SO Staff

Razzuan Rosli Lancar Single ‘Akur’

Dalam industri hiburan tanah air, Razzuan Rosli bukanlah orang baharu. Langkahnya bermula sebagai pelakon dan pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.

Di pentas lakonan juga dia berjaya membuktikan bakat dimiliki selain berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Namun, cabaran baharu buat Razzuan Rosli apabila dia berjinak-jinak pula dalam bidang nyanyian. Maka, lahirlah single berjudul AKUR terbitan Universal Music Malaysia yang mana hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.

Menurut Razzuan, lagu AKUR sudah siap dirakamkan pada 2020. Pun begitu pelancarannya ditunda tiga kali ekoran situasi semasa dalam negara membabitkan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya lagu ini sudah siap dirakam pada 2020. Jadi perancangannya enam bulan selepas rakam, nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu. Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda untuk dilancarkan.

“Pada masa itu saya fikir mungkin ada sebab dan hikmah semua ini berlaku. Mungkin kalau lancar pada masa itu, saya sendiri tak yakin boleh menyanyi secara langsung pada masa itu sebab saya bukannya penyanyi yang bagus sangat, jadi perlukan banyak latihan.

“Jadi sepanjang dua tahun ini saya teruskan berlatih dan sekarang ini sudah ada keyakinan untuk menyanyikan lagu ini secara langsung,” katanya.

Dalam masa sama, Razzuan berkata merakamkan single sulung itu adalah pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.

“Menjalani proses rakaman antara salah satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya. Sebab tak pernah tengok orang buat rakaman lagu, malah jauh sekali nak lalui situasi merakamkan lagu sendiri. Jadi, masa nak rakam lagu ini ia pertama kali masuk studio.

Saya macam jakun sikit, dan baru tahu macam ni keadaan dalam studio.

“Selalu menyanyi di karaoke kita dengar suara kita. Tapi dalam studio bila nyanyi, dengar dalam telinga saja. Kalau salah sebut, atau salah ‘key’, dengar dengan jelas kesalahan itu. Pelik lah juga sebab tak biasa.

“Proses rakaman mengambil masa satu hari. Susahlah juga untuk saya, sebab saya bukan penyanyi. Malah menyanyi pun untuk suka-suka. Pendek kata, ‘a bit struggle’ untuk saya siapkan lagu ini, tapi saya seronok dengan perjalanan ini,” katanya.

Begitu juga ketika proses rakaman video muzik (MV) lagu AKUR, menurut Razzuan ia berbeza dengan penggambaran drama yang selalu dia buat.

“Proses rakaman MV, berbeza kalau kita terbabit dengan penggambaran drama atau projek berkaitan lakonan. Untuk MV ini saya kena ‘miming’ pula dan bagi ekspresi. Pengalaman paling tak boleh lupa adalah ‘shoot’ dari pagi sampai jam 6 pagi keesokan harinya, memang satu hari.

“Sampai semua orang penat, tapi tetap bagi komitmen tinggi, terima kasih pada semua pasukan produksi,” katanya.

Pun begitu, setiap cabaran dilalui Razzuan sepanjang menyiapkan lagu AKUR ini memberikannya ilmu baharu terutama dalam bidang muzik kerana.

“Pengalaman bekerja dengan indivdu terbabit dalam penghasilan lagu Aku ini, ia pun satu pengalaman baru untuk saya. Sebab tak pernah terbabit dengan mana-mana individu dalam bidang muzik.

“Saya mengikuti kelas vokal, bila orang terangkan, saya lambat sikit nak faham dan buat. Selepas tu kena tanya balik. Macam bekerja dengan Taja pula, dia berikan banyak ilmu baru sebab saya pertama kali rakamkan lagu dan melalui bidang muzik ini, ia benda baru,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu AKUR, Razzuan berkata lagu itu menceritakan bagaimana pasangan kekasih terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat dalam perhubungan mereka.

“Pada saya, memandangkan ini adalah single pertama saya, ia menarik dan ada tarikan tersendiri. Lirik lagu juga memainkan peranan yang mana penggunaan perkataan yang digunakan bukan sering digunakan di luar.

“Lagu ini mengisahkan mengenai kisah cinta dan perhubungan yang putus di tengah jalan. Jika mengikut jalan cerita lagu ini, si wanita meninggalkan kekasihnya kerana nak sambung belajar. Lelaki itu terpaksa terima dan akur keputusan dibuat. Wanita itu juga akur terpaksa tinggalkan kekasih demi sambung belajar dan masa depan. Lagu ini kena pada sesiapa saja yang melalui situasi di mana terpaksa akur dengan apa yang berlaku.

“Harapan saya besar yang mana orang boleh terima lagu ini dengan baik. Apatah lagi ini ‘baby’ pertama saya dalam muzik. Jadi saya harap orang boleh mendengar dan menyanyi bersama sekali lagu ini. Sebab lagu ini ada korus yang ‘catchy’ dan mudah didendar. Orang kata lagu ini ‘easy listening’ dan boleh diterima baik,” katanya.

AKUR sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Razzuan Rosli bermula 28 Mei 2022.

DUO RNB GUCCIMITH & ZHE KAMIL Tampilkan ‘APA LAGI’

Nama mereka mungkin jarang kedengaran di kalangan penggemar muzik tempatan, namun bagi duo RNB, Guccimith dan Zhe Kamil, mereka telah pun menapak di persada industri muzik Malaysia beberapa tahun yang lalu.

“Kami bukanlah duo ‘hip-hop’ seperti yang disangkakan kerana kami juga turut menghasilkan pelbagai jenis muzik yang berlainan genre,” jelas Guccimith, anak kelahiran Kuching, Sarawak.

Kedua-dua mereka bermula sebagai duo muzikal secara tidak sengaja ketika pertama kali bersua di sebuah acara open mic, tambah Guccimith lagi, “Zhe memberitahu saya yang dia berkebolehan menghasilkan beats (rentak pelbagai) dan merupakan seorang penerbit muzik bebas.

“Kami kemudiannya berbincang dan lantas bersetuju untuk cuba bekerjasama, dan siapa sangka chemistry yang terjalin di antara kami berdua ternyata membuahkan hasil yang menakjubkan.

Terbaharu, duo ini tampil dengan sebuah single berentak RNB dalam nuansa trapsoul berjudul ‘Apa Lagi’ terbitan Warner Music Malaysia.

Single ini adalah nukilan mereka berdua yang telah lama direncanakan sejak tahun 2020 lagi, namun bencana pandemik COVID-19 yang melanda dunia sedikit sebanyak telah membantutkan proses penyiapannya.

“Beat (rentak) lagu ini sudah lama kami siapkan, cuma idea disebalik liriknya baru kami perolehi pada tahun lepas dan saya sendiri yang hasilkannya,” kata Zhe, yang merupakan penyanyi-penggubah lagu, penerbit dan juga beatmaker.

Mengenai maksud di sebalik single Apa Lagi ini, Zhe menerangkan, “Ia adalah kisah cinta di antara dua darjat versi moden yang mana teman wanitanya datang dari golongan yang berada, manakala si lelaki pula berasal dari keluarga yang sederhana.

“Saban hari, si perempuan asyik membandingkan teman lelakinya dengan lelaki lain di luar sana dan sering mengungkit dengan apa yang telah diberikannya selama ini.

Proses penghasilan single ini memakan masa selama dua minggu yang merangkumi proses rakaman, adunan sehingga proses akhir iaitu mastering.

“Saya berasa senang bekerjasama dengan Zhe kerana dia seorang yang sangat berbakat dan merupakan seorang artis yang serba boleh, selain mempunyai sifat suka merendah diri.

“Cuma kalau boleh, dia lebih peka betapa berbakatnya dirinya dan tidak merasa kurang yakin dengan diri sendiri,” kata Guccimith memuji kemampuan Zhe sebagai seorang pencipta lagu yang berkebolehan.

Single yang berdurasi 2:54 minit ini dimulai dengan rentak trap yang menjadi asas kepada lagu RNB ini, ditambah pula dengan nyanyian berharmoni mereka berdua dan rangkap rap nyata memberi kelainannya yang tersendiri.

Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dilancarkan dengan memaparkan jalan cerita yang menarik, menurut Zhe, “Dalam MV Apa Lagi, penonton akan menyaksikan sebuah kisah tentang seorang lelaki yang ingin merubah hidupnya bersama pasangannya kerana sudah terlalu lama hidup susah sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja untuk keluar dari situasi tersebut.

Sebagai artis, mereka berdua turut berdepan dengan cabaran dalam memperkenalkan jenis muzik yang mereka bawakan, ulas Guccimith, “Kami tidak tahu jika orang kita boleh menerima jenis muzik sebegini (trapsoul) kerana di Malaysia lebih terkenal dengan lagu jenis pop dan berunsur jiwang, namun kami yakin dan akan bekerja keras supaya muzik yang kami perjuangkan dapat diterima di seluruh negara pada satu hari nanti.

“Akhir kata, kami berharap agar pendengar tempatan semua suka dengan lagu Apa Lagi kerana ia merupakan lagu Bahasa Melayu pertama dari kami berdua, semoga semua akan terhibur dan teruskanlah menyokong kerjaya seni kami.

Lagu ‘Apa Lagi’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV pula boleh ditonton secara eksklusif pada tarikh yang sama hanya di saluran YouTube Guccimith 99.

-TAMAT-

Tajuk : APA LAGI

Artis : Guccimith & Zhe Kamil

Penulis Lirik : Guccimith & Zhe Kamil

Komposer : Guccimith & Zhe Kamil

Terbitan : Warner Music Malaysia

(Guccimith)

Kamu takkan faham

Apa ku rasa selama ini

Selama ini

Aku tahu aku tak mampu bagi segalanya

Aku tahu kekurangan diri ku

Sayang aku tahu

Kau kata kau tak sanggup

Kata aku tak teratur

Ku tahu kau kan undur

Kerana dunia kita berbeza

Kita berbeza

Hidup aku dan kau sangat lain

Kau masih nak main-main

Hidup engkau senang

Hidup aku susah

Selalu aku bimbang selalu aku resah

(Zhe Kamil)

Genggam tangan ku keliru

Jiwa ku tak menentu

Apa lagi alasanmu

Bagi semua yang ku mampu

Apa lagi yang kau mahu

Apa lagi kau nak tahu

Cinta kita tak sempurna

Dunia takkan sama

3 pagi aku tunggu

Penat scrolling text ku rindu

Aku masih fikirkanmu

Hati ku kau takkan tahu

Banyak benda yang ku lalu

Sekarang hidup tanpamu

(Guccimith)

Apa lagi yang kau mahu

Apa lagi kau nak tahu

Imma keep it straight one hunnid

This is not really how I want it

Takkan kau tak pernah sedar

Dalam hubungan ini hanya kamu takde kita

Tak pernah rasa berdua

Aku tahu

Kau tak pernah sedia

(Zhe Kamil)

Apa lagi yang kau mahu

Apa lagi kau nak tahu

Cinta kita tak sempurna

Dunia takkan sama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Xiaomi and Leica Camera announce long-term strategic cooperation

On 23 May, Xiaomi, the world’s leading consumer electronics and smart manufacturing company, and Leica Camera, whose legendary reputation is based on a long tradition of excellent quality, innovative technologies and German craftsmanship, officially announce their strategic cooperation in terms of mobile imaging. The first imaging flagship smartphone jointly developed by the two companies will be officially launched in July this year.

Founded in 2010, Xiaomi is currently the world’s third-largest smartphone manufacturer. Since its establishment 12 years ago, Xiaomi has always practiced the mission of ‘relentlessly building amazing products with honest prices to let everyone in the world enjoy a better life through innovative technology’, its smartphones and other products are sold in more than 100 countries and regions around the world. With strong R&D strength and continuous long-term investment in technology, Xiaomi has become an important leader in technological innovation in the fields of consumer electronics and smart manufacturing. And in the field of imaging, based on its long-term technical accumulation in lens optics, chips, algorithms, etc., as well as its deep understanding of mobile photography, Xiaomi provides extraordinary photography experiences including portraits, night scenes, and snapshots.

For over 100 years, Leica Camera has been creating lightweight cameras favored by street photographer pioneers and world-class optical lenses, fulfilling the passions of its community. With ingenious optical engineering and formidable craftsmanship, Leica cameras, recognizable by their ‘red dot’ branding, are German engineering at its best, and continue to attract new generations of consumers who aspire to achieve “the Leica image look” and own these masterpieces of design. In addition to making precision-crafted masterpieces, Leica attracts well-known photographers and emerging new talents around the world.

Xiaomi and Leica share the same ideas regarding mobile imaging. Both companies are eager to continuously explore the optical performance and photographic experience in the mobile imaging era through extreme technological breakthroughs and aesthetic pursuits.

“Xiaomi focuses on creating the ultimate user experience, and has always hoped to explore the capabilities of smartphone photography to the extreme. Xiaomi and Leica agree with each other’s pursuits and ideas and appreciate each other’s advantages and industry. This cooperation will provide a strong boost to Xiaomi’s imaging strategy. During the cooperation, from optical design to tuning aesthetic orientations, the innovative technologies, product philosophies and imaging preferences of both parties have experienced unprecedented in-depth collision and fusion.” says Lei Jun, founder, chairman and CEO of Xiaomi Group.

“It is an honor to announce the long-term strategic cooperation with Xiaomi today. Leica and Xiaomi are both global premium brands and during this unprecedented deep cooperation process, both parties have successively worked on the goal of providing customers a new era of mobile photography. We are convinced that the first jointly developed imaging flagship smartphone makes the pioneering progress of both companies visible. We will provide consumers in the field of mobile photography exceptional image quality, classic Leica aesthetics, unrestricted creativity, and will open a new era of mobile imaging.” adds Matthias Harsch, CEO of Leica Camera AG.

For more updates, stay tuned to Xiaomi Malaysia Facebook page and mi.com.

Bersatu terus memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat selari dengan prinsip perjuangan

Hari ini pejabat BERSATU Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, YB Tan SRI Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin ketika Majllis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Negeri Selangor.

YB Tan Sri juga turut meluangkan masa meraikan anak-anak istimewa daripada HAB Pendidikan Khas Ampang yang telah diasaskan oleh Ketua Cawangan BERSATU Pinggirkan Ukay, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

BERSATU sentiasa komited dan konsisten dalam memperjuangkan isu kebajikan rakyat khususnya masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat selain mengutamakan proses memulihkan ekonomi negara bagi mendepani cabaran hidup yang kian mencabar.

Selain itu, BERSATU Negeri Selangor terus prihatin terhadap golongan anak-anak istimewa dengan menfokuskan kepada Hab Pendidikan Khas bagi membentuk satu sistem sokongan komuniti agar anak-anak istimewa ini tidak terpinggir dan didiskriminasi dalam kalangan masyarakat.

Hab Pendidikan Khas ini telah dijalankan secara percuma setiap minggu bermula di Ampang dengan menyediakan Ahli Terapi Profesional bagi mengenal pasti tahap penyakit yang dihidapi oleh anak-anak istimewa selain memberikan rangsangan serta khidmat nasihat kepada ibu bapa agar mereka tidak rasa bersendirian dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.

BERSATU Negeri Selangor melalui Hab Pendidikan Khas akan terus merangka program-program susulan serta menyusun aktiviti-aktiviti dari masa ke masa bagi memperkukuhkan lagi sistem sokongan komuniti masyarakat terhadap anak-anak istimewa serta ibu bapa mereka.

Saya berharap masyarakat akan bersama kami bagi menjayakan sistem sokongan komuniti ini. BERSATU akan terus berbakti kepada masyarakat untuk bersama menaikkan ekonomi rakyat serta memulihkan ekonomi negara seiring perubahan positif fasa pandemik kepada fasa endemik covid-19.

 

Search Bikin Konsert Di Bumbung Kompleks Campbell

Walaupun lokasi atas bumbung bukanlah asing dalam beberapa penganjuran konsert artis tempatan sebelum ini, namun apa yang bakal diketengahkan Search ada keistimewaan tersendiri.

Kompleks Campbell itu sendiri misalnya, pada era 1980-an dan era eksplosif muzik rock adalah antara ‘port rockers’ selain Kompleks Pertama dan Kompleks Wilayah yang terletak berhampiran.

Yang pasti, gabungan muzik rock & roll Search, peminat rock dan lokasinya bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik rock di situ.

Nordin yang mengilhamkan konsert itu berkata, ia juga bakal menampilkan kelainan terutama dari segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

“Kami akan membawakan 14 hingga 17 lagu. Apa yang menarik ia adalah lagu yag jarang-jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert-konsert sebelum ini.

“Search ada banyak lagu dan peminat juga minta mainkan macam-macam lagu. Lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam konsert dulu, peminat sudah hafal. Jadi, kali ini kami nak kelainan. Kita juga nak mainkan lagu-lagu yang ada potensi untuk menarik pasaran luar terutama Indonesia,” katanya.

Noordin berkata, antaranya adalah lagu-lagu dari album keenam Search iaitu Rampage yang diterbitkan pada 1992.

“Album itu turut menampilkan Yan selaku pemain bass. Arah muzik album itu juga berbeza daripada album Search yang lain. Lagipun ramai peminat sukakan album itu,” katanya.

Bukan saja pemilihan lagu, rekaan pentas konsert berkenaan juga berbeza.

Noordin berkata, pentasnya tidak berbumbung dan tidak ada ‘backdrop’, sebaliknya penonton dihidangkan dengan panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

“Itulah ‘backdrop’ pentas kami. Pastinya ia memberi impak menarik terutama dari segi fotografi dan visual,” katanya.

Selain itu, kehadiran Denden, Yan dan Minn juga bakal memberikan arah muzik dan ‘sound’ yang lebih segar daripada Search.

Ini termasuk jurutera bunyi, pasukan produksi dan teknikal yang mantap demi memastikan Search tampil dengan ‘sound’ berkualiti.

Sementara itu, konsert ini juga bakal menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan. Ella juga akan berduet dengan Denden.

Tiket-tiket konsert berharga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.

Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian, layari laman web www.fenomenasearch.com.

Showcase Perjalanan Seni AWANG BPR ) & Rakan-Rakan

Showcase yg dianjurkan ini berkonsepkan makan malam amal, yg mana sebahagian daripada hasil jualan / kutipan tiket akan disalurkan kepada rakan-rakan artis yg memerlukan baik daripada segi ekonomi mahupun disebabkan faktor kesihatan.

Selain daripada itu, kutipan dana juga akan dibuat pada malam tersebut yang mana kami akan melancarkan kutipan tabung bantuan dari meja ke meja dan kami juga ada menganjurkan satu acara bidaan alat muzik, iaitu sebuah gitar berjenama dan juga sebuah pembesar suara (Amplifier).

Artis-artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya ialah:-

1. Kumpulan BPR

2.Jatt Ali (BDB)

3.Ayai Ilusi

4.Zamani Slam

5.Aida Agil

6.Kudeen Rafee

Barisan artis-artis Lagend ini akan menyampaikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh saudara Awang BPR kita sendiri.

Yang mana tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, nama Awang BPR adalah antara nama-nama besar sebaris dengan nama-nama komposer- komposer terkenal di Malaysia ini..

Makan malam dan juga segala peralatan yang berkaitan pada malam tersebut akan disediakan oleh Cenderawasih Catering, yang diketuai oleh En Helmie dari Chef Hafis yg mana ianya ditanggung HALAL 100%.

Selain itu penyanyi rock wanita era 90an ,Puan Rahimah Sukor atau dikenali sebagai Emma Rockers Pengarah Urusan Dari syarikatnya ( Impact Music & Entertainment ) turut serta untuk menjalankan usahasama dari sudut promosi acara ini.

Kami amat2 mengalu alukan kedatangan dan sokongan semua pihak bagi menjayakan majlis ini.

Kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan dan menyokong usaha baik ini..

Venue: Loon Sing Convention Centre,

Taman Daya, Johor Bahru

Masa : 8 mlm – 12 mlm.

Tarikh : 24hb Jun 2022.

AWANG BPR – 013-3308043

SYAHRUL – 019-7182817

NAJIB – 013-7700700

SHAM – 011-10173173

BAHAGIAN PROMOSI

ZELL 01127808886

IMPACT MUSIC & ENTERTAINMENT

Konsert HATTAN 35 YEARS JOURNEY

Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai.Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, ‘attitude’ dan pengalaman dimiliki meletakkan penyanyi dengan nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin ini dalam kelas tersendiri.

Atas faktor ini, Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan – 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam.Konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) ini juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyiannya sejak 1987.

Hattan bakal mempersembahkan 22 lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan lain-lain.

“Ini bukan sekadar konsert saja, tetapi mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang,bagaimana lagu ini tercipta dan kenapa lirik itu terjadi. Ia akan saya ceritakan sepanjang konsert itu nanti.

“Saya memiliki puluhan lagu hits dan kebanyakannya akan saya nyanyikan nanti, namun ada juga akan disampaikan secara medley. Tapi untuk lagu yang betul-betul popular sudah pasti saya menyanyikan keseluruhannya,” katanya.

Hattan berkata, beliau bersama MEM sudah merancang konsert ini dua tahun lalu, namun tergendala akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Februari 2020.

Dalam konsert ini, Hattan akan diiringi pemuzik hebat dan berpengalaman pemain keyboard,Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly(bass), Firdaus (keyboard) dan Pa’ang (perkusi).

Selain itu, Hattan turut mengundang pemain seruling, Mohar yang akan mengiringinya dalam beberapa lagu.

“Saya adalah penyanyi yang penuh jiwa. Dalam konsert ini tak perlu nak melompat-lompat. Zaman sekarang tak perlu lagi.

“Kenapa anda perlu datang ke konsert ini? Ini kerana saya akan bagi sesuatu yang saya tahu orang rindu nak tengok sejak dua tahun lalu. Ini juga hadiah daripada saya untuk sahabat dan peminat yang menyokong karier saya sejak 35 tahun lalu,” katanya.

Bercerita mengenai persiapan konsert, Hattan berkata, dia tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan.

“Sebagai penyanyi, latihan atau praktis itu amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa dan tak boleh lupa lirik. Alhamdulillah, sejak pelonggaran SOP (prosedur operasi standard) Covid-19,hampir setiap minggu saya mendapat tawaran persembahan. Itu juga satu latihan yang baik,”katanya.

Konsert ini juga akan mengetengahkan segmen mentor khusus buat Datuk M Nasir di mana Hattan akan menyanyikan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan komposer legenda itu.

Ia berdasarkan album solo kelimanya, Mentor yang diterbitkan pada 1994 di mana Hattan merakamkan semula lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan M Nasir seperti Kepadamu Kekasih,Sekuntum Mawar Merah, Gerhana, Tiara dan Padang Lalang.

“Album itu adalah idea saya di mana saya rakamkan semula lagu-lagu M Nasir yang saya suka.Beliau banyak memainkan peranan terhadap perkembangan karier saya dari dulu hingga sekarang,”katanya.

Tiket untuk menyaksikan konsert anjuran MEM yang disokong West Ipoh Span Expressway (WISE) ini boleh dibeli di laman web https://ilassotickets.com/event/hattan-35-years-journey/ dengan harga RM188 (upper tier), RM388 (silver), RM488 (gold), RM788 (diamond) dan RM988 (platinum).

Hattan yang turut aktif sebagai pelakon sudah menghasilkan 11 album studio sejak 35 tahun lalu iaitu Nostalgia (1987), Hattan (1991), Antem (1992), Ana Permata Timur (1993), Mentor (1994), Satu Malaya Dah Tahu (1996), Biso Bonar (1998), Aku Dan Mentor (2000), Palestin Jangan Menangis(2002), Masterpiece (2007) dan Inderawala (2010).

Selain itu, Hattan juga pernah bersama dengan band FRU (Five Rockers Union) yang menghasilkan album berjudul Kelahiran pada 1988.Beliau juga pernah menjadi penyanyi band Pratayuda menerusi album kompilasi War Rock I pada 1987.

SAM TOMPKINS Releases ‘WHO DO YOU PRAY TO?’

One of the fastest rising British male artists of 2022, Sam Tompkins releases the ‘who do you pray to’ EP alongside emotive visuals for new single ‘My Brother’ today.

With a host of stellar singles already released from the EP; including ‘Whole’, ‘Bloodline’ and ‘Hero’; Sam honed his craft across the collection of 7 tracks revealing his unique voice as a songwriter instilled in the narrative arc of his songs.

New single ‘My Brother’ encapsulates his intimate story telling style, as Sam notes; ‘My Brother is really special to me. I love it so much. The origin of it is actually a sad but lovely story. When I was about 18, we lost our Nana and at the funeral we had to read the eulogy. I got about 6 words in before being in floods of tears, my brother read the rest and was so strong. Flash forward to last year when my Papa (Grandpa) passed away and I decided to do the eulogy. Sadly because of covid my brother couldn’t make it as he was working away in Canada. This time I got the whole way through it and I remember getting the text from my brother who watched it through a live stream that I smashed it and I felt so proud because the only way I was able to do it was knowing I was the exact age my brother had stepped up and been brave 5 years prior.”

Sam Tompkins is a force to be reckoned with; following his own critically acclaimed singles, the TikTok trending collaboration with Jnr Choi ‘To The Moon’; a string of viral videos including impressive covers shared via TikTok and grass-roots touring; he has garnered over 11 million monthly listeners on Spotify and amassed a colossal online audience which has grown exponentially over the past year.

The release of this debut body of work is set to cement Sam’s status as one of the year’s most exciting new artists. His music has already been praised by the likes of MTV, Clash, BBC, and Notion; played across BBC Radio 1 by Jack Saunders, Scott Mills, Clara Amfo, Ricky, Melvin and Charlie, and featured on flagship Spotify editorial playlists.

Matching pop touches to a classic feel, he’s often compared to Sam Fender’s anthemic truth-seeking or Tom Walker’s revelatory autobiography. Yet Sam’s work stands alone and is already scaling mountainous heights. His music digs deep, explores the key topics in his life and communicates emotions we all feel, but sometimes can’t put into words.

Elton John and Shawn Mendes are fans, pop phenomenon Bebe Rexha has co-signed his work, while Justin Bieber is a prominent supporter. The two recently hung out in LA, while a video of Justin singing Sam’s single ‘Whole’ has gained more than 2 million views –and counting. Closer to home, JayKae jumped onstage on Sam’s last tour, and renowned UK artists Krept & Konan, Chip and Clean Bandit are fans.

Such a broad spread of support simply represents his audience as a whole; there’s a literal army of TikTok followers moving alongside him, with Sam amassing almost a half million followers on Instagram –that’s more than some very established artists. In fact, he already has more Instagram followers than some winners at the BRITs last year.

Selling out every venue he puts his name against, Sam’s live prowess stretches across Europe. Next month Sam will be one of the first UK artists to tour Europe in a bus since the pandemic hit as he heads out on a mammoth European tour, containing a packed out Kentish Town Forum date on the 8th April.

From his humble beginnings busking on the streets of Brighton, EP ‘who do you pray to?’ is set to continue Sam’s momentum and rise on the international pop stage.

Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD Nobat 4 Usahawan Orang Kurang Upaya

4 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan juga para juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia.
Liga ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor yang diterajui oleh YB Hajah Rodziah Binti Ismail.

Kriteria pemilihan peserta adalah:
• Peserta yang lahir atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
• Berumur dari 18 tahun hingga 40 tahun.
• Merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
• Sedang aktif menjalankan aktiviti perniagaan.
Program SAY LEAD telah berjalan sejak September 2021.

20 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan yang merangkumi:

• Profil Keusahawanan
• Business Model Canvas
• Pengurusan Kewangan
• Branding, Jualan dan Pemasaran
• Digitalisasi Perniagaan
• Lawatan Ke Tapak Premis Usahawan
• Bengkel Bisnes Profil & Pitching
• Perkongsian bersama Agensi Kerajaan

Setiap dua minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka. Setiap peserta juga dibimbing oleh para jurulatih pakar perniagaan & mentor-mentor daripada pembimbing dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM untuk memastikan objektif pemahaman dan praktikaliti mereka dalam menerapkan pengetahuan yang diberikan tercapai. 10 usahawan OKU yang mendapat tempat 10 teratas telah dipilih dan layak membuat pembentangan di hadapan para juri.

Pusingan akhir Liga Usahawan ini telah diadili oleh:
• D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (Raja Muda Selangor)
• Yang Berhormat Hajah Rodziah Binti Ismail (Exco Keusahawanan Negeri Selangor)
• Yang Berbahagia Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad (Ketua Setiausaha, Kementerian
Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia- KUSKOP)
• Yang Berbahagia Dato’ Mahmud Bin Abbas (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor- PKNS)
• Yang Berusaha Dr Aizan Sofia Binti Amin (Pensyarah Kanan Program Sosial & Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksanaan Polisi Inklusif OKU UKM)

Tiga (3) usahawan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam pembentangan akhir akan mendapat faedah seperti berikut:
• Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY)
• Layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

PEMENANG PERTAMA : YUSAIRI HAFIZ BIN TAJUDIN | 018-380 8440
Yusairi Hafiz, 31 tahun, merupakan seorang OKU fizikal (urat saraf tangan dan kaki kanan) yang
menjalankan perniagaan yang diberi nama “Putu Piring Warisan Nenek.” Beliau menjalankan
perniagaan yang bertempat di Medan Selera Pasar Moden MPSJ SS15, Subang Jaya. Dengan
berbekalkan modal permulaan perniagaan hanya RM3000 sahaja, kini pendapatan perniagaan beliau mencecah RM30,000 sebulan dan memiliki 6 orang pembantu. Pada tahun 2022, perniagaan beliau juga dikembangkan lagi di Medan Selera Wawasan SS3 Petaling Jaya. Impian Putu Piring Warisan Nenek adalah untuk memiliki kafe yang tersendiri di seluruh negeri di Malaysia dan menjadikan produk putu piringnya sebagai makanan hidangan utamanya di kafe tersebut.

PEMENANG KEDUA : FAIZUL BIN AHMAD ZUKI | 019-247 2683
Faizul, 39 tahun, merupakan seorang OKU penglihatan (buta mata sebelah kanan) yang menjalankan perniagaan pencucian karpet yang diberi nama “Cuci Karpet Bukit Beruntung” yang bertempat di Rawang, Selangor. Antara pencapaian yang dicapai oleh syarikat beliau sepanjang menyertai program SAY LEAD ialah mempunyai premis perniagaan secara rasmi, mempunyai 7 orang pekerja operasi cucian karpet dan salah seorang darinya dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Antara hala tuju syarikat beliau ialah memperluaskan kawasan perkhidmatan bagi seluruh Negeri Selangor
dengan mewujudkan pusat pengumpulan dan membuka peluang francais kepada individu yang
berminat untuk bekerjasama dengan syarikatnya.

PEMENANG KETIGA : NOORAIHAN BINTI CHE LI | 017- 791 2851
Nooraihan, 41 tahun, merupakan seorang OKU fizikal berkerusi roda yang menjalankan perniagaan menjual alat perkakasan rumah yang diberi nama “BNG Systems”. Syarikat beliau telah melahirkan 300 usahawan e-dagang, menjadi tenaga pengajar jemputan program CSR UKM, menjadi bintang komuniti Shopee 2021 dan mencapai menjadi peniaga pilihan pilihan Shopee (preferred seller).Impian beliau untuk melahirkan lebih ramai usahawan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan barangan perkakasan rumah dan perniagaan dalam talian sepertinya.

ANUGERAH USAHAWAN OKU HARAPAN : LINGES WARRY A/P APPARAO
Linges Warry, 23 tahun, merupakan seorang belia OKU yang menggunakan bantuan alat pernafasan semenjak 15 tahun lalu. Beliau menjalankan perniagaan kosmetik dengan menggunakan jenama beliau sendiri ialah “Absolute Glam Global”. Beliau yang juga mempunyai latar belakang Diploma
dalam bidang pengurusan, beliau telah memasuki program SAY LEAD dan belajar cara meningkatkan saluran pemasaran dan jualan yang betul. Impian beliau ingin menjadikan produknya standing seperti produk kosmetik yang terkenal, dan membuka suatu cawangan kedai kosmetiknya pada suatu hari ini.

Ayu Raudhah mahu majukan byLR

Jenama pakaian wanita mampu milik dan selesa, byLR diusahakan syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd optimis untuk terus realistik dan praktikal memenuhi kehendak pasaran.

Dilabel sebagai pakaian ‘kampung’ yang tidak sarat, jenama diusahakan artis dan usahawan terkenal, Ayu Raudhah tidak kisah dengan skeptikal masyarakat.

Malah Ayu yang juga isteri pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha, itu optimis dengan koleksi raya sedondon untuk ibu dan si kecil dipasarkan tahun ini.

Kata ibu kepada lima cahaya mata yang turut bertindak sebagai duta dan individu penting memasarkan jenama berkenaan, sebanyak 10,000 helai koleksi pakaian diterbitkan bersempena menyambut kedatangan Syawal.

“Kami bertekad untuk mengeluarkan pakaian wanita contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.

“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.

“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan bermula bulan Ramadan ini. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu sambil memberitahu koleksi raya membabitkan anak perempuannya (Laura Zuleykha).

Jenama beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa.

“Dari zaman pandemik COVID-29 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival. Bukan semua senang. Tapi di saat negara sudah mula ‘terbuka’ membiasakan norma baharu dan kesempatan beraya tahun ini, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya.

“Sebab itu kami mahu puaskan keinginan wanita yang masih kekal berfesyen cantik dengan harga bukan kayangan. Golongan sasaran kami daripada gadis hinggalah wanita matang.

“Daripada pekerja kerajaan, swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti ini masan untuk anda kekal bergaya tanpa berfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya.

Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan tidak kisah dengan pandangan orang.

“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.

“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak.

“Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’. Boleh rujuk pautan https://linktr.ee/bylrofficial,” kata Ayu.

Ayu berkata, dia diperkenalkan pasukan kerja jenama berkenaan menerusi kakaknya, Rubitah Che Wan dan suami, Lan Pet Pet tahun lalu.

Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012 menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.

Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.

Ramai Selebriti Bakal Meriahkan Manisnya Raya 2022

Selama Pandemik Covid 19, dimana banyak acara yang tidak dapat menjalankan program Dan rancangan di mana mana Bazaar Raya ,pada tahun ini kelihatan gembira kerana Malaysia sudah ke arah Endemik Dan acara pada dimulakan semula .

Bezanya 2 tahun leaps kesemua activiti di hentikan ,Kali ini Pengarah Syarikat Impact Music & Entertainment Puan Rahimah Sukor atau dikenali Emma Rockers artis Rock 90an yang pernah bernaung di bawah Warner Music Malaysia, berasa bersyukur dapat sekali lagi diberi kepercayaan Dari pihak B5 Johor Street Market (Damansara Assets) untuk menerajui program Ramadhan Dan membawa rakan rakan Artis/Selebriti berniaga di venue tersebut .

Kerjasama oleh pihak pengurus bangunan Puan Nurul Azwin Adnan B5 Johor Street Market memberi ruang kepada rakan rakan Artis berniaga produk produk esklusif barangan mereka nanti .Selain itu pentas utama disediakan oleh B5 Johor Street Market dengan persembahan artis artis memberi kemeriahan suasana Ramadan Kali ini berkonsepkan Keluarga Malaysia .

Puan Rahimah Sukor (Emma Rockers) memberitau para pengunjung juga akan dapat bertemu Dan bergambar bersama Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Shahidah pada 8 & 9 April ini . Selain itu Pengacara/Pelakon/Penyanyi Roslan Shah juga akan menghiburkan pengunjung serta pelakon Beego Dan isteri Linda Hashim yang akan turut serta .

Satu lagi acara tradisi bulan Ramadan ,iaitu edaran B5 Bubur Lambuk akan diadakan oleh Pemadam Negeri Johor yang diketuai Pengerusi Jkuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor
Exco (YB Tuan Ling Tian Soon) dengan kehadiran anak2 yatim yang akan ditemani Diva Fauziah Latiff yang akan bersama untuk acara shopping Raya untuk anak2 tersebut serta ditemani oleh artis muda Faiz Hazni (I can see your voice 3) Yazid AF7.

DAQMIE Dilantik Sebagai Jurucakap Jus Kurma Ajwa Jenama BARRIQ

SETIAP kali menjelang Ramadan, buah kurma atau tamar pasti dicari untuk hidangan sewaktu berbuka puasa ataupun bersahur kerana kurma mengandungi serat dan segala anti-oksidan dan sekali gus ia terkandung dalam pemakanan yang sihat.

Riwayat Abu Hurairah R.A menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda, Kurma Ajwa itu berasal dari syurga dan ia merupakan penawar daripda racun.

Kurma sangat terkenal dengan kemanisan yang mampu mengalahkan manis gula. Sebab itu kurma merupakan antara pemanis pertama yang digalakkan untuk bayi.

Kurma dapat memberikan tenaga untuk sepanjang hari walaupun hanya dengan memakan sebiji kurma. Dalam banyak jenis kurma, Ajwa yang juga dikenali sebagai Raja Kurma merupakan kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW.

Disebabkan kurma merupakan makanan sunah, Ahmad Sabri Muhammad, 41, menjadikan jualan kurma sebagai sumber pendapatan. Sudah sembilan tahun usahawan yang berasal dari Terengganu itu menjadi saudagar kurma yang diimport dari Makkah, Arab Saudi.

Selain menjual kurma yang berkualiti, Ahmad Sabri terlintas untuk menghasilkan jus kurma pula. Idea untuk mengeluarkan jus kurma tercetus sejak dua tahun lalu dan tahun ini baru Jus Kurma Ajwa jenama Barriq berada di pasaran.

“Sejak sembilan tahun lalu, saya menjual kurma dan tahun ni baru jual jus kurma. Dari tahun lepas rancang nak keluarkan jus kurma. Nama produk jus kurma itu ialah Jus Kurma Ajwa Jenama Barriq. Dikeluarkan oleh syarikat HRS Ventures Sdn. Bhd.

“Timbul idea untuk buat jus disebabkan selepas Covid-19 melanda, banyak yang minta sebab kurma ini ada kebaikan. Kurma ini berkesan mengurangkan penyakit-penyakit yang ada sekarang ini.

“Ada kesan bila kita makan kurma ini. Masa dua tahun itu permintaannya banyak. Buah kurma ni permintaan bukan setakat musim, di luar musim pun masih ada permintaan. Dari situ saya nampak perniagaan kurma ini boleh dikembangkan,” katanya yang merupakan pengasas dan founder kepada Jus Kurma Ajwa Jenama Barriq.

Jelasnya, jika sebelum ini orang sering makan kurma Ajwa sebanyak tujuh biji sebab mengikut sunah, untuk jus juga kuantiti yang sama digunakan untuk satu botol yang isi kandungannya adalah 250 ml dengan harga RM6.30 di pasaran.

“Minuman ini boleh diminum oleh siapa saja tanpa kira bangsa kerana ia bukan pati tapi jus yang boleh terus diminum seperti air berkarbonat yang lain. Ramuan yang cukup berkah, bahan utama cuma madu dan buah kurma saja.

“Jus kurma Ajwa ini akan berada di pasaran pada 1 April ini serentak di seluruh negara. Sebelum itu, pada 29 Mac ini kita memperkenalkan produk Jus Kurma Ajwa ini dalam satu majlis serta jurucakapnya.

“Kami tawarkan harga mampu beli kerana mahu orang ramai terutamanya pengguna Muslim untuk menikmati jus kurma yang sahih sudah termaktub bahawa ia adalah makanan sunah,” katanya terus terang. Selain menjual pada harga murah, jelas Ahmad Sabri, pihaknya juga merancang untuk mengeluarkan produk yang sama tapi pada harga yang lebih murah.

Katanya untuk permulaan, jus kurma Ajwa itu akan dipasarkan dalam botol untuk kelihatan premium tapi dengan harga yagn mampu milik. Untuk masa akan datang, produk tersebut akan dijual dengan harga yang lebih murah lagi kerana pembungkusannya menggunakan plastik.

“Kalau boleh kita nak pasarkan jus kurma Ajwa ini kepada pelajar-pelajar Tahfiz, bila harga murah mereka mampu minum setiap hari jus kurma Ajwa ini selain daripada mengamalkan pemakanan kurma sahaja.

“Hasrat saya kalau boleh nak setiap hari pelajar sekolah Tahfiz minum jus kurma seperti sejenis produk minuman yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah sebelum ini,” katanya dengan penuh semangat.

Meskipun mengetahui di pasaran sudah ada beberapa jenama yang mengeluarkan jus kurma, bapa kepada seorang anak itu tidak gentar kerana yakin dengan produknya.

“Jualan kurma dan jus kurma ini sudah ramai yang buat tapi saya tumpu pada jus dan buah kurma untuk amalan sekolah pondok dan madrasah sebenarnya.

“Kita ada kilang di Johor dan Kajang, Selangor iaitu tempat pembungkusan dan pemprosesan membuat jus. Buat masa sekarang, produk tersebut belum dijual secara atas talian hanya melalui ejen dan kedai di sekitar Johor dan Kuala Lumpur.

“Setiap negeri ada seorang ejen dan kita juga akan menjalin memorandum persefahaman (MoU) dengan pasaraya dan Koperasi Pihak Berkuasa Tempatan di setiap negeri.

“Selain ejen di seluruh negara, terdapat juga seorang ejen di Singapura dan dua lagi di Brunei. Kebanyakan ejen jus kurma Ajwa ini adalah ejen yang setia dengan saya sejak sembilan tahun lalu,” katanya yang turut mengendalikan perniagaan fabrik dan trading.

Ahmad Sabri akui yang dia sangat berhati-hati dalam memilih ejen kerana tidak mahu bekerjasama dengan orang yang tidak serius dalam pekerjaan.

“Nak cari ejen ini seperti temuduga kerja, sebab saya nak pastikan orang itu serius mahu berniaga. Ada juga yang sekadar nak mencuba, kalau boleh kita nak yang serius.

“Sebenarnya banyak dugaan dan cabaran dalam bisnes ni. Saya sudah beberapa kali diduga oleh rakan kongsi sebelum ini. Ada rakan kongsi ni bila dia nampak bisnes yang kita usahakan boleh pergi jauh, dia akan tarik diri, sedangkan kita yang keluarkan modal,” katanya yang tidak mudah mengaku kalah.

Selain jualan menerusi ejen dan di kedai terpilih serta pasaraya, dia juga telah melantik seorang duta di kalangan artis untuk menuar-uarkan tentang keistimewaan Jus Kurma Ajwa ini.

Sementara itu, Daqmie yang dilantik sebagai jurucakap Jus Kurma Ajwa Jenama Barriq itu berkata, dia bersedia memikul tanggungjawab untuk membantu Ahmad Sabri memperkenalkan produk tersebut kepada pengguna.

Penyanyi lagu Tangis Sebatang Tamar itu memberitahu, dia bersetuju menerima tawaran menjadi duta produk tersebut bukan kerana bayaran tapi lebih tertarik untuk membantu usahawan yang menjual makanan sunah.

“Sebenarnya saya telah dirisik oleh Encik Ahmad Sabri untuk menjadi duta produk ini sejak setahun lalu. Saya terima tawarannya bukan sebab dibayar mahal atau apa. Bab bayaran itu perkara kedua.

“Saya bersetuju kerana tertarik dengan produk yang dihasilkan iaitu jus kurma. Kita semua sedia maklumkan yang kurma itu adalah makanan sunah dan pasti memberi barakah kepada yang menikmatinya.

“Niat saya adalah untuk membantu dan memberi sokongan kepada usahawan Muslim yang mengeluarkan produk berkaitan dengan makanan barakah untuk kesihatan seperti kurma dan madu itu.

“Lagipun dalam keadaan sekarang kita perlukan makanan seperti itu, jadi kita kena sokong bisnes tersebut. Bila ada sokongan dan kita bantu, tentulah akan dapat kewangan,” katanya yang dilantik sebagai jurucakap untuk tempoh dua tahun.

Tambah Daqmie, disebabkan dia sudah sinonim dengan tamar, maka itu juga merupakan salah satu sebab dia bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama tersebut.

“Menjadi jurucakap produk, macam biasalah tugas kita kena bercakap dan mempromosi kepada orang ramai tentang kelebihan dan keistimewaan produk tersebut. Semua itu boleh dilakukan menerusi komunikasi, iklan atau pemasaran.

“Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada saya itu,” katanya terus terang.

Menariknya, Daqmie juga tidak menolak kemungkinan menghasilkan lagu untuk jenama tersebut sebagai salah satu strategi pemasaran bagi memudahkan orang ramai, ejen dan stokis mengenali produk tersebut.

“Marketing paling mudah adalah menerusi lagu, jika dipinta, insya-Allah saya akan buat kerana cara itu memudahkan semua pihak yang terlibat dalam mempromosi dan menjual jus kurma Ajwa ini. Bila kita buat lagu akan memudahkan mereka menjual.

“Sebelum setuju jadi jurucakap, saya terlebih dahulu merasai jus kurma Ajwa ini. Pada saya, rasanya memang sedap dan sedia untuk diminum. Tak perlu nak bancuh-bancuh lagi. Kalau nak kurangkan manis, boleh tambah air. Tekak saya okey saja dengan rasa yang sedia ada itu,” katanya.