Ana Raffali Pilih Teman Karib Sebagai Bakal Suami, Nikah Pada 25 Februari ini

Akhirnya Ana Raffali memilih Ahmad Aznaim Abdullah (Naim, 30) iaitu teman karib yang dikenalinya selama enam tahun sebagai bakal suami. Bak kata bait-bait lirik lagu Najwa Latif  “Carta Hati” yang berbunyi ‘Dari mata turun ke jiwa..Dari teman menjadi cinta..Dan berjanji untuk setia’.

Penyanyi yg berusia 26 tahun ini akan bernikah pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah,Taman Melawati. Bermula dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Selain, Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.
Tambah Ana, dia tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, seramai 1,000 orang tetamu akan hadir.

 

 

 

 

 

 

Check Also

JAILER 2 Malaysia menampilkan Superstar Rajinikanth menerusi edaran Malik Streams Corporation

JAILER 2 MALAYSIA BAWA KEMBALI KEHEBATAN SUPERSTAR RAJINIKANTH

KUALA LUMPUR – Filem JAILER 2 Malaysia kembali mencuri perhatian peminat sinema Tamil. Kemunculan semula …

Nourul Depp PERANTIS 2026 memperkasa kepimpinan wanita melalui Firetalk

NOURUL DEPP PERANTIS 2026 PERKASA KEPIMPINAN WANITA MELALUI FIRETALK

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan usahawan Nourul Depp terus memperluaskan pengaruhnya dalam pembangunan kepimpinan wanita. Beliau …