Seramai 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Shahbandar Kuala Terengganu untuk menyaksikan Hot FM Big Jam 2012 pada sabtu lepas. Ia satu angka yang amat memberangsangkan kerana ini adalah kali pertama Big Jam diadakan di pantai timur. Konsert ini bermula dari jam 5 petang sehinggalah jam 11.30 malam.
Antara artis-artis yang hadir pada Big Jam ini ialah Black Mentor, Ella, Spider, Zamani Slam, AXL,Hafiz,XPDC,Alyah, Amir Uk’s dan lain lain lagi. Nidji pula hadir sebagai artis jemputan pada Big Jam kali ini memang tidak menghampakan para pengunjun.Di antara lagu-lagu yang di sampaikan oleh Nidji ialah Biarlah, Jangan Takut dan Laskar Pelangi.
Berita gembira buat peminat setia band metal rock terkemuka Malaysia, Cromok. Selepas 15 tahun tidak beraksi di pentas muzik, band otai ini akan kembali bersatu menggegarkan industri seni tanah air dalam satu persembahan khas, ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’, pada 8 April 2012, di KL Live, Jalan Sultan Ismail.
“Kami sangat teruja untuk beraksi pada persembahan ini nanti. Kali terakhir kami beraksi bersama ialah pada tahun 1996 dan bagi yang ingin melihat original line up Cromok, inilah masanya untuk anda datang ke persembahan kami,” ujar Karl mewakili anggota kumpulan Cromok yang lain.
Selain Karl selaku gitaris, Cromok juga turut dianggotai oleh Miji (pemain drum) dan Sam (vokalis dan pemain bass). ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ diadakan bersempena dengan ulangtahun ke-25 Cromok. Menariknya, band yang ditubuhkan pada 1987 di Australia ini bakal menghiburkan komuniti metal rock tempatan dengan lagu-lagu popular mereka selama satu setengah jam.
Apabila ditanya mengapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk kembali beraksi, mereka menjawab, “Kami semua masing-masing ada komitmen. Kami sibuk membesarkan keluarga kerana bagi kami keluarga yang paling utama. Selain itu, masa untuk jamming juga terbatas malah nak berkumpul antara kami pun agak susah.
“Tapi, sekarang anak-anak pun dah besar, jadi bolehlah kami kembali bersatu semula. Lagipun, kami pun bukan muda lagi. Selepas dah berehat lama, inilah masanya untuk kami meluangkan masa pada hobi kami dan juga bagi sesuatu untuk peminat. Bagi kami, alang-alang nak buat sesuatu, biarlah yang bagus dan bukan tangkap muat saja,” ujar Cromok ketika ditemui di Club 63, petang semalam.
Ditanya mengenai harapan mereka untuk persembahan itu nanti, Cromok menjawab, “Susah nak jangka sebab dah lama kami tak main sekali. Kami tahu peminat kami masih ada, tapi tak tahu sambutan malam itu macam mana. Kami juga tak tahu macam mana persepsi peminat nanti.
“Apa yang kami boleh katakan, kami bakal menjanjikan satu persembahan yang hebat untuk peminat semua. Harap mereka akan datang kerana bukan senang untuk melihat kami bersatu kembali. Lagipun, persembahan ini khas untuk peminat semua.”
Selain persembahan dari Cromok, peminat turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan dari band Nuclear Strikes, Metalasia dan Langsuyr. ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ dibawa khas oleh Clockwork Events dan Uncang Tiga.
Bagi peminat muzik metal rock semua, apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket berharga RM98 dan RM138 menerusi www.ticketpro.com.my atau di talian 03-78807999. Tiket ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ juga boleh didapati di Rock Corner dan Victoria Music Centre.
Istimewanya, pembelian tiket berharga RM138 turut disertakan sekali dengan barangan eksklusif Cromok.
Filem edaran Apparat Sdn Bhd ni dibintangi barisan para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim juga dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Na Ron, Wan Hanafi Su dan satu-satunya bunga dalam filem ni, Tengku Azura sebagai Mek Yah. Filem ini diarah oleh Daid Said. Ia akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012.
Dengan rekod kejayaan tersendiri, BUNOHAN telah ditayangkan di acara-acara berprestij antarabangsa. Misalnya sempena tayangan perdana yang berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Toronto, pada September tahun lalu dan di anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horses, pada Oktober 2011. Serta Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang menayangkan filem mini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.
Sinopsis
BUNOHAN adalah kisah tragis kasih sayang yang hilang di antara tiga beradik bersama bapa mereka yang sedang uzur.Cerita ini dilakarkan di sebuah bandar terpencil berdekatan dengan sempadan Malaysia danSiam. ‘Bunga Lalang’ atau Adil ialah seorang peninju tomoi yang mendapati dirinya berjuang untuk nyawanya dalam sebuah pertarungan maut demi maruah. Tetapi Muski, rakannya sejak kecil lagi, mempunyai pemikiran berlainan – dia menyelamatkan Adil dan secara tidak sengaja terlibat sama dalam pergolakan peristiwa di sepanjang cerita ini.
Ilham, seorang pembunuh upahan yang kejam diarahkan untuk menjejaki Adil dan dengan tidak disengajakan mereka tiba ke kampung asal mereka di Bunohan. Seperti Adil, Ilham juga dilahirkan di Bunohan, di mana beliau sendiri tidak pernah pulang, sungguhpun ketika ibunya meninggal dunia.Sementara itu, abang Adil bernama Bakar, juga dengan tidak semena-mena kembali ke Bunohan dari kota, kononnya untuk menjaga bapanya Pok Eng yang uzur. Pok Eng seorang tok dalang Wayang Kulit. Di sebalik wajah seorang anak yang bertanggungjawab, Bakar merupakan seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi, oportunis dan perebut kuasa.
Di Kampung Bunohan, Ilham terpesong daripada tujuan asalnya ke sana dan menghabiskan masa untuk cuba mencari kubur ibunya. Dia mengabaikan tugas utamanya. Akibat daripada itu, seorang samseng Siam dihantar untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Ilham.
Adil menyembunyikan dirinya bersama mentor merangkap jurulatihnya bernama Pak Wah. Adil juga terbabit dalam usaha menyelamatkan kelab tomoi lama milik Pak Wah. Adil sibuk mempersiapkan dirinya untuk perlawanan akhir untuk menyelamatkan kelab tomoi gurunya.
Bakar yang memerhati dari jauh pula telah membuat perancangan untuk menghapuskan sahaja sehingga bertumpah darah.
Jawab soalan-soalan di bawah:
5x Baju-T Bunohan
5x Topi Besbal Bunohan
10x Notepad Eksklusif Bunohan
Soalan 1 : Berikan 2 nama pelakon utama filem Bunohan?
Soalan 2 : Namakan syarikat yang menerbitkan filem ini?
“Sebenarnya tarikh itu tidak, macam mana nak cakap ya, memang betul saya akan bernikah pada hujung April ini, tapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar,” ujar pelakon popular, Fasha Sandha mengulas mengenai tarikh perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 29 April 2012.
“Tarikh perkahwinan sudahpun ditetapkan oleh keluarga dan bila betul-betul masanya, persiapan dah siap dan kami dah bagi kad jemputan, baru saya boleh beritahu pada semua. Apa-apapun, tarikh yang dinyatakan itu hampir tepat. Cuma ada benda yang saya tak boleh beritahu semua kerana saya kena menghormati permintaan keluarga dan juga bakal suami sendiri. Saya akan beritahu khalayak selepas saya hantar kad jemputan.”
Ditanya mengenai desas-desus kononnya Fasha bakal bernikah di Kuala Lumpur dan memilih pulau peranginan popular, Bali sebagai lokasi majlis resepsi, Fasha memberitahu, “Memang benar saya akan bernikah di Kuala Lumpur. Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya.
“Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara.”

Program Mania ini akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104. Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.
Program Mania bakal menyaksikan dua belas [12] penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.Tiga orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.
Uniknya program ini, sebanyak tiga orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di www.mania.com.my. Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), Riz, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).
Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500, 000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200, 000 dan RM100, 000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.
Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!
Di dalam filem ‘Men In Black 3’ Nicole Scherzinger memegang watak sebagai Sexy Villainess yang bernama Lily . Watak Lily agak seksi dengan memakai dress pendek yang berwarna hitam.Will Smith dan Tommy Lee Jones masih lagi memegang watak sebagai ejen didalam filem ini.
Filem ini diarahkan oleh Barry Sonnenfeld. Ia bakal ditayangkan sekitar May 2012.
Filem edaran Apparat Sdn Bhd ni dibintangi barisan para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim juga dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Na Ron, Wan Hanafi Su dan satu-satunya bunga dalam filem ni, Tengku Azura sebagai Mek Yah. Filem ini diarah oleh Daid Said. Ia akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012.
Dengan rekod kejayaan tersendiri, BUNOHAN telah ditayangkan di acara-acara berprestij antarabangsa. Misalnya sempena tayangan perdana yang berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Toronto, pada September tahun lalu dan di anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horses, pada Oktober 2011. Serta Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang menayangkan filem mini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.
Bunohan diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.
Sinopsis
BUNOHAN adalah kisah tragis kasih sayang yang hilang di antara tiga beradik bersama bapa mereka yang sedang uzur.Cerita ini dilakarkan di sebuah bandar terpencil berdekatan dengan sempadan Malaysia danSiam. ‘Bunga Lalang’ atau Adil ialah seorang peninju tomoi yang mendapati dirinya berjuang untuk nyawanya dalam sebuah pertarungan maut demi maruah. Tetapi Muski, rakannya sejak kecil lagi, mempunyai pemikiran berlainan – dia menyelamatkan Adil dan secara tidak sengaja terlibat sama dalam pergolakan peristiwa di sepanjang cerita ini.
Ilham, seorang pembunuh upahan yang kejam diarahkan untuk menjejaki Adil dan dengan tidak disengajakan mereka tiba ke kampung asal mereka di Bunohan. Seperti Adil, Ilham juga dilahirkan di Bunohan, di mana beliau sendiri tidak pernah pulang, sungguhpun ketika ibunya meninggal dunia.Sementara itu, abang Adil bernama Bakar, juga dengan tidak semena-mena kembali ke Bunohan dari kota, kononnya untuk menjaga bapanya Pok Eng yang uzur. Pok Eng seorang tok dalang Wayang Kulit. Di sebalik wajah seorang anak yang bertanggungjawab, Bakar merupakan seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi, oportunis dan perebut kuasa.
Di Kampung Bunohan, Ilham terpesong daripada tujuan asalnya ke sana dan menghabiskan masa untuk cuba mencari kubur ibunya. Dia mengabaikan tugas utamanya. Akibat daripada itu, seorang samseng Siam dihantar untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Ilham.
Adil menyembunyikan dirinya bersama mentor merangkap jurulatihnya bernama Pak Wah. Adil juga terbabit dalam usaha menyelamatkan kelab tomoi lama milik Pak Wah. Adil sibuk mempersiapkan dirinya untuk perlawanan akhir untuk menyelamatkan kelab tomoi gurunya.
Bakar yang memerhati dari jauh pula telah membuat perancangan untuk menghapuskan sahaja sehingga bertumpah darah.
Filem edaran Apparat Sdn Bhd ni dibintangi barisan para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim juga dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Na Ron, Wan Hanafi Su dan satu-satunya bunga dalam filem ni, Tengku Azura sebagai Mek Yah. Filem ini diarah oleh Daid Said. Ia akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012.
Dengan rekod kejayaan tersendiri, BUNOHAN telah ditayangkan di acara-acara berprestij antarabangsa. Misalnya sempena tayangan perdana yang berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Toronto, pada September tahun lalu dan di anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horses, pada Oktober 2011. Serta Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang menayangkan filem mini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.
Bunohan diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.
Sinopsis
BUNOHAN adalah kisah tragis kasih sayang yang hilang di antara tiga beradik bersama bapa mereka yang sedang uzur.Cerita ini dilakarkan di sebuah bandar terpencil berdekatan dengan sempadan Malaysia danSiam. ‘Bunga Lalang’ atau Adil ialah seorang peninju tomoi yang mendapati dirinya berjuang untuk nyawanya dalam sebuah pertarungan maut demi maruah. Tetapi Muski, rakannya sejak kecil lagi, mempunyai pemikiran berlainan – dia menyelamatkan Adil dan secara tidak sengaja terlibat sama dalam pergolakan peristiwa di sepanjang cerita ini.
Ilham, seorang pembunuh upahan yang kejam diarahkan untuk menjejaki Adil dan dengan tidak disengajakan mereka tiba ke kampung asal mereka di Bunohan. Seperti Adil, Ilham juga dilahirkan di Bunohan, di mana beliau sendiri tidak pernah pulang, sungguhpun ketika ibunya meninggal dunia.Sementara itu, abang Adil bernama Bakar, juga dengan tidak semena-mena kembali ke Bunohan dari kota, kononnya untuk menjaga bapanya Pok Eng yang uzur. Pok Eng seorang tok dalang Wayang Kulit. Di sebalik wajah seorang anak yang bertanggungjawab, Bakar merupakan seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi, oportunis dan perebut kuasa.
Di Kampung Bunohan, Ilham terpesong daripada tujuan asalnya ke sana dan menghabiskan masa untuk cuba mencari kubur ibunya. Dia mengabaikan tugas utamanya. Akibat daripada itu, seorang samseng Siam dihantar untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Ilham.
Adil menyembunyikan dirinya bersama mentor merangkap jurulatihnya bernama Pak Wah. Adil juga terbabit dalam usaha menyelamatkan kelab tomoi lama milik Pak Wah. Adil sibuk mempersiapkan dirinya untuk perlawanan akhir untuk menyelamatkan kelab tomoi gurunya.
Bakar yang memerhati dari jauh pula telah membuat perancangan untuk menghapuskan sahaja sehingga bertumpah darah.
Filem edaran Apparat Sdn Bhd ni dibintangi barisan para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim juga dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Na Ron, Wan Hanafi Su dan satu-satunya bunga dalam filem ni, Tengku Azura sebagai Mek Yah. Filem ini diarah oleh Daid Said. Ia akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012.
Dengan rekod kejayaan tersendiri, BUNOHAN telah ditayangkan di acara-acara berprestij antarabangsa. Misalnya sempena tayangan perdana yang berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Toronto, pada September tahun lalu dan di anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horses, pada Oktober 2011. Serta Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang menayangkan filem mini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.
Bunohan diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.
Sinopsis
BUNOHAN adalah kisah tragis kasih sayang yang hilang di antara tiga beradik bersama bapa mereka yang sedang uzur.Cerita ini dilakarkan di sebuah bandar terpencil berdekatan dengan sempadan Malaysia danSiam. ‘Bunga Lalang’ atau Adil ialah seorang peninju tomoi yang mendapati dirinya berjuang untuk nyawanya dalam sebuah pertarungan maut demi maruah. Tetapi Muski, rakannya sejak kecil lagi, mempunyai pemikiran berlainan – dia menyelamatkan Adil dan secara tidak sengaja terlibat sama dalam pergolakan peristiwa di sepanjang cerita ini.
Ilham, seorang pembunuh upahan yang kejam diarahkan untuk menjejaki Adil dan dengan tidak disengajakan mereka tiba ke kampung asal mereka di Bunohan. Seperti Adil, Ilham juga dilahirkan di Bunohan, di mana beliau sendiri tidak pernah pulang, sungguhpun ketika ibunya meninggal dunia.Sementara itu, abang Adil bernama Bakar, juga dengan tidak semena-mena kembali ke Bunohan dari kota, kononnya untuk menjaga bapanya Pok Eng yang uzur. Pok Eng seorang tok dalang Wayang Kulit. Di sebalik wajah seorang anak yang bertanggungjawab, Bakar merupakan seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi, oportunis dan perebut kuasa.
Di Kampung Bunohan, Ilham terpesong daripada tujuan asalnya ke sana dan menghabiskan masa untuk cuba mencari kubur ibunya. Dia mengabaikan tugas utamanya. Akibat daripada itu, seorang samseng Siam dihantar untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Ilham.
Adil menyembunyikan dirinya bersama mentor merangkap jurulatihnya bernama Pak Wah. Adil juga terbabit dalam usaha menyelamatkan kelab tomoi lama milik Pak Wah. Adil sibuk mempersiapkan dirinya untuk perlawanan akhir untuk menyelamatkan kelab tomoi gurunya.
Bakar yang memerhati dari jauh pula telah membuat perancangan untuk menghapuskan sahaja sehingga bertumpah darah.
Setelah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia, ‘SeeFood’ yang juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia bakal menggegarkan penonton tempatan pada 8 Mac 2012.Filem yang diedarkan dan dipromosikan oleh Grand Brilliance ini amatlah dinanti-nantikan dan bersedia untuk memukau para penonton dengan gambaran jelas eko sistem laut dan persekitarannya.
Dalam usaha mengekalkan 100% bakat tempatan, Gavin Yap dan Diong Chae Lian merupakan antara penyumbang suara latar untuk watak utama Pup dan Julius yang telah membantu menghidupkan karakter tersebut.
Selain itu, penggambaraan filem oleh studio animasi tersohor Malaysia, iaitu Silver Ant Sdn Bhd telah mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan karya ini. Kajian dan penyelidikan terhadap pelbagai jenis spesies ikan serta persekitarannya telah dijalankan selama tiga bulan di akuarium, kampung di Sekinchan serta pantai – pantai yang terletak di Pantai Timur bagi membolehkan mereka mengenali dengan lebih dekat akan eko sistem sekitar.
Besertakan dua sarikata, Melayu dan Mandarin, SeeFood, akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012, di 65 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei, dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pembangunan Korporasi Multimedia (MDeC).
Sinopsis
Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!