SO Staff

Zed Zaidi Kini Bergelar Ayah, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Berita gembira yang MD baru saja sebentar tadi, pelakon Zed Zaidi, 31, kini telah pun bergelar bapa selepas isterinya, Natalia Natasya atau Nelly, selamat melahirkan bayi sulung mereka secara pembedahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi, di Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Kuala Lumpur.

Berikut sepotong mesej yang dikirimkan sendiri Zed kepada MD,

anak zedzaidi, ryan Ziqry sudah dilahirkan jam 9.30 pagi tadi seberat 4.32kg is baby boy! Yey!- zedzaidi

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya bersyukur dan gembira. Saya turut sama masuk ke bilik bedah dan memengang tangan isteri memberi semangat padanya. Tetapi doktor memberitahu bayi terlalu besar, oleh sebab tu pembedahan terpaksa dijalankan.

“Bayi kami sihat. Isteri juga dalam keadaan sihat. Saya baru saja mengazankan bayi kami tadi”, katanya dengan nada teruja dan ceria saat dihubungi MD sebentar tadi.

Ditanya mengenai pilihan nama cahaya matanya itu, Zed secara ringkas menjawab,

“Nama tu sebenarnya memang pilihan saya dan isteri. Ziqry tu ertinya zikir dan Ryan tu sebab nak nampak sedap bunyinya bila disebut dengan nama saya sekali, Ryan Ziqry Rozaidi. Abang saya boleh melawak tadi, katanya kenapa tak letak nama Ryan Giggs,”

Tambah Zed lagi, isterinya akan menjalani proses berpantang di rumah ibu mertuanya yang terletak di Taman Tun.

Tahniah MD ucapkan kepada Zed Zaidi dan isteri. Tentu bayi pasangan ini comel macam ibunya dan kacak bergaya seperti ayahnya 🙂

*credit mD

COCA-COLA Berkongsi Semangat Di Bulan Ramadhan

Coca-Cola telah memperkenalkan app istimewa bagi berkongsi semangat di bulan Ramadhan dengan individu tersayang sambil berbuat amal kebajikan kepada golongan yang memerlukan.Ucapan khas Ramadhan boleh dikongsi dengan sahabat handai serta ahli keluarga apabila menggunakan app istimewa “Mesin Sebarkan Semangat Ramadhan” Cola-Cola yang boleh dijumpai di laman facebook.com/cocacola .

Sempena bulan yang mulia ini, Coca-Cola Malaysia turut berazam untuk menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit sehingga RM50,000 untuk menjayakan pelbagai projek pembekalan air bersih untuk komuniti luar bandar.Anda hanya perlu menyebarkan seberapa banyak ucapan melalui laman sesawang menggunakan aplikasi istimewa tersebut.

Ucapan-ucapan tersebut boleh dikongsi melalui laman Facebook, twitter atau e-mel kerana semakin banyak ucapan yang dihantar, maka semakin tinggilah nilai wang yang akan disumbangkan kepada komuniti-komuniti tersebut.Dengan tercapainya 50,000 buah ucapan sehingga tengah malam pada 18 Ogos 2012, Coca-Cola akan merealisasikan tindakan positif anda menjadi satu amal kebajikan.

Sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada organisasi kebajikan dan pembangunan, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan badan amal pembangunan belia, Raleigh International untuk menjalankan projek untuk penyediaan bekalan air bersih dan pembentungan dengan kerjasama Coca-Cola.

ASTRO Bawakan Saluran ESPN 3D Untuk Sukan Olimpik 2012

Buat pertama kali di Malaysia,pelanggan Astro B.yond HD dapat menikmati liputan Sukan Olimpik 2012 di London dalam bentuk 3D setiap hari dari 28 Julai hingga 13 Ogos di saluran Olimpik 24-jam (ESPN 3D,saluran Astro 838) di Astro.

ESPN STAR Sports adalah penyiar rasmi di Astro untuk Sukan Olimpik 2012 di London. Ini termasuk liputan 24-jam di saluran ESPN (Astro Saluran 812), STAR Sports (Astro Saluran813), ESPN HD (Astro Saluran 832) dan ESPNEWS (Astro Saluran 818). Buat pertama kalinya, peminat sukan boleh menikmati 10 saluran ESPN STAR Sports khas untuk liputan Sukan Olimpik dalam bentuk SD dan HD serta di saluran khas 3D di Astro.Para pelanggan Astro B.yond HD yang melanggani Pakej Sukan Astro akan menikmati lebih 200 jam liputan 3D,termasuk siaran langsung dan laporan-laporan hangat sepanjang musim Olimpik ini. Ini termasuk lah Majlis Perasmian Olimpik pada 28 Julai jam 4 pagi dan Majlis Penutupan Olimpik pada 13 Ogos jam 4 pagi.

Semua pelanggan Astro kini mempunyai pilihan untuk menyaksikan acaran gemilang ini melalui ‘SPECIAL TV PASS’ (Pas TV Istimewa) dengan bayaran sekali 50 ringgit,tanpa melanggani pakej Sukan Astro. Dengan ‘SPECIAL TV PASS’ , pelangan Astro boleh mendapat akses secaar komprehensif ke acara ini.

Para pelanggan Astro boleh melanggani Pakej Sukan Astro atau ‘SPECIAL TV PASS’ melalui perkhidmatan Portal Astro (Saluran 200) . Pelanggan Astro turut boleh layari laman www.astro.com.my/shop untuk melanggani Pakej Sukan Astro.

Sarimah Bakal Kahwini Jejaka Perancis?

Pelakon juga pengacara Sarimah Ibrahim khabarnya kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama jejaka pilihan. Majlis akan berlangsung dalam masa terdekat ini dan dengarnya bakal suami Sarimah warganegara Perancis.

Selama ini pengacara mulut bertih jagung itu memang tidak pernah menyorok perihal dia bercinta dengan jejaka Perancis yang kacak lagi bergaya itu.

Malah banyak mata pernah melihat figura biasa di sapa Kak Mah ni pernah membawa jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Guillamae ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik pada tahun lalu.

Adakah Kak Mah bakal berkahwin dengan jejaka Perancis yang sama? Ataupun mungkin berita yang di dengar hanyalah khabar angin?

Asraruddin Perjelas Hubungan Dengan Rozita Che Wan

Pelakon jelita Rozita Che’Wan, 38, memang tidak pernah habis dengan ‘kisah cintanya’. Bukan saja dikaitkan dengan jejaka dikalangan pelakon tanah air, Che Ta sinonim dengan kononnya menjalin hubungan cinta dengan individu berstatus VIP. Tak cukup dengan itu, dramatis yang juga kakak kepada Ayu Raudah itu didakwa punya hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar.

Memetik kenyataan di murai.com, walaupun kelihatan seperti hubungan tersebut berjaya disembunyikan, namun ia masih dapat dihidu oleh segelintir pihak media hingga akhirnya tercetusnya kisah hangat mengenai kedua-dua personaliti yang sukses daripada dua lapangan yang berbeza itu.

Pun begitu, pemuda berusia 24 tahun yang lebih dikenali sebagai Asra ni, dia menganggap bahawa perkara itu sebenarnya merupakan sebuah cerita yang lama. Namun, dia tidak menolak dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan bersama Rozita Che Wan.

“Ini semua cerita lama, lebih kurang 3 tahun lepas.Tapi, memang saya ada berkawan dan mengenali Rozita Che Wan dan sehingga sekarang pun masih kekal sebagai kawan.

“Sejujurnya hubungan saya dan dia sekadar kawan biasa tetapi ada juga keluar bersama dengannya dahulu. Namun sekarang kerana kedua-dua kami agak sibuk, jadi tidaklah kami berkesempatan untuk berjumpa selalu.

“Lebih kurang 2 tahun lebih kami tidak berjumpa tetapi sekali-sekala ada juga bertanya khabar agar hubungan persahabatan tidak terputus,”ujar Asra menjelaskan situasi yang sebenar.

Asra juga menyofatkan aktres seksi itu merupakan seorang individu yang baik.

“Sepanjang kami berkawan, bagi saya Rozita merupakan seorang kawan yang baik. Dia seorang bagus untuk dijadikan teman dan seorang yang mesra,”tambahnya lagi.

Menurut Asra, sepanjang ramadan dia dan rakan sepasukan akan tetap sibuk berlatih bagi menghadapi beberapan perlawanan besar seperti menentang Manchester City dan Arsenal tidak lama lagi.

*credit murai & mD

Adi Putra, Sari Yanti Sertai Misi Rempit United Agih Bubur Lambuk

Selebriti terkenal, Adi Putra dan Sari Yanti bersama-sama Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU), memeriahkan suasana Ramadhan menerusi majlis pengagihan bubur lambuk percuma untuk juadah berbuka puasa, bertempat di Kampung Baru Kuala Lumpur, semalam.

Adi dan Sari yang juga merupakan duta RU serta kira-kira 30 anggota pertubuhan lain bertungkus lumus menyediakan sebanyak 1000 bungkus juadah popular Ramadhan ni dengan kerjasama pembuat bubur lambuk terkenal, Pak Hassan

Sumbangan ini merupakan usaha transformasi imej ‘rempit’ di bawah program Evolusi R. Di samping ianya satu inisiatif ibadah dikalangan ahli RU.

Menarik, pengagihan ini bukan saja diadakan di’hot spot’ iaitu di Kampung Baru saja. Malahan acara mulia ini turut diadakan serentak di negeri seperti Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu. Sekaligus mensasarkan mahu mengagihkan sebanyak 50,000 bungkus bubur lambuk percuma di seluruh negara.

“Saya teruja dan gembira dapat sama-sama menjayakan misi RU ni. Sambutannya cukup meriah. Saya terkejut juga kerana ingatkan bila kita beritahu waktu pengagihan akan bermula 4 petang tetpi ramai yang sudah beratur seawal jam 1 petang lagi, kata Adi Putra.

Aktres cantik, Sari Yanti turut sama meluahkan rasa teruja dapat mengikuti program yang dianjurkan RU ini.

“Saya baru balik dari kampung dan terus ke sini. Saya sangat gembira kerana selain beramal ini juga salah satu cara kita untuk mendekatkan lagi kami para artis dengan peminat”, tutur Sari Yanti yang tampil anggun berbaju kurung dan tambah manis bertudung.

Sementara itu menurut Presiden Presiden RU, Wazi Abdul Hamid, sekalipun aktiviti ini mungkin nampak kecil di kaca mata sesetenagh orang, tetapi bagi kumpulan yang sering terpinggir seperti Mat Rempit, ini adalah iniasitif yang cukup signifikan dan besar.

“Hari ini kami bersama-sama berganding bahu dalam satu majlis umum kerana kami ingin memberitahu orang ramai bahwa ‘Mat Rempit’ selalu disalah-ertikan dan sering dikaitkan dengan gejala-gejala negatif khususnya jenayah. Justeru RU akan terus gigih berusaha untuk mengubah persepsi negatif ini,” Wazi Abdul Hamid kepada MD.

Bekas jaguh motosikal yang ditemui di majlis tersebut ini turut mengumumkan bahwa RU akan menganjurkan beberapa lagi program lain antaranya berbuka puasa bersama anak yatim, pada bulan Ramadhan ini.

Sejak dilancarkan pada 28 Mei lalu, RU kini telah mempunyai lebih 20,000 ahli seluruh negara. Rempit United sebuah gabungan persatuan, geng-geng motosikal yang ada di Malaysia. Ianya sebagai satu gabungan persepsi sini masyarakat terhadap golongan anak muda bermotor, yang selama ini dianggap sebagai rakyat kelas bawahan.

Selain sarat dengan pengisian berbagai aktiviti invatif, RU juga menyediakan ruang dan peluang buat anak muda bermotor termasuk dari segi peluang kerjaya, menuntut pembinaa trek dan fasilitis untuk mereka berekreasi dan pelabagai aktiviti yang sihat.

TUNE TALK Penaja Rasmi Telekomunikasi QPR Di Asia

Baru-baru ini, Tune Talk dan QPR telah memeterai perjanjian selama 3 tahun yang mana Tune Talk adalah penaja rasmi syarikat telekomunikasi untuk QPR di Asia. Pelan juga telah dirangka untuk membentuk Kelab Penyokong Rasmi QPR Malaysia.

Kerjasama antara kedua-dua jenama yang teguh, Tune Talk dan QPR menjanjikan pelbagai faedah yang menarik bagi kedua-dua asas pelanggan Tune Talk dan peminat QPR di Asia.Peminat QPR bakal mendapat kandungan QPR eksklusif seperti sorotan perlawanan, update pemain, QPR pemanggil nada (CRBT) dan diskaun ke atas barangan eksklusif.

Jammal Raess Ross Iddin Buah Hati Baru Catriona

Tahniah  kepada pelakon jelita Catriona Bahrin Ross atau mesra dengan panggilan Cat yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama Jammal Raess Ross-Iddin, tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre pada Isnin lalu (16 Julai 2012).

Memetik kenyataan di murai, Catriona berasa gembira dan bersyukur dengan kelahiran cahaya mata keduanya itu.

“Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza.

“Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat . Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.

“Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,”ujar Catriona yang gembira menceritakan tentang putera sulungnya itu dan sudi berkongsi foto Jammal Raess buat tontonan pembaca Murai.

Bagi Catriona yang juga ibu kepada Sephia Rania yakni anak sulungnya itu, dia tidak menghadapi sebarang kesukaran melahirkan cahaya mata keduanya dan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.

“Saya ok, Alhamdulillah. Buat masa ini saya akan berehat di Kuala Lumpur dalam jangka masa 10 hari sebelum balik menghabiskan tempoh pantang di Kota Bharu bersama keluarga dan akan dijaga oleh ibu saya. Buat masa ini saya dijaga oleh suami dan ibu mertua,”tambahnya lagi.

Catriona turut menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mahu mengikuti perkembangan terbarunya dan mendoakan kesejahteraanya dan bayi yang baru dilahirkannya itu.

‘The Dark Knight Rises’ ~ Trilogy Dark Knight Terakhir

Tarikh Di Pawagam ~ 19 Julai 2012

Pelakon ~ CHRISTIAN BALE,GARY OLDMAN,TOM HARDY,JOSEPH GORDON-LEVITT,ANNE HATHAWAY.

Pengarah ~ CHRISTOPHER NOLAN

Di bahagian akhir Trilogy Dark Knight, Christopher Nolan, Batman mesti menghadapi musuh tidak seperti mana-mana dia telah pernah dihadapi.The Dark Knight, Batman menyelamatkan Gotham, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya, sebagai beliau akhirnya terpaksa mengambil menyalahkan jenayah Dent Harvey ini, dan mula diburu pihak Polis, dan dengan itu dia terpaksa meninggalkan tugas melindungi Gotham ke tangan Gordon.Kerja yang luar biasa bahawa Gordon lakukan pada akhirnya membawa keamanan kepada Gotham.Selepas apa yang kelihatan seperti umur, sudah cukup untuk meyakinkan Dark Knight Gotham adalah selamat dan Bruce Wayne perlu tidak pernah memakai Batsuit lagi. Walau bagaimanapun, 8 tahun selepas peristiwa-peristiwa The Dark Knight , musuh yang tidak diketahui muncul dan mengancam untuk memusnahkan Gotham.Musuh membuktikan terlalu banyak untuk Gordon untuk mengendalikan, Batman mesti memecahkan buangan 8 tahun dan kembali untuk mengalahkan Bane daripada memenuhi rancangan yang kejam dan menuntut di tempat yang sebenarnya sebagai penyelamat sebenar Gotham.

[nggallery id=86]

Tai Jawab Isu ‘Besar Kepala’, ‘Demand’ & ‘Bermasam Muka’

Baru-baru ini di dalam akhbar Utusan melaporkan tercetusnya pertelingkahan di antara pengarah terkenal Ahmad Idham dan pelakon yang cukup popular dengan tagline ‘apa celop’, Taiyuddin Bakar @ Tai, 29. Perkara tersebut belaku apabila Tai dikatakan tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan oleh Idham dalam menjayakan sebuah filem arahannya berjudul, Gangster Celop.

Berpeluang bertemu Tai baru-baru ini, MD mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu berkenaan konflik yang berlaku serta komen balas mengenai dia kini betul-betul sudah ‘besar kepala’ dan dilabelkan ‘demand’.

“Saya tidak terpanggil langsung untuk bagi apa-apa komen sebenarnya. Tapi apabila difikirkan semula, artikel yang bertajuk ‘Idham, Tai Bermasam Muka?’ tertera di akhbar tersebut, yang mana situasi berita itu belum betul-betul dipastikan samada benar atau tidak, kami berdua bergaduh.

“Tapi apa yang saya baca, atikel tersebut secara terus menghentam saya mengatakan Tai ‘besar kepala’ dan ‘banyak bunyi’. Dan saya merasakan ia sebagai satu usaha yang jelas daripada pihak sebelah sana,

“Sebenarnnya harga yang saya minta itu adalah harga pasaran. Harga yang sepatutnya dibayar kepada kebanyakan pelakon di Malaysia. Tapi mungkin pihak di sebelah sana tidak dapat memenuhi permintaan saya. Dan saya tidak diberitahu pula apa sebabnya,’ kata Tai membuka bicara menjelaskan hal berkenaan.

Pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar ni juga berkata, dia merasa ralat dilabelkan sebagai seorang yang demand kerana merasakan harga yang diminta itu cukup munasabah. Malah konflik antara dia dan pengarah drama Apa celop itu tercetus bukanlah semata kerana harga yang diperdebatkan. Tetapi berpunca kerana budi bahasa dan cara pihak Idham meminta khidmatnya disifatkan sebagai sesuatu yang melampau tahap kesabaran.

“Saya agak ralat bila dikatanya saya demand. Saya setuju kalau harga yang saya minta itu tidak masuk akal. Sebetulnya saya tidak kisah permintaan saya itu tidak dipenuhi. Tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini, amaun bukanlah punca kepada apa yang berlaku ini. Tapi kerana budi bahasa, bagaimana cara kita berjual beli dan bagaimana cara kita meminta dan memerlukan khidmat seseorang itu, yang mana saya rasakan maruah diri dan air muka saya sebagai seorang manusia dipandang rendah,” tegasnya.

Ditanya adakah dia pernah ‘makan hati’ sepanjang berkerjasama dengan pengarah juga pemilik produksi Excellent Pictures itu, Tai menjawab,

“Saya akui kadang-kadang ada sesuatu perkara yang buat kita tak berapa senang. Ada juga perkara yang menyebabkan kehendak kita sukar dipenuhi tetapi kalau kita dilayan dengan cara sepatutnya, tak mengapa. Tapi kalau sudah mencapai tahap dan ia tidak boleh dibiarkan lagi. Dalam bahasa kasarnya, saya menolak untuk bertuhankan manusia dalam mencari rezeki”,

Mengulas dakwaan bahwa tindakannya seolah-olah dengan begitu senang melupakan jasa pengarah yang membuatkan namanya dikenali menerusi filem Hantu Bonceng dan drama Apa Celop, Tai berkata dia pernah mempersoalkan pada dirinya sendiri tentang apa yang terjadi. Malah sekiranya dia tidak mengenali siapa Taiyuddin Bakar tentu sekali dia setuju dengan label lupa diri.

Bagaimanapun pelakon lulusan Diploma Teater (Lakonan) Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) ni memberitahu dalam hal ini, tahap kesabarannya sudah mencapai limit. Apapun dia cukup berterima kasih kepada Ahmad Idham yang telah menempatkannya diri dalam industri lakonan tanah air hingga membuat ramai sudah mengenali siapa Taiyuddin Bakar, hari ini.

“Idham, sebagai kawan adalah seorang yang cukup saya senangi. Dari sudut profesional kerja, dia seorang yang sangat saya hormati. Tapi sebagai manusia setiap daripada kita ada tahap dan limitnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang berlaku di antara saya dan dia, sudah mencapai tahap limit”,

“Saya pernah berbincang berdua dengan Idham mengenai hal ini. Namun hasil perbincangan itu tidak mencapai satu keputusan yang baik” tambahnya.

Tai juga tidak dapat menolak bahwa konflik yang berlaku ini adalah kerana kesalahan dirinya sendiri yang selama ini terlalu memberi dan kerap mengalah dalam banyak perkara sejak awal lagi.

“Saya rasa mungkin konflik ini tidak akan wujud kalau saya sendiri tidak meletakkan diri saya terlalu rapat dengan Idham. Mungkin juga ini salah saya, Sebenarnya saya mengenali Ahmad Idham selepas tujuh tahun saya dalam dalam dunia lakonan. Mungkin juga salah Idham yang tidak mengenali saya,”

“Daripada awal lagi iaitu dari Hantu Bonceng lagi, saya sudah berterus terang mengenai apa yang saya faham dan tahu tentang industri. Mengenai harga yang sesuai untuk seorang pelakon di Malaysia ini. Tapi pada waktu itu, mungkin saya melihat pada platform. Tapi saya tegaskan lagi sekali, daripada awal saya sudah memberitahu tentang pendirian saya,”

“Saya meletakkan sesuatu harga itu mengikut harga pasaran bukan memandang dari sudut bayaran setimpal dengan watak. Tapi harga yang saya letakkan itu ditolak tanpa sebab kenapa tidak boleh dibayar. Selama ini saya tak pernah berkira tentang bayaran. Malah saya pernah berlakon percuma baik dalam drama, teater juga filem.

“Keutamaan saya adalah mencari rezeki halak untuk adik-adik serta kedua ibu bapa saya. Tapi apabila saya disogokkan dengan populariti, tidak bermakna ia boleh membeli jiwa saya. Kesimpulannya, konflik ini tercetus kerana prinsip sifat kemanusian, tuturnya mengakhiri perbualan.

*sumber mD