BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut Aidilfitri bersama pelanggan melalui Jualan Bazar Ramadan, yang telah menjadi sinonim buat HABIB sejak bertahun yang lalu. Bazar Ramadan HABIB setiap tahun menjanjikan pelanggan dengan tawaran menarik, memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan kemas baharu untuk digayakan pada Hari Raya dengan harga yang sangat berpatutan. 

Antara koleksi yang menjadi tumpuan untuk Kempen Rantaian Kasih HABIB tahun ini adalah seperti : 

Koleksi Anyaman – Sempena Kempen Rantaian Kasih HABIB tahun ini yang membawakan tema Anyaman, HABIB memperkenalkan beberapa koleksi yang mengambil inspirasi daripada seni kraftangan warisan yang mempunyai hasil tangan yang sangat halus dan teliti. Koleksi ini menampilkan rantai tangan Oro Italia 916, dengan gabungan warna emas kuning, emas putih dan emas ros dengan kemasan potongan berlian. 

Selain itu, koleksi eksklusif berlian dan batu permata Anyaman yang diikat dengan mutu emas 750 (18K) turut ditawarkan, dengan menitikberatkan kekemasan dan sentuhan yang rapi pada coraknya untuk kilauan yang sempurna di Aidilfitri. Kombinasi berlian dan batu permata pelbagai warna memberikan penampilan yang lebih versatil dan menarik.

Koleksi Clara – Untuk gaya yang lebih trendy, terkini dan berwarna-warni, Koleksi Clara daripada Oro Italia 916 merupakan pilihan yang ideal. Menampilkan rona-rona unik seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau, koleksi ini mengekalkan nilai mutu emas 916 disamping warnanya yang pelbagai. Didatangkan dalam bentuk rantai leher, subang, anting-anting, cincin, gelang dan rantai tangan.

Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Anyaman – Menjadi tradisi untuk HABIB, mengeluarkan edisi baharu Wafer Syiling Emas 999.9 untuk perayaan istimewa seperti Hari Raya. Tahun ini, bersempena tema Anyaman, HABIB memperkenalkan 5 rekaan baharu wafer syiling emasnya, yang mengadaptasi elemen Anyaman pada sarungnya. Dengan berat 0.2gram setiap keping, wafer syiling emas ini sesuai dijadikan alternatif unik sebagai duit raya ataupun hadiah dengan harga RM118 sahaja untuk sekeping atau RM628 untuk satu set yang didatangkan dalam kotak edisi terhad.

Sempena Kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024, kunjungi bilik pameran berdekatan bermula 22 sehingga 24 Mac 2024 untuk menikmati tawaran istimewa Bazar Ramadan HABIB seperti:

  • Rantai tangan emas 916 terpilih dengan harga serendah RM428 sahaja
  • Loket emas 916 dengan harga istimewa iaitu RM199 sahaja
  • Potongan sehingga RM30 segram untuk barangan kemas emas 916/999 terpilih
  • Potongan RM25 untuk barangan kemas emas 916/999 bawah 5 gram
  • Potongan RM20 segram + tanpa upah untuk emas 916 terpilih
  • Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata terpilih
  • Kadar jual beli (trade-in) emas dengan nilai tertinggi
  • Hadiah istimewa Ice Smart Two (bernilai RM499) dengan pembelian RM10,000 ke atas untuk barangan kemas emas, berlian dan batu permata
  • Percuma felt bag HABIB edisi terhad dengan pembelian RM5,000 ke atas
  • Waktu operasi HABIB Ampang Point dan HABIB II Ampang Point, bermula jam 10 pagi dan dilanjutkan sehingga 10 malam

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *