Feast together at dawn with scrumptious spread of cuisines and local delights “Citarasa Nusantara Ramadan Buffet” at Mahsuri Courtyard – offering you favourite Malaysian cuisines prepared by our delicate chefs here, at our hotel. Royale Chulan Kuala Lumpur invites all guests to experience a quintessential Ramadan experience with a variety of exquisite culinary delights to tickle your taste buds at our hotel to celebrate the month of giving and blessing with us.
Expect a spread of mouth-watering wonder of culinary delights at our indoor open courtyard, Taman Mahsuri. Highlights include Signature Royale Bubur Lambuk, The First Ever Shell-Out Spread, Kambing Golek, Bee Hoon Sup Utara Mai, Lontong Samudera, Cendol Durian and more.
“For those who seek a truly Malaysian atmosphere during iftar, we also offers an authentic spread of Malay, Indian and Chinese flavours such as signature chicken rice, satays and much more along with our local dessert counter, live stations also Hari Raya delicacies such as Nasi Ulam Utara and Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin Kurma Telur and last but not least our Signature Bubur Lambuk” shared the Executive Chef Sabri Soid, for Royale Chulan Kuala Lumpur. He also added “Our Ramadan Buffet – Citarasa Nusantara at Taman Mahsuri are special days not to be missed by gastronomes lover out there”
Citarasa Nusantara at Royale Chulan Kuala Lumpur
Ramadan Buffet Dinner at Mahsuri Courtyard
Date: 7th May till 4th June 2019
Price: Adult, RM150 nett | Senior Citizen, RM100 nett & Children (6-12 years old), RM75 nett
Early Bird Specials:
2nd till 6th Ramadan
Price: Adult, RM100 nett | Senior Citizen, RM75 nett & Children (6-12 years old), RM50 nett
Kecoh semalam di alam maya kisah seorang hamba Allah yang menerima tajaan perkahwinan sehingga RM500 ribu hanya kerana kepetahannya mempromosikan produk-produk secara Live di platform media sosial, Facebook
Bak kata pepatah melayu, ‘tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah yang berlaku kepada gadis kecil comel Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL yang mendapat tajaan sempena majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Syafiq, sehingga setengah juta ringgit.
Pada mulanya beliau hanya merancang untuk membuat majlis resepsi dalam skala biasa secara kecil-kecilan, namun tidak menyangka setelah memuat naik satu perkongsian status di Facebook beliau mengenai majlis resepsi tersebut, Siti terus dihujani panggilan serta pesanan Whatsapp daripada pengasas-pengasas produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi yang menyatakan hasrat untuk menaja majlis resepsi beliau.
Majlis resepsi tersebut dihadiri lebih 2000 orang jemputan yang terdiri dari kenalan , sanak saudara dari kedua-dua belah pihak serta pihak media yang terdiri dari wartawan dan blogger. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh pemenang One In A Million, Ayu Damit dan disiarkan secara lansung melalui platform Facebook Jamumall.com
Antara penaja yang menaja majlis resepsi Siti Suriani terdiri dari pengasas produk, pemilik butik serta pengusaha seperti Dlia Jean Bridal yang menaja busana pengantin, Wedding by Emma yang menaja deko majlis dan pelamin serta beberapa selebriti ternama yang pernah mendapatkan khidmat Siti JamuMall antaranye CHE TA, FAIZAL FBI, SHUlB , SARAH RAlSU DIN, SHERRY iBRAHlM , SHAHRUL RlDZUAN, DAN LANA NORDIN .
Hampir dua tahun menyepi tanpa karya terbaharu, kini penyanyi wanita bersuara mantap, Indah Ruhaila muncul dengan dengan single terbaharunya berjudul “Pudar”. Single terbaharunya ini turut diangkat sebagai salah satu lagu tema utama yang melatari drama bersiri ‘Nur 2’, sebuah karya susulan kepada drama bersiri ‘Nur’ yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun lepas apabila mencapai rating tertinggi sebanyak 13 juta tontonan di TV3. Drama 15-episod lakonan pelakon-pelakon utama, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle ini sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 sejak 2 April 2019.
Sempena pelancaran video muzik rasmi “Pudar” malam ini, Indah bakal tampil dalam sebuah persembahan akustik istimewa yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Nova Music Videos mulai jam 8 malam ini. Penonton bakal disajikan dengan persembahan akustik istimewa 5-lagu diselangi dengan sesi soal jawab bersama penyanyi yang mesra disapa sebagai Indah ini dalam menyorot kembali sejarah kerjaya seninya. Video muzik rasmi “Pudar” bakal dilancarkan secara rasmi tepat jam 9 malam ini dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.
“Pudar” merupakan single pertama penyanyi bervokal mantap ini di di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Kali terakhir graduan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) ini menerbitkan single pada tahun 2017 menerusi lagu ‘Kau Yang Satu’ yang pernah menjadi lagu OST untuk sebuah filem dengan judul yang sama. Sebelum ini, Indah pernah popular dengan lagu hits ‘Percayalah’ yang membawanya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada tahun 2015. Indah juga popular dengan lagu hit ‘Semua Untuk Cinta’ hasil ciptaan gandingan komposer hebat, Hael & Ezra Kong yang dikeluarkan pada tahun 2016.
Lagu terbaru berentak balada ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer berbakat Amylea Azizan. Amylea yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman memberikan sentuhan magisnya menerusi susunan muzik yang digarap penuh dinamik. Disulam pula dengan bait-bait lirik yang mengangkat tema harapan yang disandarkan semakin menghilang, berjaya menambahkan lagi unsur melankolik ke dalam lagu ini. Diberi pula jiwa menerusi nyanyian penuh penghayatan dalam setiap hela nafas vokal mantap Indah sekaligus melengkapkan lagi “Pudar” sebagai sebuah karya yang bakal menjentik hati pendengar.
Baru sahaja dilancarkan pada 29 Mac lalu, “Pudar” sudah pun berjaya tersenarai dalam senarai Lagu Top Trending di pelantar striming muzik Joox. Mengulas tentang sambutan memberangsangkan peminat muzik tempatan dan penonton drama ‘Nur 2’, Indah berkata, “Alhamdulillah. Saya terharu dengan reaksi positif semua pihak. Ternyata tidak silap taruhan saya kali ini. Saya bersyukur kerana mempunyai jodoh dengan lagu ini. Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama ‘Nur’ edisi pertama. Tetapi atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini”.
“Pertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya. Apatah lagi apabila saya diberitahu Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak ‘Nur’ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut. Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya. Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,” ulas Indah tentang komen peminat yang menyifatkan persembahannya dalam lagu “Pudar” ini berjaya meninggalkan kesan kepada pendengar.
“Pudar” merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Single ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 29 MAC 2019. Manakala video muzik rasmi “Pudar” boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula 8 APRIL 2019 jam 9 malam.
Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapalah Yang Tahu!, Ini dapat digambarkan kepada 3 orang Top Achievers Meeracle berjaya membawa pulang masing-masing sebuah Kereta Mewah Mercedes Benz C200 manakala 1 orang menerima Mercedes Benz C300 selepas berjaya mencapai sasaran jualan sehingga jutaan ringgit setahun.
Meeracle jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mengadakan majlis penyerahan kunci kepada semua wakil jualan yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang kempen “Menjadi Dengan Meeracle” yang dijalankan pada tahun 2018.
Majlis eksklusif ini diadakan baru-baru ini pada 28 Mac 2019 lalu di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.dan bertujuan untuk mengotakan janji pihak syarikat bagi menghadiahkan 4 buah kereta mewah Mercedes-Benz kepada keempat-empat wakil jualan.
Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama mencapai misi syarikat pada tahun 2019. Majlis itu dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas Meeracle, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada ke semua master stokis yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.
Kempen “Menjadi Dengan Meeracle” itu telah dijalankan dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua wakil jualan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam mencapai target jualan masing-masing. Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan di dalam temu bual bersama media bahawa kempen ini akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan Meeracle akan berjaya mencapai target Meeracle untuk memiliki kereta mewah pada tahun 2019 dan seterusnya.
ni bermakna, Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi Meeracle untuk memperkasakan taraf hidup para wanita bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain. Meeracle juga akan terus memonopoli industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik.
Airbnb dan Louvre hari ini mengumumkan bahawa muzium ini akan diubah menjadi Rumah ajaib selama satu malam. Untuk pertama kalinya, peminat tegar seni akan berpeluang untuk bersantai sambil menghayati karya agung, termasuk Mona Lisa yang tidak ternilai harganya, dan tidur di bawah Piramid kaca ikonik Louvre dalam “piramid mini” yang akan direka khusus untuk meraikan ulang tahun bangunan ini yang ke-30. Malaysia teleh dipilih sebagai satu negara di seluruh dunia untuk mengambil kesempatan ini sekali dalam seumur hidup.
Satu malam di Muzium
Untuk satu malam sahaja, pada 30 April, Airbnb dan Louvre akan memberikan pemenang bertuah dan tetamu mereka peluang sekali seumur hidup untuk melihat apa yang berlaku di dalam muzium paling ajaib di dunia apabila lampu dimatikan. Apabila matahari terbenam di Paris, pasangan pemenang ini akan pergi ke muzium di mana mereka akan disambut oleh seorang ahli sejarah seni, yang akan mengiringi mereka dalam lawatan yang dikhaskan untuk mereka, seperti yang diberikan kepada Obama, Beyoncé dan Jay-Z sebelum ini.
Setelah mereka menemui keajaiban muzium ini, pasangan ini akan menikmati keselesaan Rumah mereka sepanjang malam di hadapan beberapa hos legenda sebenar: mereka akan mengucap selamat kepada Mona Lisa dengan dengan aperitif berinspirasi Renaissance yang nyaman, sambil berehat di sofa lounge Paris yang mewah, sambil mendengar bunyi atmosfera muzik Perancis pada rekod vinil. Venus of Milo, dewi cinta dan kecantikan Yunani, kemudiannya akan “menjadi hos” dalam sebuah jamuan makan mewah di bilik makan pop up. Dan yang terakhir, tetamu akan dibawa ke konsert akustik intim di bilik mewah Napoleon III. Pada penghujung malam yang sangat istimewa ini, pemenang akan berehat di bilik tidur mereka di bawah Piramid yang menjanjikan penginapan semalam yang paling mewah.
“Kami gembira untuk menawarkan pengalaman unik dan istimewa ini untuk dua orang menginap di muzium semalaman, di bilik tidur berbentuk piramid yang dikhaskan untuk mereka. Kami tahu ramai orang akan sukakan peluang untuk mengembara sendirian pada waktu malam melalui Louvre dan kami mahu ini menjadi pengalaman ajaib dan tidak dapat dilupakan. Dengan perkongsian Airbnb, kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk mengetahui betapa mudahnya untuk melihat keajaiban seni yang sangat menginspirasikan. “
Anne-Laure Béatrix, Timbalan Pengarah Urusan Musée du Louvre
Pengalaman Airbnb Eksklusif
Perkongsian Airbnb dengan Louvre melampaui pemenang bertuah pertandingan dan tetamu mereka; dari Mei hingga akhir tahun, siri Pengalaman luar biasa di muzium akan boleh ditempah di platform Airbnb. Pengalaman ini, yang programnya akan didedahkan dalam minggu akan datang, akan memberikan semua orang peluang untuk menemui semula muzium yang paling terkenal di dunia daripada sudut baru, dengan lawatan eksklusif dan konsert intim.
“Paris merupakan salah satu bandar yang paling menarik di dunia dan Louvre merupakan salah satu institusi yang paling disukai dan diraikan di Paris. Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka dan menawarkan pengalaman menarik dan unik yang akan meraikan komuniti kami dan mengalu-alukan warga Paris dan pengembara antarabangsa untuk menemui semula muzium dengan cara yang baru dan tulen. ”
Emmanuel Marill, Pengurus Am, Airbnb France
Bagaimanakah caranya untuk turut serta?
Untuk masuk, hanya pergi ke airbnb.com/louvre sebelum 12 April pada 23h59 (masa Perancis – GMT+1) dan jawab soalan ini: mengapa anda sesuai untuk menjadi tetamu paling sesuai Mona Lisa? Seorang pemenang akan dipilih. Semua terma dan syarat pertandingan boleh didapati diairbnb.com/louvre.
Crocs , a global leader in innovative casual footwear for women, men and children, today announced the debut of Crocs Reviva™, a new comfort technology and collection for the Spring/Summer 2019 season. Featuring footbeds with built-in air bubbles, Crocs Reviva™ technology provides a revitalizing bounce, a soothing massage effect and all-day comfort.
Crocs Reviva™ is available now at select Crocs retail locations and will be available on Crocs.com starting Feb. 24. The collection includes an extended everyday style offering across sandal, flip and slide silhouettes for women and men.
The new Crocs Reviva™ Flip features footbeds with built-in air bubbles for a soothing massage effect.
“Crocs continues to innovate in the comfort space at an extraordinary level, and the Crocs Reviva Collection is no exception,” said Michelle Poole, Crocs’ Chief Product & Merchandising Officer. “With distinctive footbeds that align to the foot pressure map, the Crocs Reviva Collection provides consumers with a unique all-day comfort option at a great price.”
True to Crocs DNA, the Reviva by Crocs™ Collection is lightweight and supportive, and boasts molded Croslite™ uppers for a collection that is durable, washable and water-resistant. Retail Price at RM189 for unisex and the women’s flip and slide.
The new Reviva by Crocs™ Collection delivers revitalizing bounce and all-day comfort.
“Whether you’re running errands or spending time at the pool, the Crocs Reviva Collection is sure to be a refreshingly comfortable addition to your closet,” Poole continued. “Plus, with visible air bubbles, not only can you feel Crocs Reviva’s comfort, but you can see how Crocs Reviva will add a little bounce to your day.”
Malaysians who missed out on the first online sales for the realme 3, should fret not, as they can make their way to the realme 3 First Sale roadshows in the Klang Valley, happening this Saturday and Sunday, to get their hands on the realme 3.
Realme Malaysia, a smartphone brand that is Proud To Be Young, will be holding two exclusive roadshows at the Realme Image Store in Sunway Pyramid Shopping Mall in Bandar Sunway, from 1 pm to 9 pm, on the 6 April; and at the Third Floor of Sunway Velocity Mall in Cheras, from 1 pm to 9 pm, on the 7 April.
Realme 3 in Two Variants Available For Sale
Designed for stylish trendsetters, the realme 3 which features a 3D gradient unibody design, MediaTek Helio P60 processor and 13MP + 2MP dual cameras, with Nightscape and Chroma Boost modes, is available in two variants, in three colours – Classic Black, Dynamic Black and Radiant Blue at the following prices:
l realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM): RM 599
l realme 3 (4GB RAM + 64GB ROM): RM 699
Each purchase of the realme 3 comes with a free phone case.
Attractive Games and Prizes To Be Won
realme malaysia will be offering various freebies at the roadshows. They include: realme bagpacks, realme bottles and realme buds.
Customers are encouraged to be there early because they are limited gifts to be given away. They will also have the opportunity to participate in a series of lucky draws, enabling them to win exciting mysterious gifts.
Realme Malaysia is also giving away cash prizes when customers emerge victorious as they play exciting games using the realme 3 at the roadshows. Some of the games they are able to play include PUBG, Mobile Legend, Asphalt and a mini game.
Para peminat filem Bollywood boleh menyaksikan filem-filem Bollywood terbaik yang bakal disediakan oleh Astro di saluran 251 BollyOne HD pada setiap hari Khamis, jam 9 malam. Filem-filem Bollywood terbaik seperti Race 3, Gold : The Dream That United Our Nation, Loveyatri dan Manmarziyaan yang dilakonkan oleh barisan pelakon Bollywood popular seperti Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Akshay Kumar, Sonakshi Sinha dan ramai lagi, bakal menghiburkan penonton sepanjang bulan April ini.
Race 3 – 4 April 2019, 9 malam
Race 3 merupakan filem aksi Bollywood yang dibintangi Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Daisy Shah dan Sharath Saxena. Ia mengisahkan tentang seorang pemilik tanah yang menjadi sasaran sebuah kumpulan samseng. Filem ini berada di tangga ke-4 dan merupakan tayangan pecah panggung buat Salman Khan selepas kejayaan filem-filem seperti Prem Ratan Dhan Payo, Tiger Zinda Hai dan Sultan.
Gold : The Dream That United Our Nation – 11 April 2019, 9 malam
Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar, iaitu kemenangan pingat emas pertama oleh negara India dalam Sukan Olimpik di London pada tahun 1948. Seorang jurulatih hoki (Akshay Kumar) melatih sebuah pasukan untuk mewakili India dalam pertandingan hoki di Olimpik. Filem ini dibintangi oleh Akshay Kumar, Mouni Roy, Kunal Kapoor, Vineet Kumar Singh, dan Amit Sadh.
Loveyatri – 18 April 2019, 9 malam
Loveyatri merupakan filem romantik yang diarahkan oleh pengarah Abhiraj Minawala mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan antara Sushrut (Aayush Sharma ) and Michelle (Warina Hussain). Apabila Michelle pulang ke rumahnya yang terletak di United Kingdom, Sushrut sanggup berhempas-pulas ke United Kingdom untuk bertemu Michelle dan menenangi hatinya.
Manmarziyaan – 25 April 2019, 9 malam
Rumi yang sedang bercinta dengan Vicky terpaksa berkahwin dengan Robbie kerana Vicky tidak berani untuk bertemu keluarga Rumi. Selepas beberapa tahun, Vicky muncul semula dalam hidup Rumi dan menjelaskan Robbie perkara yang sebenar. Setelah itu, Robbie memberi pilihan kepada Rumi untuk membuat pilihan sama ada memilih dirinya ataupun Vicky. Filem ini dibintangi oleh barisan perlakon popular, iaitu Abhishek Bachchan, Taapsee Pannu and Vicky Kaushal.
Pada 30 March yang lepas, pasangan sama padan sama cantik,Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah selamat diijabkabulkan di Perlis. Banyak perkongsian yang telah dikongsikan, umpamanya apabila Fasha berkongsi sesi penggambaran pra perkahwinannya yang meletakkan tanda tanya adakah itu gaun perkahwinan rasminya?
Terima kasih kepada Siri HUAWEI P30, teknologi Lens SuperZoomnya yang mampu zum sehingga 50x, kita dapat menangkap saat saat indah tersebut. Dan pada Sabtu yang lepas, sekali lagi kita dapat menjadi sebahagian dari hari yang bermakna itu. Cuba anda lihat pada gambar di bawah, mereka berdua nampak sangat cantik! Rekaan gaun perkahwinan hasil rekaan terperinci dari Rizman Ruzaini dapat dilihat walaupun gambar di ambil dari jarak yang jauh! Gaun perkahwinan putih yang disarungkan Fasha semasa akad nikah dan gaun berwarna ungu lembut itu sangatlah menawan.
Seperti yang kita dapat lohat dari gambar yang dikongsi Fasha, rekaan terperinci dari Rizman Ruzaini amat mengagumkan. Fasha Sandha dan Aidil Aiziz layak digelar the bride and groom of the year dengan sentuhan klasik Rizman Ruzaini ini.
Rakamkan saat-saat manis anda Bersama siri HUAWEI P30
Dengan teknologi Sistem Leica Quad Camera yang termasuk Lensa SuperZoom yang boleh zum sehingga 50x, 40MP Super Sensing Camera, dan Lensa Lebar Ultra 20MP, Siri HUAWEI P30 direka sangat memukau. Ianya menonjolkan semula kehebatan fotografi telefon pintar baru dengan keupayaan untuk merakam perkara terbaik dalam hidup dan mencipta sesuatu yang menarik pada masa hadapan.
Akhinya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pelancaran rasmi Siri HUAWEI P30 di Malaysia akan berlaku pada hari ini, 2 April 2019!
Moby Fintech Sdn Bhd, syarikat baru mula fintech tempatan melancarkan aplikasi pemudah keputusan kewangan, Mobylize, untuk meningkatkan kesedaran kredit pengguna.
Melalui aplikasi Mobylize, pengguna dapat dipadankan dengan produk dan perkhidmatan kewangan yang bersesuaian dengan penilaian kredit, justeru meningkatkan peluang bagi mendapat kelulusan pinjaman dari institusi kewangan.
Aplikasi ini juga membolehkan para pengguna mendapatkan skor kredit dan analisis kredit yang dikeluarkan oleh Credit Bureau Malaysia secara percuma. Selain itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan kebolehan membuat keputusan untuk memadankan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan kedudukan kewangan mereka disamping membantu meningkatkan kualiti kredit.
Menurut pengasas Mobylize Rian Philip, penilaian kredit “memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya celik kewangan seseorang tetapi sering diabaikan oleh rakyat Malaysia. Ia adalah kayu pengukur yang berguna untuk memahami kesihatan kewangan seseorang namun tidak ramai orang memahaminya”.
Beliau menambah bahawa aplikasi Mobylize membolehkan rakyat Malaysia memahami penilaian kredit mereka dengan memberikan analisa kredit yang mudah difahami.
Dari aplikasi ini, pengguna dapat memantau dan memahami bagaimana faktor yang berkaitan dengan tingkah laku kredit mereka seperti penggunaan kemudahan kredit, penggunaan had kredit, sejarah pembayaran dan lain-lain lagi menjejaskan skor kredit mereka.
Ia juga menyediakan tip berguna dan penyelesaian khusus untuk membantu pengguna meningkatkan skor kredit mereka dan mengurangkan risiko hutang tidak berbayar.
“Kami berharap agar semua pengguna aplikasi Mobylize akan sentiasa mengekalkan penilaian kredit yang positif supaya mereka boleh mendapat kemudahan kredit apabila mereka memerlukan pinjaman.
“Matlamat utama kami adalah untuk mengalihkan kuasa membuat keputusan dari institusi kewangan kepada pengguna. Dengan itu, algoritma aplikasi ini telah diselaraskan untuk memadankan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan profil kredit pengguna. Dengan cara ini, pengguna tidak perlu meneka kelayakan mereka untuk mendapatkan pinjaman Bank. Aplikasi ini juga memberi pengguna gambaran yang baik tentang pilihan yang ada supaya mereka dapat memilih produk kewangan yang memberi faedah dengan kadar yang terbaik,” kata Rian.
Aplikasi yang kini boleh dimuat turun dari Google Play Store ini juga akan mengajukan kepada pengguna soalan-soalan berkaitan gaya hidup mereka dari masa ke semasa.
Rian menjelaskan bahawa soalan-soalan ini penting dalam membantu algoritma aplikasi memahami faktor gaya hidup pengguna yang tidak tertulis di dalam laporan kredit seperti pendapatan, tabiat berjimat dan corak perbelanjaan. Dengan pemahaman ini, aplikasinya akan dapat memberikan petua-petua khusus dan cadangan peribadi yang lebih tepat untuk membantu meningkatkan penilaian kredit seseorang.
GFRIEND bakal datang ke Malaysia buat pertama kalinya dan MacpiePro dengan bangganya mengumumkan mereka sebagai penganjur rasmi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR. GFRIEND adalah salah satu kumpulan wanita paling popular di Korea Selatan yang bernaung di bawah Source Music dan populariti mereka semakin meningkat dalam kalangan peminat K-Pop!
GFRIEND terdiri daripada enam ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sowon,Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2015 oleh syarikat hiburan Source Music dan mereka telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea. Kesemua album GFRIEND diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ dan pernah memenangi anugerah ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ 2015 di Anugerah Muzik Melon.
Mereka turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul. Sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’ 2018 di Anugerah Muzik Melon. Lagu berjudul ‘Me Gustas Tu’ dari mini album kedua GFRIEND telah berjaya mencapai 100 juta penstriman dalam carta Gaon pada tahun 2016. Malah satu lagi lagu hit mereka, ‘Rough’ turut menduduki tempat pertama dalam carta platform muzik digital bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016.
GFRIEND juga pernah memenangi 29 kali rancangan muzik Korea Selatan pada tahun 2016, sekaligus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang meraih kemenangan paling banyak dalam masa setahun dan mengejutkan peminat muzik K-Pop di seluruh dunia. Secara keseluruhan, kumpulan GFRIEND telah meraih 80 anugerah yang mana 53 anugerah tersebut dari program muzik dan 27 lagi dari anugerah persembahan. Bagi kumpulan yang masih baharu seperti mereka, kejayaan tersebut benar-benar melonjakkan nama GRFIEND.
2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR
GFRIEND akan menemui peminatnya di Malaysia pada 29 Jun 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.
Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.
Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP). Menariknya, zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada Fans. Fans yang membeli tiket bagi mana-mana zon dari portal tiket rasmi kami dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah.
Mcalls adalah Penaja Titanium bagi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR
Mcalls Fans berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga tiket 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR apabila mereka melanggan Mcalls HITS 360. Mcalls HITS 360 memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama dan kedua dengan diskaun 30% bagi Zon BUDDY RM398 atau Zon Merah RM338. Bagi pembelian tiket ketiga dan keempat, Fans boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS.
Bersempena Sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.
Pertandingan menggunakan medium vlog dipilih seiring dengan kecenderungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini.
“Pelbagai acara menarik bakal di laksanakan di mana ianya meliputi bidang seni, budaya, sukan, rekreasi dan kemasyarakatan”, ujar Tn Hj Mansor Sudin yang juga merupakan Datuk Bandar Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB).
“Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka turut mengistiharkan tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway to Historic Malaysia 2019/2020” ujarnya kepada media selepas majlis pelancarannya yang telah di adakan di Hatten Hotel pada 27 Feb yang lalu.
Pertandingan yang bertemakan ‘The Uniqueness of Melaka City’ atau keunikan Bandaraya Melaka dan berkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan, jalan-jalan, jom shopping dan budaya di Melaka.
Sementara itu Ronnie Hussein yang juga merupakan anak kelahiran Melaka menyambut baik langkah kerajaan negeri malah akan turut membantu bagi menjayakan visi untuk terus memperkenalkan lagi produk pelancongan yang terdapat di Melaka melalui laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram.
Begitu juga dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Salimah, Ryan Deedat yang akan turut mempromosikan negeri Melaka melalui semua platform digital miliknya. Dia yang juga aktif menulis di blog peribadi akan memperbanyakkan lagi promosi tentang negeri Melaka.
Melalui pertandingan itu juga, MBMB mengenakan yuran sebanyak RM100 kepada semua peserta di samping memberi peluang kepada ‘bloggers’ untuk sama-sama membantu kerajaan negeri bagi mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.
Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7,000 beserta penginapan di Melaka dan sijil penyertaan.
Manakala bagi hadiah tempat kedua, wang tunai RM5,000, penginapan di Melaka dan sijil penyertaan; ketiga wang RM3,000, penginapan di Melaka dan sijil penyertaan.
Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like’ dan ‘Share’ dengan wang tunai RM2,500 bagi kategori masing-masing.
Penyertaan akan ditutup pada 31 Mac 2019, segala syarat dan sebarang pertanyaan layari laman sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi Norhaszurah di talian 06-285 9857 atau Akmal di talian 06- 2859854.