SO Staff

TENTANG DHIA Episod Akhir Cecah 3 Juta Penonton

Heboh satu Malaysia memperkatakan tentang kehebatan lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah yang berjaya mencetuskan satu fenomena baru menerusi drama bersiri di slot Akasia TV3, TENTANG DHIA, apabila episod terakhir yang ditayangkan pada petang Khamis lalu telah mencatat kadar penonton tinggi hampir 3 juta (Sumber: Nielsen Media Research).

TENTANG DHIA, sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan dilema si gadis bernama Dhia (Nora Danish) yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Namun kebahagiaan yang diidam Dhia tidak datang dengan mudah apabila terpaksa berhadapan dengan komplot dan rancangan jahat ibu mertuanya sendiri. Walaupun diuji pelbagai rintangan, cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) tetap utuh sehingga nafas terakhir.

Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod, malah, pengaruh TENTANG DHIA terus hangat diperkatakan saban hari rata-rata menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter (worldwide trending top 3) dan juga blog-blog tempatan. Pihak TV3 dengan kerjasama Alt Media juga telah menganjurkan satu sesi live chat bersama dua pelakon tunjang drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamis bertempat di studio Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terkahir TENTANG DHIA. Sesi yang berlarutan selama  sejam tersebut telah berjaya meraih sebanyak 11,695 page views.”

“Bagi semua peminat drama TV3 jangan lupa temujanji anda untuk menonton drama penuh romantis, GEMERSIK KALBU di slot Akasia yang membariskan lakonan mantap Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Zain Saidin, Anzalna Nasir, Dian P Ramlee dan ramai lagi bermula 2 Januari 2012. Mengorak langkah ke tahun baru, kami akan terus menyajikan rancangan-rancangan yang terbaik dan bersesuaian dengan citarasa penonton tidak kira usia ataupun bangsa,” ujar Puan Hadzelynda lagi.

Senarai Urutan Persembahan di Anugerah Juara Lagu 26

Debaran bagi para penggiat muzik tanahair kini bermula! Pastinya para peminat muzik tanahair tidak sabar menantikan saat apabila 12 buah lagu terbaik hasil nukilan dan garapan komposer dan penulis lirik tempatan bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari 2012 nanti! Selepas kemenangan Ana Raffali pada tahun lepas, lagu manakah pula yang bakal dinobatkan sebagai juara kali ini?

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 – 11.30malam pada 29 Januari 2012, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26!

1. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
2. Sedetik Lebih – Jaclyn Victor
3. Kekanda Adinda – Monoloque/Atilia
4. Penakut – Yuna
5. Kalau Berpacaran – Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan
6. Cinta Muka Buku – Najwa Latif
7. Karma – Faizal Tahir
8. Kisah Hati – Alyah
9. Sungai Lui – Aizat
10. Gadis Semasa – Yuna
11. Awan Nano – Hafiz
12. Beribu Sesalan – Tiga Suara(Ning/Jac/Shila)

Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 26 adalah seperti berikut:-

JUARA LAGU KE 26 Trofi dan wang tunai RM  35,000
NAIB JUARA LAGU KE 26 Trofi dan wang tunai RM 15,000
TEMPAT KETIGA JUARA LAGU KE 26 Trofi dan wang tunai RM  12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK Trofi dan wang tunai RM 10,000

“Bujang Terlajak Belum Terlanjur”

Kebanyakan filem bergenre komedi memang menumpukan hampir seratus peratus fokus kepada mutu lawaknya kerana itulah penyebab utama yang akan memberikan kepuasan kepada penonton. Untuk perkara ini maka tercetuslah kombinasi paling hebat tiga pelawak tersohor untuk filem komedi terbaru dari Wayang Studios International (WSI) dan Lineclear Motion Pictures (LCMP) – Bujang Telajak Belum Terlanjur.

Saiful Apek, Johan dan Nabil bukanlah nama asing lagi dalam industri hiburan ini apabila ketiga-tiganya sudah mencipta nama sebagai pelawak popular. Menerusi gabungan mereka bertiga ini sudah tentunya mencipta satu impak besar dalam kelompok filem bergenre komedi dengan penghasilan komedi yang bakal meledakkan kuasa gelakan paling kuat di dalam panggung. Keserasian mereka bertiga ini bukan saja lahir di dalam filem bahkan sejak di luar lagi kerana baik Nabil dan Johan sudah pun menganggap Saiful Apek sebagai sifu mereka. Keakraban persahabatan mereka inilah yang membangkitkan aura komedi yang luar biasa di mana penonton pasti tidak merasa jemu walau sedikit pun sepanjang perjalanan cerita.

Yang menariknya lagi, kombinasi mereka bertiga ini seolah-olah memberi inspirasi kepada heroin filem ini, Nur Fazura yang juga dilihat mampu menangani ‘pecah kepala’ lawak-lawak mereka dengan baik seterusnya menjadikan keserasian mereka berempat tampak lebih komedi dan bersahaja. Lupakan sebentar kecantikkan Fazura kerana penonton akan lebih terhibur melihat kelucuan aksi Fazura melayan ‘kerenah’ ketiga-tiga mamat sengal yang sentiasa akan mengecohkan keadaan.

Sinopsis Bujang Telajak

Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Telajak  yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2012.

[nggallery id=33]

Mentor 6 Sudah Kembali!!!!

Mentor 6 dengan slogan “Tunjuk Ajarku Sifu” telah kembali dengan barisan mentor-mentor yang baru iaitu Ella,Faizal Tahir,Fauziah Ahmad Daud,Ramlah Ram,Adam dan Ferhad.Sesi ujibakat akan bermula pada 13 Januari hingga 19 Februari 2012 di Sabah dan Sarawak,diikuti dengan semenanjung iaitu lokasi terakhir bertempat di Dewan Theatrette,Sri Pentas TV3 Bandar Utama dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Panel Profesional yang akan memilih peserta bagi di Sabah dan Sarawak ialah Ajai dan Faizal Uzir (Lok U).

Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor seharusnya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18-26 tahun,warganegara Malaysia yang memiliki bakat,vokal mantap dan mempunyai pakej,berjaya memikat tumpuan Mentor yang menjadi pilihan mereka,menyanyi secara solo,tidak terikat dengan sebarang kontrakdan boleh memberikan sepenuh komitmen terhadap program Mentor.

Peserta yang menghadiri sesi uji bakat perlulah membawa kad pengenalan,gambar berukuran pasport atau 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Tarikh                      Uji Bakat                                          Venue                                                                      Mentor

13 Jan                      Sabah                                                 Hotel Promenade ,Tawau                                      –

15 Jan                      Sabah                                                 Hotel Promenade , Kota Kinabalu                      –

20 Jan                      Sarawak                                            Hotel Imperial, Miri                                                 –

22 Jan                      Sarawak                                             Hotel Merdeka Palace, Kuching                          –

4  Feb                       Uji bakat Mentor 1                        Sri Pentas TV3                                                       Fauziah Ahmad Daud

5  Feb                       Uji bakat Mentor 2                        Sri Pentas TV3                                                       Faizal Tahir

11  Feb                     Uji bakat Mentor 3                        Sri Pentas TV3                                                       Ramlah Ram

12  Feb                     Uji bakat Mentor 4                        Sri Pentas TV3                                                       Ferhad

18  Feb                     Uji bakat Mentor 5                        Sri Pentas TV3                                                       Ella

19  Feb                     Uji bakat Mentor 6                        Sri Pentas TV3                                                       Adam

‘Ampunkan Dosaku’ mengisi Slot Azalea

Membuka tirai tahun 2012, TV3 bakal memperkenalkan sebuah slot baru menggantikan slot Lagenda iaitu Azalea. Uniknya slot ini, ia memberikan teladan dan pengajaran seterusnya mendidik nilai-nilai murni kepada penonton. ‘Ampunkan Dosaku’, drama bersiri 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus, cetusan pertama slot Azalea bermula 2 Januari 2012 nanti. Drama terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.

‘Ampunkan Dosaku’ mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia. Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka. Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu. Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.

Kini, Hassan semakin senang. Dia telah membeli kilang di mana dia bekerja selama ini dan sebuah rumah besar untuk keselesaan Sazali. Namun, seperkara yang Hassan tidak tahu, Sazali baik di matanya tetapi di luar, Sazali merompak, terlibat dengan kumpulan samseng dan mempermainkan wanita sebagai pemuas nafsunya. Rokiah (Sharifah Amani), anak gadis Kassim (Zamarul Hisham) dan Suminah (Emelda Rosmila) yang baru pulang dari luar negeri. Sazali terpikat dengan Rokiah tetapi tidak mencintainya, dia hanya ingin memuaskan nafsu binatangnya.

Selama ini, Rokiah menganggap Sazali lelaki yang sempurna dan terbaik untuknya. Ternyata pandangan Rokiah meleset. Dia telah kehilangan sesuatu yang berharga di dalam hidupnya. Rokiah sedih tetapi terpaksa menerima hakikat itu dan menguatkan diri untuk menceritakan perkara sebenar kepada Hassan. Hassan sukar untuk menerima realiti anak yang ditatangnya selama ini lebih kejam daripada ibu tirinya, Fatimah. Hassan tidak mahu mengaku Sazali sebagai anaknya. Sazali dihalau daripada rumah tanpa sesen wang. Sazali yang hidup sebatang kara menyesali segala dosa yang pernah dilakukannya. Dia disahkan menghidap HIV dan keadaannya semakin nazak. Apakah yang bakal berlaku seterusnya selepas Rokiah dan Hassan mengetahui keadaan sebenar Sazali? Masih adakah timbang rasa di dalam hati mereka berdua untuk memaafkan segala dosa Sazali sebelum dia menghembuskan nafas terakhir?

Saksikan Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan, Fimie Don dan ramai lagi di dalam slot Azalea, ‘Ampunkan Dosaku’, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang bermula 2 Januari 2012. Penonton yang terlepas menyaksikan ‘Ampunkan Dosaku’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

“Gemersik Kalbu” Slot Akasia terbaru…

Patah tumbuh, hilang berganti”… namun, ungkapan ini seperti tidak bermakna bagi si gadis bernama Raihana yang merasa kecewa dan patah hati setelah kematian mengejut tunang tersayang. Mampukah cinta kembali berputik dengan kehadiran Sufian yang begitu bersunggung-sungguh menjadikan Raihana sebagai permaisuri hatinya? Ikuti kisah pergolakan hati dan perjuangan cinta dalam drama terbaru TV3, Gemersik Kalbu yang bakal menemui para penonton mulai 2 Januari 2012 nanti.

Drama bersiri 24-episod ini telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Haniffah yang berjaya mengetengahkan watak lakonan berkesan daripada Aqasha dan Ayu Raudah selaku tunjang utama dan turut dibantu oleh Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Azhan Rani, Watie Sadali, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi. Gemersik Kalbu juga merupakan drama bersiri terbaru yang telah diadaptasi daripada novel popular hasil nukilan Anis Ayuni.

Menurut Pn. Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Pemilihan novel Gemersik Kalbu ini adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan bersesuaian dengan konsep slot Akasia yang mengetengahkan elemen drama dan kasih sayang. Harus diingat apa yang kita baca dan divisualkan selalunya tidak 100% sama. Namun, kami masih mengekalkan tajuk asal novel untuk drama dan hanya terdapat 80% persamaan kerana kami telah mengubah sedikit jalan penceritaan untuk menambahkan lagi impak emosi bersesuaian dengan citarasa penonton dan juga bagi memastikan setiap babak yang dipaparkan mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Selepas kejayaan besar Nora Elena dan Tentang Dhia, kami berharap drama Gemersik Kalbu akan terus mendapat sambutan yang baik dari penonton terutama sekali peminat novel ini.”

Bakal pembuka tirai slot Akasia TV3 untuk 2012, ikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.

Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kehebatan barisan pelakon drama terbaru TV3 yang menampilkan Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Watie Sadali, Azhan Rani, Rahim Jalani, Khatijah Tan menerusi Gemersik Kalbu setiap Isnin hingga Khamis,  jam 7.00 malam bermula 2 Januari nanti. Penonton yang terlepas menyaksikan Gemersik Kalbu boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

*Foto Ehsan dari TV3