah 2.1 juta dan 32% sher sepanjang rancangan itu berlangsung malam itu.

Dalam Pentas Akhir Clever Girl Malaysia itu, pihak produksi masih mengekalkan empat segmen utama iaitu Clever Girl Bersamamu, Pusingan Pertama, Pusingan Kedua, dan Pusingan Akhir. Dalam segmen Clever Girl Bersamamu, penonton menyaksikan rakaman khidmat masyarakat para peserta Clever Girl Malaysia menjalankan aktiviti khidmat sosial masyarakat. Di mana minggu itu, keempat-empat peserta Clever Girl Malaysia telah berganding bahu dengan World Wildlife Fund (WWF) dalam mengusahakan kempen ‘My Fin My Life KL’ di pusat beli belah 1 Utama. Bersama WWF, finalis Clever Girl Malaysia akan membantu mereka mengumpul sebanyak mungkin pengikrar demi mendapat sokongan dalam kempen menyelamatkan ikan yu daripada aktiviti pemburuan sisip ikan yu.

Pusingan Akhir Antara Arina dan Fatin

Di Pentas Akhir Clever Girl Malaysia telah bermula seperti biasa dengan cabaran kuiz Pusingan Pertama, di mana para finalis Clever Girl akan diuji dari segi mental. Dalam Pusingan Pertama ini, para finalis akan bersaing untuk menjawab 10 soalan yang dikemukakan, dan setiap soalan bernilai 5 markah. Namun, finalis yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan pada akhir Pusingan Pertama, iaitu Jane (Perak)

Seterusnya, dalam Pusingan Kedua Pentas Akhir Clever Girl Malaysia, 10 soalan juga telah dikemukakan, tetapi pemberian markah akan diberi antara 10 hingga 100 markah dengan tetapan pola menaik. Setiap jawapan salah yang diberikan oleh finalis, markah terkumpul mereka di pusingan ini akan kembali sifar jadi mereka perlu berhati-hati dalam menjawab soalan. Di akhir pusingan ini, dua finalis iaitu Mary (Pahang) dan Fatin (Kelantan) mempunyai markah terendah dan telah bertarung dalam sesi penyingkiran kalah mati. Dalam sesi penyingkiran ini, kedua-dua finalis ini akan diuji dengan menyelesaikan satu ujian IQ dimana mereka diberi satu bingkai serta beberapa bentuk ‘T’. Mereka perlu memuatkan huruf ‘T’ itu di dalam bingkai yang disediakan tanpa sebarang pertindihan. Di akhir pusingan ini, Fatin telah berjaya menyelesaikan masalah bingkai itu kurang daripada 5 saat, lantas menyingkirkan Mary dari pusingan itu dan mara ke pusingan akhir menentang Arina (Selangor) 

Empat Finalis Clever Girl Malaysia
Empat Finalis Clever Girl Malaysia

Pentas Akhir Clever Girl Malaysia diteruskan dengan Pusingan Akhir bersama Fatin dan Arina. Permainan dalam pusingan penentuan ini, kedua-dua finalis hanya perlu menjawab 10 soalan setiap seorang dan Fatin telah berjaya menentang Arina dengan mata 6-4 jawapan betul lalu dinobatkan Clever Girl Pertama Malaysia Pertama serta membawa wang tunai RM100, 000.

Program realiti ini dihoskan oleh Alif Satar dan dibawakan oleh penaja rasmi Lady’s Republic, “Menyingkap Rahsia Kecantikan Abadi”. Keanggunan para peserta Clever Girl Malaysia ini pula digayakan oleh BawalScarf by Aidijuma dan BlossomRTW by BlossomBoxStore selaku Penaja Bersama. Rancangan ini turut ditaja oleh Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. Clever Girl Malaysia turut mendapat sokongan geng-geng media seperti Berita Harian, New Straits Times, radio-radio hangat Hot FM dan Fly FM, serta portal video nombor satu negara Tonton.

Pengumuman Fatin CG Pertama Malaysia

Clever Girl Malaysia yang telah bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016 lalu serta di portal video Tonton.

Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Jualan Flash Plus 2 Bermula 24 Mei Ini

 Flash Plus 2, penambahan terkini dalam keluarga Flash telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Selain pelancaran serentak secara dalam talian, laman web rasmi Flash turut mendedahkan pelbagai keistimewaan telefon pintar serba baharu itu. Sekali gus menarik minat golongan pengguna internet muda untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Selain mewarisi keupayaan merakam gambar yang terbaik daripada model Flash, produk premium serba baharu ini hadir sebagai kombinasi “perkakasan” dan “perisian” yang sempurna. Ia menampilkan kerangka besi, sokongan cap jari, pengecasan pantas dan HiFi. Telefon pintar ini turut memiliki konfigurasi seperti pemproses Helio P10, skrin bersaiz 5.5 inci dan sistem operasi Android M.

Memandangkan jualan runcit Flash Plus 2 bermula secara rasmi pada 24 Mei, para pengguna boleh mendapatkan telefon pintar 2GB baharu ini di laman web membeli-belah dalam talian nombor satu di Asia, Lazada pada harga RM599. Layari laman web http://www.lazada.com.my/flash-plus-2 untuk membuat pra-tempahan mulai 24 Mei 2016.

Mengambil kira keperluan pengguna muda yang mahukan reka bentuk hebat dan menyeronokkan, Flash Plus 2 menawarkan pengalaman merakam gambar serta menikmati muzik yang berbeza. Pada masa sama mengekalkan prestasi yang cemerlang. 

Menyentuh tentang kamera, Flash Plus 2 mengintegrasikan PDAF dan pemfokusan kontras dengan penjajaran fokal hampir 0.1s. Ini membolehkan pengguna merakam gambar dengan pantas.

Dengan lampu flash belakang dwiwarna RealTone dan flash LED di hadapan bersama ciri Color Rendering Index (CRI) sehingga 80, produk ini sememangnya membolehkan pengguna merakam keindahan dunia dalam spektrum penuh tanpa sebarang kekangan cahaya.

Dari segi audio, Flash Plus 2  menampilkan akustik fon kepala yang menyediakan kualiti HiFi, efek pembesar suara yang bervolum tinggi dan fungsi suntingan muzik MIX. Sekali gus menawarkan sebuah telefon pintar berprestasi tinggi untuk menikmati dan menghasilkan muzik.  

Melalui fungsi pengecaman cap jari dan pengecasan pantas, Flash Plus 2 boleh bertukar menjadi  pembantu yang terbaik untuk gaya hidup dan menyempurnakan tugasan pejabat dengan mudah. Cantik dan berguna, fungsi pengecaman cap jari pada bahagian hadapan membolehkan telefon dibuka dengan pantas dan tepat dalam tempoh 0.5 saat. Ia juga berfungsi untuk membuka aplikasi, penyulitan fail dengan selamat dan banyak lagi. 

Dilengkapi chip TI BQ25896 dan teknologi pengecasan pantas 9V/1.67A, Flash Plus 2 mampu menawarkan pengecasan bateri sebanyak 50% dalam masa hanya 30 minit serta jaminan panggilan telefon selama 10 jam secara berterusan. Kapasiti bateri juga boleh dipercayai oleh para pengguna.

Hadir dalam dua warna iaitu perak (Luna Silver) dan emas (Venus Gold), Flash Plus 2 menawarkan pengguna muda dengan pilihan yang lebih personal. Perumah besi pada bahagian belakang telefon pintar ini telah melalui beberapa proses yang kompleks seperti permukaan diberus licin horizontal dan pengoksidaan anod sebanyak dua kali. Malah, perincian pada badannya membuatkan Flash Plus 2 dapat menggabungkan aspek estetik dan tekstur yang menarik perhatian serta selesa dipegang. 

Bukan itu sahaja, Flash Plus 2 dikuasakan oleh pemproses Helio P10 berprestasi tinggi dan menjimatkan tenaga. Ia menggunakan skrin definisi tinggi bersepadu OGS bersaiz 5.5” dan menyokong mode Miravision 2.0 pintar yang melindungi mata. Manakala penggunaan sistem operasi stok Android M pula pasti mampu memenuhi keperluan peminat tegar teknologi. 

Sebagai produk pertama dengan jenama Flash, Flash Plus 2 akan menawarkan pengguna lebih banyak pilihan kehidupan yang pintar menerusi prestasi dan pengalaman luar biasa.

“Flash akan terus komited melaksanakan misinya untuk memenuhi keperluan pengguna muda yang gemar berkongsi dan mahukan kualiti. Lebih penting lagi, kami akan menawarkan perkakasan premium yang hebat, pintar dan menyeronokkan dalam usaha membentuk gaya hidup pelanggan,” kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Flash, Yogi Babria.

Venus Gold

Luna Silver

 

Single Terbaru : Berhenti Menantimu – Kris Patt

Minat yang mendalam dalam bidang seni membawa Mary Cris Pateno Faustino, 27, ke negara ini untuk mengembangkan  kerjaya seninya di sini. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama pentasnya, Kris Patt, berasal dari Filipina.

Kris mula menyanyi secara tidak formal ketika dia berusia tujuh tahun dan  semakin serius untuk menjadi penyanyi setahun selepas itu. Oleh kerana desakan hidup, Kris yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik hanya bersekolah sehingga peringkat sekolah tinggi saja.”Saya  tidak dapat menyambung pelajaran kerana ibu tidak mampu untuk membiayai pengajian lalu saya terus mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian untuk membantu ibu menyara keluarga kami. Demi mencari pengalaman dan peluang yang lebih baik saya datang ke Kuala Lumpur dan berpeluang menyanyi di beberapa hotel terkenal di negara ini.”

Selepas menimba banyak pengalaman di negara ini dan melihatkan perkembangan dunia hiburan tanah air yang kian rancak, Kris berhasrat untuk menghasilkan album. Impian Kris itu tercapai selepas pihak Melodi United yang menyaksikan persembahan Kris di sebuah hotel terkemuka di ibu kota tertarik dengan nyanyian dan persembahannya.Selepas berbincang mereka menawarkan Kris untuk menghasilkan single pertamanya dan lebih istimewa lagu pertamanya itu dicipta oleh Tam Spider dan liriknya pula diilhamkan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Yuka Kharisma.Kriss Patt 02

Gabungan tiga negara – Malaysia, Indonesia dan Filipina, diharap akan melonjakkan nama Kris di persada muzik tanah air. “Saya lihat industri hiburan Malaysia terbuka menerima kehadiran bakat daripada luar dan ini menguatkan lagi keyakinan yang saya akan diterima oleh penggemar muzik di sini. Disebabkan itu juga saya memilih untuk merakamkan single pertama saya dalam bahasa Melayu kerana sepanjang menyanyi di hotel selain suka menyanyikan lagu Melayu, ramai pengunjung hotel terdiri daripada kalangan  orang Melayu.

Saya boleh faham bahasa Melayu sedikit-sedikit kerana ada perkataan dan makna bahasa itu yang hampir sama dengan bahasa ibunda saya di Filipina. Oleh itu tidaklah begitu sukar  apabila saya mahu merakamkan lagu Melayu.  Sebab lain saya mahu merakamkan lagu Melayu kerana saya mahu berbeza daripada penyanyi lain.Paling penting  saya percaya serta yakin boleh menyanyikan lagu dalam bahasa itu dengan baik. Ketika rakaman  Tam Spider banyak membantu saya untuk menghayati setiap bait lirik lagu itu agar dapat disampaikan dengan sepenuh penghayatan,” katanya.

Kris berhadap peminat muzik di negara ini akan memberi sokongan kepadanya agar dia dapat melakar namanya di sini.Semangat dan keberanian Kris ingin mencuba nasib di negara ini amatlah dipuji. Meminati penyanyi Dayang Nurfaizah dan Hazami,  Kris berazam untuk berusaha dan bekerja keras demi memberikan yang terbaik kepada pendengar dan peminat seni suara di negara ini.

Melihatkan kesungguhan Kris mengembangkan bakat nyanyiannya itu dan tidak pernah berputus asa untuk mengejar cita-citanya dalam bidang seni, Melodi United merancang mahu mengadakan kerjasama dengan Kris dalam pelbagai cabang seni yang lain agar kedua-dua pihak dapat membina satu empayar perniagaan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara.

HUJAN Lancarkan Album “JIKA SEMPAT”

Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJAN tampil dengan sebuah album baru yang berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini SANG ENEMY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock yang agak ‘berat’, JIKA SEMPAT secara keseluruhannya mempunyai irama seperti di awal permulaan kumpulan HUJAN.

Populariti HUJAN tidak dapat disangkal lagi dimana terdapat banyak lagu yang menjadi kegilaan para peminat mereka, diantara lagu lagu yang mendapat tempat di hati peminat adalah seperti lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’, ‘Mencari Konklusi’, ‘Muda’, ‘Kotak Hati’, ‘Lonely Soldier Boy’ dan banyak lagi. Selain terkenal sebagai band yang sering menguasai carta radio dengan lagu hit mereka, HUJAN juga terkenal dengan aksi energetic mereka ketika beraksi di atas pentas dengan gaya persembahan yang tersendiri.

HUJAN merupakan band yang telah banyak memenangi anugerah ini telah melangkah jauh jika dibandingkan dengan peringkat awal permulaan mereka ditubuhkan. Mereka juga dikenali sebagai salah sebuah band tempatan pertama yang menggunakan laman internet dan media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan diri dan lagu-lagu mereka.

Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang
Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang

Dalam usaha mempromosi album terbaru HUJAN, hasil kerjasama antara HUJAN dan Hotlink untuk memberi para peminat akses kepada album terbaru yang merupakan album studio ke-5 mereka yang berjudul “JIKA SEMPAT” telah dijalankan secara eksklusif melalui Spotify bermula 15 April hingga 14 Mei yang lalu. Dan kini, Warner Music Malaysia dengan berbesar hati melancarkan album terbaru HUJAN yang bertajuk JIKA SEMPAT.

Single terbaru yang sedang dipromosikan bertajuk JIKA SEMPAT yang juga merupakan tajuk bagi album tersebut. Lagu JIKA SEMPAT ini juga telah dilancarkan di seluruh radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat mereka untuk dimainkan di radio. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu JIKA SEMPAT ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya.

Hujan PC 2

Minat dan kesungguhan terhadap muzik juga menjadikan Konsert Ulangtahun ke-10 pada tahun lalu sebagai penanda aras, maka terhasillah album studio ke-5 kumpulan HUJAN berjudul JIKA SEMPAT.

Menurut Penerbit album ini, AG Coco, sejak single “Pemicu Gila” yang dilancarkan sempena ulangtahun ke-10 HUJAN tahun lalu, mereka terus merancang material untuk menghasilkan album penuh.

Ini adalah album yang paling cepat dari segi ‘production timeline’ kerana kami hanya menyiapkan rakaman keseluruhan muzik dalam masa seminggu dan vokal dalam masa 3 ke 4 hari.”

Bagi vokalis HUJAN, Noh Salleh yang juga bertanggungjawab sebagai penulis lagu dan lirik bagi kesemua lagu di dalam album ini, mereka menjalani situasi enjoy the moment seperti sebuah pengalaman baru ketika menghasilkan album ini.

Sebagai vokalis, saya mahukan sesuatu yang berkualiti lebih tinggi dari album-album sebelumnya seperti feel yang lebih dalam dan nyanyian yang betul”. 

JIKA SEMPAT merupakan album terbaru HUJAN sejak kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2012. Ia merupakan album yang sangat dinanti-nanti kan terutama selepas kejayaan konsert ulangtahun #hujan10tahun pada tahun 2015. Kumpulan ini telah berkembang dan matang dari segi muzik mereka. JIKA SEMPAT ibarat mengimbau ke akar rock & roll tetapi dengan elemen dan pengaruh muzik moden serta trend semasa.

Terdapat 12 trek untuk album JIKA SEMPAT, bermula dengan lagu pembukaan Pemicu Gila, diikuti oleh Biarkan Saja, sebuah lagu yang bersahaja liriknya. Karaktor Tentangan adalah sebuah cerita tentang ketidakserasian di dalam sesebuah hubungan, kemudian diikuti dengan Papa Mama, sebuah lagu tentang kasih kedua ibu bapa terhadap anak. Seterusnya lagu, Jika Sempat diikuti dengan Jangan Lupakan Aku, sebuah lagu yang mengimbau kembali zaman muda remaja. Trek ke 7 pula adalah Sendiri diikuti dengan Kamar Sepi dan kemudian Miri, sebuah lagu yang secara tidak langsung mengisahkan keindahan yang menggamit perasaan penulis terhadap kampung halaman. Aku Janji pula sebuah lagu yang berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang ‘mellow’ dan diikuti dengan lagu Berlari Dan Mati, dan lagu terakhir adalah Kau, sebuah lagu tentang rasa kesyukuran dan keinsafan terhadap PenciptaNya.

Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang
Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang

Sepanjang kerjaya muzik mereka selama sepuluh tahun, HUJAN bukan sahaja berjaya memenangi hati peminat indie Malaysia tetapi juga mampu bersaing di pasaran arus perdana. Mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan muzik alternatif rock dengan gaya mereka yang tersendiri. Berbekalkan kepakaran dalam persembahan pentas yang kuat dan bertenaga dan lagu-lagu alternatif rock yang menarik, ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa mereka telah mengubah landskap industri muzik rock Malaysia.

Selama sepuluh tahun di dalam bidang muzik, HUJAN juga telah mengeluarkan dua EP dan lima album dan telah membuktikan bahawa band ini telah pergi jauh kerana telah berjaya menguasai dan menarik minat pencinta muzik dari luar negara seperti dari Indonesia, Singapura, Ireland, Britain, Perancis dan juga Australia.

Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya di Eropah terutamanya di United Kingdom. Oleh yang demikian HUJAN bakal menyempurnakan siri jelajah ‘Hujan London Tour’ pada hujung Mei ini untuk meraikan #raingersUK bersempena dengan Ulangtahun ke 10. ‘Hujan London Tour’ ini akan bermula pada

24 May The Macbecth, Hoxton
25 May The Workshop, Hoxton
28 May The Urban Bar, Whitechapel
29 May The Islington, Angel
30 May Surya, Shoreditch
31 May Nambucca, Holloway
1 June The Dingwalls, Camden
2 June The Dublin Castle, Camden

Album yang diterbitkan oleh HUJAN adalah di bawah Kamar Seni Enterprise ini sudah mula berada di pasaran tempatan dan juga di dalam semua platform digital mulai 20 Mei ini.  Kepada peminat muzik tanahair rebutlah peluang untuk memiliki album JIKA SEMPAT samada dalam bentuk cakera padat mahupun album digital edaran Warner Music Malaysia.

Filem My Stupid Boss

Filem My Stupid Boss terbitan syarikat perfileman prolifik dari seberang, Falcon Pictures menjadi produk wajib tonton penggemar filem di negara ini apatah lagi ia menjalani penggambaran 100 peratus di Kuala Lumpur.

Tempoh 25 hari penggambaran dilakukan di negara ini bermula Oktober tahun lalu sudah pasti tidak terlepas menggunakan khidmat pelakon tempatan yang dipilih berdasarkan bakat dan populariti mereka.Antaranya seperti Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.

https://www.youtube.com/watch?v=-sCQfI1DLlQ

Mengisahkan Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman  memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan.

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu ‘Bossman Always Right’.

Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.

Falcon Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic 8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie, Sejadah Ka’bah dan banyak lagi.

Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula ‪19 Mei ini.

Pemilik Rangkaian AquaNano Pernah Menggadai Barang Kemas & Cincin Perkahwinan Isteri

Pemuda yang dimaksudkan ini bernama Amran dan itulah antara tindakan yang pernah dilakukan olehnya semasa awal perjalanan sebagai seorang usahawan untuk membina empayar perniagaan dari bawah dan kini beliau merupakan pemilik rangkaian dobi Franchais AquaNano.

Beliau bukanlah dilahirkan daripada keluarga yang berada, tetapi semangat untuk memperbaiki taraf hidup selepas mengambil keputusan berhenti kerja dari Petronas Carigali sangat memberi inspirasi kepada golongan anak muda yang ingin memulakan perniagaan.

“Saya mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu.””Saya akui, keinginan untuk menaikkan taraf hidup dengan bekerja sendiri bukanlah sesuatu mudah seperti disangka. Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami.”

amran3

“Saya mula fikir untuk berniaga dan ketika itu hanya mempunyai RM20,000 dalam simpanan dan saya gunakan modal ini untuk memulakan perniagaan IT kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di syarikat telekomunikasi selama empat tahun.Saya menyewa sebuah bilik kecil di tingkat 3 di sebuah lot kedai bagi menjalankan operasi perniagaan IT saya”

Bagaimanapun, pengalaman yang ada tidak mencukupi untuk menjana keuntungan, malah duit modal yang dilaburkan habis begitu sahaja.Perniagaan tersebut berakhir dalam tempoh hanya tiga bulan.”Hidup kami sekeluarga semakin sempit, berbulan kami tak mampu membayar sewa rumah termasuk kereta.Pernah satu ketika kereta saya ditarik bank, selepas bertungkus lumus meminjam wang disana sini dan membayar semula tunggakan, keesokkan harinya kereta isteri saya pula ditarik bank…Terduduk diam bisu kami sebentar mengenangkan duit yang dipinjam belum dibayar lagi, inikan pula nak meminjam duit lagi untuk kereta isteri.”

“Sukar ingin digambarkan tekanan yang saya hadapi ketika itu apabila jumlah hutang meningkat dan mahu ataupun tidak saya perlu fikirkan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan lah, ada ketika hanya tinggal RM10 dalam saku, kami ikat perut sekeluarga berbelanja RM10 untuk seminggu. Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu. Kami catu segalanya kerana terpaksa berjimat kerana hendak pastikan keperluan bayi kami.Kami juga tidak mampu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung, segala majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara dan kawan kami tak dapat hadiri kerana tiadanya wang untuk bergerak kemana-mana ketika itu. Begitu hebat sekali dugaan Allah yang diturunkan kepada kami, terasa ketika itu kami begitu kerdil didunia ini. Tidak terbilang ntah berapa kali isteri saya mengalirkan air mata dan saya juga hampir-hampir putus asa untuk terus  berada didalam bidang perniagaan.”

amran4

Tetapi Amran sedar dia tidak boleh lemah semangat dan berputus asa dengan dugaan yang dihadapi ketika itu memandangkan tanggungjawabnya bukanlah hanya untuk diri sendiri malahan demi isteri dan anak-anak.Kemudian abang ipar Amran mencadangkan pada beliau untuk menjual kerongsang di pasar-pasar malam dan pejabat kerajaan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Masalah utama kami ialah modal, bayar kereta pun kami sudah tidak mampu, hutang pula keliling pinggang.Isteri saya tidak sampai hati dan menyerahkan semua barang kemas hadiah perkahwinan kami termasuk cincin kahwin untuk digadaikan sebagai modal permulaan.Saya juga bernasib baik adik beradik saya lain ada bantu sedikit untuk beli stok kerongsang. Alhamdulillah… Saya sedikit lega apabila penjualan kerongsang saya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada jualan yg pertama kali dibuat kerana hampir 90% stok habis dijual. Saya berjaya memulangkan modal pinjaman dari adik beradik dan dalam masa enam bulan perniagaan beroperasi kami berjaya mengumpul hampir RM50,000 hasil jualan kerongsang tersebut.” ujar beliau.

Namun, perniagaan tersebut juga tidak mampu bertahan lama kerana pesaing mula bertambah sehingga keuntungan merosot sedikit demi sedikit.Pada awal tahun 2009, Amran mendapat tawaran kerja di Petronas Carigali. Ketika itulah Amran mula mengumpul modal sekali lagi untuk menjayakan perniagaan dobi yang merupakan impian isterinya selama ini.

“Kami mula bisnes dobi tanpa sebarang pengalaman dan selama lima bulan pertama kami berhadapan dengan kerugian.  Kami tidak tahu standard operasi yang betul dan pelan pemasaran yang berkesan.”Setelah menyedari kesilapan yang dibuat, Amran mula membantu isteri dengan merangka strategi pemasaran, menerima kontrak cucian dari agensi-agensi berdekatan dan menjana keuntungan dari perniagaan dan mampu untuk mengajikan pekerja.

Amran1

Setelah melihat perniagaan dobi ini berjaya diuruskan, Amran sering menerima panggilan dan menerima kunjungan daripada bakal-bakal pengusaha dobi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar.”Saya dapat idea untuk membuat kursus dan seminar perniagaan dobi bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini. Niat kami hanya mahu membantu serta berkongsi ilmu supaya mereka tidak mengalami kerugian seperti yang kami lalui.”

“Alhamdulillah daripada sedikit hingga kini lebih 2000 orang peserta telah menyertai kursus dan lebih 400 buah kedai dobi yang telah berjaya kami bantu bangunkan,” katanya.Selepas berjaya mendapat keyakinan dari pihak yang terlibat, akhirnya jenama AquaNano mendapat pengiktirafan sebagai francaisor yang berdaftar pada 2013 dan layak untuk mendirikan jaringan francais di seluruh negara.

“Menjadi usahawan perlu kreatif dan berani mengambil peluang, saya mengorak langkah lagi dengan bersama rakan niaga lain membangunkan perisian dobi layan diri yang pertama di Malaysia,” ujarnya.

Sehingga kini AquaNano telah mempunyai sebanyak 140 outlet diseluruh Malaysia dan juga Indonesia. Amran memasang impian yang sangat tinggi agar AquaNano menjadi pilihan jenama no.1 bagi perkhidmatan Dobi di Malaysia dan semakin berkembang pesat serta bakal memiliki penambahan 50 cawangan baru didalam tempoh 2 tahun ini.

Link fb Amran:

https://www.facebook.com/amran.s.idris?__mref=message_bubble

Peraduan Mentos Unlocks The X-Power In you

Dengan kerjasama bersama Twentieth Century Fox dan Marvel, MENTOS telah menjalankan peraduan Mentos Unlocks The X-Power In You untuk filem X-Men Apocalyps, dan menawarkan hadiah eksklusif X-Men dan hadiah wang tunai yang bernilai lebih dari RM50,000. Peraduan berlangsung dari 1 Mei 2016 sehingga 19 Jun 2016.

Dengan pembelian RM5 dan ke atas dalam resit tunggal, warga Malaysia boleh menyertai peraduan Mentos Unlocks The X-Power In You dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul dan menghantar jawapan berikut berserta butiran melalui aplikasi Whatsapp atau khidmat pesanan multimedia, atau hantar di laman web Mentos.

Pemenang akan dinilai berdasarkan jumlah jawapan yang betul semasa tempoh peraduan dan resit pembelian asal diperlukan untuk menuntut hadiah.

20 peserta akan dipilih untuk memenangi hadiah eksklusif peralatan mandi X-Men dan Kemeja-T yang bernilai RM170 setiap minggu, manakala hadiah utama ialah Keyboard Laser eksklusif X-Men, beg troli, Kemeja-T, wang tunai RM5,000 dan juga bekalan produk mentos untuk satu tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mentosxpowercontest.com atau hubungi kami di laman sesawang https://www.facebook.com/mentosmalaysia/.

ALTIMET & The Kawan Band SXSW 2016

Altimet & The Kawan Band merupakan gabungan bijak di antara hip hop dan irama rakyat Malaysia, yang diterajui oleh Altimet – salah seorang artis hip hop malaysia yang digemari. Gabungan 9 ahli muzik tempatan ini mendapat pimpinan Timothy Toh dan Rav Singh.

_F5A4932_2

Mac lalu, A&TKB telah membuat “mini tour” di London (United Kingdom) sebelum ke South By South West (SXSW) di Austin, Texas (USA).SXSW merupakan sebuah Music, Filem dan Tech Conference yang terbesar di dunia di mana penganjur-penganjur acara dan rakan media dari seluruh dunia akan datang untuk melihat artis2 unik tempatan dan dari luar yang telah dipilih oleh SXSW untuk membuat persembahan.

A&TKB bergabung usaha dengan rakan strategic, Malaysia Airlines dan IM4U untuk mendokumentasi seluruh perjalanan yang akan ditayangkan dalam siri-web Hatch dan channel YouTube Altimet sendiri.

_F5A5593_2

Menerusi gabungan bersama Malaysia Airlines, sebuah single terbaru berjudul “Keliling Dunia” yang akan datang bersama2 muzik video yang dirakamkan ketika di London dan Amerika Syarikat.

Mia Sara Lancarkan Jenama Dan Rekaan MS COUTURE

Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pelakon Mia Sara hari ini melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri MS COUTURE yang telah diadakan di Hotel Royal Kuala Kumpur.

Mia Sara (11 tahun) berkata, idea untuk perniagaan tudung tersebut bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember 2015 yang lalu.

En Azman, Rakan Kongsi MS Couture
En Azman Rakan Kongsi MS Couture

“Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak mula bertudung selepas pulang daripada umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka masa panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri,” ujar Mia Sara pada majlis pelancaran MS COUTURE by Mia Sara di sini, Selasa.

Tambah Mia, terdapat tiga jenis tudung dengan kualiti terbaik yang didatangkan khas untuk ibu dan anak. Antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah.

DSC01129
Mia Sara, Pemilik MS Couture

“Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah iaitu tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu),” ujarnya. Kesemua tudung ini diperbuat dengan kain jenis lycra iaitu lycra printed, lycra cotton dan lycra denim.

Selain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah potongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet. Madeena tampil dengan rekaan jubah potongan A dan diperincikan dengan tail kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe.

Selain itu, MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira potongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik- cotton plain dan bercorak kualiti tinggi.

Turut hadir pada majlis berkenaan semalam ialah Liyana Jasmay dan Ekin AF.