Rosyam Petaruhkan RM3 Juta Untuk ‘Balistik’

Kalau penerbitan drama televisyen, syarikat Suhan Movies & Trading Sdn Bhd sememangnya unggul dengan produk-produk yang sedia meraih rating tertinggi. Sebut saja drama seperti AsmaraTrilogi Cinta, Rozana,Gelora Di Hati Sara dan Isabella antara terbitan yang menjadi kebanggaan. Tak hairanlah syarikat ini disenarai sebagai syarikat ke-3 terbesar dalam menghasilkan drama-drama di Malaysia.

Tapi jika disebut pula penghasilan filem, sepanjang 15 tahun bertapak, syarikat milik Rosyam Nor ini dilihat agak terkebelakangan. Lantaran pelakon itu memberitahu beliau fobia untuk menerbitkan sesebuah filem pada masa sekarang kerana tidak mahu menanggung kerugian kelak.

Menyifatkan pembikinan satu-satu filem itu umpama satu perjudian, lantas itu yang menyebabkan Rosyam selaku Pengarah Urusan dan penerbit, berfikir panjang untuk menghasilkan karya di layar lebar.

Bagaimanapun dengan mengambil inspirasi kejayaan filem Castello (2004), kali ini Rosyam bersama warga kerjanya kembali optimis mencuri ruang sekaligus memberi perhatian penuh pada filem terbaru terbitan syarikatnya, berjudul Balistik (kelajuan peluru). Apatahlagi dengan kolaborasi dan pelaburan dana oleh Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF), menambah keyakinan aktor tersohor untuk menerbitkan filem tersebut.

Selain turut mendapat khidmat penasihat lagak ngeri dari Hong Kong, Loy Fat, filem yang sudah pun seminggu penggambarannya ni diterajui barisan pelakon berprofil tinggi seperti Rosyam Nor sendiri, Adi Putra, Rita Rudaini, Tania Hudson, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan. Ia bakal diarahkan oleh Silver.

Mengangkat tema gangsterism berserta mesej tersendiri kepada penonton dengan suntikan drama dan kasih sayang, antara tarikan lain, Balistik menggunakan 55% penggunaan senjata. Ditambah dengan babak seperti letupan kereta, berlawan serta disuntik sikit elemen CGI.

Balistik mengisahkan konflik yang dihadapi oleh pembunuh upahan, Saga (Rosyam Nor). Meninggalkan isterinya Salina (Rita Rudaini), Saga meneruskan kegiatan kongsi gelap bersama rakan, Jack sambil membesarkan anaknya, Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Saga dan Rykarl. Namun pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Inspektor Nizam (Adi Putra) yang merupakan kawan baik Saga sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh kawan baiknya itu.

*credit photog ~ Lensaayid

Check Also

Samsung Galaxy A57 5G, Galaxy A37 5G, Samsung Malaysia, telefon pintar 2026, AI smartphone

SAMSUNG GALAXY A57 5G RASMI DI MALAYSIA

Aura pelancaran penuh hype akhirnya tiba. Samsung Electronics secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A57 …

Ahmad’s buka outlet ke-56 di Prima Gombak dan lancar Mad’s Sausage

AHMAD’S BUKA OUTLET KE-56 DI GOMBAK, LANCAR MAD’S SAUSAGE

Jenama lokal sekarang bukan sekadar survive — ada yang dah mula dominate, dan Ahmad’s buka …

Leave a Reply