SO Staff

Pizza Hut Delivery Yang Baru – Satu Penyatuan Yang Menarik

Tiada lagi kekeliruan, hanya satu penyelesaian yang lebih baik! Kepada pengemar Pizza Hut, kini menjadi lebih mudah untuk memesan piza lazat kegemaran mereka melalui laman pesanan internet serba baru atau melalui telefon. Sama ada menikmati hidangan piza di restoran Pizza Hut atau membuat pesanan perkhidmatan penghantaran, ianya menjadi mudah dan licin kerana kedua-dua Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery telah bergabung menjadi SATU jenama.

Sekarang segalanya hanya SATU di Pizza Hut … SATU nombor – 1300-88-2525, SATU laman pesanan melalui internet – www.phdelivery.com.my  dan SATU laman Facebook – Pizza Hut Malaysia, yang menawarkan piza lazat yang sama. Pada masa yang sama, Pizza Hut juga akan menawarkan 18 piza lazat baru untuk dinikmati para pelanggan, yakni menyediakan lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali Pizza Hut Malaysia percaya, penyatuan ini akan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan Pizza Hut, terutamanya golongan muda yang sentiasa bergerak pantas dan lebih gemar makanan yang dipesan tiba kepada mereka sebaik sahaja mereka sampai ke rumah atau ke destinasi pilihan mereka.

“Kami mendengar dan memahami kekeliruan yang pelanggan kami alami dengan mempunyai dua jenama yang berbeza, laman web, nombor dan menu. Oleh itu, demi kepentingan para pelanggan Pizza Hut, kami bersepakat untuk memberikan penyelesaian yang terbaik kapada mereka dengan kembali bersatu sebagai satu jenama, satu nombor, satu laman web dan satu laman Facebook yang menawarkan piza lazat yang sama”, katanya pada sidang media di Cathay Cineleisure hari ini.

Zaki turut menjelaskan bahawa pihak pengurusan Pizza Hut telah “berkerah minda bagi mendapatkan penyelesaian agar dapat memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan kami. Hari ini, kami bangga untuk mengumumkan bahawa Pizza Hut telah bergabung, sebagai satu jenama. Sama ada di rumah atau di restoran, para pelanggan dapat menikmati piza lazat yang sama”.

Mengenai rentak lagu dalam iklan “755-2525…special delivery”, yang sebahagian besar rakyat Malaysia telah membesar mendengarnya, Zaki menambah “selaras dengan gabungan ini, Pizza Hut akan membawa kembali rentak muzik iklan kegemaran nombor 2525 yang suatu ketika dahulu menjadi siulan rakyat Malaysia.”
“Mulai sekarang, semua pelanggan di seluruh negara boleh menghubungi Pizza Hut di talian 1300-88-2525 untuk perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran atau memesan melalui laman pesanan internet  www.phdelivery.com.my . Adakah gabungan ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dari segi penghantaran yang lebih pantas? Sudah semestinya, penghantaran terjamin dalam masa 30 minit atau pelanggan akan mendapat baucar piza PERCUMA yang boleh ditebus dalam pembelian seterusnya. Penghantaran juga adalah PERCUMA dan piza dihantar didalam karung ‘hot pouch’, Hot On Time (HOT)  yang memastikan piza segar panas dari ketuhar dan terus ke rumah anda!

Cawangan Pizza Hut Delivery yang sedia ada tidak akan berubah. Namun perbezaannya adalah hanya  keupayaan untuk menawarkan semua piza terkenal Pizza Hut yang digemari ramai pada harga yang berpatutan.  Pizza Hut Delivery merupakan rangkaian penghantaran piza terluas di Malaysia.

Bajet bagi pengiklanan dan promosi untuk kempen ini termasuk iklan tv, surat khabar, radio dan media sosial , serta point of sales material (POSM) dan risalah – untuk pencapaian yang lebih meluas kepada pelanggan dengan objektif utama mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan pelanggan mengenai gabungan diantara Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery di bawah SATU jenama.

Earn & Redeem Enrich Miles With Firefly

All Enrich members now can earn and redeem Enrich Miles on Firefly flights.

To claim your miles, insert Enrich membership number when you book your flight online at

www.fireflyz.com.my and present your Enrich card upon check – in.

Travel Period                     : 12 June 2013 – 31 July 2014

All inclusive fares:

Domestic – RM 49 all in

‘AJO Tersingkir Dari Bintang Mencari Bintang’

Ajo (Faizal Ismail) tersingkir pada konsert separuh akhir pertama apabila mendapat markah terendah

Keputusan separuh akhir pertama telah meletakkan Achey (Harun Salim Bachik) sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 67.4 dan diikuti oleh Bowl (Afdlin Shauki) 63.6 markah, Titan (Sabri Yunus) 63.0 markah, Bocik (Afdlin Shauki) 56.3 markah dan Tapaw (Faizal Ismail) 54.7 markah. Manakala Ajo anak didik kepada Faizal Ismail terpaksa meninggalkan pentas Bintang Mencari Bintang apabila meraih markah terendah sebanyak 53.0 markah.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian.

Persembahan Achey (Harun Salim Bachik)

Untuk konsert mingguan, para anak didik BMB perlu mempersembahkan sebuah sketsa komedi bebas selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit untuk meraih markah daripada juri profesional dan juri awam serta undian SMS daripada para penonton.Tirai pusingan separuh akhir pertama ini dimulakan dengan anak didik Afdlin Shauki, BOCIK dengan persembahan mereka menerusi rangkaian lagu Terima Kasih (Wings) dan Beribu Tahniah (Dheephan Chakkravarthy). Seterusnya, pentas BMB dihangatkan lagi dengan persembahan AJO, anak didik Faizal Ismail yang tampil dengan sketsa komedi dan lagu Sahabat (Najwa Latif), Give Me The Ugh (K Town Clan), dan Pilihlah Aku (Latif Ibrahim).

Selesai persembahan AJO, TITAN iaitu anak didik kepada Sifu Sabri Yunus menyusul dengan lagu Dia Datang (Fadzil Ahmad), Langgam Pak Dogo (M Nasir) dan Asmara (Gerhana Ska Cinta) sebagai konsep sketsa mereka, manakala BOWL (Afdlin Shauki) pula tampil dengan persembahan sketsa menerusi lagu Mentera Semerah Padi (M.Nasir) dan Si Manis 17 (Ahmad Daud).

Persembahan Bowl (Afdlin Shauki)

Bahang separuh akhir diteruskan lagi dengan giliran TAPAW (Faizal Ismail) yang memilih lagu Demi Waktu (Ungu), Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah) dan Maafkan Kami (P Ramlee) untuk persembahan mereka. Sebelum mengakhiri saingan minggu ini, anak didik Harun Salim Bachik, ACHEY menggamatkan lagi suasana gelangang BMB dengan aksi komedinya serta menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama (Wings) dalam versi dangdut, jazz, rock, dan rap.

Sebelum pengumuman keputusan konsert, suasana dalam studio bakal diredakan dengan persembahan istimewa daripada juri jemputan yang menilai aspek nyanyian minggu ini iaitu Aizat menerusi lagu Denganmu.

Lee Min-Ho Concert in Malaysia 2013

Another spectacular event brought to you by Jazzy Group, Lee Min-Ho Concert in Malaysia 2013.

Jazzy Group will be bringing Lee Min-Ho to Malaysia, to hold his world live concert at Kenanga Wholesale City (KWC Level 15) on the 29th June 2013, at 7.00 p.m. Tickets will be available starting 29 April 2013 (Monday) at 10a.m.

For zone VVIP only can be grab at Jazzy group office.
The ticket prices are listed as below:
zone VVIP    : Rm 683

– zone VIP       : Rm 453
– zone A  
        : Rm 283

– zone B           : Rm 183

* Ticket price including RM3 processing fees


Lee Min-Ho was born in Heukseok-dong, Dongjak-gu, Seoul, South Korea on June 22, 1987.In the 2nd year of his high school career, Lee Min-Ho turned his attention to acting. By the time of Lee Min-Ho’s senior year in high school, he joined Starhaus Entertainment with the help of an acquaintance. After going through training, Min-ho started auditioning for roles and landed smaller roles in several television dramas. His major breakthrough came with Min-ho landing the lead role in the KBS2 drama “Boys Over Flowers” as Ku Jun-pyo. The television series became immensely popular and regularly received ratings of over 30% in South Korea. Lee Min-Ho is currently majoring in Film & Art at Konkuk University.

In 2011 Lee Min-Ho starred in popular drama series “City Hunter.” The drama was based off a Japanese manga by Tsukasa Hojo.

With the release of Lee Min Ho’s special album, he will go on a live world tour concert series to 10 countries including Korea, Beijing, Taipei, Bangkok, Osaka, Tokyo, Malaysia, Shanghai, Myanmar and Hong Kong. The tour will last until July and each concert will be in the hybrid format of a talk show. However, the purpose of this album is to thank to supportive fans. Lee Min Ho’s domestic and international fans have been asking for this album and Lee Min Ho put two years of time and effort into this album in return. Moreover, a part of the profit made from this album’s sales will be donated to charitable organizations helping people in need. Until now, Lee Min Ho prepared a song for every fan meeting he’s hosted but never released the song officially or performed elsewhere.

Come and join us at Kenanga Wholesale City (KWC Level 15 as the venue sponsor) to enjoy his loveable and spectacular performances that will definitely melt your heart. On the other hand, you can do some shopping at KWC too, before the concert starts.

Stay tune always with Jazzy Group Facebook, Jazzy Group Twitter, official radio station One FM & Hot FM for their latest news update. Hurry, purchase your tickets now via Jazzy Group’s office or the ticketing agent, Ticket Charge.
For more information, please visit our website or contact enquiry hotline:

TicketCharge 03-9222 8811 / JazzyGroup 03-5622 1600 (www.ticketcharge.com.my) / (www.jazzygroup.com)

Gambar ~ Sekitar Majlis Resepsi Izzue Islam

Wanita kecil molek ini kelihatan terkedu saat diminta memberikan sepatah dua kata ketika di majlis resepsi mereka yang berlangsung di Dewan N’Dah, Shah Alam, petang semalam dan hanya sepotong ayat itu spontan diungkap sambil melirik ke arah suaminya itu.

Berkonsep suasana dalam taman, majlis resepsi kedua mempelai ini berlangsung dalam suasan cukup meriah. Pasangan ini mengenakan dua persalinan iaitu busana putih sedondon tajaan Classic Bridal dan sedondon rona hitam rekaan Hatta Dolmat, untuk acara memotong kek.
Lebih manis, Izzue turut membuaat kejutan kepada suri hatinya itu dengan menhadiahkan sebuah rakaman video istimewa yang mana memaparkan saat manis percintaan mereka.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara kedua-dua belah keluarga, rakan-rakan, para wakil media serta rakan artis. Antara yang kelihatan, pasangan suami isteri Yusry dan Lisa Surihani, Norman KRU, anggota kumpulan Forteen iaitu One, Ariz dan Amir, pasangan teman Afiq Muiz dan Eina Azman, Fazlina Ahmad Daud juga Ady Putra dan isterinya.
[nggallery id=164]

Himpunan Ibu Hamil TERBESAR Anjuran ntv7 Berjaya Dicatat Dalam The Malaysia Book of Records

Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan himpunan terbesar ibu-ibu hamil menerusi acara ‘Bella Bundle of Joy’ (BBOJ) yang bertujuan meraikan wanita yang bakal menimang cahaya mata. Malah percubaan itu juga berjaya dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records apabila seramai lebih daripada 125 orang wanita hamil menghadiri acara tersebut. Acara ‘baby shower’ ini sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temubual wanita popular stesen televisyen itu, Bella.

Acara itu juga dianjurkan sempena kempen Will & Kate and The Royal Baby yang merupakan kesinambungan kepada beberapa kempen terdahulu saluran ntv7 yang terkenal dalam membawakan liputan eksklusif mengenai pasangan ikon Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton sejak perkahwinan mereka lagi.

Datuk Danny Ooi present the certification to Ms Airin Zainul

Acara himpunan ibu-ibu hamil terbesar yang berlangsung dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 petang di Majestic Hotel itu bukan sahaja menyaksikan ratusan ibu hamil hadir untuk diraikan malah beberapa selebriti Malaysia yang telah bergelar ibu seperti Dynas Mokhtar, Daphne Iking, Sasha Bashir, dan Sheahnee Iman Lee turut memeriahkan acara tersebut selain persembahan menghiburkan daripada penyanyi jazz terkenal, Atilia.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sesi bicara ringkas mengenai persiapan para ibu, cara memahami keperluan si manja, pertandingan khas ‘Fabulous Mom yang menggalakkan ibu hamil untuk tampil menarik, zon khas untuk si bapa meluangkan masa bersama anak-anak, cabutan bertuah dan pelbagai gerai barangan berkaitan. Kesemua wanita yang turut serta juga diberikan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih terhadap mereka.

Datuk Danny Ooi, Founder & Managing Director of Malaysia Book of Records & Airin Zainul, GGM of ntv7 & 8TV

Idea menganjurkan acara Bella Bundle of Joy sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temubual ntv7, Bella yang semakin mendapat perhatian oleh para penonton kami. Bella Bundle of Joy ini merupakan salah satu lagi cara bagi kami untuk menghargai kaum ibu dan kaum wanita secara amnya yang telah memainkan peranan yang besar sama ada dalam institusi kekeluargaan atau sumbangan mereka di dalam pembangunan negara,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Sejak perkahwinan Putera William dan Kate Middleton disiarkan pada tahun 2011, ntv7 terus berusaha mendapatkan liputan eksklusif mengenai pasangan Diraja Britain ini. Malah kami juga berusaha memberikan berita terkini ketika lawatan rasmi mereka ke Malaysia tahun lepas. Kini, berita gembira bahawa mereka akan menimang cahaya mata pastinya bakal kami bawakan kepada para penonton ntv7,” tambah Airin lagi.

Turut hadir dalam mengumumkan kejayaan rekod acara himpunan ibu-ibu hamil terbesar itu adalah Datuk Danny Ooi, Pengasas dan Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records.

Winner of Fabulous Mom Competition

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ntv7 yang diiktiraf sebagai pemegang rekod kerana berjaya menganjurkan ‘Himpunan Wanita-wanita Hamil Terbesar’ di Malaysia. Kami berharap agar stesen ini akan terus menerima pelbagai lagi pencapaian pada masa akan datang dan tidak berhenti sampai di sini sahaja” ujar Datuk Danny Ooi.

Sempena kempen itu juga ntv7 bakal membawakan empat dokumentari istimewa sepanjang bulan Jun: Prince William & Prince Harry – Prisoners of Celebrity (9 Jun), Bio: Kate Middleton (16 Jun), Secrets of the Royal Nursery (23 Jun) dan Will & Kate Baby Fever (30 Jun) menerusi slot istimewa setiap hari Ahad jam 8.30 malam. Terdahulu, ntv7 pernah menganjurkan kempen Will & Kate: The Royal Wedding, Will & Kate: The 1st Anniversary dan Will & Kate: The Malaysian Tour.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara penuh bersejarah saluran itu, ‘Bella Bundle of Joylayari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di akaun Facebook dan Twitter.

 

Dengan Sekali Lafaz Izzue Islam Milik Awin Nurin

Dengan sekali lafaz Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan ( Izzue Islam),23, sah menjadi suami kepada  Nurinafilah Binti Waharudin (Awin Nurin),27, . Majlis ini dilangsungkan di Dewan Shah Alam dan hanya di hadiri oleh ahli keluarga terdekat dan pihak media.

Menariknya, Awin merupakan pengurus kepada jejaka kacak berusia 23 tahun itu yang merupakan anggota kumpulan Forteen.

Majlis pernikahan dilangsungkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, iaitu Waharudin Jonit, 58, pada kira-kira pukul 9.45 pagi.Kedua-dua pasangan masih belum menetapkan tarikh berbulan madu kerana Izzue kini terikat dengan jadual penggambaran dan bercadang berbulan madu selepas sambutan hari raya nanti.

Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Wang hantaran pula ialah RM11,111.11 dan mas kawin ialah 11 Dinar.

 

[nggallery id=163]

Jom Sambut Hari Raya Bersama Lisa Surihani Dengan Sony NEX-3N

Lisa Surihani dipilih sebagai  wajah baru kamera Sony NEX-3N  dengan pengenalan lensa boleh ditukar dan paling ringan dengan APS-C sensor. Bersempena dengan pengumuman itu, Sony juga akan memulakan peraduan dalam talian “JOM Meriah Bersama Lisa Surihani” yang mempunyai klip video Lisa, yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 30 Jun 2013.

“Sony telah memilih Lisa sebagai duta baru untuk kamera kerana mempunya imej yang positif. Sony bersedia untuk memberi inspirasi kepada pengguna dan menggalakkan pengguna untuk meluahkan kreativiti mereka melalui fotografi dengan menawarkan kamera yang dipenuhi ciri-ciri canggih lagi mudah untuk digunakan, “kata Ivy Goh, Ketua Pengurusan Jenama Pengaktifan, Sony Malaysia. “Lisa adalah calon yang sesuai untuk mendekati pelanggan-pelanggan kami melalui kamera bidang media sosial, apa lagi dinobatkan Media Sosial Selebriti The Year di Malaysia Social Media Week 2013,” kata Ivy.

Hadiah Utama yang terdiri daripada produk Sony bernilai RM10, 000 dan ‘Raya Open House with Lisa Surihani’  boleh menjadi milik anda apabila anda mengambil bahagian dalam peraduan dalam talian yang bermula hari ini. Terdapat juga tiga hadiah saguhati kamera NEX-3N bernilai RM1, 799 setiap satu untuk dimenangi. Dalam usaha untuk menjana kesedaran untuk kempen dalam talian, akan diadakan aktiviti-aktivitidi tempat-tempat tinggi trafik awam seperti Sogo dan Jalan Bukit Bintang minggu ini, dengan promoter mengandungi Face Mask Lisa untuk mengedarkan risalah dan hadiah percuma, dan menggalakkan orang ramai untuk menonton video Lisa dan mengambil bahagian dalam pertandingan dalam talian untuk memenangi hadiah-hadiah di atas.

 

Sila tonton video sekarang dan menang besar dengan Lisa Surihani, di sini caranya:
Langkah 1 Watch video Lisa pada www.sony.com.my / jommeriah-lisasurihani

Langkah 2 Ikut arahan yang diberikan dalam video dengan Lisa

Langkah 3 Masukkan peraduan ini dengan Tweeting a-potret diri ATAU gambar kumpulan dengan destar yang paling kreatif, tag nama sekurang-kurangnya satu rakan (menggunakan akaun Twitter mereka), disertai dengan mesej tweet: @ <rakan anda>, JOM Bercorak macam profesional DENGAN # # SonyMalaysia NEX-3N.

* terma & syarat.

Video Lisa juga akan muncul pada Page Fan beliau, Sony Malaysia Facebook, Tonton.com.my, YouTube ™ dan> laman maaduu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sony.com.my

‘Anugerah Lawak Warna’ Bakal Memartabatkan Yang Terbaik Daripada Komedi Malaysia

Anugerah Lawak Warna yang bakal diadakan pada 16 Ogos 2013 di Istana Budaya bakal memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia. Ia bakal disiarkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Anugerah Lawak Warna merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Di samping itu, satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan Dato’ AC Mizal sebagai pengacara siaran langsung Anugerah Lawak Warna.

“Kami sebulat suara memilih Dato’ AC Mizal kerana merasakan beliau merupakan satu-satunya pengacara yang berupaya untuk mengemudi majlis anugerah yang hebat seperti ini.

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan prestasi cemerlang beliau dalam mengacarakan program-program komedi seperti Maharaja Lawak Mega dan Betul Ke Bohong. Kami percaya peranan beliau sebagai hos akan berjaya mengangkat Anugerah Lawak Warna yang julung kali diadakan ini ke tahap prestij yang diinginkan,” tambah Nizam.

Sebarang perkembangan terkini berkenaan Anugerah Lawak Warna akan diumumkan pada sidang media yang akan datang. Teruskan menonton pelbagai program terbaik di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Jennifer Khoo memenangi Simplot Award – Best Food Blogger

Jennifer Khoo (center), the Grand prize winner flanked by Asliza Yusoff (left) and Kelly Siew

Simplot, penanam, pengeluar dan pembekal kentang utama dunia telah menganjurkan satu pertandingan memasak yang menyeronokkan yang disertai oleh lapan orang penulis blog di Masak-Masak, Ben’s Independent Grocer Store di Publika Solaris Dutamas. Kelapan-lapan peserta ini telah dipilih terlebih dahulu dalam  Simplot Award –Best Food Blogger Online Cooking Competition yang diadakan pada bulan Mei.

Melalui kolaborasi dengan B.I.G and Philips, lapan orang finalis; Kelly Siew, Jennifer Khoo, Tammy Lim, Ng Choi Yen, Hadijah (Cik Lily), Asliza Yusoff, Muhammad Falihin dan Azatulsheeda Azman telah menunjukkan kemahiran kulinari masing-masing dengan menyediakan hidangan yang menggunakan produk hashbrown Simplot seperti Simplot Popcorn Hashbrown, Simplot Triangle Hashbrown, Simplot Mini Hashbrown dan Simplot Hashbrowns di dalam masakan mereka. Semua peserta telah diberi masa selama 30 minit untuk membuat pilihan di Ben’s Independent Grocer bagi mencari bahan mentah yang diperlukan dalam masakan mereka .

Para peserta dikehendaki mencipta satu resipi dalam masa satu jam sebelum hasil masakan mereka dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada  para pakar kulinari terkenal – Chef Poobalan daripada Simplot, Dr. Sidney Kan, Presiden Persatuan Kulinari Malaysia dan  Dato’ Fazley Yaakob, pemenang  MasterChef Selebriti yang pertama di Malaysia. Kesemua masakan dinilai dengan enam kriteria termasuk rasa, kreativiti, teknik, kebersihan dan juga kemudahan penyediaan.

Ong E-Laine, Pengurus Pemasaran Komersil Serantau Simplot Asia Tenggara berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan lebih banyak platform bagi penulis blog makanan yang berminat untuk memasak supaya mereka mempunyai peluang menunjukkan bakat serta daya kreatif mereka. Kami gembira melihat para peserta yang begitu gemar memasak.” Beliau menambah, “Kami mengucapkan terima kasih kepada B.I.G kerana menaja lokasi pertandingan memasak ini dan Philips kerana membekalkan peralatan dapur Philips yang hebat-hebat dan seterusnya boleh dibawa pulang oleh para peserta pertandingan.”

Hidangan yang paling digemari oleh para hakim  ialah masakan Simplot Hashbrown Smoked Salmon Quiche yang disediakan oleh Jennifer Khoo, di mana beliau dipilih sebagai pemenang hadiah utama. “Saya langsung tidak menjangkakan kejayaan ini! Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan memasak dan saya tidak yakin boleh menang melihatkan ramai lagi peserta yang berbakat di sini!” kata Khoo, yang menulis di blog beliau www.chasingfooddreams.com. Beliau seterusnya menambah, “Keseluruhan pengalaman ini memang menakjubkan bagi saya. Terima kasih Simplot kerana memberi kami peluang ini!”

Jennifer Khoo membawa pulang trofi Simplot Award – Best Food Blogger, wang tunai RM5,000, peralatan dapur Philips bernilai RM2,000 dan produk Simplot seperti sos Leggo’s dan hashbrown. Pemenang tempat ketiga ialah Asliza Yusoff yang menulis di blog  www.mothercooks.blogspot.com, memenangi hadiah wang tunai RM2,000, peralatan dapur Philips bernilai RM600 dan produk Simplot, manakala pemenang tempat kedua Kelly Siew yang menulis di blog www.kellysiewcooks.com, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 serta peralatan dapur Philips bernilai RM1,000 dan produk Simplot. Para finalis lain turut memenangi hadiah sagu hati berupa peralatan dapur  Philips dan produk Simplot.

“Kami sungguh gembira dapat bekerjasama dengan Simplot menganjurkan pertandingan memasak ini. Sebagaimana konsep Ben’s Independent Grocer, kami mahu mewujudkan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi mereka yang suka memasak,” menurut Christine Lee, Eksekutif Pemasaran B.I.G. “Di MasakMasak, anak-anak dan keluarga mereka boleh mempelajari cara menyediakan hidangan dalam suasana yang ceria dan santai. Kami turut mengajar mereka cara makan dengan betul melalui petua memasak serta resipi yang enak dan mudah disediakan untuk dicuba di rumah,” tambah beliau lagi.

Perintis bagi jejari kentang (French Fries) beku komersil pertama pada akhir 1940-an dan sebagai pembekal kepada perkhidmatan makanan beku terbesar di dunia, Simplot Malaysia mempunyai 5 jenama produk di negara ini, iaitu Leggo’s, John West,  Edgell, I&J dan Simplot.  Untuk maklumat lanjut tentang  Simplot, sila layari http://www.simplot.com.my/.

Kedai Ayamas & RasaMas Rai Pemenang-Pemenang Peraduan“Spend & Win”

Kedai Ayamas & RasaMas telah meraikan para pemenang pertandingan “Spend & Win” di upacara penyampaian hadiah yang berlansung di Wisma KFC pada 10 Mei 2013 baru-baru ini.

Pemenang-pemenang bertuah telah dipilih daripada 25,000 penyertaan berdasarkan pilihan jawapan yang betul. Dua hadiah pertama berupa pakej percutian untuk dua orang ke Gold Coast, Australia dimenangi oleh Fatimah Az Zahra Othman menerusi penyertaannya melalui Kedai Ayamas manakala Hon Hock Ngen melalui RasaMas.

Fatimah bersyukur dan terharu dengan kemenangan yang sungguh tidak disangka, kerana ini merupakan kali pertama beliau memenangi tempat pertama untuk pertandingan seperti ini.

“Sewaktu saya menerima panggilan menyatakan saya telah memenangi hadiah pekej percutian ke Gold Coast, Australia, saya sangka ada orang cuba mengenakan saya”, katanya sambil ketawa kecil.

Fatimah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja dan singgah di Kedai Ayamas Bangi untuk membeli ayam panggang bagi juadah makan malam. “Pekerja Kedai Ayamas memberi saya borang penyertaan dan saya terus mengisinya. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana kami sekeluarga dapat menikmati makan malam yang enak dan percutian ke luar negara ini seolah-olah durian runtuh bagi kami sekeluarga,” tambahnya.

Hon Hock Ngen pula telah menyertai peraduan ini sewaktu makan malam di restoran RasaMas di Aeon Tebrau City bersama keluarganya. “Anak-anak saya sangat gemar makan di restoran RasaMas dan kami sekeluarga selalu berkunjung ke sana. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, terutama sekali isteri saya,” kata Hon tersenyum. Hadiah ini merupakan kali pertama Hon bercuti ke luar negara dan beliau bercadang untuk membawa bersama sekali anak-anaknya jika berkesempatan. Hon juga berkata, dia sememangnya tidak akan melepaskan peluang menyertai apa juga pertandingan yang dianjurkan Kedai Ayamas atau restoran RasaMas pada masa yang akan datang.

Hadiah tempat kedua berupa pakej percutian ke Bali Indonesia yang dimenangi oleh Mohd Rizal Abdul Manaf menerusi Kedai Ayamas dan Hazmir Hamlis menerusi restoran RasaMas. Sementara itu, hadiah tempat ketiga yang berupa percutian ke Langkawi dimenangi oleh Ganesh Vythilingam menerusi Kedai Ayamas dan Muhamad Shaiful Rosley menerusi restoran RasaMas. Lapan pemenang tempat pertama berjaya membawa pulang sebuah iPad terbaru, manakala 18 pemenang tempat kelima menerima sebuah telefon pintar Samsung Ace Plus. Seratus hadiah saguhati telah dimenangi merupakan baucar makanan bernilai RM100.

Pertandingan yang telah berlangsung sepanjang dua bulan ini, (bermula dari 13 November 2012 tahun lepas sehingga 13 Januari 2013) adalah usahasama antara Kedai Ayamas dan restoran RasaMas. Para pelanggan hanya perlu berbelanja RM30 di mana-mana cawangan Kedai Ayamas atau RM38 di restoran RasaMas dan melengkapkan butiran yang diperlukan di dalam borang peraduan serta menjawab soalan dengan betul untuk menang. Seterusnya mereka dikehendaki memasukkan borang yang telah diisi ke dalam kotak yang disediakan di cawangan Kedai Ayamas atau restoran RasaMas.

“Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pemenang-pemenang yang telah mengambil bahagian dalam peraduan ini,” kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator Kedai Ayamas & restoran RasaMas di majlis itu.

Datuk Ahmad Zaki berkata, peraduan tersebut juga adalah tanda penghargaan syarikat kepada pelanggan setia dan juga pelanggan baru Kedai Ayamas serta restoran RasaMas di seluruh negara.

“Saya amat yakin dengan identiti baru, Kedai Ayamas akan terus dikenali sebagai sebuah kedai yang menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, disamping jenama RasaMas yang telah dipertingkatkan memberikan pelanggan pilihan menu yang enak sama ada selera tempatan ataupun selera barat. Saya pasti, kedua-dua jenama ini akan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu ialah Hishamuddin Hamidon, Pengurus Besar Kedai Ayamas dan  Loganderan Erusia, Pengurus Operasi Kanan untuk restoran RasaMas.

‘MENGGENGGAM JANJI’ Skrin Di 9 Minggu Ini

Skrin Di 9 minggu ini membawakan anda sebuah drama menarik arahan Heykal Hanifah iaitu Menggenggam Janji.  Menggenggam Janji menampilkan pelakon hebat Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal. Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam.

Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas. Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah.

Rahmah berkenalan dengan Syuhada, jururawat yang sering merawatnya di hospital ketika dia menjalani rawatan.  Kepada Syuhada, Rahmah sering meluahkan perasaannya.  Malah di saat akhir Rahmah, dia memberikan amanat pada Syuhada untuk memastikan Jasmin tidak akan terpesong dari ajaran Islam.  Setelah Rahmah tiada, Syuhada menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Jasmin dan membuatkan hati Jalil terpaut pada keikhlasan Syuhada.  Jalil mahu melamar Syuhada untuk menjadi pengganti Rahmah dan berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan tidak akan lalai dengan tanggungjawabnya.

Tetapi, satu kebenaran telah terbongkar dan membuatkan Syuhada berat untuk menerima lamaran Jalil.  Apakah yang menjadi penghalang cinta mereka? Saksikan Menggenggam Janji di slot Skrin Di 9, Rabu ini, 29 Mei jam 8.30 malam di TV9.