Model Victoria Secret iaitu Miranda Kerr baru-baru ini muncul didalam iklan baru produk Victoria Secret dengan ber ‘Topless’ dan seksi. Sudah semestinyer iklan ini tidak lepas jika ditayangkan di Malaysia.
[nggallery id=85]
Pasti kelihatan canggung apabila seorang wanita garang berubah menjadi seorang wanita yang gedik semata-mata untuk meraih perhatian jejaka idamannya. Menyusuli program Mentor 6, sebuah drama bersiri 13 episod, Miss Octopus yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rozita Che Wan, Nabila Dally, Fahrin Ahmad, Nas.T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib pula menemani para penonton setiap Ahad, 9.00 malam mulai 24 Jun 2012.
Ms Octopus yang diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip ditulis oleh Azlina Pa’Wan menggandingkan pelakon-pelakon hebat mengisahkan Oktober (Rozita Che Wan) dan Asmira (Nabila Dally) yang sering bersaing antara satu sama lain sejak berlakunya satu insiden.
Oktober yang mempunyai sifat panas baran, merupakan seorang pensyarah dan masih belum berkahwin. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira yang merupakan salah seorang pelajar Oktober, telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.
Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psychiatrist iaitu Dr. Iman (Rizz Amin). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.
Namun begitu, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Oktopus oleh Asmira. Persengketaan di antara Oktober dan Asmira bertambah menjadi rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti mereka. Kehadiran Dr. Shah Reza (Fahrin Ahmad) di fakulti itu umpama tsunami yang melanda Acheh, kerana ketampanannya membuatkan pelajar-pelajar perempuan dilanda dengan perasaan angau terhadap Dr. Shah Reza. Ini termasuklah dengan Oktober yang mula tertarik dengan Dr. Shah Reza semenjak pertemuan pertama mereka.
Dalam sekelip mata Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr. Shah Reza. Kini barulah dia sedar erti sebenarnya cinta. Sikapnya mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan Dr. Shah Reza. Jika boleh Oktober mahu berkepit dengan Dr. Shah Reza 24 jam. Sehinggakan dia sanggup memasak hidangan semata-mata untuk diberikan kepada pujaan hatinya kerana susah untuk dapat keluar makan bersama-sama Dr. Shah Reza.
Dr. Shah Reza sedar akan keterujaan Oktober terhadap dirinya. Namun dia tidak berkenan dengan sikap Oktober dan itu membuatkan dia sering melarikan diri dari bertemu dengan Oktober. Sesungguhnya Dr. Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira. Oktober mula perasan akan kemersraan Dr. Shah Reza dengan Asmira. Marahnya terhadap Asmira semakin membuak-buak. Hakim pula mula menjauhkan diri dari Asmira sejak melihat keintiman gadis itu dengan Dr. Shah Reza. Apabila Asmira dipelawa oleh Dr. Shah Reza untuk keluar makan malam bersamanya, tanpa berfikir panjang Asmira terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah dalam diam Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr. Shah Reza? Atau Asmira mempunyai agenda tersendiri menerima pelawaan Dr. Shah Reza itu? Apakah kemuncak persengketaan di antara Oktober dan Asmira?
Jangan ketinggalan untuk menonton Miss Octopus terbitan Grand Brilliance pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3.
Terbaru, kumpulan yang semakin menjadi pujaan ramai, 6ixth Sense, kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan yang disambut dengan gembira khususnya masyarakat Islam di Malaysia.
Album yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian ini memilih judul Tentang Kita sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.
Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syaafat rasul (ikon terbaik).
Lagu baru berjudul Altar Cinta ciptaan penuh vokalis mereka, Adi, bakal menemui peminat yang menantikan sentuhan baru mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka, +-x÷, yang menampilkan lagu hebat seperti Khatimah Cinta, Menyesal, Yang Sempurnakanku dan Cinta Mati.
Malah, lagu berkenaan bakal diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai 2012, terdiri daripada ERA FM (9 malam), THR FM (8.30 malam), SURIA FM (5.50 petang), IKIM FM (5.50 petang), HOT FM dan stesen lain yang mengambil bahagian.
Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box.
Album ini menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam menerusi lagu berunsur nasihat dan panduan berguna, malah penyertaan Saujana dalam album ini diharapkan dapat memudahkan kaedah dakwah yang sememangnya menjadi nadi asas dalam album kerohanian ini.
Diharapkan dengan usaha yang ditunjukkan 6ixth Sense kali ini membuahkan hasil dan member makna tersendiri kepada kumpulan ini, apatah lagi pelancaran album mereka mengambil keberkatan Ramadan tahun ini.
Menyentuh soal lagu yang terkandung dalam album Tentang Kita terbitan Universal Music Malaysia ini, gabungan tenaga kerja profesional ternyata mengagumkan apatah lagi dirakam di tiga studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King’s Studio dan Studio 18.
Mengandungi empat lagi lagu lain seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat), susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri pastinya mengekalkan kunikan tersendiri kumpulan itu, dimantapkan lagi dengan bunyian ‘strings’ oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa’unine Strings.
Antara lagu terbabit adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz.
Malah, penglibatan penerbit lagu ini iaitu Mujahid Abdul Wahab yang berpengalaman menerbitkan album 6ixth Sense sebelumnyai pasti diyakini, apatah lagi beliaulah yang membentuk kumpulan ini sejak mula menempatkan diri di arena seni suara.
Diharapkan buah tangan kali ini dapat memberi manfaat kepada pendengar, sekali gus memberi peluang kepada pendengar untuk menikmati naskhah hebat ini.
SENARAI PENUH LAGU ALBUM ‘TENTANG KITA’
Penerang Hati
Ayah Dan Ibu
Damai Yang Hilang
Rasulullah
Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)
Altar Cinta
LIRIK ALTAR CINTA
Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi
Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap
co:
Tak mampu kuterbang tanpaMu
Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku
Song and Lyric : Adi 6ixth Sense
OP: Rumpun Records Sdn Bhd
SP: Universal Music Publishing Sdn Bhd
Sejak dari sesi pendaftaran kira-kira jam 11.30 pagi, keadaan sudah menjadi kelam kabut dengan para peminat yang berasak-asak. Sehinggakan pintu utama hotel terpaksa disekat. Dan selepas hampir 3 jam membiarkan para media dan kira-kira 30 peminat bertuah menunggu (ya!, dia lewat tanpa memaklumkan kami, apa sebabnya) akhirnya figura sensasi pujaan dunia, Justin Bieber, 18, muncul jua!
Seperti biasa fans teruja- menjerit bak histeria sebaik Justin keluar ke pentas. Dihostkan oleh VJ Holly, sidang Akbar Asia Tenggara yang diadakan buat pertama kali di Malaysia ni dimulakan dengan persembahan akustik penyanyi Pop kelahiran Kanada ini.
Bieber yang baju t-putih dan berseluar slack hitam diiringi seorang pemain gitar membuka persembahan dengan lagu Die in Your Arms, One Less Lonely Girl, Baby, Be Alright, As Long As You Love dan Boyfriend. Gamat lagi meriah suasana apabila Beliebers (gelaran untuk fans) juga para media ikut nyanyi bersama.
Menarik, saat mendedangkan lagu Boyfriend, Bieber spontan memanggil seorang peminat bertuah ke pentas, lantas dipeluknya gadis itu. Sekaligus membuatkan peminat lain ‘makan hati’ (dan pastinya peminat yang tak dapat masuk sidang media ni juga turut ‘makan hati’)
Usai persembahan sekitar jam 2.45 petang, diteruskan dengan sidang media.
“Hi Malaysia! Saya gembira dapat kembali semula ke sini. Setiap kali saya datang ke sini, semuanya menyambut saya dengan tangan terbuka dan saya sangat gembira. Saya sayang anda semua!”, kata Justin Bieber menyatakan persaannnya menjejakkan kaki kali kedua di sini sewaktu di sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.
Selain itu ada peminat yang bertanya, “apa yang paling menarik bila menjadi seorang yang popular?”
Kata Bieber, “Suka membuat persembahan dan suka menari, jadi rasa best jadi popular sebab saya dapat memberi inspirasi pada ramai orang”
Sebelum meninggalkan dewan Justin sempat menitipkan kata-kata buat fans,
“Saya sangat sayang awak semua! Dan saya janji akan kembali semula ke sini lagi nanti!
*credit to mD
[nggallery id=83]
Sejak dari sesi pendaftaran kira-kira jam 11.30 pagi, keadaan sudah menjadi kelam kabut dengan para peminat yang berasak-asak. Sehinggakan pintu utama hotel terpaksa disekat. Dan selepas hampir 3 jam membiarkan para media dan kira-kira 30 peminat bertuah menunggu (ya!, dia lewat tanpa memaklumkan kami, apa sebabnya) akhirnya figura sensasi pujaan dunia, Justin Bieber, 18, muncul jua!
Seperti biasa fans teruja- menjerit bak histeria sebaik Justin keluar ke pentas. Dihostkan oleh VJ Holly, sidang Akbar Asia Tenggara yang diadakan buat pertama kali di Malaysia ni dimulakan dengan persembahan akustik penyanyi Pop kelahiran Kanada ini.
Bieber yang baju t-putih dan berseluar slack hitam diiringi seorang pemain gitar membuka persembahan dengan lagu Die in Your Arms, One Less Lonely Girl, Baby, Be Alright, As Long As You Love dan Boyfriend. Gamat lagi meriah suasana apabila Beliebers (gelaran untuk fans) juga para media ikut nyanyi bersama.
Menarik, saat mendedangkan lagu Boyfriend, Bieber spontan memanggil seorang peminat bertuah ke pentas, lantas dipeluknya gadis itu. Sekaligus membuatkan peminat lain ‘makan hati’ (dan pastinya peminat yang tak dapat masuk sidang media ni juga turut ‘makan hati’)
Usai persembahan sekitar jam 2.45 petang, diteruskan dengan sidang media.
“Hi Malaysia! Saya gembira dapat kembali semula ke sini. Setiap kali saya datang ke sini, semuanya menyambut saya dengan tangan terbuka dan saya sangat gembira. Saya sayang anda semua!”, kata Justin Bieber menyatakan persaannnya menjejakkan kaki kali kedua di sini sewaktu di sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.
Selain itu ada peminat yang bertanya, “apa yang paling menarik bila menjadi seorang yang popular?”
Kata Bieber, “Suka membuat persembahan dan suka menari, jadi rasa best jadi popular sebab saya dapat memberi inspirasi pada ramai orang”
Sebelum meninggalkan dewan Justin sempat menitipkan kata-kata buat fans,
“Saya sangat sayang awak semua! Dan saya janji akan kembali semula ke sini lagi nanti!
*credit to mD
[nggallery id=83]
Justin Bieber adalah bertanggungjawab untuk kehilangan pendengaran beliau,kata ibu kepada seorang peminatnya. Stacey Wilson Betts berkata dia rosak telinga apabila mengambil anak perempuannya untuk konsert di Portland, Oregon pada 14 Julai 2010 kerana bunyi,jeritan peminat dan “bunyi letupan” yang “melebihi tahap desibel yang selamat.”
Plaintif berkata promoter konsert dan jurutera bunyi yang “bertanggungjawab untuk mengekalkan desibel selamat pada setiap masa semasa acara mereka” perlu bertanggungjawab untuk kehilangan “kualiti hidup dan hilang upaya kekal dan kemerosotan nilai kepada kedua-dua telinga saya. “
Penamaan Island Def Jam Records, penganjur konsert dan arena sebagai defendan lain, Betts memohon $ 9230000 ganti rugi. Beliau dilaporkan mengalami dalam kedua-dua telinga teruk tinnitus, yang merupakan deringan di dalam telinga, dan hyperacusis, yang merupakan oversensitivity membunyikan. Beliau juga mengadu kehilangan pendengaran akibat bunyi bising lain.
KEMPEN CD MURAH SUPER benar-benar bola pemutus dalam industri! Antara penyanyi yang dipilih untuk kempen ini megah termasuk Kylie Minogue, Madonna, Faith Hill, Rod Stewart, Natalie Cole, Led Zeppelin, Red Hot Chilli Peppers, The Corrs, Aretha Franklin, Josh Groban, Richard Marx, Tina Turner, UB40, Diana Ross , Roxette, Lenny Kravitz dan beratus-ratus artis besar yang lain. Untuk koleksi cakera tunggal, setiap judul dijual pada harga RM 29,90, manakala edisi dua cakera dijual pada harga RM 33,90 – sama dengan harga yang sama seperti dahulu. Satu peringatan yang lembut untuk semua orang: kempen ini adalah untuk masa terhad sahaja – ia bermula dari 16 Julai, 2012 dan akan berlangsung hingga 31 Disember, 2012.
Untuk rekod, Warner Music Malaysia telah berjaya menjual hampir 150, 000 salinan dalam pertama tiga kempen Super Murah; yang pertama pada tahun 2009 (mulai 1 Okt Feb 28, 2010) dihantar 38, 000 salinan; kempen mahasiswa tahun 2010 (daripada Ogos 1 Dec 31, 2010) bergerak 52, 000 salinan; ansuran terkini kempen pada tahun 2011 (dari Mei 16 Apr 30, 2012) menjual 54, 000 salinan.
EMI products:
| 911 | THE GREATEST HITS & A LITTLE BIT MORE |
| ADIEMUS | A JOURNEY : THE BEST OF |
| AMERICA | THE BEST OF |
| AMR DIAB | BEST OF |
| ANNE MURRAY | DUETS : FRIENDS & LEGENDS |
| ANNE MURRAY | THE ULTIMATE |
| ARRESTTED DEVELOPMENT | THE COLLECTION |
| ATOMIC KITTEN | THE GREATEST HITS |
| BELINDA CARLISLE | A PLACE ON EARTH : THE GREATEST HITS |
| BELINDA CARLISLE | THE BEST OF BELINDA VOL. 1 |
| BLONDIE | GREATEST HITS |
| BLUE | BEST OF BLUE |
| BOB SEGER | GREATEST HITS |
| BOBBY MCFERRIN | THE BEST OF BOBBY MCFERRIN |
| CELTIC WOMAN | THE GREATEST JOURNEY : ESSENTIAL COLLECTION |
| CHINA CRISIS | CHINA CRISIS COLLECTION |
| CULTURE CLUB | GREATEST MOMENTS |
| DAVE KOZ | GREATEST HITS |
| DEAN MARTIN | ESSENTIAL LOVE SONGS |
| DEEP PURPLE | PLATINUM SERIES |
| DEEP PURPLE | THE VERY BEST OF |
| DEPECHE MODE | THE SINGLES 81 – 85 |
| DIANA ROSS | LOVE & LIFE, THE VERY BEST OF DIANA ROSS |
| DIANA ROSS | ONE WOMAN/THE ULTIMATE COLLECTION |
| DON MCLEAN | THE VERY BEST OF |
| DOVE | THE PLACE BETWEEN: THE BEST OF DOVE |
| DURAN DURAN | GREATEST |
| ENIGMA | LOVE SENSUALITY DEVOTION |
| FALCO | ESSENTIAL 1992-1998 |
| FATS DOMINO | GREATEST HITS: WALKING TO NEW ORLEANS |
| FREDDIE JACKSON | GREATEST HITS |
| GARY MOORE | BALLADS AND BLUES 1982 – 1994 |
| GEORGE HARRISON | LET IT ROLL SONGS OF GEORGE HARRISON |
| GRAND FUNK RAILROAD | GREATEST HITS |
| GREAT WHITE | GREATEST HITS (REMASTED) |
| HEART | GREATEST HITS |
| IRON MAIDEN | SOMEWHERE BACK IN TIME : THE BEST OF 1980 – 1989 |
| JETHRO TULL | THE VERY BEST OF |
| KEITH URBAN | GREATEST HITS |
| KENNY ROGERS | NUMBER ONES |
| KIM WILDE | THE VERY BEST OF KIM WILDE |
| KYLIE MINOGUE | THE BEST OF |
| LENNY KRAVITZ | GREATEST HITS |
| LITTLE RIVER BAND | THE DEFINITIVE COLLECTION |
| LOU RAWLS | THE VERY BEST OF LOU RAWLS |
| MEGADETH | GREATEST HITS : BACK TO THE START |
| MILES DAVIS | BALLADS & BLUES |
| MILES DAVIS | THE COMPLETE BIRTH OF THE COOL |
| MORRISSEY | SUEDEHEAD : THE BEST OF |
| NAT KING COLE | LOVE SONGS |
| NAT KING COLE | THE ULTIMATE COLLECTION |
| NAT KING COLE | THE VERY BEST OF NAT KING COLE |
| PAT BENATAR | GREATEST HITS |
| PATRICIA BARBER | MYTHOLOGIES |
| PEGGY LEE | THE VERY BEST OF PEGGY LEE |
| PET SHOP BOYS | ULTIMATE (SINGLE DISC) |
| QUEENSRYCHE | GREATEST HITS |
| RADIOHEAD | THE BEST OF |
| RAY CHARLES | GENIUS LOVES COMPANY |
| ROXETTE | A COLLECTION OF ROXETTE HITS |
| ROXY MUSIC | THE BEST OF |
| SARAH BRIGHTMAN | CLASSICS |
| SARAH BRIGHTMAN | DIVA : THE SINGLES COLLECTION |
| SELENA | ALL MY HITS / TODOS MIS EXITOS |
| SHAGGY | THE BEST OF SHAGGY |
| SHIRLEY BASSEY | DIAMONDS |
| SHIRLEY BASSEY | THIS IS MY LIFE : THE GREATEST HITS |
| SINEAD O’CONNOR | BEST OF |
| SMASHING PUMPKINS | ROTTEN APPLES : GREATEST HITS |
| SUPERGRASS | SUPERGRASS IS 10 : THE BEST OF SUPERGRASS 94 – 04 |
| THE ANIMALS | THE BEST OF THE ANIMAL |
| THE BEACH BOYS | CLASSIC BEACH BOYS SELECTED BY BRIAN WILSON |
| THE BEACH BOYS | VERY BEST OF THE BEACH BOYS |
| THE RAMONES | ESSENTIAL |
| THE VERVE | THIS IS MUSIC : THE SINGLES 92 – 98 |
| THE WATERBOYS | BEST OF 81 – 90 |
| UB40 | REGGAE LOVE SONGS |
| VANESSA-MAE | THE BEST OF VANESSA-MAE |
| WHITESNAKE | GREATEST HITS |
| WILSON PHILLIPS | GREATEST HITS |
| BLUR | MIDLIFE : A BEGINNER’S GUIDE TO BLUR (2CD) |
| BRYAN FERRY | BEST OF (SPECIAL EDITION) (CD+DVD) |
| CLIFF RICHARD | 40 GOLDEN GREATS (2CD) |
| CLIFF RICHARD | THE ULTIMATE COLLECTION (2CD) |
| CREED | GREATEST HITS (CD+DVD) |
| CRYSTAL GAYLE | THE BEST OF CRYSTAL GAYLE (2CD) |
| DAVID BOWIE | BEST OF BOWIE (2CD) |
| DAVID BOWIE | THE SINGLES COLLECTION (2CD) |
| DEEP PURPLE | ANTHOLOGY : BEST OF (2CD) |
| DEPECHE MODE | THE SINGLES 86 – 98 (2CD) |
| DEPECHE MODE | THE SINGLES 81 – 98 |
| ENIGMA | THE PLATINUM COLLECTION (2CD) |
| ERASURE | TOTAL POP! – THE FIRST 40 HITS (2CD) |
| FRANK SINATRA | DUETS & DUETS II : 90TH BIRTHDAY (2CD) |
| GARY MOORE | THE PLATIINUM COLLECTION (3CD) |
| GLEN CAMPBELL | THE CAPITOL YEARS: 1965 – 1977 (2CD) |
| JOE COCKER | THE ULTIMATE COLLECTION 1968 – 2003 (2CD) |
| JOHN LENNON | WORKING CLASS HERO – THE DEFINITIVE LENN (2CD) |
| JULIE LONDON | THE VERY BEST OF JULIE LONDON (2CD) |
| KAJAGOOGOO AND LIMAHL | TOO SHY : THE BEST OF KAJAGOOGOO & LIMAHL (2CD) |
| KENNY ROGERS | ALL THE HITS AND ALL NEW LOVE SONGS (2CD) |
| LIBERA | ETERNAL : THE BEST OF LIBERA (2CD) |
| LINDA RONSTADT | THE VERY BEST OF (2CD) |
| LULU | TO SIR WITH LOVE (2CD) |
| MEGADETH | ANTHOLOGY : SET THE WORLD AFIRE (2CD) |
| N.E.R.D | THE BEST OF |
| OMD | MESSAGES : GREATEST HITS (2CD) |
| PET SHOP BOYS | POPART (2CD) |
| PETER GABRIEL | HIT (2CD) |
| RICHARD MARX | HITS & BALLADS (2CD) |
| SIMPLE MINDS | THE BEST OF |
| SPICE GIRLS | GREATEST HITS (CD+DVD) |
| THE HOLLIES | THE MIDAS TOUCH : HOLLIES GOLD (2CD) |
| THE SHADOWS | 50 GOLDEN GREATS (2CD) |
| THE SPECIALS | THE BEST OF (2CD) |
| TINA TURNER | ALL THE BEST (2CD) |
| UB40 | BEST OF VOLUMES 1 & 2 (2CD) |
Warner products:
| AL JARREAU | LOVE SONGS |
| ALANIS MORISSETTE | THE COLLECTION |
| ALICE COOPER | DEFINITIVE |
| ALICE COOPER | ALICE COOPER’S GREATEST HITS |
| ALPHAVILLE | FIRST HARVEST 1984 – 1992 |
| AMERICA | DEFINITIVE |
| ANITA BAKER | DEFINITIVE |
| BAD COMPANY | STORIES TOLD AND UNTOLD |
| BEE GEES | BEST OF VOL. 1 |
| BEE GEES | BEST OF VOL. 2 |
| BEE GEES | LOVE SONGS |
| BEE GEES | NUMBER #1S |
| BETTE MIDLER | THE BEST BETTE |
| BLACK SABBATH | THE DIO YEARS |
| BONNIE RAITT | THE BONNIE RAITT COLLECTION |
| BRANDY | THE BEST OF BRANDY |
| BREAD | ESSENTIALS |
| BUSTA RHYMES | TURN IT UP ! THE VERY BEST OF |
| CARLY SIMON | THE BEST OF CARLY SIMON |
| CATATONIA | BEST OF |
| CHAKA KHAN | EPIPHANY : THE BEST OF CHAKA KHAN, VOL. 1 |
| CHRISTOPHER CROSS | THE DEFINITIVE |
| COLLECTIVE SOUL | 7EVEN YEAR ITCH : GREATEST HITS 1994 – 2001 |
| CRAIG DAVID | GREATEST HITS |
| DAVID FOSTER | THE BEST OF ME : COLLECTION DAVID FOSTER’S |
| DAVID GATES | SONGBOOK-A LIFETIME OF MUSIC |
| DAVID GRAY | GREATEST HITS |
| DAVID SANBORN | GREATEST HITS |
| DEBBIE GIBSON | GREATEST HITS |
| DONNA SUMMER | BEST OF DONNA SUMMER |
| EARL KLUGH | BEST OF EARL KLUGH |
| ELVIS COSTELLO | EXTREME HONEY : THE VERY BEST |
| ENYA | PAINT THE SKY WITH STARS |
| ERIC CLAPTON | CLAPTON CHRONICLES:THE BEST OF |
| FACES | BEST OF |
| FAITH HILL | THE HITS |
| FOURPLAY | BEST OF |
| FRANK SINATRA | NOTHING BUT THE BEST (INTERNATIONAL VERSION) |
| FRANKIE VALLI & THE FOUR SEASONS | DEFINITIVE |
| GARBAGE | ABSOLUTE GARBAGE |
| GEORGE BENSON | THE VERY BEST OF |
| GREEN DAY | INTERNATIONAL SUPERHITS |
| HOWARD JONES | THE VERY OF |
| JAMES INGRAM | THE POWER OF GREAT MUSIC |
| JONI MITCHELL | HITS |
| LAURA PAUSINI | THE BEST OF “E ERITOMO DA TE” |
| LINDA RONSTADT | THE VERY BEST OF |
| LOBO | THE VERY BEST OF LOBO |
| LOUDNESS | THE BEST OF LOUDNESS 8688 |
| M2M | THE DAY YOU WENT AWAY : THE BEST OF M2M |
| MADONNA | IMMACULATE COLLECTION |
| MADONNA | GHV2 |
| MADONNA | SOMETHING TO REMEMBER |
| MATCHBOX TWENTY | EXILE ON MAINSTREAM |
| MICHAEL MCDONALD | THE BEST OF MICHAEL MCDONALD |
| MR. BIG | GREATEST HITS |
| NATALIE COLE | LOVE SONGS |
| NEIL YOUNG | GREATEST HITS |
| R.E.M. | IN TIME:BEST OF R.E.M (1988-2003) |
| RANDY CRAWFORD | THE VERY BEST OF |
| RANDY TRAVIS | THE VERY BEST OF RANDY TRAVIS |
| RED HOT CHILI PEPPERS | GREATEST HITS NON PA |
| ROBERTA FLACK | THE VERY BEST OF ROBERTA FLACK |
| ROD STEWART | IF WE FALL IN LOVE TONIGHT |
| ROD STEWART | THE BEST OF ROD STEWART |
| SKID ROW | FORTY YEARS : THE BEST OF |
| STAIND | THE SINGLES 1996 – 2006 |
| THE CORRS | DREAMS / THE CORRS COLLECTION |
| THE CORRS | MTV UNPLUGGED |
| THE CULT | BEYOND GOOD AND EVIL |
| THE DARKNESS | THE PLATINUM COLLECTION |
| THE GOO GOO DOLLS | GREATEST HITS VOL 1 |
| THE MONKEES | DEFINITIVE |
| THE PRETENDERS | THE SINGLES |
| THE TEN TENORS | ONE IS NOT ENOUGH |
| TIM MCGRAW | GREATEST HITS |
| TOM WAITS | USED SONGS 1973 – 1980 |
| TORI AMOS | TALES OF A LIBRARIAN : A TORI AMOS COLLECTION |
| TRACY CHAPMAN | THE COLLECTION |
| AMERICA | DEFINITIVE (2CD) |
| ARETHA FRANKLIN | RARE & UNRELEASED RECORDINGS (2CD) |
| BAD COMPANY | THE ORIGINAL BAD COMPANY (2CD) |
| BANANARAMA | THE VERY BEST OF |
| BEE GEES | GREATEST SPECIAL EDITION (2CD) |
| BLACK OAK ARKANSAS | DEFINITIVE (2CD) |
| BREAD | DEFINITIVE COLLECTION (2CD) |
| CHER | THE VERY BEST OF CHER (2CD) |
| CHIC & SISTER SLEDGE | THE VERY BEST OF (2CD) |
| CHICAGO | THE BEST OF CHICAGO 40TH ANNIVERSARY EDITION (2CD) |
| CHRIS REA | STILL SO FAR TO GO : THE BEST OF CHRIS REA (2CD) |
| DR JOHN | DEFINITIVE (2CD) |
| DREAM THEATER | GREATEST HITS & 21 OTHER PRETTY COOL SONGS (2CD) |
| EAGLES | THE COMPLETE GREATEST HITS (2CD) |
| EMMYLOU HARRIS | ANTHOLOGY – THE WARNER REPRISE YEARS (2CD) |
| FLEETWOOD MAC | THE VERY BEST OF (2CD) |
| FOREIGNER | DEFINITIVE COLLECTION (2CD) |
| JACKSON BROWNE | THE VERY BEST OF (2CD) |
| JOSH GROBAN | A COLLECTION (2CD) |
| JOY DIVISION | THE BEST OF JOY DIVISION (2CD) |
| LED ZEPPELIN | BBC SESSIONS (2CD) |
| LED ZEPPELIN | MOTHERSHIP (2CD) |
| LED ZEPPELIN | REMASTERS (2CD) |
| MADONNA | CELEBRATION (2CD) |
| NEW ORDER | SINGLES (2CD) |
| PHIL COLLINS | LOVE SONGS (A COMPILATION NEW AND OLD) (2CD) |
| PRINCE | ULTIMATE (2CD) |
| PRINCE | THE HITS / B-SIDES (3CD) |
| RAMONES | HEY! HO! LET’S GO – THE ANTHOLOGY (2CD) |
| ROD STEWART | SOME GUYS HAVE ALL THE LUCK (2CD) |
| ROD STEWART | THE STORY SO FAR (2CD) |
| RUSH | RETROSPECTIVE III |
| SEAL | HITS (2CD) |
| SEAL | SEAL BEST 1991 – 2004 (2 CD) |
| SISTER SLEDGE | DEFINITIVE |
| THE CARS | JUST WHAT I NEEDED : THE CARS ANTHOLOGY (2CD) |
| THE DOOBIE BROTHERS | THE VERY BEST OF (2CD) |
| THE DRIFTERS | 1959 – 1965 ALL TIME GREATEST HITS (2CD) |
| THE GOO GOO DOLLS | GREATEST HITS VOL 2 (CD+DVD) |
| THE PRETENDERS | THE BEST OF |
| TODD RUNDGREN | DEFINITIVE (2CD) |
| VAN HALEN | THE BEST OF BOTH WORLDS (2CD) |
| WHITE LION | DEFINITIVE |
| WILSON PICKETT | DEFINITIVE (2CD) |
| YES | ULTIMATE : 35TH ANNIVERSARY COLLECTION (2CD) |
| ZZ TOP | THE VERY BEST OF : RANCHO TEXICANO (2CD) |
Kalau penerbitan drama televisyen, syarikat Suhan Movies & Trading Sdn Bhd sememangnya unggul dengan produk-produk yang sedia meraih rating tertinggi. Sebut saja drama seperti Asmara, Trilogi Cinta, Rozana,Gelora Di Hati Sara dan Isabella antara terbitan yang menjadi kebanggaan. Tak hairanlah syarikat ini disenarai sebagai syarikat ke-3 terbesar dalam menghasilkan drama-drama di Malaysia.
Tapi jika disebut pula penghasilan filem, sepanjang 15 tahun bertapak, syarikat milik Rosyam Nor ini dilihat agak terkebelakangan. Lantaran pelakon itu memberitahu beliau fobia untuk menerbitkan sesebuah filem pada masa sekarang kerana tidak mahu menanggung kerugian kelak.
Menyifatkan pembikinan satu-satu filem itu umpama satu perjudian, lantas itu yang menyebabkan Rosyam selaku Pengarah Urusan dan penerbit, berfikir panjang untuk menghasilkan karya di layar lebar.
Bagaimanapun dengan mengambil inspirasi kejayaan filem Castello (2004), kali ini Rosyam bersama warga kerjanya kembali optimis mencuri ruang sekaligus memberi perhatian penuh pada filem terbaru terbitan syarikatnya, berjudul Balistik (kelajuan peluru). Apatahlagi dengan kolaborasi dan pelaburan dana oleh Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF), menambah keyakinan aktor tersohor untuk menerbitkan filem tersebut.
Selain turut mendapat khidmat penasihat lagak ngeri dari Hong Kong, Loy Fat, filem yang sudah pun seminggu penggambarannya ni diterajui barisan pelakon berprofil tinggi seperti Rosyam Nor sendiri, Adi Putra, Rita Rudaini, Tania Hudson, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan. Ia bakal diarahkan oleh Silver.
Mengangkat tema gangsterism berserta mesej tersendiri kepada penonton dengan suntikan drama dan kasih sayang, antara tarikan lain, Balistik menggunakan 55% penggunaan senjata. Ditambah dengan babak seperti letupan kereta, berlawan serta disuntik sikit elemen CGI.
Balistik mengisahkan konflik yang dihadapi oleh pembunuh upahan, Saga (Rosyam Nor). Meninggalkan isterinya Salina (Rita Rudaini), Saga meneruskan kegiatan kongsi gelap bersama rakan, Jack sambil membesarkan anaknya, Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Saga dan Rykarl. Namun pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Inspektor Nizam (Adi Putra) yang merupakan kawan baik Saga sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh kawan baiknya itu.
*credit photog ~ Lensaayid
Suasana tenang di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu ratusan peminat. Kejadian yang berlaku jam 9.30 malam tadi ni gara-gara para peminat yang teruja mahu menyambut kedatangan idola kesayangan mereka- bintang remaja sensasi, Justin Bieber serta penyanyi R&B-Hip Hop kegilaan ramai Jay Park juga lima gadis idaman peminat lelaki, Kara. Kehadiran mereka ke tanah air sempena konsert MTV Worldstage yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, di Sunway Surf Beach Resort.
Seperti biasa, peminat Kara kelihatan lebih bersemangat apatahlagi ini merupakan kunjungan kali pertama hitmaker Step ini ke sini. Sambil dengan penuh sabar menanti, peminat membuat satu barisan panjang. Ada yang memengang banner, sepanduk tanda alu-aluan. Juga tak ketinggalan ada yang bersiap sedia mahu memberikan hadiah kepada Gyuri, Seungyeon (yang baru saja keluar dari hospital akibat diserang simptom anemia), Jung Nicole, Hara dan Jiyoung.
Kira-kira jam 9.45 malam bergema ruang ketibaan di tingkat lima KLIA apabila Jaywalkersfans mula menjerit sebaik saja terlihat kelibat idola pujaan yang di nanti-nanti. Dengan penuh tenang, Jay Park muncul sambil melambaikan tangan dan mengukir senyuman ke arah para peminat. Memandang ini kali kedua Jay datang, peminat berteriak “Selamat Kembali Jay!!!” “What’s up Jay!” “Apa khabar Jay!” “Kami sayang awak Jay!”-Jay Park membalas “Hi!” sambil mengukir senyuman.
Bagaimanapun sedang sekalian peminat Jay Park dan Kara bergembira, Beliebers (gelaran untuk fans Justin Bieber) diselubungi rasa hampa apabila sebahagian daripada mereka telepas untuk bertemu dengan pelantun Boyfriend itu. Lebih terkilan ada di kalangan mereka yang sudah menunggu ketibaan Bieber sejak jam 5 petang lagi.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Bieber keluar dari balai perlepasan di ruang VIP (tingkat atas) sedangkan sebahagian fans menantinya di balai ketibaan di tingkat bawah.
“Dia baru saja keluar tadi, ikut sini (VIP) lima minit sebelum Kara keluar. Takder fans pun tadi. Mungkin sebab mereka tunggu di bawah. Bieber berbaju-T warna merah jambu dan berseluar jeans tiba bersama Selena Gomez. Mereka terus menuju ke lobi dan menaiki kereta jenis Audi Q7 berwarna hitam dan terus meninggalkan lapangan terbang”, kata sumber tersebut yang enggan identitinya dikenali.
*Sumber mD
Sijil pengiktirafan “Anugerah Juara Lagu : Longest Running Songs & Lyrics Competition” telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia selaku tetamu kehormat di majlis makan malam yang turut meraikan ulang tahun ke-17 penubuhan Malaysia Book of Records dan juga pelancaran edisi ke-8 buku Malaysia Book of Records.
Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Januari 29 lalu, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.
Kecantikan dan kebijaksanaan merupakan kombinasi yang memikat bagi kedua-dua wanita ini, Datin Maria Arshad yang merupakan bekas pelakon dan menantunya Sharifah Shahira, seorang pelakon yang banyak memenangi anugerah, pelawak, pengacara TV dan bekas deejay radio.Datin Maria (bintang popular di zaman 80an dan juga bekas penerbit TV) serta Sharifah (atau lebih senang dikenali sebagai Shiera) adalah dua duta baru Nuvafemme®.
Nuvafemme® merupakan supplemen yang diekstrak daripada 100% isoflavon soya organik. Dengan ciri-ciri yang ‘mimik’ hormon wanita estrogen, Nuvafemme® membantu mengembalikan ciri-ciri feminine wanita-kulit, payudara dan tulang. Dengan mengaktifkan penghasilan kolagen, kulit menjadi tegang, gebu dan kelihatan lebih muda dengan terpadamnya garis-garis halus serta kedutan. Hasilnya? Kulit gebu, kurang garis halus, lebih lembap dan kelihatan lebih muda. Kesan juga dapat diperhatikan pada payudara dengan memperbaiki tona, saiz dan keterampilan yang lebih sempurna.
Ekstrak genistein daripada isoflavon soya yang terdapat di dalam Nuvafemme® didapati membantu mencegah kelesapan tulang seperti yang dilaporkan oleh European Journal of Clinical Nutrition. Ia “mengunci” kalsium di dalam tulang. Proses kelesapan tulang biasanya menyebabkan pengurangan ketinggian, tulang belakang yang bongkok dan kejadian tulang patah yang lambat sembuh. Dengan melawan kelesapan tulang, Nuvafemme® membantu membina tulang yang lebih kuat dengan mengurangkan risiko tulang patah serta membentuk postur tegap dan tegak.
Selain bermanfaat di dalam memperbaharui kulit secara keseluruhan, Nuvafemme® juga membantu mengawal atur keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Dengan ini, isu penuaan bukan lagi suatu masalah-kewanitaan yang berkekalan selamanya. Hasil daripada pengimbangan ini, ramai wanita mendapati “mood” bertambah ceria dan keyakinan bertambah hanya setelah beberapa minggu mengambilnya. Mereka merasakan keadaan lebih terkawal dan dapat menagani stress dengam lebih baik. Bukan hanya sekadar manfaat secara fizikal, malah mereka kekal feminin dengan lahirnya keyakinan kewanitaan.
Alamilah apa yang ditemui oleh wanita yang telah mencuba Nuvafemme®. Nuvafemme® boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM 108.00 untuk sekotak yang mengandungi 50 biji tablet dan RM 178.00 untuk 90 tablet.