SO Staff

TV3 Kekal Pilihan N0.1 Minggu Raya

Sekali lagi stesen televisyen no.1 Negara, TV3 mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dengan catatan rating tertinggi mengatasi saluran tempatan lain sepanjang sambutan Syawal bermula 18hb hingga 26hb Ogos 2012.

TV3 meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik sepanjang sambutan Hari Raya merangkumi filem-filem blockbuster, telefilem, hiburan, variasi dan dramedi terbaik untuk tontonan semua yang menampilkan tagline “Terbaik Raya”. Ternyata TV3 terus menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia malah berjaya menambat hati penonton apabila menguasai 98 program daripada 100 program teratas carta.

Pertama kali ditayangkan secara eksklusif di kaca televisyen pada malam Raya ke-2, filem terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham, “Mael Lambong” berada di tangga teratas senarai program popular Raya apabila berjaya mendominasi 47% syer yang merangkumi sebanyak 2.8 juta jumlah penonton. Manakala 4 filem yang turut disiarkan di TV3 pada minggu pertama Raya seperti Jangan Pandang-Pandang (siaran eksklusif di TV3), RA One (filem Hindi), Vanila Coklat Raya dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 juga mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 2 juta penonton tidak melepaskan peluang mengikutinya.

Telemovie istimewa “Apa Celop Raya” yang menghiasi slot prime time malam menjelang Raya turut meninggalkan impak yang hebat apabila berjaya meraih lebih 1.8 juta kadar penontonan. Tidak ketinggalan, beberapa program terbitan dalaman (Primeworks Studios Sdn. Bhd.) seperti program muzikal Raya “Ziana, Amy & Erra” termasuklah rancangan variasi seperti Bola Pun Raya, Senario Sayang Ayah, dramedi 48 Jam dan Melodi Raya juga mencatat kadar tontonan melebihi 1 juta penonton. Malah, kemeriahan “Terbaik Raya” TV3 sudah mula dirasakan dengan pencapaian hebat drama bersiri istimewa bulan puasa, “7 Ramadan” yang menampilkan lakonan mantap Ellie Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Mustapha Kamal dan Tania Zainal yang disiarkan di slot Samarinda apabila episod kemuncak (episod 13) yang bersiaran pada 16 Ogos 2012, 2 hari menjelang Hari Raya berjaya mencatat kadar tontonan sebanyak 2.5 juta jumlah penonton (sumber: Nielsen Media Research).

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), “Selain daripada merebut peluang mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan teman, sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa ‘juadah’ istimewa di kaca televisyen. Justeru, saban tahun, TV3 terus berusaha menyajikan yang ‘terbaik’ untuk tidak menghampakan jutaan penonton setianya. Kami bersyukur kerana terbukti TV3 tetap menjadi pilihan utama rakyat malaysia walaupun kini terdapat lebih 100 saluran lain yang turut menyiarkan pelbagai program istimewa sepanjang sambutan Aidilfitri. Secara keseluruhan, TV3 terus unggul apabila mendapat sebanyak 46% syer penonton Melayu pada Hari Raya. Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia, dan berharap agar ia berterusan.”

Sekitar Majlis Resepsi Izreen Azminda & Reza

Selamat penggantin baru diucapkan kepada Izreen Azminda dan suami. Tanggal 30 Ogos (Khamis) lalu, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Muhamad Riza yang juga merupakan seorang jurukamera produksi dengan dua kali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Izreen, di sebuah majlis yang berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Keesokan harinya, Izreen Azminda & Muhamad Riza diraikan sebagai pengantin baru dalam sebuah resepsi meriah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar Kedah.

Pada majlis resepsi itu, pasangan mempelai mengenakan persalinan rekaan Azura Couture dan memori indah mereka telah dirakamkan oleh jurugambar dari Bunga Studio Motion. Berikut beberapa foto sekitar resepsi penuh meriah itu untuk tatapan anda.

*Kredit story mD

*Foto-foto dari Bunga Studio Motion

[nggallery id=91]

Wayne Rooney Menyanyi Dalam Video Klip Terbaru Nidji?

Minggu lalu, band popular Indonesia, Nidji berkesempatan berkunjung markas kelab terbesar Liga Perdana Inggeris, Manchester United, di Old Trafford. Kunjungan Giring (vokal), Rama (gitar), Ariel (gitar), Adrie (drum), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) ke sana bagi menjalani pengambaran video klip terbaru, berjudul Liberty Victory.

Bikin klip video di luar negara mungkin perkara biasa. Tapi apa yang paling bermakna buat grup yang berasal dari Jakarta ni apabila muzik video mereka itu turut dijayakan barisan bintang pasukan Manchester United (MU). Untung lah…

Berita gembira itu dikongsi Giring bersama para peminat menerusi laman Twitternya,

“Pemain MU yang akan menjalani pengambaran dengan Nidji ialah Wayne Rooney, Shinji Kagawa, David De Gea, Antonio Valencia, Federico Macheda, Javier Hernandez (chicarito),” tulis Giring pada Khamis (23 Ogos) lalu.

Menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu yang luarbiasa lebih-lebih semua anggota Nidji merupaka oenyokong fanatik MU. Giring turut memberitahu, saat bertentang mata dengan barisan bintang bola sepak terkenal dunia itu merupakan kenangan terindah dan tidak menyangka dapat satu frame dengan pemain pujaan mereka.

“Kami sangat teruja. Mereka semua pemain muda yang bersemangat,” ujar ayah kepada dua cahaya mata itu.

Dalam video klip itu, memvisualkan Nidji tampil dalam satu adegan bersama para pemain MU. Lebih menarik bintang-bintang Red Devil itu akan menyanyikan lagu Liberty Victory.

Nidji dan pasukan MU, terpilih menjadi duta jenama terkenal, Mr. Potato. Sementara single Liberty Victory(versi bahasa Inggeris) yang dinyanyikan mereka itu akan menjadi lagu tema buat peminat Manchester United di seluruh Asia.

“Bukan saja di Asia. Mudah-mudahan juga di peringkat global,” kata Giring yang berharap kemunculan mereka bersama MU ni dapat mengukuhkan lagi nama Nidji di persada antarabangsa.

*credit to mD

Izreen Azminda Bakal Nikah Malam Ini…

Izreen Azminda bakal bernikah dengan pasangannya iaitu Muhamad Riza Baharudin pada malam ini di Alor Setar,Kedah. “Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun perkahwinan selepas ini”.

Dua gambar ini adalah semasa khatam al-quran pagi tadi.

*credit photo Media Hiburan

 

Nadhira Bakal Lancarkan Muzik Video “Closer” Pada 1 September 2012 ini…

Nadhira yang sebelum nie popular dengan lagu “Tear Us Apart” bakal melancarkan muzik video terbarunya iaitu “Closer” di The Square,Publika jam 7 petang. Manakala konsert mini akan diadakan pada 10 malam di tempat yang sama.

Muzik video ini di produce oleh 100 Monkeys dan merupakan single kedua didalam album “12 Shades”. Jom saksikan sedikit trailer lagu “Closer”

“Sepultura Asia Relenteless Tour 2012” Pada 2 November 2012

 

Tarikah baru ‘Sepultura Asia Relenteless Tour 2012’ akan berlansung pada 2 November di Chin Woo Auditorium.Ia dibawa khas oleh Netzah Productions sdn bhd.

Harga tiket akan menjadi seperti berikut:

Early Bird: RM128
Harga Normal: RM158
Pintu harga: RM188

Peminat yang masih mempunyai tiket menunjukkan sebelumnya akan dikembalikan dan dibalas dengan baucar RM 10 untuk membeli tiket baru.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi hotine kami di 0380808700.

 

“Petronas Syntium Team” Mahu Pertahankan Gelaran Pada MMER 2012

Petronas Syntium Team akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka pada Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) 2012 yang akan berlansung pada 1 September 2012 mulai jam 12 tengahari selama 12 jam.

Mereka akan menggunakan kereta Mercedes-Benz SLS AMG GT3 yang pernah digunakan pada MMER 2011 yang lalu. Mereka juga bakal membariskan pelumba-pelumba yang sama pada tahun lepas iaitu Nobuteru Taniguchi,Masataka Yanagia dan Dominic Ang. Manakala satu lagi pasukan iailah Tatsuya Kataoka,Farique Hairuman dan Melvin Moh.

 

2NE1 Mengumumkan Malaysia, Indonesia, dan Singapura sebagai lokasi ‘New Evolution’ World Tour

2NE1 yang sekarang popular dengan lagu baru ‘I Love You’ baru-baru ini mengumumkan Malaysia, Indonesia, dan Singapura sebagai lokasi ‘New Evolution’ World Tour.

Dalam temu bual itu, CL, yang mengetuai kebanyakan perbualan mengumumkan, “Ia adalah kali pertama untuk mengatakan mengesahkan lawatan kami ke 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia, dan Singapura.”

Tarikh,tempat dan harga ditiket akan diberitahu kelak.

“Katy Perry:Part Of Me 3D”

Tarikh Di Pawagam ~ 30 Ogos 2012

Pengarah ~ Dan Cutforth ,Jane Lipsitz

Pelakon ~ Katy Perry

Sinopsis

Filem 3D, Katy Perry: Part of Me ialah filem mengenai backstage serta  keseronokan, glamor, menyayat hati, inspirasi, gila, ajaib, bersemangat, dan diari mengenai Katy.

29 Februari ~ Filem Stereoscopic 3D Pertama Malaysia

Tarikh Di Pawagam ~ 30 Ogos 2012

Pengarah ~ Edry Abdul Halim

Pelakon ~ Remy Ishak,Jojo Goh,Izzue Islam,Fizz Fairuz,Dian P.Ramlee

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia?

NK Ada Sebab Dedah Status Haq Lutfie Alexander

Cakap salah, tak cakap pun salah. Ingatkan bila sudah mengaku, orang akan berhenti bertanya. Namun selepas membuat pendedahan secara eksklusif mengenai kontroversi bayi lelaki yang dilahirkannya di sebuah akhbar baru-baru ini, dramatis terkenal Norish Karman menerima pelbagai respon dari masyarakat sekeliling.

Namun begitu, tidak sedikit pun timbul rasa menyesal dalam dirinya kerana membuka mulut mengenai isu tersebut. Sebaliknya bekas pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang mesra dengan panggilan NK ni memberitahu dia langsung tidak terkesan dengan cemuhan mahupun pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya. Malah menganggap itu semua dugaan dari Yang Maha Esa.

“Saya tak ada masalah dengan kehidupan saya sekarang. Malah kini lebih tenang dan gembira. Tak ada kesan langsung selepas saya dedahkan mengenai kelahiran anak keempat saya. Ramai peminat menyokong serta memberi kata-kata perangsang kepada saya. Mereka sayang saya juga sayangkan anak saya. Ada juga yang mahu jadi ibu angkat, ayah angkat kepadanya dan ibu bapa saya juga sayangkan anak saya itu. Anak-anak saya yang lain juga sayangkan adik mereka,” ujar NK ketika ditemui pada majlis rumah terbuka WHI TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam. 

Ditanya apakah yang membuatkan beliau berani untuk membuka mulut sekarang di mana sebelum ini beliau lebih selesa mendiamkan diri, Nk berkata, “Ini bukan soal buka mulut atau tutup mulut. Saya memang nak beritahu kepada semua. Sebab saya merancang untuk mengadakan majlis hari jadi sempena umurnya genap setahun, tak lama lagi. Saya memang nak jemput semua. Cuma mungkin ada sesetengah pihak sengaja mengeruhkan lagi keadaan. Apa sekalipun, saya tak pernah kesal selepas membuat pendedahan ini.

“Bagi saya, kalau ini ketentuan Allah, saya terima. Apa yang berlaku kepada saya, saya anggap ini dugaan dari-NYA. Saya tak perlu takut atau khuatir dengan benda lain kerana ini semua datang dari Allah. Bila kita rancang plan A, tapi plan B yang pula yang datang, maka kita terima sajalah ” ujarnya sekaligus memberitahu dia tidak kisah dengan cemuhan masyarakat.

“Bagi saya, mereka tidak ada hak untuk mengata tentang orang lain. Jika tak tahu apa-apa cerita jangan sesekali buka mulut. Jagalah diri sendiri dan keluarga sebab takut nanti berlaku kepada diri dan juga anak sendiri pula. Jadi kalau tak nak kebaikan berlaku dalam kehidupan kita jangan ganggu hal orang.

“Apa-apapun, saya percaya hidup ini banyak dugaan. Terpulang pada individu nak pandang negatif kepada saya. Saya tak kisah kerana banyak lagi kerja yang saya nak buat dari melayan perangai orang sebegini,” ujarnya yang turut memberitahu dia tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap pihak yang menfitnahnya.

Dalam pada itu, NK dengan riak wajah gembira turut Berkongsi mengenai pengalaman membesarkan anak keempatnya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan melalui pembedahan pada 24 September tahun lalu.

“Alhamdulillah, kehidupan saya kini sangat menakjubkan. Haq seorang anak yang tak pernah memberi masalah dan semua orang sayang dengannya. Sekarang saya menjadi seorang ibu yang paling gembira”, katanya yang kini sibuk dengan lakonan, perancangan mempromosikan album terbarunya dan satu lagi bidang baru yang diceburi iaitu memberi ceramah motivasi kepada masyarakat.

*credit to mD