Future Music Festival Asia kembali pada tahun 2013 dengan nama-nama besar yang bakal mengegarkan seperti PSY,Fun,Rita Ora,The Prodigy,DJ Lagenda Armin Van Buuren’s dan ramai lagi. Ia bakal akan diadakan selama 2 hari iaitu 15 hingga 16 Mac 2013 dan lokasinya akan diberitahu kelak.
Pada 15 Mac 2013 Future Music mempersembahkan ‘A State of Trance 600: The Expedition World Tour’ yang bakal ketuai oleh Armin Van Buuren dan pada 16 Mac 2013 Future Music Festival Asia 2013 pula mengetengahkan artis ternama seperti PSY,Fun,Rita Ora,DJ Fresh Live,The Prodigy dan ramai lagi.
Ticket Types and Details:
Early Bird
(Limited number
of tickets only)
Pre-Sale
(For sale up till
14 March 2012)
At The Door
Weekend Pass (Two-day Access: March 15 & 16)
Entry into FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour and FMFA 2013
RM178
RM238
RM288
Single-Day Pass (One-day Access: March 15 ONLY)
Entry into FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour ONLY
RM138
RM158
RM188
Single-Day Pass (One-day Access: March 16 ONLY)
Entry into FMFA 2013 ONLY
RM138
RM158
RM188
VIP (Two-day Access: March 15 & 16)
Entry into FMFA 2013 presents ASOT 600: The Expedition World Tour and FMFA 2013
Priority VIP entry lane
Access into VIP marquees complete with private bars, couches, powder room, video feed of all stages and viewing decks
Dedicated VIP toilets
Access to designated VIP car parks
Complimentary drinks tickets, food discount vouchers and goody bags
N/A
RM388
RM388
** Tickets will be on sale from 16 November 2012 onwards at www.futuremusicfestival.asia and www.facebook.com/futuremusicasia. Tickets are also available for walk-in purchase at all Rock Corner and Victoria Music outlets. Future Music Festival Asia 2013 is opened to guests aged 18-years and older only. ID verifications will be carried out at the door. The venue for Future Music Festival Asia 2013 will be announced on www.futuremusicfestival.asia on 15 November 2012.
“Hello Malaysia! Apa khabar!, ucap Lee Seung Gi dengan teruja sebaik saja muncul ke tengah pentas tepat jam 8.30 malam. Hampir 1,000 orang peminat memenuhi Kenanga Wholesale City Mall untuk menyaksikan Tonight With Lee Seung Gi in Malaysia.
Segak bersut hitam, diiringi empat penari,Seung Gi mendendangkan lagu Age of Love.Acara diteruskan dengan sesi permainan-saat yang memang dinanti peminat. Mahu bukti sejauh mana kesetiaan peminat terhadapnya, Seung Gi memilih enam yang bertuah kemudian cabaran mereka menyanyikan lagunya.
Bersambung permainan, peminat semakin histeria apabila kali ini babak berbasikal (juga sepertimana dalam drama Brilliant Legacy) antara Seung Gi dan Han Hyu Joo ‘dibawa’ ke pentas. Sejurus itu, sekali lagi, dua peminat bertuah dipilih.
Permainan semakin menarik apabila kali ini Seung Gi menunggang basikal sambil dibonceng peminat. Berjanji akan kembali lagi ke sini, Seung Gi mengakhiri malam temujanji dengan mini konsert. Dia mengajak peminat menyanyi dan menari bersama sewaktu dipersembahkan lagu Aren’t we Friends, Will You Marry Me, Smile Boy, Let’s go on a vacation,Because You’re My Girl dan di akhiri dengan Slave.
Saluran Astro RIA telah menerbitkan sebuah lagi program berita hiburan tempatan serta antarabangsa terbaru yang padat dengan elemen komedi iaitu “MeleTOP”, menampilkan dua nama besar dalam industri hiburan tanah air, Nabil dan Neelofa.
“MeleTOP” bukan sahaja bakal memaparkan berita terkini hiburan tempatan dan antarabangsa merangkumi gosip, filem, muzik dan internet, malah akan turut memaparkan apa yang rancak diperkatakan di laman sosial seperti Twitter, Facebook, YouTube, Instagram, blog dan sebagainya.
Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Raqim Ahmad berkata, pihaknya ingin memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan program dengan pengisian segar dan terkini.
“Kami jelas tentang kecenderungan para penonton masa kini yang bukan hanya mahukan berita dan gosip hiburan tetapi merangkumi gaya hidup terkini, serta menerapkan elemen teknologi yang sesuai dengan perkembangan semasa dan lebih dekat dengan kehidupan mereka.
“Program ini bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program hiburan sedia ada. Contohnya, berita hangat ini akan juga disampaikan menerusi lakonan semula, sekadar untuk menjentik selebriti tentang isu hangat yang sedang diperkatakan.
Bercerita tentang pemilihan Nabil dan Neelofa pula, Raqim memberitahu ia amat tepat dengan konsep dan hala tuju program “MeleTOP” ini.
“Selain populariti dan pengalaman mengacara yang dimiliki mereka berdua pasti akan mewujudkan kolaborasi yang hebat walaupun ini merupakan kali pertama mereka digandingkan bersama. Namun keserasian mereka dapat dilihat dan mampu menonjolkan karakter serta kekuatan masing-masing.
“Kami yakin dengan gaya penyampaian yang santai dan elemen komedi yang diterapkan, “MeleTOP” mampu mendapat tarikan penggemar berita hiburan terus menonton,” jelasnya lagi.
“MeleTOP” bakal memaparkan tiga segmen utama iaitu Gosip MeleTOP yang memaparkan gosip terkini industri hiburan tanah air. Kedua adalah Carta MeleTOP yang dibawakan oleh Era.FM yang menampilkan carta-carta lagu terkini. Terakhir adalah Filem MeleTOP yang menampilkan carta filem terlaris di Malaysia serta sketsa parodi babak daripada filem pilihan.
“MeleTOP” bersiaran pada setiap hari Selasa, jam 10 malam bermula 30 Oktober 2012 yang lepas di Astro RIA (Saluran 104) dan Astro-On-The-Go.
Lynnzay Affandy yang pernah muncul dengan lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’ baru-baru ini telah pun meriliskan lagu terbaru ciptaannya sendiri bertajuk ‘ANGEL DUST’ yang berbahasa Inggeris bersama penyanyi hiphop underground yang di kenali sebagai
Tactmatic
Muzik video lagu ini di arahkan oleh Lynnzay dan produksinya sendiri.Selain tema percintaan yang bersesuaian dengan konsep lagu ini dengan lakonan ringkasnya bersama pengacara ‘Over The Top MBSB’ di TV3,Faisal Ariffin,Lynnzay juga ingin memberikan kelainan dalam muzik videonya dengan menekankan konsep ‘TIADA DISKRIMINASI’ untuk mereka yang berbakat dengan menggunakan penari bersaiz XL.
Tanpa ingin di bayangi konsep tipikal video muzik yang selalunya lebih cenderung kepada penggunaan penari seksi, Lynnzay dengan beraninya melakukan kerjasama bersama dua penari yang berbakat segar serta menggunakan khidmat mereka sebagai pereka tari yang amat meminati tarian berunsur K-POP.Lagu ini juga memperkenalkan gaya sebenar muzik Lynnzay dan kebolehan Lynnzay mencipta lagu sendiri kepada Malaysia.
Dan selepas ini,Lynnzay khabarnya akan sentiasa menerbitkan lagu-lagu hasil ciptaannya setiap 2-3 bulan untuk anda semua lebih mengenali dan mendekati Lynnzay.
Dengarkan ‘ANGEL DUST’ dan nantikan produk-produk Lynnzay yang bakal datang seterusnya.
Untuk maklumat lanjut dan info tentang Lynnzay, anda boleh layari laman Facebook di – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy atau pun Twitter : @LynnzayAffandy
Alhamdulillah dan tahniah dengan sekali lafaz pelakon Diana Danielle Benson,21 sah menjadi isteri kepada pelakon-pengarah Farid Kamil,31 sebentar tadi.Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Dato’ Dr. Zahari telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Haji Daim Jajuli iaitu Pegawai Tadbir Agama /Pendaftar Kanan Daerah Gombak. Majlis ijabkabul telah diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang.
Diana menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa helmet dan motor monster energy, senaskah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin.Manakala Farid pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, Majalah Polo, mini bike Kawasaki, sireh junjung dan bubble gum towel, manisan dan foto album daripada pihak pengantin perempuan.
Majlis pernikahan ini akan disiarkan secara live eksklusif di Astro Ria jam 9.00 malam, hari ini.Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan di pada 30 November 2012. Lokasi akan diberitahu kelak. Sementara majlis sambut menantu dijangka berlangsung pada 12 Disember, dikampung halaman Farid, Jitra, Kedah.
Pelakon : Daniel Craig, Javier Bardem, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Bérénice Marlohe, Ben Whishaw,Albert Finney dan Judi Dench.
Sinopsis
Menerusi filem aksi Skyfall, watak James Bond telah dikatakan hilang dan dianggap telah mati. Identiti untuk menjalankan segala aktiviti pengintipan ejen M16 juga telah dimusnahkan daripada data internet.
Menerusi insiden tersebut, pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah. Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu,Bond telah muncul secara tiba-tiba dan mereka telah berhubung secara rahsia.
Apakah akan berlaku antara Bond dan M selepas itu? Dapatkah mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?
Percintaan yang sentiasa mendapat perhatian bakal dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Setelah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil langkah untuk memeterai ikatan suci murni yang sah di hari bahagia mereka.
Bersempena dengan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Siaran selama 30 minit ini bakal memaparkan persediaan saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan Farid dan Diana dan paparan eksklusif sebelum dan selepas lafaz akad nikah.
Percintaan yang sentiasa mendapat perhatian bakal dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Setelah lebih empat tahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil langkah untuk memeterai ikatan suci murni yang sah di hari bahagia mereka.
Bersempena dengan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan ini, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Siaran selama 30 minit ini bakal memaparkan persediaan saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan Farid dan Diana dan paparan eksklusif sebelum dan selepas lafaz akad nikah.
Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi kebahagiaan kisah cinta Farid Kamil dan Diana Danielle bersama Astro Ria melalui liputan eksklusif perkahwinan pasangan ini pada hari Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam. Nantikan juga dua lagi episod dokumentari istimewa pada Disember ini, dibawakan khas untuk penonton Astro Ria (Saluran 104)!
Selepas Jangan Tidur Lagi dan BROS, malam Ahad para penonton akan terus diserikan dengan sebuah lagi program terbaru, “Tunggu Sekejap”, yang dihoskan oleh penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie mulai 11 November ini. “Tunggu Sekejap” merupakan programbual bicara variety yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan, VVIP dan ahli perniagaan.
Bersiaran selama 1 jam bermula 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam, “Tunggu Sekejap” merupakan pelengkap malam hujung minggu penonton dengan memuatkan 5 segmen menarik iaitu “Babak Ke Babak”, “Lawak Lawak”, “Aksi”, “Tiru Gaya Artis” dan “Karaoke Ligat”. Sesi rakaman “Tunggu Sekejap” diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dan turut menampilkan band Kristal sebagai pemuzik iringan untuk kesemua 13 episod.
Antara tetamu undangan yang akan bersama Awie di dalam “Tunggu Sekejap” ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi.
“Tunggu Sekejap” diterbitkan oleh Primeworks Studios yang diterajui oleh Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Zaini Saidi selaku Penerbit. Saksikan “Tunggu Sekejap” bersama hos, Awie, pada setiap hari Ahad jam 11.00 malam mulai 11 November ini di TV3. Selain itu, penonton mempunyai alternatif untuk menyaksikan “Tunggu Sekejap” menerusi laman sesawang www.tonton.com.my.
Single terbaru daripada Green Day yang berjudul ‘The Forgotten’ telah dijadikan lagu sountrack untuk filem Twilight – Breaking Dawn Part II. Video Klip lagu ini juga berlatar belakangkan filem ini.
Filem yg dibintangi oleh Robert Pattinson dan Kristen Stewart bakal menjengah ke pawagam pada 22 November 2012.
Kumpulan KPOP iaitu Nu’est dan Vixx bakal mengegarkan pentas Shout! Awards 2012 yang bakal diadakan di Surf Beach @Sunway Lagoon tepat jam 8.30 malam pada 23 November 2012.Ia akan disiarkan secara ekslusif di saluran hip 8TV. Ia ditaja oleh CANON dan YES serta Sunway Lagoon sebagai penaja lokasi.
Pengacara popular Henry Golding sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengacarakan anugerah berprestij ini. Henry tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani personaliti wanita yang cukup ‘hot’ Hannah Tan dan Razif Hashim, pengacara yang cukup terkenal dengan aksi spontan yang menghiburkan.Anda boleh mengundi artis kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT <jarak> <kod undian> dan hantarkan ke 33399. Pemenang akan dipilih menerusi undian SMS dan ‘online’ yang akan dibuka selama sebulan bermula 22 Oktober 2012 hingga 22 November 2012.
Nu’est
Majlis anugerah ini pastinya tidak meriah tanpa persembahan bertenaga dan kolaborasi menarik dari artis-artis dan band popular tempatan. Kini, kami ingin mengumumkan barisan artis yang bakalmembuat persembahan di Shout! Awards. Mereka yang bakal menggegarkan pentas adalah Yuna, Goldfish & Blink, Altimet, Ze!, Darren Ashley, Kyoto Protocol, Go Gerila!, Liyana Fizi, Run This, Diandra Arjunaidi, The Impatient Sisters dan ramai lagi.
Tahun ini juga Shout! Awards memberikan kelainan dengan mengadakan sebuah pentas khas iaitu ‘Discovery Stage’. Objektif ‘Discovery Stage’ yang diadakan buat julung-julung kalinya ini ialah untuk memberi platfom bagi bakat-bakat baru mempamerkan muzik masing-masing. Antara bakat-bakat kreatif yang bakal menghangatkan ‘Discovery Stage’ ialah Meliha Faisal, The Aggrobeats, Tres Empre, Man Under Zero Effort, Rosevelt, Wanted Symphony, DJ B!ng dan Salam Muzik.Ia juga akan diserikan dengan kehadiran artis-artis popular sebagai penyampai antaranya ialah Yuna, Jason Lo, Patricia K, Sazzy Falak, Reshmonu, Kimberly Legett, Serena C, Atilia, Sharifah Amani,Sharifah Aleya, Yasmin Hani, Bunkface, Marsha Milah Londoh,Amy Search, Rina Omar, Redza Minhat, Sara Ali, Izara Aishah, Siti Saleha, Farid Kamil, Joseph Germani, Jared (Grimm Films),Dan Khoo dan ramai lagi.
Vixx
Berbeza dari tahun sudah di mana pihak 8TV menampilkan artis Hollywood. Peka dengan fenomena K-Pop yang sedang melanda dunia, istimewa Shout! Awards edisi tahun ketiga kali ni, bakal menerbangkan bukan satu tapi dua kumpulan K-Pop sensasi iaitu NU’EST dan VIXX yang akan membuat persembahan secara live pada malam itu.
Bagi menghangatkan majlis ini, beberapa siri jelajah telah diatur dan sebagai pembuka tirai siri jelajah Shout! Awards akan diadakan pada 10 November 2012 di Berjaya Times Square Boulevard jam 5.00 hingga 6.00 petang. Siri jelajah ini akan diteruskan ke lokasi kedua pada hari yang sama di Laundry Bar, The Curve jam 9.00 hingga 10.00 malam. Selain dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular, anda juga berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket eksklusif ke malam kemuncak Shout! Awards.
Masih tidak puas? Temui arts-artis kesayangan anda di Sunway Giza Concourse Area pada 18 November 2012 jam 8.00 hingga 9.00 malam. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan pasukan 8Team atau menerusi laman sosial Facebook iaitu di ‘Facebook Fan Page’ dan menerusi Twitter di @theshoutawards.
Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas pada hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang.Selain itu anda juga boleh memenangi tiket-tiket eksklusif ini menerusi 8TV Quickie atau 8TV Nite Live.
‘Flower Power’ ialah single terbaru versi japan dari kumpulan kpop yang terkenal iaitu Girls’ Generation telah pun berada di Youtube pada 31 Oktober iaitu semalam.Manakala album ‘FLOWER POWER – Girls, Limited Edition’ pula akan berada di pasaran pada 21 November 2012 ini.
Terdapat 3 lagu di dalam album (format CD Maxi) tersebut iaitu Flower Power, Beep Beep dan Girls’ Generation II Smash-Up.
Pelakon : Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan
Sinopsis
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.