SO Staff

Kemeriahan Berganda Menerusi Sajian Koleksi Program “Terbaik Raya” Di TV3

 

credit photo to Lensaayid

Dalam tekun mengejar fadhilat Ramadan, tanpa disedari bulan Ramadan hampir melabuhkan tirainya dan Syawal pula menjelang tiba. Pastinya sambutan Syawal tidak lengkap tanpa sajian pelbagai program istimewa dan terkini seperti telemovie, filem, dramedi, muzikal, majalah & dokumentari termasuklah animasi di TV3. Bertemakan ‘Terbaik Raya’, tahun ini stesen televisyen no.1 Negara meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik yang bakal disiarkan sepanjang sambutan Hari Raya bermula 18hb hingga 26hb Ogos, 2012.

Berikut ialah program-program istimewa di TV3 sempena Aidilfitri :-

TERBAIK FILEM, MINGGU PERTAMA RAYA, 9.00 MALAM

Mael Lambong

Mael Lambong merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Namun, semuanya berubah apabila Maria telah menemui Mael Lambong dan menyuruhnya menyelamatkan dirinya yang dikejar penjahat. Pelarian mereka telah membawa mereka ke negeri Terengganu di mana terletaknya kampung asal Mael Lambong yang ditinggalkan sekian lama kerana merajuk. Mael Lambong bertemu kembali dengan kekasih lamanya, Rozie dan tunang Rozie, Tiger.  Sementara itu, penjahat yang mengejar Maria berjaya menjejaki mereka. Dua perisik telah datang dari Kuala Lumpur dan menerangkan hal sebenar kepada Mael Lambong. Apakah yang mereka mahukan daripada Maria?

Pelakon: Zizan Razak, Juliana Evans, Shenty Feliziana, Taiyuddin Bakar.

Jangan Pandang-Pandang

Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan. Namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha. Marsha seorang gadis gothik yang penuh misteri. Tiba di jeti Tasik Kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.

Pelakon: Zizan Razak, Sara Ali, Nas – T, Anith Aqilah, Miera Liyana, Azhar Sulaiman, Jaafar Onn, Erynn Malek, Taiyuddin Bakar

RA. One (Filem Hindi)

Filem fiksyen Sains mengisahkan tentang permainan video yang dicipta oleh Shekhar Subramaniam (Shah Rukh Khan) dengan menggunakan teknologi terbaru syarikatnya yang boleh memindahkan subjek dalam dunia digital ke dunia sebenar. Shekhar mengambil idea anaknya, Prateek bahawa watak antagonis lebih berkuasa daripada pratagonis. Watak G.One yang diciptakan dengan ilham rupa Shekhar mempunyai pesaingnya yang hebat, Ra.One, watak antagonis yang hanya boleh dikalahkan di paras yang lebih tinggi. Permainan video tersebut bukan sahaja mendapat sambutan hebat daripada pasaran malah anak Shekhar, Prateek juga menganggap ayahnya sebagai seorang hero. Kebijaksanaan Prateek untuk mengalahkan Ra.One telah menimbulkan kemarahannya untuk menceroboh ke dunia sebenar. Shekhar berusaha untuk melindungi ahli keluarga dan berdepan dengan Ra.One. Malangnya, Shekhar dibunuh. Dengan bantuan rakan kerja Shekhar, Preateek telah memindahkan Ga.One ke dunia ini untuk menumpaskan Ra.One. Berjayakah mereka?

Pelakon: Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Armaan Verma, Tom Wu, Shahana Goswami, Arjun Rampal

Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan Asmat, Pak Mor terus berusaha untuk memperhebatkan ilmu yang ada padanya. Apa yang mereka tidak tahu ialah Pak Mor sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat dengan Mustika untuk mengambil semua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya untuk tujuan kekal muda selama-lamanya. Punai dan Asmat cuba menggagalkan rancangan mereka. Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai dan Asmat. Akhirnya, Punai dan Asmat melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan daripada seorang bomoh, Wak Ketari.

Pelakon: Mazlan Ahmad, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Pak Pie, Bob Kuman, Nora Danish, Ruminah Sidek, Ebby Yus, dan Wangi The Fabulous Cat

Hikayat Merong Mahawangsa

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Pelakon: Stephen Rahman Hughes, Dato’ Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Nellie Ng, Datin Paduka Umie Aida, Maya Karin, Acong, Mano Maniam, Sufian Mohamed.

Apa Celop Raya

Apa Celop Raya’ merupakan kesinambungan daripada drama bersiri ‘Apa Celop’. Mengisahkan tentang tiga pasangan iaitu Aman dan Julia, Sawi dan Munirah serta Mako dan Sofia yang bakal menyambut Hari Raya Puasa sebagai suami isteri untuk tahun pertama. Malah, isteri mereka juga sedang saratmengandungkan anak sulung. Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, mereka berdepan dengan masalah kewangan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Puasa yang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Mereka merancang untuk menyambut hari raya di kampung Aman bersama-sama dengan ibu bapa Aman. Masalah kewangan Sawi dan Aman berpunca daripada kemerosotan bisnes penghantaran makanan pada bulan Ramadan sementara Mako berdepan dengan persaingan bengkel motor baru yang jauh lebih canggih. Permohonan pinjaman bank untuk membeli kereta pasti ditolak oleh pihak bank. Dalam kerumitan memikirkan masalah kewangan, Aman, Sawi dan Mako telah bertemu dengan seorang gadis kilang, Izara beberapa hari sebelum Hari Raya. Izara menjadi mangsa mat rempit. Untuk menyelamatkan Izara, Aman terpaksa berlumba dengan raja rempit baru, Rudy, di Kuala Lumpur. Apakah yang akan berlaku nanti?

Pelakon: Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabila, Azad Jasmin, Shenty Feliziana, Puteri Sarah, Amran Ismail

Vanila Coklat Raya

Zara dan Aamir bergaduh lagi selepas pulang dari bulan madu mereka yang ketiga kerana persoalan yang ditimbulkan Aamir kepada Zara mengenai keengganan Zara untuk mengandung. Zara belum bersedia dan merajuk kerana dia merasakan Aamir tidak faham akan keadaannya. Perubahan sikap Aamir telah menimbulkan kesangsian rakan-rakan Izara bahawa Aamir ada teman wanita lain. Mereka mencadangkan Zara untuk mengubah penampilan diri daripada seorang yang kasar kepada lemah lembut. Kesibukan Aamir yang sedang menjalankan latihan pratikal di sebuah majalah sebagai jurufoto telah mengabaikan Zara dan memberi peluang kepada Kamal untuk menambat semula hati Zara. Pada masa yang sama, Liya muncul secara tiba-tiba dan secara kebetulan dia menjadi model sambilan untuk majalah yang Aamir berkerja.

Pelakon: Izara Aishah, Aiman Redza, Nabila Daly dan Iqram Dinzly

TERBAIK HIBURAN

Sampaikan Raya 2012 – Menjelang Raya, 11.00 malam – 1.25 pagi ( sambung selepas Nightline)

Program istimewa berbentuk hiburan berinteraktif menjelang Hari Raya ini memaparkan ucapan dan pesanan musim perayaan diselangi dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis popular tanahair seperti Ziana Zain, Ramlah Ram, Sleek, Hazama, Zamani, Sharifah Zarina dan Awi Rafael. Dihoskan oleh Zizan Razak dan Neelofa.

Melodi Raya, Raya Pertama & Kelapan, 12.30 tengahari – 1.30 tengahari

Saban tahun, Melodi Raya mengadakan rumah terbuka gilang- gemilang di lokasi terkemuka. Tahun ini, konsep Melodi Raya Episod 1 ‘pecah tradisi’ dengan menghimpunkan beberapa pelakon dan pelawak terkenal untuk melakonkan sketsa-sketsa pendek, berceloteh mengenai cerita-cerita sensasi, kontroversi dan panas yang berlaku dalam persada hiburan tempatan. Selebriti yang beraksi di samping pengacara Melodi Zizan Razak dan Awal Ashaari ialah Afdlin Shauki, Adibah Noor, Saiful Apek, Noorkhiriah, Ifa Radziah, Enot dan Tauke. Untuk episod ke-2 yang akan bersiaran pada Raya Kelapan pula, Melodi Raya menggandingkan Zizan Razak, Awal Ashaari dengan pengacara yang cukup hebat, Raja Azura.

Dialah Juara, Raya Pertama (19 Ogos, Ahad), 6.00 petang

Program realiti hiburan menggandingkan Hafiz, Fara Fauzana, Black dan Shila Amzah untuk merebut gelaran juara. Dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI), mereka perlu melepasi 4 halangan iaitu melakukan bungy jump sambil memegang dan menggigit belon; go-kart; cabaran ais pantai dimana para peserta akan diuji ketahanan daya tubuh badan terhadap ais serta segmen terakhir ’Ayam Oh Ayam’ yang memerlukan mereka menangkap seberapa banyak ayam dalam masa 5 minit.

Ziana, Amy, Erra, Raya Pertama (19 Ogos, Ahad), 11.00 malam – 12.00 tengah malam

Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira, 3 nama besar yang telah menyinari pentas seni tanahair melebihi dua dekad digandingkan dalam sebuah program hiburan istimewa Hari Raya, “ZIANA, AMY & ERRA”. Selain berhibur dengan persembahan mantap daripada Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira, program muzikal Raya ini turut menampilkan artis popular seperti Jaclyn Victor, Ezlynn dan Azlan The Typewriter serta segmen ‘gameshow’ yang penuh dengan kejutan.

Bola Pun Raya, Raya Kedua (20 Ogos, Isnin), 11.00 malam – 12.00 tengah malam

Bagaimanakah sambutan Hari Raya di kalangan pemain bola sepak negara seperti Khairul Fahmi, Zamir Selamat, Farizal Marias, Hafiz Zanini, Zaiza Zainal Abidin dan Fakhri Zarini? Apakah mereka masih berlatih ataupun bertanding di padang bola sepak? Selepas memikul tanggungjawab sebagai pemain bola sepak secara profesional, apakah mereka masih dapat menyambut Hari Raya seperti orang biasa?

Irama, Raya Ketiga (21 Ogos, Selasa), 6.00 petang – 7.00 malam

Menampilkan generasi baru popular yang mempunyai kehebatan vokal dari pelbagai genre lagu, ‘IRAMA’ mempamerkan kehebatan Hazama, Alyah, Tomok, Awi Rafael dan Asmidar mendendangkan pelbagai rentak lagu bekonsep Irama Malaysia dengan cara mereka tersendiri. Dihoskan oleh Nora Danish.

Mentor Raya, Raya Kelapan (26 Ogos, Ahad), 9.00 malam – 10.00 malam

Tidak lengkap rasanya sambutan hari lebaran tanpa seloka Mentor Raya. Salah satu sajian menarik di TV3 yang dinanti saban tahun, Mentor Raya meneruskan lagi tradisinya dengan menemukan kembali semua barisan mentor dan protege musim keenam setelah hampir dua bulan program realiti ini melabuhkan tirainya.  Saksikan persembahan dan aksi spontan Ella & Caroline, Fauziah Ahmad Daud & Zatul, Faizal Tahir & Anas, Ramlah Ram & Ana Syuhada, Ferhad & Tisha serta Adam & KJ yang pasti mencuit hati!

TERBAIK DRAMEDI / variasi

Sebelum Raya, Menjelang Raya (18 Ogos, Sabtu), 6.00 petang – 7.00 petang

Mengisahkan tentang masalah sepasang suami isteri, Jeff dan Nana apabila syarikat Jeff telah muflis dan duit simpanan mereka telah ditipu oleh satu skim cepat kaya. Jeff bukan sahaja kehilangan kerja tetapi juga tidak mmepunyai wang untuk beraya. Nana seorang yang materialistik telah menghebohkan berita kenaikan pangkat Jeff kepada ibu bapanya dan berjanji akan menukarkan segala benda di rumah mereka kepada yang baru. Kereta dan barang-barang mereka  yang dibeli secara ansuran juga ditarik balik. Mcam-macam kerja sudah dilakukan oleh Jeff tetapi semuanya tidak kekal sebab Nana malu jika suaminya terserempak dengan kwan-kawannya. Dalam keadaan yang terdesak, Nana mencadangkan untuk merompak rumah kawannya.

Pelakon: Jepp Sepah, Almy Nadia, Ilya Buang, Aznah Hamid, Watie Elite dan Joey.

 Dua Dalam Satu, Raya Pertama (19 Ogos, Ahad),  11.30 pagi – 12.30 tengahari

Ham, bercinta dengan seorang gadis biasa, Mia. Percintaan mereka mendapat tentangan dari ibu bapa Ham, Tan Sri Zahari dan Puan Sri Rohaya yang lebih mementingkan darjat. Mereka ingin mengahwinkan Ham dengan Kat, adik orang kanan Tan Sri iaitu Datuk Jamil. Ham tidak bersetuju tetapi Tan Sri Zahari dan Puan Sri Rohaya tetap dengan keputusan mereka. Tan Sri Zahari mengupah seorang perunding, Ritz untuk menguruskan rumah terbuka di rumahnya sempena Hari Raya. Tarikh yang dicadangkan oleh Tan Sri ialah seminggu selepas hari raya Aidilfitri kerana Tan Sri Zahari dan Puan Sri Rohaya ingin bercuti  keluar negara pada hari raya tersebut. Apabila mengetahui cadangan ayahnya, Ham telah merancang untuk melangsung perkahwinannya pada hari yang sama.

Pelakon: Anas Ridzuan (Mentor 6), Anzalna Nasir, Akim, Arash Mohd, Amyza Adnan, Shamsul Ghau Ghau, Ika Nabila, Jalil Hamid.

48 Jam, Raya Kedua (20 Ogos, Isnin), 6.00 petang – 7.00 petang

Azman yang terlalu sibuk dengan kerja telah didesak oleh orang tuanya, Datuk Jalal dan Datin Sarimah supaya mencari calon isteri dalam sebulan iaitu sebelum Hari Raya. Jika tidak, ibu Azman akan dijodohkan dengan calon pilihan mereka. Seminggu sebelum raya, Azman pergi ke Kedah atas urusan kerja. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Azman telah memilih untuk mengikut jalan kampung. Tiba di Alor Star, Rosa telah menyelinap masuk ke dalam keretanya. Rosa melarikan diri dari kampungnya kerana tidak bersetuju dengan cadangan keluarganya untuk mengahwinkannya kepada seorang duda. Walaupun sering bertengkar dalam perjalanan dan macam-macam masalah yang merumitkan keadaan, Azman dan Rosa yang melarikan diri daripada keluarga atas soal jodoh telah menemui jodoh mereka tanpa disedari. Pelakon: Adi Shaflin, Hanez Suraya, Roy Azman, Ifa Radziah, Harun Salim Bachik. Fadilah Mansor, Abon.

 Senario Sayang Ayah, Raya Ketiga (21 Ogos, Selasa), 11.00 malam – 12.00 tengahmalam

Wahid sedang bermain dengan anaknya sambil diperhatikan isterinya. Mereka sedang bergembira bersama saudara masa di pagi raya. 50 tahun telah berlalu, kini Wahid berumur 70 tahun. Isternya sudah meninggal dunia dan hanya anak tunggal lelakinya, Zulkifli Azari (Ijoy) yang menemaninya. Namun, Ijoy yang takut dengan isterinya, Shahora terpaksa akur dengan cadangannya untuk menghantar Wahid ke rumah orang tua. Walaupun Wahid mempunyai Azli dan Lan Pet Pet yang sentiasa cuba menceriakannya di sana, Wahid masih sugul dan muram. Dia masih keliru dan tidak dapat menerima kenyataan. Segala kasih sayang, ilmu dunia dan akhirat dicurahkan kepada anaknya. Wahid semakin uzur dan mengharapkan kunjungan daripada anaknya menjelang Hari Raya.

Pelakon: Wahid, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Sharifah Shahora, Zulkifli Azari (Ijoy), Ridzuan Hashim, Noor Zaimiellia, Ahmad Hamdan, Zulkifli Daud.

Buletin Cinta, Raya Keenam (24 Ogos, Jumaat), 9.00 malam – 10.00 malam

Buletin Cinta membicarakan apa sahaja isu yang berkaitan dengan cinta bersama HOST dan DOKTOR LOVE yang dipersembahkan secara komedi. Topik-topik yang dibincangkan termasuk ‘kenapa mereka jatuh cinta’, ‘apa rasanya bila jatuh cinta’ dan ‘jatuh cinta pandang pertama’.

Pelakon: Saiful Apek, Jepp Sepah, Sharifah Shahira, Siti Sarah Raisuddin, Yassin Senario, Taiyuddin, Ropi Cecupak, Shuib Sepah dan Zazleen Zulkifli

TERBAIK TELEFILEM

From London With Almond, Raya Pertama (19 Ogos, Ahad), 4.00 petang – 6.00 petang

Sabariah bertekad untuk tidak berkahwin kerana ingin menjaga ayahnya, Pak Sabar setelah kematian ibunya. Adiknya, Sabrina telah berkahwin dengan orang London dan terus menetap di sana. Selepas kahwin, Sabrina belum pernah pulang untuk beraya. Akhirnya, Sabariah berjaya memujuk Sabrina untuk pulang beraya di kampung bersama suaminya, Amar dan mak mertuanya, Maria. Sabariah risau apabila mengetahui adiknya masih belum mempunyai zuriat walaupun sudah tiga tahun berkahwin. Sabrina pula memujuk Sabariah supaya menerima cinta untuk kebaikan dirinya. Sebenarnya dalam diam, Sabariah menyintai seseorang tetapi dipendamkan sahaja. Amar pula terkejut apabila Sabrina menyatakan ingin

berubat cara kampung untuk mendapat zuriat. Amar turutkan sahaja permintaan isterinya kerana dia tahu dirinya sebenarnya mandul. Amar takut untuk berterus terang kerana dia bimbang Sabrina akan meninggalkannnya. Rahsia tersebut terus disimpan kerana masing-masing ingin terus kekal bersama. Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan itu mereka sama-sama memanjatkan doa moga dimurahkan rezeki dan ada sinar baru yang akan menerangi kehidupan mereka.

Pelakon: Lisdawati, Miera Liyana, Josiah Hogan, Dato’ Rahim Razali

Nur Ramadan, Raya Kedua (20 Ogos, Isnin), 9.30 pagi – 11.30 pagi

Nur seorang kanak-kanak cilik yang periang, rajin, berdikari dan pandai mengambil hati orang sekelilingnya. Nur telah dibawa tinggal di bandar bersama dengan ibunya, Syakilla (Killa) dan bapa tirinya, Latif setelah kematian neneknya seminggu sebelum puasa. Namun kehadiran Nur tidak disenangi oleh Latif kerana dia tidak mahu kasih sayangnya berbahagi dengan anak tirinya yang dianggap sebagai orang asing. Sikap dingin yang ditunjukkan Latif mengguris hati Killa yang sedang sarat mengandung tetapi dia serba salah antara anak dan suami. Nur sangat rapat dengan jiran sebelah rumahnya, Opah Mami. Opah Mami juga menjadi tempat Nur meluahkan perasaannya. Malah Opah Mami sering mengajar Nur membaca zikir Ya Latif (Yang Maha Lembut) dan berdoa supaya ayah tirinya lembut hati. Apakah Latif akan membuka hati untuk menyayangi Nur?

Pelakon: Fauzi Nawawi, Fouziah Gous, Adik Balkis, Normah Damanhuri, Maimon Mutalib

Muat Tak Muat, Raya Kedua (20 Ogos, Isnin), 4.00 petang – 6.00 petang

Maisarah cukup terkenal dengan sikap kedekutnya. Bukan sahaja dengan rakan-rakan tetapi dia turut kedekut dengan keluarganya sendiri. Maisarah bekerja di kilang tetapi dalam masa yang sama dia turut melakukan pelbagai perniagaan seperti menjual kain batik, gincu, minyak wangi tiruan, cincin dan gelang. Walaupun pelanggannya boleh bayar dua kali, tetapi harga yang diletakkan sangat tinggi. Hamid menaruh perasaan terhadap Hamid tetapi Maisarah tidak berminat terhadapnya. Namun, mendengar sahaja Hamid mahu belanja, Maisarah tidak menolak. Maisarah langsung tidak membelikan baju raya untuk adik dan ibunya malah menempah 8 pasang baju untuk dirinya. Namun baju yang diidamkan tidak seperti yang diharapkan. Pelanggan yang membeli barangan Maisarah meminta dia memulangkan wang kerana barangan yang dijual tidak berkualiti. Adakah akhirnya Maisarah akan berubah?

Pelakon: Izreen Azminda, Fizo Omar, Ika Nabila, Fauziah Nawi, Shafie Naswip

Fatihah Untuk Abah, Raya Ketiga (21 Ogos, Selasa), 9.30 pagi – 11.30 pagi

Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakannya, Samad dan Gusdar. Selain itu, Dollah juga sering mendapat perhatian daripada penjaga kantin bernama Ani yang sering menyimpan makanan kegemaran Dollah. Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis, Fatihah, anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Keluarga isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya dan Fatihah yang ketika itu masih bayi kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Dollah terkejut apabila Fatihah memberitahu ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu.  Dollah berasa segan untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehidupan Dollah menjadi ceria dengan kehadiran Fatiha namun saat-saat bahagia tidak berpanjangan kerana Dollah sebenarnya telah menyimpan satu rahsia.

Pelakon: Faizal Hussein, Sharifah Amani, Amyza Adnan, Azhan Rani, Shafie Naswip

Takbir Along Untuk Angah, Raya Ketiga (21 Ogos, Selasa), 4.00 petang – 6.00 petang

Amir (Along) dan Amri (Angah) tinggal bersama nenek mereka, Normah di Kuala Lumpur selepas kematian ayahnya, Saiful. Ibu mereka, Hayati terpaksa berkorban demi pelajaran mereka. Normah bijak memujuk Along dan Angah bahawa mereka akan pulang ke kampung pada Hari Raya Puasa nanti. Hayati hidup dalam kerinduan terkenangkan anak-anaknya. Dia semakin tertekan apabila hasil getah di kebun telah dicuri. Sementara itu, kehidupan Along dan Angah pada awalnya sangat ceria dan dilayan baik oleh Normah. Namun segalanya berubah semenjak kepulangan anak bongsu Normah iaitu Azura yang baru bercerai dengan suaminya. Azura sememangnya tidak menyukai Along dan Angah kerana dari dulu dia tidak sukakan Hayati yang berkerja di kelab malam. Malah, dia juga khuatir harta pusaka ibunya akan jatuh ke tangan dua beradik itu. Telahannya benar apabila harta pusaka dibahagikan kepada mereka. Azura mengambil tindakan drastik. Bagaimanakah kesudahan kisah dua beradik ini?

Pelakon: Eja, Aida Khaleeda, Jue Aziz, Adik Naim Daniel, Adik Farah Nadiah

Di Bawah Langitmu, Raya Keempat (22 Ogos, Rabu) , 4.00 petang – 6.00 petang

Annur merupakan gadis yang menjadi igauan hampir setiap anak muda dalam kampung itu. Dia merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid pada Aidilfitri yang bakal menjelang. Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Sikapnya yang panas baran dan kaki pukul membuatkan pinangannya ditolak oleh keluarga Annur. Yazid yang berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat. Keluarga Annur menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung. Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari. Mampukah percintaan mereka menemui kebahagiaan hingga ke akhirnya?

Pelakon: Nora Danish, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Ako Mustafa, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Zaidi Omar

Sabar Tak Sabar, Raya Kelima (23 Ogos, Khamis), 4.00 petang – 6.00 petang

Salman berkerja di kedai jahit Sabariah. Namun dia sudah letih dengan tempahan yang begitu banyak dan sikap majikannya yang suka mengambil banyak tempahan walaupun tahu tidak mampu untuk menyiapkannya. Kebetulan pula teman serumahnya , Shahrukh mahu membuka tapak menjual karpet di uptown. Salman berhenti kerja dan mahu berkerja bersama Shahrukh. Salman begitu teruja apatah lagi jiran sebelah tapaknya itu ialah janda muda yang cantik bernama Farhana. Namun, Salman mendapat saingan daripada Asri yang berniaga jeans di hadapan tapak jualan Farhana. Asri memang menyukai Farhana sejak dua tahun yang lalu tetapi tidak dilayan oleh Farhana yang sememangnya sukakan bangsa asing. Saksikan telatah mereka yang penuh ragam menghiburkan..

Pelakon: Remy Ishak, Aqasha, Tizz Zaqyah, Indra Hafiz, Norehan Yakob

Perempuan Tanpa Rahim, Raya Ketujuh (25 Ogos, Sabtu), 5.00 petang – 7.00 petang

Sejarah hitam pernah dirogol ketika usianya 26 tahun menghantui Kamariah sehinggalah ke usia tuanya. Sewaktu kejadian berlaku Kamariah telah diselamatkan oleh Malim. Malim telah menaruh hati dan berhasrat untuk memperisterikan Kamariah sedangkan Malim sudah pun mempunyai isteri. Mereka membuat pengakuan kepada orang tua masing-masing bahawa mereka keterlanjuran. Isteri Malim, Fatimah telah meminta cerai kepada Malim kerana malu dengan perbuatan suaminya. Kamariah pula ingin gugurkan kandungannya tetapi dihalang Malim sehinggalah bayi tersebut dilahirkan dan diberi nama Syahidah. Kewujudan Syahidah telah menimbulkan rasa benci Kamariah kepada anaknya itu. Disebabkan peristiwa hitam itu juga Kamariah tidak dapat memaafkan dirinya malah dia turut memusnahkan hubungan kasih sayang anak-anaknya sendiri.

Pelakon: Eja, Normah Damanhuri, Putri Mardiana, Harun Salim Bachik, Faiz Fadzil, Razali Husain, Azhan Rani, Khatijah Tan.

Lepas Raya Harap Balas, Raya Ketujuh (25 Ogos, Sabtu), 10.00 malam – 12.00 tengahmalam

Kak Jemah, seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan, Aspalela (7 tahun) yang suka melaram. Tiga  hari sebelum raya, Malik sekeluarga terpaksa pulang ke kampung kerana neneknya meninggal dunia. Anak Malik, Syawal (9 tahun) tertarik dengan Aspalela. Bermulalah episode romantis antara Syawal dan Aspalela yang sering berbalas pantun. Bukan sahaja Syawal yang terkesima, malah hati Malik juga goyah tatkala melihat Kak Jemah. Hubungan Syawal dan Aspalela terputus selepas mereka pulang ke Kuala Lumpur. Selepas 13 tahun, ramai pemuda kampung yang masuk meminang tetapi Aspalela menolak dengan alasan hatinya sudah dimiliki. Tambahan pula, Aspalela gembira dengan berita kepulangan pakcik Malik dan keluarganya yang akan pulang ke kampung. Namun, Syawal baru tamat pengajian di UK dan sudah bertunang dengan Jac. Sikap kebaratan Jac tidak disenangi oleh Malik dan Ku Yam. Oleh itu, mereka cuba untuk menyatukan kembali cinta monyet antara Syawal dan Aspalela. Masihkah ada harapan bagi Aspalela untuk memiliki cinta Syawal setelah sekian lama tidak berhubung? Pelakon: Izzue Islam, Nur Fathia, Tasha Aziz, Rozita Che Wan, Cha Cha.

Pelita Buluh Tok Wan, Raya Kelapan (26 Ogos, Ahad), 5.00 petang – 7.00 petang

Keakraban Tok Wan dengan anak-anaknya iaitu Azman dan Azimah kekal hingga mereka berkahwin dan masing-masing mempunyai anak. Azman kini tinggal di Kuala Lumpur dan kehidupannya sangat selesa. Azimah kurang berjaya dalam pelajaran malah dia juga seorang yang lurus bendul. Azimah bertemu jodoh dengan bekas anak murid Tok Wan iaitu Razak dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Syakir. Ketika pulang dari pekan Azimah dan Razak terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

Sejak itu, Syakir telah dijaga oleh Tok dan Tok Wan ketika usianya tujuh tahun lagi. Hakikatnya, setahun sebelum kematian Azimah lagi hubungan Tok Wan sekeluarga telah berubah. Hal tersebut terjadi ketika Azman terdengar perbualan antara Tok Wan dan Tok mengenai pertukaran nama dan geran rumah ke atas nama Azimah. Azman tidak berpuas hati, kerana dia merasakan haknya sebagai anak sulung telah dinafikan sehingga berlaku perang besar antara, Tok Wan, Tok dan Azimah. Akhirnya, Azman membawa keluarganya pulang ke Kuala Lumpur dan tidak pulang ke kampung lagi.

Pelakon: Dato’ Ahmad Tarmimi, Vanida Imran, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Siti Saleha, Fadhilah 

Himpunan 104 Buah Program Di 9 Buah Saluran ASTRO Terpilih Sempena Aidilfitri!

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa khusus buat tontonan semua. Membawa tema Eratkan Jalinan, sebanyak 104 buah program menarik termasuk 46 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian sembilan buah saluran Melayu Astro yang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

ASTRO RIA (SALURAN 104)

[Filem] KL Gangster

Sabtu, 18 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Syamsul Yusoff, Aaron Aziz, Adi Putra

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

[Hiburan] Mega Raya 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012, 11.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Barisan selebriti: Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Scha Alyahya, Elfira Loy, Kumpulan Shiro, Shahir, Hazama, Hafiz, Ebi, Chaq, Stacy, Akim, Adira, Aril, Shila Amzah, Kumpulan Kristal

Menyambung tradisi raya saban tahun, Megaraya 2012 menampilkan artis ekslusif Astro dan Mania bergabung dalam sebuah rancangan hiburan popular untuk Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi dan menyelitkan nyanyian, ucapan raya dan juga permainan yang menghiburkan. Pelbagai lagat artis dapat dilihat di dalam program ini.

[Filem] Khurafat

Ahad, 19 Ogos 2012, 12.30 pagi

Barisan pelakon: Syamsul Yusoff, Liyana Jasmay

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan.

[Hiburan] Propaganza Edisi Raya 

Ahad, 19 & 26 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 2 episod

Hos: Reza Mohamad, Marsha Milan

Reza dan Marsha kembali raya ini untuk mengamatkan keadaan di dalam suasana berbeza untuk temubual ekslusif bersama artis jemputan membicarakan perihal artis tempatan di hari Raya. Gabungan cerita yang menarik akan disiarkan untuk tatapan peminat industri seni tempatan.

[Muzikal] K-POPnya Raya

Ahad, 19 Ogos 2012, 1.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Artis: Stacy, Adam AF, Kumpulan K-POP Malaysia

K-POPnya Raya merupakan sebuah rancangan muzikal tarian berbeza yang buat pertama kalinya di hoskan dalam dwi bahasa oleh hos Syakirin Husnal dengan menggunakan bahasa Korea dan Malaysia. Ia akan menampilkan selebriti-selebriti menari dan menyanyi kepada lagu-lagu raya yang diberi nafas baru.

[Realiti] Aaron & Zizan…Beraya Sampai Pengsan!

Ahad, 19 Ogos 2012, 4.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: Aaron Aziz, Zizan Razak, Shila Amzah

Sebuah program raya yang bakal memberikan kejutan kepada para peminat yang sangat fanatik kepada ketiga-tiga artis ini. Keadaan menjadi huru hara apabila mereka membuat gimik mengenakan peminat dengan pelbagai cara penyamaran sebelum mengaku diri mereka sendiri.Aksi dan gelagat peminat tersebut akan dirakamkan secara rahsia.

[Realiti] Ketupat Drop

Ahad, 19 Ogos 2012, 5.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: Karl Shafek, Scha Al Yahya

Ketupat siapakah yang bakal gugur raya ini? Ketupat Drop merupakan sebuah rancangan permainan hiburan sempena Aidilfitri membariskan peserta peserta terpilih untuk bermain pelbagai permainan berkaitan dengan perayaan Aidlfitri dalam masa yang di tetapkan. Pelbagai gelagat lucu peserta dapat dilihat sempena permainan ini.

[Realiti] Stailista Aidilfitri

19 – 21 Ogos 2012, 7.00 malam

Durasi: 30 minit x 3 episod

Artis: Que Haidar & Linda Jasmine, Didie Alias dan anak anak, Elfira Loy & adik beradik, Najwa Latif & adik beradik, Tomok dan anak, Siti Sarah dan keluarga

Rancangan ini membawa penonton untuk lebih dekat dengan selebriti kesayangan mereka dan keluarga mereka bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan fesyen-fesyen yang terkini. Siapakah yang bakal memberi sentuhan gaya yang terbaik di musim perayaan ini? Saksikan Stailista Aidilfitri.

[Telefilem] Takde Lembu Takde Raya

Ahad, 19 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Azlee Senario,Lan Zailan,Mie Raja Lawak,Epy RL & Gbob RL,Fadzil Zahari & Mon Ryanti

Mengisahkan tentang seekor lembu yang istimewa milik Pak Salih. Menurut Pak Salih, dia  ingin sembelihkan lembunya itu untuk dihidangkan kepada YB yang akan datang ke kampung mereka pada hari raya ketiga.  Pagi sehari sebelum raya tiba-tiba kampung itu digemparkan oleh kehilangan lembu Pak Salih itu. 

[Realiti] Helo Bro..Tolong Masak Raya Ni!

Isnin, 20 Ogos 2012, 1.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Barisan selebriti: Nik Michael, Zamir, Fikree, Dr. Ezani, Dato’ Fazley, Hazama, Lufya AF

Kemuncak siri ini di Aidilfitri, Helo Bro..Tolong Masak Raya Ni! Menampilkan 3 jejaka hebat di dapur- Nik Michael, Zamir dan Fikree bakal bergotong royong bersama rakan-rakan chef selebriti dan artis jemputan untuk menganjurkan majlis hari raya untuk mereka yang serba kekurangan untuk berkongsi kegembiraan di samping bertujuan untuk mengagihkan dana “Duit Raya” yang telah dikumpul hasil dari sumbangan para artis yang menempah makanan di sepanjang bulan puasa.

[Realiti] Nusantara Raya Safee Sali

Isnin,  20 Ogos 2012, 6.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Selebriti: Gambit Saifullah, Khairul Fahmi Che Mat, Safee Sali

Gambit Saifullah, pelakon tanah air dan Khairul Fahmi Mat, penjaga gol kebangsaan bertandang ke Indonesia untuk bertemu Safee Sali di kelab bola sepak Pelita Jaya untuk menyambut lebaran di sana.

[Telefilem] Apa Dah Jadi!

Isnin, 20 Ogos 2012, 10.00 pagi

Barisan pelakon: Farid Kamil, Intan Ladyana

Rita dan Raihan, sepasang suami isteri pulang ke kampong semasa hari raya.  Satu pagi semasa pulang dari pasar, mereka berbual di dalam kereta. Perbualan mereka lebih tertumpu kepada satu perkara iaitu siapa lebih teruk bekerja untuk membuat persiapan hari raya samada lelaki atau wanita. Perbualan yang pada mulanya biasa, tiba-tiba bertukar menjadi pertengkaran kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Rita dan Raihan berpendapat alangkah bagusnya kalau mereka dapat seketika bertukar di mana Rita dapat menjadi Raihan dan sebaliknya.

[Filem] Hikayat Merong Mahawangsa

Isnin, 20 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Stephen Rahman Hughes, Dato Rahim Razali

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

[Komedi] Opocot  Latahnya Raya 2

Selasa, 21 Ogos 2012, 1.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: AC Mizal

Peserta: Noor Khiriah,Bell Ngasri,Zizie Fabulous Cat, Zazlin Zulkifli, Dira Abu Zahar, Ucop Cecupak, Azri AF, Ida Moein

Rancangan permainan istimewa yang menampilkan selebriti-selebriti yang melatah. Selebriti-selebriti ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang wanita. Rancangan yang meriah ini dihoskan oleh AC Mizal dan diulas oleh kumpulan Jambu.

[Realiti] Romantika Raya 

Selasa, 21 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 60 minit x 2 episod

Artis: Scha Alyahya & Awal Ashaari, Irma Hasmie & Redza Shah, Nabil & Zira

Sebuah program raya yang menyingkap realiti kehidupan beberapa pasangan selebriti yang masih baru berkahwin yang bakal mengalami pengalaman baru dan segar untuk menyambut raya untuk kali pertama.

[Muzikal] Randy! OhMyRaya!

Selasa, 21 Ogos 2012, 5.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: Randy Pangalilla, Erra Fazira, Shila Amzah, Elfira Loy, Drama band  

Rancangan Muzikal sempena Aidilfitri menampilkan pelakon pujaan ramai dari seberang, Randy Pangalila bersama peminat di Malaysia meraikan hari lebaran bersama buat pertama kalinya. Turut serta dalam rancangan Muzikal ini adalah artis artis terkemuka tanah air yang akan turut serta mendendangkan himpunan lagu raya secara duet bersamanya.

[Telefilem] Order Saja

Selasa, 21 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Wahid Senario, Azli Senario, Yana Shamsudin, Jihan Raja Lawak

Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Saat dan Salihin.  Perhubungan mereka yang sangat rapat menyebabkan orang kampung menggelar mereka isi dan kuku.  Semuanya berubah pada satu hari di bulan puasa. Saat berbincang dengan isterinya, Murni dan Salihin berbincang dengan isterinya, Odah untuk mencari duit lebih untuk digunakan ketika hari raya.  Mereka akhirnya sepakat untuk menjual kuih raya di kampung mereka. Maka bermulalah promosi Saat dan Salihin dengan memasang kain rentang promosi di depan rumah masing-masing. Namun segalanya terbongkar apabila masing-masing ternampak kain rentang tersebut. Mereka saling menyangka bahawa itu adalah percubaan untuk menyekat rezeki dalam perniagaan yang baru hendak bermula itu. Mereka berjumpa dan kemudiannya bertengkar. Masing-masing tidak mahu mengalah.

[Telefilem] Pontianak Masih Beraya Di Kampung Batu

Selasa, 28 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Erra Fazira, Didie Alias, Yasmin Hani, Hairul Azreen, Mariani

Tira dan Riana kini tinggal di Kampung Batu setelah kakak mereka meninggalkan kampung tersebut akibat sebuah insiden. Mereka terkenal sebagai dukun dan bidan setelah kematian Mak Kiah. Tidak lama kemudian, Ruminah muncul dan mengaku sebagai adik kepada Mak Kiah dan Tira dan Riana terpaksa untuk menerimanya dalam hidup mereka. Ruminah menjangkakan mereka akan melayannya sebagai seorang puteri dan dia mengugut untuk membongkarkan rahsia mereka kepada orang-orang kampung dan teman lelaki mereka. Pada suatu hari, Ruminah memberitahu kepada mereka bahawa teman lelakinya bakal datang dari Indonesia untuk beraya bersama, namun kehadirannya menyebabkan kematian di kampung tersebut. Tira dan Riana bertindak untuk menyiasat kejadian tersebut.

[Telefilem] Hantu Susu Kembali

Rabu, 29 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Erra Fazira, Marsha, Amy Mastura, Sharifah Shahora, Reza Mohamed, Fir Affandi

Telefilem komedi mengisahkan empat hantu hidup dengan aman damai bersama orang kampung dan teman lelaki masing-masing, walaupun pada hakikatnya teman lelaki mereka tidak mengetahui bahawa mereka adalah hantu. Pada suatu hari, seorang demi seorang penduduk kampung ditemui mati dan hantu-hantu ini mula mengesyaki teman lelaki masing-masing sebagai pembunuhnya. Tanpa diketahui mereka, salah seorang daripada teman lelaki mereka merupakan adik kepada Hantu susu yang membantunya untuk mendapatkan kembali kuasa.

[Telefilem] Nenek Bongkok Tiga

Sabtu, 1 September 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Izreen Azminda, Hairi Anak Wayang, Danial Al Arash

Sebuah telefilem seram yang mengisahkan satu kejadian yang menakutkan berlaku di sebuah Sekolah Menengah dimana kes rasukan dan histeria berjangkit-jangkit menghantui seluruh pelajar sekolah tersebut. Semua kejadian berlaku ada bersangkut dengan nenek bongkok tiga.

ASTRO PRIMA (SALURAN 105)

[Telefilem] Kasih Andak

Ahad, 19 Ogos 2012, 12.00 t/hari 

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Eman Manan, Fizz Fairuz, Vanida Imran & Sidek Hussin

Kisah mengenai Andak yang sangat menyayangi adiknya Syah. Andak mahu adiknya berjaya hingga ke universiti sehingga sanggup berkorban untuk tidak berkahwin dengan Imah. Sejak Syah ke universiti, dia telah lupa diri dan tidak pernah pulang ke kampung. Syah juga tidak pernah beraya di kampung bersama abangnya Andak.

[Hiburan] Raya Hafiz Raya

Ahad, 19 Ogos 2012, 2.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Hafiz AF, Nabil Raja Lawak, Herman Tino, Nor Khiriah, Anzalna, Zahid AF, Aril AF dan lain lain

Mengisahkan tentang seorang anak yang kecewa kerana bapanya dibunuh dan dia belum sempat memohon maaf dan rasa menyesal kerana bersikap kasar dengannya.Tetapi itu bukanlah kisah penamat tetapi suatu permulaan yang baru bagi Hafiz.

[Filem] Hantu Kak Limah Balik Rumah

Ahad, 19 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Awie, Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja, Nadia Mustafar

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

[Telefilem] Siapa Dapat Lisa

Isnin, 20 Ogos 2012, 12.00 t/hari 

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Abon, Didie Alias, Yasmin Hani

Semenjak berpindah ke kampung, Lisa menjadi perhatian anak muda di kampung tersebut terutamanya Jep dan Shuib. Hubungan mereka berdua menjadi dingin kerana masing-masing ingin medapatkan cinta Lisa dan sering berbalah demi mendapat hatinya. Jep dan Shuib adalah pemilik sebuah bengkel kereta dan mempunyai seorang pekerja bernama Sudirman. Jep cuba mengambil hati orang tua Lisa iaitu Mak Andak manakala Shuib pula cuba mengambil hati Pak Andak dengan harapan dijadikan bakal menantu.

[Hiburan] Eh! Eh! Raya Erra

Isnin, 20 Ogos 2012, 2.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan selebriti: Erra Fazira ,Datin Paduka Umie Aida, Zaida Rafik , Keith Foo dan lain lain.

Merupakan sebuah program yang berkonsepkan bual bicara raya yang dihoskan oleh Erra Fazira.

[Telefilem] Pulut Kacau Meriam Kabait

Selasa, 21 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Remy Ishak , Tasha Syilla , Afeeq Muiz , Arja Lee

Mengisahkan tentang Bayu, seorang jurugambar bebas yang berfikiran moden dan masih tidak dapat melupakan kekasihnya, Izati. Tanpa pengetahuan Izati, Bayu pergi ke kampung Izati untuk menyiapkan tugasannya merakamkan kehidupan di bulan ramadan serta cara membuat kuih tradisional. Kehadiran Bayu di kampung diterima baik oleh datuk, nenek dan Idham iaitu adik Izati.  Keadaan mula menjadi tegang apabila Izati pulang ke kampung dan masing-masing bersaing untuk membuat pulut kacau (wajik).

[Telefilem] Lemang Sebatang

Selasa, 21 Ogos 2012, 2.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Azwan Ali, Rosnah Mat Aris, Angah, Mak Jah, Syanie, Zul Yahya, Tomok, Sharifah Shahira, Farouk Hussein, Soo Wincci, Thanuja, Zaibo, Karl Shafek

Kisah suka duka Lemang yang hidup sebatang kara lalu pulang ke kampung halamannya, Kg Sg Keli. Kepulangan Lemang telah menimbulkan nostalgia cintanya dengan empat orang gadis kampung iaitu Najwak, Yunak, Yen Yen & Kumari. Kg Sg. Keli juga menjadi kecoh bila Lemang berhajat menganjurkan program realiti masakan bertajuk ‘Kemuncak Miss & Mr. Chap Sg Keli 2012’.

[Telefilem] Spagetti Kuah Lodeh

Rabu, 22 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Azhan Rani, Siti Rohana, Aishah Alias, Liza Abdullah, Fadhil Dani, Hail Amir, Uji Rashid & Adira AF

Mengisahkan Zikri yang tidak suka dengan bangsa asing akhirnya jatuh cinta ekoran sikap gadis barat yang berjaya memikat hatinya. Kiki ialah seorang gadis yang berasal dari barat dan telah datang ke Malaysia kerana mahu merasai sendiri sambutan bulan Ramadan dan Syawal. Namun, dia kemudiannya ditakdirkan telah jatuh cinta dengan Zikri.

[Hiburan] Konsert Kilauan Emas Aidilfitri

Rabu, 22 Ogos 2012, 2.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan selebriti: Raja Azura, Ebby Yus, Othman Hamzah, Azlina Aziz, Dato DJ Dave, Salimah Mahmod, Hetty Koes Endang, Juliza Adlizan, Ramlah Ram dan para finalis Kilauan Emas Musim Kedua.

Teater muzikal yang akan melibatkan beberapa penyanyi hebat dari zaman keemasan bergabung dengan Finalis Kilauan Emas Musim Kedua. Konsert istimewa ini turut disertai oleh iringan pemuzik secara langsung disamping menampilkan pelbagai lagu hari raya dan menyelitkan kisah komedi.

[Filem] Ngangkung

Rabu, 22 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Shaheizy Sam, Azad, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Echa, Azlee Senario, Ruzaidi Abdul Rahman, Reanna, Mazlan Pet Pet

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

[Telefilem] Hati Seorang Wanita

Khamis, 23 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Nor Khiriah, Lisdawati, Zamarul Hisyam, Azhan Rani

Mengisahkan pertembungan penderitaan dua orang wanita yang bergelar ibu. Su memiliki seorang anak yang masih hidup namun sensara menanti kematian anaknya kerana mengidap sakit barah hati. Manakala Julia seorang janda yang kehilangan suami dan anak tunggalnya dalam kemalangan jalan raya. Namun mereka dipertemukan dalam konflik yang menambahkan lagi penderitaan mereka sebagai seorang wanita dan ibu.

[Hiburan] Konsert Reunion Pop Yeh Yeh

Khamis, 23 Ogos 2012, 2.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan selebriti: Dato’ Jeffrydin, Dato L.Ramlee, Orkes Nirwana, Datuk A Rahman Hassan, Datin Azizah, Zurah, A Halim, Fatimah M. Amin, A.Rahman Onn, S. Mariam dan lain lain lagi.

Konsert ini sebagai satu inspirasi kepada pemuzik muda untuk menghargai kerja keras, pengorbanan, kesetiaan melalui industri muzik dari artis legenda ‘Pop Yeh Yeh’. Ia juga sebagai satu inspirasi untuk bakat muda hari ini untuk menghasilkan lagu-lagu kenangan malar hijau yang mempunyai identiti tersendiri melalui perjalanan muzik tempatan kita.

[Telefilem] Aku Janda Belum Kaya

Jumaat, 24 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Rozita Che Wan, Ifa Raziah, Kaza dan Anzalna

Menceritakan tentang gelagat Nisa,yang merancang untuk membunuh suaminya dalam usaha menuntut insuran yang berharga 5 juta ringgit. 

ASTRO OASIS (SALURAN 106)

[Kembara] Destinasi Prihatin Ustazah Pilihan

Ahad & Isnin, 19 & 20 Ogos 2012, 6.30 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 30 minit x 2 episod

Hos: Ustazah Masfira, Ustazah Firuz Akhtar & Ustazah Nurul Hidayah

Bank Islam menganjurkan sebuah pertandingan untuk membantu, memulihkan pendapatan individu dan mengembangkan perniagaan yang diceburi oleh mereka ini (bagi yang telah sedia ada) yang menyertai program anjuran bank Islam dengan kerjasama Astro Oasis melalui program Ustazah Pilihan dengan ganjaran sebanyak RM10,000. Seramai 5 orang peserta terpilih untuk memasuki program ini. Kertas cadangan yang berjaya menerima RM10,000 ini dihantar kepada Astro Oasis dan Bank Islam dan  dipilih oleh Ustazah Fira, Ustazah Firuz & Ustazah Hidayah.

[Siri Pencarian] Imam Muda Musim 3 – Jejak

Selasa & Rabu, 21 & 22 Ogos 2012, 6.30 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 30 minit x 2 episod

Hos: Juara & Naib Juara Imam Muda 3

Program pasca Imam Muda ini akan menceritakan  tentang kisah suka duka pahit maung perjalanan hidup Individu yang bergelar Juara Imam Muda. Episod ini juga akan turut menjejaki individu berjaya ini ke pangkuan keluarga, sahabat handai serta kampung halaman yang ditinggalkan bagi mencari ilmu dan pengetahuan ketika di dalam program Imam Muda. Selain mengimbas suasana silam, episod ini juga akan mendedahkan perkongsian aspirasi, masa depan dan perancangan hidup sebagai Juara Imam Muda

[Travelog] Rasa Halal Antarabangsa Raya (Australia & Korea)

Khamis & Jumaat, 23 & 24 Ogos 2012, 6.30 petang

Durasi: 30 minit x 2 episod

Hos: Heliza Helmi

Episod Raya Rasa Halal Australia memaparkan situasi umat Islam menyambut hari raya di Australia & Korea dan gaya hidup komuniti Islam di sana serta tempat-tempat untuk mendapat bahan dan makanan halal di kedua-dua destinasi yang dikunjungi.

[Telefilem] Takbirku Bernoktah

Jumaat, 24 Ogos 2012, 10.00 pagi

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Qazem Nor, Mazlan Anak Wayang, Hairi Anak Wayang, Maimon Talib, Hisyam Ahmad Tajuddin       

Selepas kematian suaminya, Mak Yam memutuskan untuk mengumpul tiga cucu beliau untuk mengalihkan perhatiannya dari kesepian. Ariff, Uzir dan Zahim dibangkitkan dengan cinta, penjagaan dan panduan yang banyak. Manakala Ariff dan Uzir dilahirkan sebagai anak yang taat. Manakala Zahim pula lebih bersikap memberontak.

[Telefilem] Tanah Kubur; Mencari Lailatulqadar

Sabtu, 25 Ogos 2012, 10.00 pagi

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Nasir Bilal Khan, Hamidah Wahab, Talha Harith, Syafiq Kyle, Abu Bakar Omar, Amilin, Sheira Ayub, Nuralbaniah

Tok Adi membawa isterinya Rosnah bersama Ezal dan Johan menemui abangnya Pak Ngah. Pak Ngah adalah bekas penghulu di kampung itu. Dia hidup sendirian setelah isterinya meninggal dunia. Anaknya Alim pula sering tidak ada di rumah. Alim dan rakannya Tuba terlibat dengan pelbagai kegiatan jahat dan maksiat di kampung itu. Pak Ngah tahu mengenai semua kegiatan itu tetapi dia tidak dapat melarangnya kerana Alim tidak langsung mahu mendengar katanya.

ASTRO CERIA (SALURAN 611)

[Animasi] Upin & Ipin Raya

Setiap hari pada minggu pertama Syawal, 12.25 t/hari/6.55 petang

Durasi: 5 minit x 3 episod

Upin & Ipin merupakan sebuah siri animasi mengenai 2 adik beradik kembar berumur 5 tahun, Upin dan Ipin, menceritakan tentang pengalaman pertama mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Ceria ini diberitahu melalui perspektif mereka dengan cara yang mudah difahami, dan lucu. Nenek mereka, Opah, dan Kakak Ros sedia untuk memberi mereka panduan dan nasihat di dalam cerita ini. Nilai-nilai murni dalam cerita ini senang difahami oleh kanak-kanak dan dapat mempengaruhi mereka dengan positif.

Ceria Berhari Raya S3

Setiap hari sepanjang bulan Syawal, 7.30 malam

Durasi: 2 minit x 14 episod

Barisan selebriti: Alif Satar, Zamir MasterChef Malaysia, Dato’ Fazley

Selebriti-selebriti berkongsi pengalaman yang menarik atau kelakar semasa menyambut Hari Raya sewaktu mereka membesar. Mereka akan turut memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka.

[Animasi] Pada Zaman Dahulu (Raya)

19 & 20 August 2012, 11.00 pagi

Ulangan: 2.00 petang & 7.00 malam

Durasi: 7 minit x 2 episod

Pada Zaman Dahulu menceritakan mengenai Aris dan Ara, pasangan adik-beradik yang cuba menyesuaikan diri di persekitaran kampung kerana ditinggalkan sementara bersama Datuk mereka, Aki. Aki menggunakan peluang yang ada dengan membawa mereka mengembara kisah-kisah teladan tentang kepintaran Sang Kancil dan haiwan-haiwan lain di dalam hutan sambil mendapat iktibar dan pengajaran dengan cara yang mudah dan seronok.

ASTRO CITRA (SALURAN 131)

[Filem] It’s A Great Great World

Ahad, 19 Ogos 2012, 7.00 malam

Durasi: 2 jam

Barisan pelakon: Olivia Ong & Gurmit Singh

Ikuti kisah yang diinspirasikan daripada sebuah taman tema yang terkenal di Singapura, Great World. Pelbagai kisah yang penuh iktibar dapat diperolehi dari filem ini.

[Telefilem] Kau Untukku

Ahad, 19 Ogos 2012, 11.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 1 jam 50 minit

Barisan pelakon: Remy Ishak, Dira Abu Zahar & Johan Ashaari

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam. Apabila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula

[Filem] Karipap-Karipap Cinta

Ahad, 26 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 2 jam

Barisan pelakon: Gambit Saifullah, Melia Aimellia

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.  Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar.

ASTRO WARNA (SALURAN 132)

 [Telefilem] Ini Baru Betul Raya

Isnin, 20 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 90 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Nabil Raja Lawak, Wan Sharmila, Amran Tompel, Maimun Mutalib, Norlia Ghani, Enot

Aidilfitri tahun lepas. Yudin yang sudah 2 tahun berkerja di Kuala Lumpur balik beraya dengan cukup bergaya dan mewah. Lagak Yudin  menarik perhatian Mak Besah, ibu Ajin dan juga Mak Semah, ibu Salam. Dalam diam, Mak Besah dan Mak Semah simpan hasrat mahu lihat anak lelaki mereka jadi lebih hebat, lebih bergaya dan lebih mewah dari Yudin pada Aidilfitri tahun depan

[Telefilem] Daging Batang Pinang

Rabu, 22 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 90 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Abon, Raja Azura, Didie Alias

Kisah Jalil yang kesepian tidak diperdulikan isterinya Ann yang asyik berniaga jamu akhirnya jatuh cinta dengan seorang Non Janda yang membuka gerai makan di kawasan berhampiran. Timbul kekecohan apabila Bedah mengadu kepada Ann dan Ann berjaya mengintip gerak-geri Jalil dan Non Janda. Akhirnya Jalil tetap menikahi Non Janda dan membawanya tinggal bersama Ann dan dirinya.

[Hiburan] Melatah Raya 2012

Khamis, 23 Ogos 2012, 9.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Tauke Jambu & Man Belon

Sebuah program kejutan yang dihoskan oleh Tauke Raja Lawak dan ditemani, Man Belon. Tauke dan Man Belon akan mengenakan artis-artis melatah seperti Opie Zami, Nana, Nadia Mustapha, Jaafar Onn, Maya, Ropie, Norliah Ghani, Mak Jah dan Enot semasa sambutan hari raya pada tahun ini di beberapa lokasi seperti di rumah, pejabat dan rumah kenalan. Melatah Raya akan mengungkil siapakah yang paling hebat melatah di antara artis tersebut. Di samping itu juga, program ini akan memaparkan info melatah artis-artis ini.

[Hiburan] Warna Raya 2012

Jumaat, 24 Ogos 2012, 4.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 90 minit x 1 episod

Barisan pelakon: AC Mizal, Nabil, Kumpulan Boboi, Kumpulan Sepahtu, Kumpulan Osbon, Kumpulan Shiro, Kumpulan Jambu

Warna Raya merupakan satu program lawak yang menghimpunkan para pelawak tanah air dalam program Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega di dalam satu program yang berkaitan dengan Hari Raya. Program yang diadaptasi dari cerita 3 Abdul ini mengandungi seorang dalang yang dilakonkan oleh AC Mizal yang akan bercerita mengenai hal berkaitan dengan Hari Raya atau pun persiapan raya. Segala yang diceritakan ini mempunyai kaitan dengan kehidupan realiti masyarakat dengan sambutan Hari Raya.

[Hiburan] Karoot Komedia X Raya

Jumaat, 24 Ogos 2012, 10.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Johan, Yus, Shuib, Jepp, Ebby Yus, Sabri Yunus, Nabil dan Kila Fairy

Kecohan berlaku di wad pesakit. Terdapat tiga pesakit yang dimasukkan ke rumah sakit di petang raya. Pertama kerana main mercun, kedua kerana ditendang lembu sewaktu hendak sembelih lembu, ketiga kerana jatuh daripada tangga sewaktu membantu isteri menggantung kain langsir. Kekecohan berlaku kerana isteri dan skandal datang melawat yang mana kebetulan mereka dijaga oleh seorang doktor jelita.

[Hiburan] Lawak Ke Der?

Sabtu, 25 Ogos 2012, 9.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam 30 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Jozan, Nabil, Boboi dan Harith Iskandar

Persembahan sketsa komedi hebat yang dilakukan pelawak terkenal di Istana Budaya. Pelawak yang membuat persembahan ialah Harith Iskandar, Boboi, Jozan dan dihoskan oleh Nabil.

MUSTIKA HD (SALURAN 134)

[Hiburan] Konsert Wings: Best Of Rock

Ahad, 19 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 60 minit x 1 episod

Artis: Kumpulan Wings

Saksikan konsert istimewa daripada kumpulan lagenda rock terkenal Malaysia, Wings yang akan mempersembahkan lagu-lagu terbaik mereka,secara eksklusif hanya di Astro Mustika HD

[Drama bersiri] Adam & Hawa

Setiap Isnin – Khamis, 10.00 malam, bermula 27 Ogos 2012

Durasi: 30 minit x 80 episod

Barisan pelakon: Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim,  Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid

Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing?

INDO PEK – BINTANG (SALURAN 141)

[Hiburan] Opera Van Java Spesial Lebaran

Ahad, 19 Ogos 2012, 3.30 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Andre Taulani, Parto, Sule

Sempena menyambut Hari Lebaran, Trio Opera Van Java, Andre Taulani, Parto, dan Sule tidak ketinggalan tampil dengan tema Raya untuk menghiburkan penonton.  Tema-tema fizikal humor seperti biasa akan menghiburkan anda di samping hiasan set di studio yang dipenuhi dengan suasana raya akan pasti digunakan sebaik mungking oleh mereka.

[Hiburan] Harmoni: Cinta Indonesia

Ahad,  19 Ogos 2012, 9.00 malam

Durasi: 120 minit x 1 episod

Barisan artis: ST12, Wali, Ungu, Syahrani, Afgan, Gita Gutawa, SM*SH, Nidji, Kotak, Geisha, Rossa, D’Bagindas, Armada, Ridho Rhoma, Xo-IX, Dira Sugandhi, Lea Simanjuntak, Eka Deli, 7icons, Cherrybelle, dan masih banyak lagi.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia, SCTV menganjurkan sebuah konsert yang disertai oleh pelbagai selebriti terkenal berserta iringan muzik yang dimainkan merdu oleh Erwin Gutawa Orchestra.

[Hiburan] Harmoni: Masterpiece By Erwin Gutawa

Isnin, 20 Ogos 2012, 11.00 pagi

Durasi: 3 jam x 1 episod

Barisan artis: Iwan Fals, Rossa, Afgan, Vidi Aldiano, Gita Gutawa, Eka Deli, Dira Sugandhi, Sandy Sandoro, Kotak, Waldjinah

Seorang konduktor muzik yang berjaya di muzik arena Indonesia yang turut digandingkan dengan Dato’ Ramli MS. Menampilkan Iwan Fals, Rossa, Afgan, Vidi Aldiano, Gita Gutawa, Eka Deli, Dira Sugandhi, Sandy Sandoro, Kotak, Waldjinah, pemuzikal Laskar Pelangi, yang akan mendendangkan lagu-lagu ciptaan beliau.

[Bual Bicara] Bukan Empat Mata Spesial Lebaran

Isnin, 20 Ogos 2012, 11.00 malam

Durasi: 1 jam 30 minit x 1 episod

Barisan artis: Ustadz Udje, Titi Kamal, Pipit

Bukan Empat Mata kali ini menampilkan artis-artis popular seperti UstadZ Udje & Pipit, Titi Kamal, untuk mendendangkan lagu – lagu baru yang berunsurkan bulan Syawal yang mulia. Kehadiran Udin Nganga ke set Bukan 4 Mata pula sebagai kejutan kepada Ustaz Udje.

[Hiburan] Harmoni: Tribute To Rock

Selasa, 21 Ogos 2012, 11.00 pagi

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Iwan Fals, Dewi Persik, Fachri, Firman

Bukan sekadar konsert muzik biasa, Harmoni kali ini didukung penyanyi popular Indonesia seperti Once Mekel, Shandy Sandoro, Firman, Iwan Fals, San San “PWG”, Candil, Berry “ST Loco”, Dewi Sandra, Posan “Winner”, Fachri, Ina Kamari, Bima, Bagas “Super7”, Onad “KMI”, Oli “Winer”, Tata Janetta, dan Dewi Persik. Mereka akan menghiburkan peminat  dengan sajian lagu-lagu yang telah yang sangat epik dan berkelas dan diiringi Vicky Sianipar Orchestra.

[Hiburan] Zona Memori: Hetty Koes Endang

Isnin, 20 Ogos 2012, 3.30 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Hetty Koes Endang

Sebuah program yang akan mengembalikan nostalgia anda pada penyanyi-penyanyi yang pernah menghiburkan kita tidak lama dahulu.

[Hiburan] Zona Memori: Bob Tutopoli & Koes Hendratmo

Selasa, 21 Ogos 2012, 3.30 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Bob Tutopoli & Koes Hendratmo

Sebuah program yang akan mengembalikan nostalgia anda pada penyanyi-penyanyi yang pernah menghiburkan kita tidak lama dahulu.

INDO PEK – PELANGI (SALURAN 142)

[Filem] Arwah Goyang Kerawang

Sabtu, 18 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Julia Perez dan Dewi Perssik

Lilis terpaksa kembali menjadi penari di sebuah kumpulan tarian jaipong Goyang Karawang, setelah sekian lama dunia yang dulu pernah membesarkan namanya sebelum berkahwin. Aji sebagai suami Lilis, tidak lagi bisa mencegah karena Aji tidak berdaya karana keadaan ekonomi rumah tangganya berantakan semenjak dia menganggur. Kembalinya Lilis kedalam kumpulan rupanya membuat perubahan yang luar biasa. Disetiap penampilannya diatas pentas, Lilis selalu saja menjadi pusat perhatian pengunjung pub Bintang Kejora.

[Filem] Sang Pencerah

Ahad, 19 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Adipati Dolken, Maudy Ayunda, Surya Saputra, Agus Kuncoro, Kinaryosih, Geccha Qheagaveta

Vino tidak terlalu rapat dengan keluarga apalagi setelah papanya, Amir muflis akibat ditipu oleh rakan perniagaannya hingga mereka pindah dari perumahan elit ke rumah sewa. Ibunya, Mirna melarikan diri dari rumah, bahkan sanggup meninggalkan Wina, puterinya yang berusia 5 tahun. Suatu ketika Wina terjatuh di bilik mandi dan terpaksa menjalani pembedahan dan jika tidak, kakinya akan dijangkiti kuman dan dipotong.

[Filem] Kehormatan Di Balik Kerudung

Isnin, 20 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Donita, Andhika Pratama, Ussy Sulistiawaty

Filem ini diangkat daripada novel karya Ma’mun Affany di bawah arahan Tya Subiakto Satrio. Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Dia tinggal bersama ibu serta adiknya, Ratih. Meskipun mereka hidup dalam kesederhanaan, Syahdu sangat mencintai keluarganya. Segalanya bermula dari niat Syahdu untuk mengunjungi datuknya di Pekalongan.

[Filem] Get Married 3

Selasa, 21 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Nirina Zubir, Amink, Ringgo Agus

Kesinambungan kisah Get Married 1 & 2. Kali ini ia berkisar tentang Mae dan Rendy dalam menguruskan anak-anak mereka tanpa bantuan sesiapa. Mereka mahu berdikari namun pelbagai masalah timbul apabila Mae mengalami ‘baby blue’ yang membuatkan Mae murung dan penuh emosi. Ikuti kisah selanjutnya di Get Married 3.

[Filem] Malaikat Tanpa Sayap

Rabu, 22 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Lukman Sardi, Zaskia Adya Mecca, Slamet Rahardjo, Giring Ganesha, Ihsan Taroreh

Sekembalinya dari Mekah, Darwis mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Dia menjadi keliru dengan ajaran syariat Islam dan menyebabkannya melencong ke arah Syirik dan Bid’ah. Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini menghala ke barat iaitu Afrika bukan menghadap ke Ka’bah di Mekah. Kata-kayta beliau ini membuatkan para ahli ulama termasuk penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat marah.

[Bual Bicara] Just Alvin

Setiap Ahad, 19, 26 Ogos & 2 September 2012, 1.00 petang

Durasi: 90 minit x 3 episod

Barisan artis: Alvin

Program bual bicara setiap minggu yang dihoskan Alvin, akan membincangkan mengenai isu dan peribadi artis terkenal Indonesia dalam 3 episod istimewa sempena Raya iaitu:

ü  Big Heart – Sammy Simorangkir (19 Ogos 2012)

ü  Remembering 5yrs Chrisye (26 Ogos 2012)

ü  Message of Love (2 September 2012)

‘KITA PUNYA RAYA’ Di Hot FM Dan TV9

Kali pertama bergabung pada 2011 dalam menghasilkan sebuah lagu raya yang bertajuk “Hangatnya Raya Di Hatiku“ lantunan suara penyampai radio Hot FM serta adik-adik dari program realiti TV9, Idola Kecil. Tahun ini, sekali lagi dua jenama ini berkolaborasi menghasilkan sebuah telefilem raya yang mampu meledakkan tawa di Syawal mendatang.

HIBURAN TERBAIK – BERMULA 8.30 MALAM

RAYA PERTAMA

GALAKSI RAYA

Elemen menarik cuba disuntik apabila Galaksi Raya 2012 ini bagaikan pertemuan semula  Ikhwan, Kiah Propa dan selebriti kontroversi  jemputan yang sudah dimamah usia.  Mereka akan menyingkap kembali kontroversi yang pernah melanda mereka ketika di zaman muda.

VERSUS REUNION , 10.30 MALAM

6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr akan bergabung kembali untuk menggegarkan malam raya anda.  Persembahan esklusif yang akan menghimpunkan kelima-lima band hebat ini pasti memikat dengan persembahan penuh bertenaga.  Konsert mini Versus Reunion ini masih lagi mengekalkan pengacaranya, iaitu Aidid Marcello dan Hunny Madu.  Berhibur bersama  aspirasi kreatif mereka untuk satu kepuasan yang menjadi santapan jiwa.

RAYA KEDUA

LASKAR NIDJI

Setelah berjaya memukau hati para peminat Malaysia dengan persembahan hebat di Gig Triple Play bersama-sama Bunkface dan Hujan, Nidji kembali untuk hiburan malam raya anda.  Nidji akan membuat kemunculan istimewa dalam Laskar Nidji yang pastinya akan membawa anda lebih dekat lagi untuk lebih mengenali kumpulan Nidji.   Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik akustik yang akan mengiringi nyanyian merdu Giring, penyanyi utama kumpulan Nidji dan juga sesi basking bersama artis terkemuka tempatan. 

RAYA KETIGA

GIG TRIPLE PLAY

Kesinambungan kejayaan program realiti terunggul Versus yang menonjolkan kreativiti tanpa batasan diteruskan dengan sebuah lagi konsert muzik rock yang diberi nama Gig Triple Play yang telah berlangsung di KL Live. Suntikan muzik dari tiga kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda masa kini iaitu Bunkface, Hujan dan Nidji akan kembali menggegarkan pentas dan kaca televisyen anda pada malam raya ketiga nanti. 

FILEM TERBAIK – 8.30 MALAM

RAYA KEEMPAT

SENARIO THE MOVIE

Filem ini mengisahkan tiga sahabat- Mazlan, Azlee dan Wahid yang berhijrah ke Kuala Lumpur (KL) untuk memenuhi impian mereka menjadi orang yang terkenal suatu hari nanti. Mereka merantau ke KL untuk menghadiri ujibakat menjadi pelawak terhebat. Malangnya mereka berhadapan dengan pelbagai halangan yang telah membantutkan niat mereka untuk melangkah kehadapan. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah ketika mereka ditahan polis kerana rupa mereka mirip dengan sekumpulan penjenayah yang terlibat dalam rompakan besar. Mereka amat risau kerana ujibakat itu akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari saja lagi tetapi mereka masih terkurung didalam jel. Tambahan pula mereka tidak membuat persiapan langsung untuk menjalani ujibakat tersebut. Namun, berkat kesabaran dan keazaman mereka akhirnya dilepaskan dan sempat untuk menghadiri ujibakat tersebut. Tetapi, adakah mereka akan berjaya untuk menyertainya dan memenuhi impian mereka?

RAYA KELIMA

SENARIO LAGI

Azlee merancang untuk membawa isterinya, Zati dan anak lelaki mereka, Zizi, bercuti ke Cherating.  Lalu Azlee menukar kereta Kancil yang dimilikinya kepada Proton Wira melalui seorang jurujual bernama Borhan. Selepas Azlee meninggalkan premis tersebut, seorang samseng bernama Mazlan datang mencari kereta Proton Wira yang sama seperti yang telah dijual kepada Azlee. Mazlan yang sememangnya bertekad untuk mendapatkan kembali kereta tersebut mahu menjejaki Azlee setelah mengetahui Azlee memiliki kereta tersebut. Pelbagai peritstiwa menarik terjadi sepanjang perjalanan Azlee dan keluarga hanya untuk memenuhi kehendak isteri dan anaknya untuk bercuti.

RAYA KEENAM

SENARIO PEMBURU EMAS YAMASHITA

Boy (Azlee), Put (Wahid), Seman (Lan Pet Pet) dan Jali (Que Haidar) adalah empat lelaki yang dihantar ke klinik mental kerana perlakuan tidak normal mereka.Namun, mereka sebenarnya tidak mempunyai masalah mental tetapi telah dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan sikap aneh mereka (seorang suka meludah, dua orang memerlukan rawatan pengawalan marah dan seorang mengatakan dia telah diberikan sebuah peta harta karun Jeneral Yamashita oleh seorang askar Jepun semasa di dalam hutan). Pegawai yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka adalah Murad (Beego), seorang lelaki yang tidak berhati perut serta Dr. Lisa (Nora Danish) yang baik dan cantik. Dr. Lisa telah bertunang dengan Murad tetapi dia tidak mengenali diri sebenar Murad.

RAYA KETUJUH

PUTERI GUNUNG LEDANG THE MOVIE

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah.  Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. 

TELE FILEM TERBAIK – 12.30 TENGAH HARI

RAYA PERTAMA

RAYA TANPA WAYAR

Hari Raya bakal menjelang tak lama lagi. Melihat keadaan keluarga Tok Ali yang masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing,  Tok Ali mengatur strategi untuk menghadapi kecanggihan dunia masa kini yang telah merosakkan keakraban perhubungan  anak dan cucunya yang hanya berkomunikasi melalui aplikasi internet/gajet. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Tok Ali untuk menyatukan keluarganya  termasuk menghalang mereka daripada menggunakan gajet. Tok Ali juga telah memotong talian internet dikampung mereka supaya keluarganya boleh berkomunikasi secara normal seperti dahulu. Terdapat juga konflik keluarga Ghazali yang selalu sibuk dengan perniagaan dan BBM sehingga menjadikan isterinya bosan di rumah sehingga Rahidah bertemu semula kekasih lamanya di sekolah melalui Facebook.

Pelakon:  Jalil Hamid, Fiza Halim, Shahrizal Jaszle dan Ruminah Sidek

RAYA KEDUA

BEDAH TONG GAS NAK RAYA

Hari pertama berpuasa, Bedah akan tinggal di rumah ibunya, Mak Senah. Mak Senah berpengalaman sebagai bidan mengurut Bedah yang baru lepas bersalin. Pak Kulop diminta menjaga perniagaan tong gas Bedah manakala Zamri menjaga bayinya. Kemunculan Che Ta dalam kampong itu untuk menjual gas telah mengejutkan Bedah. Che Tan akan menjadi rakan niaganya tapi Bedah selaku CEO tong gasnya tidak ada perasaan dengki. Sementara Ucop pula sudah frust mahu mencari tikus lagi. Dia cuba mencari lipas pula kononya permintaan hangat di Canada. Pak Kulop mengajak Ucop membantunya di kedai tong gas tetapi Ucop pandang rendah terhadap perniagaan itu. Zamri dan Ucop keduanya meminati Che Ta.  Che Ta sememangnya adalah pendengki paling hebat. Dengan kecantikan yang ada, dia berjaya menggoda Ucop untuk kerja dengannya. Zamri geram melihat Ucop rapat dengan Che Ta. Pada malam raya, Zamri, Bedah, Pak Kulop sibuk melakukan persiapan akhir perayaan manakala Che Ta dan Ucop sibuk jual tong gas sehingga pada malam raya, Che Ta perasan yang dia tidak sempat membuat persiapan raya dah dia kehabisan gas.

Pelakon: Bell Ngasri, Noorkhiriah, Joey Daud, Syanie, Jalil Hamid, Rozita Che Wan. Director: Nazir Jamaludin

RAYA KETIGA

HANGITNYA RAYA

AG yang ‘memberontak‘ akibat tidak mendapat kelulusan untuk cuti beraya. Dari situ, terbit pelbagai akal untuk mengenakan Fara yang berjaya meraih cuti dari majikan mereka. Apatah lagi saat mencari idea nakal, AG terdengar perbualan Fara dengan ibunya yang mahukan Fara membawa pulang calon menantu untuknya. AG mula merancang langkah untuk mengenakan Fara yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Usop Wilca yang melihat situasi hangat antara AG, Fara dan Ikhwan mula menasihati mereka. Apakah yang sebenarnya belaku? Sama-sama kita nantikan telemovie “Hangitnya Raya“

Pelakon:  AG,  Faizal Ismail, Fara Fauzana, Ikhwan, Kieran, Suraya, Usop Wilca.

RAYA KEEMPAT

MENCARI NURFITRI

Zaharah adalah anak seorang bekas tentera iaitu Dato Mejar Zakaria. Zaharah telah terpisah dengan anaknya Nurfitri, dan suaminya. Ini berpunca kerana sikap Ayahnya yang amat tegas. Suatu hari, Mejar Zakaria mahu menjodohkan dia dengan anak kawannya. Zaharah menolak kerana tidak ada perasaan cinta terhadap lelaki itu. Akibat dari itu, Mejar Zakaria merajuk dah berharap Zaharah akan memujuk seperti biasa. Mejar Zakaria membawa diri ke Rumah Kenangan. Dalam masa yang sama, Nurfitri tinggal di Rumah Kenangan, sejak dari kecil. Kedatangan Mejar Zakaria disambut baik oleh Nurfitri. Nurfitri berminat dengan “orang tua baru” itu dan menganggapnya seperti atuk sendiri. Zaharah sedar dan menyesal atas perbuatannya terhadap Nurfitri. Zaharah cuba mencari Nurfitri tetapi tidak jumpa. Menjelang Hari Raya, Zaharah memohon ampun dengan ayahnya tetapi Ayahnya berjauh hati kerana telah dituduh menghancurkan hidup Zaharah.Nurfitri tanpa sengaja menjatuhkan barang milik atuknya sehingga atuknya mengamuk dan menuduh Nurfitri panjang tangan. Suatu hari, Mejar Zakaria terjumpa hadiah pemberian Nurfitri di dalam begnya. Mereka kembali kerumah Kenangan untuk mendapatkan Nurfitri..

Pelakon:  Rahim Jailani, Talha Harith, Zarina Zainoordin, Putri Balqis Azizi

UPIN & IPIN SPECIAL

RAYA PERTAMA – 5.30 PETANG

RAYA KEDUA – 11.00 PAGI

PERADUAN ISTIMEWA UPIN & IPIN

Seorang pemenang bertuah berpeluang beraya bersama Upin & Ipin, termasuk mendapat duit raya serta barangan eksklusif Upin & Ipin.

LAIN-LAIN YANG MENARIK:

KITA PUNYA RAYA

Malam Raya, 9.30 malam

DJ Hot FM akan singgah di lokasi-lokasi panas pada malam raya di sekitar Kuala Lumpur. Mereka akan menemuramah dan bermain beberapa permainan dengan orang awam dan mereka berpeluang untuk memenangi duit raya. Terdapat juga persembahan menarik daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air di konti Hot FM. Kita Punya Raya akan bersiaran secara langsung daripada konti Hot FM, Jalan Tun Abdul Razak dan KL Sentral.

FBI RAYA AWAL

Malam Raya, 10.30 malam

FBI dan Awal akan membentuk dua kumpulan yang terdiri daripada artis dan selebriti, untuk bersaing dalam permainan-permainan bertemakan raya ini. Jangan terlepas untuk menyaksikan para selebriti ini bermain dalam rancangan FBI Raya Awal dan anda tidak akan kering gusi melihat telatah kumpulan kalah yang didenda!

KETUPAT RENDANG KOPI O (KRKO)

Sehari sebelum Raya hingga Ketiga, 8.00 pagi

Rancangan bual bicara pagi kegemaran anda kini dibuat khas versi Raya. KRKO akan bersiaran secara langsung pagi sebelum sambutan Hari Raya di foyer Sri Pentas. Latar belakang siaran langsung itu akan diserikan dengan suasana kampung dengan enam pengacara bersilih ganti selama 4 hari seperti Aziz Desa, Luqman, Hunny Madu, Fizo Omar, AG dan Bienda. Antara yang akan dikongsikan bersama ialah suasana sambutan Hari Raya di perkampungan orang asli. Lebih menarik, Luqman akan memabawa kita ke Ghaza untuk meninjau bagaimana masyarakat di sana menyambut hari lebaran dengan keadaan yang serba kekurangan.

AHMAD MUHAMMAD

Raya Pertama, 11.00 pagi

Saksikan kehidupan kembar siam Ahmad-Muhammad yang telah berjaya dipisahkan melalui pembedahan pada 9 tahun lalu atas ihsan sebuah keluarga diraja Arab Saudi, dan bagaimana mereka meneruskan kehidupan selepas kehilangan ibu tercinta akibat kanser.

LAMA TERBARU

Raya Kedua, 10.00 pagi

Rancangan yang mengembara ke 8 negeri di Malaysia dalam misi meneroka budaya muzik tempatan untuk dimainkan dalam satu lagu raya yang menjadi siulan ramai. Dalam suka dan duka, pelbagai kelainan elemen budaya muzik, drama dan kepercayaan mistik dari negeri-negeri ini akan

SAYA MELAYU MEKAH

Raya Keenam, 10.00 pagi

Kenali dengan lebih dekat qari Malaysia pertama yang berkahwin dengan kerabat diraja Arab Saudi. Adakah impian masa kecilnya untuk menjadi imam Melayu pertama di Masjidil Haram menjadi kenyataan?

Saksikan dokumentari bersama Sheikh Abdul Karim Omar Fatani Al-Makki.

Takziah Buat Hans Isaac

Ibu kepada pelakon-pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengarah Urusan Tall Order Production Sdn Bhd itu, di laman Twitternya sebentar tadi. Rakan baiknya Awie, yang juga dihubungi sebentar tadi, memberitahu dia menerima berita tersebut 8.40 pagi tadi setelah diberitahu oleh Datuk Yasmin Yusof.

Menurut wakil Tall Order Production Sdn Bhd, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.

Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Ibu Hans sudah dua tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya. Takziah daripada kami untuk Hans sekeluarga.

Hantu Gangster

Tarikh Di Pawagam ~ 9 Ogos 2012

Pelakon ~ Namewee, Farid Kamil, Diana Danielle, Dato Jalaluddin Hassan

Pengarah ~  Namewee

Sinopsis

Sebuah bandar kecil yang terletak di Klang, penyangak bernama Te Sai tanpa disedari mencuri cincin semasa majlis peringatan sekumpulan samseng. Cincin menjadi tuan rumah tiga hantu (bekas pemimpin samseng) dan tiga hantu menghantui Sai Te. Te Sai tidak lama lagi mendapati bahawa ketiga-tiga pemimpin samseng telah dibunuh oleh seorang pengkhianat (Ewan) dengan agenda peribadi beliau yang akan mengancam dekad perpaduan antara tiga kumpulan.Dengan bimbingan daripada tiga hantu, Te Sai mesti lakukan apa yang dia tin untuk menyatukan geng dan mengelakkan tragedi yang mungkin menyebabkan kematian orang ramai yang tidak berdosa.

‘Wonder Girls Wonder World Malaysia Tour 2012’ Pada 13 Oktober 2012

Selepas T-ARA dan BIGBANG mengesahkan konsert mereka di Malaysia pada Oktober ini, kumpulan Wonder Girls juga bakal mengadakan konsert mereka di Malaysia pada 13 Oktober 2012 di Stadium Negara.Atas nama konsert Wonder Girls Wonder World Malaysia Tour 2012, dalam kunjungan kali ketiga ni,  lima gadis cantik lagi seksi yang terdiri daripada Yubin, Yeeun, Sunye, Sohee, and Hyelim di Malaysia. Ini merupakan konsert mega pertama mereka di sini.

Sebelum ini Wonder Girl pernah berkunjung ke sini sempena konsert World Stage 2010 dan Konser Twin Tower 2011.Dianjurkan oleh  DAOL Entertainment Sdn. Bhd, jualan tiket-tiket akan diadakan pada 1 September 2012 (Sabtu) di Fahrenheit88. Sementara jualan menerusi online akan bermula pada 2 September 2012. Maklumat lanjut boleh layari http://www.facebook.com/WonderGirlsMalaysia2012

 

S.A.M Di Pawagam 19 Ogos 2012

Tarikh Di Pawagam ~ 19 Ogos 2012

Pelakon ~ Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa

Pengarah ~ Syafiq Yusof

Sinopsis

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?

[nggallery id=88]

 

‘The WANTED Live In KL’ Pada 18 September 2012

JS Konsert Productions sukacitanya mengumumkan The WANTED, salah satu band pop terbesar di Britain bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 18 September 2012 di Surf Beach,Sunway Lagoon.

Ia adalah konsert pertama di Malaysia yangmana mereka telah mencapai status EMAS untuk album pertama mereka. Mereka telah mengeluarkan 3 album iaitu The Wanted, Battleground and The Wanted (USA Debut).

Tiket-tiket yang berharga RM 450 (The Wanted Zone), RM 250 (Party Zone) dan RM 150 (Chill Out Zone) boleh la didapati di Rock Corner  KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre –Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, The Guitar Store outlets – Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong dan di KL Live atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.

Neelofa Jawab Teguran Yusof Haslam Dalam Masa Terdekat – Pengurus

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja naam pelakon-pengacara jelita Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Dalam laporan gosip sebuah akhbar kelmarin, perkara ini tercetus apabila Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Sinar Harian, pengurus kepada aktres drama bersiri Kau Yang Terindahitu, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya.

* credit mD

 

Neelofa Jawab Teguran Yusof Haslam Dalam Masa Terdekat – Pengurus

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja naam pelakon-pengacara jelita Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Dalam laporan gosip sebuah akhbar kelmarin, perkara ini tercetus apabila Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Sinar Harian, pengurus kepada aktres drama bersiri Kau Yang Terindahitu, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya.

* credit mD

 

MAZDA Lancar Bilik Pameran Terbesar Di Asia Tenggara

Sejajar dengan kekuatan yang semakin berkembang dan komitmen untuk pasaran Malaysia, Mazda telah memperkenalkan bilik pameran baru dan ibu pejabat korporat – 3S pusat yang sangat terkini dengan kemudahan dan reka bentuk  di Glenmarie, Shah Alam.

Ia terdiri daripada ruang lantai seluas 130,000 kaki persegi dengan empat tingkat.Ia adalah bilik pameran terbesar di rantau Asia Tenggara. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Duta Jepun ke Malaysia, Mr. Shigeru Nakamura, Pengerusi Kumpulan Berjaya Corporation, ‘Tan Robin, ketua pegawai eksekutif Bermaz Motor Sdn Bhd, Dato’ Dato Ben Yeoh, Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Francis Lee, serta sebagai Pengarah Eksekutif Prima Merdu Sdn Bhd, Dato ‘Amer Hamzah.

Encik Yamanouchi dalam ucapannya berkata, “Ia adalah saat yang membanggakan bagi kami di Mazda Motors Corporation hari ini juga kerana kami sanjungi kejayaan Berjaya Corporation, Bermaz Motor Sdn Bhd dan Prima Merdu Sdn Bhd dalam mengukuhkan lagi kehadiran jenama di Malaysia dengan pembukaan bilik pameran baru ini”.

Ini pelaburan yang terbaru dan yang sangat menakjubkan oleh rakan kongsi perniagaan Mazda di Malaysia akan pergi jauh dalam membuat pemilikan kenderaan Mazda usaha yang bangga dan memuaskan.

 

Step Up Revolution

Tarikh Di Pawagam ~ 2 Ogos 2012

Pelakon ~ Kathryn McCormick,Ryan Guzman ,Adam G Sevani, Alyson Stoner 

Pengarah ~ Scott Speer

Sinopsis 

Emily Anderson, anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan kaya, tiba di Miami dengan aspirasi untuk menjadi seorang penari profesional, tetapi tidak lama lagi jatuh cinta dengan Sean, seorang lelaki muda yang mengetuai krew tarian dalam perusuh, huraikan kilatan yang canggih. Krew yang dipanggil MOB, berusaha untuk memenangi pertandingan bagi peluang penajaan utama, tetapi tidak lama lagi bapa Emily mengancam untuk memusnahkan kejiranan bersejarah MOB dan membina sebuah hotel besar, dan dalam proses itu, menggantikan beribu-ribu orang. Emily mesti bersatu dengan Sean dan MOB untuk menghidupkan seni prestasi mereka ke dalam seni protes dan risiko kehilangan impian mereka untuk berjuang untuk tujuan yang lebih besar.

[nggallery id=87]