SO Staff

F.O.S Diserbu Peminat Greyson Chance

Jika sebelum ini peminat The Wanted yang menyerbu F.O.S One Utama,namun kali ini F.O.S Mid Valley pula diserbu oleh para peminat Greyson Chance. Hampir 1,500 orang peminat membanjiri F.O.S Mid Valley sejak jam 7 pagi lagi.

Pada majlis ini, beliau telah menandatangani semua poster bersaiz A4 kepada para peminat yang telah membuat tempahan barangan rasmi serta EP terbaru beliau yang bertajuk Truth To Be Told Part 1 yang telah dilancarkan pada 30 Oktober 2012 yang lepas.

Para peminat juga berpeluang memenangi Beats Solo HD Headphones yang ditandatangi oleh Greyson Chance sendiri.

 

[nggallery id=123]

Persembahan J.Lo Mantap,Seksi Dan Menggiurkan

Jennifer Lopez aka J.Lo memang terkenal dengan seksi,tarian erotiknya serta persembahan yang mantap ketika membuat persembahan. Semua penonton begitu terhibur ketika menonton konsert sulungnya Dance Again Live in Malaysia 2012, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada malam ahad lepas walaupun terpaksa berhujan.Hampir 8,000 penonton membanjiri konsert tersebut. Ia dibawa khas oleh Galaxy Group.

Konsert dimulakan pada  9.10 malam, J.Lo menghangatkan suasana dengan deretan 15 lagu dari zaman Jenny From The Block hinggalah album terkini dengan lagu seperti Get Right, Love Don’t Cost A Thing, I’m Into You, Waiting For Tonight, Let’s Get Loud, All I Have, Run The World,Papi dan Dance Again .

J.Lo mengenakan 6 kostum rekaan pereka fesyen Lebanon, Zuhair Muraid termasuk jumpsuit, catsuit dan leotard lace yang seksi serta menonjolkan keindahan punggung serta bentuk badannya yang curvy.

 

 

[nggallery id=122]

Album ‘Timeless’ Khas Untuk Para Peminat UNGU

Album ‘Timeless’ membawa kita menyusuri kenangan melalui lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan UNGU seperti Hampa Hatiku, Demi Waktu, Percaya Padaku, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hati, Berikan Aku Cinta dan banyak lagi. Didalam album ini juga terdapat 4 lagu baru iaitu Sayang, Kau Anggap Apa, Puing Kenangan dan Apa Sih Maumu. 

Album ini telah pun berada di pasaran dengan harga RM19.90. Ia diedarkan  oleh Suria Records Sdn Bhd.

 

 

‘Bella Awards 2013’ Rancangan Anugerah Wanita Pertama di Malaysia

NTV7 sekali lagi melakukan kelainan dengan memperkenalkan rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia – Bella Awards 2013 – bagi meraikan, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di atas pencapaian hebat dan sumbangan mereka yang penuh inspirasi kepada orang ramai.  Ilham menerbitkan rancangan itu hadir daripada rancangan temubual wanita ntv7 – Bella – yang merupakan rancangan yang memberikan inspirasi buat wanita melalui topik-topik yang berinformasi dan padat dengan pengisian berguna buat kaum hawa.

Disokong dan diperakui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, anugerah Bella Awards yang julung kali diperkenalkan ini akan bersiaran pada 2 Mac 2013 bersempena sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa. Anugerah itu akan disiarkan pada waktu perdana pada jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala acara karpet merahnya pula akan disiarkan pada 8.30 malam eksklusif di ntv7. “Live streaming” menerusi portal video no. 1 Malaysia, Tonton juga boleh dilayari di www.tonton.com.my.

Airin juga mendedahkan 7 kategori yang bakal dipertandingkan iaitu – Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, Bella Heart Award, Bella Mars Award, dan anugerah utama, Bella Award. 5 pencalonan teratas daripada setiap kategori akan diumumkan pada Januari 2013 dimana calon-calon dipilih oleh para juri profesional. Manakala, pemenang hanya akan diketahui melalui acara siaran langsung anugerah itu pada 2 Mac 2013 nanti.

Dalam masa yang sama, rancangan anugerah Bella Awards juga mengalu-alukan kehadiran beberapa jenama terkenal yang hadir sebagai rakan dan penaja anugerah itu.  Antaranya Hai-O Marketing, pembuat dan pemborong produk farmaseutik serta herba tradisional telah diumumkan sebagai penaja utama anugerah itu ketika pelancarannya.Turut menjadi rakan penaja kepada anugerah itu adalah Revlon dan Visiber yang diberi mandat selaku solekan rasmi dan barangan kemas rasmi acara penganugerahan berprestij itu.

Rakan lain yang turut menyokong anugerah Bella Awards 2013 itu adalah Fly FM, New Straits Times, dan Berita Harian – yang turut dinamakan sebagai rakan “BFF” (Best Friends Forever).

Untuk maklumat lanjut mengenai Bella Awards 2013, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

 

Filem ‘Sepah The Movie’

Di Pawagam : 29 November 2012
Pengarah : MP Roslin Md Sharif
Pelakon :  Jepp Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin

Sinopsis

Filem komedi, “Sepah The Movie” ini dibintangi oleh 3 ahli kumpulan tersebut sebagai tiga lelaki bujang yang bekerja di kilang elektronik berdekatan dengan kampung mereka. Selain dari minat berlumba motor, mereka bertiga juga menyukai seorang gadis bernama Ayu Sofea, yang juga bekerja di kilang sama tetapi di bahagian kawalan kualiti. Hal ini menyebabkan pelbagai salah faham yang berlaku kerana masing-masing cuba untuk memenangi hati Ayu Sofea. Untuk memburukkan lagi keadaan, Based yang kaya, memiliki ijazah antarabangsa, dan gemar berlumba motor muncul di kilang tersebut sebagai pengurus baru dan menjadi saingan mereka.

[nggallery id=121]

 

 

Teater Muzikal ‘Ali Baba’ Kembali Selepas 6 Tahun

Teater Muzikal ‘Ali Baba’ yang pernah dipentaskan 6 tahun lepas di Istana Budaya bakal dipentaskan kembali pada 21 – 29 Disember 2012 depan. Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil sekali lagi bakal memegang watak ketua penyamun, Fizo Omar sebagai Ali baba dan Elfira loy sebagai Marjinah. Ia juga turut bakal dibintangi oleh Ebby Yus,Najua P.Ramlee,Zarina Raja Lawak serta Aziz M. Osman.

Tiket-tiket yang berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100 telah mula dijual di kaunter tiket Istana Budaya dan di ticket2u.biz secara online.

 

Warner Music Malaysia Kembalikan Kenangan Era 80an Dalam ‘Seriously 80’s’

Warner Music Malaysia sedia kembalikan kenangan era 80an kepada anda apabila mereka melancarkan album ‘Seriously 80’s’. Ia adalah satu album kompilasi yang sudah cukup membuat anda teringat akan era 80an.

Ia didatangkan khas dengan 3 CD yang berharga RM49.90 sahaja. Diantara lagu-lagu yang terdapat didalam album ini adalah :

CD1

1.            Let’s Go – Wang Chun

2.            I Think We’re Alone Now – Tiffany

3.            Like To Get To Know You Well – Howard Jones

4.            Sounds Like A Melody – Alphaville

5.            We Got The Beat – The Go-Go’s

6.            The Look – Roxette

7.            Move Away – Culture Club

8.            Nobody’s Diary – Yazoo

9.            Cherry Oh Baby – UB40

10.          Communication – Spandau Ballet

11.          Dancing With Myself – Billy Idol

12.          Alive And Kicking – Simple Minds

13.          Forever Your Girl – Paula Abdul

14.          So In Love – Orchestral Manoeuvres In TheDark

 

CD2

1.            I’ve Been In Love Before – Cutting Crew

2.            Eyes Without A Face – Billy Idol

3.            Lessons In Love – Level 42

4.            Addicted To Love – Robert Palmer

5.            O L’amour – Erasure

6.            Mirror Man – The Human League

7.            Rise To The Occasion – Climie Fisher

8.            Things Can Only Get Better – Howard Jones

9.            Out Of The Blue – Debbie Gibson

10.          I Got You Babe – UB40 feat. Chrissie Hynde

11.          How Men Are – Aztec Camera

12.          Gloria – Laura Branigan

13.          Showing Out (Get Fresh At The Weekend) – Mel & Kim

14.          Loving You Is Sweeter Than Ever – Nick Kamen

 

CD3

1.            1. The Sun Always Shines On TV – A-Ha

2.            I’ll Tumble 4 Ya – Culture Club

3.            Call Me – Go West

4.            Is There Something I Should Know – Duran Duran

5.            Only When You Love – Spandau Ballet

6.            Roam – The B-52’s

7.            For Your Eyes Only – Sheena Easton

8.            We Belong – Pat Benatar

9.            Promises, Promises – Naked Eyes

10.          Room In Your Heart – Living In A Box

11.          Turn Back The Clock – Johnny Hates Jazz

12.          Situation – Yazoo

13.          Back On The Chain Gang – Pretenders

14.          Souvenir – Orchestral Manoeuveres In The Dark

 

Islamic Fashion Festival (IFF) Sumbangkan RM200,000.00 Kepada Rakyat Palestin

Pengasas bersama Islamic Fashion Festival (IFF) iaitu Dato’ Sri Raja Rezza Shah baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000.00 kepada Rakyat Palestin didalam satu majlis di Pejabat Kedutaaan Palestin di Kuala Lumpur. Cek tersebut disampaikan kepada duta Palestin di Malaysia iaitu H.E Abdelaziz Abughosh.

Sumbangan tersebut dikumpulkan di satu majlis Islamic Fashion Festival pada 7 November 2012 yang lepas.Pada majlis ini juga, Persatuan Bencana Alam Kedah yang diwakili oleh YABhg. Toh Puan Bendahara Kedah Datin Seri Utama Puan Sri Dato’ Seri Hajjah Noor Suzanna turut menyumbang RM20,000 , YTL Corporation Berhad RM10,000, The Zon Duty Free and The Zon Hotels RM10,000, Malaysian Artistes Sports Club RM10,000 dan Kelab Mutiara Putrajaya RM5,000.

 

 

AMD Malaysia Umumkan Ketersediaan Generasi Kedua Unit Pemprosesan Dipercepat (APU) Siri A AMD

AMD Malaysia telah mengumumkan ketersediaan generasi kedua Unit Pemprosesan Dipercepat (APU) Siri A AMD dalam saluran runcit dan pengedaran untuk komputer meja, PC faktor bentuk kecil dan PC teater rumah. APU baru ini mensasarkan Pembina PC kerja bertukang sendiri (DIY), pemain permainan komputer lazim serta penjual nilai tambah yang ingin meningkatkan infrastruktur PC mereka dengan prestasi mampu miliki, grafik peringkat diskret, berbilang teras dan pemprosesan pantas untuk daya respon yang menakjubkan.

Generasi kedua APU komputer meja AMD Siri A boleh didapati pada harga bermula dari RM200 kepada RM5001. Berbanding dengan tawaran kompetitif dengan harga yang sama, APU baru ini menawarkan lebih banyak teras, kelajuan lebih, pengalaman hiburan terbaik dalam kelas dan laluan menaik taraf mudah berdasarkan infrastruktur soket stabil2. Para pengguna APU AMD juga mendapat akses kepada AppZone AMD dan satu senarai komprehensif aplikasi dipercepatkan yang memanfaatkan kuasa komput penuh APU. Berbekalkan sokongan daripada perkakasan yang dipercepatkan untuk DirectX ® 11 pada kad grafik AMD Radeon™ dan teknologi AMD Eyefinity yang menyampaikan satu pengalaman yang lebih imersif, APU Siri A AMD adalah penyelesaian yang ideal bagi sistem yang menggunakan Microsoft Windows® 8 yang sangat dinanti-nantikan dan sistem operasi Microsoft Windows® 7.

Lebih Teras, Lebih Kelajuan dan Lebih Nilai

APU generasi kedua AMD Siri A memberikan prestasi serta keupayaan yang lebih tinggi berbanding dengan generasi pertama:

  • Prestasi komput lebih dari 700 GFLOPS3;
  • Frekuensi maksimum sehingga 4.2 GHz;
  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU) yang dibebaskan dengan perisian AMD OverDrive™ menawarkan prestasi meningkatkan kelajuan ekstrem sehingga 6.5 GHz4.

Dengan CPU dan Teknologi Teras Turbo 3.0 Unit Pemprosesan Grafik (GPU) AMD, prestasi APU generasi kedua AMD Siri A dipertingkatkan dengan membolehkan frekuensi teras GPU dan CPU dinaikkan secara automatik. Pengguna PC yang inginkan kawalan terunggul dalam memodifikasi sistem mereka boleh menggunakan aplikasi perisian AMD OverDrivetm bagi meningkatkan kelajuan CPU dan GPU, dan juga meningkatkan frekuensi memori untuk memberikan pengalaman bermain permainan komputer yang lebih unggul.

Video dan Pengalaman Bermain yang lebih baik dengan Grafik Radeon AMD

Generasi kedua APU AMD Siri A dengan grafik Radeon™ Siri HD 7000 AMD, memberikan grafik peringkat diskret berprestasi tinggi. APU ini meneruskan legasi kepimpinan dalam permainan komputer AMD dengan peningkatan signifikan dalam prestasi CPU dan GPU5 berbanding generasi sebelum ini serta sokongan untuk:

  • Teknologi AMD Eyefinity – Satu-satunya teknologi pelbagai monitor yang menyokong pengalaman permukaan tunggal Windows 8 sehingga empat monitor. Buat pertama kalinya, teknologi imersif ini disediakan melalui sebuah APU tanpa memerlukan sebuah kad grafik diskret;
  • Seni bina Grafik DirectX 11 berprestasi tinggi yang mendahului industri yang berupaya memberikan tahap perincian 1080p penuh untuk permainan yang menyerupai alam nyata;
  • Sokongan Grafik Berkembar Radeon™ AMD yang memberikan peningkatan prestasi sehingga 75 peratus apabila kad grafik diskret ditambahkan kepada APU6. Opsyen Grafik Berkembar Radeon AMD juga menawarkan sokongan untuk DirectX® 9 dan 10 untuk permainan lama, dan menggunakan Profil Aplikasi CrossFire™ baru AMD untuk kemaskini yang lebih mudah.

Laluan Peningkatan Mudah

APU komputer meja generasi kedua AMD Siri A menggabungkan seni bina CPU ‘Piledriver’ AMD generasi seterusnya dengan grafik Siri Radeon HD 7000 AMD di infrastruktur papan induk FM2 baru bagi menyampaikan pelbagai ciri-ciri baru dan pengalaman visual unggul, semuanya pada satu platform yang memiliki keupayaan untuk dipertingkatkan di masa akan datang.

Tiga pilihan set cip disediakan pada papan induk dengan soket FM2, setiap satunya dengan set ciri yang  berbeza: AMD A55, A75 dan A85X. Set cip ini menyokong Profil Memori AMD yang membolehkan memori grafik untuk berfungsi pada kelajuan 1866 MHz, dengan peningkatan sehingga 266 MHz untuk prestasi yang lebih pantas.

Sokongan Industri

ASRock: ―APU Siri A baru adalah kombinasi terbaik prestasi dan harga bagi peminat PC,‖kata James Lee, naib presiden Jualan dan Pemasaran ASRock. ―Papan induk FM2 ASRock disediakan dengan rangkaian produk lengkap khas untuk para peminat bagi membantu mereka mencapai tahap perkomputeran tertinggi. Selain itu, dengan Teknologi Peningkatan-X pintar ASRock, meningkatkan kelajuan APU kini boleh menjadi proses mudah yang hanya melibatkan memicit satu butang.‖

Asus: ―APU generasi kedua AMD Siri A adalah ideal untuk pembina PC meja dan pemain permainan komputer lazim, kata Joe Hsieh, pengurus besar Unit Perniagaan Papan Induk Asus. ―Papan induk ternama kami yang dilengkapi pemproses terulung ini memberikan para pelanggan satu pengalaman imersif, laluan peningkatan mudah dan harga yang mampu milik.‖

ECS: ―Prestasi, harga dan opsyen peningkatan generasi kedua APU AMD Siri A bakal menjadikan produk-produk ini amat popular dengan pelbagai golongan peminat PC yang membina sistem baru atau bakal meningkatkan sistem mereka, kata David Chien, naib presiden Unit Perniagaan Saluran ECS. ―Kami tidak sabar untuk membekalkan para peminat ini dengan ciri-ciri stabiliti dan prestasi dalam papan induk khas bersadur emas A85F2-A Golden FM2.‖

GIGABYTE: ―Dengan platform APU generasi kedua AMD, GIGABYTE kini membawa beberapa teknologi eksklusif kepada platform AMD buat kali pertama, termasuk teknologi Ultra Durable 5 baru kami dan pembekalan Digital Power, komen Henry Kao, naib presiden Unit Perniagaan Papan Induk GIGABYTE. ―Teknologi ini bakal membantu siri papan induk FM2 GIGABYTE akan menerima prestasi grafik dan pemprosesan maksimum daripada APU AMD Siri A yang baru lagi serba menarik.‖

MSI: ―Menggabungkan APU generasi kedua AMD Siri A dengan papan induk FM2 baru MSI mewujudkan sebuah platform yang menawarkan prestasi fleksibiliti dan permainan komputer yang tidak pernah wujud sebelum ini, khususnya dengan ciri-ciri yang mudah digunakan seperti MSI OC Genie,‖kata Ted Hung, naib presiden Jabatan Papan Induk MSI. ―Kami bersedia menarik perhatian pasaran dengan produk berprestasi tinggi lagi stabil yang merupakan perumah unggul untuk APU baru AMD.‖

Sumber-sumber sokongan

Filem “Perahu Kertas” Hanya Di TGV KLCC

Tarikh Dipawagam : 29 November 2012

Direktor : Hanung Bramantyo

Pelakon : Maudy Ayunda, Adipati Dolken, Reza Rahadian, Elyzia Mulachela, Kimberly Ryder, Sylvia Fully R.

Sinopsis

Filem ini diadaptasi dari novel berjudul “Perahu Kertas” karya Dewi Dee  Lestari. Perahu Kertas mengisahkan pasang surut hubungan dua remaja, iaitu Kugy (Maudy Ayunda) dan Keenan (Adipati Dolken). Kisah bermula ketika mereka berdua belajar bersama di Bandung. Kugy, yang bercita-cita ingin menjadi penulis dongeng, kuliah di Fakulti Sastera. Dia punya kebiasaaan unik, iaitu suka membuat perahu kertas yang kemudian dihanyutkannya di sungai.

Keenan, pelukis muda berbakat, dipaksa untuk kuliah di Fakulti Ekonomi oleh ayahnya. Bersama dengan sahabat Kugy sejak kecil, Noni (Sylvia Fully R), serta pacar Noni, iaitu Eko (Fauzan Smith), yang juga adalah sepupu Keenan, mereka berempat menjadi geng kompak. Dari yang semula saling mengagumi, Kugy dan Keenan diam-diam saling jatuh cinta. Tapi berbagai hal menghalangi mereka. Tak hanya itu, persahabatan Kugy dan Noni retak ketika Kugy, demi menjaga hatinya, tak datang pada pesta ulang tahun Noni yang diadakan di rumah Wanda.

Keenan akhirnya pergi ke rumah Pak Wayan (Tyo Pakusadewo), seorang pelukis teman lama Lena (Mama Keenan), sekaligus mentor Keenan melukis. Dalam suasana hati yang gundah, kreativiti melukis Keenan buntu. Luhde (Elyzia Mulachela), anak saudara Pak Wayan, berhasil mengembalikan semangat Keenan. Seorang kolektor langganan galeri Wayan bernama Remi (Reza Rahadian) menjadi pembeli pertama.

Ingin cepat meninggalkan Bandung dan lingkungan lamanya, Kugy berjuang untuk lulus cepat. Setelah lulus, abang Kugy yang bernama Karel (Ben Kasyafani) membantu agar Kugy praktikal di pejabat iklan bernama AdVocaDo milik temannya, iaitu Remi. Prestasi kerja Kugy cemerlang, dan menarik perhatian Remi. Remi melihat sesuatu yang lain. Dia menyukai Kugy bukan hanya kerana idea-ideanya, tetapi juga semangat dan kualiti unik yang senantiasa terpancar dari Kugy. Dan akhirnya Remi harus mengakui bahawa dia mulai jatuh hati. Ketulusan Remi meluluhkan hati Kugy.

Kerana kondisi kesihatan ayahnya yang memburuk, Keenan terpaksa kembali ke Jakarta, menjalankan perusahaan keluarganya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Pertemuan antara Kugy dan Keenan tidak dapat dielakkan. Bahkan empat sekawan ini bertemu lagi. Semuanya dengan keadaan yang berbeza. Dan kembali hati mereka diuji.

[nggallery id=120]

 

 

Selepas Berjaya Dengan ‘Sparkle Project’,Samsung Lancar Projek Terbaru ‘GALAXY Wonderland’

Samsung, sebuah pemimpin global dalam media digital dan teknologi penumpuan digital, telah memperbaharui perkongsian kreatif dengan penyanyi-penulis lagu dan Nota GALAXY II duta, Yuna Zarai.

Bangunan atas kejayaan projek pertama – Sparkle Project’ memenangi anugerah – Samsung dan Yuna kini akan memulakan perjalanan yang dibantu oleh GALAXY Nota II, membawa segala-galanya untuk hidup yang istimewa tentang Malaysia. GALAXY Wonderland adalah pelayaran muzik yang dibawa kepada kehidupan di perdana terbaru Samsung, GALAXY Nota II, dan meraikan identiti Malaysia melalui budaya, tempat, dan seni. Yuna sekali lagi akan bekerjasama dengan pelbagai penyumbang kreatif serta peminat beliau untuk cat Wonderland melalui mata rakyat Malaysia.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Yuna sekali lagi. Beliau adalah seorang artis yang unik yang merangkumi cerita yang unik dan inspirasi kita mahu untuk mempamerkan GALAXY Wonderland. Samsung komited untuk menyediakan rakyat dengan memperkayakan pengalaman, dan mewujudkan koleksi indah ini cerita inspirasi peribadi dengan rakyat Malaysia setiap hari lagi saluran lain untuk kami untuk berbuat demikian, “kata Vincent Chong, Ketua Bahagian Telefon di Samsung Malaysia Electronics.

Rali rakyat Malaysia untuk mengemukakan cerita tentang inspirasi mereka di portal dalam talian GALAXY Wonderland, galaxywonderland.my, Yuna akan menggunakan akaun-akaun peribadi untuk mencari percikan kreatif sendiri untuk menulis sebuah lagu baru.

Diilhamkan oleh cerita-cerita yang dikongsi pada GALAXY Wonderland, pelukis ilustrasi, bersenjata dengan GALAXY Nota II, akan mengisi portal dalam talian dengan ilustrasi aneh. Portal ini kaya curates semua cerita-cerita daripada rakyat Malaysia dan mempunyai landskap yang sentiasa berkembang dan mengembangkan idea dan unsur-unsur mistik. Lebih daripada itu, ini representasi yang indah cerita Malaysia akan dimasukkan dalam sebuah video muzik yang menampilkan lagu baru Yuna dan dihasilkan dengan GALAXY Nota II.

Dilancarkan pada awal Oktober, Nota GALAXY II direka untuk kreativiti setiap hari, menawarkan menangkap cekap dan ungkapan idea. Ini menjadikan peranti alat yang sempurna untuk menemani Yuna perjalanan Wonderland beliau.

Perjalanan Yuna pada GALAXY Wonderland akan dipaparkan dalam siri di Astro Ria, di mana dia meneroka cerita yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia dalam mencari inspirasi untuk lagu beliau.

Samsung dan kerjasama pertama Yuna, Projek berkilau, menyaksikan video muzik pertama di Malaysia yang dicipta Nota GALAXY. Perkongsian muzik adalah wadah sebenar kreativiti dan bukti kepada apa yang boleh dicapai ketika orang, muzik, dan teknologi yang dibawa bersama-sama. Baru-baru ini, video muzik berkilau memenangi anugerah Video Muzik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM), muzik memberi anugerah terulung di Malaysia majlis.

Bercakap mengenai perkongsian beliau dengan Samsung, Yuna berkata, “Ini kerjasama kreatif dengan Samsung adalah istimewa, dan ia dibuat memenangi anugerah AIM mungkin! Saya amat gembira untuk berada di atas kapal untuk projek seterusnya, dan saya tidak boleh menunggu untuk melihat GALAXY Wonderland ruang membawa kepada kehidupan oleh rakyat Malaysia setiap hari. ”

Untuk maklumat lanjut mengenai GALAXY Wonderland dan baru Samsung GALAXY Note II, sila lawati portal GALAXY Wonderland, galaxywonderland.my atau melawat Samsung Telefon laman Facebook Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

 

‘UNTUKMU PALESTIN’ Konsert Amal Anjuran TV3 Dan Primeworks Studios

Walaupun jauh beribu batu, namun suara rintihan dan kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim Zionis tidak pernah dipandang ringan oleh rakyat Malaysia. Susulan daripada pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad yang berlangsung di Karnival Jom Heboh Kuantan pada hari Sabtu lalu, TV3 dengan kerjasama Primeworks Studios bakal menerbitkan mini konsert amal ‘Untukmu Palestin’ pada 29 November 2012 (Khamis) yang akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula jam 11.00 malam.

‘Untukmu Palestin’ yang akan bersiaran selama satu jam menampilkan barisan artis hebat seperti Faizal Tahir selaku teraju utama dan turut ditemani oleh Aizat, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Noh Salleh (Hujan), Tomok dan Misha Omar. Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad dan inisiatif murni untuk membantu ribuan mangsa serangan tentera Israel, mini konsert ini merupakan platform terbaik untuk menyeru dan mengajak orang ramai termasuklah badan-badan korporat untuk beramal melalui sumbangan terus kepada tabung khas ini.

Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad merupakan hasil kerjasama dengan Mercy Malaysia telah dilancarkan di Karnival Jom Heboh TV3 yang berlangsung di Kuantan, Pahang pada hari Sabtu yang lepas. Atas dasar keperihatinan dan rasa simpati para pengunjung, sebanyak RM 12,530.85 telah berjaya dikumpulkan sepanjang dua hari karnival itu berlangsung.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Sebagai tanda sokongan terhadap Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, TV3 telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan mini konsert amal ‘Untukmu Palestin’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran penonton TV3 tentang tabung tersebut dengan penglibatan artis-artis popular tanahair. “

“Lebih istimewa, Faizal Tahir yang pernah dilantik sebagai duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin oleh TV3 pada tahun 2010 akan mendermakan 3 trofi beliau yang pernah dimenangi sepanjang 6 tahun dalam arena seni yang akan dilelong khas kepada badan korporat yang berminat untuk membuat bidaan. Semua trofi ini merupakan koleksi sentimental yang tentu sahaja tidak boleh diukur dengan wang ringgit, namun, kami berharap ada pihak yang berminat untuk menawarkan harga tinggi trofi ini agar sumbangan dapat disalukan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.” Tambah Encik Izham.

Mini konsert amal Untukmu Palestin diterbitkan oleh Primeworks Studio dan diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku penerbit eksekutif dan Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Untukmu Palestin pada hari Khamis (29 November 2012) secara siaran langsung di TV3 pada jam 11.00 malam.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu ialah Zikir Terapi – Astaghfirullahal’azim, Untukmu Palestin, Kembara Di Tanah Gersang, Kau Yang Satu, Kembara, Erti Hari Ini, Anti Graviti dan Insyallah.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan mereka ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, menerusi akaun Maybank 5642 7651 0331. Layari Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.