Selaku pembekal kandungan hiburan utama di Malaysia, Astro menyambut baik inisiatif kerajaan membenarkan peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi kawasan sekitar Lembah Klang khususnya yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu.
Susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sektor industri kreatif untuk negeri dalam Fasa 3, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan kembali penganjuran anugerah pilihan penonton, Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME 2021’ untuk tahun kelapan bagi meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang tahun 2020 yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
‘AME 2021’ kembali lebih mantap dan meriah dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’ telah dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand. Istimewa untuk para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, siaran ‘AME 2021’ juga akan turut disiarkan dalam format resolusi kualiti 4K UHD.
Pengacara versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas ‘AME 2021’ selaku hos utama.
Format penganjuran asal ‘AME’ yang menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan. Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Video MeleTOP’. Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu ‘Hos MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’.
Undian fasa pertama untuk memilih calon ‘Top 5’ boleh dihantar mulai 5 Oktober 2021, jam 6.00 petang hingga 19 November 2021, jam 6.00 petang menerusi laman rasmi www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK.
Diumumkan pada sesi sidang akhbar pada hari ini ialah pelancaran filem paling mahal dalam sejarah perfileman tempatan berjudul “The Catcher”, dihasilkan melalui kerjasama Labuan Overseas Holding Berhad dan Robotz, dan diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd. Filem yang bakal memecahkan rekod tempatan dan antarabangsa ini diterbitkan untukmeningkatkan industri pelancongan di Malaysia yang terkesan akibat pandemik, dan seterusnya dapat merangsang pemulihan ekonomi.
“Kita akan memanfaatkan ciri-ciri sesebuah jenama yang tersendiri dan nilai sejarah perniagaannya untuk membangunkan harta intelek (IP) bersama dengan akreditiasi bernilai tinggi, berdasarkan jenama-jenama prestasi kereta lumba yang boleh dijadikan tarikan seperti jenama hotel, bandar automotif, stesyen minyak, taman tema dan sebagainya. Sebahagian dari filem ini akan difilemkan di Port Dickson Bay. Ini bukan sahaja meransang pasaran industri perfileman tetapi juga dapat mempromosikan pelbagai aktiviti termasuk pembangunan Port Dickson Bay Studio yang dapat meningkatkan industri pelancongan & hospitaliti, peruncitan, F&B, hartanah, automotif dan sebagainya,” kata En Ong Peng Chu, pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.
Dengan bajet melebihi RM 50 juta, “The Catcher” memaparkan gaya hidup dan budaya pengubahsuaian kereta di Malaysia. Filem ini berkisar tentang seorang pemuda kampung yang bekerja keras mengalahkan pencabar-pencabarnya dari seluruh dunia yang menggunakan “supercar” yang diubahsuai. Filem ini juga memecahkan rekod dunia dengan menampilkan 500 buah “supercar” dalam filem ini. Pengasas Robotz, Dato’ Sri Jeffrey Teoh berkata, “Supercar disukai oleh semua orang, dari pelbagai latar belakang. Sebagai peminat “supercar”, kami di Robotz diinspirasikan oleh kejayaan francais filem “Fast & Furious” lakonan Vin Diesel dan Paul Walker, dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan filem tersebut. Penglibatan dalam menghasilkan sejarah melalui filem yang memecahkan rekod ini memberikan kegembiraan dan kebanggaan kepada kami”.
Kesemua kereta yang digunakan dalam filem ini dimiliki oleh ahli-ahli Robotz Car Club, yang turut menyumbangkan wang tunai dalam pengumpulan dana untuk filem ini. Semasa sidang akhbar ini juga, Labuan Overseas Holding Berhad memberi RM 2 juta sebagai modal permulaan tambahan. Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Berhad, En Burhanudin bin Mohd Yusoff berkata, “Kami berjaya menjana dana untuk projek-projek dalam dan luar negara, tetapi ini merupakan projek yang amat menarik. Kami menyokong projek ini, bukan sahaja kerana ia akan memecah rekod, tetapi kerana tarikan nilai tambahan kepada para pelabur yang berpotensi. Ianya menjadi kebiasaan untuk filem yang luar biasa seperti ini menarik perhatian ramai, terutamanya pelabur-pelabur yang bernilai tinggi. Kami teruja dengan pelancaran filem ini, dan kami menantikan untuk membangunkan perniagaan yang berpotensi besar untuk peluang pelaburan
dalam industri permotoran, secara langsung dan tidak langsung, menuju untuk pemulihan ekonomi Malaysia”.
Di dalam Produksi ini yang melibatkan perlumbaan kenderaan bermotor, kami mendapatkan khidmat En. Joe Lim Hun Beng, yang berpengalaman dari aspek Kejuruteraan dan teknikal. Beliau lebih dikenali sebagai Joe Lim, yang memperkenalkan sukan permotoran ke China, kini merupakan pasaran yang terbesar untuk kenderaan bermotor. Malah, perikatan persaudaraan sukan permotoran China juga mengelar beliau sebagai “Bapa Sukan Permotoran” untuk litar perlumbaan motor yang pertama di China. Joe Lim berkata, “Di China, saya mendapati bahawa apa yang kita lakukan di dalam litar menjadi pemangkin kepada pasaran dan memberi persepi terhadap kereta. Dengan memperkenalan siri FIA yang asas dan ketahap yang lebih tinggi seperti Formula Grand Prix di Shanghai, kejayaan sukan permotoran sebagai model perniagaan menjadi jelas. Dan dari itu, saya melihat potensinya dari permulaan industri ke arah menerajui pembangunan kereta bagi pasaran China.
Dengan ini, filem ini menjadi pemangkin bagi menaikkan minat terhadap pembangunan industri permotoran didalam pelbagai bidang. Joe Lim mengongsikan idea untuk membangunkan 3 sektor utama yang mana beliau akan memberi Khidmat nasihat untuk jenama baru yang dinamakan “Enhance”. Ia termasuk :
1. Enhance Zone di Revo City. Disini pengubahsuaian dan penukaran kenderaan bermotor dilakukan. Ia akan berada di One City Mall, berhampiran Subang Jaya
2. Enhance Station, Stesen pengecasan kenderaan EV moden yang turut menyediakan produk gas dan petroleum. Yang pertama akan dibangunkan di Cyberjaya, selaras dengan statusnya sebagai hub teknologi bagi menunjukkan sokongan kepada masa depan industri EV di Malaysia.
3. Enhance Automotive City, yang bakal mempunyai litar perlumbaan dan drag, dan juga Enhanced Zone untuk pengubahsuaian kenderaan bermotor. Fasiliti hotel dan resort akan turut dibangunkan. Ini bakal dibangunkan di Gurun, Kedah. Pengambaran beberapa babak di dalam filem ini bakal dilakukan sekitar bandar bertemakan kenderaan bermotor ini seluas 3000 ekar dengan kerjasama badan pelaburan kerajaan Negeri Kedah, Invest Kedah Berhad. Bandar ini bakal menonjolkan hotel berjenama kereta antarabangsa terkenal, sebuah litar perlumbaan Formula 3 / GT / EV (Formula E) dan litar perlumbaan drag, servis penambahbaikkan dan modifikasi, akademi memandu speed-safety yang diakreditasi, dan sebuah Kolej Kejuruteraan Automatif.
Dicadangkan untuk dibangunkan di Gurun, Kedah, bandar yang bertemakan automatif ini bakal menjadi hub pelancongan untuk penggemar dan penggiat “supercar” untuk menambahbaik kenderaan mereka sambil mengagumi “supercar” yang lain. Selain menjadi hub pelancongan, ia juga berpotensi untuk menjadi lokasi perfileman bagi penggiat filem penuh aksi antarbangsa.Bandar bertema ini juga bakal menjadi lokasi perfileman rasmi untuk siri TV antarabangsa dan filem tayangan yang berkait dengan francais “The Catcher”. Tambahan lagi, lokasi strategik bandar bertema ini juga berpotensi sebagai pusat pengedaran dan perdagangan make-bulk & break-bulk kenderaan bermotor antarabangsa yang efisien. Aplikasi untuk status zon perdagangan bebas seperti Iskandar Regional Development Area (IRDA) di Johor
juga akan dikemukakan untuk mengembangkan Hub Pembangunan Ekonomi Utara-Barat yang berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan aktiviti pelabuhan untuk negeri-negeri Utara Malaysia.Skrip untuk filem ini akan dimuktamadkan dan pencarian bakat bakal menyusul. Produksi untuk‘The Catcher’ bakal bermula pada tahun 2022 dengan jangkaan siap pada tahun 2023 sebagai filem
yang mempunyai bajet yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia
Penyanyi wanita cantik molek yang berasal dari Kulim, Kedah, dan merupakan Juara Yippi Star Quest 2020, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff atau lebih mesra dengan sapaan Masya Masyitah tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Remuk’ yang merupakan versi Bahasa Melayu buat single terdahulunya dalam Bahasa Mandarin iaitu ‘Jiu Meng Xin Su’.
“Alhamdulillah, hanya baru 3 bulan saja Jiu Meng Xin Su dilancarkan, penerimaan terhadap single solo Mandarin pertama Sya ternyata membuahkan hasil. Rata-rata, ramai yang mahukan Sya menyanyikannya dalam Bahasa Melayu pula.“Pihak pengurusan iaitu Rocketfuel Entertainment mengambil keputusan untuk merakamkannya semula dalam Bahasa Melayu maka terlahirlah Remuk,” katanya.
Seperti yang semua sedia maklum, Remuk atau Jiu Meng Xin Su merupakan ciptaan istimewa oleh penulis lirik dan komposer muzik hebat tempatan, Kai Kai, dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.“Lagu ini saya ciptakan khas buat Masya kerana kebolehannya menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan fasih, manakala Peng Chu mahukan beliau menyanyikannya dengan stail slow rock ala Melayu bagi memberi kelainan terhadap lagu tersebut,” ulas Kai Kai.
Jelas Masya, “Liriknya pada kali ini diolah dengan jalan cerita yang berbeza namun dengan pengakhiran yang menyayat hati oleh penulis lirik terkemuka negara, saudara Siso dengan produser berpengalaman, Sharon Paul.“Dalam Remuk, ia menceritakan tentang perasaan seorang isteri yang dinikahi suaminya tanpa perasaan cinta. Sang suami menghawini isterinya kerana perasaan ego yang menebal dengan tidak mengendahkan perasaan sang isteri. Akan tetapi, sang isteri tetap cuba mendekati sang suami hari demi hari, akhirnya terpaksa akur dan memendam perasaan, ibarat terjerat dalam sangkar emas tanpa sekelumit rasa bahagia.
Tambahnya lagi, “Hati Sya terus terpaut apabila mendengar demo lagu asal ditambah dengan jalan ceritanya yang menyentuh hati. Encik Feros yang membuat keputusan agar pihak RocketFuel Entertainment menerbitkan lagu ini, dan beliau jugalah yang bertanggungjawab mencadangkan agar lagu ini dinyanyikan semula dalam Bahasa Melayu.
Menurut Encik Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan RocketFuel Entertainment yang baharu, “Masya merupakan penyanyi muda yang berbakat besar dan kemampuannya menyanyi dalam Bahasa Mandarin sudah pun diakui apabila beliau menjuarai Yippi Star Quest 2020 mengalahkan 3,000 peserta lain serata Asia.
“Saya berharap agar single Remuk diterima ramai sebagaimana single Jiu Meng Xin Su dan mendapat tempat di hati para pendengar rempatan.Proses rakaman yang hanya memakan masa selama satu hari berlangsung dengan lancar takala negara masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Akhiri Masya, “Harapan Sya adalah agar single Remuk mendapat sambutan ramai sebagaimana single yang terdahulu, dan Sya juga masih berharap jika ada peluang dan rezeki, hasil karya Sya dapat menembusi pasaran negara China pada satu hari nanti.”Lagu ‘Remuk’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube RocketFuel Network.
On 6 October, dive into an action-packed spy thriller full of fresh secrets, allies and an unstoppable nemesis as Marvel Studios’ “Black Widow” launches on Disney+ Hotstar!
In the first film in Phase Four of the Marvel Cinematic Universe (MCU), when a perilous conspiracy with ties to her past emerges, Natasha Romanoff aka Black Widow must confront the darker parts of her ledger. Pursued by a force that will stop at nothing to bring her down, Natasha must face her past and deal with unfinished businesses and the damaged relationships left in her wake long before she became an Avenger.
Watch Scarlett Johansson reprise her role as Natasha Romanoff/Black Widow, alongside Florence Pugh as Yelena, David Harbour as Alexei/The Red Guardian, and Rachel Weisz as Melina.
Marvel Studios’ “Black Widow” is directed by Cate Shortland and produced by Kevin Feige.
Malaysians can stream their favourite shows and films now by subscribing to the service directly at DisneyPlusHotstar.my or via the Disney+ Hotstar app on Android and iOS devices, for RM54.90 for three months*.
Access Disney+ Hotstar on Astro at incredible deals. Astro Movies Pack customers (CH411 – CH416) must activate via astro.com.my/Disney to immediately start streaming Disney+ Hotstar.
Penduduk Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin yang telah lama menanti percutian idaman kini boleh menempah bilik-bilik di Lexis hotel dan resort di Port Dickson atau Pulau Pinang, untuk penginapan 2 Hari 1 Malam.
Dari 1 Oktober hingga 15 November tahun ini, masyarakat Malaysia yang tinggal di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin boleh menikmati penginapan idaman mereka bersama orang yang disayangi dengan tawaran Staycation 2.0, dengan SOP yang ketat, dari harga serendah RM360 harga bersih.
Port Dickson Resorts Staycation 2.0
Hotel/Resort
Jenis Bilik
Harga Bersih
Lexis Hibiscus Port Dickson
Penginapan 2H1M di Executive Pool Villa atau Sky Pool Villa*
RM660
Penginapan 2H1M di Premium Pool Villa*
RM770
Grand Lexis Port Dickson
Penginapan 2H1M di Sky Pool Villa atau Deluxe Suite
RM550
Penginapan 2H1M di Executive Pool Villa*
RM600
Lexis Port Dickson
Penginapan 2H1M di Bilik Premium Tower
RM360
Penginapan 2H1M di Deluxe Water Chalet*
RM410
Lexis Suites Penang
Penginapan 2H1M di Executive Pool Suite
RM468
Penginapan 2H1M di Premium Pool Suite
RM528
*Upgrade bilik untuk full sea view hanya untuk harga RM88! Upgrade bilik tertakluk kepada ketersediaan.
Setiap tawaran merangkumi bilik yang dilengkapi dengan 2 King Bed, kolam renang peribadi dan bilik sauna, bilik mandi yang luas dengan shower, Wi-Fi percuma, sarapan dan makanan tengahari set untuk 2 orang, serta 20% diskaun untuk semua menú ala carte. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lexis Suites Penang Staycation Deals 2.0
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati percutían idaman di resort pantai Lexis kegemaran anda dengan harga yang berpatutan. Tempah bilik sekarang melalui laman web rasmi Lexis Hotels dan Resorts:
KFC Double Down ‘semua isi, tanpa roti’ kini kembali sekali lagi atas permintaan ramai! Kali ini nikmati kelazatan dan keenakan berganda dengan pengenalan Cheezilla Double Down baharu yang akan dilancarkan esok bersama satu-satunya Zinger Double Down. Konsep luar biasa ‘semua isi, tanpa roti’ Zinger Double Down ini tidak perlu diperkenalkan lagi. 100% daging ayam dalam setiap gigitan yang menjanjikan 100% rasa hebat dengan dua filet Zinger Hot & Spicy yang mengapit kepingan ayam rangup, kepingan keju, mayonis dan curahan sos keju jalapeno.
KFC Zinger Double Down & Cheezilla Double Down
Cheezilla Double Down gergasi baharu menjanjikan keenakan dalam setiap suapan. Burger ini sememangnya salah satu hidangan unik KFC: lazat, tanpa roti dan disempurnakan dengan patty keju mozarella yang digoreng sehingga perang keemasan selain memberikan kepuasan tarikan keju dan lengkap dengan tekstur gebu, lembut dan kenyal. “Salah satu ciptaan KFC yang tersendiri, Double Down kini kembali dengan lebih gah untuk peminat kami yang telah lama menunggu kemunculan burger hebat tanpa roti ini. Zinger Double Down ikonik pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012 dan ia tidak pernah mengecewakan peminat setiap kali dibawa kembali. Kami teruja dengan pelancaran kali ini kerana peminat bakal meraih kelazatan berganda dengan Double Down! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Cheezilla Double Down baharu bersama Zinger Double Down, dicipta khas untuk kepuasan dalam hidangan anda,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Kedua-dua Double Down boleh didapati secara A la carte, Kombo atau Box Meal bermula esok di seluruh restoran KFC Semenanjung Malaysia sahaja, sementara stok masih ada. Dapatkannya secara mudah dan selamat melalui KFC Delivery, Self-collect dan Pandu Ambil. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.
Rocketfuel Entertainment sekali lagi meneroka angkasa lepas dengan memperkenalkan perkhidmatan terbaharunya iaitu Rocketfuel Indie Space Station yang akan memberi fokus khusus terhadap label dan artis indie di seluruh negara. Rocketfuel Indie Space Station akan bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie di bawah label muzik Rocketfuel Records yang bakal beroperasi serentak dengan tiga komponen utama roketnya iaitu Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live.
Terang Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Rocketfuel Indie Space Station kini mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu di platform digital, TV dan radio. Sebagai tambahan, Rocketfuel Indie Space Station juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan. “Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah kami raih sekaligus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara.
“Dikesempatan ini juga saya ingin memperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baru iaitu saudara Jipie yang akan dipertanggungjawabkan mengelolakan Rocketfuel Indie Space Station. Encik Jipie adalah vokalis dan ketua band Pesawat yang merupakan sebuah kumpulan tempatan yang terkenal dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-
belok industri muzik di Malaysia.Pelantikan beliau sebagai Ketua Label dan Penerbitan yang baharu dapat melonjakkan lagi jenama Rocketfuel Entertainment ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Encik Jipie, “Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Feros dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini. Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani di Malaysia dan rantau ini.”
Sehubungan dengan itu, Rocketfuel Entertainment juga turut memperbaharui dan menambahbaik laman sesawang rasminya baharu-bahru ini dengan perantara yang lebih menarik sejajar dengan identiti jenama Rocketfuel Entertainment yang moden ditambah dengan
elemen bersahaja. Laman sesawang terbaharu itu juga akan menampilkan pelbagai perantara berguna yang memudahkan bakal rakan niaga dan pengguna membuat semakan tentang perkhidmatan baharu yang ditawarkan. Selain itu, laman sesawang tersebut turut mempamerkan dan memberikan maklumat tentang keluaran terbaharu serta projek-projek akan datang daripada Rocketfuel Entertainment agar kesemua yang terlibat sentiasa memperoleh perkembangan yang terkini.
OAG merupakan artis pertama di bawah Rocketfuel Indie Space Station
Sebagai tambahan, laman sesawang terbaharu Rocketfuel Entertainment akan memaparkan setiap talent secara individu daripada rangkaian keluarga besarnya supaya mudah bagi bakal pelanggan merangka apakah tindakan selanjutnya dalam mewakili jenama mereka. Team Rockerfuel Entertainment akan terus memastikan isi kandungannya dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita terkini bersama talent terbaharunya. Jangan lupa untuk melayari laman sesawang rasmi yang terbaharu di www.rocketfuelent.com .
Astro sentiasa menyokong dan membawakan perkembangan terkini atlit negara, di mana dua orang pemain tempatan, Junior Eldstal yang bersama Chonburi FC dan Dominic Tan pula bersama Police Tero FC kini sedang beraksi di saingan Thai League 1.Perlawanan dari dua kelab ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 802 bermula 1Oktober 2021. Selain itu, beberapa perlawanan membabitkan dua pasukan ini di saingan Thai FA Cup dan League Cup turut akan disiarkan.Junior yang juga tonggak kacukan Malaysia-Sweden turut meluahkan rasa terujanya dan gembira dengan perkhabaran berita ini.
“Saya sentiasa bersemangat bersama kelab yang sememangnya besar dalam saingan Thai League ini dan sudah tentu akan melakukan yang terbaik jika diberi peluang beraksi dalam setiap perlawanan lebih-lebih lagi untuk tontonan rakyat Malaysia yang melihatnya nanti.” Sementara itu, bekas ketua pasukan Skuad B-23 tahun negara, Dominic Tan juga turut menganggap berita ini sebagai pencetus semangatnya untuk beraksi dengan lebih baik.
Ini adalah musim ketiga saya bersama kelab ini dan liga disini sangat kompetitif serta mencabar untukmengharungi saingan yang masih panjang. Berita ini telah melonjakkan lagi semangat saya untuk membuktikan kemampuan saya dihadapan peminat yang menonton di Malaysia nanti.Pemain pertahanan ini bermula sebagai pemain pinjaman dari JDT selama satu musim di Police Tero FC sebelum menyertainya secara tetap pada musim lalu.Perlawanan-perlawanan ini nanti akan disiarkan di saluran baru Astro Arena 2 di mana pelbagai variasi sukan antarabangsa dengan rasa tempatan dalam Bahasa Malaysia akan disajikan dengan format baru yang lebih segar buat generasi muda. Semua pelanggan Astro boleh menikmati Astro Arena 2 dalam pakej Pek Famili.
Saksikan perlawanan pertama yang akan disiarkan pada 1 Oktober ini, Chonburi FC menentang Singha Chiangrai United jam 7.00mlm, sementara Nongbua Pitcaya FC bertemu Police Tero FC pada 2 Oktober jam 8.00mlm (waktu Malaysia)
Samsung Malaysia Electronics has today entered the next chapter of foldable devices with the arrival of the Samsung Galaxy Z Fold3 5G and Galaxy Z Flip3 5G via the New Era, Life Opens Up with Galaxy virtual show. Hosted by Jin Lim and Yaya Zahir, the show commemorated the third generation of Foldables alongside other star-studded hosts and well-esteemed designers to reiterate the importance of local collaborations during this time of recovery. Following this announcement, special promotions for the mentioned devices and accessories will also be held from mid-September to end-November.
“The past year brought an unexpected change to the world and positioned technology as the only bridge between many individuals and their daily functions,” said Edward Han, President of Samsung Malaysia Electronics. “As an industry leader pioneering foldable technology, Samsung believes this moment requires a different approach – one where our devices work to empower our activities through an ecosystem built on flexibility, openness, intuition, and innovation.”
Experience Productivity Like Never Before
Productivity is one of the main focus areas of every Samsung user’s expectation. With the Galaxy Z Fold3 5G, Samsung understands the need to get more done, in less time, and continues to push the limits of innovation with a variety of new features, including the addition of S Pen[1] to the Galaxy Z Fold3 5G for the first time ever.
Alif
Despite the work-from-home period, an actor’s schedule remains packed with meetings for upcoming projects,” said celebrity Alif Satar. “What was once a stressful process with notes spread out all over my workspace has now become streamlined thanks to the Galaxy Z Fold3 5Gs app continuity and emphasis on being an all-encompassing smart device. It’s quickly become my companion of choice to strike off daily tasks.”
Technology That Elevates Your Style
Self-expression and creative freedom are equally important to Samsung users. In resonance, Samsung is keen to empower their expression through the Galaxy Z Flip3 5Gs bold colour options and sleek look.
Daiyan
Artist, poet, and fashion darling Daiyan Trisha said “The Galaxy Z Flip3 5G is BOLD & Unique. I feel it was designed for me, a person who loves style and fashion. It is light but packed with innovative functions. Taking photos is easy with Flex Mode[2], allowing you to be free while exploring more angles!”
Top Notch Durability for Better Peace Of Mind
Above all, Samsung users expect devices that are built to last. That’s why this generation of the Galaxy Z Series 5G is built with unrivalled craftsmanship to deliver that satisfaction. For the first time in foldable smartphone history, the Galaxy Z Fold3 5G and Z Flip3 5G are equipped with IPX8[3]-standard water resistant parts to protect from spills. Samsung also equipped these devices with Armor Aluminum and Corning Gorilla Glass Victus to create the one of the toughest Foldables to date.
Dini
“Having owned fragile devices in the past, it’s nice to finally have a device without the anxieties of needing to be overtly gentle with them. I usually carry my phone in the same bag as my keys and yet, not one scratch!” said actor Dini Schatzmann who was present at the virtual show.
Galaxy Z Fold3 5G and Galaxy Z Flip3 5G Celebratory Promotion[4]
Samsung Malaysia Electronics, high on the thrill of the availability of its latest Galaxy Z Fold3 5G and Galaxy Z Flip3 5G, will be launching with exceptional offers for a limited period! From 22 September to 31 October 2021, purchase the Galaxy Z Fold3 5G to receive a RM500 e-voucher and 1 year plan of Samsung Care+ worth RM799[5]. Simultaneously, users who purchase the Galaxy Z Flip3 5G within the promotional period will instead receive a RM350 e-voucher and 1 year plan of Samsung Care+ worth RM699.
Galaxy Z Fold3 5G and Galaxy Z Flip3 5G Promo
Model
Colours
RRP
Exclusive Gift(s)
Galaxy Z Fold3 5G (512GB)
Phantom Black
Phantom Green
Phantom Silver
RM7,099
Samsung Care+ 1Year Plan worth RM799
Samsung Online Store eVoucher worth RM500
Galaxy Z Fold3 5G (256GB)
RM6,699
Galaxy Z Flip3 5G (256GB)
Phantom Black
Cream
Lavender
Green
RM4,199
Samsung Care+ 1Year Plan worth RM699
Samsung Online Store eVoucher worth RM350
Galaxy Z Flip3 5G (128GB)
RM3,999
Galaxy Z Accessories Purchase with Purchase Promotion[6]
There’s more – with the purchase of a Galaxy Z Fold3 5G or the Galaxy Z Flip3 5G starting from 14 September to 30 November 2021, customers are entitled to receive 30% OFF the original price of up to three selected accessories, ensuring that you get a head start to your journey into the Samsung Galaxy ecosystem.
https://www.youtube.com/watch?v=mZgzrDje6pU
The Foldables Make Its Debut Exclusively on Malaysia’s Top TV Channels
Last but not least, for eager fans who are keen on further discovering how the future of mobile devices will impact daily lives, Samsung Malaysia, together with leading TV channels in Malaysia – Astro RIA and Astro AEC, are proud to showcase a series of content exclusively highlighting the Galaxy Z Fold3 5G and Galaxy Z Flip3 5G’s outstanding features. Samsung aims to reach out to Malaysians across the nation through this fun and engaging shows with a variety of local artist appearances.
So be sure to catch the live shows here during these times:
Astro RIA (Channel 124), 17 September, 9:30p.m.
Astro AEC (Channel 346), 19 September, 8:30p.m.
To own the Galaxy Z Fold3 5G or Galaxy Z Flip3 5G, please visit:
[1] S Pen sold separately. Only Z Fold3 Main Screen has S Pen capability. Compatible only with the S Pen Fold Edition and S Pen Pro. All other S Pens or stylus pens not designed for Z Fold3 (including those by other manufacturers) may damage the screen.
[2] Flex mode supported at angles between 75° and 115°. For your convenience, it may be difficult to maintain Flex mode while moving due to shaking or other movement. It is recommended to keep the phone stationary while in Flex mode.
[3] IPX8 is based on test conditions for submersion in up to 1.5 meters of freshwater for up to 30 minutes. Not advised for beach or pool use. Not dust-resistant.
[4] Upon purchase, e-voucher & Samsung Care+ 1 Year plan can be redeemed with a unique code via Samsung Redemption Portal. E-voucher can only be used at Samsung Online store, and shall be applicable on selected wearables & accessories only. E-voucher is non-stackable with other e-vouchers or promotion. Additional fees may apply for Samsung Care+ repair request.
[5] Delivery/collection date for the Galaxy Z Fold3 5G is from 5th November 2021 onwards based on stock availability.
“Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban… Bersatu Hati!”
Itulah bait-bait yang diperbaharui dalam pembikinan semula lagu Khatulistiwa versi baru ini. Ilham yang merupakan penulis lirik utama didalam Pitahati bersama-sama mencapai persetujuan Pak Ito dalam beberapa gubahan pada lirik dan lagu. Sudah menjadi antara lagu kegemaran Pitahati dan Ito, sesi jamming dan rakaman kali ini tidak mengambil masa yang lama dan mereka serasi bekerjasama dengan berbekalkan semangat yang sama yang mana mempunyai impian menyatu padukan masyarakat dengan seni muzik.
“Waktu kita cover sebelum ni pun kita tak nak hilangkan keaslian rasa tu, dan itulah yang paling penting, lagu cover ni kalau banyak perubahan ia akan membuatkan lagu itu akan hilang rasanya yang tersendiri”, Ilham Pitahati
“Pitahati dan saya bersetuju untuk mengubah part Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban, bersatu hati… ia lebih sempurna”, Ito Blues Gang.
Hari Malaysia dipilih sebagai satu tarikh untuk mempersembahkan rilisan terbaru hasil kolaborasi dua generasi rock tanah air iaitu PITAHATI & ITO BLUES GANG. Lagu Khatulistiwa adalah sebuah lagu dari kugiran lagenda “rock blues” tanah air iaitu Blues Gang yang telahpun dikenali ramai sedari tahun 1983. Lagu yang pernah menjadi kontroversi ini suatu ketika dahulu kini disusun kembali muzik dan liriknya mengikut peredaran masa dan zaman. Bermula dengan mengumpulkan playlist lagu-lagu dari kugiran-kugiran tempatan yang menjadi inspirasi karya-karya PITAHATI sehingga mereka terdetik untuk menjadikan lagu Blues Gang ini sebagai sebuah lagu “cover” pada persembahan-persembahan mereka. Tidak terjangka lagu ini masih evergreen yang mana selepas itu sering menjadi permintaan dan bualan peminat-peminat PITAHATI sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk membuat sebuah video music hasil kolaborasi pihak syarikat rakaman Luncai Emas dan Siakap Keli beberapa tahun lalu. Nafas lagu Khatulistiwa ini seperti ada sentuhan majis apabila pada tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk dijadikan sebuah lagu tema reunion pelajar-pelajar Sekolah Tengku Abdul Rahman (STAROBW), Ipoh.
“Mula-mula sekali kita cover lagu ni bersempena dengan hari Merdeka”, Hidayat Pitahati
“Ini adalah satu kesempatan buat Pitahati untuk memberi penghormatana pada Blues Gang”, Ilham Pitahati
“Semasa kami sedang memilih lagu ni kita cuba-cuba cari lagu ala-ala “county road” tapi versi Malaysia dan lagu Khatulistiwa ni adalah yang paling tepat”, Ilyas Jamil STAROBW
“Kami memilih lagu Khatulistiwa ni untuk alumni STAROBA 2021 sebagai tema Road Tour OBW yang akan menggegarkan dan berjalan 14 negeri Malaysia, tetapi disebabkan kekangan Covid-19 ini ianya akan dititangguhkan buat sementara waktu’, Nazmir STAROBW
Pengambaran MV Khatulistiwa, di Ipoh.
Penggambaran yang berkonsepkan santai berinspirasikan tema sebuah kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum membawa Pitahati, Ito Blues Gang dan team penggambaran Motion Scientist memilih negeri Ipoh sebagai lokasi utama. Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 hari itu membawa mereka ke kawasan-kawasan santai rakyat berbilang kaum seperti di Old Town Ipoh, Concubine Lane, Stesen Keretapi, Pasar Loken, Padang Ipoh, Restoran New Hollywood, Super Kinta, Stesen Bas Medan Kid, dan sempat juga singgah ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim. Perjalanan ini amat bermakna apabila memperlihatkan 2 generasi yang berbeza (Pitahati & Ito Blues Gang) bekerjasama dengan penuh komitmen. Selain bekerja, Ito juga tidak kering mencurahkan nasihat dan pengalaman kepada semua.
“Aku suka melihat lagu-lagu lama diangkat dan diberi nafas baru, dan aku suka tengok anak-anak muda guna cara ini untuk study dan mendekati orang lama, barulah industry akan lebih bervariasi”, Keon Omar, Pengurus Produksi Luncai Emas Sdn Bhd
“Pitahati & Pak Ito Blues Gang sebuah kolaborasi yang serasi’, Rahman Saharddin, Pengurus Pitahati.
Seluruh penggambaran berlangsung dengan lancar hasil kerjasama teman-teman seperjuangan Ipoh yang lain iaitu Bittersweet, Lokein Ipoh, dan keluarga Sarang Art Hub, Tanjung Malim.
“Saya amat berbesar hati dan berharap lagu versi baru ini boleh memberi semangat buat kali kedua kepada seluruh rakyat Malaysia”, Ito Blues Gang.
Selain pembuatan lagu Khatulistiwa, Pitahati juga mengambil kesempatan ini menghiasi saluran youtube mereka dengan sesi bual bicara – “Bicara & Susun Kata” dan dari belakang tabir sesi rakaman dan sesi jamming Khatulistiwa versi baru ini.
Pelanggan Astro akan dihiburkan dengan konsert virtual, secara langsung yang dibarisi ramai nama-nama hebat tempatan dan antarabangsa termasuklah dari Korea, pada 25 September ini, jam 8:30 malam di televisyen Astro 25 (Saluran 100) dan platform Astro GO. ‘Astro 25 Concert’ ini merupakan tanda penghargaan di atas sokongan pelanggan yang selama ini setia bersama di sepanjang perjalanan Astro sehingga menjadikan ia sebagai destinasi hiburan #1 pilihan rakyat Malaysia.
Ella, Jaclyn Victor, Haqiem Rusli, Dayang Nurfaizah and Agnes Rozario
Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata, “Sebagai sebahagian dari usaha Astro untuk meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun kami berkhidmat ini, kami begitu teruja untuk membawakan ‘Astro 25 Concert’, yang akan menyaksikan persembahan terhebat dari artis-artis naungan Astro yang mana mereka akan turut digandingan bersama ramai lagi nama-nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa. Seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’, kami percaya bahawa kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama. Konsert ini diadakan istimewa buat setiap pelanggan dan bakat-bakat tempatan dalam industri khususnya yang selama ini setia menyokong Astro dalam misi memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur dan kekal berinformasi di kala kami berusaha melebarkan sayap menjangkaui TV dan radio. Bakal disiarkan di Saluran 100, semua pelanggan Astro boleh menikmati persembahan terhebat yang kami bawakan secara terus ke rumah anda, ditonton dengan selesa bersama keluarga tersayang.”
Dihoskan oleh artis popular tanah air, Nabil Ahmad dan personaliti radio, Ean, Arnold dan Aishah Sinclair, konsert berdurasi tiga (3) jam ini akan menampilkan persembahan hebat dari selebriti berikut: –
Bintang ‘Running Man’, Kim Jong Kook, yang turut dikenali dengan suara balada yang merdu dan penuh melankolik; beliau akan mempersembahkan salah satu lagu popular beliau. Running Man merupakan program variasi Korea pilihan nombor 1 rakyat Malaysia dan disiarkan di ONE HD (Astro Saluran 393) pada setiap hari Jumaat.
Kumpulan Gen Z yang kini begitu digilai ramai, TOMORROW X TOGETHER, merupakan kumpulan terbaharu dan popular dari Seoul kerana memilik suara yang merdu dan mampu menyampaikan persembahan yang cukup hebat. Muzik mereka dianggap cukup dekat dengan generasi hari ini kerana diinspirasikan dari kisah-kisah tauladan dan sesuai dengan remaja di seluruh dunia.
Pemenang anugerah Grammy sebanyak dua (2) kali, Jason Mraz, pemuzik dari Amerika, Pink Sweat$, penyanyi serta penulis lagu, Bazzi, dan alumni program The Voice UK, Jamie Miller.
Barisan penghibur tersohor negara termasuklah nama-nama legenda tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira dan Anuar Zain ke Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Zynakal.
Kumpulan lelaki Cantopop Hong Kong sensasi, Mirror, bintang Hong Kong Ruco Chan, dan pemenang TVB Stars Academy yang baru sahaja berusia 15 tahun, Gigi Yim.
Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19, yang turut merupakan kumpulan rock yang begitu disegani ramai khususnya di Indonesia, Once Mekel, bekas penyanyi utama kumpulan Dewa 19, Slam, kumpulan rock tanah air, dan pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah.
Pelawak dan hos terkemuka negara, Harith Iskander, bersama pemain komedi, pelakon dan pengacara TV popular Singapura, Kumar.
Bintang-bintang dari program terbitan Astro seperti Amir Masdi, Siti Nordiana, Naqiu, Yoke Chen, Sarah Suhairi, Santesh, Nicole Lai, Azharina, Han Byul, Noryn Aziz, Vanessa, Vince Chong dan Aina Abdul.
Barisan artis sensasi tanah air seperti Lil J, Orga, TUJULOCA, MK K-Clique, Haqiem Rusli, Yonnyboii dan Abigail – figura generasi hari ini, yang mana popular dan menempa nama menerusi platform media sosial umumnya.
‘Astro 25 Concert’ akan bersiaran pada hari Sabtu, 25 September, pada jam 8:30 malam di Astro 25 (Saluran 100) dan boleh juga distrim menerusi Astro GO. Siaran ulangan atau ‘encore viewing’ juga boleh ditonton menerusi platform On Demand, selepas berakhirnya konsert. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Astro 25 Concert’, teruskan bersama kami di Facebook @Astro, Twitter @astroonline and Instagram @astromalaysia.
Vince Chong, Nicole Lai, Taufik Batisah dan Mugen Rao
Dalam pada itu, penonton Astro juga boleh menantikan tayangan perdana dua dokumentari istimewa, Tanah Tumpahnya Darah Kita dan We Are No Different, juga di Astro 25 (Saluran 100). Kedua-dua dokumentari ini berkisarkan tentang keindahan dan keharmonian kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia – dari seawal kisah sejarah bagaimana bekas perajurit kita berkorban untuk mempertahankan negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan budaya sehinggalah kepada kisah bagaimana ada di kalangan rakyat Malaysia yang mengambil dan membesarkan anak angkat tanpa membataskan bangsa masing-masing. Kisah-kisah ini bersama 150 program lain yang mengangkat pelbagai cerita dan filem Malaysia serta serantau terhebat, program-program sepanjang zaman kegemaran rakyat Malaysia dan rancangan realiti kini sedia menanti penonton di Astro 25, Saluran 100. Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ke-25 Astro ini dan tawaran-tawaran menarik yang disusun khas buat anda semua, layari www.astro.com.my/bettertogether
Juga, mulai September ini, Astro akan membawakan banyak program-program baharu dan siri-siri popular serta rancangan realiti kembali menemui peminat seperti All Together Now Malaysia yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam di Astro Ria, Astro Classic Golden Melody 2021 pada setiap hari Sabtu mulai 25 September, jam 8:30 malam di Astro AEC, musim terbaharu Big Boss, mulai 3 Oktober jam 10:00 malam di Star Vijay, program komedi kegemaran ramai, Sepahtu Reunion Live 2021, pada setiap hari Khamis, mulai 23 September, jam 10:00 malam di Astro Warna, drama bersiri Astro Originals, I Tanggang, pada setiap hari Isnin, mulai 13 September, jam 9:00 malam dan drama terbaharu The Hotel, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 15 September, jam 10:00 malam di Astro Ria. Jangan lepaskan peluang menonton sajian terbaik dan terkini dari kami di Astro!
Jabra, peneraju dalam bidang penyelesaian audio peribadi dan pejabat, hari ini mengumumkan empat produk yang membentuk rangkaian nirwayar sebenar Elite yang baharu – Elite Pro, Elite Active dan rangkaian teras Elite. Pembaharuan bermakna terus mara ke arah kemajuan dan inilah yang dilaksanakan oleh Jabra untuk teknologi panggilan, padanan di dalam telinga, pengalaman audio dan reka bentuk.
Antara tambahan kepada rangkaian tersebut ialah Jabra Elite 7 Pro, produk revolusioner yang menampilkan teknologi Jabra MultiSensor VoiceTM, yang menawarkan prestasi panggilan yang terbaik dalam kelasnya. Jabra juga akan melancarkan Elite 7 Active dengan lapisan ShakeGripTM perintis, yang sesuai untuk gaya hidup aktif. Tambahan ketiga kepada rangkaian tersebut adalah Jabra Elite 3, yang membawakan bunyi yang hebat di mana sahaja untuk pendengar yang lebih ramai. Tambahan terakhir kepada rangkaian Elite adalah Jabra Elite 2, yang sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang berpatutan. Rangkaian Elite yang diperbaharui ini menunjukkan kemajuan terkini dalam bidang teknologi nirwayar sebenar: setiap satunya direka khusus untuk membawa pembaharuan dalam pengalaman nirwayar sebenar dengan memperkenalkan teknologi baharu unik yang dioptimakan bagi penggunaan yang spesifik dalam reka bentuk yang bergaya dan moden.
Sebagai salah satu syarikat yang merupakan perintis bidang teknologi nirwayar, Jabra mempunyai pengalaman pembelajaran selama enam generasi dan membawa pembaharuan kepada teknologi nirwayar untuk disesuaikan dengan keperluan jutaan pengguna nirwayar pada hari ini. Rangkaian Elite baharu ini direka khusus untuk senario penggunaan yang spesifik. Kategori Pro baharu oleh Jabra direka untuk mereka yang menginginkan keunggulan dari segi panggilan dan muzik, yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman nirwayar sebenar tanpa batasan. Kategori Active dari Jabra pula dikhususkan untuk sukan dan gaya hidup aktif, dan fon telinga tersebut direka supaya ia kekal pada kedudukannya bila anda berpeluh. Elite 3 yang merupakan antara produk dalam kategori teras Jabra, menampilkan standard baharu untuk audio peringkat permulaan, di mana sahaja. Akhir sekali, Elite 2 adalah untuk mereka yang lebih menyukai reka bentuk berkualiti, menonjol dengan output bunyi bertenaga dan keselesaan, pada harga yang berpatutan.
Jabra Elite 7 Pro
Jabra MultiSensor VoiceTM – Jabra Elite 7 Pro
Teknologi inovatif Jabra MultiSensor VoiceTM yang diperkenalkan bagi Elite 7 Pro membawakan panggilan yang begitu jelas, walau di tempat yang paling bising sekalipun. Kini lebih ramai pengguna berhubung melalui panggilan – penggunaan panggilan suara meningkat dari tahun ke tahun pada 2021, dan berada di kedudukan kedua dari segi penggunaan selepas muzik**. Jabra MultiSensor VoiceTM menggabungkan sensor konduksi tulang, empat mikrofon dan algoritma untuk memastikan panggilan yang benar-benar jelas. Hasil dari kepakaran Jabra dalam mewujudkan algoritma pintar, terciptalah fon telinga yang merupakan antara yang pertama direka untuk pengguna dengan menggunakan teknologi hibrid ini.
Sensor pengesan suara (VPU) yang termaju di dalam kedua-dua fon telinga menjadikan Jabra MultiSensor VoiceTM begitu berkesan. Algoritma pintar sentiasa menganalisis jenis bunyi yang dikesan oleh mikrofon yang terbina dalam, dan apabila ia mengesan bunyi angin, sensor VPU akan diaktifkan secara automatik. Teknologi Konduksi Tulang digunakan untuk menyalurkan suara melalui getaran pada tulang rahang, dan algoritma pintar tersebut kemudiannya menggunakan kombinasi terbaik dari sensor konduksi tulang dan mikrofon untuk menghasilkan panggilan yang amat jelas.
Di samping itu, Pembatalan Hingar Aktif (ANC) yang boleh dilaraskan menghasilkan pengalaman yang benar-benar imersif. Bunyi juga boleh dikhususkan lagi menurut pengguna dengan mewujudkan profil audio tersendiri dengan teknologi Jabra MySound dan menggunakan HearThrough – teknologi ini membolehkan pengguna menentukan sebanyak mana bunyi dari luar yang dapat didengar.
Fon telinga Elite 7 Pro adalah 16 peratus lebih kecil daripada Jabra Elite 75t yang begitu popular di kalangan pengguna dan merupakan fon telinga Jabra terkecil setakat ini. Dengan menggunakan pangkalan data Jabra yang merangkumi 62,000 imbasan telinga yang unik, perintis teknologi tersebut berupaya menghasilkan pemetaan telinga manusia dan menggunakannya untuk mereka semula fon telinga. Setelah menjalankan begitu banyak ujian, Jabra berupaya menghasilkan fon telinga yang membawakan kualiti bunyi luar biasa dan keselesaan yang optimum.
Fon telinga komprehensif ini membawakan tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC dan 35 jam dengan bekas pengecas, termasuklah pengecasan pantas yang dapat memberikan kuasa bateri selama 1.2 jam dalam tempoh hanya 5 minit sahaja. Elite 7 Pro didatangkan dengan Alexa yang terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (*Android sahaja).
Jabra Elite 7 Active
Teknologi Jabra ShakeGripTM – Jabra Elite 7 Active Bagi yang menginginkan fon telinga yang paling sesuai untuk gaya hidup aktif, Jabra Elite 7 Active adalah pilihan yang tepat. Melainkan teknologi Multisensor Voice, versi Active menampilkan pengalaman berkuaiti tinggi yang sama seperti Elite 7 Pro, dengan empat mikrofon terbina dalam bagi teknologi panggilan dan dua lagi mikrofon tambahan untuk disesuaikan dengan pengguna serta ANC yang boleh dilaraskan. Di samping itu, berdasarkan pemahaman Jabra yang unik mengenai telinga, penggunaan getah silikon cecair, dan reka bentuk tanpa sayap, Elite 7 Active dengan lapisan ShakeGrip direka untuk memberikan padanan yang terbaik walau bagaimanapun pergerakan anda, membawa perubahan dalam cara pengguna bersenam. Bagi mereka yang ingin aktif ketika berada di luar, jejaring mikrofon menyingkirkan bunyi angin daripada panggilan, sementara itu audio yang meningkatkan prestasi pula memastikan pengalaman muzik yang hebat semasa bersenam.
Jabra Elite 3
Jabra Elite 3
Jabra Elite 3 adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat, bes yang bertenaga dan panggilan yang jelas pada harga yang lebih rendah. Melihat kepada jurang yang terdapat di pasaran bagi fon telinga pada harga yang lebih rendah tetapi masih dapat membawakan kualiti bunyi yang hebat, Jabra menggunakan pengalamannya yang luas supaya dapat memberikan kehebatan bunyi kepada semua. Fon telinga direka untuk membawakan muzik yang hebat dengan pembesar suara 6mm dan panggilan yang begitu jelas dengan teknologi panggilan 4 mikrofon, penyama muzik yang termaju dalam kelasnya, di samping audio HD Qualcomm aptXTM dan bateri yang tahan selama tujuh jam (28 jam jika digunakan bersama bekas pengecas). Fon telinga ini menawarkan pengasingan bunyi yang luar biasa dan dengan kepekaan HearThrough, pengguna boleh mendengar bunyi persekitaran mereka. Elite 3 juga didatangkan dengan padanan yang selesa yang kekal pada kedudukannya sepanjang hari, rekaan Denmark yang bergaya dan rangkaian warna yang baharu termasuklah Dark Grey, Navy, Lilac dan Light Beige.
Jabra Elite 2
Jabra Elite 2
Tambahan terakhir dalam rangkaian baharu tersebut, iaitu Jabra Elite 2, sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang paling rendah di kalangan fon telinga Jabra. Jangan tertipu dengan saiz pembesar suaranya, kerana walaupun ia hanya sekecil 6mm, ia mampu membawakan kualiti audio yang tinggi dan bes yang bertenaga. Fon telinga Jabra Elite 2 mempunyai EQ boleh laras dan pengasingan bunyi yang disertakan dengan audio HD Qualcomm aptXTM. Reka bentuk Jabra yang menonjol juga tidak menjejaskan keselesaan yang terbaik dalam kelasnya dan padanan yang kekal di tempatnya sepanjang hari, dan bunyinya yang bertenaga bukanlah satu-satunya keistimewaan fon telinga Jabra Elite 2. Dengan teknologi panggilan 2 mikrofon, pengaktifan Alexa serta-merta, main semula Spotify dengan satu sentuhan* dan teknologi Google Fast Pair membolehkan pengguna kekal terhubung sepanjang hari. Ini disokong pula oleh perlindungan kalis hujan IP55, fon telinga Jabra Elite 2 terdapat dalam warna kelabu dan biru kelasi dan mempunyai bateri yang tahan selama 7 jam (21 jam jika digunakan bersama bekas pengecas).
*Android sahaja
Daniel Yeow, Pengarah Jualan, Peruncitan & Dalam Talian, Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong di Jabra berkata, “Pengguna pada hari ini ingin mendapatkan produk yang bukan sahaja menawarkan pengalaman audio yang termaju, tetapi juga yang dapat disesuaikan dengan gaya hidup aktif mereka. Kami berasa teruja untuk mengumumkan rangkaian Elite baharu, yang merupakan kombinasi terbaik antara keselesaan yang premium dan ciri-ciri yang menonjol seperti MultiSensor Voice, teknologi ShakeGrip, yang membawakan pengalaman panggilan dan muzik yang tiada tolok bandingnya. Ia benar-benar mencerminkan kemajuan Jabra dalam segmen nirwayar sebenar”Ciri-ciri utama dan spesifikasi Elite 7 Pro:
Jabra MultiSensor VoiceTM untuk audio gred profesional
ANC boleh laras untuk pengalaman bunyi yang benar-benar imersif
Tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC, 35 jam dengan bekas pengecas
Nilai ketahanan IP57
BT ver. 5.2
Menggunakan sama ada fon telinga & pelbagai sambungan (menerusi naik taraf)
Alexa terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (Android sahaja)
Elite 2 dan Elite 3 akan berada di pasaran mulai September, manakala Elite 7 Pro dan Elite 7 Active akan mula berada di pasaran dalam Suku ke-4 2021. Kesemua produk akan boleh didapati di cawangan runcit terpilih dan di gedung rasmi Jabra di Lazada dan Shopee. Harga produk tersebut adalah seperti berikut:
Elite 7 Pro : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM999
Elite 7 Active: Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM899
Elite 3 : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM389
Elite 2 : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM299