Awal Buat Kejutan, Lamar Scha Secara Live di ‘Propaganza’

Esok, pasangan kekasih, Awal Ashaari, 31, dan Scha Al-Yahya, 29, akan mengadakan sidang media sekaligus mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Namun, pada tengahari semalam, Awal telah menciptakan satu momen indah lagi romantis apabila dia membuat kejutan dengan melamar buah hatinya untuk dijadikan isteri.

Kejutan itu dibuat sewaktu mereka di dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria. Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan yang dihoskan oleh Reza Mohammad dan Masha Milan Londoh itu, sebagai tetamu jemputan.

Ketika melamar Scha, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

*credit to Guatv,mD & Propaganza

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *