SO Staff

“Pilih Kasih 3” ~ Lebih Mantap

Merentas dua musim penganjurannya sebelum ini, program realiti yang mengangkat seni lakon sebagai konsep utamanya sudah banyak menghasilkan bintang berbakat dan popular. Yakin dan percaya akan ketandusan wajah baru dengan prinsip untuk memartabatkan industri tanah air, aktor yang juga penerbit drama dan filem popular juga pencetus idea asalnya, Rosyam Nor tidak pernah kenal erti jemu dan lelah untuk mencari bakat-bakat pelapis dunia lakonan tempatan.

Dalam usaha beliau meneruskan kesinambungan legasi pelakon-pelakon tanah air, Rosyam menerusi syarikat produksinya Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dan Telekom Malaysia (TM) sekali lagi bekerjasama menerbitkan musim terbaru program pencarian bakat lakonan iaitu Pilih Kasih.

Mengulas tentang pembaharuan yang ditampilkan pada musim ini, Rosyam berkata selain pengenalan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih, Pilih Kasih juga lebih berseri dengan kehadiran dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat. “PK  menampilkan beberapa pembaharuan bagi menyuntik elemen segar dan kematangan, seiring dengan usia penerbitannya yang kini mencecah tahun ketiga.

Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti  Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.

Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.

Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam.Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.

Selain siaran langsung dan siaran ulangan Pilih Kasih  di saluran TV2 atau saluran 102 di HyppTV, portal gaya hidup TM EveryoneConnects (www.everyoneconnects.net) pula akan menayangkan siaran ulangan secara eksklusif di ruangan Sini Maa.Segala maklumat, profil peserta dan perkembangan semasa berkaitan Pilih Kasih akan dipaparkan menerusi www.everyoneconnects.net. Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai peraduan yang dianjurkan di portal berkenaan, semuanya di www.everyoneconnects.net.

Sebagai kesinambungan daripada Pilih Kasih tahun lalu, TM meneruskan penajaannya untuk Anugerah Khas TM iaitu Pelakon Terbaik TM yang akan dianugerahkan kepada peserta pilihan juri berdasarkan bakat, potensi, komitmen dan kesungguhan mereka sepanjang berada dalam Pilih Kasih musim ini. Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan trofi sumbangan TM.

[nggallery id=41]

THE DESCENDANT

Meletakkan drama bersiri terbaik, The Iron Lady yang berjaya merangkul anugerah itu di Golden Awards 2010 sebagai tanda aras dalam menjayakan sesebuah drama, ntv7 sekali lagi hadir dengan drama bermutu terbaru – The Descendant – yang bakal bermula 9 Februari nanti, dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Disuntik dengan elemen baru dan segar, drama bersiri The Descendant mengukir satu lagi sejarah dengan menggandingkan dua pelakon terhebat dalam drama Cina bersiri tempatan, Yeo Yann Yann (Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2010) dan Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular Golden Awards 2010) sebagai teraju utama dalam siri epik ini. Turut sama dalam menjayakan peranan mereka di dalam drama ini adalah Steve Yap, Frederick Lee, Leslie Chai, Brenda Chiah, Kyo Chen, dan Ernest Chong (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Golden Awards 2010).

Penggambaran bagi drama sepanjang 30 episod itu dijalankan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan cuba menggarap masa sekitar tahun 1920an hingga 1960an. Berlatarkan industri pembuat colok, drama ini berkisar tentang konflik tiga generasi dalam sebuah keluarga yang besar.

Sinopsis

Kisah bermula apabila Chen Yu Lin (lakonan Steve Yap) yang merupakan seorang guru di pedalaman dipaksa untuk pulang ke kampung halamannya dan ditakdirkan untuk berkahwin dengan Shen Dan Fang (lakonan Yeo Yann Yann) untuk mewarisi perniagaan keluarganya setelah kedua-dua keluarga mereka bergabung di dalam perniagaan. Demi itu, Yu Lin juga telah membuat perjanjian dengan ayah mertuanya agar anak lelaki pertama yang dilahirkan akan diberikan nama keluarga isterinya untuk meneruskan darah keturunan Shen

Pada hari perkahwinan yang ditetapkan itu, Yu Lin tanpa menyangka bahawa kekasihnya di pedalaman dahulu merupakan adik kepada isterinya, Shen Yu Hua (lakonan Debbie Goh). Walaupun tidak dapat menerima kenyataan, Yu Hua dan Yu Lin hanya mampu menanam jauh perasaan mereka masing-masing.

Nasib malang Yu Hua selalu dikaitkan dengan sumpahannya sejak dilahirkan dan dia telah diserahkan kepada pengasuhnya untuk dipelihara. Dan Fang yang mengasihani adiknya telah merayu agar Yu Hua kembali ke rumah untuk duduk bersamanya. Walaubagaimanapun, setelah Yu Hua dan Yu Lin sering bertemu dan masih saling menyayangi akhirnya telah mengadakan hubungan bersama. Menyedari kejadian itu, ayah Dan Fang dan Yu Hua yang sangat marah dan kecewa jatuh sakit sehingga meninggal dunia. Dan Fang menyalahkan Yu Hua di atas kematian ayahnya dan kerosakan rumah tangga yang dialaminya. Dan Fang nekad menghalau adiknya jauh dari rumah kerana tidak dapat menahan kejadian yang menimpanya. Yu Lin yang menyesal di atas perbuatannya cuba menyibukkan diri dengan memberi tumpuan dalam menguruskan peniagaan.

Di saat Yu Lin dan Dan Fang menghadapi krisis rumah tangga, musuh perniagaan mereka, Jin De Tang mencabar mereka dalam pertandingan colok dimana mereka gagal dan terpaksa memberikan gelaran “Colok Terbaik” kepada Jin De Tang. Diserang perasaan rasa bersalah, Yu Lin yang semakin tidak tentu hala akhirnya mati dalam kekecewaan. Di hari pengebumian Yu Lin, Yu Hua kembali ke sana. Tambah dramtik adalah apabila Dan Fang mengetahui bahawa Yu Hua kini mengandungkan anak Yu Lin dan Dan Fang mengambil keputusan untuk mengurungnya di rumah.

Dan Fang pada mulanya berniat membunuh kandungan Yu Hua namun setelah dinasihati ibu mertuanya, dia berjanji untuk membiarkan Yu Hua melahirkan anaknya dahulu. Namun, tanpa diduga, bayi itu meninggal di saat dia dilahirkan dan itu amat menyayat hati Yu Hua.

Lapan tahun kemudian, Yu Hua yang berasa segala yang berlaku adalah karma buatnya. Lantas cuba mendekatkan dirinya dengan perkara ketuhanan. Dan Fang pula kini menjadi pemilik kepada perniagaan suaminya. Anak-anaknya juga sudah membesar dan berkahwin. Anak lelaki sulungnya, Shen Siang Hai (lakonan Leslie Chai) mendapat kepercayaan penuh ibunya untuk mengambil alih perniagaan mereka. Namun kakaknya, Chen Shan Su (Brenda Chiah) dan adik bongsu lelakinya, Chen Siang Yang tidak suka dengan keadaan itu dan berkali-kali cuba merampas kuasa abangnya. Menambah lagi masalah adalah apabila abang ipar Siang Yang, Wen Shang Qin (Ernest Chong) turut sama dalam pakatan menentang Siang Hai.

Sementara itu, Siang Hai yang berhati mulia membawa seorang anak yatim, Gou Zhai (Tan Hau Yen) ke rumah mereka. Kagum dengan kebijaksanaan budak itu, Siang Hai telah mengupahnya untuk bekerja. Dan Fang juga mula menyukai Gou Zhai dan berhasrat untuk menjadikannya anak angkat keluarga itu walaupun ditentang anak-anaknya yang lain. Pada hari upacara anak angkat itu, penjaga rumah yang setia selama ini, Chen Gui (Frederick Lee) yang menyimpan perasaan terhadap Yu Hua memberitahu identiti sebenar Gou Zhai kepadanya. Mengetahui bahawa Dan Fang masih membencinya, Yu Hua tidak sampai hati memberitahu perkara sebenar kepada Gou Zhai bahawa dia adalah ibu kandungnya. Sehinggalah sebuah kejadian yang mengorbankan Siang Hai dalam satu kebakaran ketika menyelamatkan Gou Zhai. Di saat itu jugalah perkara sebenar mengenai asal usul Gou Zhai terbongkar.

Dan Fang yang telah mengetahui perkara sebenar, mula berubah dan sentiasa bertingkah laku buruk terhadap Gou Zhai. Yu Hua yang tidak tahan melihat anak lelakinya itu dipukul dan diseksa mula berdendam dengan kakaknya sendiri. Demi mempertahankan Gou Zhai, Yu Hua mengambil langkah untuk memusnahkan Dan Fang dan anak-anaknya dengan cubaannya untuk menjadi tauke baru perniagaan itu.

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12 – Meriah!!!!!!

Bertempat di Kompleks Karangkraf,Shah Alam telah diadakan Karnival Karangkraf 2012 iaitu bermula 27 -29 Januari 2012. Pada 28 Januari telah diadakan konsert dan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012.

Berikut Senarai Penuh Pemenang Anugerah PPMH 2011/12 ialah

Anugerah Ikon  – Dato’ Siti Nurhaliza
Selebriti Kacak  – Aaron Aziz
Selebriti Jelita – Rozita Che Wan
Selebriti Sailo   – Stacy
Selebriti Favorit – Shaheizy Sam
Duda Hot             – Yusri  Abd Halim
Janda Hot            – Nora Danish
Selebriti Cekal – Abby Abadi
Hot Papa             – Aaron Aziz
Hot Mama          – Ziana Zain
Rambut Menawan (Lelaki) – Gambit
Rambut Menawan (Wanita) – Fauziah Ghous
Kulit Cantik (Lelaki) – Dafi
Kulit Cantik (Wanita) – Erra Fazira
Seksi (Lelaki)  – Norman Hakim
Seksi (Wanita) – Fazura
Anugerah Khas Media Hiburan – Datuk Yusof Haslam
Selebriti Harapan – Yuna

[nggallery id=40]

Misi 12 – Program Realiti Terbaru ASTRO bantu remaja ubah kehidupan

Pihak Astro Ria memperkenalkan sebuah lagi program realiti yang diterbitkan khusus untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih berjudul “Misi 12” yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa,jam 9.00 malam bermula 7 Februari 2012 menerusi saluran 104.

Program tujuh episod ini akan dihoskan oleh Fahrin Ahmad ini bakal melihat penyertaan 12 orang remaja yang terdiri daripada tujuh orang peserta lelaki iaitu Mohd Shafwan Bin Abdul Saleem (19), Muhammad Subky Bin Halib (23), Nur Syukree Arrif Bin Sazali (19), Muhammad Indera Mulia Bin Muhammad (24), Mohammad Anaz Bin Mat Lasim (22), Mohd Hazmin Bin Zamri (19), Raja Mohd Azlan Bin Raja Jafar (23) serta lima orang peserta perempuan iaitu Nor Ain Binti Amin Nudin (19), Fatin Azira Binti Rohaizad (21), Nur Atiqah Binti Sarimbi (23), Syahirah Binti Saad (22) dan Nadia Binti Rahmat (23).

Dalam Misi 12 ini,para peserta akan berada dibawah pengawasan tiga orang ikon yang bertindak sebagai mentor iaitu Datuk Soke Clement Soo (Pengurus Besar Mercedes Benz Malaysia), Gayatri Su-Lin Pillai (Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd) dan Oii Kim Chong (Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd “Bangi Kopitiam”).Terdapat enam orang personaliti telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar iaitu Nazril Idrus (Kelas Ekonomi) , Dr. Deleila Hatun (Kelas Tatarias), Dr. haji Tengku Ismadi (Kelas Motivasi), Nur Syuhada’ Ridzuan (Kelas Inggeris) Muhammad Faisal Ahmad (Kelas Pengucapan Awam) dan Imam Muda Aran (Kelas Agama). 

Markah akan diberikan secara individu dan mengikut kumpulan berdasarkan kemampuan mereka menyelesaikan tugasan dan cabaran yang diberikan. Markah-markah ini akan dikumpulkan sehingga minggu ketujuh untuk menentukan peserta dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang tertinggi.Tiada penyingkiran akan dibuat sepanjang program ini berlangsung.

Ana Raffali Pilih Teman Karib Sebagai Bakal Suami, Nikah Pada 25 Februari ini

Akhirnya Ana Raffali memilih Ahmad Aznaim Abdullah (Naim, 30) iaitu teman karib yang dikenalinya selama enam tahun sebagai bakal suami. Bak kata bait-bait lirik lagu Najwa Latif  “Carta Hati” yang berbunyi ‘Dari mata turun ke jiwa..Dari teman menjadi cinta..Dan berjanji untuk setia’.

Penyanyi yg berusia 26 tahun ini akan bernikah pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah,Taman Melawati. Bermula dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Selain, Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.
Tambah Ana, dia tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, seramai 1,000 orang tetamu akan hadir.

Tun DR Mahathir Mohamed Bakal Rasmikan Pesta Filem Kuala Lumpur Palestin (KLPFF)

YaBhg Tun Dr Mahathir Mohamed akan merasmikan Pesta Filem Kuala Lumpur Palestin (KLPFF) di GSC Pavilion pada 4 Februari 2012 ini. Festival ini adalah kerjasama antara Viva Palestina Malaysia (VPM) dengan Finas. Pada hari perasmian bekas Ahli Parlimen British, George Galloway iaitu pengasas Viva Palestina juga akan hadir sama.

Festival ini akan bermula pada 4hb hingga 6hb Februari 2012.Masuk adalah percuma dan semua tayangan akan ditayangkan di GSC Pavilion. Antara filem-filem yang bakal ditayangkan adalah Budrus,Tears Of Gaza,Waltz with Bashir,Abu Jamil Street, Inshallah Beijing serta dua dokumentari pendek iaitu Bethlehem : Hidden from View dan Home Front.

“AZURA” ~ Mampukah mengatasi kutipan Ombak Rindu??

Setelah sekian lama tidak mengarah filem, Aziz M.Osman menghadiahkan “Azura” sebagai buah tangan terbaru beliau. Ia diadaptasikan dari filem box office “Azura” terbitan Sabah Film Productions (1984). Jika dahulu Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud sebagai hero dan heroin tetapi kali ini Aziz M.Osman mempertaruhkan Shaz Jaszle dan Neelofa.Turut berlakon didalam filem ini adalah Afdlin Shauki,Nini Marlini,Erma Fatima dan Bonda Afida ES.

Ia adalah terbitan ACE Motion Pictures Sdn Bhd dan SKOP Productions Sdn Bhd pula selagi promosi serta pengedar. Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia,Singapura serta Brunei pada hari ini iaitu 2 Februari 2012. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini menjadikan sekitar Kuala Lumpur,Paris dan London sebagai lokasi utama penggambaran.

Mampukan “Azura” pecah panggung seperti “Ombak Rindu” kita sama-sama nantikan..Jangan lupa ke pawagam yaa…Jom Nonton…

[nggallery id=38]

ALUNAN MUZIK BERGELORA…AJL 26 Cecah Rekod 6.5 Juta Penonton!

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan saja di kaca televisyen, Anugerah Juara Lagu 26 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi ajl.tv3.com.my, di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Karpet Biru dan Di Sebalik Tabir.

Jumlah tontonan secara online mencecah 118,884, sekaligus memecahkan rekod AJL 25 tahun lepas iaitu 83,764 dengan peningkatan sebanyak 42%! Tontonan live streaming mencapai angka tertingginya pada pukul 10.55 malam dengan 20,768 hits berbanding 8,334 pada jam 11.20 malam di AJL 25 menjadikan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 106,514, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (3,271), Brunei (1,998), United Kingdom (1,790) dan Indonesia (1,032).

Laman web rasmi Anugerah Juara Lagu 26 pula berjaya mendapat 440,254 page views dengan unique views sebanyak 113,356. Ini menunjukkan jumlah peningkatan sebanyak 37% dari jumlah AJL tahun lalu sebanyak 82,512. Manakala di laman sosial media Twitter, #AJL, Sheila Majid dan #Yuna merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 94,000 tweets telah dikongsi menggunakan kata kunci #AJL26 dari 21,700 pengguna Twitter.

Menurut En. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Perancangan rapi ternyata membuahkan hasil yang lumayan, hasilnya bukanlah boleh dikira dengan wang ringgit akan tetapi melalui kepuasan menjadikannya satu acara di luar jangkaan. Bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah tontonan keseluruhan mencecah lebih daripada 6.5 juta, segala keringat dan penat lelah tenaga kerja menjadi bukti bahawa tanggungjawab sebagai sebuah stesen TV dikongsi bersama menjadikannya sebuah acara gilang-gemilang. Saya bagi pihak TV3, juga berbangga dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat, produksi, pengurusan jenama, kreatif, finalis, program-program terbitan dalaman, stesen radio rasmi Hot FM, rakan penaja Celcom & SilkyGirl, para media yang sentiasa menyokong usaha kami ini dan Anugerah Juara Lagu 26 keseluruhannya.”

Untuk sekian kalinya, malam kemuncak kali ini menampilkan gandingan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang menjadi nadi penggerak mewarnai majlis gilang-gemilang ini. Manakala sidang produksi Anugerah Juara Lagu 26 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Nurhul Huda Haji Khalid bertindak sebagai Penerbit. Selain Celcom sebagai penaja rasmi, AJL 26 turut menampilkan Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media. Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/ajl26 untuk maklumat lanjut.