SO Staff

XPDC pula bakal beraksi di HARD ROCK CAFE Kuala Lumpur pada 9 FEBRUARI 2020

Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.Β  Bakal menghangatkan pentas Sunday Night Live (SNL) di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 9 Februari 2020 jam 10.30pm

Sehingga kini genaplah 31 tahun usia XPDC di mana telahΒ  ditubuhkan sejak tahun 1989 dianggotai oleh line up asal iaitu Mael, Zuar, Amy dan Jeff. Kumpulan ini bergenrekan muzik heavy metal dan sepanjang pembabitan dalam industri muzik, XPDC telah menghasilkan sebanyak 7 album studio diantaranya, Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal dan Rasopariso. Mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada tahun 1994 sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit. XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelosok tanah air dan mereka sememangnya sinonim dengan gelaran β€œKing of Stage”.

Pada edisi yg ke -4 Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini, XPDC akan membuat persembahan istimewa dalam 2 segmen untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Hamba Abdi, Ntahapapantah, Penyakit Gatal, Aku Masih Di Sini, Lagu Dari Aku, Titian Perjalanan + Hentian Ini + Aku & Sesuatu – Medley Slow Ballads, Hidup Bersama, Kabus Semalam, Senapang Patah, Raja Kertas, Selendang Merdeka, Talam Dua Muka, Kita Peng Yu dan juga lagu Semangat Yang Hilang. Dengan harga tiket serendah RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) fan tegar dapat menonton SNL bersama XPDC ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live! Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair. Untuk sebarang maklumat sila hubungi talian +603-27155555.

 

Konsert Kembara Kita

TERUJA bakal berkongsi pentas dengan penyanyi legenda rock, Datuk Ramli Sarip, ratu rock Malaysia, Ella Aminuddin mengakui berasa takut dan gementar berikutan itu adalah gandingan pertama kali mereka di pentas.

Konsert yang diberi nama Kembara Kita itu akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bermula dengan kembara muzik rock yang berbeza arah tuju dan haluan, akhirnya takdir menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di persimpangan yang sama. Pada mulanya, Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album Ella setelah Ella mengambil keputusan bergerak secara solo selepas kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah penglibatan mereka dalam Battle of the Bands.

Kemudian, muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990).

Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera).

Sepertimana kapsul waktu, setiap kembara ada tempoh matangnya. Kini, ia sudah sampai waktunya untuk kedua-dua lagenda ini bergabung dan beraksi buat julung kalinya di atas pentas yang sama dalam konsert KEMBARA KITA.

KEMBARA KITA bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik mereka, malah sebahagian daripada β€˜soul’ dan kedewasaan mereka sebagai sumbangan terhadap industri muzik ini.

KEMBARA KITA bukanlah sekadar konsert biasa. Luar biasanya ia bakal menampilkan perjalanan muzik mereka secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara mereka bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini.

Ia juga turut diiringi barisan pemuzik berpengalaman yang bakal mengiringi persembahan masing-masing dalam konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan β€˜repertoire’ yang tidak pernah disaksikan di mana-mana persembahan sebelum ini.

Daripada segemen solo kepada segmen duet, Datuk Ramli Sarip dan Ella akan melakukan β€˜kejutan’ tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka yang datang menyaksikan konsert KEMBARA KITA.

HARGA TIKET

RM510/RM460/RM360/RM310/RM260/RM210/RM160/RM110

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari

www.ilassotickets.com

atau

Hotline
+603 2170 6333

MALAYSIA plays hosts to ASIA PACIFIC PRINCE & PRINCESS 2020

The Prince & Princess Cheongsam – Samfu 2020 / Ambassador 2020 kids catwalk & talent competition and the International Charity Bazaar 2020 was officially launched at a press conference which was held at ParisZki Talent’s Touch Studio in Ukay Heights today.

Both events will be held simultaneously at the Quill City Mall in Kuala Lumpur from 10.00 am to 9.00 pm daily on 1st and 2nd February 2020, and will feature a variety of activities that will include kids competitions, festival fashion shows, dances, workshops, a charity bazaar, live performances and lucky draws. Performing live at the event will be TV3’s Mentor Legenda finalist Sarah Fazny, celebrated singer-songwriter Hasnol Ariff, upcoming child singer Yuba Boukendoul and Malaysian boy band Outbreak. Among the fashion shows presented will be by Luire, Tradisindo and Kurasi, and a special β€œTrend Kebaya 2020” showcase by Rumah Kebaya Malaysia. The workshops will feature programs such as Carribean & Arabic Cooking Style, Austrian Pancakes in the Making, Italian Cooking Show, Italian Decoupaged, Soap Making and Henna Painting, among others.

The main event which is the Prince & Princess Cheongsam-Samfu 2020 / Ambassador 2020 competition will be divided over two days. The first day will see participants competing in the talent competition while day two will focus on modelling. The talent competition is open to participants who will be given the opportunity to showcase their talents in singing, music, dancing, magic and other variety acts.

The following categories which will be in contention at the Prince & Princess Cheongsam-Samfu 2020 competition are as follows:

– Mini Miss Cheongsam (3 – 7 years-old)

– Mini Mr Samfu (3 – 7 years-old)

– Little Miss Cheongsam (8 – 12 years-old)

– Little Mr Samfu (8 – 12 years-old)

– Miss Pre-Teen Cheongsam (13 – 17 years-old)

– Mr Pre-Teen Samfu (13 – 17 years-old)

– Miss Cheongsam (18 years-old & above)

– Mr Samfu (18 years-old & above)

– Grandma/Mom & Grandchild/Child Cheongsam/Samfu Walk

– Talent

Ambassador Awards 2020 will also be presented at the competition with the following up for grabs:

Ambassador Award – Talent’s Touch Studi

Ambassador Award – Asia Pacific Prince & Princess 2020

Ambassador Award – Club Yummy Mummy

Ambassador Award – Quill City Mall 2020

Ambassador Award – C Plan 2020

Ambassador Award – Laffa Wedding Beauty 2020

Two Grand Champions will represent Malaysia at the C Plan Kids Supermodels finals in Beijing, China, and also at the Asia Pacific Prince & Princess 2020 finals in Melaka.

The two-day International Charity Bazaar 2020 will host around 25 vendors, with proceeds being donated to Pertubuhan Sayang Malaysia (PERSAMA), which is focused on helping children with special needs, especially autism..

Also launched at the press conference is the Asia Pacific Prince & Princess 2020 Finals which will be held in June 2020 at the historic city of Melaka. It will be the very first time, the popular and well respected international kids competition, will be hosted in Malaysia, with ParisZki Talent’s Touch given the priviledge and trust to organise it. The international competition will see talented delegates from more than 30 countries from across Asia Pacific vying for honors in our country.

The Asia Pacific Prince & Princess Fashion Week 2020 which will be staged in Kuala Lumpur on April 2020, was also announced during the press conference. The first batch of 21 kid models from Malaysia were revealed to the members of the media during the event.

They are:

  1. Chanel Chan
  2. Mumtaz Farha
  3. Carlson Low
  4. Carrison Hoi
  5. Chelyssa Hoi
  6. Nur Ilyasha Qistina
  7. Nikki Tou
  8. Sophia Hiley
  9. Kyzer Tou
  10. Sheryan Aisha
  11. Suraya Tasha
  12. Jayden Ng
  13. Adebella Ng
  14. Isabelle Tan
  15. Rami Darman
  16. Ku Puteri Ameera
  17. Bong You You
  18. Paris Boukendoul
  19. Khusna Tamadhania
  20. Kyla
  21. Yuba Boukendoul

The press conference also saw the announcement of the collaboration between upcoming child singer Yuba Boukendoul and celebrated singer-songwriter and producer Hasnol Ariff. Hasnol will be producing an Asian music album for Yuba, who is of Malaysian-Chinese and Algerian descent, The album which features songs in Malay, English and Chinese, is targeted for the Malaysia and also China markets. ItΒ  is expected to be released in July 2020. Yuba is the Prince & Princess 2019 International Champion and also the Global Champion of Star Macao International.

The press confernce was concluded with the announcement of flamboyant film producer, actress, editor and writer Godmot as Patron and Mentor for the competition.

Prince & Princess Cheongsam-Samfu 2020 is organised by ParisZki Talent’s Touch and co-organised by Yummy Mummy Club.

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Juara program Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Masdi menampilkan kelainan pada video muzik (MV) rasmi single terbarunya, Asmara iaitu dengan melancarkan cerita Asmara The Series yang ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos.

Siri yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Sandakan, Sabah itu diterbitkan sebanyak empat episod dan satu episod khas menerusi MV rasmi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Amir, 24, atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi berkata, penamat kepada jalan cerita itu akan dipaparkan dalam MV Asmara.

β€œSiri ini ada empat episod dan penamat jalan cerita pada MV rasmi. Kiranya, kalau peminat dan penonton ingin tahu keseluruhan jalan cerita kena menonton daripada episod pertama.

β€œKalau menunggu MV saja, memang tidak akan faham. Sebabnya, dalam MV nanti adalah pengakhiran cerita ini.

β€œBagi saya, ini sesuatu yang baru dalam penerbitan MV. Kebiasaannya orang buat filem pendek satu episod saja, tapi saya dan pasukan inginkan kelainan. Jadi, lahirlah idea untuk menghasilkan Asmara The Series ini,” katanya.

Menariknya, ini pembabitan pertama Amir dalam bidang lakonan semata-mata untuk menjayakan MV Asmara.

Menurut Amir, dia berterima kasih kepada pengarah, Khairul Hazwan (KH) yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang enam hari di lokasi.

 

Kumpulan Gersang Kembali Demi Peminat

Kumpulan yang pernah popular dengan laguΒ Masih Aku Terasa, Gersang bakal beraksi di S.O.L Kuala Lumpur pada 1 Febuari ini.Β  Band yang telah di tubuhkan pada tahun 1981 itu mula meniti bibir penggemar muzik rock tempatan setelah tampil dengan album pertama yang berjudul Gersang.

Nama GersangΒ terus dikenali ialah melalui ballad mereka malah ada di antara line-upnyaΒ terus β€˜di angkat’ oleh kumpulan-kumpulan rock terkenal negara iaituΒ kidΒ bersamaΒ SearchΒ danΒ JojetΒ bersamaΒ Wings.

Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki JuaraLagu ’89 dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMC yang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 kerana Man Bai mengalami sakit Tonsil yang serius.

Gersang masih lagi mengekalkan anggota asal iaitu Man Bai –Vokalis, Man Greng – Bass Gitar, Jojet – Dram, Acis– Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar.Β  Setelah kejayaan album pertama, mereka tampil dengan album kedua yang berjudul β€œTakdir”. Seterusnya mereka hadir dengan album ketiga β€œB29” dan terus vakum sehinggalah mereka membuat kemunculan semula pada 1 Julai 2012.

Kali terakhir mereka di gandingkan bersama sewaktu program Hiburan Minggu Ini kelolaan RTM pada 29 Oktober lalu.Β  Lantaran sokongan peminat yang tiada bernoktah, maka mereka bakal tampil diΒ  S.O.L PJ PALMS SPORTS CENTER, No 1, Lorong Sultan, Pjs 52, Petaling Jaya, Selangor. Persembahan bakal bermula pada jam 9.30 malam.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan Gersang boleh lah mendapatkan tiket yang berharga RM80.00 atau boleh menghubungi 0122382993.

 

Burger KingΒ  memperkenalkan restoran berkonsepkan barbeku dalam taman pertama di Malaysia

Burger KingΒ  buat pertama kali di Malaysia memperkenalkan restoran konsep barbeku dalam taman sempena meraikan pembukaan cawangan restoran ke -100 jenama itu pada 18 Januari 2020.

Restoran yang terletak di tingkat bawahΒ  Pusat Beli-belah IPC ini diperkenalkan untuk mewujudkan suasana yang lebih memberansangkan supaya para pelanggan dapat menikmati pengalaman sebenar memakan burger panggang asli disamping mendekatkan lagi para pelanggan kepada asal usul jenama berkenaan.

Dunia makanan segera semakin berkembang pesat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Burger King Malaysia, Ng Lee Tieng.

β€œJika dahulu makanan segera sinonim dengan burger dan kentang goreng yang disediakan dalam masa yang paling singkat, kini tidak lagi. Permintaan para pelanggan masa kini lebih tinggi. Walaupun mereka memilih untuk makan di makanan segera, mereka mahukan suasana ruang makan yang unik dan makanan yang berkhasiat yang disediakan dengan bahan-bahan asli yang juga disediakan dalam masa yang paling singkat.

“Burger King telah menghidangkan burger panggang 100 peratus asli sejak awal penubuhannya lagi. Oleh itu, kami merasakan bahawa dengan menyediakan persekitaran yang mencerminkan menu jenama ini, kami akan menawarkan pengalaman sempurna bagi pelanggan untuk menikmati 100 peratus rasa sebenar keenakan burger panggang,” kata NgΒ  sambil menambah,Β  konsep reka bentuk panggang dalam taman 20/20 yang baru diumumkan itu sudah diperkenalkan di United KingdomΒ  pada tahun 2015.

Menjelaskan reka bentuk terbaharu ini, Ng berkata bahawa restoran itu memaparkan konsep baru menggunakan bahan binaan seperti buluh, batu bata, tembaga semulajadi dan ukiran kayu untuk memperkasakan tradisi yang mengangkat hidangan jenis panggang yang sebenar.

Berkenaan mengapa Burger King Malaysia telah memilih untuk melaksanakan konsep baru sebagai reka bentuk untuk restoran ke-100, Ng menambah bahawa pembukaan cawangan ke-100 merupakan pencapaian besar bagi jenama itu dan ia adalah bukti keutuhan jenama tersebut dan sokongan dari pelanggan di Malaysia kepada burger panggang asliΒ  sejak penubuhannya 23 tahun lalu.

Oleh itu, Burger King berharap suasana baru yang ditawarkan kepada pengunjung bukan saja akan membezakan jenamaΒ  itu dengan rangkaian makanan segera lain,Β  tetapi berupaya meningkatkan pengalaman sebenar menikmati hidanganΒ  burger panggang yang 100 peratus dipanggang menggunakan bara api.

“Mewujudkan kelainan reka bentuk restoran ke-100 ini antara salah satu daripada pelbagai inisiatif kamiΒ  untuk mewujudkan suasana ruang makan lebih memberansangkan deria rasa pelanggan kami supaya mereka mendapat pengalaman makan yang menyeluruh ketika menikmati burger kami yang diperbuat dengan bahan-bahan asli yang bebas bahan tiruan, penambah makanan,Β  pengawet dan pewarna makanan.

β€œDi Burger King Malaysia, kami komited untuk menghidangkan kepada bahan-bahan premium melalui resipi istimewa kami untuk memaniskan lagi pengalaman makan sekeluarga,” kata Ng sambil menambah bahawa Burger King berhasrat membuka 50 cawangan lain di seluruh Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dalam meraikan pembukaan restoran ke-100 di Malaysia, Burger King akan memberikan 100 burger percuma di semua cawangannya di seluruh negara kecuali cawangan yang terletak di lapangan terbang dan Sunway Lagoon pada 18 Januari 2020.

Konsert 4G’s: Black, Hazama, Tomok & Akim

Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasiΒ  seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air, empat penyanyi lelaki generasi masa kini: Black, Hazama, Tomok dan Akim bersedia untuk menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.

Julung kali disatukan, tidak cukup dengan Anugerah Terindah, Mana Mungkin dan Sofea Jane daripada Black; Cinta Teragung,Β  Malaikat dan Penglipur Lara (Hazama); atau Sejarah Mungkin Berulang oleh Tomok dengan seleksi Bagaikan Bidadari dan Arjunanya; Akim bersama Bengang serta Mewangi, konsert tersebut menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi terhadap pertumbuhan empat penyanyi itu sehingga kini sebagai konsep pengisian.

Dinamakan sebagai Konsert 4G’s:Β  Black, Hazama,Tomok & Akim, paduan suara dengan tagline β€˜Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, di Istana Budaya khususnya.

Biarpun masing-masing memiliki lagu-lagu popular yang pastinya jadi siulan peminat, namun untuk 4G’s, mereka juga tidak cenderung dipersembahkan sebagai penyanyi solo, sebaliknya Β sebagai sebuah kombinasi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.

Dengan kata lain, mereka akan β€˜dilahirkan’ sebagai sebuah grup daripada generasi masa lalu dan generasi masa kini di Panggung Sari, Istana Budaya kelak.

β€œIdea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis,Β  cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

β€œUntuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” kata wakil Belbis Sdn.Bhd. selaku penerbit/penganjur konsert.

Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti, dan M. Nasir Sang Pencinta, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim untuk dua malam persembahan akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

β€œMereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri. Untuk konsert nanti, kami hanya perlu memenuhkan 2600 tempat duduk dalam Istana Budaya untuk dua malam persembahan.

β€œSecara puratanya, empat penyanyi itu ada enam juta pengikut dalam laman sosial. Dari angka itu, nampaknya mereka ada sokongan korporat dan peminat muzik tanah air. Penganjur juga sangat mengalu-alukan pihak-pihak yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai penaja konsert dengan menghubungi talian Hotline kami,” tambah penganjur.

Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini dalam proses menghasilkan sebuah single baharu.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan industri muzik tempatan itu dijangka akan dilancarkan pada Januari 2020 dan lebih istimewa menjadi hiburan bonus buat penonton Konsert 4G’s.

Dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April tahun depan, secara tidak langsung, konsert anjuran Belbis Sdn. Bhd ini juga menjadi agenda istimewa yang menghangatkan kalendar Visit Malaysia Year 2020.

Tiket-tiket berharga RM98, RM248, RM348, RM428 dan RM518 mula dijual pada 12 Disember 2019 menerusi www.airasiaredtix.com. Penganjur turut menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 seat pada setiap malam persembahan. Hubungi Hotline:Β  +6018 2488184 untuk maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan media dan sebarang informasi, boleh hubungi pihak Mewah Event yang bertindak selaku AMP (Aida Hussin) menerusi talian +6012 2166873.

 

Tandus Tampil Dengan Album Baru

Wirama muzik yang tiada bersempadan pastinya memberi warna yang lebih meriah terhadap industri hiburan tempatan.Β  Apatah lagi apabila pelbagai genre muzik arus bawah tanah, dan apa yang pasti ianya satu penanda aras yang baik buat peminat serta penggiat muzik sedemikian.

Sebanyak 6 buah kumpulan yang berpaksikan nuansa muzik masing-masing akan mempamerkan kehebatan di atas satu pentas.Β  Tandus, Narsamum, Logam, Inhuman, Explicit dan Oxidicide adalah kumpulan yang akan memeriahkan showcase istimewa sempena kelahiran album terbaru Tandus yang berjudul β€œSkuad Pemusnah” yang akan di adakan pada 9 Febuari ini.

Konsert anjuran Muzik Box Production akan bermula sekitar jam 7.30 malam dan akan berlangsung di Rockin Jamz Hall, Jalan Siera Perdana 4/1, Masai Johor Bahru ini pastinya akan meninggalkan momen indah buat peminat serta pemuzik itu sendiri.

Wakil penganjur, Fadzil Puasa berkata, konsert ini pasti akan memberi pengalaman yang cukup manis.Β  Selain pelancaran album terbaru Tandus yang berjudul β€œSkuad Pemusnah”, peminat yang hadir akan turut menikmati persembahan istimewa daripada anggota yang pernah membarisi Tandus.

β€œWalaupun ia berlainan konsep, saya pasti setiap kumpulan mempunyai kelebihan mereka sendiri, selain itu setiap pembelian tiketΒ  peminat akan di hadiahkan sekeping CD” katanya.

Peminat-peminat tegar muzik underdround pada lewat tahun 90an, pastinya masih ingat lagi dengan jentera yang bernuansakan old school thrash metal, Tandus yang telah melahirkan EP berjudul β€œLogam Maut” yang telah diriliskan oleh Muzik Box Production dengan kerjasama Ultra Hingax Production.

Kumpulan Tandus

β€œKonsert ini adalah hadiah daripada kami buat semua peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami selama ini.Β  Skuad Pemusnah seakan memberi nyawa untuk kami, meskipun kami baru sahaja selesai mengadakan persembahan bersama FTG baru-baru ini”, ujar Nasrulhadi selaku vokalis.

Namun seperti resam kumpulan muzik yang lain, anggota kumpulan juga turut silih berganti kerana komitmen dan kehendak masing-masing. Api Tandus tidak akan pernah terpadam malah akan terus marak dengan kehadiranΒ  Bloodhungger (Acun) sebagai penyanyi utama ,One soul Killer ( wan) ,Ain Raptor (Ain), Night screamer (Atoi) dan seorang ahli baru bekas ahli kumpulan logam iaitu Am.

β€œJika sebelum ini, kami tampil dengan EP yang berbahasa Inggeris, Skuad Pemusnah pula hanya memperjuangkan lirik dalam bahasa melayu”, ujarnya lagi

InHuman juga tidak harus diperlekehkan kewibawaan serta kehebatan mereka.Β  Apa yang pasti mereka bukanlah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan, malah jentera yang memperjuangkan wirama ekstrim metal ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 serta pernah beraksi bersama jentera-jentera hebatΒ  di awal kemunculan mereka.

Kumpulan Inhuman

Mereka pernah tampil dengan EP ‘Awakened At World’s End’ 2015, kesinambungan serta sokongan yang tidak pernah putus menjadikan InHuman terus gemilang .Β  Bakal tampil dengan album β€œBaraBesi” yang akan memuatkan 10 buah lagu. Album yang berpaksikan old school thrash/death metal.Β  Jentera bawaan Fen Malique – Gitar/vocal, Ishan yusoffΒ  – Gitar, Zamri Salleh – Bass dan Shafie Ahmad – Drum pastinya bakal menyajikan persembahan yang cukup dramatik.

Logam yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor turut di beri ruang untuk beraksi bersama. Pernah tampil dengan demo “Metal Invaders 98”, terlibat dalam kompilasi

“A Remembrance Of Brain Dead” dan sebuah lagi kompilasi iaitu “Sengatan Selatan” .

Kumpulan Logam

Pada tahun 2002, Logam mengeluarkan debut album berjudul “Maximum Power Overdrive” yang mengandungi 6 lagu dan 1 lagu bonus .Β  Album kedua yang berjudul “The Murder Artist” telah diriliskan pada tahun 2012. Logam kini masih aktif bersama Swordist (gitar/vokal), Deanz (gitar), Lanloq (bass) dan Afad (drum).Β  Mereka kini sedang menyiapkan rilisan terbaru yang bakal diriliskan tidak lama lagi.

Selain Tandus, InHuman dan Logam, anda juga boleh menyaksikan kehebatan kumpulan Narsamum, Explicit dan Oxidicide.Β  Peminat boleh mendapatkan tiket masuk berharga RM35 (termasuk CD Tandus) di pintu masuk Rockin Jamz Hall.

 

 

HATTA DOLMAT Telah Dipilih Sebagai Juri Tetap Bagi Rancangan TV β€˜GLAM KE TENG’GLAM’

‘Glam Ke Teng’Glam’ adalah program televisyen bertemakan fesyen – kritik yang pertama di Awesome TV dan program ini disasarkan tontonannya kepada penggemar fesyen di Malaysia. Hatta Dolmat yang telah dipilih sebagai salah seorang daripada juri tetap sepanjang program ini bersiaran telah memulakan sesi rakaman musim pertama ‘Glam Ke Teng’Glam’ sejak awal Januari 2020. ‘Glam Ke Teng’Glam’ akan mula ditayangkan pada Februari 2020 dan akan dihoskan oleh ikon fesyen dan artis serba boleh, Awal Ashaari.

Hatta Dolmat akan digandingkan bersama ikon TV Malaysia yang dikenali sejak awal 90-an, Datin Sharifah Shawati sebagai panel juri tetap dalam mengulas gaya selebriti tempatan dan gabungan dinamik duo yang dibawakan oleh kedua-dua ikon itu bakal menggamatkan studio ‘Glam Ke Teng’Glam’.Program ini bakal digamatkan lagi dengan kehadiran bintang tanah air yang pastinya bakal menerima komen eksklusif mengenai penampilan serta gaya mereka di kaca TV.

”Sebagai pereka fesyen yang sudah lama bertapak di dalam industri, penyertaan saya untuk rancangan ‘Glam Ke Teng’Glam’ adalah satu cabaran yang hebat tetapi ini memang memberikan pengalaman yang benar-benar bermanfaat di dalam kerjaya saya. Saya dapat berkongsi pendapat saya mengenai gaya fesyen selebriti tempatan dan saya juga dapat mengenali mereka dengan lebih rapat serta mengenal pasti gaya yang menjadi pilihan peribadi mereka,” kata Hatta Dolmat.

“Saya enggan menggunakan istilah mengkritik sepanjang program berlangsung, justeru saya mencuba yang terbaik dalam memberikan komen dan nasihat berdasarkan pengalaman saya di dalam industri fesyen selama 15 tahun. Dengan kejayaan saya dalam memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara serta kebolehan saya dalam mereka pelbagai jenis busana karpet merah, telah menunjukkan bahawa saya menyedari terdapat kesukaran bagi setiap individu dalam menzahirkan imej dan penampilan terbaik mereka setiap hari. Oleh itu, dengan bantuan rakan kongsi saya Datin Sharifah Shawati, tugasan untuk memberi dan berkongsi tips menjadi lebih mudah walaupun peranan saya sebenarnya adalah untuk menghentam selebriti yang dijemput. Walau bagaimanapun, ia tidak berlaku sedemikian.” Tambah Hatta Dolmat lagi.

Dengan persetujuan ‘Glam Ke Teng’Glam’, Hatta Dolmat telah mendedahkan beberapa selebriti yang dijemput untuk setiap episod di platform media sosialnya. Beberapa selebriti yang dijemput ialah Ungku Ismail Aziz, Sazzy Falak, Nana Mahazan, Azrel Ismail, Ummi Nazeera, Ifa Raziah dan ramai lagi. ‘Glam Ke Teng’Glam’ akan ditayangkan pada AWESOMETV mulai Februari 2020 ini.

TikTok Jalin Kerjasama Dengan iflix, Perkhidmatan Hiburan Video Atas Permintaan (VOD) Terkemuka Asia Tenggara

Sebagai pembuka tirai 2020, platform utama video atas permintaan (Video-On-Demand,VOD), TikTok, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan iflix, iaitu perkhidmatan TV hiburan dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara. Kerjasama ini dapat membawa pelbagai konten video menarik dan secara tidak langsung merentasi 13 negara -negara Asia.

Menerusi saluran baharu iflix, iaitu TikTok (TikTok Channel), pengguna iflix boleh menontonΒ  pelbagai koleksi terkini TikTok Β yang merangkumi video-video pendekΒ  viral dari dalam dan luar negara secara percuma. Jika sebelum ini, pelangganΒ  iflix hanya mendapat akses menyaksikan pelbagai genre filem, drama siri, dan terbitan drama siri terbitan iflix (iflix Original). Kini, pelanggan lebih ada banyak pilihan termasuklah travel, komedi, gaya hidup, sukan, haiwan kesayangan dan banyak lagi kandungan hiburan yang lebih santai.

Menurut Pengurus Operasi Kandungan & Pengguna TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei, β€œPengisian kandungan berbentuk hiburan yang lebih santai dan pendek menjadi satu permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan kami. Pihak kami percaya, dengan adanya perkongsian kandungan bersama iflix, dapat memperluaskan lagi pasaran pengguna di seluruh dunia. Kini, semakin banyak syarikat mula memanfaatkan inisiatif kerjasama strategik sebagai sebahagian daripada strategi kreatif mereka untuk lebih berkembang maju.”

Sebagai permulaan, TikTok selaku platform utama video mudah alih ringkas, berhasrat untuk meningkatkan lagi kesedaran serta pendedahan tawaran aplikasinya melalui koleksi video-video popularnya, yang akan di dipaparkan di saluran TikTok di iflix.Jalinan kerjasama iflix dengan perkhidmatan video pendek utama terkenal di dunia, TikTok, adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk strategi pemasaran kandungan syarikat yang bertujuan untuk melonjakkan lagi misi dan pencapaian syarikat yang lebih memuaskan.

Kata Mark Francis, selaku Ketua Pegawai Konten iflix pula, “Tidak dinafikan, populariti TikTok adalah disebabkan adanya pembikin dan pengguna yang kreatif terutamanya dari golongan millenial dan Gen Z. Mereka lebih meminati aplikasi ini kerana pengguna lebih terhibur dengan video yang dihasilkan pengguna lain mahupun video yang dihasilkan sendiri dan menghiburkan. Dengan adanya penambahan koleksi video pendek, padat dan kelakar dalam simpanan Tik ok, kini iflix juga komited untuk penyediaan platform terbaharu dan lebih bermanfaat buat pelanggan kami.”

Ingin menonton video-video terbaik TikTok 2020? Muat turun dan gunakan aplikasi TikTok sekarang, untuk menikmati pelbagai video menarik yang akan menghiburkan anda.TikTok boleh diakses di lebih 150 negara dan wilayah merangkumi 75 bahasa. Muat turun aplikasi TikTok melalui iOS atau Google Play.

Cancel out the commotion around you thanks to Sony’s new WI-1000XM2 neckband headphones

Sony has launched its WI-1000XM2 headphones, teaming Industry-leading Noise Cancellation and superior sound quality together into one nifty neckband.

The next level of silence

Immerse yourself in music and banish background noise with the WI-1000XM2 which cleverly prevents, catches and cancels ambient sound. The stable fitting structure with an angled earphone design helps prevent ambient noise from entering the ear while the Dual Noise Sensor technology catches any noise. Sony’s HD Noise Cancelling Processor QN1 then cancels the sound, resulting in an improved noise suppression level. Even aircraft cabin ambient noise is effectively cancelled thanks to the Atmospheric Pressure Optimising function. Enjoy in-flight music with perfect clarity since the Noise Cancelling adapts to high altitudes.

Premium Sound

Experience your favourite music like never-before with exceptional, premium sound on the WI-1000XM2. Despite their compact size, it features a HD Hybrid Driver System which includes a 9mm dynamic driver and Balanced Armature driver. This realises stunning and wide range frequencies by reproducing clear sound from deep bass to delicate high tones. The built-in HD Noise Cancelling Processor QN1 features 32-bit Audio Signal Processing, high quality Digital-to-Analogue conversion and a headphone amplifier. This ensures a high signal-to-noise ratio, with a low level of distortion, for music play back with superior quality. Digital Sound Enhancement Engine HX (DSEE HXβ„’) upscales compressed digital music files including MP3 formats, to bring you closer to the quality of High-Resolution Audio.

Listen in comfort

The WI-1000XM2 offers improved comfort with a silicone neckband for flexible fitting and a lighter weight at approx. 58 g (main unit approx. 44 g). The earbuds fit deeply in the ear thanks to the angled earphone design, so you can listen all day in comfort.

The WI-1000XM2 has an intuitive operation thanks to its control unit and enables crystal clear hands-free calling thanks to a built-in dedicated microphone on the same control unit.Β  When you are done listening, the magnetic earbuds snap together neatly for a tidy stowaway to help you avoid tangles. Fold away your earphones in the premium fabric carrying case with compact precision, which can also store the audio cable, USB charging cable, and plug adapter for in-flight entertainment.

WI-1000XM2 CarryingCase

This model features Adaptive Sound Control which allows you to listen your way by automatically changing the headphone sound settings depending on your activities.
WI-1000XM2 becomes convenient with voice assistant, which is complete with the Google Assistant and Amazon Alexa3. Manage your day, just by asking your favourite voice assistant. Enjoy entertainment, connect with friends, get information, set reminders and more. These headphones are also compatible with the dedicated Sony | Headphones Connect app so you can personalise your music as easily as your style.

Availability

The WI-1000XM2 is now available in Malaysia at all Sony Stores, Sony Store Online, Sony Centres and selected authorised dealers, at recommended retail price at RM1,299.

For full product details, please visit: https://www.sony.com.my/electronics/in-ear-headphones/wi-1000xm2

ERISSA PUTERI Juara MUZIK JAM 3.0 Anjuran HURR.TV

Erissa Puteri (@esstee_puteri) muncul juara bagi peringkat akhir Muzik Jam 3.0 yang telah berlangsung di Auditorium MYEG. Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar edisi terhad HONOR 20 Pro Moschino, set lengkap produk MUCA, fon telinga bluetooth Panasonic dan saguhati khas Spritzer Tinge. Manakala Azim Othaman (@azimothmann) pula muncul naib juara yang turut membawa pulang sebuah telefon pintar HONOR 9X, fon telinga bluetooth Panasonic beserta saguhati khas Spritzer Tinge.

Turut bertanding di peringkat akhir Muzik Jam 3.0 adalah Muaz Mustaqim (@m.muaz) dan Thaqif Idlan (@qiffx). Kesemua peserta dikehendaki menyanyikan dua buah lagu secara LIVE dan individu dengan undian tertinggi oleh penonton muncul sebagai juara. Erissa Puteri menyampaikan lagu Memories oleh Maroon 5 dan Be Alright oleh Dean Lewis mendapat undian tertinggi dengan 27.8%. Azim (Hanya Rindu oleh Andmesh Kamaleng dan Alalala Sayang oleh Azarra Band – 26.7%), Qiff (Honey oleh Irfan Haris dan Nyaman oleh Andmesh Kamaleng – 22.8%) dan Muaz (Di Antara Bintang oleh Hello dan Kekasih Bayangan oleh Cakra Khan – 22.7%). Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Spritzer, Priscilla Lim Ching Hoon dan wakil Bahagian Pemasaran HONOR, Alex Tan Chun Nam.

(L-R) – Azim, Qiff, Muaz, Erissa, Sarah Suhairi _ Bella Khann

Muzik Jam 3.0 telah bersiaran secara langsung bermula 16 Oktober 2019 dengan dihoskan oleh Bella Khann. Penyanyi lain yang ditampilkan pada program ini adalah Isma Sane, Nana Sheme, Wany Kayrie, Sissy Iman, Wani Syaz, Shalma Eliana, Imantroye, Syabil dan Hafizam. Format program ini adalah berdasarkan undian 100% oleh peminat menerusi siaran langsung pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, β€œKami di hurr.tv teruja menyaksikan kebangkitan bakat-bakat muda Malaysia dalam satu platform khas seperti Muzik Jam. Dengan pendedahan ini, sudah pastinya ia memberikan pengalaman luar biasa serta menyediakan mereka untuk lebih fokus ketika beraksi di hadapan khalayak ramai.”

Muzik Jam 3.0 Grand Finale

Peringkat akhir Muzik Jam 3.0 turut diserikan dengan persembahan juara Muzik Jam pertama, Sarah Suhairi yang juga hos bersama. Program yang disiarkan secara langsung itu dihoskan Bella Khann dengan kehadiran kira-kira 100 penyokong dan ahli keluarga dalam memberikan sokongan kepada peserta pilihan. Kesemua episod Muzik Jam 3.0 kini boleh disaksikan di laman web, YouTube dan aplikasi hurr.tv. Episod penuh peringkat akhir Muzik Jam 3.0 akan disiarkan pada 17 Januari 2020.

Muzik Jam 3.0 dibawakan oleh Spritzer Tinge. Program turut mendapat tajaan bersama oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, MUCA. Manakala tajaan hadiah oleh HONOR dan Panasonic.