SO Staff

Jovian Mandagie Bakal Akhiri Zaman Bujang 11 Disember 2013

GRP_2406

Selepas lima bulan membuat persiapan perkahwinan, akhirnya pereka berusia 27 tahun ini mengumumkan bakal menikahi kekasih hatinya yang juga anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia itu, di Muzium Diraja Istana Negara lama, Jalan Istana pada 11 Disember 2013, jam 3 petang.

“Selepas perkenalan selama hampir dua tahun, akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin pada 11.12.2013. Majlis kami bertemakan Tradisional Melayu dan Jawa. Nina berketurunan Melayu dan saya berdarah campuran Jawa”, kata Jovian Mandagie sambil Nina di sisinya.

GRP_2413

Majlis resepsi di sebelah pihak perempuan khas untuk para tetamu VIP yang bertemakan Melayu-Tradisional akan diadakan pada 14 Disember 2013 bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Sementara majlis resepsi kedua pula yang bertemakan Jawa akan diadakan pada 15 Disember 2013, juga di hotel yang sama.

Memandangkan bapa Nina yang juga merupakan ahli Parlimen Bera, satu majlis khas iaitu majlis makan bersama penduduk di Bera akan diadakan pada 21 Disember 2013.Selain itu satu majlis ada minum teh akan diadakan sebagai tradisi sebelah pihak lelaki memandang Jovian mempunyai nenek berketurunan Cina.

RAN_1744

Lebih istimewa, dua hari sebelum bernikah majlis bersiram bagi kedua-dua bakal pengantin akan di adakan secara berasingan di rumah keluarga masing-masing.Pada majlis bahagia mereka itu nanti Nina akan memakai sebanyak empat persalinan rekaan eksklusif Jovian sendiri.

Pasangan bakal pengantin ini akan bertukar sebanyak 11 berbalas 13 dulang hantaran. Jovian akan menghadiakan seutas gelas emas kepada Nina sebagai mas kahwin.

Selepas majlis resepsi, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Turki, Itali dan di Rom.

Showcase Cakra Khan Ditunda

cakra khan 2

Penyanyi sensasi Indonesia Cakra Khan menunda tarikh showcase beliau yang sepatutnya pada 24 November 2013 di Hark Rock Cafe,Kuala Lumpur ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.

“Cakra Khan kini dalam penjadualan semula lawatan beliau ke Malaysia disebabkan oleh jadual yang ketat beliau. Pengumuman akan dibuat sebaik sahaja penyanyi telah mengesahkan tarikh baru. Peminat Cakra Khan juga boleh mengikuti kami di Facebook untuk maklumat terkini,” kata Nor Esah Abdul Ghani, Pegawai Pemasaran,Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

 

Set Siri Amber Chia Untuk Mengagumi Penggemar Kecantikan

DSC_0439

Pensonic melancarkan revolusi produk kecantikan rambut yang berfungsi pada rambut anda untuk menjadikan ia lebih sihat, lebih kuat dan lebih cantik setiap hari.

Menyedari peluang pertumbuhan rawatan rambut dan kategori kecantikan rambut, pengeluar Jenama utama perkakas elektrik di negara ini memutuskan untuk melancarkan rangkaian terbaru produk kecantikan rambut untuk memenuhi permintaan pasaran. Siri baru produk kecantikanrambut bernama “Amber Chia Mesmerized by Pensonic ” termasuk pengeriting rambut dan pengering rambut, yang mempunyai pelbagai pilihan sesuai bagi setiap jenis rambut.

DSC_0293

Dalam ucapan pada Majlis Penghargaan sempena pelancaran Produk Siri Amber Chia Mesmerized by Pensonic, Pengarah Eksekutif Pemasaran Pensonic, Encik Nelson Chew berkata, “Kini rakyat sedari bahawa penjagaan rambut dan pengurusan rambut yang baik adalah sama penting dalam usaha untuk membina imej seseorang. Gaya rambut yang cantik pasti boleh menunjukkan personaliti yang unik bagi setiap individu. Oleh itu Pensonic telah tampil dengan siri produk kecantikan rambut yang menyediakan pelbagai pilihan untuk keperluan pelanggan yang berbeza. Misalnya mereka yang memerlukan pengering rambut yang berkuasa tinggi untuk pengunaan salon, pengering rambut yang kecil dan padat untuk melancong atau pengering rambut dengan fungsi ionik untuk menyuburkan rambut. “

Tambahan beliau, “Tujuan kami memilih Amber Chia sebagai duta rangkaian baru produk kecantikan rambut kami adalah semata-mata kerana Amber Chia adalah seorang ikon dalam dunia fesyen, dan beliau juga adalah seorang model yang terkemuka dalam bidang permodelan di peringkat global. Beliau adalah unggul dalam kecantikan dan fesyen. Personaliti yang terkenal itu adalah sejajar dengan rangkaian produk-produk kecantikan rambut kami, di mana menyerlahkan identiti yang berbeza dan sifat bagi setiap individu. Dengan pengalaman beliau yang luas dan penglibatan dalam  bidang fesyen, kecantikan dan penjagaan rambut, kami percaya bahawa beliau adalah calon yang sesuai untuk menjadi duta produk kami. Selain itu, hubungan rapat Amber dan Pensonic menjadikan kerjasama ini mudah dan berkesan.”

Group_PHD & PHS

Pereka fesyen terkenal En Kev Yiu dari Hong Kong juga menampilkan diri di majlis pelancaran. En Kev Yiu adalah seorang pereka fesyen yang muda dan dia mempunyai sarjana yang tertinggi dalam Fesyen dan Perpakaian. Dia melancarkan jenama persendiriannya iaitu ”Sovereign Romance” pada 2006 di England. Rekaan beliau telah dipakai oleh selebriti terkenal seperti Sammi Cheng, Twins, Myolie Wu, Ivana Wong, Fiona Sit, Kary Ng dan lain-lain. Dia juga dipilih sebagai salah satu “Rise & Shine” pereka fesyen oleh majalah “Jessica Code” di Hong Kong.

Majlis penghargaan media ini adalah untuk mengiktiraf sokongan daripada pihak media sepanjang tahun ini. Pada hari itu, semua yang hadir dihiburkan dengan persembahan yang menarik seperti pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian oleh artis tempatan yang terkenal dan juga cabutan bertuah. Satu pengering rambut khas dengan elemen Swarovski bernilai RM2, 500 akan dihadiahkan kepada hadirin dengan gaya rambut yang paling cemerlang.

amber_+¦¦+

Semua pakaian peragaan cantik adalah ditaja oleh Kev Yiu, manakala solekan artis dan pendandan adalah dari Amber Chia Academy. Satu ucapan terima kasih khas untuk Canon iaitu penaja bagi pencetak yang mana para tetamu boleh terus mencetak gambar-gambar dirakam semasa majlis pelancaran tersebut.

Semua produk-produk Kecantikan rambut yang terbaru kini boleh didapati di kedai-kedai perkakas utama elektrik dan pengedar sah Pensonic. Untuk mendapatkan maklumat produk penjagaan rambut terbaru Pensonic ini, Amber Chia Mesmerize by Pensonic, sila layari www.pensonic.com

 

Pertandingan Seni Lukis Warisan Tanjong Semakin Diiktiraf

Photo 6

Pertandingan Seni Lukis Warisan Tanjong sekali lagi menjadi tumpuan umum dengan menyerlahkan bakat pelukis muda Malaysia yang sedang meningkat naik.

Edisi ke-13 pertandingan tahunan ini, yang dianjurkan oleh Tanjong plc merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat mereka, merekodkan peningkatan ketara dalam bilangan peserta, terutamanya kerana semakin banyak institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia menunjukkan minat untuk mengambil bahagian. Pertandingan Seni Lukis Warisan Tanjong 2013 menarik penyertaan daripada 22 institusi dengan penglibatan lima institusi baru kali ini, iaitu Kolej In-House Multimedia, Universiti Taylor’s, Universiti Metropolitan KL, Kolej Universiti Linton, Negeri Sembilan dan Kolej Universiti Selatan, Johor.

Photo 4

Sejumlah 1,271 penyertaan diterima tahun ini, berbanding 1,085 penyertaan setahun yang lalu. Daripada jumlah tersebut, 490 hasil karya telah disenaraikan untuk menyertai pertandingan berbanding 423 pada 2012.

YBhg Dato’ Robert Cheim, Pengerusi Tanjong plc, berkata, “Memang menjadi matlamat kami untuk menyediakan wadah untuk membolehkan bakat muda mempamerkan karya seni mereka sambil menyumbang kepada kekayaan dan kesinambungan tradisi kebudayaan Malaysia. Kami gembira dapat berbuat demikian menerusi pertandingan seni lukis tahunan kami serta memainkan peranan dalam membantu pelukis muda meluaskan sempadan seni mereka sambil menyumbang kepada kekayaan warisan negara.”

Photo 2

“Pertandingan Seni Lukis Warisan Tanjong telah berkembang pesat sejak diperkenalkan. Kami gembira melihat kualiti peserta yang turut mencerminkan perkembangannya. Ini satu petanda baik bagi tahap pendidikan seni di Malaysia. Saya berharap mutu ini dapat dikekalkan, atau ditingkatkan pada masa depan.”

Akademi Seni Dasein ternyata mencuri tumpuan di Pertandingan Seni Lukis Warisan Tanjong 2013. Para pelajar daripada Akademi tersebut mendahului senarai pemenang dalam kelima-lima kategori, dengan menyapu bersih kategori Seni Cetak. Salah seorang pemenang berbilang hadiah ialah Lim Zieshan, yang memenangi hadiah utama dalam kategori Lukisan Warna Air dan hadiah sagu hati dalam kategori Minyak/Akrilik. Yong Kang Yun juga meraih kemenangan berganda apabila memenangi kedua-dua hadiah sagu hati dalam kategori Lukisan Warna Air.

Photo 1

Sementara itu, Kolej Universiti Selatan, Johor,  yang mengambil bahagian buat kali pertama, telah berjaya meraih tempat kedua dalam kategori Lukisan Warna Air menerusi See Ca Dai, yang mengemukakan karya Warna Air bertajuk “Parade Worshipping Gods” (Perarakan Pemujaan).

Panel hakim tersohor bagi Pertandingan Seni Warisan Tanjong 2013 Peringkat Kebangsaan ini terdiri daripada Profesor Madya Jalaini Abu Hassan sebagai Ketua Hakim, Profesor Madya Fauzan bin Omar, Cik Elizabeth Cardosa, Dr Kim Phaik Lah, Puan Wairah Marzuki dan Encik Laurence Loh. Mereka adalah tokoh yang disegani ramai dalam bidang seni dan juga warisan.

Photo 7

Tanjong plc dan anak syarikatnya memainkan peranan aktif menyokong pelbagai tujuan murni dalam bidang seni dan pembangunan sukan secara tahunan.  Dengan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti, Tanjong berharap untuk terus memainkan peranannya sebagai entiti korporat bertanggungjawab di kalangan masyarakat.

Menangi Barangan Premium ‘The Hunger Games : Catching Fire’

HG_Katniss_final poster

Tajuk                        : The Hunger Games : Catching Fire

Tarikh                      : 21 November 2013

Pengarah                : Francis Lawrence

Pelakon                   : Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth

Synopsis                 : Pengembaraan berterusan Katniss Everdeen di dalam dunia futuristik dystopian.

Jawab soalan-soalan di bawah:

10 x Hunger Games, Malay Edition Book One

5 x Limited Edition The Hunger Games : Catching Fire Tote Bag

10 x Limited Edition The Hunger Games : Catching Fire Character Magnet

20 x Limited Edition The Hunger Games : Catching Fire Foldable File

The Hunger Games Versi Bahasa Melayu Front Cover rev9 (3)

Soalan 1 :  Berikan 2 nama pelakon utama di dalam filem ini?

Soalan 2 : Namakan penaja hadiah Buku Hunger Games dalam versi Bahasa Melayu?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook SelebritiOnline terlebih dahulu..

* Sila email kepada hi@selebritionline.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

* Sila letak tajuk email Contest “The Hunger Games : Catching Fire”.

Tarikh tutup penyertaan: 26 November 2013

 

 

 

[nggallery id=191]

 

AirAsia & AirAsia X Perkenal Hidangan Dalam Pesawat Terbaru

DSC00146

AirAsia akan memperkenalkan Kamal’s Mee Goreng Mamak bagi penerbangan AK AirAsia yang boleh didapati didalam pesawat dan semasa proses pra-tempahan. Selain Kamal’s Mee Goreng Mamak, AirAsia juga memperkenalkan dua hidangan baru bagi menu bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimesa krismas Roast Chicken with Cream Sauce .

DSC00150

Untuk penerbangan AirAsia X pula, AirAsia memperkenalkan hidangan-hindangan premium seperti Big Breakfast, Japanese Bento dan Roast Chicken with Special Stuffing and Cranberry Sauce.Setiap set hidangan premium ini akan dihidangkan dengan minuman,pembuka selera dan pencuci mulut. Ia hanya boleh didapati melalui pra-tempahan secara atas talian sahaja mulai 1 Disember 2013.

DSC00154

Nikmati layanan Xtra bersempena musim perayaan,kesemua penumpang yang memilih untuk MaXimise hidangan mereka akan menerima baucer bernilai RM50 yang boleh digunakan bagi penerbangan seterusnya bersama AirAsia X. MaXimise adalah pilihan tambahan di mana para penumpang boleh melengkapkan hidangan pra tempahan mereka dengan tambahan minuman (Dimes 100% apple Juice) dan pencuci mulut (moist chocolate cake) untuk RM7  sahaja. Baucer istimewa ini adalah sah untuk para penumpang yang terbang bersama AirAsia X dari Disember 2013 ke Februari 2014 sahaja.

Selain daripada itu, Pak Nasser’s Nasi Lemak kini dijual pada harga RM10 sahaja bagi masa terhad.Terus ikuti AirAsia dengan promosi terkini dan aktiviti dan banyak lagi melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

 

[nggallery id=190]

Selena Gomez Live In Malaysia 2014

 

Selena Gomez penyanyi dan pelakon kelahiran Amerika yang sedang popular dengan lagu ” Come & Get It” bakal mengadakan konsert sulung beliau di Malaysia pada 26 Januari 2014 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert ini dibawa khas oleh We Love Asia. Info-info mengenai harga tiket akan diupdate dari masa ke semasa.

 

Faizul Juara AF 2013

ZED_2951a

Setelah 10 minggu berentap, akhirnya Faizul anak kelahiran Tawau dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia ( AF 2013) malam tadi. Beliau berjaya mengalahkan lima finalis lain iaitu Amira, Aisyah, duo Azhael, Indah dan Nabila.Bagi anugerah AF BUZZ pula dimenangi oleh Azhael.

ZED_2932a

Di pentas akhir semalam, Faizul menyampaikan lagu Hanyut serta single terbaru beliau iaitu Sepasang Sayap.Beliau berjaya  membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,00 dan sebuah trofi.Tempat kedua pula dimenangi oleh Azhael.Dengan itu mereka membawa pulang RM30,000 dan sebuah trofi.Tempat ketiga dimenangi oleh Amirah dan membawa pulang RM10,000 serta sebuah trofi.

ZED_2981a

Pelajar bernama Siti Ruhailah Hussein atau Indah menduduki tempat keempat. Manakala Nabila dan pelajar kelahiran Singapura, Aishah pula masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam.

Dihoskan oleh Zizan Razak, AF2013 menampilkan tiga pengkritik tetap iaitu Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan penerbit muzik Roslan Aziz.

Selain itu musim kali ini juga menampilkan tiga inspirer iaitu Faizal Tahir, Melly Goeslaw dan Datuk Siti Nurhaliza. Samsung adalah penaja rasmi untuk Akademi Fantasia 2013.

*Credit photo : Lensaayid

Hampir 1000 Peminat Banjiri One Utama Kerana Shane Filan

LCK_8531

 

Bekas penyanyi kumpulan Westlife, Shane Filan yang baru sahaja melancarkan album ” You And Me” hadir ke One Utama jumaat lepas untuk sesi autograf. Hampir 1000 peminat hadir untuk melihat artis kegemaran mereka ini dengan lebih dekat.

LCK_8532

Shane juga meluangkan masa dengan menandatangani hampir 500 album untuk para peminat beliau. Di majlis ini juga, beliau menyampaikan dua buah lagu “Everything To Me” dan “About You”. Bagi 150 orang peminat pertama yang beratur, mereka di beri 2 keping tiket untuk menonton Shout! Awards pada keesokkan harinya.

LCK_8436

Pelakon Dan Pelawak Terkenal Ahmad Busu Meninggal Dunia

ahmadbusu

Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas Maghrib pada Ahad. Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

“How I Feel” New Single By FLO RIDA

florida-how-i-feel

Rapper FLO RIDA is out with his new single “How I Feel“, the first official single from his upcoming fifth studio album entitled “The Perfect 10”. Guided by Nina Simone’s “Feeling Good” sample, this single is without a doubt a mood lifter.  The chorus brings a pleasant vintage feeling, while Flo Rida keeps the energy pumping in the booming verses.