SO Staff

Temasya Rangkaian (TERANG) 2021 Tampilkan Sekumpulan pengkarya Malaysia

Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa TERANG, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup melangkaui kekangan kawalan pergerakan. TERANG menampilkan sebuah arena maya bersandarkan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan.

Bencana sejagat COVID-19 mengubah tiap aspek kehidupan serta-merta. Kala kini, khalayak sedang melalui ubahsuai cara hidup, kerja dan istirahat.  Peralihan sebegini mendorong kelahiran TERANG pada 23 Mac tahun lalu, sekaligus bertindak sebagai platform maya yang menyajikan sokongan serta kandungan seni dan kemasyarakatan. Tahun lalu, TERANG berjaya menganjurkan 9 siri acara yang memuatkan 116 program tempatan, serantau dan antarabangsa, serta permuafakatan bersama Culture Del Mondo, Itali, dalam Piccolo Grandi Concerti Virtual Festival. Disember 2020 menyaksikan jaringan TERANG meliputi 5,700 pengikut di laman Facebook.

Tahun ini, TERANG tampil bercahaya bermula dengan acara pembukaan, Bual Tekstual, akan bermula pada 7 Ogos, menampilkan persembahan seni muzik Aki Seruling diikuti dengan wawancara bersama Iltizam Iman seputar mata pelajaran kehidupan. Bersiaran secara langsung dari Kebun Pusat Sekitar Seni, Batu Pahat, Johor, segmen ini melibatkan penulisan kajian sejarah, kebudayaan, bacaan puisi dan pencerapan alam semulajadi ke arah pembentukan pengalaman manusiawi.

Redo mengambil tempat untuk segmen seterusnya secara langsung dari Kolektif Naratif, melalui penganjuran bengkel penulisan dalam bentuk zine, perbincangan seputar isu semasa.

Fahmi Lokman bakal berkongsi budaya pembacaan dan arkib buku secara langsung dari Baris Kata Bookstore, serta cadangan naskah-naskah yang sesuai dibaca kala pandemik, disusuli dengan sesi bacaan karya-karya terpilih. Beliau bakal membawa penonton menjelajah alir industri persuratan dan perbukuan sehingga kala kini.

Sebanyak lima program utama bertema bakal berlangsung, iaitu Bual Tekstual, Kembara Musik Masa Hadapan, E-Sukan, Di Hati Filem serta Inisiatif Kreatif, dengan pelbagai segmen meliputi wacana, bengkel, forum dan persembahan yang dikendali oleh barisan artisan, pengkarya, pengkritik, dan pelbagai artis seni kreatif negara. Terang juga merancang untuk menjalinkan kolaberasi bersama Naza The Times, Mamat Khalid dan lain-lain lagi.

Menurut salah seorang pengasas TERANG, Muhammad Faixyl, “kami berhasrat untuk membuang jarak, mendekati khalayak melalui program yang lebih interaktif. Atas faktor ini, TERANG memperkukuh pelbagai program termasuk wacana, bengkel dan persembahan, yang tidak hanya memaparkan ilmu-ilmu pembangunan manusia, seni dan kebudayaan, tetapi menggalakkan perkongsian sesama panel dan audiens. Kita sedia maklum, pandemik merubah hidup kita secara total – maka melalui TERANG, kami berharap untuk menjadi sebuah arena sokongan maya yang menyuburkan pemikiran. Selain hadiah istimewa untuk audiens bertuah, kami ada pelbagai kejutan untuk anda semua.”

Temasya Rangkaian, TERANG, bakal bermula rasmi pada 7 ogos, 4:30 petang, dengan dukungan Iskandar Regional Department Authority (IRDA), Johor. Tujuan terang juga ialah untuk menjana pendapatan buat penggiat seni dan mampan ekonomi seni kerana meskipun acara adalah percuma tetapi setiap aktivis dan penggiat seni diberikan pendapatan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Media Sosial

Instagram: @Temasyarangkaian

Facebook: @Temasyarangkaian

Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN 2020 Iktiraf Para Pemaju Di Rantau ASEAN

Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 telah menganugerahkan lebih daripada 50 gelaran anugerah berprestij kepada pelbagai pemaju hartanah yang bersaing untuk mencapai pengiktirafan dalam kategori-kategori berbeza di acara maya pertama mereka yang disiarkan secara lansung di Facebook.

Dianjurkan buat kali kedua di Malaysia, Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 menarik para pemaju dari seluruh rantau untuk bersaing dalam persekitaran yang sihat, serta bertindak sebagai platform untuk pemaju berhubung dan berkongsi pengalaman dari segi kemajuan teknologi, idea dan strategi permasaran.

“Objektif penganjuran Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemaju-pemaju cemerlang yang layak memiliki anugerah di rantau ini, serta membangkitkan nama Malaysia di antara negara-negara ASEAN,” kata Encik Hagenz Choo, Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media.

“Kami sangat bangga kerana sebuah syarikat dari Malaysia, Des Prix Infinitus Media, telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan anugerah hartanah yang akan menghubungkan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain serta mengalakkan ekonomi tempatan pada masa yang sama,” ujar Yang Berhormat Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setiap penyertaan telah melalui prosedur penilaian yang sangat teliti dan menyeluruh oleh para juri Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN; Arkitek Low Wei Choon, Pengetua T-A Square International, Cik Stephanie Teong, Pengarah T-A Square International, dan Dr. Daniele Gambero, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REI Group of Companies.

“Semua penyertaan yang diterima kali ini menunjukkan peningkatan yang ketara apabila dibandingkan dengan tahun sebelumnya dan setiap projek mempunyai ciri unik mereka, malah terdapat beberapa projek inventif yang sangat menarik perhatian kami. Ini telah menimbul kesukaran untuk kami membuat keputusan  untuk menentukan pemenang tetapi selepas perbincangan yang panjang lebar, kami berjaya sebulat suara memutuskan para pemenang yang paling layak,” komen salah seorang hakim.

Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 bertindak sebagai pengawal selia industri, dimana ia mendorong para pemaju untuk membina bangunan-bangunan berkualiti yang mampu bersaing dengan negara-negara serantau. Ini memastikan industri tempatan sentiasa berkembang dan menetapi standard kualiti yang ditentukan yang juga berfungsi sebagai penanda aras industri hartanah.

Dengan Malaysia menerajui inisiatif ini di rantau ASEAN, Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 akan menyaksikan lebih lagi  penyertaan serta perkembangan serantau dalam tahun yang akan datang.

Layari https://aseanpropertydeveloperawards.com/ untuk maklumat lanjut.

Domino’s Presents Top Secret Sauce Pizza, times four, in a Quattro!

A good sauce makes all the difference in a pizza and this is the secret to Domino’s enriching its customers’ experience. Domino’s signature and unique Top Secret Sauce is featured in four of its crowd topping favorites, Tuna Temptation, Vegie Fiesta, Classified Chicken and Chicken Confidential. A sauce with a blend of cream, cheese and garlic crafted in year 2008 have captivated the hearts of millions of fans for its irresistible taste, making it an extraordinary sauce and available only at Domino’s.

This fanbase continues to grow. What used to be a niche favourite among Top Secret Sauce Lovers is now expanding as these lovers step out to express their love for the sauce. Recently, Domino’s Pizza introduced its all-new Top Secret Quattro featuring all four of its popular pizzas topped with its secret sauce, providing its customers an opportunity to get their hands on the top secret sauce in a variety of flavors in one single pizza. With the addition of Top Secret Quattro, customers also will not have to decide among four different pizza flavors or even forego one pizza for another as they have an opportunity to have a taste of all 4 flavors in 1, the perfect choice to suit different taste buds.

Till today, the taste of the unique Top Secret Sauce is indescribable but do we really need to describe the taste to enjoy the Top Secret Sauce Pizza? We asked the Top Secret Lovers and they said NO! The secret remains but every bite ignites a multisensory experience, set to provide a distinctive and unforgettable taste for all Top Secret Sauce Lovers.

Linda Hassan, Group Chief Marketing Officer, Domino’s Pizza Malaysia, Singapore & Cambodia said, “The launch of Top Secret Quattro is a tribute to Malaysians favorite sauce. Thanks to the amazing support and positive response of our best-selling Tuna Temptation, Vegie Fiesta, Classified Chicken and Chicken Confidential, which makes up 20% of our pizzas sold. We take immense pride in our signature Top Secret Sauce as this truly sets us apart from our competitors. We know Malaysians are familiar with pizzas topped with the classic tomato-based sauce, but do you know what makes the Top Secret Sauce stand out?”

“Those who has given the Top Secret Sauce a try would agree that there isn’t one word that can encapsulate the flavors but one thing they do share in common is the desire to keep coming back for more. We have customers who love all the flavors offered with the Top Secret Sauce and by incorporating all four into a single Quattro, we are not only able to provide customers an opportunity to try the different flavors that comes with our Top Secret Sauce but also saving the trouble of them choosing one flavor over the other. Top Secret Sauce fans can now enjoy the different pizza flavors and satisfy their cravings – what’s even better is that you can get it at an affordable price via our Everyday Value deals.”

“In everything we do, our customers’ preference is always at the top of our minds as we strive to fulfil our promise of “It’s All About You”. Rest assured we will always stand by our promise in creating great moments for our customers, families and friends. We have put in a great deal of effort to provide the best ingredients in our Top Secret Sauce to ensure it exceeds our customers’ expectations, in both quality and taste. We are heartened to know that we have gathered a huge fan following for our unique sauce! We have seen and heard your thousands of testimonials of our Top Secret Sauce and it fills us up with so much joy that our products are truly loved by Malaysians all over the country. We are pleased to present the extraordinary Top Secret Quattro for our fans to indulge together with their friends and family!” Linda concluded

Domino’s New Top Secret Quattro is available in Regular and Large sizes at Domino’s stores nationwide. Customers’ can also enjoy this new addition with Domino’s Everyday Value at a 50% OFF or Buy 1 Free 2 deals and save up to RM41.40. Additionally, the classics pizza range comes with a surcharge of RM3.90 and RM4.90 for Regular and Large pizzas respectively.

Apart from Everyday Value deals, customers can also purchase the New Top Secret Quattro with other ongoing promotions. To purchase, visit Domino’s stores or order online at http://www.dominos.com.my/.

“Lipsmate keluaran UFORA rasa seperti tidak memakai lipstik” – Kilafairy

Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipstik dan blusher.

Menurutnya, apabila diberikan lipstik keluaran UFORA, dia mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.”Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.”Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.”Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya.

Menurutnya tekstur lipstik ini yang lembut sememangnya tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.”Produk lipstik antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik UFORA.”Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Dua tahun lalu Kilafairy tampil dengan jualan produk makanan tambahannya iaitu KilaFit.Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.Sebagai public figure, Kilafairy turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Ini mencetuskan antara dia dan pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.”Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.”Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.”Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.

Tambahnya lagi, UFORA menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.”Apapun produknya memang meletup dan sangat bagus dan senang nak jual. Jadi tolonglah cuba dahulu.”Untuk permulaan kerjasama kami akan berjalan dalam tempoh dua bulan.Buat masa ini kami akan ‘test market’ terlebih dahulu.”Namun saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun yang bekerja secara profesional melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.”Saya pun nak bantu UFORA dan orang-orang diluar sana. Apa yang saya boleh buat ialah push produk ini untuk bagi orang cuba, orang suka dan beli.”Jadi yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendatangkan keuntungan,” katanya.

Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY di buat secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ pada jam 9 malam Sabtu (13 Februari).Mengulas perkembangan seninya, Kilafairy akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.”Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.”Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain.Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih yang sejiwa dengannya.”Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.”Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya yang sudah 10 tahun mengenali pemuda ini.

Album ‘BELAGU’ Dayang Nurfaizah Kini Telah Berada Di Pelantar DIgital

Selepas 15 tahun melancarkan album kontemporari klasik ‘Kasih’ pada tahun 2005, Dayang Nurfaizah hari ini melancarkan album studio kesembilannya BELAGU yang menyaksikan rakaman semula lagu-lagu Melayu klasik. Dayang menganggap BELAGU adalah sebuah projek khas bagi berkongsi intrepetasinya dalam menyampaikan lagu Melayu malar segar. Selain boleh didengari di semua platform digital hari ini, BELAGU turut hadir dalam bentuk cakera padat (CD) edisi terhad dan menyaksikan pra-tempahan di dayangnurfaizah.com untuk CD tersebut sudah pun habis dijual.

Album yang dibarisi lapan buah lagu ini merupakan sebuah naskhah yang cukup peribadi bagi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, malah judul BELAGU itu adalah datang dari ilhamnya sendiri. BELAGU adalah perkataan yang diambil dari dialek Melayu Sarawak yang membawa maksud menyanyi. BELAGU itu ringkas namun cukup sempurna menterjemah dan menceritakan tentang alunan suara Dayang dalam melengkapkan album ini. BELAGU adalah satu penghormatan juga penghargaan kepada lagu-lagu klasik. Diterbit dan disusun muziknya oleh penerbit berpengaruh Aubrey Suwito dan dipersembahkan oleh Dayang dalam alunan tradisional yang tersendiri, BELAGU menyajikan karya klasik Melayu dalam persembahan yang lebih segar.

BELAGU disempurnakan dengan lapan trak yang mana lagu TUDUNG PERIUK telah dilancarkan sejak Januari lalu menerusi platform digital. Sejak dilancarkan TUDUNG PERIUK telah mendapat respons positif dari pengkritik muzik, media mahupun peminat muzik. Malah TUDUNG PERIUK berjaya menduduki tangga kedua di carta iTunes Malaysia. Selain TUDUNG PERIUK, album ini turut disempurnakan dengan tujuh lagi lagu iaitu, JIKALAU ABANG MERINDU, MALAM KU BERMIMPI, TAK SEINDAH WAJAH, TARI TUALANG TIGA, DIKIRIM JANGAN DIPESAN JANGAN, KENANG DAKU DALAM DOAMU dan juga sebuah lagu duet bersama Hael Husaini, GURINDAM JIWA.

Keistimewaan yang mahu diketengahkan oleh BELAGU tidak hanya pada susunan muziknya namun juga pada proses rakamannya sendiri. Dayang mahu mengalami sendiri bagaimana merakamkan lagu dengan iringan muzik secara lansung lantas mencetus idea untuk dia ‘membawa’ studio rakaman ke ruang yang lebih besar. Berpandukan pengalamannya merakamkan lagu-lagu di studio sebelum ini, kebiasaannya penerbit akan memintanya menyanyikan beberapa rangkap berulang-ulang hingga semua berpuas hati.

Menurutnya, dia tidak mahu mengulang cara sedemikian pada album yang dianggap cukup istimewa ini. Dayang mahukan ‘mood’ lagu yang dipersembahkan mengalir bagaikan air agar emosi penyampaiannya sampai kepada yang mendengar. Dia cuba menghidupkan semula cara orang-orang dulu merakamkan lagu, yakni ditemani pemuzik-pemuzik secara langsung.

Dalam merealisasikan visinya untuk album ini, Dayang mendapatkan sentuhan magis Aubrey Suwito. Aubrey pula berpendapat, lamaran Dayang untuk dia menerbitkan album ini bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Impian menerbitkan album lagu-lagu klasik seperti BELAGU adalah antara impian yang sudah sekian lama dipendam. Aubrey juga menganggap pengalaman berkolaborasi album ini bersama Dayang juga satu pengalaman yang ‘dahsyat’. Menurut Aubrey, dalam menyusun muzik untuk BELAGU dia tidak mahu melakukan gubahan yang akan mengikis keaslian lagu asal. Hajatnya hanya mahu memperindahkan keaslian dan jiwa lagu-lagu klasik menggunakan teknologi hari ini.

“Dayang berharap semua peminat Dayang akan menghargai album ini dan menerima mesej yang mahu Dayang sampaikan. Dayang mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.”

“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. Dayang anggap penghasilan album ini bukan saja satu penghargaan kepada orang-orang lama tapi juga sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni.”

BELAGU diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dayang Nurfaizah, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Album ini boleh dinikmati secara digital sekarang di platform muzik maya utama seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox.

Keriangan Keluarga Dalam Famili Duo

Spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. Program realiti nyanyian ini bakal bersiaran mulai 14 Februari 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam selama 8 episod. Anda juga boleh menonton program ini di www.tonton.com.my 

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Famili Duo merupakan program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Kami berharap agar program ini dapat mengeratkan silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang. Dalam keadaan masih memerangi pandemik Covid-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan SOP yang lebih ketat. Jadi, Famili Duo diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.”

Famili Duo dibawakan oleh peneraju platform makanan atas talian di Asia Pasifik foodpanda, keriangan dengan setiap pesanan. Menurut Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda, “Pada masa ini, kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Program seperti Famili Duo, adalah penambahan yang tepat pada masa ini, memandangkan keadaan semasa di seluruh negara. Perkongsian di antara foodpanda dan Famili Duo ini sangat sesuai kerana ia mempunyai hala tujuan yang selari dengan foodpanda, iaitu untuk menyebarkan keriangan dengan setiap pesanan. Duduklah di rumah dan nikmati program ini sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui foodpanda, atau cuba pandamart dan dapatkan barangan runcit dalam masa kurang dari 30 minit.”

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu 1 ‘cover song’ dan 1 nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai. 

Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Senarai peserta Famili Duo: 

Episod Hubungan  Selebriti
1 adik-beradik 
  1. Amira Othman & Irfan Haris
  2. Yamani Abdillah & Zaki Yamani
  3. Naim Daniel & Emylia Izzati
  4. Syafie Naswip & Sapawi
  5. Tajul & Beby Acha
2 ibu/bapa dan anak
  1. Siti Saerah & Umairah
  2. Ashira & Syed Aziz
  3. Aisha Retno & Jen Retno
  4. Sharifah Zarina & Athalia
  5. Sharifah Shahira & Tallisya
3 suami isteri
  1. Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah
  2. Salma Asis & Azri
  3. Anas Ridzuan & Ana Syuhada
  4. Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana
  5. Lan Solo & Sheila
4 ibu/bapa dengan anak
  1. Amyza Aznan & Adrian
  2. Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi
  3. Amelina & Puteri
  4. Liza Abdullah & Naffiz Zolkefli
  5. Shajiry & Hafiz
5 sepupu
  1. Oja & Eka Caramelt
  2. Aman Nassim & Zarina Zainoordin
  3. Hefny Sahad & Qiqin Muse
  4. Ara Johari & Syafiq Erwin
  5. Fiza Thomas & Nasfikry
6 bapa saudara/ibu saudara dan anak saudara
  1. Ezad Lazim & Along Zaimi
  2. Asmidar & Tiar Zainal
  3. Zamani & Zynakal
  4. Eranz & Rina Azhar 
  5. Ayu Damit & Shah 
7 adik-beradik
  1. Sharif Zero & Atu Zero
  2. Ieda Moin & Eddy Moin
  3. Shiha Zikir & Ieda Zikir
  4. Sarah Fazny & Boy
  5. Jiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8 suami isteri
  1. Aepul Roza & Leez Rosli
  2. Haziq Hussni & Ayunda Putri
  3. Ifa Raziah & Yani
  4. Rosma & Khai
  5. Tuju & Loca B

Samsons Tampil Dengan Album Terbaru Berjudul “V”

Kumpulan Samsons baru saja melancarkan album terbaru mereka yang diberi judul “V”.  Bertepatan dengan judulnya, ini adalah album kelima mereka setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia. Album ini dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia.

Bukan calang-calang album “V” ini kerana terdapat penglibatan puluhan pemuzik terdiri daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.  Dalam album “V” ini, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu. Tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat kerana diiringi alunan bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Untuk album “V” ini Samsons mendapatkan khidmat 55 pemuzik terbaik orkestra di Budapest, terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Dalam album “V”, terdapat 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka. Beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single; “Ternyata cinta”, “Tuhan tidak pernah salah”, “I Love U”, “Cinta Mati” dan juga “Jika Nanti” single terbaru mereka akan dilancarkan serentak dengan album ini.

Lagu “Jika Nanti” menjadi trek fokus untuk album V  memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan lirik lagu “Jika Nanti”, mendengar lagu semasa menonton video muzik tersebut membolehkan anda menikmati single “Jika Nanti” lebih mendalam sambil memanjakan mata anda dengan visual yang menarik.

Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album “V”. Dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu. Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara.

Pada tahun 2021, Samsons juga meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, lagu ini merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena daripada Samsons dan masih kerap didengar sehingga kini,

Sempena meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, Samsons akan memberi kejutan kepada pendengarnya,

Nantikan!

TREK LAGU:

  1. Lalu
  2. Sampai Padamu
  3. Ternyata Cinta
  4. Tuhan Tak Pernah Salah
  5. Andai Aku Tahu
  6. Jika Nanti
  7. I Love U
  8. Denting Asmara
  9. Cinta Mati
  10. Tak Semestinya
  11. Move On
  12. Sahabat

SAMSONS

Aria Dinata – vokal

Irfan Aulia Irsal – gitar

Erik Partogi Siagian – gitar

Aldri Dataviadi – bass

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/samsonstheband

Twitter: @samsonstheband

Instagram: samsonstheband

YouTube: SamSonS Band

Produk Kecantikan Mylea Melantik Rozita Che Wan Sebagai Duta

Di awal tahun 2021 Syarikat Amylea Group Sdn BHd mengorak langkah dengan melantik pelakon terkenal, Puan Rozita Che Wan sebagai duta untuk jenama Mylea. Majlis sidang media serta menandatangani kontrak khas ini telah diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini. Antara yang hadir ke majlis ini adalah pengasas jenama Mylea , Puan Amylia Farhana, pelakon terkenal Puan Rozita Che Wan serta rakan-rakan media.

“Produk Mylea ini telah wujud dari tahun 2012 dan telah banyak membantu para pelanggannya mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Ini merupakan kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat,” tegas Puan Amylia.

Produk Mylea ini bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam untuk mempunyai jenama sendiri, Tuan Mohd Fakrul sanggup berhempas pulas serta berhujan panas demi menguruskan perniagaan untuk keselesaan keluarga di masa depan.Manakala Puan Amylia pula merupakan sales marketing di sebuah hotel tempatan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi merealisasikan impian beliau untuk mempunyai jenama sendiri.

Dengan perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta, ia bakal memperkasakan lagi produk Mylea di pasaran. Ini juga merupakan satu langkah yang baik untuk produk Mylea dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea di peringkat antarabangsa. Jenama Mylea juga telah menerima pelbagai anugerah serta penghargaan antaranya Asia Pasific Super Health Brand sejak 2018 hingga sekarang serta syarikat ini telah berjaya mendapat SME100 AWARDS 2020.

ALIFE AGAIN Mencipta Industri Acara Langsung Di Masa Depan

DISEBABKAN pandemik Covid 19 terus- terusan mengancam industri acara langsung (live events) yang belum pernah terjadi selama ini, Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) mengharapkan agar tahun baru ini akan memberi pencerahan menuju pemulihan. Sebahagian besar inisiatif ALIFE 2020 ialah untuk melibatkan kerjasama pihak berkuasa yang relevan dalam usaha membenarkan acara secara langsung ini dapat dilaksanakan dengan selamat bersama pelaksanaan protokal kesihatan yang ketat.

“Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sulit buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha untuk mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung melalui Forum ALIFE AGAIN,” tegas Para R. yang merupakan Pengerusi ALIFE.

ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan akan dipersembahkan dalam bentuk acara hibrid dengan sebilangan kecil peserta langsung serta penyertaan dalam talian. Forum yang akan menampilkan sekumpulan ahli panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung akan menangani topik-topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaan & bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara.

Antara ahli panel yang bakal menyertai forum ini adalah legenda muzik Malaysia, Datuk M.Nasir, Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group, Ilya Kravtsov Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation yang merupakan sebuah syarikat teknologi acara terkemuka, Kim Lim yang merupakan Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music,wakil dari agensi kerajaan termasuk Cendana dan MyCreative dan ramai lagi. Sesi ini juga menampilkan ahli panel dari industri hiburan langsung dari seluruh rantau ini.

Dengan kumpulan penggerak dan nama-nama besar industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, forum ini akan menyediakan platform yang hebat untuk para peserta untuk belajar, adaptasi dan melaksanakan strategi untuk kesinambungan semula acara secara langsung selepas wabak.

Sebagai infomasi dua bulan lalu, industri secara langsung melalui ALIFE telah mengirimkan SOS kepada Kementerian dan agensi kerajaan berkenaan usaha menyelamatkan industri selepas semakin banyak pengendali, pembekal, kru dan pekerja dipaksa berhenti dan keluar dari sektor ini.

Dua bulan kemudian, walaupun terdapat banyak sektor ekonomi yang dibenarkan memulakan operasi beserta pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Nasional, industri siaran langsung berada dalam Aktiviti Terhad Majlis Keselamatan Nasional (Senarai Aktiviti Dilarang). ALIFE terus menuntut kepimpinan proaktif dari Kerajaan dalam membantu industri secara langsung.

Pendaftaran FORUM ALIFE AGAIN adalah percuma dan dibuka kepada semua pengamal acara langsung yang berminat dengan dasar ‘first come first serve’. Pendaftaran dibuka pada hari Khamis, 6 Januari 2021 melalui www.alife.my.

Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, sila emel alifecouncil@gmail.com

10 Tips Tipu Bini

Buat julung kalinya Dato‘ Awie menerbitkan sebuah filem di bawah terbitan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. berjudul ’10 Tips Tipu Bini’, yang diarahkan oleh Azizi ’Chunk’ Adnan, manakala skrip ditulis oleh Armada AI Haq. Filem genre komedi ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021 dan bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saIuran 480 mulai 7 Januari 2021.

10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter dan komedi mereka yang bersahaja. Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam sebuah karya menghimpunkan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai Iagi.

Tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya, Dato’ Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Awie mahu membuka tirai tahun 2021 dengan sebuah projek yang tak kalah hebatnya. Menurut Penerbit dan juga Pelakon 10 Tips Tipu Bini, Dato’ Awie berkata, “lni sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. lsu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi.”

“Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan”, tambah Dato’ Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ”Filem im’ merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan bertanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya di luar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industrifilem tempatan.”

Ringkasnya, filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ’DUBUK LIAR’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ’Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ’intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ’kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ’Sang Kekasih’ dan juga ’Dubuk Liar’. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings.

Sementara itu, pihak produksi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakam penghargaan buat pihak yang sudi bekerjasama dan menaja sidang akhbar 10 Tips Tipu Bini.

Pihakpihak terbabit adalah T-shirt and chocojar Mouthgasm Crunchy, Cookies Cookies Most Wanted (CMW), penutup muka Mask Kaw, lokasi MATIC, sanitasi tangan Million Pink Sdn Bhd, penyediaan katering Primiera Hotel Kuala Lumpur dan rakan cetak Achik Sdn Bhd.

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Universiti Putra Malaysia bekerjasama dengan PNT Research untuk meningkatkan keberkesanan bahan berfungsi

Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini mengumumkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi untuk menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat. Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik, seperti barah, kencing manis, penyakit Alzheimer dan penyakit kardiovaskular Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein, dan DNA.

Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran.

Untuk membantu mencari jalan penyelesaian, ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.

“Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik,” katanya.

Pengarah urusan PNT Research, Lee Bin Hao, mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.

“Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD®.

“Usaha kami akan dibangun berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna,” katanya.

Pengkaji madya (associate researcher) BBRC, Dr Fadzlie Wong Faizal, berkata bekerjasama itu bukan satu (1) norma tetapi kejayaan yang luar biasa.

“Jelas bahawa kisah kejayaan kolaborasi itu tidak dibuat di ruang dewan pencakar langit. Ini adalah hasil visi dan misi bersama untuk menggalak, melindungi dan meningkatkan kesihatan sepanjanf hidup.

“Kami akan memberikan yang terbaik untuk menggerak inovasi saintifik dan teknologi bagi mencapai output berkualiti tinggi,” katanya.

Saintis PNT Research, Jass Kwa Jia Sim nenyifatkan kerjasama itu sebagai contoh utama bagaimana akademik dan industri dapat meningkatkan pertumbuhan yang didorong oleh inovasi.

“Lebih banyak yang dapat dilakukan meningkatkan output ilmiah Malaysia agar setara dengan negara-negara dunia pertama seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Kita semua berperanan dalam memperbaiki kehidupan orang lain,” katanya.

Turut hadir adalah wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin; DKSH dari Switzerland yang merupakan peneraju dunia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran; dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen.

Perikatan Strategik

1. Fitoplancton Marino
Pencipta TetraSOD®, syarikat bioteknologi laut Fitoplancton Marino, memuji kerjasama itu sebagai perkongsian yang akan menyuntikkan nafas baru dalam R&D bahan-bahan berfungsi.

Ketua pengarah Fitoplancton Marino, Carlos Unamunzaga, berkata: “Kami berbangga melihat rakan kongsi
kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka. Industri ini akan mendapat banyak manfaat dari
kepakaran baru di Malaysia ekoran kerjasama antara UPM dan PNT Research.

Fitoplancton Marino komited untuk bekerjasama dengan rakan perniagaan kami, berkongsi pengetahuan teknikal dan mencari kaedah untuk meningkatkan keberkesanan produk, kata Unamunzaga.

“Kami berharap dapat memperkuat pakatan strategik kami dengan PNT Research, untuk meningkatkan
keupayaan dan potensi sains dalam memberikan kesihatan dan kesejahteraan.

“Kami yakin mereka akan mencapai kejayaan dengan UPM, yang merupakan antara terbaik dan kini menduduki tempat ke-28 universiti terbaik di Asia tahun ini,” tambahnya.

2. DKSH

DKSH, penyedia Perkhidmatan Perluasan Pasaran terkemuka di dunia, mengucapkan tahniah kepada PNT
Research atas kerjasama dengan UPM.

Pengarah DKSH Asia Tenggara (Performance Materials, Indonesia, Malaysia & Singapore), Victor Liew,
berkata: “DKSH menikmati hubungan kerja yang kuat dengan PNT Research – berlandaskan matlamat bersama untuk memperkayakan kehidupan orang ramai – menyokong rakan perniagaan kami dengan dedikasi yang menggabungkan kebolehpercayaan Switzerland dan sikap boleh-lakukan (can-do attitude) orang Asia.

“DKSH berkongsi misi dan visi PNT Research dan sedia bekerjasama rapat dengan PNT Research dalam memberikan bahan-bahan berfungsi dan nutraseutikal berkualiti, kepakaran teknikal yang komprehensif dan penyelesaian yang canggih.

“Kami berbangga melihat rakan niaga kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka,” katanya.

3. Gelita

Gelita, syarikat nombor satu di dunia dalam penyelidikan kolagen, juga menyampaikan mesej tahniah.

Dalam perutusannya, pengurus perwakilan Gelita untuk Asia Tenggara, Louis Emmanuel Jaillon, menyatakan bahawa Gelita dan PNT Research komited untuk memacu inovasi produk bahan berfungsi.

Dia menyatakan kesediaan Gelita untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama PNT Research untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai.

“Kami sedia berganding bahu dengan PNT Research untuk memperluas aplikasi bahan berfungsi,” katanya.

Sariya Chubpailin, penyelaras perniagaan di Gelita Thailand, berkata: “Kami yakin bahawa kerjasama antara UPM dan PNT Research akan memberikan sumbangan yang berguna untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan bagi orang ramai,” katanya.Sariya Chubpailin, business coordinator at Gelita Thailand

Air Selangor menerima pengiktirafan di Anugerah Air Global 2020

Air Selangor baru-baru ini mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan di Anugerah Air Global 2020 di bawah kategori ‘Public Water Agency Of The Year’.Berita ini di kongsi melalui laman Facebook rasmi Air Selangor.

Anugerah yang di terima ini secara tidak langsung mengiktiraf Air Selangor selaku pembekal perkhidmatan air terawat yang selamat serta bersih.Secara tidak langsung ia mengharumkan nama Malaysia di persada luar negara. Air Selangor bertekad akan memberi perkhidmatan yang lebih baik di masa hadapan.

Air Selangor juga telah mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca pencemaran serta permasalahan lain yang mereka hadapi ketika beberapa siri gangguan air baru-baru ini. Dalam beberapa siri gangguan air hampir lebih sejuta akaun pengguna yang terjejas dlm pelbagai sektor.Mungkin ramai di luar sana tidak mengetahui jika air tercemar maka tugas loji terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.Ia bagi tugas membersihkan kembali air yang telah tercemar. Kadang kala ia mengambil masa yang singkat untuk dibaik pulih dan kadang kala mengambil masa yang agak lama bergantung pada masalah pencemaran air.Ini kerana air yang sudah tercemar tidak sesuai untuk diminum atau digunakan.

Dengan anugerah ini,pihak Air Selangor telah menjalankan tugas serta mengikut prosedur-prosedur yang bertaraf antarabangsa bagi memastikan kualiti air yang disalurkan adalah bersih dan selamat digunakan oleh semua pengguna. Pihak yang berwajib bakal mengetatkan lagi undang-undang serta membawa pesalah ke muka pengadilan.

Kita berharap agak semua pihak dapat bekerjasama bagi menjaga kebersihan serta mencegah pencemaran air dengan tidak membuang sampah atau bahan2 terlarang ke dalam sungai atau sumber air.