SO Staff

Awal Buat Kejutan, Lamar Scha Secara Live di ‘Propaganza’

Esok, pasangan kekasih, Awal Ashaari, 31, dan Scha Al-Yahya, 29, akan mengadakan sidang media sekaligus mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Namun, pada tengahari semalam, Awal telah menciptakan satu momen indah lagi romantis apabila dia membuat kejutan dengan melamar buah hatinya untuk dijadikan isteri.

Kejutan itu dibuat sewaktu mereka di dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria. Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan yang dihoskan oleh Reza Mohammad dan Masha Milan Londoh itu, sebagai tetamu jemputan.

Ketika melamar Scha, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

*credit to Guatv,mD & Propaganza

Azza Elite Nikah 1 April Ini

Memetik kenyataan di mstar, penyanyi yang juga merupakan anggota kumpulan Elite ni memberitahu keputusannya untuk berkahwin dengan Azlan Zulaily tanpa ikatan pertunangan bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih memudahkan dirinya dan pasangan.

Dikhabarkan juga dalam pada Azza sibuk dengan penggambaran, setakat ini sudah 70 peratus persiapan perkahwinan telah dilakukan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa dan majlis resepsinya (belum menetapkan tarikhnya lagi) pula akan diadakan di Pusat Membeli Belah Mydin, Ipoh, Perak. Kata Azza, dia mengadakan majlis dengan suasana yang serba ringkas tetapi romantik dan meriah.

Bercerita mengenai bibit-bibit perkenalannya dengan Azlan, semuanya bermula pada perayaan tahun baru 2011 dan telah dilamar pada 1 November lalu dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet. Keikhlasan dan kejujuran Azlan membuatkan dia tidak teragak-agak untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua. Tambahan kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka.

Foto-Foto Resepsi Tertutup Danny X-Factor dan Isteri Tercinta

Selepas lebih kurang tujuh bulan mendirikan rumah tangga atau lebih tepat lagi mereka bernikah pada 16 September tahun lalu, pelakon-penyanyi Danny X-Factor bersama isterinya seorang pramugari, Fazlin Zakaria, telah mengadakan majlis resepsi baru-baru ini.

Majlis penuh meriah yang diadakan secara tertutup ni, khas buat ahli keluarga dan serta turut teman-teman artis di adakan di Zebra Square, Kuala Lumpur.

*credit foto Whitesignature crew & mD

Walaupun Tanpa Yuri, SNSD Berjaya Pukau 50,000 Penonton Di Twin Tower @Live 2012

Bermula dari awal pagi lagi, penonton telah mula membanjiri KLCC untuk menonton SNSD @ Girl Generation yang buat kali pertamanya membuat persembahan di Malaysia. Lautan berwarna ‘PINK’ membanjiri KLCC semalam menandakan kehadiran SNSD memang sangat-sangat ditunggu.

Walaupun tanpa kehadiran Yuri yang ada shooting fashion di New York, ia langsung tidak menjejaskan persembahan SNSD dengan berjaya memukau hampir 50,000 penonton yang setia menunggu.

[nggallery id=60]

10 perkara Nicole Scherzinger Minat Tentang Malaysia

Nicole Scherzinger yang hadir untuk persembahan Twin Tower @Live 2012 di KLCC berkongsikan 10 perkara yang beliau suka mengenai Malaysia ketika sesi sidang media yang berlangsung di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur. 

10 perkara pilihan Nicole Scherzinger mengenai Malaysia :

1. Pakaian

2. Lokasi makanan

3. Persembahan di KLCC

4. Coklat

5. Buah-buahan

6. Kelapa sawit

7. Muzik

8. Wajah penduduk Malaysia yang ceria

9. Semua jenis makanan di Malaysia

10. Kasut

Gara-Gara SNSD,“Petronas Tower” jadi “Petronas Towel”..KLCC Trending di Twitter

Belum pun apa-apa, mereka dah bikin hype! Semuanya disebabkan kesilapaan ejaan yang dibuat oleh SM Entertainment iaitu (pihak pengurusan) yang mengemaskini jadual artis mereka, SNSD aka Girls Generation dengan menyatakan lokasi “Petronas Tower” sebagai “Petronas Towel”. Impaknya, kini trending yang menjadi ikutan ramai menduduki ranking nombor tiga dunia.

Selain, insiden yang tidak dijangkakan ini telah dimuatkan naik ke laman perkongsian jenaka popular, 9gag sebentar tadi.

Secara tak langsung insiden ini sebagai salah satu promosi untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dan, pasti acara PETRONAS Malaysia Grand Prix tahun 2012 mencatat sejarah menarik dengan selingan jenaka seperti ini.

Sejak tiga hari lalu, Mysone (gelaran bagi peminat fanatik SNSD) tidak senang duduk sebaik saja diberitakan sembilan idola kesayangan mereka ini akan membuat persembahan malam ini.

SNSD di jangka tiba di tanah air lewat petang ini dan sejurus itu mereka akan membuat persembahan di konsert Twin Tower @Live 2012, jam 8 malam. Sementara konsert percuma ni juga akan turut menampilkan Kelly & Orianthi pada esok malam.

*credit to mD

Foto Separuh Bogel Tersebar: “Sah! Itu Jenny Cortez” – Pengurus

Industri hiburan negara seberang gempar apabila gambar separuh bogel aktres seksi yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin, Jenny Cortez, tersebar luas di internet. Gambar tersebut jelas menunjukkan Jenny bersama beberapa teman lelaki berada di sebuah pantai dengan hanya memakai bikini dan berkeadaan separuh bogel.

Dalam beberapa gambar yang disebarkan, ianya jelas menunjukkan Jenny hanya mengenakan seluar dalam renang dan ada gambar lain memaparkan Jenny hanya memakai seluar dalam tanpa menutupi bahagian atasnya sambil bermain air.

Pengurus kepada Jenny, Ika Maulani mengesahkan bahawa gambar-gambar tersebut adalah gambar Jenny, namun menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui di mana gambar tersebut diambil dan bagaimana ianya boleh tersebar.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi oleh gadis berusia 25 tahun ini adalah Kirun & Adul, ‘Pemburu Hantu The Movie’ dan juga beberapa drama televisyen yang lain.

“Video Games Lives” Kembali Ke Malaysia

‘Video Games Live’ Live In Malaysia 2012 bakal diadakan pada 26 & 27 Mei 2012 di Istana Budaya jam 8 malam. Ia dibawa khas oleh ZI Production Sdn Bhd dan GEM Impact Sdn Bhd dengan kerjasama oleh Istana Budaya,DBKL ,Malaysian Band Association dan CosPlay-Fun Malaysia. Composer Video Game terkenal iaitu Tommy Tallarico turut akan hadir.

VGL merupakan konsert pertama yang memainkan muzik dan permainan video terkenal dari Super Mario dan Final Fantasy. Setelah sukses di konsert sulung yang berlangsung di Hollywood Bowl, Amerika Syarikat pada tahun 2005 dengan kehadiran lebih 11 ribu penonton.Diketuai oleh pencipta VGL, Tommy sendiri serta barisan Okestra Simfoni Kebangsaan, persembahan selama 2 jam itu juga bakal diperdengarkan medley Classic Arcade yang memainkan muzik dari permainan video seperti PongDonkey KongDragon’s LairTetresFroggerGaunlet,Space Invanders dan Outrun.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tiket-tiket berharga RM95, RM135, RM195, RM235 dan RM295 boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my atau hubungi Hotline Ticket Pro di talian 03-78807999 mulai Isnin depan. Maklumat lanjut, layari www.videogameslive.com.

Wow!!!!Semakin Hangat Cinta Aliff Aziz & Anne Ngasri

Wow..Nampaknya begitulah. Tengok jer gambar ni, dah tahu kan… Sejak beberapa minggu lalu, timbul desas-desus penyanyi kelahiran Singapura ni dan juga ibu anak tiga ni dikatakan menjalin hubungan cinta.

Kata Aliff, dia sedang dalam proses mengenal hati budi Anne. Jawapan standard. Sementara terbaru, Anne pula tidak menafikan hubungannya dengan hitsmaker Sayang Sayang itu serasi dan juga senang untuk dibawa berbincang.

Tambahan, Anne sekarang adalah pendengar setia serta tempat Aliff meluah perasaan dan berkongsi sebarang masalah sejak penyanyi berusia 21 tahun itu berada di Malaysia.

Kita doakan saja yang baik-baik buat pasangan ‘teman tapi mesra’ ini.