SO Staff

Hantu Kapcai


Tarikh Di Pawagam: 27 September 2012
Pengedar: UNITED STUDIOS
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Pelakon: Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Neelofa

Sinopsis :

Mengisahkan Ajib, seorang mat rempit yang meninggal dunia selepas terlibat dengan lumba haram. Dia menjadi roh yang terperangkap di antara dunia hidup dan mati. Bagi meneruskan ‘kehidupan’, dia perlu menyelesaikan masalah dengan keluarganya. Namun dia menyedari bahawa dia tidak berdaya untuk melakukan apa sahaja, sehinggalah dia sedar bahawa dirinya boleh dilihat oleh Ibrahim.

Jonas Brothers Live In Malaysia Pada 24 Oktober Di Stadium Negara

Penantian telah berakhir dan kumpulan trio popular, Jonas Brothers akhirnya akan melawat negara kita menerusi konsert pertama mereka, Jonas Brothers Live In Malaysia anjuran The WonderLand+. Konsert ini bakal diadakan 24 Oktober depan bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Kumpulan yang dianggotai tiga bersaudara iaitu Joe, Kevin dan Nick Jonas dijangka akan menggegarkan Kuala Lumpur dan juga peminat dengan persembahan hebat mereka.Harga tiket persembahan yang dikenakan adalah RM88 & RM188 (Tempat Duduk Bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (Tempat Duduk Bernombor VIP / The Pitt) tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket kategori. Semua kategori tiket ini boleh didapati di seluruh negara menerusi TicketCharge online dan kedai-kedai yang ditetapkan.

Kumpulan Jonas Brothers ini mencetuskan fenomena di seluruh dunia melalui Filem Asal Saluran Disney, Camp Rock dan juga ekuelnya, Camp Rock 2: The Final Jam sekitar 2009/10 dan sekaligus berjaya menempatkan mereka sebagai pemenang di Anugerah Muzik Amerika, Teen Choice Award dan lain-lain.

Kumpulan ini juga berjaya dalam projek masing-masing. Sebagai anak bongsu daripada ketiga beradik itu, Nick yang kini berusia 19 kembali membintangi siri Smash yang disiarkan di saluran NBC. Malah baru-baru ini dia juga mengambil alih watak Daniel Radcliffe dalam How to Succeed in Business Without Really Trying on Broadway.

Abangnya Joe, selepas menjadi bintang undangan sitkom TV Land sitcom Hot in Cleveland kini sedang bersiap sedia untuk membintangi beberapa buah filem termasuk mahu bergelar produser. Kumpulan ini juga akan muncul dalam program realiti terbaru Kevin untuk saluran E! berjudul Married To Jonas, yang akan memfokus kepada kehidupan rumah tangga abang sulung mereka itu dengan isterinya, Danielle.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau layari laman sesawang ticketcharge.com.my

 

Konsert Zainalabidin Damai ‘Unplugged’ Di Istana Budaya Pada 6-7 Oktober 2012

Para peminat Zainalabidin sudah pasti teruja apabila beliau akan membuat persembahan pada 6 dan 7 Oktober 2012 ini di Istana Budaya. Konsert ini diberi nama Konsert Damai ‘Unplugged’ (DAMAI). Ia bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau menjanjikan satu kelainan pada konsert ini. Tidak dilupakan juga lagu-lagu klasik beliau seperti Hijau,Ikhlas Tapi Jauh, Puteri dan Kau Di Hatiku. Beliau juga akan menyampaikan dua lagu terbarunya iaitu Kamu dan Alam. Ia bakal dikeluarkan bersama album terbarunya hujung tahun ini.

Info Tiket :

Harga : RM283, RM223, RM183, RM123 , RM83

Talian Tiket : 03-78807999

Tempahan Hotline : www.ticketpro.com.my

Tiket juga boleh didapati di kaunter tiket Istana Budaya.

30 Selebriti Sahut Cabaran Dalam ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’

Seramai 30 orang selebriti menyahut cabaran fizikal dan mental didalam Fear Factor Selebriti Malaysia. Ia bakal menemui penonton di saluran 104 tidak lama lagi. Ia bakal menjalani penggambaran di Cape Town,Afrika Selatan pada bulan hujung Oktober 2012 ini.

Antara selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Selebriti Malaysia adalah Dafi Ismail,Arja Lee,Elfira Loy,Roslan Shah,Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Atu (Raja Lawak), Alam (Wakaka Crew), Ajak (Shiro Raja Lawak), Dazrin Kamarudin, Hairul Azreen, Farish Aziz, Akim Ahmad, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur Tan, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz,Gambit Saifullah, Azri (AF), Zawen Anwar (Hero Remaja), Hafizul ( On Air), Fairul, Didie Alias, Norisham Ismail, Iz (OIAM) dan Hefny (On Air).

Jom tengok gambar aksi selebriti-selebriti ini ketika bootcamp hari kelima di Batu Caves jumaat lepas.

[nggallery id=97]

“Veet® It Off” Serlahkan Keyakinan Anda

Veet®, jenama krim depilatori No.1 dunia kini mencari seorang wanita Malaysia yang mempunyai keyakinan untuk menyerlahkan kecantikan kulitnya yang licin dengan mereka semula atau memotong sebahagian daripada pakaiannya dalam peraduan yang menyeronokkan iaitu Veet® It Off!

Peraduan ini dibuka kepada semua wanita Malaysia berusia 16 tahun ke atas melalui laman Facebook Veet® di www.facebook.com/VeetMalaysia. Sungguh mudah untuk menyertai peraduan ini: klik “Like” pada laman Facebook Veet®; berseronoklah mencipta semula pakaian; ambil gambar anda ‘sebelum’ dan ‘selepas’ pakaian ‘Veet®-It-Off’ anda; muat naik gambar-gambar tersebut dan dapatkan rakan-rakan anda untuk mengundi penyertaan anda!

Nikhilesh Kalra, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia berkata bahawa Veet® merupakan jenama yang membantu wanita mendapatkan kulit yang cantik dan licin.Sebagai jenama depilatori terkemuka, Veet® komited untuk menawarkan produk-produk yang inovatif dan mudah digunakan untuk wanita di seluruh dunia dengan memberikan mereka penjagaan terbaik untuk kulit di samping menanggalkan bulu roma dengan berkesan.

“Rangkaian produk-produk kami memberikan wanita — kulit yang menawan, licin dan lembap, membolehkan mereka memahami dan mengetahui apa erti kecantikan yang sebenarnya. Paling penting sekali, tiada yang memahami kulit dan bulu roma wanita seperti kami,” kata Nikhilesh.

Nikhilesh menambah: “Inilah sebabnya kami begitu teruja dengan peraduan ini.  Peraduan ini menjadi platform bagi para wanita Malaysia untuk menyerlahkan kulit mereka yang cantik. Bukan itu sahaja, kami juga mahu mereka menunjukkan kreativiti mereka, sama ada dengan mengubah atau membuang sebahagian daripada pakaian mereka dengan cara yang kreatif!”

Peraduan selama sebulan ini akan bermula pada 24 September dan berakhir pada 24 Oktober 2012.  Lima puluh penyertaan yang paling banyak menerima undi akan dipanggil untuk bertemu dengan panel pengadil peraduan. Hanya 10 orang peserta akhir sahaja akan disenarai pendek untuk ke pusingan seterusnya bagi memenangi Hadiah Utama, RM5,000 tunai, bekalan produk Veet® untuk setahun dan peluang dipaparkan dalam majalah-majalah terkenal.

Sebagai sebahagian daripada peraduan, peserta akhir yang disenarai pendek akan menghadiri kursus mengenai penjagaan kulit dan tatarias serta bergaya untuk sesi bergambar bagi melengkapkan diri mereka dalam menyiapkan diri untuk finale yang akan diadakan pada bulan November 2012 di Kuala Lumpur.

Sekiranya anda yakin dan bersedia untuk menyerlahkan kulit anda yang licin tanpa cela, sertailah peraduan ini sekarang sebelum tarikh tutupnya pada 24 Oktober 2012 melalui laman Facebook Veet®.  Atau, singgahlah di pameran bergerak Veet® di kolej-kolej dan universiti terpilih di Lembah Klang sepanjang tempoh peraduan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Veet®, peraduan Veet® It Off dan pameran bergerak Veet®, sila layari www.facebook.com/VeetMalaysia.

Dengan Veet®, menanggal bulu roma pada bahagian badan kini mudah sekali.  Veet® Hair Removal Cream begitu berkesan pada bulu roma, walau pun sependek 2 mm dan kulit akan menjadi licin dan lembap.  Veet® Wax Strips pula menanggalkan bulu roma daripada akarnya secara lembut dan berkesan untuk kulit licin lebih lama sehingga 4 minggu.

3 Langkah Mudah untuk Menggunakan Veet® Hair Removal Cream

  1. Sapukan krim dan biarkan selama 3 minit.
  2. Tanggalkan krim dan bulu roma dengan menggunakan spatula.
  3. Bilas dengan air.

Penanggalan bulu roma yang mudah dengan Veet® EasyGripä Wax Strips 

  1. Geserkan Wax Strip dengan tangan untuk memanaskan lilin.
  2. Pegang tab EasyGripä dan tanggalkan jaluran.
  3. Lekatkan jaluran pada kaki dengan tab EasyGripä di bahagian bawah.
  4. Tegangkan kulit. Tarik jaluran pada arah bertentangan dengan arah pertumbuhan bulu roma dalam satu pergerakan.
  5. Selepas menanggalkan bulu roma, lapkan dengan Perfect Finish.

“Saya Ke Phuket Bukan Ke Koh Samui Dengan Hans” ~ Neelofa

“Saya pergi bercuti pada Ahad dan saya balik semalam (Isnin). Dia (Hans) pergi pada Khamis lalu dan tak silap saya, dia akan balik esok (Rabu). Saya pergi dengan sekumpulan kawan saya. Dia pula pergi dengan kawan-kawan golf dia.

“Saya tak faham kenapa ada pihak yang nak buat isu, sengaja buat cerita tentang kami bercuti bersama. Sebab sebetulnya saya pergi bercuti di Phuket. Hans ke Koh Samui. Tak silap saya, dia pergi main golf di sana. Saya langsung tak berjumpa dengannya”, itu kata Neelofa sekaligus menyangkal gosip yang timbul baru-baru ini mengatakan dia dan penerbit juga pelakon popular itu bercuti bersama di Koh Samui, Thailand, minggu lalu.

Aktres cantik itu ditemui ketika di malam gala filem Hantu Kapcai, di Cineleisure Damansara, kelmarin.

Khabar angin berkenaan mula tersebar ekoran Neelofa sendiri yang menulis di laman Twitternya memberitahu yang dia mahu ke satu destinasi di luar negara. Pada masa sama, Hans diberitakan juga berada di destinasi yang dituju aktres itu.

Justeru Neelofa menegaskan, percutiannya juga Hans ke satu negara yang sama adalah satu kebetulan.

Ditanya sama ada dia berasa kesal kerana gara-gara twitnya itu telah menguatkan spekulasi yang selama ini benarlah mereka punya hubungan istimewa meskipun kedua-duanya menjelaskan mereka hanya berkawan baik.

Neelofa yang turut membintangi filem Hantu Kapcai ni berkata timbul sikit kekesalan namun dia menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar cerita sebegini  adalah lumrah yang harus dihadapi sebagai seorang figura umum.

“Kesal lah sikit. Saya twit tu sebab teruja dan nak kongsi dengan peminat. Maklum lah nak pergi bercuti. Asalnya nak chill selepas beberapa bulan di set penggambaran Kau Yang Terindah. Ingatkan nak rehat sekejap sebelum kembali sibuk dengan penggambaran lain. Tapi lain pula jadinya. Balik saja sini, lagi bertambah serabut dibuatnya”, tuturnya sambil tergelak kerana berasa lucu mendengar gosip tersebut.

Dia juga dapat merasakan yang Hans mengetahui tentang gosip ini. Bagaimanapun kata Neelofa, sepanjang mengenali jejaka itu, dia yakin yang temannya itu tidak akan ambil pusing mengenai khabar angin sebegini.

“Sepanjang mengenali Hans, saya tahu dia tentu akan buat bodoh jer dengan cerita macam ni”.

Pegang Tangan Nazim di Depan Kaabah
Dalam pada itu mengulas mengenai babak-babak akhir dalam epsiod terakhir drama Kau Yang Terindahyang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Neelofa menjelaskan isu tersebut tidak perlu diperbesarkan. Lagipun penggambaran sebahagian babak akhir dalam drama yang ditayangkan di TV3 itu, sebenarnya dilakukan di Malaysia iaitu di Hotel Flamingo, Ampang.

Antara babak yang menjadi bualan hangat, di mana Neelofa (sebagai Aleesya) memengang Nazim Othman (yang melakonkan watak sebagai suaminya) di hadapan Kaabah. Ia sekaligus menimbulkan persoalan kerana perkara tersebut tidak boleh berlaku. Tambahan hakikatnya mereka bukan muhrim meskipun hanya dalam lakonan.

“Babak akhir tu sebenarnya hanya master shot saja di jalankan di Mekah dan Madinah. Sebahagian lagi iaitu close up shot, semuanya dijalankan di Hotel Flamingo, Ampang. Sebab ketika penggambaran tu pun kami dah lewat, dah lepas sembahyang Subuh dan suasana pun dah nampak cerah. Jadi mami (Eirma Fatima selaku pengarah) arahkan ambil master shot saja dan yang lain dibuat di Malaysia”, katanya.

Perkembangan lain, Neelofa akan kembali sibuk di lokasi penggambaran filem Pilot Cafe pada pertengahan Oktober ini. Dalam filem arahan Osman Ali itu, Neelofa akan berganding dengan Fahrin Ahmad. Selain duta tilam King Koil ni akan terbang ke Itali pada November nanti bagi menjalani penggambaran untuk programNona.

*credit mD

“Saya single dan available” – Remy Ishak

Minggu lalu, peminat dikejutkan dengan pengakuan pasangan pelakon sejoli, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah mengesahkan mereka kini bukan lagi pasangan kekasih. Meskipun beberapa hari ni kisah mereka masih lagi jadi bualan hangat ramai.

Bahkan ada yang berpendapat perpisahan mereka sikit sebanyak mengiyakan dakwaan dia sebelum ini pernah dilabel sebagai seorang yang panas baran dan kaki pukul perempuan.

Bertemu Remy Ishak di mala gala tayangan filem Hantu Kapcai bertempat di Cineleisure Damansara, malam tadi, pelakon kacak itu diasak dengan pertanyaan mengenai perkembangan dirinya kini selepas berterus terang mengenai status hubungan cintanya bersama aktres tersebut.

Remy berkata dia dan Tiz masih baik malah mereka berkerjasama dalam drama bersiri, Cinta Jangan Pergi, arahan Khabir Bhatia. Pun begitu, Remy masih enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka. Sebaliknya menyifatkan punca ikatan cinta mereka yang tidak berkekalan adalah terlalu peribadi untuk dikongsi pada umum.

“Dah tak ada apa nak komen dah. Memang hubungan kami sampai di situ saja. Tapi kami masih bekerjasama dalam Cinta Jangan Pergi. Apa yang dah habis tu habis lah. Hubungan kami pun dah habis sejak tiga bulan lalu. Tapi terlalu peribadi untuk saya beritahu sebab kami berpisah”, katanya dengan tenang dan turut memberitahu keputusan untuk berpisah itu adalah persetujuan bersama.

Ditanya juga kenapa ketika selama menjalin hubungan dulu, mereka banyak kali bermain tarik tarik setiap kali ditanya pihak media. Tetapi apabila sudah berpisah, mudah pula menguarkannya,

“Berahsia? Memang dari awal hubungan, kami jelaskan yang kami ketika itu dalam proses mengenali lebih dalam sesama kami. Dan saya beritahu, saya akan jelaskan lebih lanjut bila tiba masa yang sesuai nanti. Tapi sekarang, apa nak buat kan…”, katanya.

Sementara menjawab kepada persoalan apa yang membuatkan dia lebih dulu mahu membuka mulut memberitahu umum mengenai status mereka, sedangkan ekoran dakwaan yang timbul sebelum ini dia hanya mengambil pendekatan berdiam diri. Remy berkata selama mana mereka berdua mampu menyembunyikan perkara tersebut kerana lambat laun, pasti akan diketahui umum. Tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk, jadi dia merasakan ada baiknya dia berterus terang agar tidak menimbulkan lagi banyak spekulasi mahupun cerita negatif sekaligus tidak mahu mengelirukan peminat-peminat mereka.

“Saya rasa keadaan akan jadi lebih buruk bila ia terus dirahsiakan. Jadi tujuan saya berterus terang ni kerana mahu menjernihkan keadaan. Apa pula akan jadi nanti kalau pada masa akan datang, saya ada orang lain begitu juga dengan dia. Lagi lah banyak spekulasi yang timbul”.

Remy juga mengakui dia seorang yang suka meluahkan perasaan di Twitter. Bagaimanapun pelakon Hantu Kaphai ni menegaskan tidak semua yang diluahkan itu ditujukan pada Tiz. Walaupun sebelum ini beberapa kali juga dia pernah menulis di luahan hatinya, yang mana mesej-mesejnya itu memberi tanggapan ramai seolah-olah menggambarkan hubungannya dan Tiz sedang mempunyai masalah. Sebaliknya kata Remy, kebanyakkan yang ditulis adalah berkaitan perkara umum.

“Saya akui pernah buat silap dari segi ayat-ayat yang saya twit tu mungkin terlalu emosi. Tapi tak semestinya apa yang saya twit itu saya tujukan pada dia (Tiz) seorang saja. Ada juga kerana luahan tentang masalah kerja. Ada ketika apa yang saya twit, saya maksudkan secara general.

“Sama juga dengan dia, saya percaya apa yang di tulis di Twitter juga tidak semestinya ada kena mengena dengan saya. Lagi pun hubungan kami dah lama habis”, katanya.

Tatkala diusik dengan pertanyaan, adakah ini bermakna dia kini sah single and available, sambil tergelak Remy berkata, “Saya single tapi releks-releks dulu sebab sekarang nak fokus pada kerja dulu”.

*credit mD

PSY Akan Menari Separuh Bogel Jika…..

Penyanyi rap Korea Selatan Psy bersumpah akan membuat persembahan tarian menunggang kudanya “separuh bogel” di bandar raya Seoul jika lagu popularnya,  ‘Gangnam Style’ mengatasi carta Billboard, Amerika Syarikat.

Lagu tersebut kini berada di tangga ke-11 di carta ‘Billboard Hot 100’.

“Jika saya menjadi nombor satu di Billboard, saya akan berani menari separuh bogel di depan orang ramai,” Psy memberitahu sidang akhbar yang menyambut kepulangannya dari Amerika Syarikat.

“Saya akan memilih suatu tempat, lebih baik jika ia berada di depan Dewan Bandar Seoul,” kata penyanyi yang nama sebenarnya Park Jae-Sang itu.

credit ~ mD

 

‘Michael Bolton Live In KL’

MICHAEL BOLTON LIVE IN KL di KL Convention Centre Plenary Hall pada 20 Oktober 2012 dibawa khas kepada anda oleh JS Concert Productions dan Fat Boys. Tiket-tiket yang berharga RM688 (Platinum) , RM388 (Gold) , RM288 (Silver) dan RM188 (Bronze) telah mula dijual. Diskaun sebanyak 20% sebelum 30 September 2012.

 

 

‘Soulfly’ Di Rockaway Festival 2012

Festival tahun ini terletak di Helipad Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 20 Oktober 2012 adalah bersempena dengan sulung, Moto GP. Pembeli tiket Moto GP layak untuk diskaun 20% off tiket Festival Rockaway.

Menangani isu-isu pengangkutan ke tempat, Livescape Asia juga mendedahkan bahawa akan ada bas ulang-alik percuma untuk pemegang tiket Rockaway Festival yang akan mengambil mereka dari KL Sentral ke Litar Antarabangsa Sepang dan sebaliknya. Bas ulang-alik ini akan memulakan laluan mereka pada 11 pagi. 

Tarikh: 20 Oktober 2012
Masa: Pintu dibuka pada jam 12pm – pukul 1 pagi
Tiket: Pra-jualan – RM138, RM178 di pintu
* Pra-jualan tiket boleh didapati melalui airasiaredtix.com dan kedai tiket dan juga di kedai-kedai tiket tambahan termasuk Mukha Café, Coffee Bar Mollydookers, Dolls Store dan semua kedai Guitar cawangan di Lembah Klang.
* Semua info band dan imej akan disediakan di media www.rockawayfest.com

ROCKAWAY FESTIVAL 2012 ACTS

INTERNATIONAL

SOULFLY

MXPX ALL STARS

UNEARTH

SET YOUR GOALS

REGIONAL

PEE WEE GASKINS

PLAINSUNSET

LOCAL

KOFFIN KANSER

GERHANA SKA CINTA

HUJAN

LOVE ME BUTCH

BUNKFACE

MASSACRE CONSPIRACY

I, REVIVAL

THE PADANGS

TWILIGHT ACTIONGIRL

WKND STAGE

GO GERILA

AKTA ANGKASA

CITIZENS OF ICE CREAM

GUBA

OJ LAW

JOE PV

JOHNNY COMES LATELY

DARREN ASHLEY

DIZKOPOLIS

SPHERE

COIC

MUCK

 

8TV Chinese Carnival Temui Peminat Di Pulau Pinang Pada 29 Sept 2012

Buat pertama kalinya 8TV Chinese Carnival diadakan luar dari Lembah Klang dan karnival ini akan berkunjung ke Pulau Pinang! Penyanyi popular dari Taiwan Jing Zhang dan penyanyi dan pelakon popular Ah Niu akan menghiburkan penonton. Temui personaliti 8TV kegemaran anda antaranya Gary, Chrystina, Cheryl, Jeff, Winson, Natalie, Rickman, Wind , Baki, Mei Sim.

Jangan ketinggalan menyaksikan 8TV Chinese Carnival Showcase jam 6.30 petang yang akan menampilkan juara dan pemenang tempat dan kedua dan ketiga Ultimate Power Star 2 – Catherine, Windy dan Sylvia. Turut menghiburkan anda Athena Beh, Kah Jun, Choo Hou Ren,  Gary Yap , Winson Voon dan Ke Qing.

Antara persembahan lain yang dapat ditonton oleh anda ialah persembahan akrobatik Cina, The Elastic Man, pertandingan fesyen Chang Er serta pertandingan membuat tanglung bersempena dengan Festival Kuih Bulan. Pertandingan ini juga sekaligus membantu untuk memperkenalkan hasil kraftangan dan karya seni kaum Cina. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi anda antaranya rantai mutiara, hampers dan DVD drama dalam cabutan bertuah.

Pelbagai aktiviti dan gerai-gerai menarik telah diatur. Kami mengalu-alukan anda untuk turut serta memeriahkan karnival yang padat dengan aktiviti yang mengujakan!

Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk bertemu dengan personaliti 8TV kesayangan anda di  8TV Chinese Carnival pada 29September 2012 (Sabtu) bermula jam 4.00 petang di Auto-City, Pulau Pinang.

“8TV Chinese Carnival kembali berkunjung ke tempat anda! Ini merupakan karnival yang diaturkan pihak 8TV sebagai salah satu tanda terima kasih kepada penonton setia 8TV!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

“Dendam Sarakit” Hantui Slot Seram TV3

Menyusuli “Waris”, slot Seram di TV3 bakal menyiarkan DENDAM SARAKIT yang membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fouziah Gous, Zain Hamid (Ruffedge), Sharifah Sakinah, Datin Noniswara, Namron, Adam Shah dan ramai lagi mulai 27 September, setiap hari Khamis jam 9.30 malam.

Drama bersiri 13 episod terbitan Wayang Tinggi Production mengisahkan cinta seorang isteri yang tidak kesampaian akibat dirogol dan dibunuh ketika suaminya pulang ke Kuala Lumpur melawat ibunya, Mariam selepas beberapa bulan mereka berkahwin. Walaupun hubungan cinta Rafiq dan Sarakit tidak direstui oleh ibu Rafiq, Mariam, mereka telah berjanji untuk hidup semati walaupun apa halangan yang datang. Rafiq bimbang dengan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua, jadi dia bergegas pulang tanpa menduga tragedi yang sudah menimpa ke atas Sarakit.