SO Staff

Yayasan AEON Malaysia Bantu Mangsa Banjir

Yayasan AEON Malaysia (MAF) terus melebarkan sayapnya menyantuni mereka yang memerlukan, selaras dengan objektif penubuhannya.Terkini, Yayasan AEON Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa￾mangsa banjir di Selangor.

Pada 30 Disember 2021, Yayasan AEON Malaysia di bawah program AEONBantu bersama￾sama dengan lebih daripada 100 orang sukarelawan AEON yang terdiri daripada 25 kakitangan AEON CO. (M) BHD., 27 kakitangan AEON BiG (M) Sdn. Bhd., 33 kakitangan AEON Credit Service (M) Bhd., dan 17 kakitangan AEON Delight (M) Sdn. Bhd. telah berganding bahu dan bertungkus-lumus membantu penduduk setempat serta pengendali perniagaan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terkesan dengan banjir yang telah melanda.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan selama tujuh (7) jam bermula dari 10.00 pagi. Ianya dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah kawal selia Leftenan Kolonel Beh Kok Yew, Pegawai Pemerintah Batalion Regimen 502 (Askar Wataniah), Kem Sungai Buloh.

Para sukarelawan AEON dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam memastikan kerja￾kerja pembersihan dapat dilakukan dengan sistematik dan efektif. Kumpulan-kumpulan tersebut diberi tugas yang berbeza seperti membersihkan kawasan halaman rumah, jalanraya dan longkang, perabot dan barang-barang yang masih boleh digunakan, membuang barangan yang rosak, melakukan aktiviti membersihkan lumpur menggunakan pancutan air,membersihkan fasiliti kemudahan awam dan juga membersihkan sampah sarap selepas banjir.

Menurut Datin Noryahwati Mohamad Noh, Presiden, Yayasan AEON Malaysia, “Kami di Yayasan AEON Malaysia sentiasa prihatin dengan mereka yang memerlukan dan akan sentiasa menghulurkan bantuan justeru program-program kemanusiaan yang dijalankan samada secara bersendirian atau menerusi kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)”.

“Program-program kemanusiaan yang dijalankan merangkumi sumbangan barangan,kewangan serta tenaga kerja para sukarelawan yang sejajar dengan salah satu nilai murni konsep Keluarga Malaysia iaitu; Keterangkuman yakni saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga dan satu sama lain”, ujar Datin Noryahwati.

Terdahulu pada 23 Disember 2021, Yayasan AEON Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. 600 pek sumbangan yang mengandungi barangan seperti peralatan kebersihan dan kesihatan, sabun, pelitup muka, tuala, tuala wanita dan kain selimut telah diagihkan. Ianya membabitkan satu pusat pemulihan banjir iaitu Masjid Kampung Jawa,Hulu Langat serta dua pusat kutipan bantuan iaitu Stadium Tertutup Kuala Selangor dan Pejabat Daerah Petaling.

Sebelum itu, Yayasan AEON Malaysia menghulurkan bantuan pada 19 Disember 2021 kepada mangsa-mangsa banjir. Sumbangan seperti makanan kering, minuman serta barangan kebersihan dan kesihatan diagihkan kepada 450 keluarga di tiga pusat bantuan iaitu SK Agama Kg. Ginching, Sepang; SK Kg. Baharu Lanjut, Sepang; SMK USJ, Subang Jaya dan juga PPR Kg. Baru Hicom, Shah Alam. Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pasukan daripada kementerian turut hadir di dua pusat bantuan di Sepang.

Inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan AEON Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir adalah sejajar dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 12 – Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, yang memberi tumpuan ke arah memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Ia juga untuk memastikan penggunaan sumber yang baik, meningkatkan kecekapan tenaga, infrastruktur yang mampan, dan menyediakanakses kepada perkhidmatan asas, kelestarian dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.

 

Magnet Team Bantu Mangsa Banjir Di Hulu Langat

Banjir besar yang telah melanda negara kita baru-baru ini telah menjadi mimpi ngeri kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia.Pelbagai usaha untuk membantu mangsa banjir telah pun digerakkan oleh ramai pihak dari agensi kerajaan ,NGO,syarikat korporat,inisiatif individu dan ramai lagi yang membantu khususnya pasca banjir.

Inisiatif Magnet Team yang terdiri dari 12 orang sahabat akrab yang digerakkan oleh Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan iaitu PS Dato Zainab Kader ,Dato Fatimah Abdul Hamid,Suzimah Hazish,Marina Kenis Tio,Alex Navanith,Sue,Fieda Khalid,Datin Aimi dan Maksu .Mereka telah menyediakan sebanyak 300 pes makanan sedia dimasak untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain itu juga Magnet Team turut menyumbang 250 bungkus nasi kandar dan nasi ayam kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat disamping menyumbangkan pakaian yang telah disusun mengikut saiz dan jantina kepada mangsa-mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan.

Yang menarik juga ialah salah seorang Magnet Team ini iaitu PS Dato Zainab Kader yang telah pun berumur 75 tahun tetapi tetap aktif turun padang membantu memberikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat dan menghantar sendiri bantuan makanan di masjid Hulu Langat . Kegigihan PS Dato Zainab Kader dalam membantu mangsa banjir ini wajar dicontohi oleh semua khususnya anak muda Malaysia agar lebih aktif untuk turun padang membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menderita.

Magnet Team turut menyumbang pelbagai bantuan untuk mangsa banjir melalui pelbagai NGO disamping meneruskan usaha bantuan pasca banjir yang lebih mencabar.

Usaha Magnet Team ini wajar diteladani oleh masyarakat kita bagi mewujudkan lebih ramai lagi “Unsung Heroes” yang mengambil berat dan peduli terhadap kebajikan mereka yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir ini.

Puan Seri Nisa Bakri

Orang ramai yang berminat berkerjasama membantu usaha murni ini bolehlah bersama-sama menyumbang melalui:-

*CIMB Bank*

*8008336625*

*NJB Innari Sdn Bhd*

*Ref: NB Flood Donation*

(Magnet Team)

HIJRAHKAN LAGUKU Solidariti MALAYSIA

Tanggal 25 disember 2021 , jam 9.00malam sekali lagi Tv Alhijrah menerusi Program Hijrahkan Laguku , dengan mengantikan program tersebut bagi menyantum mereka yang terkesan akibat pendemik banjir.

Minggu ke Enam Hijrahkan Laguku menampilkan , Episod Khas Hijrahkan Laguku Solidariti untuk Malaysia dijayakan oleh Lah Ahmad Kumpulan Zayne, Daqmie, Zack Kool, Rahmad Mega, Ustaz Zarifi Daud,Suffian Amrin dan Ustaz Fazrul.

Tv Alhijrah mengambil langkah dengan merehatkan sebentar artis artis yang bertanding.Bagi menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir yang terjadi baru baru ini.

Episod ke tujuh program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada minggu ini 1 Jan 2022 bakal memperlihatkan enam orang bintang berdakwah di pentas separuh akhir.

Menerusi program Hijrahkan Laguku Solidariti diharap mampu memberi semangat dan motivasi baharu kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan banjir khususnya dan dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia.Selain itu , turut menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda musibah banjir, serta dapat memberikan ibrah kepada penonton atas setiap kisah misi kemanusiaan artis artis Hijrah Kan Laguku. Sekaligus dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Don dari tanah haram yang diaminkan oleh penonton TV Alhijrah.

Malah pada malam tersebut turut menampilkan tetamu jemputan seperti Dato’ Ust Kazim Elias selaku penceramah, Furqan Fawwaz ( Qari) ,Ust Fazrul Ismail (Pentadabbur) manakala Faizal Ismail FBI selaku (Main Host) dan Ust Zarifi Daud selaku (co-host).

Apa yang menariknya , konsep pada malam itu bukan sahaja berhibur tetapi dapat mengupas sedikit sebanyak berkenaan banjir yang melanda Malaysia. Malah barisan artis jemputan menyanyikan lagu serta diselitkan dengan bacaan kitab suci Al-quran bersama tadabbur terjemahannya.

Manakala penceramah jempuan turut memberikan ibrah daripada setiap kisah artis.Kemanusiaan Hijrah Kan Laguku yang diceritakan secara live melalui google meet.

ARTIS JEMPUTAN DAN SENARAI LAGU

1. ZACK KOOL – Makbulkanlah

2. RAHMAD MEGA – Hanya Satu Pesinggahan

3. KUMPULAN ZAYNE – Iktiraf (Ya Rabbana Tarafna)

4. LAH AHMAD – Ya Allah x Salam ( Medley)

5. DAQMIE – Yang Terindah

PENAMPILAN ISIMEWA

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bacaan doa kesejahteraan Ummah dari Harramain

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Raikan Krismas dengan PUBG MOBILE di Sunway Pyramid! Berpeluang untuk memenangi 100,000 UC!

PUBG MOBILE bakal memberi “Airdrop” kepada para peminat PUBG MOBILE untuk memenangi 100,000 UC dan pelbagai hadiah menarik!Panggilan untuk semua peminat PUBG MOBILE di seluruh Malaysia! Watak-watak dalam PUBG MOBILE akan membuat penampilan dii Sunway Pyramid, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang sehingga 10 malam. Aktiviti ini berlangsung selama tiga hari, iaitu 24,25 dan 26 Disember 2021.

Para peminat PUBG MOBILE boleh bertemu dengan watak-watak kegemaran di dalam PUBG MOBILE secara langsung. Peminat juga boleh mengambil gambar bersama watak-watak PUBG MOBILE lalu muat naik ke laman FB atau IG persendirian dengan tanda pagar seperti #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman dan berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG MOBILE.Laman rasmi PUBG MOBILE akan mengumumkan para pemenang yang bertuah pada Januari 2022 nanti.

Lebih menarik, watak terkenal sedunia Spiderman turut membuat penampilan berikutan kerjasama filem Spiderman: No Way Home bersama PUBG Mobile. Jenama makanan ringan Taokaenoi juga disediakan untuk anda merasai kesitimewaannya dan berpeluang untuk mendapat hadiah dalam permainan PUBG Mobile.

Persembahan ‘Flash Mob’ juga akan diadakan pada 25 Disember di Sunway Pyramid,bermula jam 5 petang sehingga 10 malam, bertempat di Sunway Pyramid (TBD).Selain itu, kepada semua peminat PUBG MOBILE, anda juga berpeluang untuk berjumpa pencipta kandungan idola dan pemain e-sukan PUBG MOBILE. Mereka akan membuat penampilan semasa Flash Mob di Sunway Pyramid. Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan sambutan bersama PUBG MOBILE!

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG

MOBILE

● Facebook: PUBG MOBILE Malaysia

● Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia

● YouTube: PUBG MOBILE Malaysia

● Instagram: @pubgmobilemyofficial

Casio Presented Limited Edition G-SHOCK Watches to Team Harimau Malaya for AFF Suzuki Cup 2020

With its military grade timekeeping precision and long￾standing active endorsements with sporting tournaments and world class athletes, Casio has been unveiled as the official timekeeper for the AFF Suzuki Cup in August 2020. To commemorate this special event and to rally support for our national players, Team Harimau Malaya, Casio Malaysia has launched a limited edition watch as a gift to our national players and team officials.

A watch presentation took place recently where the Managing Director of Casio Malaysia,
Tezuka Itsuro unveiled the watches and presented to the President of Football Association of Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, for our national players before they departed for the top football tournament in Southeast Asia that is currently taking place from December 5, 2021 to January 1, 2022 in Singapore.

The limited-edition watch based on the GBD-100-1A7 model from the G-SQUAD line subtly
features the iconic black and yellow stripes, which are the team colors of Harimau Malaya.
In line with the uniqueness of our very own animal spirit, the same boldness will be in the
spotlight once again to inject the same passion, drive and fierceness of our national team
which they proudly display with this wearable technology in the international sporting arena.
The AFF Suzuki Cup logo is also visible on the soft urethane watch band to commemorate
the event.

The GBD-100-1A7 model stays true to G-SHOCK’s signature heavy-duty rugged look designed for extreme durability whilst powered by the iconic stripes of Harimau Malaya, signifying the fire and passion that all Malaysians have in representing Malaysia in the eyes of the world. With a host of sensor features and functions, this is a timepiece that has defied conventional watchmaking logic that is precise, functional and can withstand the toughest of environments while making a timeless fashion statement.

“We are so proud to show our unwavering support for team Harimau Malaya and that we are behind them every step of the way. This watch is testament to their resilience and

perseverance and with their fiery spirit, nothing will stop them in their quest for glory whi le bringing national pride and unity to the forefront. Malaysia Boleh!” says Tezuka Itsuro.

 

Juara The Audition 2021 Milik Muhammad Shauqi Danial

Pencarian bakat baru untuk pertandingan The Audition 2021 akhirnya berakhir apabila Muhammad Shauqi Danial dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan 27 peserta yang lain.Pertandingan akhir ini diadakan di Atrium, The Strand Mall.

The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.

Juara The Audition 2021 Muhammad Shauqi Danial

Juara The Audition 2021, Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri berkata “Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini,”.

“Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini.Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band.Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal,” tambahnya lagi.

Uji bakat The Audition adalah 100 peratus daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja.Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda.Bermula Oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata, sepanjang tempoh ujibakat itu ternyata Malaysia mempunyai ramai bakat baru dan mereka bersemangat tinggi untuk menceburi industri hiburan negara.

Tempat Kedua – Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri

“Dengan bantuan Michael Ang berjaya mencungkil ramai bakat baru. Mereka yang berjaya ke final semuanya ada kualiti. Saya lihat bakat muda ini boleh membawa kelainan kepada industri hiburan tempatan.

Tempat Ketiga – Wann Nashrinie Bin Zafri

AEG menyediakan platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun,”katanya kepada media.

Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus.

“Mereka mesti sentiasa positif, sanggup bekerja keras dan mempunyai disiplin yang tinggi,”.

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.Juri pertandingan akhir The Audition 2021 ialah Michael Ang, Amira Othman, Cikgu Sarah Ismail dan Datuk KK Chua.

Dari Kiri Cikgu Sarah Ismail, Datuk KK Chua dan Amira Othman

Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan.

Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik.Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.

 

 

 

 

TIADA PENYINGKIRAN EPISOD KELIMA, SEMUA BINTANG HIJRAHKAN LAGUKU TERUS KE SUKU AKHIR

Kesemua artis HL menarik nafas lega malam tadi apabila Faizal Ismail & Bell Ngasri mengumumkan keenam-enam bintang layak ke minggu suku akhir pada 25 Disember ini.

Walau dalam keadaan negara diuji dengan banjir kilat di beberapa daerah utama di Selangor semalam, persembahan minggu kelima HL berlangsung penuh tertib apabila Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud yang bertindak sebagai mentor   membacakan doa memohon kesejahteraan dan keselamatan dari musibah banjir.

Namun, penonton di studio dan di rumah tidak dapat menahan gelisah apabila buat pertama kalinya Shahir Zawawi dipanggil ke pentas penyingkiran kerana memperoleh markah rendah. Selain Shahir, PG Adam turut berada di kedudukan terbawah.

Shahir yang ditemui sejurus tamat HL berkata episod kelima sedikit mencabar kerana dia mempersembahkan lagu Saat Pemergianmu, lagu asal Dir nyanyian Rahim Maarof yang telah diubah liriknya.

“Saya sudah bersedia. Andai tersingkir, ini adalah adat pertandingan. Bukan di dalam pertandingan HL sahaja, tetapi inilah kata-kata semangat yang saya sematkan di setiap pertandingan yang saya sertai.

“Saya cuma berharap agar kemunculan saya semula di dalam rancangan HL setelah menyepi beberapa ketika menjadi buah tangan yang memanfaatkan penonton.

“Saya pasti, ramai peminat dan pendengar di luar sana yang dahagakan lagu-lagu ketuhanan yang mendekatkan kita kepada Allah dan RasulNya. Saya pohon agar semua pihak memberi sokongan kepada rancangan HL.

Menerusi persembahan episod kelima bertemakan Laguku Lagumu Jua yang berlangsung di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Dato’ Nash yang menyanyikan lagu Firman Siagian berjudul Kehilangan mendapat markah tertinggi iaitu 86 markah. Persembahan Dato’ Nash tambah menarik dengan penampilan aktor Saharul Ridzwan yang membacakan petikan hadith Rasulullah.

Iwan Shahman pula berada di tempat kedua dengan 76 markah setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra bertajuk Siapa Di hatimu yang diubah lirik menjadi lagu Allah Di Hatiku.

Tempat ketiga dengan 72 markah dimiliki oleh Zaf V.E. yang menyanyikan lagu Bila Rindu, lagu asal Rod Stewart berjudul When I Need You. Percaturan berani Zaf V.E. serta sifat konsisten beliau dalam menzahirkan karya kecintaan terhadap Nabi Muhammad pada setiap episod persembahan membuatkannya dinobat sebagai penerima Anugerah Mahabbah. Hadiah kemenangan adalah wang bernilai tiga ribu ringgit yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

Sementara itu, persembahan kesemua bintang diadili oleh juri tetap Fauzi Marzuki. Ustaz Isman Hijjaz pula menggantikan Hazamin Inteam yang sedang mengerjakan umrah. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi pula hadir sebagai pendakwah jemputan.

TV AlHijrah masih lagi tidak membuat sebarang pengumuman tentang hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang rancangan ini.

Untuk rekod, Hijrahkan Laguku bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Rancangan ini mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hotel Premiera Kuala Lumpur pula adalah penaja penginapan rasmi HL.

Siaran ulangan HL boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.

Berikut adalah senarai lagu episod suku akhir minggu hadapan yang bertemakan Ana Pilih, Enta Nyanyi;

PG Adam                 :  Untuk Selamanya penyanyi asal Kumpulan Visa

Iwan Shahman            : Siapa Benar Siapa Salah penyanyi asal Iwan Shahman

Mark Adam              : Anak penyanyi asal Freddie Aguilar

Zaf V.E                     : Cinta Luar Biasa penyanyi asal Andmesh Kamaleng

Dato’ Nash               : Puisi Cinta penyanyi asal Kumpulan Ilusi

Shahir Zawawi            : Salam Terakhir penyanyi asal Sudirman Arshad

‘Tentang Rasa’ Kisah Romantis Yuka Kharisma

Momen indah ibarat foto yang diketik tatkala memegang kamera, mahupun telefon bimbit. Namun, buat penyanyi, producer dan komposer yang berasal dari Aceh, Indonesia, Yuka Kharisma, beliau memilih mengabadikannya menerusi lagu.

Terbaharu, Yuka kembali dengan single kedua berjudul ‘Tentang Rasa’ di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang dicipta indah oleh suami tercinta, seorang ahli muzik dan komposer berpengalaman iaitu Ahmad Jeffny.

“Baru dua bulan saja ‘Melihatmu Bahagia’ dilancarkan, saya tak sabar nak kongsi pula single Tentang Rasa buat pendengar di Malaysia. Saya bersyukur dengan penerimaan baik terhadap single terdahulu dan ramai yang terpesona dengannya, bahkan ia turut mendapat perhatian ramai barisan penyanyi tanah air TikTok,” kata pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) ke-15 ini.

Perjalanan seni Yuka ibarat bahtera melayari samudera yang berombak, dan ada pasang surutnya. Begitulah jugalah pelayaran seninya dari tanah seberang ke pesisir Malaysia, bermula sebagai peserta separuh akhir Indonesian Idol musim ke-5 sehinggalah berlabuh di sini pada tahun 2008.

“Banyak yang telah saya lalui sepanjang bergelar anak seni. Perjalanan saya bukannya mudah, ditambah pula dengan keadaan berjauhan dari keluarga tercinta terutamanya ibu yang berada di Bandung, Indonesia, kadang-kadang memeritkan.

“Namun saya temui kebahagiaan di sini (Malaysia) apabila mendirikan rumahtangga dengan orang Malaysia, indah bukan aturan jalan Tuhan itu,” ulasnya lagi.

Lagu Tentang Rasa telah diilhamkan pun beberapa tahun lalu, ketika itu Yuka masih lagi belum berstatus sebagai seorang isteri dan sedang mencari-cari arah seterusnya dalam kerjaya seninya, dan pintu hatinya diketuk. Kata Yuka:

“Lagu ini sudah lama saya ciptakan, bahkan sebelum saya menikah lagi. Saya sangat suka dengan lirik dan melodinya yang sangat simple, romantik dan apa adanya. Ia ibarat sebuah rasa cinta yang tulus dan murni tanpa ada maksud tersembunyi, hanya menyayangi dengan sepenuh hati.

“Tentang Rasa menceritakan tentang sebuah rasa kepada seseorang yang sangat murni, jujur, dan tulus. Di mana sepasang kekasih tersebut saling mengisi dan melengkapi satu sama lain.

Kalau di dengar, Tentang Rasa punyai melodi yang ‘tenang’ dengan alunan gitar akustik yang mengasyikkan lantas menggamit memori indah masa-masa bersama yang jatuh dalam genre ‘folk’ yang malar segar.

“Saya memperuntukkan tempoh seminggu bagi menyiapkan lagu ini dan terima kasih buat sang suami, Ahmad Jeffny, yang banyak membantu dan turut bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama.

“Sepanjang proses rakaman berlangsung, saya tersenyum ketika menyanyikan Tentang Rasa kerana ia membawa kembali memori manis masa-masa nak menikah dulu,” kongisnya dalam nada gembira.

Video muzik (MV) Tentang Rasa adalah sebuah kisah romantis yang berkisar tentang dua insan yang merupakan teman baik ketika masih di bangku sekolah yang terpaksa berpisah disebabkan jarak, namun kekuatan dan ketulusan cinta mereka berdua mempertemukan mereka kembali sehingga ke jinjang pelamin.

“Sebagai seorang ‘storyteller’, saya sangat mementingkan rasa dari setiap karya yang saya nyanyikan atau hasilkan. Setiap lagu itu harus mempunyai alur cerita yang tersendiri. Manakala, penghayatan melodi dan bait lirik itu perlu supaya motif lagu tersebut sampai ke hati semua pendengar.

“Yuka Kharisma adalah seorang penghibur sejati yang sedari kecil sudah mencintai panggung, dari zaman remaja disaat memulai kariernya sebagai penyanyi, dia sanggup menyanyi berjam-jam di atas panggung.

“Signature muzik atau ‘bunyi’ Yuka Kharisma sangat bervariasi kerana bagi saya setiap rasa itu perlu diraikan dengan jujur, dan motto saya dalam berkarya adalah berkarya sebebas-bebasnya seperti minda yang terbuka tanpa batas,” tegas Yuka.

Menurut Encik Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan, Rocketfuel Entertainment, “Sebagai penyanyi, Yuka mempunyai tona vokal yang istimewa yang jarang didengari. Karya-karyanya bersama suami ada kualitinya yang tersendiri dan sedap di dengar.

“Semoga Tentang Rasa mampu melonjakkan lagi nama Yuka Kharisma dan terus mendapat tempat di hati pendar muzik tempatan.

Akhiri Yuka: “Pada saya, Malaysia ibarat separuh jantung hati saya. Ia tempat yang penuh nostalgia, tempat saya mengejar impian, cinta dan cita-cita. Kalau dulu Malaysia seperti rumah kedua, namun jujur saat ini Malaysia adalah rumah pertama saya. Saya menyukai Malaysia kerana di sinilah saya temukan matlamat hidup yang sebenarnya.

“Dan harapan saya agar single Tentang Rasa dapat menghadirkan suasana romantis kepada sesiapa pun yang mendengarnya, serta membawa nama Yuka Kharisma lebih kuat dan dikenali.

Lagu ‘Tentang Rasa’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer,

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network.

Tajuk : TENTANG RASA

Artis : Yuka Kharisma

Penulis Lirik : Yuka Kharisma & Ahmad Jeffny

Komposer : Yuka Kharisma & Ahmad Jeffny

Penerbit : Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

Matahari di hujung senja

Menghadirkan cahaya jingga

Tentang sebuah rasa

Yang sudah sekian lama

Melekat di jiwa

Disaat kita bersama

Kadang sesaat berjumpa

Namun terasa lengkap

Kau hapuskan pekat

Sinariku lagi

Jujur ku tak mampu berikan bintang

Yang jauh tinggi di angkasa

Namun hatiku seluas semesta

Hanya kamu saja yang punya

Disaat kita bersama

Kadang sesaat berjumpa

Namun terasa lengkap

Kau hapuskan pekat

Sinariku lagi

Jujur ku tak mampu berikan bintang

Yang jauh tinggi di angkasa

Namun hatiku seluas semesta

Hanya kamu saja yang punya…

 

 

 

 

 

 

vivo Hosts VISION+ Grand Exhibition 2021 in Beijing

vivo VISION+ Grand Exhibition 2021 has officially unveiled at the Three Shadows Photography Art Centre, Beijing, China. The Exhibition, available from now till 22 December 2021, serves as a wrap-up event for the 2021 vivo VISION+ Project. It displays outstanding works selected from the VISION+ Mobile PhotoAwards 2021 and VISION+ Short FilmAwards 2021 and images created with vivo smartphones by internationally acclaimed photographers, including Martin Parr and Xiao Quan. Together, the featured creations embody the theme of the VISION+ Project, “Create Together”.

With the theme “Create Together, Our 2021”, the Exhibition is divided into five sections, including “We”, “Growing Up”, “Night and Dream”, “The Future and Far Away”, and “End: Create Together”. Through various media and imaging techniques, the Exhibition links the living circumstances, feelings, and everyday moments recorded with smartphones by VISION+ Project participants over the past year. It tells the stories of creators living in the present moment, setting out from their hometowns to pursue their dreams. The Exhibition demonstrates that anyone can become a creator, capturing one’s surroundings with only a smartphone.

“We are honoured to join hands with Three Shadows to present the VISION+ Grand Exhibition comprising the achievements of the 2021 vivo VISION+ Project,” said Spark Ni, Senior Vice President and CMO of vivo. “The VISION+ Project has served as an exchange platform for many outstanding creators and their photography works. With the Exhibition, we hope these touching works will encourage more people to document the beauty of everyday life with their smartphones. vivo is committed to deepening the partnership with our global imaging strategic partner, ZEISS, inspiring more people to experience joy through creation with more human-centric professional photography technology.”

“The VISION+ Grand Exhibition gives us a glimpse of the new styles and trends pertaining to the ‘Create Together’ movement. These photos record not only individuals and objects but also the emotions of ordinary people during this extraordinary year,” said Rong Rong, curator of the vivo VISION+ Grand Exhibition 2021 and founder of Three Shadows.

“As a communication platform between contemporary photographic arts and the public, we are very excited to partner with vivo to present the outstanding works of the VISION+ Project in a distinctive narrative and share the power and charm of mobile imaging with the public,” Rong Rong added.

Walking through the Exhibition, visitors can experience intimate stories captured with smartphone cameras by creators worldwide. Although they depict different realities, they all demonstrate respect for ordinary life. These numerous images convey strong emotions and inspire visitors to document and share everyday life with their smartphone cameras. This also echoes the original intention of the VISION+ Project: calling on more people to capture moments with their smartphones and experience joy through creative expression.

vivo will continue to join hands with ZEISS and other renowned partners to improve human-focused professional photography capabilities and carry out the value of the VISION+ Project, “Create Together”. By doing so, vivo aims to enrich the culture of smartphone photography by encouraging people-centric projects and conveying the “Joy of Humanity” ethos through mobile imaging with more creators worldwide.

 

 

HASIF UPIN Tampil Dengan ‘JANJI SAMPAI MATI’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Namun bagi pendatang baharu yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Muhammad Hasif Sharuddin atau lebih mesra dengan panggilan Hasif Upin, tuah nampaknya menyebelahi beliau apabila muncul dengan single sulung yang berjudul ‘Janji Sampai Mati’ hasil ciptaan penyanyi-penggubah lagu terkenal negara, Aizat Amdan, bersama komposer Anas Amdan dan penulis lirik Mel Ramlan, dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group.

Lagu Janji Sampai Mati merupakan runut bunyi utama drama 24 episod ‘I Promise, Janji Anaqi’ dalam slot MegaDrama yang sedang ditayangkan di Astro Ria bermula 6 disember 2021 diterajui oleh pelakon popular Malaysia, Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong.

“Syukur Alhamdulillah, setelah menyertai ujibakat The Audition yang dianjurkan oleh Armani Entertainment Group, saya menerima ‘superstar pass’ daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi. Mulanya saya ke sana untuk pencarian bakat lakonan tetapi apabila mereka mendengar saya menyanyi, terus saya ditawarkan kontrak sebagai penyanyi,” katanya.

Mungkin ramai yang kurang sedar, Hasif sebenarnya merupakan bintang TikTok yang tular dengan pengikut seramai 2.6 juta, selain itu pemilik akaun Abang Upin Ipin ini juga mempunyai lebih dari 29.9 juta tanda suka dek kerana video-video parodi Upin Ipin yang dihasilkannya.

“Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lepas dan tak menyangka ia akan menjadi viral,” jelasnya lagi.

Single dalam genre balada pop yang berdurasi 4:11 minit ini dimulai dengan petikan piano yang mendayu dengan korusnya yang indah dan menggamit perasaan, ditambah pula dengan suara Hasif yang ‘jantan’ seakan-akan penyanyi dari seberang, Chakra Khan.

“Lagu Janji Sampai Mati berkisar tentang kisah cinta antara dua jiwa, tentang penantian penuh kesetiaan dan janji yang terpatri sehingga ke akhir hayat.

“Sejujurnya, saya tak tau berperasaan sebegitu kerana masih lagi bujang, dan saya juga hidup sebatang kara setelah kepergian ibu tercinta menemui Sang Pencipta hujung Oktober lalu, manakala ayah pula sudah lama tiada,” ujar Hasif.

Berbekalkan dorongan serta nasihat dan ‘berkat’ menjaga ibunya, Hasif mengumpul kekuatan mencari rezeki dengan menceburi bidang perniagaan makanan disamping konten parodi yang dihasilkannya di laman sosial.

Proses rakaman yang berlangsung selama sehari banyak memberi impak positif kepada Hasif yang baharu sahaja menginjak dalam bidang nyanyian, katanya, “Saya diberikan masa selama 3 hari untuk membuat ‘homework’ bagi memahami dan mendalami maksud lagu tersebut.

“Dan sepanjang proses rakaman sedang berlaku, guru vokal yang disediakan oleh pihak pengurusan iaitu Cikgu Sarah Ismail turut hadir di studio rakaman bagi memberi tunjuk ajar, maklumlah saya kan penyanyi baru, banyak lagi yang perlu saya pelajari. Namun saya berterima kasih terhadap pihak Armani Entertainment Group terutamanya Dato’ KK kerana memberikan saya peluang emas ini.

Menurut Dato’ KK Chua, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Armani Entertainment Group, “Ini merupakan salah satu langkah awal Armani Entertainment Group dalam menembusi pasaran industri muzik Malaysia.

“Saya yakin dengan bakat yang dimiliki oleh Hasif kerana keupayaannya menyanyi dengan baik dan vokalnya yang unik serta jarang kedengaran di Malaysia. Saya berharap agar penggemar muzik tanah air dapat menerima Hasif sebagai artis pertama di bawah naungan kami dan terhibur dengan single sulungnya.

Dalam usia menjangkau 29 tahun, ini sedikitpun tidak mematahkan semangat Hasif dalam memulakan kerjayanya dalam bidang seni, berbekalkan doa serta semangat Allahyarhamah ibunya, Puan Mimah Mahmud, menjadi pendorong dan pemangkin buat dirinya.

“Arwah mak suka mendengar nyanyian saya, jadi saya dedikasikan lagu ini khas untuk beliau.

“Harapan saya agar penggemar muzik Malaysia dapat menerima kehadiran saya dan semoga single Janji Sampai Mati mendapat sambutan yang hangat.

Lagu Janji Sampai Mati boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Armani Entertainment.

-TAMAT-

Tajuk : Janji Sampai Mati

Artis : Hasif Upin

Penulis Lirik : Mel Ramlan (KGE Studios)

Komposer : Aizat Amdan & Anas Amdan (KGE Studios)

Penerbit : Armani Entertainment Group

Tak pernah ku bayangkan

Hidup ku tanpa mu

Bagaikan angin kau ku perlu

Setiap nafas ku hela

Kau selalu dengan ku

Maafkanlah salah ku yang dulu

(Pre-chorus)

Hingga akhir nanti

Percayalah engkau yang ku mahu

(Chorus)

I’m so in love with you

Ku selalu mencintai mu

Biar aku jaga

Sampai kau menua

Kau janji ku sampai mati.

Tetaplah kau bersama

Cinta jangan pergi

Seluruh hidup ku hanya kamu

Tak ingin ku rasakan

Ditinggal sendiri

Menjalani hidup

Tanpa diri mu

(Pre-chorus)

Bagaimana lagi

Harus ku bukti cinta ku pada mu

(Chorus)

(Bridge)

Kini kau milik ku

Ingin ku lukis semua

Memori terindah

(Chorus)

(Chorus)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Noraniza Idris Anjurkan Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘MALAY WORLD CULTURAL PARADISE’

Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ berhasrat untuk menjadi sebuah produk yang menjadi tarikan pelancongan pilihan nombor satu di Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. Festival ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris.

Menuruf pengasas program modal insan ‘Malay World Cultural Paradise’ yang juga merupakan ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris, perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif walaupun masih menghadapi kekangan pendamik dan penajaan yang kurang memberangsangkan.

Program ini telah diadakan selama 3 hari di setiap destinasi pilihan yang bermula di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10 hingga 12 Disember 2021, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Program ini seterusnya akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Negen Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula awal Januari sehingga berakhir Jun 2022. Matlamat siri jelajah Malaysia ini adalah bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion pilihan.

Sepanjang 3 hari di AEON Mall Shah Alam, program ini telah membawakan pertandingan permainan Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkah Geruh peringkat zon untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke peringkat Kebangsaan sebagai acara utama. Sebanyak 14 kumpulan telah berentap untuk mengumpul agregade pencapaian tertinggi. Acara ini akan menjadi aktiviti utama seiring dengan majlis pra pelancaran festival yang berlangsung pada 12 Disember 2021, Ahad, 2.00 petang.

Selain acara ini, terdapat 12 acara sampingan seperti Pertandingan nyanyian ‘Irama Malaysia Academy Awards’, Pertandingan Kompang Berirama ‘Rhythm of Unity’, Pertandingan MUA Awards kategon cilik dan dewasa, Pertandingan Peragaan Busana kategori dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung. Pertandingan Treasure Hunt turut diadakan bagi menyemarakkan aktiviti peserta bersama usahawan.

Sebagai penganjur adalah menjadi hasrat untuk menjadikan e-Festour AKZ5.0 ini sebagai festival yang paling meriah dalam edisinya dengan sasaran 1000 peserta yang turut menarik minat ramai pengunjung yang hadir dengan pematuhan S.O.P yang ditetapkan.

Sempena pra pelancaran ini, sebuah perjanjian persefahaman telah diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mall, Persatuan Bumiputera Makeup Artis Malaysia sebagai salah satu strateginya adalah untuk membantu produk pelancongan Malaysia dan usahawan kembali pulih dari sudut ekonomi disamping itu juga penganjuran program ini dapat menghimpunkan penggiat-penggiat seni seluruh Malaysia untuk bebas berkarya menerusi platform pertandingan yang disediakan. Sasaran program ini turut menyediakan akfiviti peserta seawal usia 4 tahun tanpa had umur dan pelbagai kaum.

Persembahan kebudayaan turut diserikan oleh artis budaya ‘Malay World Cultural Paradise’ yang mempersembahkan tarian multiracial etnik sebanyak 3 kali sehari bermula jam 11.00 pagi, 2.30 petang dan 8.00 malam selama 30 minit dengan menjadikan busana Tradisional Melayu sebagai pakaian rasmi.

Hari pertama, pada 10 Disember 2021, Jumaat, pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Forum Sihat, Budaya, Kecantikan Luaran dan Dalaman. Acara ini akan diserikan oleh 4 orang panel terdiri darijpada Dr. Mohammad Ihab Bin Ismail mewakili pakar perubatan dalaman, Puan Al Arabi Binti Mohamed, mewakili pengasas produk makanan kesihatan, Puan Rosnawati binti Salleh mewakili Makeup Artis Malaysia dan Puan Noraniza binti Idris mewakili Artis rama Malaysia.

Pengunjung berpeluang merasai permainan rakyat menerusi pertandingan bermain Congkak dan Dam Ular. Pengunjung juga dapat mengambil peluang mempelajari asas kesenian Zapin sambil membuat senam seni berasaskan 10 modul Zapin di Malaysia selama 40 minit. Di sebelah malam, acara pertandingan nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia pula dimeriahkan oleh 10 peserta dari seluruh Malaysia.

Pada hari kedua, 11 Disember 2021, Sabtu, pengunjung akan dapat menyaksikan Tatiseni Awards menerusi penglibatan peserta Akademi Tatihseni Malaysia. Sebanyak 114 anugerah telah dinilai berdasarkan video tugasan peserta. Perftandingan MUA Awards seramai 30 kumpulan turut dijalankan serentak dengan penyertaan 4 kumpulan terbaik pertandingan Kompang Berirama.

Pada hari ketiga , 12 Disember 2021 pula merupakan acara kemuncak. Acara dimulakan dengan pemainan rakyat dan Treasure Hunt. Perfandingan bakat luar biasa kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun, Kids Got Talent akan diteruskan dengan penglibatan 14 peserta menerusi video rakaman awal untuk dinilaikan secara langsung. Di sebelah petang, majlis pra pelancaran telah disempumakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim selaku penaung program.

Bersempena pra pelancaran ini juga, 14 kumpulan telah berentap untuk merebut kedudukan tertinggi bagi melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan kelak. Sebanyak 10 usahawan turut sama dalam program pra pelancaran ini sebagal pengenalan. Acara ini akan membawakan 50 usahawan tempatan ke 7 buah lokasi bermula Januari 2022 akan datang. Artis yang bakal terlibat dalam program ini adalah Noraniza Idris, Ihab Ismail dan Azmir Ariff.

Program ini diiangka membawa penglibatan 500 peserta bagi mematuhi syarat penyertaan. Program ini anjuran Sekretariat Malay world Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, Kerabu Media & Event sdn Bhd dan C2Joy (M) Sdn Bhd.

Paduan Dinamis CHAZYNASH & DANI KURAMA Menerusi ‘JIKA AKU PERGI’

Instafamous asal utara yang terkenal dengan video-video viralnya di media sosial, Chazynash, berkolaboratif secara muzikal dengan penyanyi-penulis lagu muda berbakat besar, Dani Kurama, dalam sebuah single balada pop berjudul ‘Jika Aku Pergi’ hasil idea mereka berdua, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Indie Space Station.

“Mungkin ramai di luar sana lebih mengenali saya sebagai personaliti media sosial dengan video-video viral yang saya hasilkan bersama isteri, namun minat menyanyi itu sebenarnya telah lama wujud.

“Sebelum ini, saya ada menghasilkan beberapa buah lagu namun kebanyakannya berbentuk parodi. Sehinggalah saya bertemu Dani Kurama, dan kini saya yakin masanya sesuai untuk muncul dengan sesuatu yang lebih ‘serius’ menerusi platform yang disediakan oleh Rocketfuel Indie Space Station,” kata Chazy.

Bagi Dani Kurama yang sudah lama berkecimpung dalam bidang muzik sejak dibangku sekolah lagi, jiwa seni itu sentiasa ada di mana beliau sering menghasilkan lagu-lagu secara suka-suka di laman YouTube, dan pernah mendapat kritikan dari warganet yang pernah mempertikaikan bakatnya, sehinggalah single-nya sebelum ini mendapat sambutan luar jangkaan dan terus menjadi viral di laman media sosial. Menurut Dani:

“Muzik sememangnya sudah sebati dalam diri saya dan saya tak peduli dengan apa orang kata kerana yang penting niat saya ikhlas dalam menghasilkan sesuatu. Setiap karya yang saya ciptakan dekat di hati kerana ada kaitan dengan kisah peribadi.

“Single Jika Aku Pergi menceritakan tentang sepasang kekasih yang bercinta namun kecundang di tengah jalan kerana teman wanitanya tiba-tiba berubah hati dan beralih ke lelaki lain yang jauh lebih kaya dan berjaya dalam hidup. Namun, bekas teman lelakinya itu tetap mencintai dan merinduinya walaupun telah berpisah, dan hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik dari jauh.

Single Jika Aku Pergi yang berdurasi selama 4:18 minit ini dimulai dengan tempo yang perlahan namun bertenaga dan kemudiannya beralih rancak dengan bunyian ‘trap’ moden yang menghiasi keseluruhan lagu tersebut.

“Saya dan Dani pernah menghasilkan sebuah single sebelum ini namun kurang mendapat sambutan, dan dengan adanya platform yang disediakan oleh Rocketfuel Indie Space Station ini, semoga ia dapat melonjakkan lagi nama kami berdua di persada industri muzik tempatan.

“Oleh kerana kami berdua pernah bekerjasama sebelum ini, proses rakaman berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah dan saya senang berkolaborasi dengan Dani. Beliau seorang yang sangat berbakat, punyai idea yang kreatif dan dedikasi yang ditunjukkan wajar dijadikan contoh,” jelas Chazy.

Selain bertindak sebagai penyanyi bersama, Chazy juga turut mencurahkan idea kreatifnya dengan mengarahkan video muzik (MV) single Jika Aku Pergi kerana pengalamannya dalam menghasilkan video-video sebelum ini.

“Jalan cerita MV ini adalah sebuah kisah cinta yang klise di mana sepasang kekasih yang bercinta kemudiannya berpisah secara tiba-tiba, dan muncul pula orang ketiga yang memisahkan mereka, maka terjadilah konflik di antara mereka. Si teman lelaki pasrah dengan perpisahan tersebut dan terpaksa melangkah berat namun masih menyimpan rasa sayang terhadap bekas teman wanitanya,” terang Dani.

Encik Jipie, selaku Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment berkata, “Chazynash dan Dani Kurama adalah dua anak muda berbakat dan berpotensi dalam industri muzik. Meski masih baru, mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan idea-idea segar sesuai dengan selera jiwa anak muda masa kini.

“Semoga single Jika Aku Pergi gabungan mereka berdua mendapat tempat di hati penggemar muzik.

Akhiri Chazy: “Kami berharap agar orang ramai dapat menerima muzik yang kami bawakan dan terus memberikan sokongan terhadap single Jika Aku Pergi supaya menjadi hit dan terus viral di laman-laman media sosial.

Lagu Jika Aku Pergi boleh dimuat turun di iTunes Store bermula 27 November 2021 ini dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Rocketfuel Network pada tarikh yang sama.