Banglo Rumah Datuk Yusof Haslam Dipecah Masuk

Yusof-Haslam_new

Rumah pengarah dan penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa.Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.

Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.

Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.

Sumber : Malaysian Digest

Check Also

Roh dan Fitrah Bakal Diterjemahkan Menerusi Konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng”

Usah di nilai pada nama yang tampak tidak begitu komersil, tetapi hargailah dan pandanglah pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *