SO Staff

Setelah 3 Tahun Lahirlah ‘AKIM AHMAD’

Bagi peminat Akademi Fantasi nama AKIM AHMAD memang tidak asing lagi. Setelah 3 tahun di dunia seni ini maka lahirlah album ‘AKIM AHMAD’ iaitu sempena nama beliau juga.Album ini mengandungi 10 buah lagu yang terdiri daripada 7 buah lagu baru.

Sebagai bonus, 3 buah lagu iaitu Inikah Cinta,Bengang dan Janji dibawakan kembali dalam bentuk akustik. Empat buah lagu didalam album ini merupakan hasil nukilan Akim sendiri. Lebih manis lagi, Akim turut mengundang Fiq dan Stacy untuk bergabung dan berduet dalam albumnya ini.

Nurul Wahab – Wajah Baru SKINZ INFINITE

Rezeki Nurul Wahab semakin mencurah-curah selepas berkahwin apabila menjadi duta produk kecantikan iaitu SKINZ INFINITE baru-baru ini. Dengan ini,beliau sebaris dengan bintang Hong Kong Charmaine Sheh (SKINZ Infinite) dan bintang China yang semakin meningkat naik iaitu Bai Bing (SKINZ UV White).

Beliau yang berumur 35 tahun yang pernah popular dengan lagu Kerana Terluka dan Selagi Ada Cinta bakal melancarkan album terbarunya pada bulan Ogos 2012 ini. SKINZ Infinite ini diformulasikan untuk wanita asia yang berumur 29 tahun dan ke atas yang mana ia lebih kepada anti penuaan. Produk ini juga mendapat sijil Halal daripada JAKIM.

Nurul akan mula muncul didalam iklan untuk SKINZ Infinite bermula Julai 2012 ini.

[nggallery id=74]

Heliza Helmi Kembara 5 Buah Negara Untuk Rasa Halal Antarabangsa

Program Rasa Halal Antarabangsa 26 Episod terbitan E-Style Sdn Bd bakal dikemudi oleh Heliza Helmi yang menggantikan Farah Diana Anuar dan bakal menemui penonton pada setiap hari khamis, jam 7.30 malam bermula 28 Jun 2012 di Astro Oasis menerusi Saluran 106.

Sebelum ini Astro Oasis sudahpun menyiarkan enam musim termasuklah Rasa Halal Orient Xien diikuti dengan Taiwan,Hong Kong,Kemboja,Vietnam,Laos dan Thailand.

Menarik lagi,program Rasa Halal Antarabangsa kali ini juga bakal membawa para penonton menjelajah keunikan lima buah negara iaitu Turki,United Kingdom,Perancis,Korea dan Australia untuk mengenali khazah serta warisan seni tempatan,tinggalan sejarah,destinasi pelancongan terbaik dan semestinya resepi tradisional yang halal dan menyelerakan.

 

Bukan Bidadari ~ Sentuhan Sutradara Faisal Ishak Di Slot Lestary

Slot Lestary yang sebelum ini terkenal dengan drama hit seperti Asmara, Cinta Elysa, Vanila Coklat dan 3 Janji, kali ini satu lagi drama baru pasti akan memikat hati penonton menerusi drama Bukan Bidadari yang bermula pada 19 Jun 2012, setiap hari Selasa jam 9 malam.

Bukan Bidadari yang mendapat sentuhan sutradara Faisal Ishak di bawah penerbitan Filmscape Production dan skrip oleh Zuli Ismail yang menampilkan pelakon muda yang kini sedang menempa nama Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali). Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup merosakkannya.

NAZIHA ~ Isi Slot Zehra

Istimewa buat peminat drama TV3, slot Zehra yang membawakan konsep kerohanian bakal muncul dengan drama Naziha bermula pada 15 Jun 2012, setiap hari Jumaat jam 9 malam.

Naziha yang diarahkan oleh Along Kamaruddin, memaparkan kisah Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Sesungguhnya kecantikan itu satu anugerah yang di idamkan oleh setiap wanita tetapi malangnya ia menjadi beban kepada Naziha. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam. Drama bersiri 13 episod terbitan OrangeTree Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Zarihah Hassan membariskan pelakon berbakat seperti Izara Aishah (Naziha), Ryzal Jaafar (Adam), Erry Putra (Farouk), Zain Saidin (Amri), Amar Baharin (Akmal), Nik Zaris Nellydya (Vina), Nadia Kesumawati (Fauziah), Dilla Ahmad (Latifah) dan Mustapha Kamal (Cikgu Nordin).

ROOFTOP ~ Artis Melalak Di Puncak Bumbung

Rooftop yang bakal bersiaran di ntv7 bermula 6 September 2012 ini akan membawakan penonton untuk melihat persembahan artis-artis kesayangan mereka menyanyi di atas bumbung sebuah bangunan berlatarbelakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.Rooftop yang akan menghiburkan penontonnya setiap hari Khamis jam 8.30 malam itu bertema lebih santai dan menggunakan muzik akustik di mana mereka bakal menyaksikan artis-artis kesayangan mereka membuat persembahan mantap tatkala mereka beraksi di puncak bangunan Lot 10.

Rancangan persembahan nyanyian yang memberi dimensi baru itu bakal mengetengahkan 14 bakat muda dan besar iaitu Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Drama Band, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Azlan & Typewriter sepanjang 13 episod rancangan itu disiarkan.

Bersiaran selama setengah jam untuk setiap episod, Rooftop bukan sahaja menyajikan persembahan hebat artis malah membawa penonton mengenali lebih mendalam mengenai artis pujaan mereka.

[nggallery id=73]

Maya Karin Sakit Mental Kerana JWANITA?

Bertemu dengan wanita yang pernah diangkat sebagai Pelakon Terbaik Anugerah Asia Pasifik ni, Maya yang sekarang sedang mempersiapkan diri,untuk menjiwai watak tersebut memberitahu dia teruja dan tidak sabar untuk melakonkan ‘watak giler’ itu.

“Saya ada idea saya macam mana nak bentuk karakter Jwanita. Saya tak suka nak buat rujukan mana-mana filem kerana takut terikut-ikut. Dan saya ada cakap dengan abang Osman yang saya tak nak jadi hantu lagi. Cukup lah pontianak. Saya mahu ikut naluri saya dan cuba terjemahkan Jwanita mengikut kefahaman saya. Tak sabar nak bawa watak ‘giler’ tu”, kata Maya menceritakan karakternya ketika ditemui di majlis pelancaran filem Jwanita, di Solaris Dutamas, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, kata Maya dia juga sudah bersedia untuk ‘merasai’ kesengsaraan Jwanita. Malah dia tidak kisah seandainya selepas ini dia sinonim sebagai perempuan psiko pula sepertimana yang pernah dicipta fenomena menerusi Pontianak Harum Sudal Malam, sebelum ini.

“Sekarang saya sedang mempersiapkan diri membawa kesakitan mental Jwanita tu dan saya hanya harus hentikannya, masa saya tinggalkan set. Watak ni ada banyak babak yang sangat fizikal, kena banyak menjerit dan ada bahagian yang senyap. Paling penting saya nak tunjukkan pada penonton mainan halus. Misalnya dengan hanya satu jelingan saja pun orang dah tahu apa yang dia (Jwanita) fikirkan”.

“Kalau lepas ni saya dikenali sebagai perempuan psiko. Saya tak tahu lah nak gembira ker ataupun menangis. Pertama mungkin saya gembira sebab lakonan berjaya. Kedua mungkin lepas ni boyfriend sume lari daripada saya. Tak nak dekat dengan saya. Tapi saya tak kisah semua tu”, katanya sambil tergelak.

BABA’S cu~bits – Memperkenalkan Evolusi Sajian Tempatan Yang Bakal Menjadi Trend Baru!

Konsep kulinari “cu-bits” menggabungkan dua unsur tempatan iaitu makanan yang penuh kaya dengan citarasa dan tabiat kita yang dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan.“Inspirasi untuk gelaran “cu~bits” berasakan gabungan perkataan “cuba” dan “bits”, yang dengan sejelas mungkin mengambarkan trend hidang baru ini!”, kata Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan & Promosi, Baba Products (M) Sdn Bhd.

 Bukan sekadar cara hidangan yang disediakan “comeh-comeh” ala “novelle cuisine”, keunikan inovasi kulinari tempatan terbaru yang digelar “cu~bits” ini adalah juga dari segi gabungan resipi-resipinya yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru. Sebagai “Power Lunch” yang ringan sesama rakan sekerja, santapan petang seisi keluarga ataupun alas perut teman sejiwa, trend kulinari inovatif ini membolehkan kita menikmati pelbagai rasa dari sajian yang dihidangkan….tanpa rasa kesal kemudiannya, yang sering dirasai!

 Untuk 26 minggu berturut mulai Julai 1, 2012 penonton-penonton tempatan akan mengenali dan mengalami evolusi kulinari tempatan terbaru ini dalam siri masakan BABA’S cu~bits. Setiap Ahad jam 7.30 malam, program yang dihoskan oleh Chef Kamarul akan menonjolkan 3 recipe cu~bits origin baru yang berdasarkan makanan kegemaran tempatan. Tidak kira anda mahir ataupun pertama kali hendak   ke dapur, resipi-resipi dari program BABA’S cu~bits akan menjadi pilihan anda, khas bila hendak menyediakan sajian untuk dimakan bersama. Kesemua 78 resipi unik ini dihasilkan menggunakan produk-produk BABA’S; yang telah lama menjadi jenama rempah kegemaran tempatan, sungguh mudah dan cepat disediakan.

 Jadi jika anda peminat setia program masakan BABA’S, penggemar rancangan masakan yang ingin tahu tentang cu~bits dan cara turut mengikuti trend ini, jangan lupa menonton siaran BABA’S cu~bits yang akan keudara setiap Ahad, jam 7.30 malam bermula 1 Julai 2012, eksklusif di TV3.

Rockawayfest Kembali Dengan Boys Like Girls Dan Motion City Soundtrack Pada 12 Julai 2012

 

Livescape sekali lagi membawa Rockawayfest Showcase kepada peminat-peminat muzik di Malaysia pada 12 Julai 2012 ini. Kali ini giliran Boys Like Girls dan Motion City Soundtrack pula yang akan menghiburkan anda. Ia berlangsung pada 12 Julai 2012 ini di Neverland Kuala Lumpur.

Persembahan malam itu juga bakal diserikan dengan kehadiran The Azenders, Lab The Rat dan An Honest Mistake. Dan ia hanya untuk anda yang BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS SAHAJA. Tiket akan mula dijual pada 27 Jun 2012.

Details Event:

Date: 12 July 2012

Venue:  Neverland, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur

Time: Doors open at 6pm

Tickets: RM55 (via AirAsiaRedTix.com) RM85 (limited Rockaway Festival Pre-Release Special via I Love Discount includes Rockaway Festival + Rockawayfest Showcase tickets)

*Tickets boleh didapati di www.AirAsiaRedTix.com dan outlets tiket dari 27 Jun. 

Linkin Park Kembali Dengan ‘Living Things’

Linkin Park kembali dengan album ke-5 mereka iaitu ‘Living Things’ dan ia akan berada di pasaran pada 26th June 2012 ini. Ia adalah album selepas ‘A Thousand Suns’ yang dikeluarkan pada September 2010. Album ini masih mengekalkan Mike Shinoda dan Rick Rubin sebagai penerbit selepas Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010).

Single yang sedang hangat dari album ini ialah ‘Burn It Down’ telah pun dilancarkan pada 16 April 2012 yang lepas dan mendapat views sebanyak 4 Juta di Youtube dalam masa 2 minggu.

Antara lagu-lagu di dalam album ini adalah :

01 LOST IN THE ECHO

02 IN MY REMAINS

03 BURN IT DOWN

04 LIES GREED MISERY

05 I’LL BE GONE

06 CASTLE OF GLASS

07 VICTIMIZED

08 ROADS UNTRAVELED

09 SKIN TO BONE

10 UNTIL IT BREAKS

11 TINFOIL

12 POWERLESS

Hampir 3000 Peminat Penuhi KL Live Demi ‘TRAIN’

Hampir 3000 peminat hadir ke KL Live sabtu lepas untuk menyaksikan persembahan ‘TRAIN Live In Malaysia’. Ia dibawa khas oleh Tune Talk ,JS Concert Productions dan Fat Boys. Train dianggotai oleh Patrick Monahan (Vokal), Jimmy Stafford (Guitar & Vokal) dan Scott Underwood (Drum & Percussion).

Sebanyak 17 buah lagu didendangkan oleh mereka pada konsert tersebut.Antaranya adalah Meet Virginia, I Got You,Angels,Soul Sister,Drive By, Drops Of Jupiter dan diakhiri oleh Sing Together.

[nggallery id=72]