SO Staff

Jay Park, Justin Bieber bersama Kekasih & Kara Kini Di Malaysia

Suasana tenang di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu ratusan peminat. Kejadian yang berlaku jam 9.30 malam tadi ni gara-gara para peminat yang teruja mahu menyambut kedatangan idola kesayangan mereka- bintang remaja sensasi, Justin Bieber serta penyanyi R&B-Hip Hop kegilaan ramai Jay Park juga lima gadis idaman peminat lelaki, Kara. Kehadiran mereka ke tanah air sempena konsert MTV Worldstage yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, di Sunway Surf Beach Resort.

Seperti biasa, peminat Kara kelihatan lebih bersemangat apatahlagi ini merupakan kunjungan kali pertama hitmaker Step ini ke sini. Sambil dengan penuh sabar menanti, peminat membuat satu barisan panjang. Ada yang memengang banner, sepanduk tanda alu-aluan. Juga tak ketinggalan ada yang bersiap sedia mahu memberikan hadiah kepada Gyuri, Seungyeon (yang baru saja keluar dari hospital akibat diserang simptom anemia), Jung Nicole, Hara dan Jiyoung.

Kira-kira jam 9.45 malam bergema ruang ketibaan di tingkat lima KLIA apabila Jaywalkersfans mula menjerit sebaik saja terlihat kelibat idola pujaan yang di nanti-nanti. Dengan penuh tenang, Jay Park muncul sambil melambaikan tangan dan mengukir senyuman ke arah para peminat. Memandang ini kali kedua Jay datang, peminat berteriak “Selamat Kembali Jay!!!” “What’s up Jay!” “Apa khabar Jay!” “Kami sayang awak Jay!”-Jay Park membalas “Hi!” sambil mengukir senyuman.

Bagaimanapun sedang sekalian peminat Jay Park dan Kara bergembira, Beliebers (gelaran untuk fans Justin Bieber) diselubungi rasa hampa apabila sebahagian daripada mereka telepas untuk bertemu dengan pelantun Boyfriend itu. Lebih terkilan ada di kalangan mereka yang sudah menunggu ketibaan Bieber sejak jam 5 petang lagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Bieber keluar dari balai perlepasan di ruang VIP (tingkat atas) sedangkan sebahagian fans menantinya di balai ketibaan di tingkat bawah.

“Dia baru saja keluar tadi, ikut sini (VIP) lima minit sebelum Kara keluar. Takder fans pun tadi. Mungkin sebab mereka tunggu di bawah. Bieber berbaju-T warna merah jambu dan berseluar jeans tiba bersama Selena Gomez. Mereka terus menuju ke lobi dan menaiki kereta jenis Audi Q7 berwarna hitam dan terus meninggalkan lapangan terbang”, kata sumber tersebut yang enggan identitinya dikenali.

*Sumber mD

Anugerah Juara Lagu diiktiraf sebagai “Pertandingan Lagu & Lirik Paling Lama Negara“ daripada Malaysia Book of Records

Sijil pengiktirafan “Anugerah Juara Lagu : Longest Running Songs & Lyrics Competition” telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia selaku tetamu kehormat di majlis makan malam yang turut meraikan ulang tahun ke-17 penubuhan Malaysia Book of Records dan juga pelancaran edisi ke-8 buku Malaysia Book of Records.

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Januari 29 lalu, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Keyakinan Kewanitaan Memang Boleh Dicapai Dengan Nuvafemme

Kecantikan dan kebijaksanaan merupakan kombinasi yang memikat bagi kedua-dua wanita ini, Datin Maria Arshad yang merupakan bekas pelakon dan menantunya Sharifah Shahira, seorang pelakon yang banyak memenangi anugerah, pelawak, pengacara TV dan bekas deejay radio.Datin Maria (bintang popular di zaman 80an dan juga bekas penerbit TV) serta Sharifah (atau lebih senang dikenali sebagai Shiera) adalah dua duta baru Nuvafemme®.

Nuvafemme® merupakan supplemen yang diekstrak daripada 100% isoflavon soya organik. Dengan ciri-ciri yang ‘mimik’ hormon wanita estrogen, Nuvafemme® membantu mengembalikan ciri-ciri feminine wanita-kulit, payudara dan tulang. Dengan mengaktifkan penghasilan kolagen, kulit menjadi tegang, gebu dan kelihatan lebih muda dengan terpadamnya garis-garis halus serta kedutan. Hasilnya? Kulit gebu, kurang garis halus, lebih lembap dan kelihatan lebih muda. Kesan juga dapat diperhatikan pada payudara dengan memperbaiki tona, saiz dan keterampilan yang lebih sempurna.

Ekstrak genistein daripada isoflavon soya yang terdapat di dalam Nuvafemme® didapati membantu mencegah kelesapan tulang seperti yang dilaporkan oleh European Journal of Clinical Nutrition. Ia “mengunci” kalsium di dalam tulang. Proses kelesapan tulang biasanya menyebabkan pengurangan ketinggian, tulang belakang yang bongkok dan kejadian tulang patah yang lambat sembuh. Dengan melawan kelesapan tulang, Nuvafemme® membantu membina tulang yang lebih kuat dengan mengurangkan risiko tulang patah serta membentuk postur tegap dan tegak.

Selain bermanfaat di dalam memperbaharui kulit secara keseluruhan, Nuvafemme® juga membantu mengawal atur keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Dengan ini, isu penuaan bukan lagi suatu masalah-kewanitaan yang berkekalan selamanya. Hasil daripada pengimbangan ini, ramai wanita mendapati “mood” bertambah ceria dan keyakinan bertambah hanya setelah beberapa minggu mengambilnya. Mereka merasakan keadaan lebih terkawal dan dapat menagani stress dengam lebih baik. Bukan hanya sekadar manfaat secara fizikal, malah mereka kekal feminin dengan lahirnya keyakinan kewanitaan.

Alamilah apa yang ditemui oleh wanita yang telah mencuba Nuvafemme®. Nuvafemme® boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM 108.00 untuk sekotak yang mengandungi 50 biji tablet dan RM 178.00 untuk 90 tablet.

 

Konsert Salaam Sami Yusuf Ditunda

Konsert Sami Yusuf yang dijadual berlangsung pada 14 Julai 2012 di Stadium Malawati Shah Alam terpaksa di tunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak diatas sebab-sebab tertentu.Pada sesiapa yang telah membeli tiket boleh lah menebus ia kembali di cawangan AirAsia Redtix dalam masa 14 hari bermula 14 Julai 2012.

Pihak Organizer memohon maaf diatas penundaan ini.

*credit photo ~ lensaayid

‘BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia’

‘BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia’ adalah konsert luar pertama mereka di Asia Tenggara yang mana tiketnya mula dijual pada 28 Julai 2012 dengan harga RM 688, RM 588, RM 488, RM 388, RM 288, RM 198, RM 188 dan RM 98. Hanya 12,000 tiket sahaja untuk konsert ini. Konsert ini dibawa khas oleh Running Into The Sun.

Ia akan mula dijual tepat 28 Julai 2012 jam 10.30 pagi di semua outlets tiket dan secara online di Ticketcharge and Red Tix. BIGBANG  dianggotai oleh G-Dragon, TOP, Taeyang, Daesung and Seungri.

Kategori Tiket 

Category 1: RM 688 (VIP)

Category 2: RM 588 (Premiere Rock Pit)

Category 3: RM 488 (Rock Pit)

Category 4: RM 388 (Numbered and Sheltered seats)

Category 5: RM 288 (Free Seating)

Category 6: RM 198 (Free Seating)

Category 7: RM 188 (Free Standing)

Category 8: RM 98 (Free Seating)

 Syarat-Syarat

– Untuk Keselamatan, had umur bagi tiket berumur 6 tahun untuk semua tiket duduk dan 12 tahun utk semua riket Rock Pit.

– Setiap transaksi dihadkan pada maksimum sebanyak 10 tiket untuk menghalang mana-mana pasaran gelap yang menjual semula tiket dan untuk memastikan ketersediaan tiket.

Pose Amy Search Bersama Dgn Anak Lelakinya

Baru-baru di satu majlis pelancaran kios Ayamazz Amy Search hadir bersama isteri dan 2 anaknya. Jom layan pose Amy Search bersama anak lelakinya.

[nggallery id=82]

 

Trailer Filem ‘Tanda Putera’

Filem berdasarkan kisah benar ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. (Akan ditayangkan di pawagam pada 13 September 2012).

Antara pelakonnya ialah Rusdi Ramli (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein), Zizan Nin (Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman),Kamarulzaman Taib atau Che’ Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar). Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali).

Sinopsis 

Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet. Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat.

 Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak. Menariknya mengenai filem ini ia berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya. Suhaimi Baba juga turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu.

SHISEIDO Tampil Dengan ‘STAGE WORKS’ Untuk Gaya Rambut Terkini

SHISEIDO tampil dengan produk rambut terbaru iaitu ‘STAGE WORKS’. Ia adalah produk Shiseido Profesional yang memberi perhatian kepada keperluan dan kebimbangan pengguna baru yang sentiasa berubah. Ia unik dan diilhamkan oleh langkah-langkah yang terlibat dalam menggunakan kosmetik untuk meningkatkan perolehan penamat dan mengekalkan gaya yang dikehendaki.

Ia terdiri daripada 3 iaitu ‘Pre Hair Styling’, ‘Base Hair Styling’ dan ‘Finish Hair Styling’. STAGE WORKS ini boleh mula didapati di semua Shisheido Profesional Concept Salon pada Julai 2012.

[nggallery id=81]

 

‘Fatboy Slim Live In KL’ Pada 14 Julai 2012

Future Sound Asia membawakan Norman Cook a.k.a Fatboy Slim pada 14 Julai 2012 di KL Live jam 8 malam..

Info Tiket :

Harga : RM68 (early bird sehingga  8th July), RM88
Tiket :  Tiket boleh dibeli di lawat web AirAsia Redtix.

 

Epy & Ardiv Menangi ‘YOUTUBE TO YOU “LIVE” – SING OFF’

Pencarian juara YOUTUBE TO YOU “LIVE” – SING OFF selama 2 bulan telah pun berakhir dengan Epy & Ardiv dinobatkan sebagai juara baru-baru ini yang berlansung di Laundry Bar,The Curve. Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, RM1,000 Laundry Voucher,satu AXL Badwater SRO gitar dan berpeluang mengadakan persembahan “Live Concert” di Laundry pada Julai 2012.

Tempat kedua pula di menangi oleh Brendan James dan membawa pulang wang tunai RM3,000 serta RM500 Laundry Voucher manakala tempat ketiga oleh Fabian Mark Peter dengan wang tunai RM1,000 dan RM250 Laundry Voucher. Juri-juri untuk pertandingan akhir ini ialah Reza Salleh,Jipie (Pesawat) dan Darrin Lin (CCO- Chaswood Resources).

[nggallery id=80]

“The Amazing Spiderman” Di Pawagam Pada 5 Julai 2012

Tarikh Di Pawagam ~ 5 Julai 2012

Pelakon ~ Andrew Garfield,Emma Stone,Rhys Ifans,Martin Sheen dan Sally Field.

Pengarah ~ Marc Webb

Sinopsis
The Amazing Spider-Man mengisahkan mengenai Peter Parker (Andrew Garfield), seorang budak biasa yang ditinggal oleh orang tuanya semasa  kecil sehingga ia dijaga oleh pakcik, Ben (Martin Sheen), dan makciknya, May (Sally Field). Seperti remaja lain, Peter berusaha mencari siapa dia yang sebenarnya.Peter juga berusaha untuk mendapat cinta pertamanya, Gwen Stacy (Emma Stone).
Apabila Peter terjumpa beg misteri milik ayahnya, dia mula membuat penyelidikan untuk memahami kemana hilang orang tuanya.Beliau ke Oscorp dan sebuah laboratorium yang dimiliki oleh Dr. Curt Connors (Rhys Ifans) iaitu rakan ayahnya. Dan disitulah bermulanya bagaimana Peter menjadi superhero iaitu Spiderman.
[nggallery id=79]

Girl Generation Diabadikan Pada Stem

Kumpulan Girl Generation bakal diabadikan pada stem pada Ogos 2012 ini.  Sebanyak 14 foto yang terdiri daripada album ketiga mereka iaitu The Boys, lagu hit “Gee” dan “Oh!”.

Peminat-peminat Girl Generation jangan lepaskan peluang ini untuk tambahkan koleksi item anda..