SO Staff

‘OLIVIA NEWTON JOHN LIVE IN GENTING’

Olivia Newton-John yang terkenal dengan filem ‘Grease’ bersama John Travolta akan mengadakan persembahan solo di Arena Of Stars, Genting Highland pada 29 Mac 2012 ini. Konsert ini dibawa khas oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.

Olivia yang pernah memenangi 4 kali Grammy Awards terkenal dengan lagu-lagu hits beliau iaitu ‘Hopelessly Devoted to You’,’You’re The One That I Want’, ‘Have You Ever Been Mellow’ , ‘Magic’,  ’Guilty’ dan banyak lagi.

Konsert ini akan bermula pada jam 8 malam. Farhan Azizan yang merupakan bekas bintang rancangan realiti TV akan menjadi artis  pembuka pada konsert ini.

Tiket-tiket yang berharga dari RM480 ke RM168 telah mula dijual. Sila hubungi ejen dibawah untuk pembelian tiket :

Malaysia

Kuala Lumpur Genting Onehub   03 – 2718 1118

Penang Sales Office   04 – 228 2288

Ipoh Sales Office   05 – 243 2988

Johor Bahru Sales Office   07 – 334 4555

Kuching Sales Office   082 – 412 522

TicketCharge    03-9222 8811

Victoria Music   03-2148 7208

iLasso Tickets   03 – 7957 6088

Singapore

Singapore Sales Office   +65 – 6823 9888

Five Star Tours Pte Ltd   +65 – 6294 7011

Konsortium Express & Tours Pte Ltd   +65 – 6392 5000

Transtar Travel Pte Ltd   +65 – 6299 9009

WTS Travel & Tours Pte Ltd   +65 – 6467 8558

Akma AF3 Bakal Bertunang Pada 6 Mei 2012

Penyanyi dan juga pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia 3, Akma Abdullah, 27, mengesahkan dia bakal bertunang pada 6 Mei depan dengan seorang eksekutif, Petronas, Farih Hamshi, 28.

Menurut kenyataan Akma di laman portal murai.com, dia mula mengenali bakal tunangnya itu selepas program realiti tersebut. Kata Akma, seorang teman telah memperkenalkan Farih kepadanya.

Namun selepas perkenalan tersebut mereka tidak lagi bertemu lebih lima tahun kerana masing-masing sibuk komitmen sehinggalah dipertemukan semula pada awal tahun 2011 lalu. Dan kemudian mereka mengambil keputusan untuk bertunang.Akma juga memberitahu, pada 3 Mac lalu Farih telah menghantar rombongan merisik dan majlis tersebut diadakan di rumah Akma di Jalan Klang Lama.

Tahniah pada Akma….

Gambar Zander Xayne Iskander..Anak Harith Iskander & Jezamine Lim

King of Comedy, Harith Iskander akhirnya bergelar bapa apabila isterinya, Jezamine Lim Iskander selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Mac baru-baru ini.

Harith berkongsi berita gembira mengenai putera sulungnya itu di laman akaun Twitter miliknya. Bayi seberat 3.89 kilogram itu diberi nama Zander Xayne Iskander.

Fahrin Akui Hanya Berkawan Dengan Zetty

Setiap kali muncul menerusi lakonan baik di kaca televisyen mahupun dilayar perak, dia pasti akan membuat ramai gadis cair. Fahrin Ahmad, 33, aktor pujaan sekaligus menjadi antara jejaka yang menjadi idaman ramai, kan. Bahkan kalau boleh dikata dia sememangnya lengkap dengan ciri-ciri menantu pilihan para ibu-ibu se-Malaya. Pun begitu, buat masa ini pelakon-pengacara ini lebih senang meneruskan hidup sebagai solo. Namun baru-baru ini timbul dakwaan dia sekarang sedang hangat bercinta dengan seorang anak produser terkenal tempatan.

Lebih menguatkan spekulasi, Fahrin bersama gadis bernama Adila Ramly atau mesra dengan panggilan Zetty itu, pernah beberapa kali keluar berdua-duaan, siap berpengangan tangan. Betul ker?

Menafikan setegas-tegasnya mengenai dakwaan tersebut, Fahrin bagaimanapun mengakui hubungan dia dan anak gadis kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa itu tidak lebih dari sekadar berkawan.Jelas Fahrin, pengalaman lepas banyak mengajarnya untuk tidak terlalu mudah mendedahkan jauh sekali mahu bercerita tentang hal peribadi. Pendek kata, dia tidak mahu lagi melayan kerenah perhubungan.

“Saya dan Zetty memang berkawan. Yer betul kami pernah keluar bersama tapi kalau pasal pegang-pegang tangan tu, memang tak benar”, katanya ketika ditemui di pelancaran Wajah Baru Wanita Inspirasiku TV3 di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, Khamis lalu.

“Berdasar pengalaman lepas, untuk saya sahkan satu-satu perhubungan saya perlu berhati-hati sebab ia adalah satu perkara yang rumit dan tricky. Fokus saya sekarang ada kerja dan diri sendiri. Hubungan kami memang dalam peringkat berkawan dan lebih manis untuk saya tidak berkata apa-apa”,

Fahrin dan Zetty yang juga merupakan seorang penerbit eksekutif ni mula berkenalan sejak setahun lalu, sewaktu duta fesyen Uniqlo itu membintangi drama yang diterbitkan oleh syarikat penerbit muda itu, iaitu Global Station Sdn Bhd.

Kebetulan di majlis anjuran TV3 itu, Zetty juga hadir dan dilihat duduk bersebelahan Fahrin.”Kami kawan. Saya selesa berkawan dengan dia. Dia lelaki yang baik. Kami selalu sembang dan berkongsi idea mengenai hal industri. Dia sangat bertanggungjawab dan jenis lelaki yang selalu mengutamakan keluarga. Saya tak mahu komen lebih. Jika ada jodoh, ada lah”, ujar anak saudara kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini sambil tersenyum manis.

Irma Hasmie Bakal Bertunang 27 Mac Ini

Nampaknya lepas sorang demi sorang selebriti wanita tanah air diberitakan dalam proses mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Tak ketinggalan, pelakon-pengacara, Irma Hasmie dikhabar akan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya pada 27 Mac ini.

Dengarnya, bakal tunangnya itu telah memikat hati Irma semasa mereka sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak lama dahulu.Majlis akan diadakan di kediamaan keluarga Irma Hasmie di Sungai Buloh, Selangor.

Tahniah! Semoga majlis pertunangan tersebut akan berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya.

50,000 Pengunjung Banjiri Dataran Shahbandar Untuk Saksikan Hot FM Big Jam 2012

Seramai 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Shahbandar  Kuala Terengganu untuk menyaksikan Hot FM Big Jam 2012  pada sabtu lepas. Ia satu angka yang amat memberangsangkan kerana ini adalah kali pertama Big Jam diadakan di pantai timur. Konsert ini bermula dari jam 5 petang sehinggalah jam 11.30 malam. 

Antara artis-artis yang hadir pada Big Jam ini ialah Black Mentor, Ella, Spider, Zamani Slam, AXL,Hafiz,XPDC,Alyah, Amir Uk’s dan lain lain lagi. Nidji pula hadir sebagai artis jemputan pada Big Jam kali ini memang tidak menghampakan para pengunjun.Di antara lagu-lagu yang di sampaikan oleh Nidji ialah Biarlah, Jangan Takut dan Laskar Pelangi.

[nggallery id=55]

‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ ~ Bakal Gegarkan KL LIVE Pada 8 April 2012

Berita gembira buat peminat setia band metal rock terkemuka Malaysia, Cromok. Selepas 15 tahun tidak beraksi di pentas muzik, band otai ini akan kembali bersatu menggegarkan industri seni tanah air dalam satu persembahan khas, ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’, pada 8 April 2012, di KL Live, Jalan Sultan Ismail.

“Kami sangat teruja untuk beraksi pada persembahan ini nanti. Kali terakhir kami beraksi bersama ialah pada tahun 1996 dan bagi yang ingin melihat original line up Cromok, inilah masanya untuk anda datang ke persembahan kami,” ujar Karl mewakili anggota kumpulan Cromok yang lain.

Selain Karl selaku gitaris, Cromok juga turut dianggotai oleh Miji (pemain drum) dan Sam (vokalis dan pemain bass). ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ diadakan bersempena dengan ulangtahun ke-25 Cromok. Menariknya, band yang ditubuhkan pada 1987 di Australia ini bakal menghiburkan komuniti metal rock tempatan dengan lagu-lagu popular mereka selama satu setengah jam.

Apabila ditanya mengapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk kembali beraksi, mereka menjawab, “Kami semua masing-masing ada komitmen. Kami sibuk membesarkan keluarga kerana bagi kami keluarga yang paling utama. Selain itu, masa untuk jamming juga terbatas malah nak berkumpul antara kami pun agak susah.

“Tapi, sekarang anak-anak pun dah besar, jadi bolehlah kami kembali bersatu semula. Lagipun, kami pun bukan muda lagi. Selepas dah berehat lama, inilah masanya untuk kami meluangkan masa pada hobi kami dan juga bagi sesuatu untuk peminat. Bagi kami, alang-alang nak buat sesuatu, biarlah yang bagus dan bukan tangkap muat saja,” ujar Cromok ketika ditemui di Club 63, petang semalam.

Ditanya mengenai harapan mereka untuk persembahan itu nanti, Cromok menjawab, “Susah nak jangka sebab dah lama kami tak main sekali. Kami tahu peminat kami masih ada, tapi tak tahu sambutan malam itu macam mana. Kami juga tak tahu macam mana persepsi peminat nanti.

“Apa yang kami boleh katakan, kami bakal menjanjikan satu persembahan yang hebat untuk peminat semua. Harap mereka akan datang kerana bukan senang untuk melihat kami bersatu kembali. Lagipun, persembahan ini khas untuk peminat semua.”

Selain persembahan dari Cromok, peminat turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan dari band Nuclear Strikes, Metalasia dan Langsuyr. ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ dibawa khas oleh Clockwork Events dan Uncang Tiga.

Bagi peminat muzik metal rock semua, apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket berharga RM98 dan RM138 menerusi www.ticketpro.com.my atau di talian 03-78807999. Tiket ‘Cromok Reunion Live in KL 2012’ juga boleh didapati di Rock Corner dan Victoria Music Centre.

Istimewanya, pembelian tiket berharga RM138 turut disertakan sekali dengan barangan eksklusif Cromok.

*credit to GUA