Senarai Urutan Persembahan di Anugerah Juara Lagu 26

Debaran bagi para penggiat muzik tanahair kini bermula! Pastinya para peminat muzik tanahair tidak sabar menantikan saat apabila 12 buah lagu terbaik hasil nukilan dan garapan komposer dan penulis lirik tempatan bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari 2012 nanti! Selepas kemenangan Ana Raffali pada tahun lepas, lagu manakah pula yang bakal dinobatkan sebagai juara kali ini?

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 – 11.30malam pada 29 Januari 2012, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26!

1. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
2. Sedetik Lebih – Jaclyn Victor
3. Kekanda Adinda – Monoloque/Atilia
4. Penakut – Yuna
5. Kalau Berpacaran – Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan
6. Cinta Muka Buku – Najwa Latif
7. Karma – Faizal Tahir
8. Kisah Hati – Alyah
9. Sungai Lui – Aizat
10. Gadis Semasa – Yuna
11. Awan Nano – Hafiz
12. Beribu Sesalan – Tiga Suara(Ning/Jac/Shila)

Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 26 adalah seperti berikut:-

JUARA LAGU KE 26 Trofi dan wang tunai RM  35,000
NAIB JUARA LAGU KE 26 Trofi dan wang tunai RM 15,000
TEMPAT KETIGA JUARA LAGU KE 26 Trofi dan wang tunai RM  12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK Trofi dan wang tunai RM 10,000

 

Check Also

Taklimat Program Transisi Kerjaya PLATS di Mega JobCare Selangor bersama MYFutureJobs.

LATIHAN KEUSAHAWANAN PERCUMA PLATS BANTU RAKYAT SELANGOR BINA PENDAPATAN BAHARU

SHAH ALAM – Kehilangan pekerjaan bukan lagi penamat kepada perjalanan kerjaya. Melalui Latihan Keusahawanan Percuma PLATS, …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *