Astro Radio meraikan ulang tahun ke 25 dengan menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan. Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik. Tambahan lagi, saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa akan bermula Januari 2022. Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.
(Sila rujuk Lampiran untuk maklumat berkaitan stesen baharu dalam talian)
60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi; menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak. Pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap’ (dark mode); ciri ‘penggera’ (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik; saluran ‘video langsung’ (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung; manakala podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori, membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial; dan banyak lagi.
Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Semasa kami memulakan perjalanan transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami. Kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan. Aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan. Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web.”
Ong meneruskan, “Baru-baru ini, Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform. Selain itu, kami telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan; dan dengan HUAWEI untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam pintar yang lebih tinggi kepada pengguna. Kami juga akan mengumumkan lebih banyak kerjasama, di mana kami ingin terus berinovasi dan meningkatkan industri radio dan audio Malaysia.”
Rakyat Malaysia boleh terus strim podcast terkini dalam pelbagai bahasa yang tersedia secara eksklusif di SYOK seperti Confession Bilik Gelap, TechniPod, Moon’s Parenting Tips, Pei Diary with Lingkesvaran dan banyak lagi, dan mengikuti semua kandungan radio langsung (radio atas permintaan) pada bila-bila masa. Aplikasi SYOK juga akan menawarkan rakyat Malaysia akses kepada SYOK Originals, video berbentuk pendek yang memaparkan kisah-kisah menarik seperti Everyday Malaysians, SYOK Busybody, SYOK Food Taster dan banyak lagi. Rakyat Malaysia juga boleh menikmati artikel semasa, berita dan info trafik serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang tersedia di aplikasi dan ke udara sepanjang bulan November ini, untuk peluang memenangi hadiah wang tunai.
Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery, juga layari lawan web SYOK. https://syok.my/
‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ ialah satu-satunya program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian terbitan Astro Ria yang menyediakan platform komersial penjenamaan semula kerjaya seni khusus untuk barisan penghibur berpengalaman di Malaysia.
Bakal membuka tirai menerusi penganjuran edisi kelapan dengan tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij ‘GV8’ akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang pernah menempa nama di persada seni hiburan suatu ketika dahulu.Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.
Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Dato’ Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).Sementara senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam ‘GV8’ ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).
Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.‘GV8’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.
Rangkaian program ‘GV8’ akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau strim di platform digital menerusi aplikasi Astro Go dan portal Gempak.Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza S8’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 15 November 2021.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘GV8’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105). Selain itu, siaran penuh konsert minggu pertama juga boleh distrim menerusi program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ di platform Gempak pada hari tersebut.
Bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel, siaran konsert penuh minggu pertama ‘GV8’ juga boleh distrim melalui aplikasi sooka secara percuma menggunakan peranti mudah alih. Untuk melanggan pelan VIP Entertainment bagi menikmati keseluruhan musim ini sepanjang 10 minggu, muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my
Episod kedua tular tempat kelima teratas di Twitter dengan capaian penonton 3.2 juta, telah membuktikan Lagu Cinta Kita Musim Ketiga mendapat tempat di hati penonton. Lima pasangan yang berentap Ahad lalu telah menjadi bualan di platform media sosial terutamanya Twitter ketika siaran langsung bermula dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Persembahan kelima-lima pasangan ini berjaya mencuit hati ramai penonton. Walaupun ini merupakan persembahan pertama mereka, keserasian dapat dilihat antara mereka. Persembahan dimulakan dengan pasangan Malhamka dan Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran) dengan lagu Cinta Luar Biasa (nyanyian asal Admesh Kamaleng). Walaupun Malhamka nampak kurang fokus kerana baru sahaja kematian ayahanda tersayang sebulan lalu, namun keserasiannya dengan pasangan iaitu Yuveena yang merupakan kacukan Cina dan India berjaya membuatkan mereka kekal untuk ke peringkat seterusnya.
Pasangan lain adalah Achik dan Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul) membawakan lagu Risalah Hati nyanyian asal Dewa 19 serta Pasya dan Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan lagu Dealova nyanyian asal Once Mekel. Persembahan daripada Pasya dan Puteri mendapat pujian daripada dua juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu. Namun terdapat dua pasangan tidak berjaya mencantumkan pentas! Dua persembahan tersebut ialah Syafeek dan Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wani Hasrita serta Norman dan Hazreen (Norman Hafizi dan Hazreena Amreena) mempersembahkan lagu Gundah nyanyian asal Ernie Zakri.
Namun, kegigihan setiap peserta membuatkan kedua-dua juri tetap telah berlembut hati dan memberi peluang kepada mereka untuk terus beraksi dengan lebih bersemangat untuk episod seterusnya.
Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit.
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layariwww.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit, lantas memberi pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE pada 10 November 2021 jam 8 malam, secara langsung hanya di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee.
Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik. Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia.
Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “Kami perhatikan ramai orang sedang mengalami tekanan hidup dan norma baharu yang mula kita sedari. Objektif kami adalah untuk menyalurkan pengetahuan kepada orang ramai, supaya mereka meningkatkan kesihatan kulit dan melindungi kulit daripada 5 Tanda Kulit Sensitif, iaitu Pelindung Kulit Lemah, Kekeringan, Iritasi, Kekasaran, dan Ketegangan.”
Cetaphil Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka telah menjemput perunding dermatologi untuk sesi Q&A menerusi Ask A Derm IG Stories secara mingguan. Ianya diadakan di laman Instagram Cetaphil Malaysia pada setiap hari Jumaat sejak Oktober. Hal demikian telah dilaksana berdasarkan tinjuan Cetaphil Skin Health Survey 2021 yang dijalankan pada April 2021. Seramai hampir 7,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, kebanyakannya mengalami 5 Tanda Kulit Sensitif dan didapati:
62% merasa kepedihan selepas menggunakan alat solek atau produk penjagaan kulit, menandakan pelindung kulit lemah.
73% mengalami kekeringan. Peserta mendapati terdapat tompok-tompok kulit kering yang muncul pada muka, tangan, kaki dan bahagian badan yang lain.
68% memaklumkan kulit mereka mudah mengalami iritasi, kegatalan dan kemerahan.
86% sedar mereka mengalami masalah kulit tidak sekata dan kusam pada sesetengah bahagian muka dan tubuh, dan ini adalah petanda kekasaran pada kulit.
Yang terakhir, 68% merasa kulit menjadi tegang selepas membersih.
Lebih daripada 50% rakyat Malaysia pernah mengalami salah satu tanda kulit sensitif.
Tambahan pula, para peminat pasti menyedari bahawa DOLLA telah mengambil alih laman rasmi Instagram Cetaphil untuk sesi IG LIVE bersama Dr Liyana. Para peminat amat berpuas hati dengan kemunculan mengejut DOLLA, menjadikan sesi IG LIVE kali pertama Cetaphil Malaysia sebuah perkongsian yang menarik. Selain itu, lebih daripada 20,000 sampel produk percuma telah diberikan melalui Facebook dan TikTok Cetaphil melalui trivia dan permainan mengenai 5 Tanda Kulit Sensitif. Para peminat penjagaan kulit boleh merasa teruja kerana Cetaphil bersedia memberi promosi seperti diskaun hebat, baucar dan hadiah untuk sesi siaran langsung di masa akan datang.
Galderma dan Cetaphil sedar bahawa untuk memperoleh kulit yang cantik dan sihat bukanlah bergantung kepada produk semata-mata. Sebab itulah, syarikat ini dengan bangganya ingin mengumumkan Clear Skies, sebuah inisiatif impak sosial keberlanjutan dengan komitmen jangka masa panjang demi menuju persekitaran lebih sihat, dengan mengurangkan impak kepada alam sekitar serta menggunakan pembungkusan yang lebih baik. Selama lebih sedekad, Cetaphil telah maju dalam usaha mengurangkan jejak alam sekitar. Ini menandakan arah tuju global syarikat dalam menerapkan sikap bertanggungjawab di dalam perniagaan seiring matlamat untuk mencapai penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui di kilang miliknya menjelang 2022, dan mempunyai kemudahan pengeluaran karbon neutral.
Jessica Chan turut berkata, “Pencemaran udara dan air lagi perubahan cuaca faktor persekitaran yang mempengaruhi kulit semua orang. Sebagai peneraju dalam merawat kulit sensitif selama lebih 70 tahun, penting untuk kita peka terhadap keperluan alam sekitar serta memastikan adanya perubahan positif agar pelanggan, pekerja dan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.”
Astro hari ini mengumumkan ‘Pengalaman Baharu Astro’, yang mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di TV Astro dan nikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan ini. Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box. Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran masing-masing menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata, “Kami di Astro sentiasa peka dan dengar akan kehendak pelanggan, justeru kami memperkemaskan dan hari ini memperkenalkan pengalaman baharu Astro, khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai. Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan. Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar. Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro, dan kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.”
Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski, berkata, “Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana. Di Netflix, misi utama kami adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada tandingannya kepada setiap pelanggan kami, oleh yang demikian, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro ini mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai – dari filem-filem pecah panggung Hollywood seperti ‘Red Notice’, siri-siri popular Sepanyol seperti ‘Money Heist’, sajian kandungan terhebat Korea seperti ‘Squid Game’, yang kini berjaya mencetuskan satu fenomena dan cukup popular di kalangan peminat di Malaysia.”
Tambah Euan lagi,“Kami kini terus memacu inisiatif berinovasi tinggi demi memastikan setiap pelanggan kami dapat menikmati sebuah pengalaman tontonan yang tiada tolok bandingnya di setiap skrin, menerusi Ultra Box dan Ulti Box juga di Astro GO. Mana-mana pelanggan yang menggunakan produk-produk yang dinyatakan ini akan dapat menikmati ciri-ciri dan fungsi terkini pengalaman tontonan Astro ini di platform linear (TV), On Demand, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’) dan fungsi Tontonan Tanpa Henti (‘Continuous Viewing’), secara serta merta. Manakala untuk pelanggan baharu Ultra dan Ulti Plug & Play Boxes pula, seperti yang kami umumkan sebelum ini, anda boleh membuat pemasangan sendiri dan ia akan berfungsi sepenuhnya menerusi perkhidmatan jalur lebar, yang mana dalam erti kata lain, pelanggan tidak lagi memerlukan piring satelit. Astro merupakan yang pertama di rantau ini melancarkan perkhidmatan keupayaan 4K High Dynamic Range dan Dolby Atmos bagi membolehkan peminat sukan menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium dengan kejelasan kristal dalam versi 4K UHD. Hari ini pula, kami sekali lagi melakarkan sejarah apabila mengagregatkan aplikasi Netflix secara terus ke Ultra Box bagi memudahkan pelanggan untuk strim sajian kandungan Netflix dengan lebih lancar, dan ditonton secara terus di skrin besar di kediaman masing-masing. Selepas ini, akan ada lebih banyak aplikasi seperti Disney+ Hotstar bakal menyusuli inisiatif ini, menjadikan kami di Astro sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara.”
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, menjelaskan, “Pek-pek terbaharu yang diperkenalkan Astro pada hari ini direka khas untuk menepati citarasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’ dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+ Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’ atau tonton judul HBO pula, ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’, selain dari banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea, negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak lagi. Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing. Pek-pek baharu kami ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan. Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama 3 bulan*.”
Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’. Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia. Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini di www.astro.com.my.
Today, Indonesian rapper/singer/producer Rich Brian releases his introspective and hard-hitting new single “New Tooth” on 88rising. Viciously urgent, the track acts as Brian’s internal monologue as he fights back on self-doubt, negative impulses, and creative blocks. Listen and watch “New Tooth” HERE.
The arresting visual – directed, scripted, and edited by Rich Brian himself and inspired by police thrillers such as The Raid – features a gripping narrative as Brian stars as a S.W.A.T. officer turned business mogul exacting his revenge on a double cross agent. The 22 year-old continues to showcase his acting chops following the announcement of his big-screen debut in the upcoming film Jamojaya, directed by the critically-acclaimed Justin Chon (Blue Bayou, Ms. Purple).
Complete with a slow-burning pensive bridge, the fast-rising artist – and first Indonesian to surpass 10 million monthly Spotify listeners – lays the track to rest as he raps “This shit done make me cry/Man this shit ain’t civilized, I ain’t born to die…/I need to stay awhile.”
“I really took my time on this song & I think it was worth it,” Brian explains. “The video was very fun to shoot & edit. I feel like I went back to my 2011 filmmaking days, shoutout to Jason Ano.”
This Saturday, November 6, Rich Brian will close out the first night of 88rising’s flagship Head In The Clouds festival. The line-up also includes labelmates Joji and NIKI plus Saweetie, CL, DPR Live, Beabadoobee, Japanese Breakfast, keshi, The Linda Lindas, and many more. https://hitcfestival.com/
ABOUT RICH BRIAN:
Growing up homeschooled in Indonesia, Brian found the Internet to be his English teacher and window to the world beyond. After moving to America alone at the age of 17, Brian has been both awed and humbled by his experiences, as they simultaneously smack him down to Earth and lift him up. After making the leap to America, Brian has experienced all the glory of “making it” – from collaborating with the likes of 21 Savage, Offset, and Playboi Carti, to selling out shows and playing festivals around the world.
Brian’s debut project Amen, released in February 2018, garnered widespread critical acclaim and topped the iTunes Hip-Hop charts – a first in history for an Asian musician. Brian has since gone on to sell out shows across North America, Europe and Asia, and festivals around the world including Bonnaroo and Rolling Loud.
In 2019 he released ‘The Sailor’, Brian’s second full length album. The album received critical acclaim, with Hypebeast proclaiming, “Rich Brian flawlessly tackles his sonic growth and Asian identity.” Featuring production from Bekon & The Donuts, 1Mind, Frank Dukes and Rich Brian himself, ‘The Sailor’ documents Brian’s coming-of-age in the public eye, which has taken him from an Internet-born rapper to an Indonesian icon and hero for Asian youth around the world. The album features singles “100 Degrees”, “Yellow”, and “Kids”, and has been streamed over 500M times globally.
After spending months in quarantine, Brian followed up “The Sailor” with the “1999” EP. A sonically diverse project borne out of months of social isolation, the majority of the EP is both self written and produced.
2021 has proved to be a triumphant year for Brian as he reached new heights in his career. Brian notched his first-ever U.S. Top 40 radio hit for “edamame” with bbno$. Brian also played a prominent role in Marvel Studios’ Shang-Chi & The Legend of the Ten Rings soundtrack – including collaborations with 21 Savage, Rick Ross, and DJ Snake. Brian also just completed production for his feature film debut as the lead role in Jamojaya, directed by the critically acclaimed Justin Chon.
Album terbaru Datuk Ramli Sarip yang berjudul Rasa merupakan album penuh studio pertama beliau selepas album Kalam Kesturi pada 2002.Ia mempunyai 20 buah lagu di hasilkan ketika pandemik COVID-19 melanda dunia pada 2020. Ini merupakan album ke 23 beliau yang hampir kesemua lagu dihasilkan di Singapura semenjak album Bukan Kerana Nama pada tahun 1986.Namun tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa Di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur di rakam di Kuala Lumpur pada tahun 2018.
Dari Kiri : Din Safari, Bani Hidir, Datuk Ramli Sarip, Addy Cradle dan Al Hafiz Jamat
Untuk album kali ini, Datuk Ramli Sarip bergabung bersama pemuzik-pemuzik yang beliau anggap ‘brotherhood‘ . Di antaranya ialah Addy Cradle(Gitar),Riduan Zalani( Perkusi ), Din Safari(Bes Gitar) , Al Hafiz Jamat(Flute/Accordian) , Rio Rasul, Bani Hidir(Drum) dan Julian Wong(Violin). Pemain gitar Addy Cradle merupakan penerbit bersama untuk album kali ini. Beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan Jive Talkin’, Teacher’s Pet dan Cradle. Riduan Zalani pula merupakan pemenang Singapore National Arts Council’s Young Artist Award dan Din Safari pula pernah bekerjasama dengan artis terkenal Malaysia Anita Sarawak. Hanya Rio Rasul yang berada di Kuala Lumpur ketika proses rakaman album ini dijalankan. Memandangkan Rio Rasul berada di Kuala Lumpur, maka semua muzik akan di hantar kepada beliau dan kemudiannya di masukkan keyboard di studio serta di hantar semua ke Singapura untuk di mixing dan mastering.
Album ini juga memuatkan lagu melayu klasik iaitu Ayah Dan Ibu yang dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia A.Rahman pada tahun 1940 serta dinyanyikan semula oleh Allahyarham Sudirman pada 1980.
“Ketika menyanyikan lagu Ayah Dan Ibu, ia membuatkan saya berasa sedih mengenangkan keluarga saya,” katanya.
Buat masa ini, album Rasa boleh didapati di dalam bentuk CD sahaja. Namun ia bakal berada di dalam bentuk digital tidak lama lagi. Perancangan di masa hadapan album ini akan di jual didalam bentul vinyl.
“Album ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal CD terlebih dahulu kerana saya mahu para peminat lebih menghargai saat-saat mereka mendengar lagu ini,” tambah beliau.
Memandangkan sekarang ini, sempadan masih belum dibuka maka segala promosi di lakukan di Singapura dan sosial media sahaja. Namun Datuk Ramli Sarip optimis jika pintu sempadan telah dibuka, beliau akan kembali ke Malaysia untuk mempromosikan album ini. Album 10 lagu ini di keluarkan oleh Rasa Karya dengan kolaborasi Boss Production.
Kisah perkahwinan direstui keluarga pada mulanya, kini kucar-kacir akibat masalah kewangan.Namun, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah kisah realiti melibatkan pelakon sedang meningkat naik, Nyna Harizal.Selebriti berkenaan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu atas dasar cinta, hidup bahagia dengan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Difahamkan, bapa artis wanita itu yang merupakan seorang pesara tentera kini tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan.Lebih parah, pada malam 1 November lalu, Mejar (B) Harizal Hashim telah ‘menculik’ anaknya ketika dia berada di set penggambaran satu drama di Shah Alam, Selangor.
Si bapa yang berlagak seolah-olah seorang gangster bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nyna sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang mengambil anaknya.Perbuatan itu adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.Turut serta bersama si bapa datang ke set penggambaran itu ialah isteri dan anak perempuannya. Si ibu, masuk ke set penggambaran lalu menarik Nyna masuk ke kereta sebelum membawanya pergi.
Justeru, suami Nyna telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa.Beliau turut mendakwa, itu adalah perbuatan jenayah yang bermotif untuk memeras ugut mereka suami isteri bagi mendapatkan wang.
DJI, peneraju di persada global dalam arena dron awam serta teknologi kamera kreatif, hari ini mendefinisikan semula kamera kompak dengan DJI Action 2. Reka bentuk yang mengetengahkan fungsi ganti suai, magnetik adaptif, turut didatangkan dengan pelbagai alatan unik untuk memenuhi segala keperluan pengguna untuk membikin sebuah video, ia menampilkan kepakaran DJI yang tiada tandingannya dalam teknologi sistem penstabilan. DJI Action 2 lebih kecil, lebih versatil, hadir dengan prestasi yang lebih tinggi berbanding model terdahulu, ia membekalkan pengguna alatan dan keyakinan untuk merakam aksi hidup mereka dengan jelas dalam definisi 4K.
“Ketika menyusuri denai di atas gunung, atau bermain kejar-kejar dengan si cilik di taman permainan, setiap individu berhak untuk memiliki sebuah alat yang ringkas dan intuitif untuk merakam dan menggamit detik-detik ini,” ujar Paul Pan, Pengurus Kanan Kumpulan Produk DJI. “Kami telah membangunkan semula kamera ini dari peringkat asas untuk melahirkan DJI Action 2. Anda boleh mengkonfigurasi kamera ini agar ia sesuai untuk merakam apa jua aktiviti anda seperti bersiar di kawasan kejiranan misalnya, meluncur angin, berpesta di festival muzik, atau detik-detik kehidupan anda yang lain. DJI Action 2 memanfaatkan teknologi hebat DJI menerusi aneka peralatan cagakan (mount) dan kelengkapan baharu yang luar biasa, memudahkan anda untuk membuat penggambaran aksi kehidupan anda.”
Berciri Modular, Boleh Dipakai pada Badan
Dengan berat serendah 56 gram, reka bentuk kompak dan modular serba inovatif yang baharu ini membolehkan pengguna membawa DJI Action 2 milik mereka ke mana-mana sahaja. Anda boleh memasangnya pada topi keledar untuk merakam aksi tunggangan motosikal dari sudut pandangan diri pertama, dicagak pada papan luncur, atau disematkan pada baju anda dengan sempurna, maka anda boleh melakukan aktiviti dan membuat rakaman pada masa yang sama dengan lebih bebas. Biar bagi tujuan ‘vlogging’ mahupun sukan ekstrem, DJI Action 2 berciri kalis habuk, kalis air [[1]] dan kalis impak jatuh[[2]] – juga lasak untuk mengharungi pengembaraan hidup anda. DJI Action 2 terdiri daripada sebuah unit kamera dan pelbagai modul, iaitu modul skrin sentuh hadapan, modul kuasa, dan aneka peralatan cagakan – yang dapat diganti suai. Berbekalkan pelbagai keupayaan konfigurasi dan kombinasi cagakan, pengguna mempunyai kebebasan untuk merakam detik-detik kehidupan mereka seperti yang mereka mahukan.
Skrin sentuh DJI Action 2 telah diperbaharui agar pengguna dapat mengawal segala aspek fotografi dengan lebih mudah, maka fokus anda tidak lagi perlu dialihkan ke perkara lain selain aktiviti utama anda. Unit kameranya menampilkan skrin sentuh OLED 1.76 inci dengan skrin OLED tambahan pada modul skrin sentuh hadapan, yang dapat disambungkan kepada bahagian dasar unit kamera melalui fungsi pengunci magnetik, justeru memudahkan tetapan swafoto dan vlog dalam sekelip mata sahaja. Dilindungi dengan Gorilla Glass, skrin sentuh ini turut membekalkan maklum balas haptik untuk memudahkan pengoperasian peranti tersebut. Dengan fungsi SnapShot juga, maka tiada detik epik anda yang akan tersia, pengguna dapat menghidupkan kamera dan mula merakam dalam tempoh satu saat sahaja dengan menekan butang kuasa secara berterusan.
Sistem Pengimejan yang Hebat
Sensor 1/1.7 inci mampu merakam video 4K/120fps untuk membuahkan tahap perincian yang tinggi, di samping sudut pandangan lebar 155° yang dapat meluaskan lagi perspektif rakaman anda. Sensor Suhu Warna yang baharu juga membolehkan kamera ini memulihkan tona warna dalam kondisi pencahayaan yang rumit, di samping fungsi rakaman dalam air untuk memperoleh hasil rakaman yang kaya dengan warna semula jadi.
Seperti model terdahulu, DJI Action 2 hadir dengan RockSteady 2.0, iaitu teknologi Penstabilan Imej Elektronik (EIS) milik DJI. Untuk menjamin penggunaan yang lebih lancar, HorizonSteady memastikan rakaman anda kekal stabil biarpun dalam detik yang dinamik. Unit kamera DJI Action 2 menampilkan bateri dengan jangka operasi sehingga 70 minit, 160 minit apabila disambungkan dengan modul skrin sentuh hadapan, dan 180 minit dengan modul kuasa.[[3]] Penggunaan DJI Action 2 dengan modul skrin sentuh hadapan juga membolehkan pengguna memanfaatkan teknologi DJI Matrix Stereo, pertama kali diperkenalkan menerusi DJI Pocket 2. Mikrofon tunggal pada unit kamera ini dapat digandingkan dengan tiga mikrofon daripada modul berkenaan untuk merakam audio dari setiap arah, lantas menyempurnakan lagi aspek bunyi bagi peranti ini.
Lengkap dengan Fungsi-Fungsi Pintar
DJI Action 2 menawarkan pelbagai ciri-ciri kefungsian pintar, termasuk:
‘Slow Motion’: Rekod video dalam gerak perlahan (4x dalam 4K/120fps dan 8x 1080p/240fps) untuk menikmati detik yang singkat dengan sepuas-puasnya.
‘Hyperlapse’ dan ‘Timelapse’: Kawal persepsi masa dengan fungsi Timelapse dan Hyperlapse untuk merakam konten yang unik dengan efek yang menampakkan dunia sekeliling anda bergerak lebih laju. Ketika rakaman Hyperlapse, anda boleh tukar kepada dan daripada rakaman kelajuan biasa, jadi pengguna lebih bebas untuk menerokai kreativiti mereka.
‘QuickClip’: Tetapkan peranti tersebut untuk mengambil video bertempoh 10, 15, atau 30 saat, sempurna untuk media sosial.
‘Livestream’: Gunakan DJI Action 2 untuk mengudarakan strim siaran langsung anda dengan output strim yang stabil sehingga 1080p/30fps.
‘UVC’: Gunakan DJI Action 2 sebagai kelas peranti video USB (UVC) untuk komputer anda dan rakam video berkualiti tinggi bagi tujuan panggilan sidang dan siaran permainan video misalnya.
Kemungkinan Tanpa Batas
DJI Action 2 dapat dihubungkan dengan aplikasi DJI Mimo pada peranti mudah alih anda melalui Wi-Fi atau Bluetooth untuk memperbanyakkan lagi fungsi kegunaannya, termasuk suapan kamera secara langsung, pelbagai templat cerita dan banyak lagi. Bagi pengguna yang kesuntukan masa atau masih baharu dalam bidang pembikinan konten, Mimo turut membawakan fungsi AI Editor yang serba intuitif – secara automatik, ia dapat memilih dan menggabungkan detik-detik epik anda dengan transisi yang sempurna serta muzik yang ranggi, lantas membuahkan video yang menarik untuk dikongsikan di media sosial.
Sebuah ekosistem aksesori yang membantu anda memaksimumkan keupayaan DJI Action 2, ia termasuk:
Modul Skrin Sentuh Hadapan DJI Action 2: Skrin sentuh OLED yang menghala ke hadapan serta tiga mikrofon terintegrasi membawakan teknologi 4-mic Matrix Stereo, ia membolehkan anda membentuk video atau swafoto serta merakam audio yang jelas pada bila-bila masa. Setelah disambungkan dengan Action 2, jangka operasi baterinya dapat ditingkatkan sehingga 160 minit.
Modul Kuasa DJI Action 2: Memaksimumkan jangka operasi Action 2 sehingga 180 minit, turut hadir dengan slot kad microSD tambahan. Reka bentuknya membolehkan anda membuat pertukaran antara modul-modul kuasa yang lain untuk menggunakan peranti ini lebih lama.
Lanyard Magnetik DJI Action 2: Gantungkan lanyard yang menarik ini bersama DJI Action 2 pada tubuh anda, maka anda boleh membebaskan kedua-dua tangan anda di samping membuat rakaman dari sudut pandangan diri pertama yang unik dengan aksesori ini.
Cagak Adaptor Bersendi Bola Magnetik DJI Action 2: Bahagian dasar DJI Action 2 yang berperekat membolehkan peranti ini dipautkan pada mana-mana permukaan, dan anda juga dapat menikmati kebebasan 360° untuk menetapkan arah pandangan kamera tersebut. Lubang skru 1/4” pada peranti ini dapat digunakan bersama kebanyakan aksesori kamera.
Cagak Adaptor Magnetik DJI Action 2: Cagak ini dapat menahan kedudukan DJI Action 2 ketika melakukan sukan ekstrem atau aktiviti yang lasak. Ia hadir dengan jejari yang boleh dilipat di bawah untuk membolehkan Action 2 digunakan bersama aksesori kamera aksi pihak ketiga yang lain.
Batang Pelanjut dengan Alat Kawalan Jauh: Aksesori 3 dalam 1 yang versatil ini berfungsi sebagai batang pelanjut, tripod, serta alat kawalan jauh yang boleh ditanggalkan, dirumus untuk memenuhi segala keperluan pembikinan video anda.
Hendal Apung DJI: Reka bentuk berongga membantu DJI Action 2 kekal terapung, jadi anda boleh bergambar dalam air tanpa khuatir lagi. Ciri genggaman antigelincir memudahkan peranti ini untuk dipegang, serta hendalnya boleh disambungkan kepada tripod atau selongsong kalis air DJI Action 2.
Selongsong Kalis Air DJI Action 2: Selongsong kalis air ini dapat memuatkan unit kamera DJI Action 2 serta modul skrin sentuh hadapan atau modul kuasa dan boleh ditenggelamkan dalam air sehingga 60 meter.
Pengikat Kepala Magnetik DJI Action 2: Satu lagi alternatif yang dapat membebaskan tangan pengguna ketika merakam video, juga membekalkan sudut pandangan diri pertama yang unik.
Lensa Makro DJI Action 2: Kaca optik dengan berbilang lapisan ini dapat disambungkan secara magnetik pada lensa unit kamera, menjadikan penggambaran berjarak dekat lebih ideal dengan tahap perincian yang lebih tajam dan diperkayakan.
DJI Mic: Sistem rakaman suara dwisaluran tanpa wayar ini membekalkan kualiti audio yang jelas dan tajam. DJI Mic berupaya untuk merakam suara sejauh 200 meter dan dapat disambungkan dengan Action 2, telefon pintar, serta mana-mana peranti yang mempunyai input audio 3.5mm. Nikmati jangka operasi bateri sehingga 7.5 jam daripada komponen pemancar (transmitter), 5 jam daripada komponen penerima (receiver), dan 18 jam daripada selongsong pengecas.’
Harga dan Ketersediaan
DJI Action 2 boleh didapati mulai hari ini menerusi pelbagai platform seperti kedai dalam talian rasmi milik DJI di Lazada dan Shopee, termasuk kedai-kedai runcit yang bertauliah. DJI Action 2 Dual-Screen Combo dijual pada harga RM2,499 dan ia merangkumi Unit Kamera DJI Action 2, Modul Skrin Sentuh Hadapan, Lanyard Magnetik, Cagak Adaptor Sendi Bola Magnetik, dan Cagak Adaptor Magnetik. DJI Action 2 Power Combo dijual pada harga RM1,999 dan ia merangkumi Unit Kamera DJI Action 2, Modul Kuasa, Lanyard Magnetik, dan Cagak Adaptor Magnetik. Aksesori lain dijual secara berasingan.
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri kefungsian, aksesori, dan keupayaannya, sila layari:
Kumpulan Hip-Hop Urban Method mengejutkan peminat dengan membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato. Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi malah intipatinya juga menceritakan kenangan manis 5 sahabat bersama. Buat generasi kini yang mungkin tidak mengenali mereka, Urban Method yang dianggotai Mahadhir Bin Mohd Ismail,39,Mohd Munawir Bin Anuar,40,Hazairi Basha Bin Jamel Basha,39, Muneer Khan Bin Nazir,37 dan Ahmad Sayuti bin Ibrahim, 39 sebelum ini pernah mekar dengan lagu duet yang diberi nafas baharu, Wajah Rahsia Hati bersama primadona negara, Ogy Datuk Ahmad Daud yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut.
‘Domo Arigato’ yang bermaksud terima kasih didedikasikan sebagai sebuah penghargaan khas buat sahabat handai dan peminat-peminat Urban Method yang sentiasa menyokong mereka sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Menurut mereka, idea untuk membuat kemunculan semula ini tercetus setelah ramai peminat meminta untuk mereka kembali selain mendapat sokongan daripada rakan-rakan seangkatan. Maka hari ini, impian tersebut akhirnya terlaksana dengan ‘Domo Arigato’ yang mencipta kenangannya tersendiri. Istimewanya juga, lagu ini telah mendapat sentuhan daripada penyanyi dan komposer Damian Mikhael, Alzy serta Urban Method sendiri yang turut mencipta liriknya.
“Lagu ini menceritakan mengenai reunion kami yang telah berkawan baik selama 16 tahun. Domo Arigato bukan sahaja tentang kemunculan semula Urban Method, malah ia juga mengimbau kembali tali persahabatan kami dan juga penghargaan buat peminat
“Terima kasih, thank you mungkin dah biasa. Jadi kami memilih Domo Arigato untuk menunjukkan kelainan yang ditampilkan kali ini dan juga ekspresikan penghargaan kami buat semua” kata Mahadhir
Proses rakaman, suntingan dan adunan yang mengambil masa selama tiga hari telah dilakukan di Studio 360 Music Productions dan muzik pula diarahkan oleh Kamal Ridzuan.“Tidak lengkap sekiranya Domo Arigato dilancarkan tanpa muzik video. Di sebalik pembikinannya yang diarahkan oleh Kamal Ridzuan, ia hanya mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan. Cuma penerbitannya telah tertunda untuk beberapa ketika berikutan pandemik yang melanda negara” kata Munawir pula.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan, banyak aktiviti-aktiviti seni terpaksa dihentikan, malah ada diantara mereka yang mempunyai pekerjaan sendiri turut terjejas. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk membuat persiapan kemunculan semula.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada setiap ahli Urban Method sendiri. Walaupun kami dah lama berjauhan, ada pekerjaan dan keluarga sendiri namun kami punya hubungan seperti adik-beradik itu masih utuh. “Masing-masing saling memberi sokongan dan kekuatan persahabatan kami itulah membuatkan terjadinya kemunculan semula ini” tambah Hazairi
Dalam pada itu, Urban Method akui terkejut dengan perubahan di dalam industri muzik tanah air. Jika dahulu, segala-galanya ditentukan menerusi penghasilan album namun kini ia berubah seiring dengan kemajuan teknologi.
“Untuk kekal dalam industri bukannya mudah apatah lagi jika dinilai dari segi populariti yang sedia maklum ada naik dan turunnya.
“Kami pun perlu mengikut peredaran masa dan kehendak para pendengar. Jadi kami bersedia sekiranya ada penyanyi-penyanyi yang sudi berkolaborasi dengan Urban Method kelak” kata Muneer
Biarpun begitu, mereka bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan seperti Damian Mikhail, Nico G dan Altimet banyak memberikan sokongan kepada mereka khususnya bagi kemunculan semula ini.
“Kami masih lagi akan kekal dengan konsep hip-hop R&B kerana itulah identiti Urban Method sebelum ini. Bermula dari ‘underground’ sehingga berjaya masuk ‘mainstream’ segalanya tidak akan terjadi tanpa sokongan dari peminat dan rakan-rakan.
“Di kesempatan ini juga, kami ingin berterima kasih kepada Nico G, Damian Mikhail dan Altimet yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar buat Urban Method muncul kembali ke persada seni tanah air” kata Sayuti
Di kesempatan itu, Urban Method meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak media yang memberi sokongan penuh kepada mereka. Tidak dilupakan, rakan penaja terdiri daripada Kopi Kawan-Kawan, ,Rlmenswear, Ibuanis dan Eartheories yang turut meraikan mereka pada hari ini.
Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sendiri dan bagaimana muziknya berkembang mengikut waktu dan keadaan yang dilalui dari suatu masa ke suatu masa. RASA adalah sebuah perjalanan muzik Datuk Ramli Sarip yang disampaikan dengan penyatuan rasadi antara paduan elemen muzik folk dan blues, rock dan pop bernuansakan alam Nusantara Melayu yang menjentik jiwa bersama bait-bait lirik penuh dengan metafora dan makna.
Dari perasaan dan pemikiran peribadi terhadap hal-hal yang mencangkupi kehidupan yang dilaluinya hari-hari, pengamatan terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling mahu pun yang menyentuh masyarakat serta umat sejagat sehinggalah hubungan spiritual dengan Tuhan, RASA ibarat sebuah cermin suaranya terhadap kehidupan ini dalam fasa kematangan yang bersifat lebih matang lagi. Menyentuh tentang RASA, penghibur lagenda yang cukup ikonik dengan gelaran Papa Rock ini mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik. Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.“Sebetulnya, saya bukanlah orang yang gemar menghasilkan single dan kebetulan saya memiliki
bahan-bahan lagu baharu yang cukup untuk merakamkan 10 lagu. Maka, terhasillah RASA,” katanya.
Pembikinan dan penerbitan album RASA yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura apabila pandemik Covid-19 mula menyerang dunia pada tahun 2020. Bersama band muzik band muzik pengiringnya Soul Journey iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboardist), Rizal Halim atau Ritz Metalasia (pemain gitar kedua), Din Safari (pemain bass), Tom Annuar (pemain dram) beserta Allahyarham Fauzi Samin atau Aji (pemain gitar pertama), Ramli sempat merakamkan tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.
Manakala di Singapura beliau menghabiskan tujuh lagu lagi bersama pemuzik terbaik Singapura seperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir, Riduan Zalani, Al Hafiz Jumat dan Julian Lim. “Antara tahun 2018-2019, lagu pertama yang saya rakam di Kuala Lumpur adalah lagu Srikandi
Zaman yang mengisahkan empat orang wanita agung, di antaranya ialah Saidatina Khadijah Binti Khuwallid R.A. Lirik nukilan Pn Hartinah Ahmad. “Lagu kedua adalah lagu Sentosa Di Kubah Hayat yang mana liriknya ditulis Arifin Arif dan lagu ketiga Surat Cinta Kuala Lumpur yang juga lagu tema pelancaran untuk acara Kota Buku Dunia Kuala Lumpur 2020 (KLWBC2020) anjuran Unesco yang diisytiharkan pada 23 April 2020. Ketiga-tiga lagu ini saya rakamkan di Kuala Lumpur”.
Tatkala merancang untuk meneruskan pembikinan album ini, pandemik Covid-19 telah mula menyerang dunia, ia sekaligus menjejaskan usaha the living legend ini untuk menyiapkan RASA. Ketika itu, Ramli dalam perjalanan dari Bandung menuju ke Kuala Lumpur tetapi kemudian beliau terpaksa pulang ke Singapura apabila situasi wabak ini menjadi lebih teruk. “Setibanya saya di Singapura, saya terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan saya akui ia adalah tempoh yang benar-benar menyukarkan saya kerana saya tidak dapat bergerak ke mana- mana dan hanya terperap di rumah.
“Tetapi, dari satu sisi, ia memberi kesempatan untuk saya mendapatkan lebih banyak ilham untuk menyiapkan album ini dan merakamkan tujuh buah lagi lagu dengan menggunakan khidmat pemuzik-pemuzik berkaliber di Singapura dan Malaysia,” katanya. Pembikinan yang mengambil masa dan dihasilkan dengan penuh teliti dan kesabaran di Singapura memuatkan lagu Kekasihku, Ayah dan Ibu, Ronggeng Rakyat, Cinta Di Sebalik Musim, Nyanyian Sejagat, Irama Kasih dan Orang Tua Bersidi Sakti. Ramli memilih untuk merakamkan semula Ayah dan Ibu kerana ia adalah sebuah lagu mencabar ciptaan dan nyanyian dicipta A Rahman yang telah dirakamkan sekitar 1940-an. “Pada tahun 1981 pula, Allahyarham Sudirman Haji Arshad membuat rakaman semula lagu ini bersama EMI. Lagu ini dipilih sebagai mengenang Ayah dan Ibu yang telah lama meninggalkan kami. Anda kena nilai sendiri versi saya.“Cinta Di Sebalik Musim adalah karya seorang komposer bernama T-Zi dan liriknya dihasilkan oleh S Amin Shahab. Awalnya, lagu ini tidak begitu menarik minat saya. Tetapi, nuansa Timur pada melodi lagu ini sangat menarik dan liriknya juga sangat puitis dan halus. Ia membuatkan saya tertarik dengan lagu ini.
“Tajuk awal lagu ini adalah Meranti Condong Timur, tetapi kemudian ia diganti kepada Cinta Di Sebalik Musim. Ia lebih sesuai dengan lagu ini,” katanya. Ramli mengakui menyiapkan album ini dalam waktu pandemik adalah suatu cabaran kerana melahirkan karya pada saat industri muzik dan hiburan tertekan dengan ketiadaan live show membuatkan dirinya gundah. Pada waktu yang sama, beliau perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Momen paling menarik apabila Ramli dapat berkumpul bersama teman-teman pemuzik untuk menghasilkan lagu. Kita berkongsi idea, pengalaman dan rasa yang sama. Ia mencetuskan magis yang luar biasa. “Bila berkarya kita lupa tentang hal-hal yang lain. Kita kembali bersemangat untuk membuat yang terbaik dan ilham-ilham itu terus keluar mengalir dan kita membiarkan diri kita berada pada puncak waktu itu.
“Malah, semasa di studio rakaman, ada suatu pengalaman unik yang saya melalui saat melontarkan suara. Perasaan ketika menyanyi sangat tenang merindui damai yang kita kecapi sebelum pandemik berlaku. Ianya sangat seronok dan seolah-olah ada dorongan semangat baru yang kuat untuk terus berkarya. “Kerana itulah RASA kali ini mempunyai rasa dan jiwa yang berbeza. Harapan saya, album ini akan dapat membakar semangat nusantara dan sejagat untuk terus berkarya dalam apa juga suasana yang menghalang. “Citarasa baru ini memberi sinar dan warna baharu dalam dunia seni. Cintailah alam dan berkasih
sayanglah sesama ummah. Khusus untuk pencinta dan pejuang seni agar kita terus melahirkan karya baru,” katanya.
Untuk catatan sejarah, inilah album pertama yang dihasilkan sepenuhnya di Singapura selepas album Bukan Kerana Nama di bawah naungan Warner Music Singapore pada tahun 1986. Berikutnya, album Perjalanan Hidup contract beliau diambil alih oleh Warner Music Malaysia sehinggalah tahun 1994. Pada tahun 1997 selepas berakhirnya isu rambut di Malaysia beliau menerbitkan album Ramli Sarip ALIVE dan Syair Timur bersama Legend Music yang kemudian diambil alih oleh syarikat beliau sendiri iaitu Rasa Karya Sdn Bhd hinggalah kehari ini.
TERBITAN & EDARAN:
MALAYSIA: RASA KARYA SDN BHD (No: 1232068D) No 91 Jalan 7/132 Gasing Indah 59200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tel: +60377730677/+6013 2633938 Email: rasamusic91@gmail.com
SINGAPURA: RASA MUSIC SINGAPORE Apt 8 Selegie House #08-15 Selegie Road S180008 Tel: +65 88684363 Email: rasamusic91@gmail.com
PEMBELIAN CD:
MALAYSIA: PMP Entertainment (M) Sdn Bhd No 33 Jalan 1/119 Taman Bukit Hijau Cheras 50000 Kuala Lumpur Malaysia. Tel: +603 9131 8895
Achzam: +6019 2085928 Fauzan: +6012 6125165
SINGAPURA: Wardah Books Tel: +65 6297 1232 dan E’EXPRESS – hubungi Hadi +65 83387197
Pihak Goter Aqua X Sdn Bhd memeterai perjanjian memorandum persefahaman dengan Koperasi Perniagaan Guru-Guru Muar Berhad bagi mengembangkan lagi perniagaan aktiviti-aktiviti Sukan lasak air dan darat dibawah jenama Aqua X Sports Village. Di antara aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak Aqua X Sports Village adalah seperti Jetski, Go-cart, ATV, basikal elektrik dan banyak lagi. Goter Aqua X juga bakal mencipta Go-Kart Elektrik pertama Malaysia pada tahun 2022.
Memorandum Persefahaman (MOU) ini dimeterai di antara Pengarah Urusan, Kapt. Muhammad Hafiz Bin Hussein yang mewakili Goter Aqua X Sdn Bhd dan Pengerusi, En.Abdul Fadzil Bin Hussin mewakili Koperasi Guru-Guru Muar Berhad di Amerald Resort Hotel di Desaru, semalam.Perjanjian ini juga disaksikan oleh Pengurus Besar Amerald Resort Hotel, Mr.Kelvin Lim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor En. Nor Syazlan bin Abd. Razak.
Menerusi perjanjian ini, pihak Koperasi Perniagaan Guru-Guru Muar Berhad bakal melabur sekitar RM1 juta hingga RM2 juta di dalam 4 fasa. “Pihak Koperasi mungkin melabur sekitar RM250,000 untuk fasa pertama yang bakal bermula tidak lama lagi,” ujar En Abdul Fadzil.
“Pihak Koperasi memilih untuk melabur serta berkerjasama dengan pihak Goter Aqua X kerana mereka mempunyai kepakaran di dalam bidang aktiviti-aktiviti Sukan lasak darat dan air,” tambahnya lagi.
Buat masa ini pihak Goter Aqua X menjadi penasihat dan pengendali untuk aktiviti-aktiviti Sukan lasak air dan darat di Amerald Resort Hotel Desaru dan Forest City, Johor. Perancangan seterusnya adalah mengembangkan cawangan ke Gamuda Cove, Selangor dan telah menandatangani kontrak bersama Rangkaian Hotel Seri Malaysia untuk menyediakan aktiviti aktiviti Sukan di lokasi mereka.