SO Staff

Rockawayfest Kembali Dengan Boys Like Girls Dan Motion City Soundtrack Pada 12 Julai 2012

 

Livescape sekali lagi membawa Rockawayfest Showcase kepada peminat-peminat muzik di Malaysia pada 12 Julai 2012 ini. Kali ini giliran Boys Like Girls dan Motion City Soundtrack pula yang akan menghiburkan anda. Ia berlangsung pada 12 Julai 2012 ini di Neverland Kuala Lumpur.

Persembahan malam itu juga bakal diserikan dengan kehadiran The Azenders, Lab The Rat dan An Honest Mistake. Dan ia hanya untuk anda yang BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS SAHAJA. Tiket akan mula dijual pada 27 Jun 2012.

Details Event:

Date: 12 July 2012

Venue:  Neverland, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur

Time: Doors open at 6pm

Tickets: RM55 (via AirAsiaRedTix.com) RM85 (limited Rockaway Festival Pre-Release Special via I Love Discount includes Rockaway Festival + Rockawayfest Showcase tickets)

*Tickets boleh didapati di www.AirAsiaRedTix.com dan outlets tiket dari 27 Jun. 

Linkin Park Kembali Dengan ‘Living Things’

Linkin Park kembali dengan album ke-5 mereka iaitu ‘Living Things’ dan ia akan berada di pasaran pada 26th June 2012 ini. Ia adalah album selepas ‘A Thousand Suns’ yang dikeluarkan pada September 2010. Album ini masih mengekalkan Mike Shinoda dan Rick Rubin sebagai penerbit selepas Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010).

Single yang sedang hangat dari album ini ialah ‘Burn It Down’ telah pun dilancarkan pada 16 April 2012 yang lepas dan mendapat views sebanyak 4 Juta di Youtube dalam masa 2 minggu.

Antara lagu-lagu di dalam album ini adalah :

01 LOST IN THE ECHO

02 IN MY REMAINS

03 BURN IT DOWN

04 LIES GREED MISERY

05 I’LL BE GONE

06 CASTLE OF GLASS

07 VICTIMIZED

08 ROADS UNTRAVELED

09 SKIN TO BONE

10 UNTIL IT BREAKS

11 TINFOIL

12 POWERLESS

Hampir 3000 Peminat Penuhi KL Live Demi ‘TRAIN’

Hampir 3000 peminat hadir ke KL Live sabtu lepas untuk menyaksikan persembahan ‘TRAIN Live In Malaysia’. Ia dibawa khas oleh Tune Talk ,JS Concert Productions dan Fat Boys. Train dianggotai oleh Patrick Monahan (Vokal), Jimmy Stafford (Guitar & Vokal) dan Scott Underwood (Drum & Percussion).

Sebanyak 17 buah lagu didendangkan oleh mereka pada konsert tersebut.Antaranya adalah Meet Virginia, I Got You,Angels,Soul Sister,Drive By, Drops Of Jupiter dan diakhiri oleh Sing Together.

[nggallery id=72]

 

 

Kylie Tampil Dengan ‘Timebomb’

 

Kylie tampil dengan single terbaru yang berjudul ‘Timebomb’ pada 25 Mei 2012 yang lepas. Ia adalah salah satu daripada surprise beliau kepada peminat sempena ulang tahun ke 25 beliau di dalam industri music.

Muzik video ini diarahkan oleh Christian Larson dan menjalani penggambaran di Soho. Video ini boleh dimuat turun menerusi iTunes.

Neelofa Mahukan Penjelasan, Tuntut 2 Perkara daripada Anzalna

Bagi anda yang mengikuti perkembangan hiburan, pastinya sedia tahu saat dan ketika ini dunia artis tanah air kita sedang panasss berkenaan isu pertelagahan dia antara 2 artis jelita sejak dua tiga hari lalu. Dan hari ini, Neelofa tampil mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan konflik dan perkara berbangkit berkenaan hal tersebut.

Perkara pertama, Neelofa memberitahu, satu notis bagi menuntut dua perkara daripada pelakon itu telah dihantar hari ini. Anzalna diminta memberi penjelasan dan bukti terhadap semua tuduhan kenyataan yang dilemparkan menerusi artikel yang tersiar di akhbar BPop Berita harian bertarikh 10 Jun 2011 yang bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’. Tuntutan itu dibuat melaui firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & & Co.

Kedua, Neelofa berkata semua kenyataan yang dilemparkan di dalam artikel tersebut adalah tidak benar. 100% tidak benar!

Fenomena “Ketika Cinta Bertasbih” Julang Nama Oki Setiana Dewi

Nama Oki Setiana Dewi atau wataknya Anna Althafunnisa begitu sinonim dengan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang menjadi fenomena di Indonesia mahupun di Malaysia. Filem yg diadaptasi daripada novel terlaris karya terkenal dari penulis Habiburrahim merupakan filem terlaris di Indonesia pada 2009 dengan jumlah penonton 3 juta orang. Manakala sekuelnya iaitu ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’ pula berjaya meraih 1.5 juta penonton.

Sempena bulan Ramadhan ini, pihak INDOPEK akan menayangkan kembali drama sinetron ‘Ketika Cinta Bertasbih : Special Ramadhan’ bermula 6hb Julai 2012 di Saluran Pelangi 142 Astro.

Selepas kejayan novelnya yang bertajuk “Melukis Pelangi : Catatan Hati Oki Setiana Dewi” yang mendapat sambutan hangat, beliau kini tampil dengan novel kedua beliau yang bertajuk “Sejuta Pelangi : Pernik Cinta Oki Setiana Dewi”.

 

‘RACK’ Butik Kilafairy Tampilkan Konsep “Mix & Match”

 

Kilafairy bersama kakaknya iaitu Shakira Idora telah melancarkan butik mereka iaitu RACK bertempat di RL-023, Level 2, The 19 USJ City Mall,Jalan Persiaran Kewajipan USJ 19,Subang Jaya. RACK merangkumi produk-produk seperti hiasan Aksesori,Bag Tangan,Tumit Tinggi,Skaft,Tali Pinggang serta pakaian rekaan mereka sendiri seperti Dress Cocktail dan Ready To Wear untuk wanita.

Sasaran jualan adalah untuk kategori Yuppies bagi golongan remaja serta Bums untuk golongan dewasa. Pemasaran secara online pula akan dilakukan di www.facebook.com/wearerack dan twitter @wearerack.

Keistimewaan RACK ialah setiap rekaan yang direka adalah berlainan dari design-design yang sedia ada di pasaran yang mana setiap pakaian yang direka khas berbentuk eksklusif.Konsep RACK lebih kepada ‘Mix and Match’.Pihak RACK juga akan terus mempertingkatkan pengeluaran di samping mempelbagaikan lagi jenama seperti pakaian untuk lelaki.

[nggallery id=71]

 

Surprise Birthday Party Untuk Kaka Azraff

Baru-baru ini telah diadakan majlis Makan Malam di Italianese,The Curve bersama pemenang ‘Call Me Tones Celcom Bawaku Pergi’  dengan Zizan dan Kaka.Peraduan ini telah diadakan pada 1 April 2012 sehingga 15 May 2012 yang lalu.

Pada majlis ini juga telah diadakan suprise birthday party untuk Kaka yang ke 23 tahun. Moga panjang umur dan sukses selalu yaa KAKA..

Rita Rudaini & Syamsul Yusof Didalam ‘Ameera’ Di Slot Samarinda

Menyusuli MAHABBAH, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Murali Abdullah menerusi drama bersiri AMEERA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.

Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

 

 

‘BellaVita’ Suplemen Kesihatan & Anti-Penuaan Dari Neelofa

BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabunggkan sinergi dua dunia iaitu dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan. Setiap paket BellaVita™ mengandungi 5000mg peptida kolagen marin premium dari Jepun yang berfungsi untuk menyokong keanjalan dan keremajaan kulit. Ia juga sangat bermanfaat untuk tulang, sendi, rambut dan kuku. BellaVita™ diformulasi dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Perancis menerusi hasil penyelidikan yang bermutu tinggi.

Ianya adalah sumber utama anti-oksidan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penyakit degeneratif. Prebiotik yang berkualiti tinggi adalah salah satu ramuan aktif BellaVita™  yang  membantu  untuk  mengimbangi  mikro-flora  di  dalam  usus  dan  membina semula sistem usus yang sihat. Secara langsung, badan akan menyerap kolagen dan nutrien yang lain dengan lebih efektif.

BellaVita™ juga mengandungi Acai Beri dari Brazil, Resveratrol, Glutathione, Asid Hyaluronik, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Kacip Fatimah dan Ekstrak Akar Maca dari Peru, yang amat berkesan untuk menjadikan anda lebih muda dan cantik. Campuran  premium  ini  menggabungkan  ramuan  berjenama  dan  bermutu  tinggi  untuk membantu mengekalkan kecantikan luar dan dalam supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sempurna.”Gaya hidup moden yang sibuk pada masa kini menyebabkan ramai di antara kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menitikberatkan pemakanan yang sesuai dengan garis panduan pemakanan yang sihat dan bernutrisi.” kata Noor Neelofa, Pelakon, Pengacara dan juga usahawan muda serta salah satu daripada tiga ahli yang menjadi tulang belakang yang bertanggungjawab  dalam penubuhan BellaVita .

“Anda adalah apa yang anda makan” ia juga bermakna kecantikan bermula dari pengambilan makanan dan minuman. BellaVita™ diformulasi khas dengan 40 jenis ramuan aktif dan sebahagian besarnya terdiri daripada buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kesan anti- oksidan yang tinggi. Pengambilan produk ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah ia akan membantu melambatkan proses penuaan, meningkatkan kesihatan sendi dan mengelak   penyakit   degenaratif   seperti   sakit   jantung,   parkinson,   diabetes,   strok   dan sebagainya”, kata Pengarah Urusan BellaVita , Noor Nabila, dan ibunya, Noor Kartini selaku Pengarah Eksekutif.

Pengambilan supplemen boleh bermula pada mana-mana peringkat umur. Ramai orang yang berminat untuk mengambil supplemen khuatir kerana mereka mungkin terlalu muda atau terlalu tua. Sama ada anda berada dalam lingkungan umur 20-an, 30-an, 40-an atau lebih tua, anda boleh mula mengambil langkah untuk melawan tanda-tanda penuaan dan penyakit degeneratif dengan menggabungkan BellaVita™ dalam diet harian.

BellaVita™ boleh didapati melalui stokis berdaftar dan kedai-kedai kesihatan berdekatan. Harga untuk Sekotak ialah RM179.00 sahaja namun sehingga  pertengahan June 2012 jika anda membeli dua kotak maka harga satu kotak ialah RM135.00 sahaja.

Menangi Barangan Eksklusif Filem ‘The Avengers’

Sinopsis

Filem The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.

Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.

Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu.

Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan.

Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama.

Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.

Jawab soalan-soalan di bawah:

4 x Marvel’s The Avengers T-shirt

4 x Marvel’s The Avengers button

4 x Marvel’s The Avengers keychain

Soalan 1 :  Berikan 3 nama pelakon utama filem ini?

Soalan 2 : Namakan watak jahat dalam filem ini?

Soalan 3 : Siapakah yang memegang watak Thor ?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

*Penyertaan tanpa details yang penuh tidak akan diterima.

* Sila letak tajuk email Contest “The Avengers”.

Tarikh tutup penyertaan: 17 May 2012