Baru-baru di satu majlis pelancaran kios Ayamazz Amy Search hadir bersama isteri dan 2 anaknya. Jom layan pose Amy Search bersama anak lelakinya.
[nggallery id=82]
Filem berdasarkan kisah benar ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. (Akan ditayangkan di pawagam pada 13 September 2012).
Antara pelakonnya ialah Rusdi Ramli (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein), Zizan Nin (Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman),Kamarulzaman Taib atau Che’ Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar). Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali).
Sinopsis
Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.
Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet. Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat.
SHISEIDO tampil dengan produk rambut terbaru iaitu ‘STAGE WORKS’. Ia adalah produk Shiseido Profesional yang memberi perhatian kepada keperluan dan kebimbangan pengguna baru yang sentiasa berubah. Ia unik dan diilhamkan oleh langkah-langkah yang terlibat dalam menggunakan kosmetik untuk meningkatkan perolehan penamat dan mengekalkan gaya yang dikehendaki.
Ia terdiri daripada 3 iaitu ‘Pre Hair Styling’, ‘Base Hair Styling’ dan ‘Finish Hair Styling’. STAGE WORKS ini boleh mula didapati di semua Shisheido Profesional Concept Salon pada Julai 2012.
[nggallery id=81]
Pencarian juara YOUTUBE TO YOU “LIVE” – SING OFF selama 2 bulan telah pun berakhir dengan Epy & Ardiv dinobatkan sebagai juara baru-baru ini yang berlansung di Laundry Bar,The Curve. Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, RM1,000 Laundry Voucher,satu AXL Badwater SRO gitar dan berpeluang mengadakan persembahan “Live Concert” di Laundry pada Julai 2012.
Tempat kedua pula di menangi oleh Brendan James dan membawa pulang wang tunai RM3,000 serta RM500 Laundry Voucher manakala tempat ketiga oleh Fabian Mark Peter dengan wang tunai RM1,000 dan RM250 Laundry Voucher. Juri-juri untuk pertandingan akhir ini ialah Reza Salleh,Jipie (Pesawat) dan Darrin Lin (CCO- Chaswood Resources).
[nggallery id=80]Tarikh Di Pawagam ~ 5 Julai 2012
Pelakon ~ Andrew Garfield,Emma Stone,Rhys Ifans,Martin Sheen dan Sally Field.
Pengarah ~ Marc Webb
Atlantic Recording Artis iaitu B.o.B telah pun melancarkan album “STRANGE CLOUDS” yang mana boleh dibeli secara online bermula hari ini. Ia hadir selepas album pertama B.o.B iaitu “B.o.B PRESENTS: THE ADVENTURES OF BOBBY RAY” pada 2010 yang mendapat multi-platinum hit dari lagu “Nothin’ On You (feat. Bruno Mars),” “Airplanes (feat. Hayley Williams of Paramore),” and “Magic (feat. Rivers Cuomo).
(TRACKLISTING ATTACHED)
Sebut sahaja Man Keedal, Hillary Ang, Joe Wings dan Kid Search semua peminat muzik tanahair tentu kenal. Mereka adalah gitaris-gitaris tersohor di negara ini. Pihak RK Polaris bakal menganjurkan konsert istimewa yang akan menggabungkan 4 gitaris tersohor Malaysia yang diberi nama Konsert G4 : Petikan Legasi.
Ia bakal diadakan di KL Live pada 30 September 2012. Tiket-tiket yang berharga RM100 dan RM120 boleh diperolehi dengan menghubungi 019-9412345 (Dino) dan 019-6249443 (Faiz). Sila layari facebook dan twitter – Konsert G4 untuk keterangan lebih lanjut.
*Foto Kredit ~ Lensa Ayid
PUMA dengan bangganya memperkenalkan evoSPEED iaitu produk baru PUMA untuk semua jenis sukan. Mendapat inspirasi daripada Usain Bolt iaitu pelari terpantas di dunia ia direka dengan invosi yang terkini untuk prestasi tertinggi.
Pada majlis ini juga pihak PUMA memperkenalkan rakan PUMA terbaru mereka iaitu Kapten Pasukan Bola Sepak Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar serta melancarkan video penuh PUMA yang menampilkan Khairul Fahmi Che Mat sebagai pelakonnya.Antara atlet yang menjadi rakan PUMA ialah Usain Bolt (Larian), Sergio Aguero dan Mario Gomez (Bola Sepak), Fernando Alonso (Pemotoran) dan Rickie Fowler (Golf).
Produk evoSPEED ini akan berada di pasaran pada akhir bulan Julai 2012 ini di Puma Stores,Al-Ikhsan,Royal Sporting dan beberapa outlets lagi.
[nggallery id=78]
Tidak ada sesiapa yang menang. Tidak ada habuan berupa wang ratusan ribu ringgit yang direbutkan. Kerana ini bukan rancangan Versus. Sebaliknya, tiga kugiran popular dari dua buah negara, bergabung di satu pentas yang sama. Secara eksklusif di hadapan 1000 peminat, mereka sukses memberikan satu konsert Rock cukup luarbiasa, keren bangat!
Atas nama GIG Triple Play, KL Live malam Sabtu lalu menjadi lokasi terciptanya satu lagi sejarah dalam muzik, bila mana Bunkface, Hujan dan Nidji memukau pengunjung dengan persembahan penuh energetik! Konsert yang direalisasi untuk tatapan anak-anak muda yang mahukan suntikan muzik yang lebih kreatif.
Secara keseluruhan, tahniah TV9 kerana menghadapkan sebuah konsert sangat menghiburkan dan yang meninggalkan satu pengalaman cukup bermakna. Tanpa jurang antara dua negara Malaysia-Indonesia, sebalik GIG Triple Play memberi satu kelainan dengan impak menakjubkan. ‘Gig of the Year’, kalau anugerah itu wujud, MD kira GIG Triple Play layak mendapat pengiktirafan tersebut.
[nggallery id=77]