Single Terbaru : “Ku Rela Dibenci” – Aiman Tino

Aiman Tino atau nama sebenarnya, Mohd. Aiman Yusri, tidak menduga lagu demo yang dirakam oleh bapanya mengundang perhatian pemain gitar kumpulan Khalifah, Harry, yang kemudian mencadangkan kepada Aries Music untuk diambil sebagai artis rakaman.

Aiman Tino, 18 tahun, telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan sering terlibat dalam aktiviti kesenian di sekolah. Beliau mendapat bimbingan daripada bapanya, Yusri Ishak, merupakan finalis Bintang HMI 1992.

Menurut Aiman Tino, lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan, tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music.

“Saya akui ia satu kesilapan, tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman,” jelasnya.

Boleh bermain gitar, menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran.

Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Selain menyanyi dan bermain gitar, Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw.

Selain Char Kue Teaw, beliau juga pakar membuat sambal nasi lemak.

“Memang saya telah diajar membuat sambal nasi lemak oleh bapa sejak kecil dan kini sayalah yang membuat sambal nasi lemak yang dijual di restoran kami,” katanya gembira.

Check Also

XPDC KPY bakal mengadakan Konsert XPDC Gegar Borneo 2026 di Padang Pekan Daerah Kunak.

XPDC KPY BAKAL GEGARKAN PADANG PEKAN KUNAK

Selepas dua tahun tidak mengadakan persembahan di Sabah, kumpulan rock legenda XPDC KPY bakal kembali …

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *