Lagu ‘Survival’ dari Muse menjadi lagu rasmi temasya Olimpik 2012 London. Lagu ini buat kali pertamanya dimainkan di iTunes pada 27 June yang lalu.
Tidak ada sesiapa yang menang. Tidak ada habuan berupa wang ratusan ribu ringgit yang direbutkan. Kerana ini bukan rancangan Versus. Sebaliknya, tiga kugiran popular dari dua buah negara, bergabung di satu pentas yang sama. Secara eksklusif di hadapan 1000 peminat, mereka sukses memberikan satu konsert Rock cukup luarbiasa, keren bangat!
Atas nama GIG Triple Play, KL Live malam Sabtu lalu menjadi lokasi terciptanya satu lagi sejarah dalam muzik, bila mana Bunkface, Hujan dan Nidji memukau pengunjung dengan persembahan penuh energetik! Konsert yang direalisasi untuk tatapan anak-anak muda yang mahukan suntikan muzik yang lebih kreatif.
Secara keseluruhan, tahniah TV9 kerana menghadapkan sebuah konsert sangat menghiburkan dan yang meninggalkan satu pengalaman cukup bermakna. Tanpa jurang antara dua negara Malaysia-Indonesia, sebalik GIG Triple Play memberi satu kelainan dengan impak menakjubkan. ‘Gig of the Year’, kalau anugerah itu wujud, MD kira GIG Triple Play layak mendapat pengiktirafan tersebut.
[nggallery id=77]
THE WEDDING ALBUM 2 adalah album terbaru yang berunsurkan cinta dan romantik ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Album ini memiliki 2 CD. Antara penyanyi-penyanyinya adalah Bruno Mars, Michael Bublé, Jason Mraz, Kelly Clarkson, Lady Antebellum, Richard Marx, Chicago, Bread, UB40, N’Sync, Simply Red, Savage Garden, Bette Midler, Peter Cetera, Linda Ronstadt, Atlantic Starr, Daniel Powter dan ramai lagi.
Album ini telah pun berada di pasaran dan berharga RM44.90.
Sami Yusuf bakal mengadakan konsert di Malaysia iaitu pada 14 Julai 2012 di Stadium Malawati Shah Alam pada jam 9 malam.Konsert ini dibawa khas oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.
Pada konsert ini, Diva Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Mohram juga akan membuat persembahan.
Tiket-tiket anda boleh didapati di outlets Rock Corner dan Victoria Music Outlets. Jika membeli secara online sila ke www.AirAsiaRedtix.com.
Info Tiket Dan Tempat Duduk :
Diamond: RM 295.00
Sapphire: RM 255.00
Emerald: RM 195.00
Ruby: RM 155.00
Topaz: RM 55.00
T-ARA kumpulan yang dianggotai oleh 7 gadis korea iaitu Lee Ji-hyun, Jeon Boram, Park In-jung, Park Ji-yeon, Ryu Hwa-young, Ham Eun-jung dan Park Sun-young bakal mengadakan showcase di Malaysia pada 3 Oktober 2012 di Dewan Wawasan,Menara PGRM Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Ia dibawa khas oleh JazzyGroup.
Info Tiket Serta Tempat Duduk :
VVIP (Lovey) – RM 683.00 + Free 1 T-ARA t-shirt and 1 T-ARA cap (Limited Seat),
T1 (Dovey) – RM 383.00 + Free 1 T-ARA cap (Numbered Seating),
T2 (Roly) – RM 283.00 + Free 1 T-ARA lanyard (Numbered Seating),
T2 (Roly) Upper Level – (L) & (R)– RM 283.00 + Free 1 T-ARA lanyard (Numbered Seating),
T3 (Poly) – RM 183.00 + Free 1 Transformer toiletries set (Free Seating),
T3 (Poly) Upper Level – RM 183.00 + Free 1 Transformer toiletries set (Free Seating),
T4 (We were in Love) – RM 103.00 (Free Standing)
Tiket telah mula dijual pada Isnin 25 Jun 2012 yang lepas. Tiket VVIP(Lovey) hanya boleh dibeli di Jazzy Group office. Manakal 120 tiket VVIP pertama akan berpeluang berada di atas stage untuk majlis menandatangi autograf oleh T-ARA.
Untuk Keterangan Lanjut:
Phone: +6 03 56221600 / & 016 2706253 (JazzyGroup) / +6 03 9222 8811 (TicketCharge)
Email: Jazzy@jazzygroup.com
FB: http://www.facebook.com/pages/Jazzy-Group-of-Companies/298693506116
URL: http://www.jazzygroup.com / http://www.weibo.com/jazzygroup / www.ticketcharge.com.my
Bukan sebarangan orang berpeluang membuat persembahan berkolaborasi bersama Okestra Filharmonik Malaysia (MPO). Sementelah penyanyi lagenda Tan Sri SM Salim (2001) kemudian Dato’ Sheila Majid merupakan dua figura yang sedia mencipta sejarah tersendiri bersama kumpulan muzik profesional ni. Meniti 35 tahun perjalanan seninya, tahun 2012 giliran ‘sifu’ Dato’ M.Nasir menyahut cabaran sekaligus bakal menciptakan satu pengalaman indah, hebat dan luarbiasa.
Atas nama M.Nasir with The MPO, beliau bakal mengadakan persembahan diiringi 100 pemuzik di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 13 dan 14 Julai ini, jam 8.30 malam.Bercerita lanjut, menurut M.Nasir, persediaan untuk membuat konsert yang diimpi sejak 11 tahun lalu ini sudah dilakukan sejak setahun lepas termasuklah dari segi pemilihan lagu juga susunan muzik yang baru ke atas lagu-lagu yang dipilih.
Selama 2 jam, peminat-peminat tegar komposer penyanyi, pemuzik ikonik ini akan dihiburkan dengan rangkaian lagu hits dan malar segar yang diinterpretasikan oleh MPO, antaranya Kias Fansuri, Sahabat Gua,Apokalips, Juwita, Ghazal Untuk Rabiah, Andalusia, Bonda, Kepadamu Kekasih, Sentuhan Listrikmu, Ada, Di Balik Cermin Mimpi, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi, Mustika, Raikan Cinta dan Suatu Masa.
Dalam perkembangan lain, M.Nasir dalam perancangan untuk mengadakan persembahan istimewa di Singapura pada tahun hadapan.
Bagi para peminat yang ingin menyaksikan konsert M.Nasir with The MPO, berikut tiket-tiket yang berharga Premium: RM358, A Reserve: RM258, B Reserve: RM158, C Reserve: RM98. Tempahan Telefon: 03- 2051 7007 Tempahan Fax: 03- 2051 7077.Tempahan Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my atau maklumat lanjut boleh layari www.dfp.com.my & www.mpo.com.my
Keheningan awal pagi di lapangan terbang tambang murah (LCCT), Sepang, tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu kira-kira 100 peminat. Kejadian yang berlaku jam 2.30 pagi tadi ni gara-gara para peminat menyambut kedatangan kumpulan Kpop sensasi, Best Absolute Perfect aka B.A.P.
Difahamkan Babys (gelaran untuk fans) telah berkumpul seawal jam 11 malam lagi semata-mata mahu menantikan ketibaan Bang Yong Guk, Him Chan, Dae Hyun, Young Jae, Jong Up dan anggota yang paling menjadi kegilaan ramai, Zelo yang di jadual menjejakkan kaki di bumi Malaysia, jam 1 pagi. Bagaimanapun, penerbangan B.A.P dikhabar lewat sejam, namun langsung tidak mematahkan semangat peminat untuk terus setia menunggu.
Rata-rata mereka yang datang, membawa sepanduk yang tertulis “Selamat Datang” dan “Kami Sayang B.A.P”sebagai ucapan alu-aluan bagi kunjungan kali pertama mereka sebagai B.A.P. yang popular menerusi lagu hit mereka iaitu Warrior dan Power.
Sekitar jam 2.50 pagi, kumpulan idol yang baru tiba dari Macau ni, keluar dari ruang ketibaan antarabangsa diiringi kru produksi, pengawal juga polis.
Baru saja ditubuhkan pada Januari lalu, impresif B.A.P bukan setakat berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Asia. Malah dengan taruhan debut mereka berjudul Warrior yang direlease sekitar Januari 2012, membawa grup yang memperjuangkan genre Hip Hop-R&B ni menembusi sempadan muzik Eropah.
Pada bulan April lalu, B.A.P kembali dengan album kedua, Power iaitu sama judulnya dengan single pertama dalam album tersebut.
Kedatangan B.A.P ke sini bagi merealisasikan showcase pertama mereka pada 6 Julai (Jumaat) ini. Showcase anjuran Jazzy Group akan berlangsung di KL Live, jam 8.30 malam.
Sebelum itu, malam ini B.A.P akan mengadakan persembahan istimewa di Grand Finale Showdown, bertempat di KL Live, jam 9.30 malam dan bersiaran secara live di 8TV.
[nggallery id=76]Tarikh Di Pawagam ~ 28 Jun 2012
Pelakon ~ Zarinatasha Jamalullail, Remy Ishak, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Marisa Yasmin, Nash, Harris Shidee (Idola Kecil 3).
Pengarah ~ Pierre Andre
Sinopsis
Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. 
Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.
Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?
[nggallery id=75]
Pertelingkahan antara dua dewi jelita pelakon Neelofa dan Anzalna akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila hari ni kedua-duanya tampil untuk berdamai. Pertemuan yang berlangsung di hotel Royal Bintang @ The curve, Damansara turut di saksikan oleh Presiden Seniman.
Anzalna yang hadir tanpa ditemani peguam mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa. Sekaligus mengharapkan isu konflik yang berlaku sejak sebulan lalu tidak berpanjangan lagi.
“Saya Nor Anzalna Mohd Nasir, di atas nasihat pihak persatuan Seniman Malaysia memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya dan saya tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 tersebut”
“Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan”, ujar Anzalna.
Sementara itu Neelofa memberitahu dia dengan rela hati dan ikhlas menerima mohon maaf daripada Anzalna.

“Saya bersyukur semuanya sudah berakhir. Bagi mereka yang masih lagi tertanya-tanya mengapa saya mengambil jalan penyelesaian dengan cara perundangan kerana saya btahu saya di pihak yang benar dan ianya terbukti pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih pada kedua penguam saya dan kepada pihak Seniman kerana tanpa bantuan Seniman, mungkin perkara ini akan berpanjangan, kata Neelofa yang hadir bersama dua peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mubarak.
Sebelum itu Anzalna dan Neelofa telah menandatangani akur janji yang dikeluarkan Persatuan Seniman dibawah Biro Aduan dan Perundangan yang disaksikan oleh Zed Zaidi supaya tidak ada sebarang perbalahan yang akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sekiranya kedua pelakon itu melanggar akur janji tersebut, tindakan akan dikenakan seperti melucutkan keahlian mereka daripada persatuan.
Bagi peminat Akademi Fantasi nama AKIM AHMAD memang tidak asing lagi. Setelah 3 tahun di dunia seni ini maka lahirlah album ‘AKIM AHMAD’ iaitu sempena nama beliau juga.Album ini mengandungi 10 buah lagu yang terdiri daripada 7 buah lagu baru.
Sebagai bonus, 3 buah lagu iaitu Inikah Cinta,Bengang dan Janji dibawakan kembali dalam bentuk akustik. Empat buah lagu didalam album ini merupakan hasil nukilan Akim sendiri. Lebih manis lagi, Akim turut mengundang Fiq dan Stacy untuk bergabung dan berduet dalam albumnya ini.
Rezeki Nurul Wahab semakin mencurah-curah selepas berkahwin apabila menjadi duta produk kecantikan iaitu SKINZ INFINITE baru-baru ini. Dengan ini,beliau sebaris dengan bintang Hong Kong Charmaine Sheh (SKINZ Infinite) dan bintang China yang semakin meningkat naik iaitu Bai Bing (SKINZ UV White).
Beliau yang berumur 35 tahun yang pernah popular dengan lagu Kerana Terluka dan Selagi Ada Cinta bakal melancarkan album terbarunya pada bulan Ogos 2012 ini. SKINZ Infinite ini diformulasikan untuk wanita asia yang berumur 29 tahun dan ke atas yang mana ia lebih kepada anti penuaan. Produk ini juga mendapat sijil Halal daripada JAKIM.
Nurul akan mula muncul didalam iklan untuk SKINZ Infinite bermula Julai 2012 ini.
[nggallery id=74]
Program Rasa Halal Antarabangsa 26 Episod terbitan E-Style Sdn Bd bakal dikemudi oleh Heliza Helmi yang menggantikan Farah Diana Anuar dan bakal menemui penonton pada setiap hari khamis, jam 7.30 malam bermula 28 Jun 2012 di Astro Oasis menerusi Saluran 106.
Sebelum ini Astro Oasis sudahpun menyiarkan enam musim termasuklah Rasa Halal Orient Xien diikuti dengan Taiwan,Hong Kong,Kemboja,Vietnam,Laos dan Thailand.
Menarik lagi,program Rasa Halal Antarabangsa kali ini juga bakal membawa para penonton menjelajah keunikan lima buah negara iaitu Turki,United Kingdom,Perancis,Korea dan Australia untuk mengenali khazah serta warisan seni tempatan,tinggalan sejarah,destinasi pelancongan terbaik dan semestinya resepi tradisional yang halal dan menyelerakan.