SO Staff

Khairul Fahmi (APEX) Duta Baru ‘BRAND’S® ActifMynda’

Penjaga gol utamaMalaysia, Khairul Fahmi, atau lebih dikenali sebagai “Apex” di kalangan peminatnya, telah dipilih sebagai duta BRAND’S® ACTIFMYNDAPLUS baru-baru ini.”Selain mengekalkan badan yang cergas, saya perlu juga menumpukan perhatian dan kepekaan minda pada setiap perlawanan. Oleh itu saya mengambil BRAND’S® ACTIFMYNDAPLUS setiap hari. Bukan sahaja ianya mudah untuk diminum dan rasanya yang sedap, ianya memberi saya tenaga tambahan untuk mencapai segala impian dalam hidup.” kata Khairul ketika ditanya tentang pelantikan tersebut.

“Saya perlu mengekalkan tahap ketahanan mental yang terbaik dan sentiasa bertenaga di dalam dan luarpadangselain menjalani kehidupan berumahtangga. Oleh yang demikian, ketahanan kesihatan mental dan fizikal adalah amat penting buat masa ini,” tambah Khairul. BRAND’S® ACTIFMYNDAPLUS dijamin Halal dan dengan pengambilan setiap hari boleh meningkatkan prestasi kerja dengan menyuburkan minda serta tubuh. Ia menajamkan tumpuan dan kecergasan mental sambil memberi tenaga tambahan dalam aktviti harian.

Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS secara berterusan boleh meningkatkan prestasi mental dan fizikal secara efektif. Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia telah memberi keputusan kajian muktamad bahawa pengambilan BRAND’S® selama 14 hari berturut-turut dapat meningkatkan daya ingatan sebanyak 15% serta tahap tumpuan minda sebanyak 22%.BRAND’S® ACTIFMYNDAPLUS bebas kolesterol dan tidak mengandungi bahan perangsang. Pengambilannya secara berterusan boleh meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 12% hingga 16% secara purata dan ini berlaku hanya dalam masa sejam selepas pengambilan minuman berkhasiat ini.

“Khairul menunjukkan kepintaran, fokus dan kemahiran yang tinggi dalam permainan bola sepak. Oleh itu BRAND’S® amat berbangga dengan pelantikan Khairul sebagai duta untuk BRAND’S® ACTIFMYNDAPLUS,” kata Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd. “BRAND’S® ACTIFMYNDAPLUS merupakan suplemen semula jadi yang unik kerana ia dapat meningkatkan prestasi tubuh badan dan minda sekali gus. Pengambilannya secara kerap membolehkan anda melakukan yang terbaik untuk mengimbangi prestasi dalam kerjaya, kehidupan dan keluarga. Keberkesanan produk pati ayam ini telah dibuktikan secara saintifik dan kami yakin para pengguna akan mendapat manfaatnya apabila menjadikannya sebahagian daripada rejim penyelenggaraan kesihatan setiap hari,” tambah Koh.

BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS boleh didapati di farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara dengan harga RM25.90 bagi setiap pek (6 botol x 42g). Untuk keterangan yang lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh mengaktifkan minda setiap hari, sila layari laman web di www.brandsworld.com.my atau hubungi talian Khidmat Prihatin Pelanggan kami di 1-300-228-300.

‘Demi Lovato’, U-Kiss’ & ‘Rainbow’ Bakal Gegarkan Twin Towers @Live 2013

Demi Lovato

Demi Lovato, U-Kiss dan Rainbow bakal gegarkan Twin Towers @Live 2013 yang bakal diadakan pada 22-23 Mac 2013 berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC.Ia juga bersempena perlumbaan PETRONAS Malaysia Grand Prix.

U-Kiss

Pada 22 Mac U-Kiss dan Demi Lovato bakal mengadakan persembahan manakala pada 23 Mac 2013 Rainbow pula bakal menyemarakkan lagi Twin Towers @Live 2013.

Rainbow

 

 

Sekitar Hari Pertama Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards

Akhirnya debaran para peminat K-Pop bakal berakhir apabila bermula semalam (selasa) dan hari (rabu) Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) telah pun bermula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang.Acara berprestij setaraf Grammy Awards ini bermula seawal jam 5 petang. Hari ini dijangka kira-kira 15,000 peminat K-Pop membanjiri SIC.Acara malam ini dihoskan oleh Yong Hwa (vokalis CN Blue) berpasangan dengan Nicole (kumpulan KARA).

Anugerah Diadakan yang diadakan buat pertama kali di Malaysia, dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.
Berikut senarai penuh pemenang Golden Disk Awards 2013:

ALBUM OF THE YEAR
Sexy, Free and Single by SUPER JUNIOR

GOLDEN DISK AWARD ALBUM DIVISION
INFINITE, B1A4, CN Blue, 4Minute, BEAST, KARA, Super Junior, SHINee

NEW RISING K-POP STAR
EXO-K dan Juniel

MSN SOUTHEAST ASIA AWARD
Super Junior

JTBC BEST ARTISTE
BEAST

MALAYSIA’S MOST FAVORITE
CN Blue dan KARA

NEXT GENERATION STAR
BTOB

MOST POPULAR STAR
SHINee

PRODUCER OF THE YEAR
FNC Entertainment

BEST DANCE PERFORMANCE
‘TroubleMaker’ (HyunA & Hyun Seung)

BEST GROUP PERFORMANCE
INFINITE

[nggallery id=133]

 

 

 

 

 

Sekitar Red Carpet 70th Golden Globe Awards

Sekarang ini sedang berlangsung 7oth Golden Globe Awards yang berlangsung di  Beverly Hilton,Beverly Hills. Jom saksikan artis-artis melaram di karpet merah :

[nggallery id=131]

3 Grup Lagenda Disatukan Dalam ‘Konsert Dimensi Rockarisma’

3 Grup Lagenda iaitu May,Sweet Charity dan Lefthanded bakal disatukan dalam sebuah konsert berskala besar pada 9 Februari 2013 di Stadium Tertutup MBJB,Johor Bahru jam 8,45 malam.Konsert ini dinamakan ‘Konsert Dimensi Rockarisma’.

Pada awalnya konsert ini sepatutnya diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka namun terpaksa ditukar atas sebab-sebab tertentu.Konsert ini dibawa khas oleh Rock Karisma Sdn Bhd.Tiket-tiket yang berharga RM78 boleh didapati dengan menelefon tiketpro di talian 03-7880799 atau layari www.ticketpro.com.my.

Kredit photo : Adam Sulaiman

‘Cintaku Di Saku Celana’ Kisah Anak Muda Ingin Sekali Punyai Cinta

 

Filem drama komedi Indonesia “Cintaku Di saku Celana” bakal menemui anda pada 20 Januari ini jam 2 petang. Dibintangi oleh Donny Alamsyah dan Joanne Alexandra.Filem yang berkisar tentang seorang anak muda yang ingin sekali punya cinta.

Sinopsis 

Mimpi Ahmad (Donny Alamsyah) sederhana. Dia ingin sekali punya cinta. Dan mimpi itu sebenarnya terasa sangat wajar, karena Ahmad yang memang yatim piatu, tidak pernah sekalipun merasakan cinta sejak ia kecil dan hidup di panti asuhan.

Sampai akhirnya sekumpulan kartu-kartu pos misterius yang dikirimkan Bagas (Lukman Sardi) dari berbagai penjuru dunia, mempertemukan Ahmad dengan Bening (Joanna Alexandra). Seorang mahasiswi cantik namun rapuh, yang kemudian jadi sering ia temui di gerbong KRL yang ditumpanginya. Ahmad pun jatuh cinta. Satu masalahnya. Ahmad bahkan tidak punya keberanian untuk mengajaknya berkenalan.

Peperangan terjadi di hati Ahmad, haruskah ia meraih cintanya atau terus hidup seperti ini? Akhirnya atas saran ibu Panti Asuhan (Vita Ramona) dan dukungan sahabatnya Gifar (Dion Wiyoko), Ahmad menulis surat cinta. Ia berencana memberikan surat itu kepada Bening dan mengajaknya berkenalan sebelum semuanya terlambat. Tapi karena sebuah insiden kecopetan yang tak terduga menyebabkan surat itu hilang, keberanian Ahmad yang memang sudah tanggung langsung hancur.

Tak putus asa, insiden kecopetan itu memberi Ahmad ide. Ia meminta bantuan seorang copet bernama Gubeng (Ramon Y Tungka) untuk mencurikan cinta Bening. Tapi pada hari yang dijanjikan Gubeng, copet sewaan itu tak muncul, Ahmad pun geram. Dengan menggenggam palu stempel pos, Ahmad memburu Gubeng yang ternyata insaf, dan berada di sel penjara.

Masalah ternyata tidak berhenti ketika Gubeng masuk penjara. Gubeng mengaku bahwa cinta itu sekarang tertinggal di saku celana jins yang sedang ia cuci di sebuah Laundry. Namun lagi-lagi, setelah Ahmad tiba di Laundry yang dimaksud, masalah baru kembali menghajar. Karena ternyata si pemilik Laundry itu, Roy (Gading Marten), juga menginginkan cinta dari seorang Bening.

Perseteruan pun terjadi dengan si pemilik laundry, yang juga adalah bos narkoba yang terselubung. Masalah semakin runyam ketika Briptu Nila (Enditha) datang menggerebek tempat itu dan ikut menahan Ahmad. Mimpi Ahmad akan cinta pun terlihat semakin sulit untuk diraih.

‘Janji Shirah’ Mula Bersiaran Pada 13 Januari 2013

Saksikan kisah selanjutnya dalam ‘Janji Shirah’ yang akan mula bersiaran pada 13 Januari, setiap hari Ahad jam 9.00 malam selama 2 jam.Antara pelakon-pelakon yang bakal membintangi drama ini adalah Nabila Huda (Shirah), Iqram Dinzly (Fahmi), Airiel Zafril (Luqman), Ako Mustapha (Dr. Amir), Fauzi Nawawi (Zali), Zarina Zainordin (Mira), Arfah Damanhuri (Mak Jenah), Zarina Zainudin (Alina), Sherry Merlis (Arfah), Airis Yasmin (Nurin), Ika Nabila (Tintin), Hairi Safwan (Azri), Watie Sadali (Raini), Wan Raja (Redzuan).Ia adalah terbitan Primeworks Studios dan diarahkan oleh Along Kamaruddin.

Sinopsis

Shirah merupakan seorang penuntut kolej di tahun akhir dalam jurusan perhubungan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada. Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana.

Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.

Shirah terkejut dengan permintaan Rania untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya? Bagaimana pula dengan Luqman?

*credit photo ~ Portal GUA

Senarai Penuh TOP 5 ABPBH2012

Debaran serta demam ABPBH2012 semakin hampir apabila pengumuman TOP 5 bagi semua kategori petang semalam di Holiday Villa,Subang.Lokasi dan tarikh Jelajah ABPBH2012 bermula pada 24 Februari di Sarawak, 3 mac di Sabah, 9-10 Mac di Utara Semenanjung, 16-17 Manc di Pahang, 23-24 Mac di Johor Bahru dan Fiesta ABPBH2012 akan diadakan pada 6-7 April 2012 di lokasi malam kemuncak ABPBH2012, Stadium Putra Bukit Jalil. Ia bakal bersiaran langsung di TV3 dan radio HotFM.

Tema pada tahun ini adalah ‘Ledakan Geometri’.

Berikut adalah senarai nama-nama artis yang terpilih pada TOP 5 ABPBH 2012 :

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Kategori Online: 1.  Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsurdin

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

[nggallery id=130]

AJL 27 Raih Lebih 6 Juta Penonton!

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil kelmarin, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta (20 TVR) atau 65% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan AJL 27 telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 6 juta.

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan sahaja di kaca televisyen, AJL 27 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Purple Carpet dan Di Sebalik Tabir.

Jumlah tontonan secara live streaming mencecah hampir 225,000 dengan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 108,356, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (8,057), United Kingdom (3,461), Jepun (1,828) dan Brunei (1,661).

Laman web rasmi Anugerah Juara Lagu 27 pula berjaya mendapat lebih dari setengah juta page views iaitu 507,000 dengan unique views sebanyak 111,350. Manakala di laman sosial media Twitter, #AJL27, #Ramli Sarip dan #Azlan and the Typewriter merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 149,593 tweets telah dikongsi menggunakan kata kunci #AJL27 dan #AJL.

‘Terukir Di Bintang’ Dinobatkan Lagu Terbaik Di AJL 27

Tuah lagu ‘Terukir Di Bintang’ apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di AJL 27 walaupun ia dinyanyikan oleh Aizat apabila Yuna tidak dapat menghadirkan diri kerana komitmen kerja di Amerika Syarikat.

Tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke 27 ialah oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok & Azlan hasil nyanyian Azlan & The Typewriter dan tempat ketiga pula  lagu Ku Akui ciptaan Ajai yang di bawakan oleh Hafiz Suip.

Gelaran Vokal Terbaik di menangi oleh Hafiz Suip juga melalui lagu Ku Akui manakala Persembahan Terbaik jatuh kepada persembahan Black & RJ dengan Teman Pengganti.Ini adalah kali ketiga berturut-turut Hafiz berjaya memenangi gelaran Vokal Terbaik.