Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada DOLLA.
“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.
“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.
“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama DOLLA,” katanya.
Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.
“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA,” katanya.
Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati mengumumkan XFans Road Tour, yang merentasi Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini adalah bukti komitmen Infinix untuk menghargai dan berinteraksi dengan komuniti setia XFans, seiring dengan pelancaran terkini Siri NOTE 40. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai XFans Road Tour yang akan berlangsung pada 27 April 2024, di Lazy Monday Cafe, Johor Bahru untuk kawasan Selatan, dan pada 1 Jun 2024, di LalaLand Cafe Ipoh, untuk kawasan Utara dari jam 9:30 pagi hingga 6:30 petang.
“Kami sangat bersemangat untuk menganjurkan Infinix Road Tour khas untuk komuniti Xfans yang kami kasihi. Inisiatif ini melambangkan lebih daripada sekadar perhimpunan, ia adalah perayaan semangat dan dedikasi Xfans. Bersama-sama dalam perjalanan ini, kami mengukuhkan semula komitmen kami untuk memupuk komuniti esports di Malaysia,” kata Abia Wang, Pengarah Wilayah Infinix.
XFans Road Tour menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk peserta di seluruh Malaysia, dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran. Dari terlibat dalam pelbagai aktivasi gerai seperti Mystery Box dan Illusion Box hingga memenangi barangan eksklusif Infinix. Tambahan pula, dengan lebih daripada 400 hadiah dan hadiah bernilai sehingga RM20,000 untuk dimenangi, termasuk telefon pintar seperti Infinix SMART 8 Pro, HOT 20, dan Earfon Tanpa Wayar XE 22 terkini.
Selain itu, peserta boleh menerokai dunia teknologi canggih di Zon Pengalaman, dengan demonstrasi praktikal Siri NOTE 40, yang menunjukkan komitmen Infinix terhadap inovasi. Acara ini juga akan memupuk rasa komuniti melalui aktiviti seperti Homebois MPL Watch Party dan rakaman sulit eksklusif untuk siri Infinix yang akan dilancarkan tidak lama lagi, hanya untuk penyokong setia Infinix.
Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) memanggil para peminat permainan video, di mana 16 pasukan akan dipilih untuk setiap lokasi untuk bersaing demi kemuliaan di setiap tempat, dengan hadiah wang tunai yang besar sebanyak RM1,200 dan pingat menanti juara berserta cenderahati seperti beg tote, tali leher, stiker, dan banyak lagi untuk semua pasukan yang mengambil bahagian. Permohonan kini dibuka, untuk mendaftarkan pasukan anda, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan untuk berpeluang menjadi sebahagian daripada pertandingan yang mendebarkan ini:
Follow Infinix Malaysia di Facebook.
Like, kongsi, dan komen “Game on! [masukkan lokasi anda]” dan tag rakan pasukan anda pada pos perekrutan.
Isi Borang Google untuk melengkapkan pendaftaran.
Pasukan yang terpilih akan dihubungi secara peribadi. Teruskan mengikuti perkembangan terkini dari Infinix di laman web rasmi Infinix, laman Facebook, laman Instagram, dan saluran TikTok.
“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular <NIGHT DANCER MV> ini yang menjadi viral di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada ratusan juta tontonan di Youtube! imase, artis di sebalik hit viral ini akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia!
imase 1st Asia tour “Shiki” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Gorgeous Entertainment dan ACO Media akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Jun 2024 (Khamis), bermula jam 8:30 malam.
imase, artis Jepun yang mula belajar gitar dan komposisi muzik secara sendiri pada usia 20 tahun. Beliau mendapat populariti melalui video pendek di TikTok, terutamanya lagunya <Have a Nice Day>, yang telah mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di TikTok dan 7.5 juta tontonan di YouTube!
Kebanyakan lagu imase tidak bergantung pada bahasa, tetapi melodi dan lirik yang mudah diingat selepas mendengarnya hanya sekali. Lagunya bukan sahaja menawan hati orang Jepun tetapi juga kepada orang di seluruh dunia yang tidak memahami bahasa Jepun kerana melodi dan susunan membuat irama dan kejelasan muzik yang menyegarkan untuk semua orang.
Peminat di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan imase! Peminat yang membeli tiket PREMIUM VIP akan menikmati kemasukan awal dan berpeluang untuk memenangi sesi foto dengan imase atau menerima poster tandatangan eksklusif oleh imase!
Tiket konsert akan mula dijual dari 25 April 2024 (Khamis), dari jam 11 pagi melalui https://www.ticket2u.com.my/.
18 April, Moxy RooDop Bar Putrajaya telah berlangsungnya sebuah sidang media penyanyi Filipina, Moira Dela Torre yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment.
Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, arFs terkenal Filipina kini berada di Malaysia untuk sebuah sesi jelajah yang pertama dan memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama. ArFs wanita berdarah seni yang canFk jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.
Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines, Moira telah melancarkan EP yang pertama dan kini telah memenangi pelbagai anugerah sehingga kini. “Most Streamed Filipina ArFst” Selama Tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.
Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniF di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang dicipta sendiri selama lebih dari 10 tahun. Berjuta perhaFan dari peminat antarabangsa, kini lagu-lagu Moira telah mencecah lebih 1 Billion stream di aplikasi penstriman muzik SpoFfy.
10 lokasi telah dipilih untuk Moira World Tour 2024 dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya, dia berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog Fdak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.
Idola dan pujaan haF Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam. Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia.
Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja. RM 333 dan juga VIP RM555.
Berikut merupakan senarai jelajah ke desFnasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024.
MALAYSIA
April 20 – Kuala Lumpur
USA
May 18 – San Fransisco, California
May 19 – Los Angeles, California
May 24 – Washington State
May 25 – Pala, California
Jun 01 – Stafford, Texas
CANADA
Jun 07 – Red Deer, Alberta
Jun 09 – Ontario, Toronto
Jun 15 – Saskatchewan
Jun 22 – Montreal, Quebec
Terima kasih kepada penaja yang turut terlibat. Rakan Radio Rasmi; Hitz, Rakan Tiket Rasmi ; Livepass, Rakan E-Hailing Utama ; Air Asia Ride dan konsert ini dipromosikan oleh Banyak Bagus Entertainment. Lokasi sidang media telah diadakan khas di Moxy Sky Bar, Moxy Hotel Putrajaya.
Sejak dilancarkan pada Ogos 2023, HARTA, merujuk kepada HABIB: Action for the Revival of Traditions and Arts, terus komited untuk memperjuangkan pemeliharaan, pendidikan dan dialog terbuka mengenai warisan dan budaya Malaysia. Dari pameran berkala di galeri seni sehingga muzium barangan kemas warisan yang memukau, HARTA sering menganjurkan acara, sesi perkongsian (percuma untuk orang ramai), dan bengkel yang mengetengahkan tradisi-tradisi Malaysia, dengan kerjasama berterusan bersama sekolah-sekolah, universiti, dan institusi-institusi budaya untuk meningkatkan ilmu dan kesedaran di kalangan masyarakat.
Dalam pameran terbarunya, HARTA mempersembahkan Interwoven Realities, sebuah pameran kumpulan yang menampilkan 32 pelukis berbakat, masing-masing membawa perspektif unik yang mendasari kewujudan dalam seni yang kompleks. Pameran tersebut, bermula dari 18 April sehingga 11 Mei 2024 di HARTA, merupakan sebuah pameran yang mempersonakan dengan ungkapan seni yang mengkaji persimpangan realiti yang berbeza dan jaringan sempadannya.
Menghiasi dinding-dinding HARTA, Interwoven Realities menjemput pengunjung untuk meneroka pelbagai rupa dan gaya dunia yang dibentuk dan dihubungkan melalui lensa artistik. Selami karya seni dalam beraneka stail dan medium yang mencerminkan sifat kepelbagaian realiti yang dikongsi bersama sambil pengunjung melepasi batasan persepsi konvensional.
Interwoven Realities disusun atur oleh perunding seni, Sarah Abu Bakar, dengan gabungan 32 artis termasuk nama-nama terkenal seperti Anniketyni Madian, Nor Tijan Firdaus, Fazrin Abdul Rahman, Nini Marini, Agnes Lau, Alicia Lau, Cheong Tuck Wai, Anas Afandi, Cheong See Min, Ang Xia Yi dan Kimberly Boudville.
“Sejak dari awal, HARTA terus teguh dalam komitmennya sebagai platform yang meraikan warisan dan kesenian Malaysia, jadi kami sangat teruja untuk mempersembahkan Interwoven Realities, pameran terbesar kami setakat ini,” ujar Mirsham Meer, Pengarah HARTA. “Kami berharap pengunjung akan menyelami diri mereka dalam karya-karya yang menakjubkan ini bersama 32 bakat luar biasa dan memperoleh pandangan baru melalui pameran ini,” tambah Mirsham.
Interwoven Realities menceritakan tenunan yang kompleks dalam kewujudan melalui 7 naratif bertema yang diolah sendiri oleh setiap artis:
Abstrak: Di mana sebuah bentuk melarut jadi intipati
Seni Digital: Penumpuan teknologi dan kreativiti
Figuratif: Kedalaman pengalaman manusia
Garis Geometri: Keharmonian tradisi, materialiti, dan intropeksi
Seni arca: Menzahirkan visi artistik dalam 3D
Seni Berdasarkan Teks: Gabungan semantik dan grafik
Tekstil, Serat dan Seni Alternatif: Penyusunan ekspresi emotif
Sehingga kini, HARTA telah menampilkan beberapa pameran seperti “OPEN HOUSE“, persembahan sulungnya yang menyelami sifat pelbagai segi tempat domestik; “There Will Be Dragons in My Future Dreams”, sebuah pameran oleh seniman digital, Chong Yan Chuah, yang mengubah ruang HARTA untuk menjadi pameran imersif melalui video, muzik, dan aroma. Yang terbaru, HARTA mempamerkan “Perjalanan 10 Tahun dalam Seni Kaligrafi Islam” oleh Seniman Kaligrafi Islam, Husin Hourmain.
HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti tersebut adalah tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16 dan telefon pintar HONOR X7b 5G. Ini termasuk jam tangan pintar kesihatan dan kecergasan serba baharu HONOR Band 9.
Susulan pelancaran HONOR Pad 9 versi WiFi pada bulan lalu, HONOR bakal membawa edisi 5G ke kedai seluruh negara dalam masa terdekat. Tablet ini sesuai untuk kerja dan hibur kerana hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB. Ia didatangi bersama pensil pintar HONOR Choice Pencil dan Papan Kekunci Bluetooth Pintar, menjadikan tablet ini hampir seperti komputer riba. HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman menaip yang selesa, sudut pandang yang lebar dan keterhubungan lancar untuk produktiviti maksima.
Selain itu, HONOR Pad 9 menampilkan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88%. Pengguna juga boleh menikmati visual mengasyikkan tanpa bimbang ketegangan mata kerana tablet ini dilengkapi ciri penjagaan mata Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Ciri menarik lain pada HONOR Pad 9 termasuk didatangi dengan lapan pembesar suara dan bunyi sekeliling 360° menerusi teknologi penalaan bunyi HONOR Histen.
HONOR X7b yang dilancarkan pada Disember lalu kini didatangi dalam varian 5G untuk keterhubungan dan prestasi pantas. Menariknya, HONOR X7b peranti 5G dengan storan terbesar dan berbaloi di dalam kelasnya. Telefon pintar ini menawarkan bateri besar 6,000mAh, Pembesar Suara Dwi Stereo serta Kamera Utama 108MP. HONOR X7b menonjol sebagai telefon pintar serba boleh dalam Siri X.
HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9
HONOR MagicBook X 16 mempunyai ciri terkini bagi mereka yang mencari kelainan dalam komputer riba. Manakala HONOR Band 9 jam tangan pintar serba boleh yang menyediakan ciri-ciri memantau tahap kesihatan dan kecergasan.
Nantikan maklumat penuh dan harga empat peranti tersebut yang akan dimumkan pada 22 April ini. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman web HONOR di www.honor.com/my/
Salah satu kumpulan pop yang paling terkenal di dunia – Westlife – akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert hanya satu malam di ketinggian kira-kira 1,800 meter di atas paras laut. Acara ini dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group, dengan JS Concert Productions sebagai Promoter, dan akan berlangsung pada hari Ahad, 9 Jun, jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting. Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 26 April mulai pukul 12 tengah hari. Setelah 24 tahun, Westlife akan kembali ke arena yang sama untuk mempersembahkan bakat mereka yang luar biasa kepada para peminat.
Peminat boleh mengharapkan malam yang akan dikenang bersama Kian Egan, Nicky Byrne, dan Shane Filan, sementara Mark Feehily akan hadir secara roh kerana dia mengambil cuti untuk kesihatannya. Dibentuk pada tahun 1998, Westlife telah melampaui era kumpulan lelaki 2000-an dan menjadi kumpulan yang melegenda di seluruh dunia dengan lagu-lagu popular seperti “Uptown Girl”, “My Love”, “Swear It Again”, “Flying Without Wings”, “World of Our Own”, dan “Hello My Love”.
Westlife telah menjual lebih daripada 55 juta rekod, memperoleh 36 album No. 1, mengumpulkan lebih daripada 3 bilion aliran global, melepasi 1 bilion tontonan di YouTube, dan menjual lebih daripada 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia. Mereka telah menerima banyak penghargaan termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards, dan empat Record of the Year Awards. Tiket untuk Westlife 2024 dengan Love Tour berharga RM1,188 (VIP), RM988 (PS1), RM788 (PS2), RM588 (PS3), dan RM388 (PS4), tertakluk kepada bayaran pemprosesan RM4.
Dapatkan tiket anda melalui mmic.bigtix.io atau rwgenting.com atau my.bookmyshow.com Westlife 2024 dengan Love Tour dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group, dengan JS Concert Productions sebagai Promoter, dan SINAR, MIX, dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti MMIC Entertainment Group di Facebook (https://www.facebook.com/MMICEntertainmentGroup) dan Instagram (www.instagram.com/mmic.entertainmentgroup) serta JS Concert Productions di Facebook (https://www.facebook.com/JSConcertProductions).
Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki cakera padat, poster mahupun majalah sebagai koleksi peribadi.
Meski zaman berubah, ada satu tradisi yang mengeratkan silaturahim secara semula jadi di antara artis dengan peminat iaitu sesi ramah mesra dan mendapatkan tanda tangan secara eksklusif daripada sang idola.
Sehubungan itu, penganjur konsert penyanyi legenda Ziana Zain iaitu Anuar Zain Network & Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse dengan berbesar hati menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif sebagai tanda penghargaan buat peminat bersempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024 ini.
Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan “CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024” nanti.
“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat yang telah membeli tiket-tiket Ziana Zain Concert 2024 untuk beramah mesra sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan.
“Dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan akan menambah keghairahan dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke Ziana Zain Concert 2024 pada 25 Mei 2024 ini,” ujar pihak penganjur.
Berikut merupakan syarat dan cara untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session yang berlangsung di Centre Court, Sungei Wang Plaza pukul 3 petang, 21 April 2024.
Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk
menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.
2) Sesi menebus poster atau photo card dibuka bermula pukul 12 tengahari
3) Sesi tandatangan akan dijalankan mengikut sistem siapa cepat mereka dapat.
PERHATIAN; 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil
tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas
4) Setelah 200 peminat terawal mendapatkan slot, para peserta yang lewat masih
boleh menebus poster yang sudah ditandatangan lebih awal di kaunter (mengikut
stok)
Justeru untuk pemegang tiket Ziana Zain Concert 2024 dalam semua kategori jangan sampai terlepas peluang keemasan untuk ikut serta dalam Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.
Jadilah 200 peminat tegar paling awal yang akan bertentang mata, bergambar kenangan dan membawa pulang tandatangan eksklusif Ziana Zain sebelum menjamu halwa telinga pada Ziana Zain Concert 2024 di Mega Star Arena, 25 Mei 2024.
INFORMASI
ACARA: AUTOGRAPH SESSION “CSA ACADEMY MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024”
Semangat Ramadan benar-benar hidup di lobi Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Jumaat 5 April 2024, ketika MyChef Innovation, pengeluar makanan siap-saji terkemuka Malaysia, berganding bahu dengan The Hope Branch dan Institut Jantung Negara (IJN) dalam kempen CSR yang mengharukan. Inisiatif yang bertujuan menghormati dedikasi tanpa henti para pekerja kesihatan sepanjang bulan suci ini, telah berjaya mengedarkan 100 Pakej Kebajikan Raya, membawa kegembiraan dan keselesaan kepada para pahlawan barisan hadapan di IJN.
Di bawah kepimpinan Rudy Malik, CEO Kumpulan Enspire Ventures Sdn Bhd yang mewakili MyChef Innovation, pagi itu bermula dengan persiapan teliti dari pihak MyChef Innovation, di mana mereka telah mengubah lobi IJN menjadi pusat penghargaan dan penghormatan. Udara dipenuhi dengan rasa antisipasi ketika acara dimulai, dengan sambutan istimewa diberikan kepada tetamu kehormat, termasuk Dr. Jezamine Lim dari The Hope Branch dan wakil terhormat dari IJN.
Pengedaran Pakej Kebajikan Raya menjadi titik fokus hari itu, setiap satu diisi dengan teliti dengan makanan berkhasiat dari MyChef Innovation, topeng muka, dan kotak minuman yang menyegarkan. Sumbangan ikhlas ini khususnya diberikan kepada pekerja kesihatan IJN di mana pihak MyChef Innovation dan The Hope Branch menyambut pemberian ini sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka sebagai wira kesihatan terutama sekali pada bulan ramadan.
Rudy Malik, merenung kembali inisiatif tersebut, berkongsi pemikiran tulusnya, “Menyaksikan senyuman dan rasa syukur di mata staf IJN adalah saat yang mendalam bagi kami semua. Ini adalah pengingat kuat tentang impak yang dapat kita buat ketika kita bersatu untuk tujuan mulia. Komitmen kami untuk mendukung komuniti kami, terutama mereka yang mengabdikan diri untuk melayani orang lain, tidak pernah lebih kuat.”
Dr. Jezamine Lim menambah, “Mengambil bahagian dalam aktiviti hari ini adalah pengalaman yang sangat mengharukan. Ini adalah suatu kehormatan untuk berdiri bersama MyChef Innovation dan IJN dalam merayakan semangat dan dedikasi para pekerja kesihatan kita. Kerja keras dan pengorbanan mereka, terutama selama waktu yang suci ini, mengilhami kita semua.”
“Bekerjasama dengan MyChef Innovation dan The Hope Branch dalam inisiatif Ramadan ini merupakan suatu keistimewaan. Ini adalah bukti kekuatan kolaborasi dalam menyokong komuniti penjagaan kesihatan kami. Bersama, kami membawa sentuhan keselesaan dan penghargaan kepada staf kami yang berdedikasi, memastikan mereka merasa dihargai dan disokong sepanjang bulan suci ini,” kata Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, CEO Institut Jantung Negara.
Acara yang berjaya ini tidak hanya menonjolkan kemurahan hati MyChef Innovation dan The Hope Branch, tetapi juga menekankan pentingnya komuniti dan kekuatan tindakan kolektif dalam menunjukkan penghargaan untuk upaya tak henti-henti para pekerja kesihatan. Ini adalah hari yang merayakan kesatuan, kemurahan hati, dan unsur sebenar Ramadan, meninggalkan kesan yang tidak terhapus pada semua yang telah mengambil bahagian.
Aburii restoran omakase Jepun yang menyeronokkan yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur.
Mengenali dengan lebih dekat Encik Lin Chi Wong yang merupakan pemilik dan ketua operasi di sebalik perniagaan restoran Aburii yang memfokuskan penawaran hidangan Jepun berasaskan daging Wagyu dari Jepun. Dengan pengalaman lebih sedekad dalam menyediakan masakan Jepun dan beliau berjaya mengasah bakat dalam mengenal pasti rasa terbaik masakan daging Wagyu yang tiada tandingan di Aburii.
Daging Wagyu A5 Aburii diimport khas dari Wilayah Miyazaki Jepun, yang terkenal dengan penghasilan daging lembu yang paling halus di dunia. Proses pemilihan yang teliti oleh pasukan ini memastikan setiap potongan Wagyu yang dihidangkan di Aburii mencapai kemuncak kualiti dan rasa.
Setiap hidangan mencerminkan ketelitian pemilik dan komitmen beliau dalam menawarkan pengalaman gastronomi yang tidak akan dilupakan kepada tetamu.Aburii adalah pakar dalam yakiniku Wagyu dan juga menawarkan makanan laut Jepun yang segar. Selain itu juga, Aburii adalah perintis omakase Wagyu di Malaysia yang mana Chef Zeniq telah diberikan tugas untuk menyediakan barisan menu yang berkualitu tinggi dan sedap kepada setiap pelanggan.
Di bulan Ramadan ini, Aburii telah merangkumkan dan menggabungkan kelazatan citarasa tempatan ke dalam menunya, termasuk rendang daging lembu Wagyu A5 Jepun, yang amat disukai pelanggan setia Aburii kerana rasanya yang enak dan tekstur yang lembut di mulut selari dengan konsep Aburii dalam menampilkan pengalaman makan Jepun yang mewah namun menyenangkan.
Aburii juga turut menawarkan dan menyediakan set berbuka untuk 4 orang pada sekitar harga RM400.00 per set kepada pelanggan yang beragama Islam. Antara hidangan kombo Wagyu yang menarik dan disukai ramai termasuklah kombinasi daging Shibuya 400 gram dan Ginza 600 gram bersama A5 Wagyu Gyoza, Foie Gras Umagi Tempura serta Ayam Goreng Charcoal (arang).
Tidak lupa juga, dalam memastikan pelanggan yang beragama Islam dapat berbuka dengan tenang, pihak Aburii juga ada menyediakan kemudahan surau bagi memudahkan pelanggan menunaikan solat Maghrib dan Isyak sekiranya masuk waktu solat di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Aburii Yakiniku Alamat: TTDI, 5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Telefon : 010-910 0267
Setelah berbulan-bulan menanti dan berbagai komen membanjiri saluran media sosial Pinkfish, kumpulan artis yang sangat dinantikan untuk menghiasi pentas Pinkfish Music & Arts Festival 2024 akhirnya diumumkan. Acara yang dinantikan dengan penuh semangat ini akan berlangsung pada 8 Jun 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.
Di barisan hadapan persembahan muzik ini berdiri legenda trance, Armin Van Buuren; persembahan utamanya dijanjikan tidak kurang daripada epik. Bergabung dengannya di pentas utama adalah seleksi terpilih bakat antarabangsa yang berkilauan, termasuk rapper Korea, Sik-K, yang kembali selepas konsert yang habis dijual pada tahun 2019, siap untuk memukau penonton sekali lagi. Miss Monique, yang memperjuangkan teknologi melodik, akan membawa irama khasnya untuk debut menariknya di Malaysia. Topic, yang terkenal dengan hits teratasnya seperti ‘Breaking Me’, dengan lebih daripada 252 juta tontonan di YouTube dan 1 bilion aliran di Spotify, akan mempersembahkan lagu-lagu terbaiknya untuk kali pertama di Malaysia. Menambah kegembiraan, duo elektronik berkuasa, AVAO, kembali sekali lagi untuk memberikan persembahan yang membangkitkan semangat. Berasal dari pelbagai belahan dunia dan merangkumi pelbagai genre muzik, artis-artis ini bersedia untuk menggegarkan festival dengan persembahan berenergi tinggi dan irama yang menular.
Selepas barisan antarabangsa ini, pentas utama juga akan menampilkan persembahan kuat dari artis-artis serantau: Dolla, Yung Raja, dan Ismail Izzani, yang akan membawa bakat tak terbantahkan mereka ke pentas. Perlu diperhatikan, ini akan menjadi persembahan pentas besar pertama Dolla di Malaysia sejak kepulangannya dari China.
Untuk meningkatkan pengalaman festival lebih lanjut, Pinkfish Music & Arts Festival tahun ini akan mempunyai tiga pentas yang berbeza, masing-masing menonjolkan genre yang berbeza – memberikan pengalaman penuh spektrum muzikal kepada para LAVA yang menghadiri.Selain dari pentas utama yang dikenali sebagai “The Jungle,” para hadirin akan merasai irama dikepalai oleh artis terkenal Jeremy Olander, yang menandakan penampilan pertamanya dalam festival di Malaysia.
Beliau akan disertai oleh persembahan yang lancar dari Aidaho, Axel Groove, serta set duo dinamik yang menampilkan Bad M.O.B dengan Duranny, Irama dengan Nadia, Julia Deychuk dengan San, Jojo dengan Jeffernandez, dan Naufal dengan Roshan. Sementara itu, di pentas “Beach Hut,” para peminat festival boleh menjangkakan persembahan hebat dari Bate, Chukiess & Whackboi, Cassie D, Mister Ariffin, dan Nashyk, yang menekankan komitmen festival untuk meraikan dan mengangkat artis tempatan.
Menanti acara ini, pengasas Pinkfish, Encik Rohit Rampal dan Encik Kesavan Purusotman (KC) berkongsi kegembiraan dan visi mereka untuk festival ini, “Kami telah bekerja tanpa henti untuk menggubah barisan pelbagai yang memenuhi citarasa setiap LAVA. Kami bertujuan untuk melebihi jangkaan dan mencipta kenangan yang tak terlupakan untuk semua peserta. Barisan tahun ini benar-benar mencerminkan semangat Pinkfish yang eklektik dan bersemangat, dan kami tidak sabar untuk melihat semuanya menjadi kenyataan di atas pentas.” Tiket awal dan fasa 1 telah habis terjual dalam masa yang rekod, dan pada masa ini, 60% kapasiti festival telah habis terjual.
Saat ini, tiket fasa 2 GA dan VIP boleh didapati di laman web rasmi, www.pinkfishfestival.com. Harga tiket adalah seperti berikut:
Fasa 2 GA: Bermula dari RM318.00
Fasa 2 VIP: Bermula dari RM548.00
Pakej Sofa Lounge VVIP: Bermula dari RM8,000.00 dan RM748.00 untuk satu pas VVIP. (*harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan & caj tiket) Selain itu, sebagai cara untuk memastikan tiket dengan mudah, PayLater oleh Grab menawarkan diskaun sehingga RM30 dengan kod promo eksklusif ‘PLPINKFISH’, sah sehingga 8 Jun 2024 (kuantiti terhad).
Selepas kejayaan lagu duet mereka ‘Jarak’ tahun lalu, Aisha Retno dan bintang kelahiran Brunei, Aziz Harun kembali bersama lagi tahun ini dengan sebuah bingkisan istimewa berjudul ‘Ketipak Ketipung Raya’ sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal muncul tak lama lagi.
Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.
“Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok. Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.
Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz Harun.
Saat ditanya apakah maksud di sebalik lagu ini, kedua-dua artis ini memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan sebenarnya sangat mudah, iaitu tentang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ia memaparkan tema-tema umum yang sering ditampilkan dalam banyak lagu raya yang lain. Ia menggambarkan kekecohan persiapan di pagi raya sambil bertanyakan hal-hal biasa seperti sudahkah baju raya dibeli, sama ada juadah hari raya sudah siap dan sebagainya. Ia juga mencerminkan keseronokan suasana berhari raya tanpa mengira status dan generasi. Dari situ jugalah saya memasukkan unsur tradisional lagu ini, iaitu rentak Joget untuk menjadikannya lebih rancak dan menarik,” ujar Aisha Retno pula.
Malah, kedua mereka bersetuju menyatakan bahawa proses rakaman lagu ini tidak banyak halangan dan berjalan dengan sangat lancar.
“Proses rakaman sebenarnya sangat cepat. Pihak pengurusan saya menguruskan pertemuan dengan Aisha serta Glowrush penerbit kami, dan kami menyiapkannya dalam masa beberapa jam sahaja. Kami masing-masing hanya memerlukan tiga jam setiap seorang untuk proses rakaman vokal di dalam studio.”
“Saya masih ingat ia terjadi pada hari Ahad dan lagu itupun sudah hampir siap kerana kami hanya perlu memasukkan bahagian ‘bridge’ dan rangkap kedua kerana bahagian pertama lagu sudah pun dikeluarkan di media sosial pada tahun sebelumnya,” tambah Aziz lagi.
Mereka berdua juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.
“Aziz seorang yang sangat berbakat dan kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dengan hasil kerjanya yang terbukti hebat dan komitmennya yang berterusan, saya tidak ragu-ragu untuk berkolaborasi lagi dengannya. Lagipun saya memang dah lama inginkan lagu raya sendiri dan sekarang terhasillah duet ini dan saya rasa ia mampu pergi jauh sebagai salah satu koleksi duet kami bersama,” ungkap Aisha penuh gembira.
Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja.
“Ia dirakam sekali harung dan menampilkan warga kerja Faithful Music, iaitu syarikat rakaman naungan Aziz Harun. Suasana yang ditampilkan juga sangat santai dan berjalan dengan lancar. Ini kali pertama Aziz dan saya merakam video muzik secara sekali harung dan hanya perlukan beberapa tangkapan semula sahaja. Tapi saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini,” tambah Aisha lagi.
“Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan. Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya,”bingkas Aziz.
“Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget. Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok,” kata Aisha menutup bicara.
Bakal dikeluarkan pada tarikh 22 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia, ‘Ketipak Ketipung Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.