SO Staff

Layan Konsert Wings Menakluk Kosmos Penang Sambil Menderma

cipot 2

Salam Malaysia! Terdapat khabar angin yang mengatakan konsert Wings Menakluk Kosmos yang dijadualkan berlangsung pada esok hari (27 Disember 2014) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang dibatalkan. Harap anda semua tidak percaya dengan perkhabaran tersebut. Konsert Menakluk Kosmos Penang akan tetap diteruskan.

Kumpulan Wings dengan kerjasama Skuad Prihatin Seberang Jaya akan melancarkan tabung kutipan bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur ketika konsert esok. Sejumlah 10% dari jumlah kutipan akan digunakan untuk masyarakat setempat manakala 90% lagi akan digunakan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Sesungguhnya pihak penganjur dan kumpulan Wings sendiri prihatin akan musibah yang menimpa dan sedaya upaya cuba menolong dengan cara yang tersendiri.

Datanglah beramai-ramai menyaksikan Wings sambil menderma esok.

Nurul Izzati Ibrahim Pemenang Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000

Image 1

Nurul Izzati Ibrahim yang berusia 22 tahun mungkin kelihatan muda, namun tenaga serta keyakinan beliau jelas menunjukkan bahawa beliau telah mencapai kejayaan yang membanggakan pada usia muda.  Pengaya hijab muda ini kelihatan teruja menceritakan mengenai salah satu minat beliau iaitu – tutorial gaya berhijab di YouTube yang telah meraih pengikut melebihi 19,000 orang dan menjana lebih lima juta tontonan.  Sunsilk, salah satu peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab, menyedari hakikat ini dan memilih Nurul sebagai pemenang hadiah utama yang memenangi hadiah wang tunai RM20,000 melalui pertandingan, Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

Semenjak 15 tahun yang lalu, Sunsilk Lively Clean & Fresh telah berganding bahu dan melangkah seiring dengan wanita yang memakai hijab ketika mereka meniti liku kehidupan, menjalin kisah tersendiri, serta menggapai inspirasi dan impian mereka.  Tahun ini, Sunsilk memberi tumpuan kepada wanita-wanita hebat ini dengan mengundang mereka untuk berkongsi perjalanan berhijab mereka yang tersendiri dan menggamit memori bersama Sunsilk, yang telah dijalin semenjak sekian lama menerusi pertandingan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000. Pertandingan ini, yang telah berlangsung pada awal tahun ini melalui laman Facebook Sunsilk, telah meraih hampir 1,000 penyertaan dan mencapai kemuncaknya menerusi penceritaan sebuah kisah yang mempamerkan perjalanan Sunsilk Lively Clean & Fresh bermula dari tahun 2000 sehingga sekarang.

“Kami berhasrat untuk memperkasakan semua pemakai hijab di Malaysia dengan menerapkan keyakinan dalam diri mereka untuk merebut peluang dalam kehidupan; jadi kami mencipta sebuah platform untuk meraikan dan mendengar kisah mereka dalam mengapai impian, inspirasi serta menangani cabaran yang hadir.  Amat sukar untuk menentukan pemenangnya kerana kami telah menerima begitu banyak penyertaan yang penuh inspirasi, namun kisah Nurul ternyata paling unggul.  Beliau melambangkan pengaya hijab Sunsilk yang sebenar – mengawal serta melakar kejayaan beliau sendiri dan sentiasa berinspirasi untuk mencapai lebih banyak lagi dalam kehidupan, dan menjadi sumber inspirasi yang sebenar kepada orang lain,” ujar Phoenix Ho, Pengurus Jenama Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Image 2
Nurul Izzati Ibrahim memenangi RM20,000 dalam Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

“Saya tidak menjangkakan sama sekali.  Satu hari ketika saya membuka email, saya mendapati bahawa saya telah dipilih sebagai pemenang. Saya berasa amat gembira!”  kongsi Nurul.  Pelajar bidang seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyatakan bahawa minat beliau untuk menggayakan hijab telah menginspirasikan beliau untuk mencipta saluran YouTube (www.youtube.com/user/icecreambaby44), di mana beliau menunjukkan cara untuk menggayakan hijab bagi pemakaian seharian mahupun ketika menghadiri majlis khas.

Apa yang bermula sebagai hobi kini berkembang menjadi seni yang berterusan, malah ramai gadis-gadis lain yang memakai hijab mula mengikuti gaya beliau dan tidak lama kemudian mula meminta lebih banyak tip mengenai fesyen dan gaya.  Meraih lebih dari sekadar memberi inspirasi kepada orang lain, Nurul mengulas lanjut bahawa dorongan dan sokongan positif yang beliau terima dari para penonton telah membantu memupuk keyakinan diri dan memacu beliau untuk mencapai impiannya.  Pengaya hijab muda ini juga mampu bermain alatan muzik dalam pementasan orkestra di sekolah, dan terlibat secara aktif dalam komuniti pengiat seni tempatan dan berhasrat untuk menjadi seorang pereka seni yang berjaya satu hari nanti.

Sebagai seorang pelajar seni bina, membuat lakaran merupakan sebahagian dari rutin seharian Nurul.  Mungkin itu sebabnya, apabila ditanya apakah perancangan beliau dengan hadiah wang tunai yang dimenanginya, Nurul berkata salah satu dari rancangan beliau ialah untuk menderma kepada KL Sketch Nation, komuniti yang menempatkan pencinta seni lakaran yang sentiasa berusaha untuk memberi sumber inspirasi kepada orang lain melalui seni lakaran.  Komuniti ini, yang mana Nurul berbangga untuk menjadi sebahagian dari mereka, sering menganjurkan ‘sketch walks’ apabila mereka mengunjungi mercu tanda di KL dan kawasan berhampiran dan menampilkan suasana kehidupan di Bandar dan karakter-karakter dari segenap lapisan masyarakat yang dihidupkan melalui seni lakaran.

“Memenangi pertandingan Sunsilk ini akan membantu saya untuk terus melakukan perkara yang saya cintai seperti membuat tutorial memakai hijab dan seni lakaran.  Mengenai berkongsi hadiah kemenangan dengan KL Sketch Nation pula, saya berhasrat agar dapat membantu mereka dari segi kewangan dalam melaksanakan penganjuran lebih banyak aktiviti, pameran dan kelas seni lakaran bagi kanak-kanak dan golongan muda,” ulas Nurul.

Dengan terdapatnya pelbagai platform sosial media masa kini, adalah amat mudah bagi orang ramai melupai seni yang mudah seperti melakar.  Tegas Nurul, “Apabila anda melakar, anda menggapai lebih banyak butiran dan lebih menghargai persekitaran anda berbanding sekadar mengambil gambar.  Saya berharap melalui KL Sketch Nation, lebih ramai orang akan mula meminati seni lakaran dan memupuknya sebagai sebuah hobi yang menyeronokkan.”

Sunsilk sentiasa memahami bahawa setiap wanita mempunyai keperluan penjagaan rambut yang berbeza, termasuklah wanita yang berhijab.  Ia telah mendorong jenama ini untuk menjadi peneraju dalam penjagaan rambut wanita berhijab semenjak 15 tahun yang lalu, bermula dari detik pelancaran Sunsilk Lively Clean & Fresh.  Bagi menangani keperluan penjagaan rambut yang unik bagi pemakai hijab, Sunsilk bersama dengan Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia telah mencipta Lively Clean & Fresh.  Diperkayakan dengan Vitamin Citrus ComplexTM, varian ini membasuh rambut secara menyeluruh, dan seterusnya memberi kesegaran kepada kulit kepala. Hasilnya adalah kulit kepala yang bersih dan segar, yang memberikan pemakai hijab kesegaran sepanjang hari.

Sebagai jenama yang meletakkan golongan wanita di tempat yang teratas, Sunsilk sentiasa memberi sokongan kepada pemakai hijab melalui pelaksanaan kempen yang melambangkan kejayaan golongan wanita ini.  Tahun ini menyaksikan artis muda Heliza Helmi selaku wajah baru Sunsilk Lively Clean & Fresh yang diharap akan berupaya untuk memberi inspirasi kepada wanita yang berhijab.   Tahun lepas kempen Hijabku, Gayaku menampilkan 10 pereka dan model bertuah ke persada antarabangsa melalui pentas  Islamic Fashion Festival (IFF), di mana para pemenang pertandingan fesyen ini telah menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk menceburi industri fesyen.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Sunsilk dan aktiviti yang dilaksanakan, sila kunjungi laman http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia.

COMEDY CENTRAL ASIA Launches The Complete Seven Seasons THE KUMARS AT NO. 42

150816-The Kumars Pic 3-af8959-original-1417749719

Comedy Central Asia is bringing viewers one of British television’s most loved families, The Kumars at No. 42. The complete seven seasons of the show will debut exclusively on the network over seven weeks with new episodes on weekdays starting from Thursday, 11 December at 7pm (TH/WIB), 8pm (SG/HK//PH/TW) and 9pm (MY). Thereafter, the cast reunites after a seven-year hiatus for the brand new season re-titled The Kumars, which premieres on Friday, 23 January 2015 at 7pm (TH/WIB), 8pm (SG/HK//PH/TW) and 9pm (MY).

The Kumars

Winner of two International Emmy awards, the Rose d’Or Bronze Rose (Best Comedy) and the British Comedy Award, the hybrid sitcom-chat show follows the trials and tribulations of a dysfunctional suburban immigrant family – Madhuri and Ashwin Kumar, Sanjeev (their 30 something son), and Sushila (the family’s irrepressible matriarch). Based on a fictional British family, the Kumars support Sanjeev’s dream of making it big as a TV presenter going as far as to set up a TV studio in their home garden.

150815-The Kumars Pic 2-d16182-original-1417749711

With celebrity guests’ appearances fees paid out in “chutney”, the comedy series features appearances by Helena Bonham Carter, Charlotte Church, Ronan Keating, Jimi Mistry, Boy George and more.

 

“Sedekad Tsunami” Bersiaran di Majalah 3 malam ini

Main Background Pic

Diam tak diam siapa menyangka bencana Tsunami yang pernah melanda Aceh kini telah 10 tahun berlalu. Tarikh 26 Disember 2004 menyimpan seribu satu perasaan duka dan hiba di bumi yang digelar Serambi Mekah itu tatkala diduga kuasa yang Maha Esa. Namun siapa juga menyangka andai peristiwa hitam itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Istimewa di TV3, Majalah 3 akan membawakan satu episod mengenai “Sedekad Tsunami” pada hari Isnin, 22 Disember 2014 jam 9.00 malam.

Lebih 230,000 nyawa terkorban akibat tamparan Tsunami pada 26 Disember 2004. Bumi Aceh, dan Thailand antara yang terkesan teruk. 10 tahun lalu, wartawan Norzie Pak Wan Chek bersama penerbit Majalah 3, Mohd Said Abdullah Thani telah ke sana untuk membuat liputannya. Manakala wartawan Abdullah Sidek Majin, ke Phuket Thailand bagi melihat kesan Tsunami.

M3 Team 1

Kini dalam episode istimewa kali ini, Majalah 3 bakal membawakan perkhabaran kehidupan baharu di dua negara ini…selepas 10 tahun tragedi hitam itu. Norzie kali ini bersama penerbit Majalah 3, Nurul Fariha Onn, ke bumi Aceh. Lima tahun sebelum Tsunami, Aceh suatu ketika dahulu dikenali sebagai bumi bergolak akibat konflik politik yang bagaikan tiada kesudahan, sehinggalah Tsunami melanda Aceh Darussalam. Dua kali rakyatnya melalui fasa derita. Namun setiap yang berlaku. sudah dirancang oleh Maha Pencipta yang pasti ada hikmahnya.

Norzie kembali melihat beberapa lokasi yang dikunjunginya 10 tahun lalu. Antaranya, ke Masal Perkuburan Islam. Mengimbas kembali…pada 2004, ramai yang terkesan dengan laporan Norzie ketika dia melihat sendiri proses pengkebumian beramai-ramai dilakukan dalam satu lubang dilakukan dengan menggunakan jentolak tanpa melalui proses yang sempurna. Ini disebabkan terlalu banyak mayat yang dijumpai sudah dalam keadaan busuk dan perlu dikebumikan segera. Di masal ini kami temui insan yang mengkebumikan mayat-mayat mangsa yang terkorban akibat Tsunami dengan menggunakan jentolak pada 10 tahun lalu. Kami berkongsi pengalaman bersama Muhammad Kassim, berusia 63 tahun. Dahulunya dia hanya membantu untuk menyempurnakan mayat terbiar ini agar dikebumikan. Namun apa yang dilakukan tidak berakhir di situ. Dia kini menjadi penjaga Masal Perkuburan ini.

M3, Monday, 9.00pm

Sementara itu, Nurul Fariha Onn menemui pejuang-pejuang Tsunami yang masih bertahan walaupun kehidupan mereka telah banyak berubah. Sebagaimana Tsunami mengubah peta topografinya…begitu juga nasib masyarakatnya. Samsul Rizal, dahulunya seorang “tauke” besar, menangkap ikan yu untuk mendapatkan sirip serta dagingnya bagi diimport ke Medan. Kemewahannya dapat digambarkan apabila dia mengakui dia mempunyai enam buah bot nelayan laut dalam. Namun ombak Tsunami mengubah segalanya. . Enam buah botnya hilang ditelan ombak Tsunami.  Kini dia hanya bergantung hidup dengan menjual ikan masin demi keluarga. Pendapatannya tidak menentu sehinggakan banyak ikan masinnya yang terpaksa dibuang akibat busuk tidak terjual.

Ada yang masih hidup dalam trauma. Ada yang telah menerima segala takdir Ilahi. Ada yang masih mengharapkan keajaiban berlaku…agar menemui kembali keluarga yang masih hilang tanpa khabar berita. Ada yang dari seorang yang susah, selepas Tsunami meraih rezeki dan kebahagian…seperti kisah yang kami perolehi di Masjid Rahmatullah di Lhoknga. Masjid yang terselamat di tengah-tengah padang jarak padang terkukur…gambarnya menjadi tatapan dunia menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan Allah swt. Norzie kembali di situ dan melihat pembangunan semula. Ramli Abidin, hilang anak dan isteri didepan mata akibat ditelan omnak tsunami. kesedihan itu membawanya untuk lebih dekat kepada Allah swt bagi merawat jiwanya…kekosongan itu terisi apabila dia yang dahulunya seorang petani biasa, kini menjadi bilal di masjid itu.

Kisah jatuh bangun masyarakat Aceh selepas Tsunami membuka mata kami tentang hikmah disebalik yang terjadi. 10 tahun Tsunami…rakyat Aceh bangkit meneruskan kehidupan biarpun pernah diuji.

Sementara di Phuket Thailand…wartawan Abdullah Sidek Majin mengunjungi kembali beberapa lokasi yang pernah dijejaki 10 tahun lalu bagi melaporkan keadaannya beberapa selepas Tsunami. Abdullah Sidek Berjaya menemui semula salah seorang mangsa yang terselamat dan pernah ditemubual 10 tahun lalu. Pertemuan semula ini banyak yang dikongsikan tentang kenangan hitam yang dilalui.

‘Extant’ Bakal Ditayangkan Secara Eksklusif Di Channel RTL CBS Entertainment HD, HyppTV

extant2

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan RTL CBS Entertainment HD menganjurkan tayangan media eksklusif siri ‘Extant’, sebuah drama bersiri terbaharu dari Steven Spielberg, selaku penerbit eksekutif dan dibintangi oleh Halle Berry, pemenang Anugerah Akademi® selaku watak utama. EXTANT bakal ditayangkan bermula 6 Januari 2015, 9.55 malam secara eksklusif di RTL CBS Entertainment HD, HyppTV Saluran 616.

Dihoskan oleh Stephanie Carrington, seorang pelakon, model, hos dan duta RTL CBS Asia, tayangan tersebut telah berlangsung di TGV Luxe Hall, di Pusat Membeli Belah 1 Utama. Majlis tayangan tersebut telah dihadiri oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM  dan Jennifer Batty, Naib Presiden Eksekutif, Program, RTL CBS Asia serta rakan-rakan media dan tetamu jemputan lain.

Dalam ‘Extant’, sebuah siri thriller misteri dengan Steven Spielberg sebagai penerbit eksklusif, menampilkan pemenang Anugerah Akademi®, Halle Berry sebagai watak Molly Woods. Berry melakonkan watak seorang angkasawan wanita, Molly Woods yang kembali ke pangkuan keluarganya setelah menamatkan misi di angkasa lepas. Cubaan beliau untuk mengeratkan kembali jalinan kekeluargaan berdepan dengan pelbagai cabaran setelah beliau mendapati dirinya hamil walaupun telah berada di angkasa lepas selama 13 bulan secara bersendirian. Percubaan untuk merungkai misteri kehamilan beliau membawa kepada pelbagai pengalaman yang bakal mengubah sejarah manusia.

Berry yang berlakon di samping Goran Visnjic, yang memainkan watak John Woods, suami kepada Molly Woods. John Woods merupakan seorang jurutera robotik yang mengetuai projek Humanichs. Beliau telah mereka cipta seorang anak lelaki android, Ethan yang dilakonkan oleh Pierce Gagnon. Selaku ibu bapa, John dan Molly berdepan konflik perasaan yang berbeza terhadap anak angkat android mereka. Sifat kemanusian dan perasaan anak angkat android tersebut kerap menimbulkan persoalan di antara mereka.

extant

Siri ini turut menampilkan kemunculan pelakon Jepun, Hiroyuki Sanada sebagai Hideki Yasumoto, pemenang Anugerah Golden Globe Camryn Manheim sebagai Sam Barton, pelakon dari siri The Newsroom – Grace Gummer sebagai Julie Gelineau dan Micheal O’Neill dari siri Dallas Buyers Club sebagai Alvin Sparks.

Robert Bianco dari USA Today turut memuji lakonan Halley Berry, “Beliau telah menunjukkan kewibawaannya dalam watak Molly, menampilkan kebijaksanaan menerusi watak yang dilakonkan dan anda pasti akan mempercayai bahawa dia merupakan seorang angkasawan yang sebenar serta ingin melihat apa yang bakal berlaku kepada beliau apabila siri ini memaparkan jalan cerita yang mungkin tidak masuk akal. Berry memberikan sepenuh jiwa kepada watak tersebut dan anda pasti akan terpukau.”

Hank Stuever dari akhbar The Washington Post melihat siri tersebut sebagai “siri yang diarahkan secara profesional dan menzahirkan jalan cerita yang hebat”. Kata-kata beliau terbukti apabila EXTANT terpilih sebagai Siri Televisyen Baharu Paling Menarik di  Critic’s Choice Television Award.

RTL CBS Entertainment boleh dilanggan di HyppTV dengan langganan bulanan secara ala carte pada harga RM9, serta menerusi pakej HyppTV Platinum Pack atau Mega Pack, pakej himpunan saluran hiburan bertaraf antarabangsa yang menawarkan nilai terbaik untuk wang anda. Selain boleh menonton program-program kegemaran anda dalam apa jua keadaan cuaca, saluran ini juga boleh ditonton menerusi peranti pelbagai skrin melalui aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya 125 saluran dengan 43 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 56 saluran premium, 22 saluran percuma, 8 saluran Radio, 17 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang boleh ditonton tanpa gangguan cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf dunia walau di mana mereka berada menerusi HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 700,000 pelanggan.

 

MTV THINGS THAT MATTER 2014

499104039_640

Aside from being the music insider with unbeatable access to the universe of music and fueling pop culture conversations, MTV has just launched Things That Matter 2014 (TTM) at www.mtvasia.com/ttm on the 8th of December to celebrate youth and champion the issues that matter to them.

The millennial population stands at 2.5 billion worldwide. Viacom International Media Networks, home to the biggest and boldest youth brand, MTV had set out previously to create a definitive guide to this generation’s distinctive attitudes, behaviours and aspirations via its The Next Normal study.

With more access to information than ever, millennials today take global trends and localize them to their own place and experience. To understand this better, the 4-week MTV TTM 2014 campaign taking place from 8 December to 4 January 2015 will culminate in a top 10 ranking of things that mattered most to young people in 2014.

To kick start public votes and conversations, MTV has also gathered the thoughts of what some Asian stars like Joe Flizzow, SonaOne and well-known personalities like MTV’s VJ Alan had to say about things that resonated with them at the Star Buzz page. The initial list of social phenomena observed in the past 12 months includes topics like Pharrell Williams’ “Happy,” music streaming services, “#OOTD,” and the ALS Ice Bucket Challenge. Which of them will take top spot on MTV TTM 2014?

Check out the MTV TTM 2014 website at www.mtvasia.com/ttm to start casting your votes.

But what if your topic of interest is not included as part of the list? Fret not because MTV is always pleased to hear from you! Hit the Submit My TTM tab on the site to propose the topic that mattered to you this year.

Do you know your social trends well? Test your knowledge and play the MATCH THE HASHTAGS game!

ABOUT MTV THINGS THAT MATTER 2014

MTV Things That Matter 2014 (TTM) aims to derive a ranking of the top 10 things that mattered most to young people in 2014 as curated by social influencers, opinion leaders, personalities and anyone who has an opinion to share really. The first edition of MTV TTM 2014 was launched on 8 December for 4 weeks of public voting and social dialogues. MTV will be sharing the results in January 2015. Visit www.mtvasia.com/ttm to have your say.

Menangi Tiket Ke Konsert ‘Wings Menakluk Kosmos’ Di Pulau Pinang

 

wingsksert A2post penang FAco

Konsert Wings Menakluk Kosmos bakal berlangsung di tiga lokasi terpilih mulai 27 Disember ini.Lokasi ialah di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan diikuti di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari depan) dan MITC, Melaka (31 Januari depan).

Istimewanya konsert kali ini berbekalkan lagu baru yang terdapat dalam album ke-17 mereka berjudul Menakluk Kosmos yang sudah pun berada di pasaran sejak 22 Mei lalu.Konsert kali ini hadir dengan dua kategori tiket iaitu RM75 dan RM390. Penonton yang memiliki tiket berharga RM390 akan menghadiri sesi ramah mesra, makan malam bersama anggota Wings dan cenderamata khas.

Tiket sudah mula dijual sejak 5 Disember lalu. Untuk tempahan secara online layariwww.ticket2U.biz atau hubungi talian 03- 4026 5558.Untuk ahli kelab Sayap-sayap Wings, anda bakal mendapat harga istimewa bagi kedua-dua kategori tiket.

Namun pembelian tiket haruslah melalui kelab. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Zul di talian 012 266 6877 atau layari www.sayap2wings.com.

 

HADIAH

5 x 2 Tiket Berharga RM75

Jawab Soalan-Soalan Dibawah :

Soalan 1 :  Berikan 3 lokasi konsert ‘Wings Menakluk Kosmos’ ?

Soalan 2 : Album Menakluk Kosmos merupakan album Kumpulan Wings ke berapa?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook SelebritiOnline terlebih dahulu..

* Sila email kepada hi@selebritionline.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

*Pemenang akan diberitahu melalui telefon dan email.Keputusan adalah muktamad.

* Sila letak tajuk email Contest “Wings Menakluk Kosmos Pulau Pinang”.

Tarikh tutup penyertaan: 23 Disember 2014

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

IMG_1677

Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, jam 8.38 pagi tadi.

Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jln Ampang

Christina Perri “The Head Or Heart Tour” Malaysia

ChristinaPerriLiveInKL

In matters of love, should you rely on your heart or your head? This is the question Christina Perri posed as she began writing her second album, a collection of cathartic songs that seek to reconcile how we make decisions in love and life. The singer’s first album, lovestrong, grappled with the aftermath of a breakup, signaling Perri as an honest, genuine artist ready to share her emotional journey with her fans.

Perri was named as iTunes’ “Breakthrough Pop Artist of 2011.” This was followed by the 4x-platinum single “A Thousand Years” which was featured on Summit Entertainment/Chop Shop/Atlantic’s
The Twilight Saga: Breaking Dawn –Part 1&2-Original Motion Picture Soundtracks.

“Head or heart” asks a question and offers a possible response to that query. It seeks to understand the reality of love and how we process it. It contains thoughts we’ve all thought, articulated more clearly in Perri’s strikingly compelling music and powerhouse vocals. For Perri, this album reflects where she is right now, what she’s experiencing in the present and resonates with her genuine truth. Mostly, though, it opens her to the chapter.

www.christinaperri.com
twitter.com/christinaperri
www.facebook.com/ChristinaPerriMusic

Brought To You By: IMC Live Group

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 131.00, RM 211.00 & RM 301.00

ChristinaPerriLiveInKLTP

 

 

 

ChristinaPerriLiveInKLLO

Ticketing Hotline: +603 78807999
Online Booking: www.ticketpro.com.my

Ticketing Hotline: +632 9115555
Online Booking: www.ticketnet.com.ph

For More Information:

URL: www.midaspromotions.com/
TW: twitter.com/midasphofficial
IG: instagram.com/midasphofficial
FB: www.facebook.com/midaspromotionph

Wings bakal adakan tiga konsert Menakluk Kosmos

cipot 2

Konsert Wings Menakluk Kosmos bakal berlangsung di tiga lokasi terpilih mulai 27 Disember ini.

Lokasi ialah di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan diikuti di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari depan) dan MITC, Melaka (31 Januari depan).

Istimewanya konsert kali ini berbekalkan lagu baru yang terdapat dalam album ke-17 mereka berjudul Menakluk Kosmos yang sudah pun berada di pasaran sejak 22 Mei lalu.

Kini Wings bersedia untuk menemui peminat yang menunggu mereka sekian lama.
Semestinya seleksi lagu baru seperti Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti antara yang bakal dipersembahkan apatah lagi ia sudah semakin mesra di kalangan peminat tegar kumpulan ini.

Konsert dengan durasi 180 minit ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi lagu baru album Menakluk Kosmos di ingatan dan hati sanubari peminat khususnya mereka yang menggelarkan diri sebagai Sayap Sayap Wings di seluruh Malaysia.

Konsert dijangka bermula jam 8.45 malam memperlihatkan sekali lagi Anggerik Events sebagai penganjur utama. Menurut Joe selaku gitaris, Wings akan muncul secara solo tanpa iringan pemuzik tambahan untuk Menakluk Kosmos kali ini.

cipot 1

Penjualan album yang memberangsangkan walaupun diganggu jenayah cetak rompak membuatkan Wings bersemangat untuk menemui peminat dan membawakan buah tangan terbaru album mereka ini sebagai sejarah dan tanda ingatan buat peminat.

Konsert kali ini hadir dengan dua kategori tiket iaitu RM75 dan RM390. Penonton yang memiliki tiket berharga RM390 akan menghadiri sesi ramah mesra, makan malam bersama anggota Wings dan cenderamata khas.

Tiket sudah mula dijual sejak 5 Disember lalu. Untuk tempahan secara online layariwww.ticket2U.biz atau hubungi talian 03- 4026 5558.

Untuk ahli kelab Sayap-sayap Wings, anda bakal mendapat harga istimewa bagi kedua-dua kategori tiket.

Namun pembelian tiket haruslah melalui kelab. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Zul di talian 012 266 6877 atau layari www.sayap2wings.com.

SATURDAY NIGHT LIVE Wraps up 2014 With A Star-Studded Line-Up

One Direction Saturday Night Live Pic 2

December is here. Christmas is right around the corner, and soon we will bring the curtains down on 2014. But before that, Comedy Central Asia is giving you your Christmas gift a little earlier this year.
By gift, we mean the last three Saturday Night Live (SNL) episodes of 2014 are going to be the bomb!

James Franco Saturday Night Live Pic 2

 

This Christmas, SNL is bringing on the season’s cheer with a star-studded line-up of guests hosts and musical guests. James Franco stars as Guest Host in the Asia premiere of this Saturday’s episode on 13 December at 11pm, followed by Martin Freeman on 20 December and Amy Adams on 27 December.

Nicki Minaj in Saturday Night Live Season 36 Pic 2

 

The encore telecast of respective episodes including musical performances will debut weekly on Fridays at 11pm – Nicki Minaj on 19 December, Charli XCX on 26 December and One Direction on 2 January.
The longest-running late night comedy sketch show in history, SNL celebrates its 40th anniversary on-air this year. Brand new episodes of SNL Season 40 premiere every Saturday at 11pm on Comedy Central Asia (ABNXCESS Ch 252 (HD), Astro B.yond Ch 737 (HD), HyppTV HD Ch609).

 

The Grand Opening of Magnum Kuala Lumpur

MagnumKL (11)

A day without pleasure is a day lost. All Malaysian pleasure seekers found their answer to the ultimate indulgence with the grand opening of Magnum Kuala Lumpur. More than 500 pleasure seekers were in line to be among the first to experience the Make My Magnum ice cream in Malaysia when the iconic ice cream brand opened its doors to the public.

“The idea of Magnum Pleasure Store came about with the purpose of bringing the ultimate and most premium experience of Magnum to Malaysian Pleasure seekers. It is about creating a physical space for the Magnum brand to interact with its pleasure seekers, moving beyond a one way communication into a rich two-way conversation and experience. It is about giving the best that we can to our consumers”, said Mr. Herry Budiazhari, Marketing Director of Unilever Holdings Malaysia at the grand opening of Magnum Kuala Lumpur.

MagnumKL (9)

Magnum Kuala Lumpur personified the Belgian chocolate brand and premium positioning by inviting pleasure seekers to discover the taste of their personal Magnum pleasure moment in a menu of signature creations brought to life by some of the finest ingredients carefully chosen by its award winning chefs. This was further shared by Magnum’s most delectable Dessert Maestro – Chef Miko Aspiras – Magnum Kuala Lumpur Head Pastry Chef.

MagnumKL (3)

“It gives me great pleasure to bring to life creations that represent Malaysian’s love for a sweet indulgence today. Indulge yourself in Magnum Kaya waffle toast, a creation specially crafted for only the Malaysian Pleasure Seekers. On top of that, Magnum Triple Choc Cookie Skillet, Magnum Galaxy and Magnum Trifle are also the signature creations that are well-loved by pleasure seekers. For the coffee lovers, our coffees are made of the finest coffee beans exclusively blended just for Magnum Kuala Lumpur” The award winning chef evokes appetite for Magnum by sharing the pleasure store’s unique offering.

It is the first Magnum Pleasure Store in the world with two infinity bars allowing pleasure seekers to create their personal pleasurable moment called Make My Magnum. At RM9.90, Pleasure Seekers can customize their ice creams by selecting their preferred naked Magnum ice cream before choosing a plethora of coatings, toppings and drizzles.  At the Magnum KL Infinity Bar, 250,000 Make My Magnum creations are made possible.

Magnum KL(6)

The finale for Magnum Kuala Lumpur was a mouth watering collection in the hands of 6 Magnum muses, each in their own way a lifestyle icon showcasing six Magnum precious Models to the beat of DJ Joey G bringing Magnum alive to sound!

Each Magnum precious model adorned an artistic creation of a Magnum ice cream replicated for Magnum, which reflected the designer’s personification of each country, and home to a Magnum Pleasure store.

Leading the sensational six was Wak Doyok a man rich in style, paired with The Magnum Black Leather precious model defining a suave and uber-cool confident gentleman, personified by the work of Fairuz Ramdan.

Next we embrace The Magnum Porcelain Beauty precious model intricately portraying oriental porcelain skin and demure charm, dressed with blossoming blue petals which is a perfect fit for the TV personality Belinda Chee adorned by the stunning work of Fizi Woo.

MagnumKL (13)

Our third muse, an ultimate Malaysian screen heart throb Aqasha and The Magnum Maestro precious model, a perfect collaboration embracing the style of a true gentleman wrapped in a suit by menswear maestro Bon Zainal.

Followed next was pure glitter and glamour as Malaysia’s R&B queen Ning Baizura graced us with The Magnum Diva precious model. Encrusted with sparkling diamonds, a masterpiece made for queen designed by Rizman Ruzaini.

It was all about charismatic charm when TV personality Alan Yun made his appearance with The Magnum Masterpiece precious model, looking rather dapper in Bon Zainal bespoke suit defining Magnum’s timeless class.

MagnumKL (8)

Last but not least, the Pièce de résistance iconic fashion figure Nasha Aziz sashayed her supermodel style with The Magnum Black and White precious model which embraces a symbol of sophistication in black and enhances femininity in white rose, beautifully presented by BCBG Max Azria.

The unique precious models each took a month to complete and to take a closer look you will find them displayed at Magnum Kuala Lumpur.‎

A crowd of celebrities and socialites were present during the grand opening of Magnum Kuala Lumpur including the likes of Dennis Lau, Sarah Lian, Erin Malek, Nurul Wahab, Atikah Karim, Datuk Kelvin Tan, Madam Ana Gracia and Jose Baranano, Vivianne Cheng, Datin Ida Seatter and Kiran Jeyabelan.

MagnumKL (4)

Situated in Mid Valley Megamall, the 4,200 sqft pleasure store spanning across two floors exudes a contemporary, classy and artistic interior. The immersive pleasure store can comfortably seat up to 100 people at a time and is also available for private functions promising a truly personal Magnum pleasurable experience.

For more information about Magnum Malaysia please visit www.facebook.com/Magnum.